Saturday, April 09, 2011

I0 Dasar Manifesto PR, Jom Ubah Sarawak!



KUCHING, 8 April 11: “Jom Ubah Sarawak” Itulah tema manifesto Pakatan Rakyat (PR), yang menggariskan 10 dasar, secara serentak di Kuching dan Sibu diumumkan semalam..

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Anggota Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dat uk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melancarkan bersama manifesto itu di Kuching.

Di Sibu, Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, mewakili pakatan pembangkang mengumumkan 10 dasar, iaitu..

  • kebebasan kepercayaan;
  • Pentadbiran yang baik;
  • Reformasi Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera;
  • Pembasmian Kemiskinan;
  • Hubungan Persekutuan-Negeri;
  • Sarawak yang lebih hijau;
  • Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak;
  • Kebudayaan dan Pendidikan;
  • Hak Wanita dan
  • Melabur Dalam masa Depan.

Bernama Online menyebut dalam manifesto dua muka surat itu, pakatan pembangkang memberi jaminan kebebasan beragama dan mengekalkan status Sarawak sebagai sebuah negeri bersifat sekular.

Bagi dasar pentadbiran yang baik, pakatan pembangkang berjanji melaksanakan pentadbiran berdasarkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus; pengagihan adil kekayaan Sarawak; menubuhkan suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat tuduhan kekayaan diperoleh secara haram; menubuhkan sebuah ombudsman untuk membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa; dan mengadakan semula pilihan raya untuk semua pihak berkuasa tempatan termasuk adat memilih ruai, ketua kampung atau ketua masyarakat.

Namun, satu perkara yang benar-benar berkaitan Sarawak dalam manifesto itu ialah mengenai tanah, dengan pakatan pembangkang menjanjikan semua pajakan telah luput akan diperbaharui untuk 99 tahun tanpa syarat; semua notifikasi Seksyen 47 Kanun Tanah Negeri lelap secara automatik selepas dua tahun pewartaan; pemberi milikan tanah dilakukan melalui tender terbuka dan membentuk Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera untuk menyiasat semua tuntutan Tanah Hak Adat (NCR).

Bagi membasmi kemiskinan, pakatan pembangkang berjanji menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskinan RM1 bilion untuk memastikan tiada keluarga di Sarawak hidup di bawah garis kemiskinan serta mempercepatkan pembinaan jalan raya di samping meningkatkan kemudahan awam seperti sekolah, perkhidmatan perubatan dan telekomunikasi bagi menjana ekonomi luar bandar.

Sekali lagi, pakatan pembangkang menjanjikan akan mengurangkan harga minyak dan meningkatkan royalti petroleum daripada 5 peratus kepada 20 peratus jika parti itu mengambil alih kerajaan pusat.

Manifesto itu turut menjanjikan pendaftaran segera orang Sarawak yang tiada kerakyatan; menyumbang RM200 kepada setiap kanak-kanak Sarawak memulakan Tahun Satu; dan memberi bantuan kebajikan tahunan RM600 kepada semua warga emas Sarawak berusia 60 tahun ke atas.

Bagi pelaburan masa depan, PKR-DAP-PAS berjanji menyelesaikan masalah banjir dalam masa dua tahun dan menyediakan kemudahan Internet WiFi secara percuma. (IH)

Friday, April 08, 2011

Pemilihan Presiden PAS: 2 H, Husam Lawan Hadi..

Presiden PAS Abdul Hadi Awang..

Husam Musa

KL 8 Apr 11: Bolehkah ditafsirkan hasrat penulis sebuah blog meluahkan pandangannya dalam tulisan terbarunya ini, sebagai mencadangkan supaya Dato Paduka Husam Musa bertanding melawan Dato Seri Abdul Hadi Awang merebut jawatan Presiden PAS dalam pemilihan akan datang?

Tentu ada kawasan yang sanggup mencalonkan dan menyokongnya... Klik di sini...
Tambahan..

PAS Sanjung-hormat Mufti, Saran 4 Perkara.


KUCHING, 8 April 11:
PAS menyanjung tinggi dan menghormati beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video lucah yang sedang menjadi isu sekarang.

Amat jelas bagaimana para mufti dipermainkan oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia. Ini berlaku ekoran tindakan media Umno menggelapkan kenyataan mufti mengenai sikap mereka dalam isu video seks.

Para mufti telah difitnah seolah-olah memperkatakan isu remeh seperti poco-poco sahaja. Padahal, Harussani sendiri berkata, beliau telah membuat kenyataan mengecam tindakan mengedarkan video itu kepada Utusan tetapi kenyataan itu tidak disiarkan oleh akhbar itu.

Antara mangsa salah lapor ini ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang tidak tahu sikap sebenar Harussani dalam isu ini.

"Bagi mengelak buruk sangka umum kepada jabatan Mufti dicadangkan sabuah akhbar jabatan mufti bagi memuatkan pandangan, pendirian dan fatwa mufti diujudkan, di samping ianya dapat menyelaraskan pandangan terhadap beberapa isu berkaitan agama," cadang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya melalui Harakah.

Kata Tuan Ibrahim, PAS menyanjung tinggi beberapa kenyataan tegas yang dikemukakan oleh para Mufti berhubung isu klip video ini. Beliau merujuk kenyataan sebenar para mufti yang disiarkan oleh media alternatif tetapi digelapkan oleh media tradisional yang dikawal Umno dan BN.

"PAS melihat para mufti bukan lagi menjadi rujukan kerajaan, bahkan mereka hanya diminta pandangan dan dihormati sekiranya ianya menguntungkkan pemerintah," katanya. Kata Tuan Ibrahim, sehubungan tindakan biadab kerajaan Umno kepada mufti maka disarankan;

1. Mufti mengadakan muzakarah segera bagi mengeluarkan ketetapan agar tuduhan berupa qazaf dapat dihentikan, agar tidak ada lagi yang menanggung dosa setiap hari di kalangan rakyat.

2. Mufti mendesak kerajaan negeri-negeri agar mewartakan larangan melakukan tuduhan berupa elemen qazaf, kerana ianya termasuk dosa besar yang kesaksiannya tidak boleh diterima sampai bila- bila. PAS melahirkan kebimbangan mereka yang jatuh dalam katagori ini menjadi saksi perkahwinan dan muamalah lain, menyebabkan urusan tersebut tidak sah, dan menanggung dosa sampai mati.

3. Mufti mestilah memboikot mana-mana majis pemimpin Umno yang gagal mengambil perhatian terhadap kesahan besar dan telah dibuat teguran oleh para mufti. Ini alan mencerminkan ketegasan para mufti sebagaimana yg dikehendaki oleh hadis Rasulullah "Bilamana zahir penyelewengan dalam urusan agama, hendaklah orang alim di kalangan kamu menzahirkan pendirian dan ilmunya (sikapnya)."

4. Meletakkan jawatan tanda protes, kerana tiada guna ujud jabatan mufti kalau sekadar untuk dilihat mengiakan pandangan kerajaan, namun bilamana ianya tidak menguntungkan kerajaan Umno, pandangan itu disembunyikan oleh media perdana, sehingga rakyat biasa tidak mengetahui pandangan mufti. (IH)

Tinjauan: 2 Isu Kempen BN Di Rumah Panjang

Kuching 8 Mac 11: Ada dua isu yang panjang yang berdekatan dalam di Batang Ai.

Satu, BN yang mengambil pendekatan hiburan sambil mengetengahkan isu negara Islam bagi 'menakut-nakukan' pengundi Iban di rumah-rumah panjang daripada mengundi calon Pakatan Rakyat. Menurut Tinjauan Malaysiakini di Batang Ai mendapati program melibatkan calon BN Malcom Mussen Lamoh di rumah panjang Sebagi Pandak, kira-kira 20 kilometer dari pekan Lubok Macam pesta keraian.

Kereta bersusun di tepi-tepi jalan dan daripada jauh lagi kedengaran suara penyandang kerusi itu mendendangkan lagu sambil diiringi kugiran,lengkap dengan paluan deram dan petikan gitar. Sambil sebahagian penduduk memanggang daging di luar rumah, Malcom menyanyikan "Help Me Through the Night" yang dipepularkan kumpulan rock Amerika Syarikat, Eagles.

Keadaan begitu meriah dan mesra walaupun beliau tidak berucap lama sebelum itu. Ketika menyanyi, Maclom turut dihadiahkan sekuntum bunga oleh seorang wanita. Sambil ketawa beliau mengaku tidak pandai menyanyi. Bagaimanapun, baginya, lagu Eagles itu baginya bermaksud "help me through the election" (bantu saya lalui pilihan raya ini).

"Ramai di sini saudara saya sama ada jauh atau dekat. Yang penting mereka hendaklah didekati tanpa sebarang halangan dan sekatan," katanya ketika ditanya tentang pendekatan diambilnya bagi memenangi hati pengundi. Bercakap di rumah panjang moden (rumah batu) yang memuatkan 30 keluarga itu, Malcom menyifatkan kempennya disusun dengan mendekati secara terus penduduk Iban yang merupakan kelompok terbesar di DUN itu.

"Fasa pertama saya akan dampingi rumah panjang. Fasa kedua saya akan temui dan berbincang dengan Persatuan Tuai Rumah.

"Sudah tentu saya tidak mampu pergi ke semua tempat," katanya sambil wawancaranya dihentikan oleh penduduk rumah panjang itu yang mahukannya menyanyikan lagu Iban pula sebelum berangkat pulang.

Sementara di rumah panjang Mepi Pasir - kira-kira 10 kilometer daripada Rumah Panjang Sebagi Pandak pula, keadaan lebih berbeza dan serius apabila pengundi disogokkan dengan isu nasional. Anggota parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak ketika berucap mengetengahkan isu negara Islam yang diperjuangkan PAS dan pengharaman penjualan loteri oleh pimpinan parti Islam itu.

Kedua: 'Anwar sibuk...'

Sambil menyifatkan Pakatan Rakyat mempunyai "mimpi lain-lain", William juga menyifatkan gabungan PKR-DAP-PAS itu perlu ditolak kerana pemimpin utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim "mempunyai banyak masalah".

"Anwar kini sibuk dengan isu video seks (yang didakwa melibatkannya) dan tidak ada masa untuk orang di sini," ucapnya dalam bahasa Iban, seperti diterjemahkan kepada Malaysiakini oleh seorang pegawainya.

Willian juga menyifatkan keluarnya beberapa anggota parlimen Pakatan daripada PKR seperti Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) menunjukkan bahawa parti itu "ada masalah besar".

Malcom yang menang dengan majoriti 1,854 undi dalam pilihan raya lalu kali ini ditentang Nicholis Bawin Anggat daripada PKR. Kawasan majoriti Iban itu mempunyai 8,728 pengundi. (IH)

Janji BN Serawak Negeri Terkaya, Nak Muntah Dengar..

KL 8 Apr 11: Nak muntah dengar janji BN Sarawak dalam manifesto pilihan raya kali ini bagi menjadikan bumi kenyalang sebagai negeri terkaya di Malaysia. Pada hal sudah puluhan tahun BN memerintah Sarawak masih tetap menjadi antara negeri termiskin di Malayisa. Kata Khairi, seorang peniaga anak Sarawak yang sedang berniaga di depan sebuah restoran dekat Danau Kota malam tadi.

"Naik muak nak muntah dengar janji BN itu. Dah puluhan tahun perintah negeri... Kerana BN lah aku merantau dan merimpat di KL ni!" Katanya sebagai penjual tahu bakar kepada Weblog Ibnu Hasyim.

Dia berkata demikian ketika mendengar berita, majlis pengumuman manisfesto BN yang hanya dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak tanpa kelibat pemimpin kanan BN lain, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata kerajaan negeri juga akan menjamin “hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara.”

Manifesto sembilan teras itu diumumkan sehari selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya Sarawak yang dijadualkan pada 16 April ini. Antaranya tertulis :
  • Memelihara keamanan, keharmonian, kestabilan dan tadbir urus yang baik
  • Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan miskin dan kurang bernasib baik
  • Memastikan mutu jalan raya, bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahaan sentiasa dipertingkatkan
  • Memelihara alam sekitar, budaya waisan da kepercayaan semua kaum.
  • Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua
  • Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua
  • Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

NONE

Bertajuk "Bersama Memajukan Sarawak: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", antara topik yang diliputi adalah tadbir urus yang baik, pengurusan alam sekitar, peluang perniagaan dan pekerjaan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), pendidikan, pembaharuan pajakan tanah dan hak milik tanah.

Selain itu, risalah itu turut memberi penjelasan mengenai kemudahan jalan raya, bekalan air dan elektrik di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara, usaha kerajaan BN untuk membasmi kemiskinan dan menyediakan kepada golongan kurang bernasib baik. Ia turut menjelaskan usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan beban kesan akibat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu isteri Taib, Puan Sri Amar Ragad Kurdi Taib, Menteri Kewangan negeri Datuk Sri Wong Soon Koh, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah, dan calon BN bagi kerusi Nangka Dr Annuar Rapaee. Pada sidang media, selepas pelancaran itu, menteri pembangunan tanah negeri dan juga presiden PRS, Datuk Seri James Masing menafikan adanya motif tersirat di sebalik ketidak-hadiran pemimpin kanan BN lain pada majlis itu.

“Hanya di Sibu Taib ada masa lapang untuk lancarkan manifesto dan kita mesti lancarkannya sekarang. “Itu sebabnya. Tiada penjelasan lain di sebalik itu,” katanya kepada wartawan.

Sementara itu di Kota Semarahan, PAS menyifatkan sembilan teras dalam manifesto BN Sarawak yang dilancar itu sebagai 'meratib lagu lama' yang gagal dilaksanakan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang ditemui Harakahdaily di sini berkata, manifesto tersebut hanya tidak lebih untuk cuba memperbodoh rakyat negeri Sarawak untuk sekalian kalinya bila tiba waktu pilihan raya. (IH)

Thursday, April 07, 2011

Dedah Aksi Seks K/Pemuda UMNO Pula? -Chegubard



KL, 7 April 11: Kini muncul “pendedahan” rakaman aksi seks Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pula? Bekas ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin, dikenali sebagai “Chegubard” berkata beliau pernah didampingi seseorang yang membekalkan rakaman adegan seks yang dikatakan melibatkan Ketua Pemuda BN itu.

“Ketika kempen pilihan raya umum 2008 juga pasukan kempen saya telah didekati dengan orang tidak dikenali dipercayai orang Umno yang memberikan video lucah, yang kononnya Khairy Jamaluddin, tanpa pengetahuan saya ada video ini telah tersebar, namun sebaik sahaja saya mengetahuinya saya telah mengarahkan semua dikutip dan dibakar,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Badrul Hisham berkata lebih 2,000 keping video telah dibakar.

“Kini terbaru pula ada pihak yang menghubungi SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) mengenai kewujudan video seks yang kononnya merakamkan aksi seks seorang isteri pimpinan tertinggi negara.

“Namun SAMM mengajak semua politik selak kain ini dihentikan segera jangan kerana kuasa sanggup lakukan apa saja,” katanya lagi.

Beliau yang juga Pengerusi SAMM berkata, rakyat menolak politik sensasi selak kain dengan menolak ahli-ahli politik yang kelihatan seronok memperbodohkan rakyat menggunakan politik lucah seperti apa berlaku sekarang.

“Media yang menjurus kepada perkara yang sama juga harus dijauhkan,” katanya lagi.

Lebih dua minggu negara dikejutkan pendedahan rakaman video seks, didakwa melibatkan aksi seks Anwar yang juga Ketua Umum PKR, oleh “Datuk T”. Awal minggu ini, klip sedutan pendedahan itu disebarkan menerusi dunia siber khususnya oleh blog-blog pro-Umno.

Dalam kenyataannya, Badrul Hisham juga berkata, menyerang dari segi politik tidak salah, termasuk menggunakan aspek mobilisasi rakyat sebagai penunjuk kekuatan tetapi ia seharusnya berlandaskan pertembungan idea bukan aspek tidak bernilai seperti politik selak kain.

“Ketika media dunia membincangkan perbagai perkara penting seperti krisis radiasi (impak tsunami Jepun), kebangkitan rakyat di Timur Tengah hingga Afrika, krisis yang menyerlahkan kegagalan sistem ekonomi “kapitalis” sehingga menyeret ada negara menjadi muflis.... namun dalam negara ini media lebih seronok memainkan “politik” berasaskan tuduhan seks dan video lucah,” katanya.

“Tidak tahu di mana salahnya, adakah salah media arus perdana yang dikuasai pihak tertentu atau pemain-pemain utama politik negara yang sanggup bertindak ala “desparado”,” katanya.

Malah tambah beliau, ketika dunia sedang beralih kepada politik baru berasaskan nilai, rekod dan idea, Malaysia seolah mundur ke belakang dengan politik selak kain yang sebenarnya lansung tidak memajukan pemikiran rakyat.

“Menteri seperti YB (Datuk Seri) Nazri Aziz pula sentiasa terlalu mengeluarkan kenyataan politik dari menghalalkan tanyangan video lucah, malah yang terbaru beliau kelihatan begitu meraban apabila menyatakan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) isteri Anwar sendiri tidak layak menilai adakah lelaki dalam video tersebut ialah Anwar Ibrahim. Kalau bukan isteri siapa lagi yang layak menilai?” kata Badrul Hisham yang bertanding melawan Khairy di kerusi Parlimen Rembau pada 2008.

“SAMM dengan ini bagi pihak anak muda Malaysia merakamkan rasa kesal dengan politik “kotor” dan tidak mendidik ini. (IH/The Malaysian Insider)

'Sex On The Phone' Pula..


KL 7 Apr 11: Sex on the phone atau biasa di sebut party line di yakini berasal dari Amarika Syarikat (AS), yang mula menjalar kegiatannya ke seluruh dunia.

Berita dari Indonesia menyebutkan..

"Beredarnya banyak party line di indonesia di mulai dari ide anak dari pengusaha cinema terbesar di indonesia. Sepulang dari Amrik dia coba2 membuka usaha party line .

"Baru buka sebentar saja ternyata keuntungannya sudah membludak. bayangkan party line memasang tarif premium call yang harganya jauh lebih tinggi dari tarip biasa.

"Akhirnya membuat banyak pengusaha lain yang ikut2an membuka usaha party line ini." kata sumber itu.

Di beberapa akhbar Indonesia, penyedia jasa party line tidak segan-segan mengiklankan ‘dagangan’ secara vulgar..

"Sebut saja saluran GB (0809-1-588-5xx) yang mematok tarif Rp1.710 (di bawah RM1) per 30 detik untuk fix phone dan sekitar Rp3.000 (kira-kira RM1) untuk penelepon yang menggunakan handphone dengan sim card Simpati, ProXL, dan Flexi.

"Meskipun di iklan tertulis No sex, SARA, politic, 18+ only, tetap saja saluran ini menawarkan fantasi seks dengan kata-kata. Kemudian di saluran yang lain (0809-104-30xx) iklan penyedia jasa party line lainnya berbunyi begini: Oooh…! Sakit tau…! Tapi, enak juga sich…!

"Kemudian ada lagi yang beriklan lebih menggiring calon penelepon dengan kata-kata yang sedikit kampungan seperti Colokin bang…, Obral nikmat, Gadis binal, Udah nggak tahan nih, kita lakukan sekarang yuk…!, Janda-janda kaya mencari laki-laki perkasa yang tahan 24 jam, Kencan semalam atau cari simpanan, Mainan lelaki, Main yuk…! Main apa aja deh, yang penting bisa bikin Tina berkeringat, dan masih banyak lagi slogan yang membuat pembaca terpincut ingin mencoba." Menurut sumber itu lagi.

Walaupun layanan telefon seks ini kononnya agak baik, mengghairahkan, tetapi pernahkah anda bayangkan wajah sebenar wanita di sebaliknya? Rata-rata pengusaha party line ini memasang iklan wanita cantik untuk lariskan bisnesnya.

".. tapi operator sebenarnya jauh dari yang di bayangkan. Di AS sendiri ada riset tentang operator phone sex ini, dan hasilnya 80% dari opertor phone sex adalah wanita gemuk yang jauh dari sosok iklan..."

Hiiiiiii.... Malaysia, bisnes model begini dah ade ke?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails