Sunday, March 06, 2011

Kisah Kari Biawak Di Merlimau. BN Menang, Tapi...

CATATAN SANTAI MERLIMAU 1

NONESEMALAM beberapa jam sebelum subuh sebuah kereta datang mengambil saya, ajak pergi ke PRK Merlimau Melaka. Mereka datang dari Pulau Pinang dan ingin juga singgah di Markas PAS PRK itu di Merlimau.

Sampai di kawasan kedai makan untuk sholat subuh di simpang highway Utara-Selatan ke Merlimau saya bertemu dengan beberapa kawan-kawan lama dari Kulim Kedah yang juga pergi bertugas di PRK Merlimau.

Di situ saya dapat cerita mengenai isu yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.
Dalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit.

NONESebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan "orang ramai" yang marah dengan laporannya itu. Maka hari ini, dikatakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India.. Mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan.

"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'
"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!
"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd Ali (gambar sebelah, memegang telefon).

Malaysiakini kemudiannya berkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung laporan Nanban itu. Bapa budak lelaki itu, hanya mahu dikenali sebagai Periamalai yang dihubungi berkata, kari ayam yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah kari biawak, ditangkap oleh anjing peliharaan mereka.

"Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu," katanya. Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur. Adakalanya hanya minum air sahaja.

Teringat saya sewaktu kecil-kecil dulu di kampung saya Balik Pulau, Pulau Pinang... kisah kaum India penangkap biawak profesional waktu itu. Mereka menangkap biawak pakai umpan berpancing, dijerat yang membidas. Kena jerat, maka tergantung dan kelupurlah biawak itu hidup-hidup. Bagaimana si penangkap profesional itu hendak melapah kulit biawak itu untuk dijual?

Dihiris lapah sedikit dipergelangan 4 kaki, bawah perut, leher, dan naik ke tengkok biawak itu yang masih kelupur. Mata kail tu dicakok ke kulit tengkok yang dilapah sedikit. Maka ditiarapkan semula biawak itu ke tanah. Digerpah dan ditepuk belakang biawak itu kuat-kuat sehingga biawak itu terkejut dan lari serta-merta.
Malangnya biawak yang pecut lari itu tertinggal kulitnya, tergantung di mata kail tadi. Bayangkan, apa rasanya isi bogel togel yang terpancut keluar dari sarung kulitnya? Betapa sakitnya, masya Allah!!

Itulah yang kita bimbangkan berlaku kepada pengundi-pengundi, apabila BN menang di Merlimau ini. Betapa pedihnya dan tersiksanya si bogel togel yang tertipu dengan umpan pancingan... Sekian.
Lihat pengumuman sebantar tadi...

KL, 6 Mac 11:Keputusan rasmi menunjukkan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi DUN Kerdau dan Merlimau dengan majoriti besar berbanding tiga tahun yang lalu

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
6Mac, 2011. KL

Saturday, March 05, 2011

Upacara Umat Hindu Di Indonesia, Pengaruhnya Di M'sia?


Jum'at, 4 Mac 2011

Hari raya Nyepi tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 4 Maret 2011. Sejak beberapa waktu lalu, berbagai macam upacara digelar umat Hindu di berbagai daerah untuk menyambut hari raya tersebut. (Foto: ANTARA)

Ulasan Weblog Ibnu Hasyim:

Apakah baki-baki budaya ini masih ada pada masyarakat Melayu-Islam di Malaysia? Apakah masih perlu dipertahankan budaya Melayu yang tidak selaras dengan kehendak agama Islam? Mana yang perlu dipertahankan samada Melayu atau Islam? Tidak ada duanya dalam pilihan kalau berlaku percanggahan antara unsur-unsur Hindu dan Islam.

Memilih Islam, tetapi terpaksa meninggalkan budaya Melayu yang bercanggah dengan Islam, itulah pemilihan orang-orang PAS (Parti Islam Se Malaysia). Yang mempertahankan bangsa Melayu sehingga terpaksa kaut semua budaya untuk diMelayukan walaupun bercanggah dengan agama Islam, itulah golongan asobiah nasionalis. Siapa mereka di Malaysia ini? Carilah sendiri jawapannya! (IH)

Friday, March 04, 2011

Cubaan Korek Perpecahan Melalui Nik Aziz



BERITA ini mengorek balik percanggahan pemikiran di kalangan umat Islam di negara ini. Melalui berita Tok Guru Nik Abdul Aziz ini. Apakah baik untuk menjernihkan suasana atau mengusutkan lagi? Lihat...

Bernama: Nik Aziz mahu terus bangkit hukum halal haram pilih pemimpin

KOTA BARU, 4 Mac: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kenyataan politiknya ketika berkempen dalam pilihan raya boleh menyebabkan umat Islam di negara ini berpecah belah.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata dalam perjuangannya mempertahankan parti terdapat kenyataan dikeluarkan beliau akan menyebabkan ada pihak yang menyokong kenyataannya dan ada pihak yang menentang pandangannya.

“Malah, isu pecah belah di kalangan umat manusia berlaku sejak zaman Nabi Muhammad (S.A.W) dan Nabi Adam (A.S) lagi,” katanya semasa menyampaikan kuliah mingguannya di Medan Ilmu, di sini hari ini.

Nik Aziz (gambar) pernah mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan fatwanya sendiri ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor bahawa pengundi yang menyokong Barisan Nasional (BN) adalah golongan Jahiliyah kerana mereka menolak Pas, parti yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Berikutan kenyataan itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Nik Aziz hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam.

Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan itu menyatakan bahawa tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut menegur kenyataan Nik Aziz menghukum pengundi yang tidak menyokong Umno atau BN dalam pilihan raya akan masuk neraka manakala mereka yang mengundi PAS akan masuk syurga kerana pandangan sedemikian memesongkan akidah umat Islam.

Nik Aziz berkata beliau akan terus menggunakan pendekatan menjelaskan hukum halal haram dalam memilih pemimpin parti pada pilihan raya walaupun tindakannya itu ditegur oleh alim-ulama negara ini.

“Pendekatan itu kalau dalam agama dipanggil dakwah dan dalam politik pilihan raya dipanggil berkempen, jadi tidak timbul masalah jika saya menggunakan pendekatan itu dalam mana-mana kempen pilihan pilihan raya,” katanya. — Bernama

Ketua Guru Cabul 11 Pelajar Perempuan.


KL, 4 Mac 11: Ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah, Ampang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia antara 15 dan 16 tahun, bulan lepas.

Mengikut kesemua pertuduhan itu, Ismazi@Megat Ismazi Ismail, 48, didakwa mencabul kehormatan dengan meletakkan tangannya di atas dada kesemua pelajar berbangsa Cina itu di dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, 25 Feb lalu.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika disabit kesalahan.

Ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, isteri tertuduh yang duduk di belakang kandang pesalah kelihatan menekup muka sambil ditenangkan oleh seorang rakan perempuannya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, peguam Amir Asree Meor Nordin yang mewakili tertuduh memohon supaya wang jaminan itu dikurangkan kepada RM800 untuk setiap pertuduhan kerana jumlah yang ditawarkan oleh pendakwaan adalah tinggi.

Amir Asree berkata, tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak yang masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.

“Sejak tertuduh ditangkap pada 25 Feb lepas, berita mengenainya tersebar luas dan menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar kerana tertuduh telah berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun.

“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah yang sama turut hadir hari ini bagi mengikuti prosiding kes ini sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,”katanya.

Majistret Azaraorni Abd Rahman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM11,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 25 Mac ini untuk sebutan kes.

Isteri kepada tertuduh membayar wang jaminan itu. — Bernama

Lepas Cina 'Pengkhianat', Keling Tak Sedar Diri' Pula.


pkr congress 281110 shamsul iskandarMerlimau 4 Mac 11: 'Keling tak sedar diri' "Begitulah tulisan risalah jahat berbau perkauman yang dikhuatiri akan menjejaskan keharmonian penduduk setempat yang berbilang bangsa dan agama, seperti gambar di atas.

Risalah itu dijumpai di peti surat rumah penduduk sekitar Kampung Ayer Merbau semalam. Sebelumnya, beberapa risalah dijumpai, melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'

Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin hari ini membuat dua laporan di balai polis Merlimau berhubung tindakan liar pihak tertentu menyerang kenderaannya dan terjumpanya risalah berbaur perkauman yang tertera dengan logo PERKASA.

"Saya selaku Pengerusi Majlis pimpinan Negeri Keadilan Melaka mendesak pihak polis segera menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap penyebaran risalah yang tidak beranggungjawab ini," kata Shamsul dalam laporannya.

Ini kejadian kedua seumpama itu dilaporkan di Merlimau. Dua hari sebelum hari penamaan calon, beberapa risalah yang dijumpai melabelkan Cina sebagai 'pengkhianat'. Laporan kedua PKR dibuat oleh Shamsul adalah berhubung 'serangan' ke atas beberapa kenderaan PKR termasuk yang digunakan bagi membawa ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Serai pada 2 Mac lalu.

"Ini adalah tindakan provokasi dan samseng oleh penyokong-penyokong BN,"tulis Shamsul dalam laporannya itu. (IH)

Khadafi Orang Perancis, Ikut Saloran Tak Rasmi?

Presiden Libya Muammar Khadafi, Bawah, gambar masa muda.

Tripoli 4 Mac 11: Sebuah situs berita investigasi di Perancis pernah menyatakan Pemimpin Libya Muammar Khadafi adalah putera seorang perwira asal Perancis. Benarkah?

Berita ini heboh pada 2008 lalu, ketika Khadafi berkunjung ke Paris. Situs Berita Bakchich menyelidiki...

Kisah sebuah legenda yang beredar di Vezzani. Sebuah kampung berpenduduk 600 orang di Korsika Timur. Yakni mengenai seorang tentera Angkatan Udara Perancis, Albert Preziosi yang ditempatkan di gurun Libya pada 1941-1942.

Preziosi dikhabarkan memiliki hubungan romantis dengan perempuan tempatan, tidak lama sebelum Muammar muda dilahirkan. Preziozi terkorban semasa pesawatnya ditembak jatuh Rusia pada 1943. Ia dikenal sebagai pahlawan di desanya, Normandy. Kenyataan ini memang lemah kerana tidak ada dokumen-dokumen yang menyokongnya.

Namun, ada mirip-mirip fizik yang sama antara Khadafi dengan Preziosi. Apalagi, pemuda Preziosi ini diingat sebagai seorang penggoda wanita. Beberapa maklumat menyatakan, Preziosi pernah menyebut-nyebut memiliki seorang anak di Libya.

Seeorang major masa itu, Pierre Lorillon memberitahu bahawa, Preziosi memiliki kekasih di Libya. “Kami hanya tahu, ia memiliki anak dari perempuan terhormat, seorang bapa saudara merawatnya dan mengirimnya ke luar negeri untuk menuntut ilmu,” kata Lorillon.

Tetapi, keluarga Preziosi, enggan bercakap mengenai hal tersebut dan mengaku tidak tahu menahu. Menurut situs itu lagi. Secara rasmi, ayah Khadafi, Abu Meniar Al Khadafi, seorang Pemimpin Spiritual Revolusi. Abu Meniar adalah gembala kambing Badui di Sirte. Ibunya, Aisha, seorang perempuan biasa dari suku setempat. Seluruh dokumen pasangan ini, menurut penyelidik Perancis, hancur semasa penjajahan Itali. Tidak ada bukti yang menyokong atau membantahnya.

Apakah Preziosi, ayah tidak rasmi Khadafi keturunan Perancis? (IH)

Lihat sebelum ini..
Pesta Lucah Beyonce, Libya Habiskan USD 1.2 Juta 1 Malam.
beyonce dibooking qaddafi di karibia

Lihat secara keseluruhan..
E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

E-Buku IH-30: Ke Arah T/Tengah Yang Islamik?

Di London Pun Ramai Rakyat M'sia Bencikan BN



JASIN 4 Mac 11:
Di London pun ramai rupanya ramai rakyat Malaysia bencikan BN. Hal ini terbongkar apabila Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan tindakan sekumpulan penunjuk perasaan termasuk rakyat Malaysia yang berdemontrasi di London Selasa lalu. Demontrasi mendedahkan dakwaan salah guna kuasa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Hishamuddin yakin tindakan itu didalangi parti pembangkang. "Kenapa sekarang? Ini semua kerana pilihan raya negeri yang menjelang tiba tidak lama lagi," katanya yang juga Menteri Dalam Negeri kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Mesra Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Hari Bersama Pelanggan Kementerian Dalam Negeri di Merlimau Point, di sini Khamis.

Hadir sama termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad. Beliau mengulas tindakan segelintir rakyat Malaysia berberapa warga asing yang menyertai demonstrasi 'Hentikan Rasuah Balak' di London kononnya untuk mendedahkan dakwaan salah guna kuasa terhadap Abdul Taib.

Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan, Bruno Manser Fund (BMF), di luar bangunan syarikat yang dikatakan dikuasai oleh keluarga Abdul Taib, Ridgeford Properties Ltd, di tengah kota London. Demonstrasi itu diketuai adik ipar bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown iaitu Clare Rewcastle Brown dan rakyat asal Sarawak, Petrus John Jaban.

Hishammuddin berkata, pihak berkuasa memantau kumpulan berkenaan yang dilihat cuba mengeksloitasi isu di luar selain mengelirukan rakyat. "Ketua Menteri (Sarawak) berdepan dengan serangan peribadi bertubi-tubi, setahu saya akan ada demonstrasi di Sarawak nanti. Ini semua didalangi pembangkang kerana merekalah yang akan mendapat hasil daripada apa yang berlaku ini," jelasnya.

Tambah beliau, "Saya sebenarnya tak sangka adanya pengkhianat-pengkhianat yang tergamak menggadaikan maruah bangsa di bumi asing, tapi polis telah bersia-sedia," tegasnya. (IH/Sumber mStar Online)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails