Wednesday, February 23, 2011

PAS Mesir Ditubuhkan Atas Nama 'Huriya wa Adala'

Kaherah, 23 Feb 11: 'Huriya wa Adala' atau Parti Kebebasan dan Keadilan, ditubuhkan di Mesir. Ditubuhkan oleh pembangkang terbesar Mesir, Ikwan Muslimin, untuk bertanding pada pilihan raya umum negara itu nanti. Keputusan tersebut diumumkan oleh Mursyid Am gerakan itu, Dr Muhammadd Badie pada satu sidang akhbar semalam dan kenyataan tersebut turut disiar pada laman web rasmi pertubuhan itu.

Muhammadd Badie berkata, keputusan menubuhkan parti tersebut bukanlah perkara baru, bahkan ia adalah keputusan Majlis Syura sejak dahulu yang memutuskan bahawa jemaah Ikhwan Muslimin akan menubuhkan sebuah parti politik untuk jemaah tersebut.

"Langkah ini merupakan respon kepada hasrat rakyat Mesir ke arah memiliki masa depan yang lebih baik dan gemilang serta mengembalikan peranan, kedudukan dan kepimpinan Mesir itu sendiri yang telah diukir oleh sejarahnya yang terbilang," katanya.

Beliau turut memaklumkan keanggotaan parti itu adalah terbuka untuk semua orang Mesir yang mahu menerima program serta perjuangan mereka untuk menjaga kebajikan rakyat Mesir. Kabinet parti itu juga jelasnya, akan diumumkan segera selepas segala persiapan selesai manakala langkah-langkah awal akan diambil untuk mengesahkan pendaftarannya.

Beliau juga berkata bahawa sebuah biro telah ditubuhkan untuk menyiapkan perlembagaan dan hal-hal lain yang berkaitan dengan penubuhan parti tersebut. Ikhwan juga telah mengesahkan bahawa ia tidak keberatan untuk memilih wanita atau penganut Kristian Koptik sebagai anggota kabinet tetapi merasakan belum sesuai untuk mencalonkan mereka sebagai ketua parti. Pilihan Raya Umum Mesir bakal diadakan selewat-lewatnya dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maknanya PAS Mesir sudah ditubuhkan. Tentu pencabarnya adalah UMNO Mesir juga..

Sebelum ini..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Pro-M Menang, UPM Tarik Balik Pembatalan..

KL, 23 Feb 11: Dalam perkembangan terbaru tidak sampai 24 jam, Universiti Putra Malaysia (UPM) tunduk desakan pelajar dan memutuskan untuk menarik balik arahan pembatalan status 33 calon termasuk kemenangan 10 pelajar yang dilabelkan sebagai kumpulan Pro Mahasiswa.

Beberapa jam sebelum keputusan itu diumumkan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menggesa UPM agar menarik balik keputusan itu. Keputusan itu disahkan Timbalan Naib Canselor (TNC) UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan ketika dihubungi The Malaysian Insider sekitar 12.30 tengah hari tadi.

Dengan keputusan itu, Pro Mahasiswa mendapat semula kedudukan dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“Ia sudah selesai, kita ikut keputusan pada 21 Februari lalu.

“Kita memang terima bantahan tapi dalam mesyuarat hari ini kita tolak semua bantahan itu, ia sudah selesai,” kata Dr Mohd Fauzi.

Difahamkan keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa induk UPM pagi tadi.

Justeru Mohd Fauzi meminta supaya kumpulan Pro Mahasiswa tidak membuat bantahan memandangkan perkara itu sudah selesai. Kesemua 33 calon Pro Mahasiswa, yang didakwa beraliran condong kepada politik pembangkang, dibatalkan kelayakan bertanding kerusi MPP atas alasan berkempen secara berkumpulan. Laporan The Malaysian Insider pagi tadi menyebut pembatalan kesemua calon Pro Mahasiswa dibuat melalui panggilan telefon dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) malam tadi.

Di UPM kumpulan Pro Aspirasi mempertahankan kemenangan apabila memperoleh kemenangan besar menewaskan Pro Mahasiswa. Pro Aspirasi menang dengan majoriti besar apabila menguasai 32 kerusi termasuk lima kerusi umum berbanding Pro Mahasiswa yang hanya mendapat 11 kerusi. Sebanyak 43 kerusi dipertandingkan termasuk sembilan kerusi umum dan barisan Pro Mahasiswa bertanding di 33 kerusi. (IH)

Kapal Perang Iran Lintas Suez, Mengapa Israel Bimbang?

Kapal fregat Angkatan Laut Iran melintas Terusan Suez (AP Photo)

Sejumlah kapal kargo melintas Terusan Suez (AP Photo)

TEHRAN 23 Feb 11: Setelah berhari-hari tertunda, dua kapal angkatan laut Iran akhirnya telah melintas Terusan Suez, Mesir. Aksi itu mengundang reaksi Israel, yang menyebut manuver militer Iran sebagai provokasi. Menurut harian The Guardian, kapal perang tipe fregat dan kapal logistik Iran memasuki Suez pada Selasa dini hari pukul 5.45 waktu setempat, atau sehari lebih cepat dari yang diumumkan sebelumnya.

Mereka dalam perjalanan menuju pelabuhan di Suriah dalam rangka latihan maritim. Ini merupakan kali pertama kapal militer Iran melintasi Terusan Suez dalam kurun lebih dari 30 tahun terakhir. "Dunia harus tahu bahwa kehadiran kapal perang Iran di Kanal Suez telah berlangsung sesuai arahan Pemimpin Agung [Ayatullah Ali Khamenei]," demikian pejabat militer Abdolrahim Mousavi, yang dikutip kantor berita pemerintah Iran, Irna.

Melintasnya dua kapal Iran ini mengundang kecaman dari pejabat Israel. Sebagai musuh Iran, Israel risau dengan situasi itu mengingat Terusan Suez dekat dengan wilayah mereka. "Ini merupakan provokasi Iran. Bila kita melihat Timur Tengah, dimanapun ada Iran, situasinya pasti tidak baik," kata Deputi Perdana Menteri Israel, Moshe Yaalon, kepada stasiun televisi Channel 2, yang dikutip Yedioth Aharonot.

Seruan serupa juga telah dilontarkan Menteri Luar Negeri Avigdor Lieberman pekan lalu. Sementara itu, media Israel mengutip keterangan pejabat Angkatan Laut Israel bahwa mereka terus memantau pergerakan kapal Iran. Namun, diupayakan tidak akan ada konfrontasi antara kapal Iran dengan militer Israel. (IH)
Sebelum ini..

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Pagi Ini, Gunung Bromo 9 Kali Meletus

Gunung Bromo
Jakarta 23 Feb 11: Gunung Bromo di Probolinggo, Jawa Timur hingga saat ini masih terus beraktivitas. Letusan terjadi susul menyusul. Kolom letusan berwarna kelabu kecoklatan. Mengepul dengan tekanan sedang dan kuat ke langit.

"Ketinggiannya mencapai 400 sampai 800 meter. Dan, condong ke arah timur dan timur laut. Letusan disertai suara gemuruh dan dentuman berkekuatan sedang, keras," terang Kepala Show AllBidang Gempa Bumi dan Gerakan Tanah PVMBG Bandung, Gede Suantika Rabu, 23 Februari 2011.

Gede menambahkan, letusan juga disertai keluarnya lontaran material pijar serta bom-bom vulkanik yang melambung hingga ketinggian 300 meter. "Jatuhnya sejauh 500 meter dari pusat letusan," lanjutnya.

Data yang ada juga menunjukkan adanya gempa tremor letusan yang terjadi secara terus menerus dengan amplitudo 6-40 meter. "Pagi ini telah terjadi 9 kali letusan kuat dengan amplitudo 40 milimeter. Lama gempa 20-45 detik," kata Gede.

Status Bromo saat ini 'Siaga'. Dengan rekomendasi tidak boleh memasuki kawasan dalam radius 2 km dari pusat letusan.

Sementara, untuk cuaca di kawasan Bromo terpantau mendung, suhu udara 12 derajat celsius. Gede Suantika menjelaskan bahwa produk letusan ditinjau dari besar butirnya adalah jenis abu, pasir, lapili, krikil, dan bongkah batuan.

Penyebab letusan adalah gas gunungapi. Yakni, (uap air, gas belerang, gas karbon CO, CO2, gas klor, flor dan cianida). Untuk Bromo, gas uap air dan gas belerang lebih dominan. (IH)
(AK)

Gambar di atas, Ibnu Hasyim dan kawan-kawan melawat kawasan gunung berapi Kelud.. di Pulau Jawa.. Disember lepas..

Gaddafi Tak Berundur: Tembak Saja! -Yusuf Al-Qardhawi


DOHA 23 Fen 11: Ulama berpengaruh, Yusuf al-Qaradawi semalam mengeluarkan fatwa menggesa mana-mana anggota tentera Libya supaya menembak mati pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. “Sesiapa di kalangan tentera Libya yang boleh melepaskan tembakan terhadap Gaddafi sepatutnya bertindak demikian,” kata ulama kelahiran Mesir itu yang berpusat di Qatar kepada televisyen Al-Jazeera.

Yusuf juga memberitahu tentera Libya supaya tidak mematuhi arahan menembak orang awam negara itu. serta mendesak duta Libya di seluruh dunia memutuskan hubungan dengan rejim Gaddafi. Terkenal di Timur Tengah kerana fatwanya yang kadang kala mencetuskan kontroversi, Yusuf mempunyai status selebriti di dunia Arab kerana ceramahnya menerusi televisyen Al-Jazeera.

Beliau sebelum ini mempertahankan keganasan yang dilakukan beberapa kumpulan Islam. Barat menuduh ulama itu menyokong keganasan kerana menyokong serangan berani mati rakyat Palestin di Israel.

Britain dan Amerika Syarikat enggan mengeluarkan visa untuk membolehkan beliau memasuki negara itu. Yusuf yang juga pemimpin spiritual Ikhwanul Muslimin di Mesir dan sudah sekian lama menetap di Qatar, mengetuai Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa. Demikian berita dari AFP

Sedangkan di Tripoli Reuters hari ini melaporkan, Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatan meskipun berhadapan dengan kebangkitan rakyat, secara besar-besaran yang tidak pernah disaksikan sebelum ini, terhadap kepimpinan beliau.

Cara beliau menangani kebangkitan sejak beberapa lalu juga mendapat kritikan Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. “Saya tidak akan meninggalkan tanah ini (negara ini), saya akan mati di sini sebagai pejuang,” kata beliau menerusi televisyen kerajaan malam tadi.

Dalam ucapan yang digambarkan sebagai merewang dan enggan tunduk kepada desakan demonstrasi, Muammar yang memerintah negaranya sejak lebih empat dekad lalu mempersalahkan golongan muda dan melabelkan penunjuk perasaan sebagai “tikus dan askar upahan”, yang mahu menjadikan Libya sebagai negara Islam.

Sebaliknya Muammar meminta rakyatnya turun ke jalan hari ini untuk menunjukkan sokongan mereka kepada beliau. Beliau juga meminta rakyatnya supaya “membersihkan Libya dari rumah ke rumah” melainkan penunjuk perasaan menyerah diri.

Hampir 500 orang dikatakan sudah terbunuh dalam demonstrasi yang bermula lebih seminggu lalu. Muammar muncul buat kali kedua dalam 24 jam untuk memberikan ucapan menerusi televisyen semalam.

Dalam laporan berasingan Reuters pula menyebut Liga Arab telah menggantung delegasi Libya daripada menyertai aktiviti pertubuhan itu yang berpejabat di Kaherah. Bagaimanapun ia tidak memberikan sebarang butiran berhubung keputusan itu, yang dibuat ekoran tindakan keras kerajaan Libya ke atas demonstrasi. (IH)

Sebelum ini..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Tidak Tahan Lama Di Bawah Kejahatan Gaddafi


'Kita tak Bisa Hidup Lebih Lama di Bawah Kejahatan Gaddafi'
Demonstrasi di Libya menuntut Muammar Ghaddafi mundur

MANCHESTER 22 Feb 11: Libya bukan Tunisia atau Mesir. Libya berbeda. Jika ada gangguan maka ia hanya terpecah ke dalam beberapa kondisi" Itu adalah kata-kata anak lelaki Moammar Gaddafi, Saif al-Islam Gaddafi, dalam TV negara pada Ahad lalu.

Ia benar. Libya bukan Mesir atau Tunisia. Ini adalah negara dengan lebih dari 1.553.992,87 kilometer persegi lebih dengan populasi kurang dari 7 juta orang. Sejak tahun 1969 negara ini dikenal hanya dengan satu pemimpin.

Mohamed Abdul Malek, kolumnis sekaligus kepala pengamat politik Libya untuk Guardian menggambarkan Moammar Gaddafi, satu-satunya pemimpin sejak 1969, sebagai sosok yang tanpa ampun kepada siapa pun yang berani mengkritiknya dan gaya pemerintahannya. Ini adalah catatan Malek yang juga berdarah Libya tentang negaranya.

Libya dibangun atas landasan kesatuan suku-suku di mana--terlepas memiliki cadangan minyak terbesar di Afrika--dua pertiga penduduknya hidup dibawah garis kemiskinan. Ini adalah satu dari sedikit negara yang tidak bisa menjalin ikatan lama dengan Eropa dan Barat.

Libya juga baru beberapa tahun ini kembali membangun hubungan dengan para tetangganya di Mediterania setelah bertahun-tahun dikenai sanksi oleh AS dan PBB.

Setelah "keluar dari era dingin" pada tahun 2004, hubungan Eropa dengan Libya berkembang pesat. Libya adalah pemasok terbesar ketiga minyak ke Eropa, yang baru-baru ini melampaui posisi Arab Saudi.

Kedekatan Libya dengan Eropa, layaknya terraincognita, alias teritori perawan yang belum dieksplorasi. Minimnya inverstasi barat, membuat Libya potensi menjanjikan, bagi ekonomi barat yang bergantung pada minyak negara Afrika ini.

Fakta bahwa negara ini pernah menggantung mahasiswa yang mengkritik pemerintah, tak menjadi perhatian besar. Padalah salah satu pasal yang mengatur hubungan luar negeri Uni Eropa adalah tidak menjalin kerjasama dengan negara yang melanggar HAM. Kebijakan itu diterapkan kepada sejumlah negara, seperti Myanmar, tapi tidak pada Libya.

Namun, insiden yang terjadi berturut-turut beberapa hari terakhir telah memaksa pemimpin dunia mengevaluasi lagi hubungan mereka dengan rezim. Sejumlah penembak jitu--yang tak pernah mendapat provokasi--menyerang para pengunjuk rasa damai, persenjataan yang notabene produk asing digunakan sebagai alat kekerasan untuk menindas dan menekan kerumunan masa, amunisi dengan mudah ditembakkan ke kerumunan pemrotes, seharusnya sudah cukup menjadi alasan.

Itu belum termasuk blokade terhadap media demi mencegah dunia mencari tahu apa yang terjadi di negara itu. Situasi itu menghadirkan fokus dan perhatian baru terhadap tuntutan murni rakyat Libya dan reaksi tidak manusiawi dari pimpinan mereka.

Ketika membacakan pidato nasional, Saif yang terlihat jelas dilapisi topeng, mengatakan ancaman justru datang dari pengunjuk rasa di jalanan. Ia mengklaim itu sekadar perayaan orang-orang Benghazi, Darnah, dan al-Bayda, yang sebagian besar terdiri para pemuda mabuk akibat minuman dan narkotika, yang kemudian mengarah pada seruan kemarahan dan ejekan kepada Gaddafi dan putranya.

Saif malah mengingatkan bahaya separatisme dan perang sipil yang dapat meletus sewaktu-waktu. Peringatan itu justru membangkitkan persatuan rakyat Libya dan niat untuk mendukung satu sama lain hingga kemenangan tercapai

Menonton dari rumahnya di Manchester, Malek menyebut pernyataan Saif kepada ribuan rakyat Libya--termasuk yang melarikan diri dari Tanah Airnya karena hidup mereka terancam--sangat bodoh dan absurd.

Malek menilai klaim bahwa warga Libya dalam pelarian--yang ditudingnya hidup nyaman di Barat, berharap melihat saudara dan saudari di tanah air 'saling membunuh' sehingga mereka dapat kembali pulang dan memerintah Libya dan juga demonstran, dinilai Malek sungguh manipulatif dan menunjukkan bahwa rezim sangat gemar menakut-nakuti.

Malek menulis, "Tinggal dalam pengasingan dari tanah air selama 30 tahun, demi menghindari tindakan represif pemerintah akibat kritik tajam yang saya lontarkan, sungguh tak ada yang lebih saya inginkan selain pulang dan melihat wajah-wajah keluarga saya yang tentunya telah tumbuh dewasa

Malek merindukan pulang dan berziarah ke makam orang tuanya. "Keduanya meninggal saat saya dalam pengasingan. Sehingga saya tak hadir ketika mereka dimakamkan. Saya ingin bertemu keponakan saya, tentu saudara dan saudari ipar saya, yang pasti masih menjadi orang asing bagi saya,"

Namun ia meyakini waktu kemenangan sudah dekat. Rumor bahwa Gaddafi telah meninggalkan negara, bahwa jet tempur telah dipindahkan dari Benghazi ke Malta, juga kabar bahwa menteri keadilan mengundurkan diri, menurut Malek, adalah indikasi bahwa kebebasan yang diharapkan rakyat, tak lama lagi terwujud.

Siapa yang akan menggantikan Gaddafi bukan sesuatu yang terdepan dalam pikiran rakyat Libya. Pasalnya, tulis Malek, mereka tak pernah mendapat akses untuk mengekspresikan pandangan politik mereka. Selama 40 tahun mereka bahkan tidak mampu untuk menyuarakan itu dengan jelas di depan satu sama lain.

Beberapa waktu mendatang bakal menentukan perubahan politik, sesuatu yang langka dan tak biasa dalam sejarah hidup masyarakat Libya. Satu yang pasti sikap tunduk lesu rakyat Libya adalah masa lalu.

Kini, tulis Malek, mereka tidak lagi takut, bahkan untuk mati demi negara yang mereka cintai. Mereka, lanjutnya, tidak lagi membiarkan sikap tunduk pada penindasan dan penaklukan yang telah diakrabi selama berada di bawah rezim Gaddafi.

Bagi Malek, saat ini adalah tugas dari para pengkotbah demokrasi dari Barat untuk menambah tekanan kepada Gaddafi agar segera mengikuti jejak pemerintah Mesir dan Tunisia serta melepaskan kontrol terhadap negara yang ia hancurkan dan ia tindas selama berdekade.

"Minyak Libya memang telah melindungi rezim ini dari kritik luas pihak Barat. Namun mereka yang mendukung demokrasi, sudah waktunya mendukung perjuangan kami terhadap kebebasan."

Bila mereka meyakini kebohongan dan mengabaikan 'peringatan' Saif, maka, sebut Malek, itu adalah pengacuhan yang menjijikan sekaligus sikap tutup telinga terhadap seruan kebebasan dari rakyat Libya. Mereka berhak mendapatkan angin perubahaan yang telah menyapu penjuru Mesir dan Kairo, dan diharapkan segera bertiup ke istana keluarga Gaddafi. (IH/Republika)

Sebelum ini..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

400 Terbunuh: Gaddafi Akan Umum 'Pembaharuan Besar'

GAMBAR yang disiarkan stesen televisyen Al-Arabiya semalammenunjukkan Muammar Gaddafi memegang payungdi kediamannya di Libya.

KAHERAH, 22 Feb 11: Pemimpin Libya Muammar Gaddafi dijangka mengumumkan “pembaharuan besar” dalam ucapannya sebentar lagi, demikian menurut stesen TV Al Arabiya.

Laporan ringkas itu memetik siaran televisyen Libya sebentar tadi. Ia merupakan kemunculan kedua Muammar dalam 24 jam lalu dan sejak kebangkitan rakyat bermula minggu lalu, menyebabkan lebih 400 terbunuh.

Sementara itu sebelum ini, di Tripoli, menurut Agensi, pemerintah Libya, Muammar Gaddafi menggunakan kereta kebal, helikopter dan jet pejuang untuk memerangi tunjuk perasaan rakyat yang menentang pemerintahannya, kata beberapa saksi semalam.

Tindakan tersebut dilakukan selepas pemimpin berkenaan yang memerintah Libya selama 40 tahun menafikan beliau meninggalkan negara itu dengan berlepas ke Venezuela. Imej beliau muncul di televisyen selepas terdapat spekulasi beliau telah melarikan diri ke Venezuela.

Presiden Venezuela, Hugo Chavez mempunyai hubungan rapat dengan Gaddafi. Gaddafi turut berucap di televisyen bahawa beliau akan berjuang sehingga mati menentang para penunjuk perasaan. Kawasan timur Libya sudah jatuh ditangan para penunjuk perasaan yang menuntut beliau berundur kerana tidak puas hati dengan pemerintahannya.

Menurut beberapa askar kepada agensi berita Reuters, bandar Tobruk di timur negara ini dikuasai oleh penunjuk perasaan. Para penduduk Tobruk juga menyatakan bandar berkenaan sudah berada dalam tangan para penunjuk perasaan sejak tiga hari lalu.

Menurut beberapa pertubuhan hak asasi manusia, sekurang-kurangnya 233 orang terbunuh sejak penentangan rakyat terhadap Gaddafi tercetus seminggu lalu. Gaddafi sudah memerintah selama hampir 42 tahun dan beliau berkuasa menerusi rampasan kuasa aman semasa pemerintah Libya, Raja Idris mendapatkan rawatan perubatan di luar negara. (IH)

Sebelum ini..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails