Friday, February 04, 2011

Umat Buddha Indonesia Pun Ingin Jadi Pegawai Negeri


Warga Tionghoa pun Ingin Jadi PNS
Gambar:Muslim Tionghoa/ilustrasi (Atas) Selamat Tahun Baru Cina

MAKASSAR 4 Fen 11: Ketua Perwakilan Umat Buddha Indonesia (Walubi) Sulawesi Selatan, Yonggris Lao, menyatakan sebagian warga etnis Tionghoa (Cina) juga berharap bisa menjadi pegawai negeri sipil agar dapat melayani masyarakat.

"Tidak semua warga Tionghoa mampu berbisnis atau menjalankan usaha. Mereka juga ingin menjadi pelayan masyarakat, seperti menjadi PNS," kata Wakil Ketua Walubi Sulsel, Yonggris Lao, saat ditemui di kediamannya di Makassar, Kamis.

Menurut dia, sebenarnya tidak semua warga Tionghoa bisa menjadi pengusaha. Tetapi, lanjut dia, karena kurangnya pilihan pekerjaan di Tanah Air sehingga sektor itu yang menjadi satu-satunya pekerjaan yang layak mereka geluti.

Di sela-sela perayaan Tahun Baru Imlek 2562, Yonggris mengatakan, kecintaan warga Tionghoa terhadap negara Indonesia sangat besar sehingga dibukanya kesempatan bekerja bagi warga Tionghoa sebagai pegawai negeri sipil (PNS) di lingkup pemerintahan diakui sangat bagus.

"Banyak juga orang kami yang berprofesi sebagai politikus, wartawan, pegawai swasta dan beberapa profesi pelayan masyarakat lainnya. Kami sangat bersyukur, jika pemerintah membuka kesempatan bagi warga keturunan untuk menjadi abdi negara," ucap dia.

Meskipun demikian, dia mengaku, adanya dugaan keterlibatan warga Tionghoa dalam organisasi komunis di masa lampau masih menjadi pertimbangan pemerintah untuk melibatkan warga keturunan dalam struktur kelembagaan pemerintahan di negeri ini.

Adanya masa-masa pergolakan di tahun 1960-an, dia memahami bahwa Baperki (Badan Permusjawaratan Kewarganegaraan Indonesia) telah dijadikan korban penipuan sejarah dari rezim orde baru. "Tuduhan keterlibatan pengurus Baperki dalam gerakan komunis yang merusak keberadaan warga keturunan Tionghoa di Indonesia.

Padahal, politikus warga keturunan Siauw Giok Tjan (Ketua Baperki) yang dekat dengan para pimpinan Partai Komunis Indonesia (PKI) di masa itu hanya karena memiliki pemahaman jalan sosialisme yang sama dan dianggap bisa membawa masyarakat Indonesia mencapai kesejahteraan bersama.

"Banyak warga keturunan Tionghoa yang bergabung dalam Baperki di masa lampau dianggap sebagai organisasi beraliran komunis. Memang warga keturunan yang hampir mendominasi partai itu dalam posisi yang tidak menguntungkan di masa itu. Tetapi kami tetap WNI (Warga Negara Indonesia) yang berhak punya hak mengabdi kepada negara ini," ujar dia. (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-7: Menuju Cina Town Di Riau
E-Buku IH-7: Menuju Cina Town Di Riau

Thursday, February 03, 2011

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah Timur Tengah Yang Islamik?

Bab I
Bab II
Bab III
Bab IV
Bab V
Bab VI
Bab VII
Bab VIII
Bab IX
Bab X
Ikuti perkembangan politik selanjutnya..

Hari Berang, 20,000 Kebangkitan Rakyat Yaman Pula

Presiden Yemen Ali Abdullah Saleh berucap di Parlimen semalam menawarkan untuk berundur pada 2013 tetapi terus dibantah oleh pembangkang. – Foto Reuters

SANAA, 3 Feb 11: Lebih 20,000 rakyat Yemen membanjiri jalan-jalan utama di ibu negara Sanaa hari ini, menamakan himpunan sebagai “hari berang” sambil menuntut perubahan segera dalam kerajaan dan menganggap tawaran Presiden Ali Abdullah Saleh semalam untuk berundur pada 2013 tidak cukup.

Protes di kawasan-kawasan lain di Yemen juga dijangkakan selepas ini, mirip perkembangan di negara utara Afrika, Mesir. Ali Abdullah juga seperti Presiden Mesir Hosni Mubarak memerintah negara itu lebih tiga dekad.

Hosni berhadapan dengan protes aman, berlarutan sejak 10 hari lalu tetapi bertukar menjadi ganas semalam dan mengorbankan lima orang. Penyokong-penyokong Ali Abdullah memandu di sekitar ibu negara sambil menggunakan pembesar suara menggesa kumpulan prokerajaan agar turun untuk berhadapan dengan puak berdemonstrasi – suasana yang disaksikan di Mesir sejak semalam.

Bagaimanapun sejak awal pagi tadi, penunjuk perasaan antikerajaan Yemen sudah pun berhimpun dalam jumlah yang besar sejak protes tercetus di negara Semenanjung Arab itu dua minggu lalu, tindakan yang turut didorong oleh protes politik Tunisia.

“Rakyat mahukan perubahan rejim,” laung penunjuk perasaan yang berhimpun di luar Universiti Sanaa di sini.

“Tiada rasuah, tidak kepada pemerintahan diktator,” kata penunjuk-penunjuk perasaan dipetik laporan msnbc hari ini.

Melihat pada pemberontakan yang semakin membara di dunia Arab, Ali Abdullah semalam berkata, beliau akan berundur apabila mandat kepimpinannya berakhir dalam dua tahun lagi. Beliau juga berjanji anaknya tidak akan mengambil alih jawatan daripada beliau kelak.

“Tiada lanjutan kuasa, tidak diwarisi, tidak akan mengubah kedudukan jam,” kata beliau.

Jurucakap pembangkang Mohammed al-Sabri bagaimanapun telah menolak untuk berunding dengan Ali Abdullah sambil melahirkan kesangsian mengenai tawaran presiden itu. Mohammed berkata Ali Abdullah pernah membuat janji yang sama pada 2006 tetapi gagal untuk memenuhinya dan bertanding semula.

Ali Abdullah memerintah Yemen sejak 32 tahun lalu. Ia dilihat sebagai protes terbesar di Yemen, satu lagi negara rakan Amerika Syarikat dalam memerangi rangkaian Al-Qaeda. Wael Mansour, jurucakap penganjur demonstrasi berkata hari ini, rakyat Yemen tidak berpuas hati dengan pengakuan dibuat oleh presiden mereka semalam.

“Hari ini akan ada tekanan yang lebih besar, segar ke atas Presiden Ali Abdullah, yang perlu adakan lebih banyak kompromi dengan pembangkang,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan kemungkinan kompromi yang dimaksudkan. Yemen merupakan negara paling miskin di dunia Arab dan menjadi syurga rangkaian Al-Qaeda. Hampir separuh penduduk Yemen tinggal di bawah garis kemiskinan dengan pendapatan RM6 (AS$2) sehari. (IH)

Kenangan Di Xinjiang Bersama Sahabatku Shahabudeen..

Terima kasih kiriman dari sahabatku Shahabudeen Jalil..

Keratan Akhbar Utusan Malaysia 3 Februari 2011 - Xinjiang Agungkan Tulisan Jawi


klik di gambar untuk membaca artikel

Di atas adalah artikel saya di Utusan Malaysia menceritakan lawatan Kerajaan Negeri Kelantan ke Urumqi, Xinjiang tempoh hari.

terima kasih dari Shahabudeen Jalil

Lanjutnya perjalanan ke China, klik gambar di bawah..
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

ADUN S'ngor Dituduh Hasut Setelah Hina Sultan..

Shuhaimi Shafiei (dua dari kanan) tiba di pekarangan ibu pejabat polis daerah Shah Alam untuk memberi keterangan berhubung satu entri blognya yang didakwa menghina Sultan Selangor dengan diiringi Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan), 12 Januari lalu.

KL, 3 Feb 11: Adun Sri Muda Shuhaimi Shafie dari PKR akan dikenakan tuduhan hasutan Isnin ini ekoran kenyataan beliau berhubung kemelut pelantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor baru-baru ini. Beliau ditahan oleh polis hari ini dan dimaklumkan akan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan minggu depan.

“Saya tidak pasti mengenai skop sebenar tuduhan ke atas saya, tetapi saya percaya ia ada kaitan dengan tulisan saya dalam blog mengenai isu setiausaha kerajaan negeri,” kata beliau ketika dihubungi.

Menurut wakil rakyat itu, pihak polis ada menghubunginya dan meminta agar datang ke ibu pejabat polis daerah Shah Alam semalam. Bagaimanapun beliau tidak bertemu dengan polis semalam sebab ada ceramah malam tadi. Beliau telah memberi keterangan kepada polis kali pertama pada 12 Januari lalu. Dia dibebaskan dengan jaminan mulut.

“Saya ditahan di luar ibu pejabat polis (hari ini),” kata beliau merujuk kepada ibu pejabat polis daerah di Seksyen Shah Alam.

Katanya, biro politik PKR yang diketuai Latheefa Koya akan menguruskan kes beliau. Selain Latheefa, Shuhaimi juga dijangka akan diwakili oleh peguam Amer Hamzah Arshad, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin. Pada 27 Januari lalu, Shuhaimi dan pegawai khasnya Mohamad Azmin Abdul Karim sekali lagi memberi keterangan kepada polis tetapi ia mengenai kejadian Pusat Khidmat Adun itu disimbah cat merah 7 Januari lepas.

Shuhaimi sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor berhubung isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru dalam blognya srimuda.blogspotcom pada 30 Disember lepas. Polis telah mengambil beberapa peralatan komputer dari Pusat Khidmat Adun Sri Muda di Kota Kemuning pada 14 Januari lalu.

Pada 24 Januari lalu, Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua cabang PKR Kota Raja mengesahkan telah menghantar surat memohon menghadap Sultan Selangor bagi memberi penjelasan dan memohon maaf berhubung kenyataan itu menerusi blognya.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan awal bulan lalu berkata, sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Shuhaimi bagaimanapun telah menafikan kenyataannya itu bertujuan menghasut rakyat dan menghina Sultan. (IH)

Lihat keseluruhan.... klik gambar
E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor
E-Buku IH-21: Projek BN Rampas Selangor

Selamat Tahun Baru Cina, Apa Dg Guan Eng?



KL 3 Feb 11:
Selamat Tahun Baru Cina! Dari Kerajaan Negeri Pulau Pnang kepada seluruh rakyat Pulau Pinang khususnya. “Semoga tahun arnab ini menjanjikan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dalam usaha mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri sekarang,” ujar Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam perutusan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Katanya, sejak Pakatan Rakyat menerajui tampuk pemerintahan negeri pada Mac 2008, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan negeri demi pembangunan Pulau Pinang. Menurutnya, memang diakui, untuk menetapkan pendirian seseorang itu bukan mudah ditambah dengan pelbagai hasutan dan tohmahan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Walau bagaimanapun, tambahnya hasil usaha yang berterusan tampuk pemerintahan kerajaan negeri terutama dalam membanteras amalan rasuah dan kroni yang diamalkan kerajaan sebelum ini berjaya mengembalikan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

Katanya, Kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa menekankan bahawa kerajaan yang baik harus melakukan tiga perkara iaitu sentiasa mendengar suara rakyat, bekerja untuk rakyat dan memberikan harapan untuk rakyat.

“3 elemen ini yang diamalkan sejak 3 tahun Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan terbukti berhasil dan mengejutkan banyak pihak,” ujarnya.

Antaranya, kata beliau yang juga Setiausaha Agung DAP ialah kejayaan negeri Pulau Pinang menduduki tempat pertama untuk keseluruhan pelaburan iaitu sebanyak RM12,238 juta pada tahun 2010, menerima pujian daripada Ketua Audit Negara kerana berjaya mencatatkan lebihan belanjawan negeri dan pengurusan kewangan yang baik.

Tambahnya, Pulau Pinang berada pada kedudukan pertama mengatasi negeri lain dalam penurunan kadar jenayah iaitu sebanyak 27%, menjamin kepentingan generasi masa depan dengan menerajui usaha ke arah menghentikan fenomena perubahan iklim melalui inisiatif mengurangkan penggunaan beg plastik.

Selain itu, ujarnya Pulau Pinang turut dipuji oleh Transparency International kerana ketelusan pentadbiran yang berdasarkan prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus), Pulau Pinang teratas dalam pelancongan perubatan iaitu dua pertiga daripadanya berasal dari Pulau Pinang, Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang mengumumkan pemberian sagu hati sebanyak RM100 kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas dan pemberian RM500 setiap keluarga dalam usaha untuk membasmi kemiskinan miskin tegar.

Menurutnya lagi, Pulau Pinang mempunyai jumlah pelancong sama ada dari tempatan mahupun luar negara yang paling tinggi pada tahun 2010, Pulau Pinang terkenal di Malaysia berikutan usaha-usaha kerajaan yang melindungi, memelihara dan mempromosikan Warisan Dunia Bandar George Town dan Pulau Pinang telah menjadi pilihan sebagai negeri yang paling selamat diduduki setanding dengan Kuala Lumpur.

Selain daripada itu, jelasnya Pulau Pinang juga merupakan antara negeri yang mempunyai tarif air yang termurah serta kualiti air yang terjamin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, dalam usaha untuk memartabatkan rakyat Pulau Pinang untuk lebih dekat dengan dunia teknologi, kerajaan negeri telah mengumumkan 750 wifi percuma akan disediakan untuk memudahkan rakyat negeri ini melayari intenet dan akan dipasang di tempat-tempat yang terpilih.

“Pulau Pinang juga turut memperkenalkan Speaker Square di mana dataran tersebut akan dijadikan medan untuk rakyat berbicara tanpa batasan,” ujarnya.

Namun, katanya masih banyak yang perlu diperbaiki dan dilakukan demi rakyat.

“Tindakan ektrem dan rasis pihak tertentu terutama dengan kenaikan harga minyak dan inflasi yang tidak terkawal sejak akhir-akhir ini telah membebankan rakyat dan menambahkan kebencian rakyat,” katanya lagi.

Oleh itu, kerajaan negeri akan terus bersama rakyat untuk mendapatkan kembali hak yang sepatutnya.

“Hanya kepercayaan dan peluang rakyat sahaja yang diperlukan kini. Marilah kita bekerja keras tanpa mengira bangsa dan agama untuk menjadikan Pulau Pinang terus gah di peringkat antarabangsa,” ujarnya. (IH)

Mahathir Serang Dasar Islam -Tuan Ibrahim Tuan Man



KL 3 Feb 11: Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan Dr Mahathir menyerang dasar Islam yang dibawa PAS seolah-oleh membayangkan Islam yang menyebabkan perpecahan orang Melayu di negara ini.

Dr Mahathir dalam blognya Isnin lalu mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini. Beliau seterusnya berkata, Nik Aziz dan PAS hanya berperanan untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam di negara ini.

Menurut Tuan Ibrahim,

“Beliau (Dr Mahathir) sebut punca perpecahan Melayu daripada PAS tapi saya tengok dari sudut PAS kita berpegang kepada prinsip Islam.

“Kalau beliau tuduh dasar PAS sebagai punca perpecahan ini bermakna beliau tuduh Islam sebagai punca perpecahan, sepatutnya beliau tidak serang kita, kita sudah banyak kali cakap kepada Umno supaya kembali kepada Islam,” katanya.

Tambah Pesuruhjaya PAS Pahang itu, punca perpecahan orang Melayu bukan disebabkan PAS tetapi Umno-BN.

“Saya nak tanya di sini, siapa yang menyebabkan perpecahan di Kelantan? Sudah 20 tahun PAS memerintah tapi kenapa kerajaan persekutuan tidak mengiktiraf Kelantan selain menafikan hak Kelantan? Punca perpecahan bukan disebabkan PAS tapi kerajaan perseketuan di bawah Umno-Barisan Nasional.

“Kenyataan kata Nik Aziz punca perpecahan terang-terang salah, yang menyebabkan punca perpecahan adalah Umno-BN, malah tidak tanduk Umno-BN mewujudkan perpecahan,” katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, serangan yang dibuat Dr Mahathir itu tidak akan menjejaskan sokongan orang Melayu terhadap PAS.

“Serangan macam ini tidak akan jejaskan PAS kerana serangan peribadi ini bukan perkara baru dalam politik Malaysia.

“Walaupun Umno-BN cuba menjatuhkan maruah Nik Aziz tapi ia tidak akan berjaya,” katanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails