Wednesday, May 04, 2011

Lagi Menteri UMNO Tak Boleh Selesai Isu Injil B/M'sia



GOMBAK, 4 Mei 11: Lagi Menteri UMNO tidak beleh selesaikan masalah isu kitab Inji Bahasa Malaysia. Hal ini jelas apabila Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menuduh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala bersikap “berat sebelah” dalam isu yang menjadi pertikaian sekian lama.

Jurucakap Pembela Dr Yusry Mohamad menegaskan, tindakan Idris mengumumkan 10 formula menyelesaikan isu kitab Injil — awal bulan lalu — dilihat memihak kepada penganut Kristian walaupun menteri itu berkata tidak akan memihak sesiapa.

“Cara beliau (Idris) bertindak seperti itu... cara beliau tonjolkan itu dilihat beliau mengamalkan sikap memihak, sebelum ini beliau kata beliau tidak terlibat dalam politik tapi dalam isu kitab Injil ini beliau bersikap memihak.

“Kita tidak kata... tapi cara beliau keluarkan kenyataan seolah-olah menunjukkan beliau seseorang yang memihak, beliau seperti bertindak macam menteri Kristian,” katanya pada sidang media di sini.

Justeru kata Yusry, sepatutnya pertikaian dalam isu kitab Injil atau Alkitab ditentukan oleh Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Agama dan bukannya Idris.

“Ia sepatutnya dibincangkan dalam Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Agama, dan kita juga ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal agama Islam (Datuk Seri Jamil Khir Baharon) dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang turut berada dalam jawatankuasa ini.

“Jadi biarlah ia diputuskan jawatankuasa ini, kenapa perlu diputuskan di Kabinet dan Idris Jala,” katanya.

Pembela sebelum ini membantah langkah Putrajaya menawarkan 10 formula menyelesaikan isu Alkitab dan bertegas akan mencabar tindakan itu di mahkamah. Idris ketika mengumumkan langkah itu berkata 10 formula itu bertujuan untuk menyelesaikan masalah kitab Injil atau Alkitab yang masih berlarutan sehingga kini - antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia.

Selain itu, Putrajaya juga memutuskan Alkitab juga boleh dicetak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tambah Yusry, keputusan yang diumumkan Putrajaya itu langsung tidak mengambil kira pandangan kumpulan yang dibuat masyarakat Islam di negara ini.

“Kita tidak bantah secara muktamad kitab Injil ini tapi apa yang menjadi masalah adalah penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu.

“Kita mungkin akan cabar di mahkamah formula ini tapi disebabkan ia masih belum muktamad kita akan tunggu dan lihat perkembangan,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau tak boleh selesai juga, berilah PAS atau Pakatan ambil alih kerja-kerja tersebut. Isya Allah, boleh seleai..

Sumpah Ikut Qur'an, Hukum Islam Tak Pakai -Abd Hadi

KL 4 Mei 11: “Mengapa bersumpah al-Quran digunakan tetapi hukum tidak dipakai?" Tanya Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang selepas mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Berikutan tindakan ahli perniagaan Datuk Sahzryl Eskay Abdullah mengambil sumpah laknat mengenai video lucah yang ditayangkannya baru-baru ini tidak berlandaskan hukum Islam dan al-Quran, lapor TV Selangor. "Biar dia jawab.”

“Mereka telah melakukan sumpah yang salah. Sumpah pakai al-Quran, tetapi hukum di dalam al-Quran tidak dipakai." Kata Abdul Hadi sebelumnya.

“Kalau sumpah, mesti pakai hukum yang ada dalam itu (al-Quran). Mengikut Islam tidak cukup menggunakan kitab tetapi mesti memakai hukumnya. Ini sumpah pakai Kitab tetapi tidak digunakan hukum dalamnya,” tambah beliau.

Jelas Abdul Hadi, Shazryl hanya menggunakan al-Quran sebagai syarat supaya membolehkan beliau melafaz sumpah berkenaan namun ahli perniagaan itu tidak menmatuhi syiar Islam yang ditetapkan. Eskay melafazkan sumpah laknat itu setelah beliau memegang al-Quran terbalik sebelum diperbetulkan oleh seorang penceramah bebas. Beliau mengambil sumpah laknat bahawa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan sejak 21 Mac.

Beberapa tokoh agama termasuk mufti Perak dan Selangor sebelum ini bersetuju isu berkenaan harus ditangani mengikut hukum qazaf yang dipersetujui oleh Anwar. Anwar menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam video itu dan menegaskan Eskay dan gandingan Datuk T bersekongkol dengan Umno dan polis untuk menjatuhkannya menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada sidang akhbar berkenaan, Anwar ditanya mengenai dakwaan bahawa sayap pemuda PKR membuat kecoh di dalam Masjid Amru al-Asr Bandar Baru Sentul untuk menghalang Eskay mengambil sumpah laknat. Anggota Angkatan Muda Keadilan telah mendesak supaya sumpah laknat yang dibawa oleh Eskay itu diputuskan menerusi hukum qazaf.

Anwar berkata Eskay dan dua rakannya – bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim telah mencemar Islam dan masjid dengan perbuatan yang membelakangkan syarak agama. "Hanya angkat kitab tapi tidak menuruti hukum. Siapa yang mencemarkan masjid… (mereka) menggunakan Quran tapi tidak mengamalkan," kata Anwar.

Weblog Ibnu Hasyim mengulas sindiran Tok Guru Abdul Hadi, "Jawabnya, kerana UMNO menolak perlaksanaan undang-undang Islam di Malaysia, walaupun Perlembagaan Malaysia Perkara 3, Islam Agama bagi Persekutuan. Al-Quran hanya digunakan dan diperalatkan untuk meyakinkan fitnah yang mereka buat. Itulah perangai puak-puak UMNO yang dilindungi oleh bos-bosnya.. " (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?

E-Buku IH-36: Jerat Datuk T Mengena Anwar?

Teori Konspirasi Kematian Osama. Percaya? Anda Bodoh!

Ada Apa Ini? AS Meralat Cerita Soal Terbunuhnya Osama Bin Laden
Foto yang diambil di Rumah Putih ini menunjukkan detik-detik saat pemutaran rekaman penyerangan di Abbottabad, pakistan, yang menewaskan Osama bin Laden. Presiden AS Barack Obama menonton bersama wakilnya, Joe Biden (kiri).

NEW YORK, 4 Me 11: Sejurus selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia sudah membunuh ketua rangakain Al-Qeada Osama bin Laden di Pakistan, teori-teori konspirasi mula muncul.

Malah, saudara mara mangsa peristiwa 11 September 2001 mengatakan kematiannya yang diumumkan oleh Presiden Barack Obama dalam ucapannya di White House mencetuskan banyak persoalan.

Kerajaan AS mengatakan bahawa Osama ditembak mati di kepala ketika pasukan elit SEALS tentera laut menyerbu pekarangan awal pagi Isnin lalu (waktu Malaysia) selepas lelaki paling dikehendaki itu membolosi buruan negara berkenaan lebih satu dekad.

Bagaimanapun upacara menyemadikan jenazahnya di laut dengan segera di utara Laut Arab dan keengganan pihak berkuasa menunjukkan gambar merancakkan lagi teori-teori konspirasi.

Salah satu debat hangat ialah, Osama yang dikatakan sebagai ‘alat’ CIA sudah lama mati, hanya digunakan sebagai alasan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan.

Keadaan ini dikongsi oleh aktivis antiperang Cindy Sheehan dan pihak-pihak lain yang meraguinya — dari Indiana sehinggalah di Kabul.

“Jika anda percaya kematian terbaru OBL (Osama), anda seorang bodoh,” tulis Sheehan di laman Facebooknya.

Sheehan, yang memulakan kempen antiperang ke atas bekas Presiden George W. Bush di Texas pada 2005, mempertikaian fakta yang diberikan oleh kerajaan.

Dia bertanya bagaimana AS boleh memperoleh hasil DNA dengan begitu cepat, mengapa upacara penyemadian dijalankan dengan pantas dan tiada rakaman video dikeluarkan.

Dan, katanya, pada 2007 bekas Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto mendakwa Osama sudah pun mati.

Sheehan bukan satu-satunya orang yang mengajukan soalan sedemikian.

Laman Yahoo Internet berkata “carian bagi mendapatkan Osama bin Laden tidak mati”, “Osama bin Laden masih hidup” dan “bin Laden tidak mati” kelihatan ketara kelmarin.

Kaum lelaki dilihat berpendapat bahawa dia masih hidup, kata Yahoo sambil menambah, pencari teori “konspirasi Osama hidup” kebanyakan adalah dari kawasan Oregon, Wisconsin, North Carolina, Indiana dan New Jersey.

Di Iran, agensi berita separa rasmi Mehr berkata: “(Berita) kematian Osama satu pembohongan.”

Stesen televisyen kerajaan Iran berkata, dengan melepaskan jenazah ke laut “misteri (kematian) makin meningkat.”

Malah media Iran juga berkata dongeng Osama digunakan untuk menjustifikasikan pencerobohan AS ke atas jirannya Afghanistan.

Taliban Afghanistan dalam kenyataannya disiarkan menerusi laman web mereka berkata, cakap-cakp bahawa Osama mati “adalah terlalu awal” dan AS belum menyediakan “bukti-bukti yang meyakinkan.”

Beberapa rakyat AS terikat dengan teori konspirasi seperti: ”Siapa sebenarnya membunuh Presiden John F. Kennedy? Elvis Presley masih hidup! Adakah UFO mendarat di Roswell, New Mexico? Adakah peristiwa 11 September diadakan oleh AS untuk menjustifikasikan perang ke atas Afghanistan dan Iraq?”

Di lokasi “Ground Zero” New York, beberapa pengunjung tertanya-tanya sama ada dia benar-benar mati.

“Saya berharap kita benar-benar telah mendapatkannya. Mereka telah menyemadikan dia di laut. Siapa sebenarnya tahu apa yang berlaku?’ kata pengurus projek Sal Leto, 59.

Bekas guru Joani Ellingson, 62, yang datang dari Minnesota berkata: “Ia sebahagian daripada budaya kematian yang kita mahukan bukti positif. Kita ada keinginan untuk tahu.”

Rosaleen Tallon, yang adiknya terbunuh dalam serangan 11 September Pusat Dagangan Dunia berkata, dia “tidak gembira” dengan tindakan menyemadikan Osama dengan cepat.” — Reuters

Ikuti selanjutnya..

E-Buku IH-37: Osama Bin Laden
E-Buku IH-37: Osama Bin Laden

Hamil Luar Nikah Meningkat, Bukti Shahrizat Gagal..



KL 4 Mei 11:
Peningkatan kes hamil luar nikah adalah bukti kegagalan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kegagalan yang melibatkan penubuhan Sekolah Harapan, ketidakcekapan badan organisasi Balkis terutamanya, sebagai bukti perancangan dan pelan kerja ‘separuh siap’ beliau.

Demikian kata Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin (gambar) sebagai respons kepada kenyataan Pengetua Rumah Kebajikan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof berkenaan peningkatan kes hamil luar nikah terus berlaku saban hari adalah amat membimbangkan.

Saban tahun, katanya berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan untuk menangani masalah sosial begini, namun tiada perubahan constructive yang dapat dilihat. Demi mengelakkan lebih banyak pembaziran dana dan wang rakyat berlaku, dan masalah itu dapat diatasi secara tuntas, Zuraida memohon agar kerajaan segera meneliti semula konsep dan matlamat penubuhan Sekolah Harapan tersebut.

Hal ini perlu dilakukan sehingga suatu kajian penyelesaian secara menyeluruh ke atas masalah sosial ini dapat dibuat. Ini kerana, ujarnya peningkatan kes kehamilan luar nikah yang berlaku jelas telah membuktikan bahawa dengan penubuhan hanya satu sahaja Sekolah Harapan tidak akan mampu untuk menjadi penyelesai kepada masalah sosial sedia ada, yang dihadapi di seluruh negeri.

“Saya melihat, peningkatan kes kehamilan luar nikah ini secara amat serius kerana ini akan menyebabkan bilangan golongan ibu muda juga semakin bertambah,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Ampang, seperti yang disiarkan Harakahdaily.

Menurutnya, adalah sesuatu yang amat merungsingkan kerana sehingga kini, kebajikan ibu muda sedia ada sendiri masih ditangguk enteng. Apatah lagi dengan pertambahan yang hadir, tentunya memberi lebih tekanan dan persaingan dalam komuniti teraniaya begini.

Baginya, bermula dari tekanan sebegini, maka tidak mustahil penglibatan aktiviti pelacuran oleh wanita muda sebegini terus meningkat.. Sekaligus akan menggagalkan hasrat pemberdayaan dan pemerkasaan wanita yang diimpikan.

Katanya, kerajaan tidak seharusnya terus mengenepikan golongan ibu muda dalam pembangunan negara. Hal ini kerana konsep Victoria “good women” dan “bad women” yang menjadi kod amalan kerajaan adalah amat mendiskriminasi terhadap wanita. Maka suatu dasar yang adil buat semua wanita, harus dilaksanakan segera. (IH/Harakah)

E-Buku IH-39: Catatan Perjalanan Medan-Banda Aceh

Video Profil Osama bin Laden

Osama Laden: Berita dari Vivanews Indinesia.
Lihat dengan penelitian, tidak semesti semua propaganda ini betul.

Osama bin Laden dilahirkan pada tanggal 10 Maret 1957 di kota Jeddah. Osama merupakan anak ke 17 dari 52 bersaudara, ayahnya Mohammed bin Awad bin Laden adalah salah satu konglomerat Arab Saudi dengan kekayaan mencapai Rp 30 triliun.

Video

VIDEO LAINNYA

Tuesday, May 03, 2011

Indeks Bebas Media Jatuh Kerana Kawalan Undang2 -NUJ


KL 3 Mei 11: Hentikan kawalan undang-undang yang ketinggalan zaman ke atas media di negara ini, seperti akta mesin cetak, undang-undang fitnah, akta rahsia rasmi, ISA dan sebagainya.

Seru Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahiri, ketika mengulas kejatuhan indeks kebebasan media di negara ini apabila kedudukan Malaysia terus jatuh dari tangga ke 141 pada tahun 2010 kepada tangga 143 dalam indeks kebebasan media di seluruh dunia tahun ini.

Indeks ini keluarkan sempena Hari Kebebasan Media Sedunia yang jatuh pada 3 Mei setiap tahun di mana Malaysia kini berada di kedudukan ke 143 daripada 166 negara yang dikaji oleh Wartawan Tanpa Sempadan (Reporters Without Borders) hari ini.

Kedudukan ini menunjukkan indeks kebebasan media negara ini terus menjunam berbanding tahun lepas di mana Malaysia berada di kudukan ke 141 dunia. Menurut Hata Wahari yang baru dipecat oleh Kumpulan Utusan kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dikatakan mencemar imej syarikat milik Umno itu. Kebebasan akhbar mula dibunuh oleh kerajaan apabila Umno memegang tampuk pemerintahan dan akhbar-akhbar Melayu berada di bawah penguasaannya, jelasnya.

Bagi Hatta, undang-undang ini perlu dimansuhkan kerana menyekat kebebasan wartawan untuk menyampaikan berita-berita yang benar. Selain daripada itu, menurut beliau lagi, gambaran media tempatan dewasa ini lebih berbaur politik, seks dan fitnah ini memberi gambaran fenomena yang negatif yang berlaku dalam dunia media tempatan serta merendahkan kredibiliti wartawan tempatan. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails