Friday, July 15, 2011

Rakyat M'sia Di AS Sokong BERSIH 2.0

KL 15 Jul 11: Menuurt Malaysiakini, Solidariti antarabangsa menyokong himpunan BERSIH 2.0 berterusan dengan rakyat negara ini di Amerika Syarikat menghantar memorandum dan tandatangan kepada Kedutaan Malaysia di Washington DC.

Dokumen menyokong tuntutan BERSIH 2.0 yang mahukan pembaharuan pilihan raya dikemukan oleh Phebie Thum dan diterima oleh Setiausaha Ketiga (Pentadbiran dan Kewangan) Khair Bahari Ahmad yang mewakili Duta Malaysia ke Amerika Datuk Jamaludin Jarjis yang tidak hadir. NONE

Sabtu lalu, selain Kuala Lumpur, perhimpunan BERSIH 2.0 turut diadakan di Washington DC, New York City, Los Angeles, San Francisco, Chicago dan Portland. Sekitar 350 rakyat Malaysia berkumpul bagi meluahkan sokongan kepada rakan-rakan BERSIH 2.0 di Malaysia manakala 270 menandatangani memorandum itu.

Selain menyokong tuntutan lapan perkara BERSIH 2.0 kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, mereka juga mahu semua aktivis BERSIH, termasuk enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat dibebaskan.

Rakyat Malaysia juga mahu SPR membenarkan mereka yang bekerja di luar negara mengundi secara pos. Tiga ahli parlimen Pakatan - Johari Abdul (Sungai Petani ), Jeff Ooi (Jelutong) dan S Manikavasagam (Kapar) - serta ADUN Perak Chang Lih Kang (Teja) hadir bersama. (IH)

Ibnu Hasyim Ucap Takziah Kpd Roslan Balik Pulau

Ibnu Hasyim

KL 15 Jul 11:
Editor Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan takziah dan syabas kepada Roslan Hussain, 41, mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.

"Dengan rendah hati saya mengucapkan takziah kepada Roslan. Bukan sahaja takziah, bahkan tahniah dan syabas atas kejayaan anda meletakkan perjuangan anda di jalan yang benar. Al-hamdulillah! Teruskan perjuangan. " Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim yang juga pernah menjadi YDP PAS BalikPulau sejak penubuhannya 1986 hingga 1993, dan calon PAS pada pilihan raya umum di DUN Teluk Bahang & DUN Bayan Lepas pada tahun 1986 & 1990.

Ketika kejadian Bersih 2.0 itu, Roslan yang datang secara berkumpulan dari Balik Pulau memasuki kawasan KL Sentral setelah makan di sebuah premis makanan segera di situ. Selepas menunaikan solat Zohor, lalu beliau keluar bersama kumpulan yang lebih ramai, tiba-tiba polis bertindak menghalau untuk menghalang orang ramai berkumpul.

Katanya, pada masa orang ramai berasak-asak dan ketika itu terasa satu benda keras terkena tepi mulut. Waktu itu dia hanya rasa kebas sahaja tetapi apabila lepas beberapa minit berlari mengelak daripada kepedihan asap pemedih mata ada orang menegur mulutnya berdarah.

"Semasa kena, saya terasa kebas sahaja manakala di bahagian dada rasa panas. Pada mulanya saya ingatkan batu rupanya pemedih mata. Terbukti pasukan keselamatan menembak paras kepada tidak ke atas seperti mana biasa," terangnya pada Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Yang Dipertua PAS Balik Pulau, Ustaz Fauzi Yusoff serta rakan taulan yang datang menziarahinya.

Menurutnya, dalam keadaan bajunya berlumuran darah dan sakit yang teramat sangat lalu mendapatkan teksi untuk ke Pusat Perubatan Univesiti Malaya.

“Di sana saya melihat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad juga ada beliau menerima enam jarum di bahagian belakang kepala,” katanya.

Setelah kembali ke Balik Pulau beliau terus mendapatkan pemeriksaan di sebuah hospital swasta dan pihak hospital mendapati kecederaan serius di bahagian dagu. Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.

Fauzi menyiifatkan itu adalah antara keganasan polis yang menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan aman Bersih 2.0. Katanya, mereka bertindak ikut suka hati malahan tiada perikemanusiaan terhadap orang ramai yang menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil yang datang secara aman.

Yusmadi pula menyarankan Roslan membuat laporan polis segera kerana beliau telah diperlakukan sebegitu rupa sedangkan tidak melawan polis.

"Jika kita menolong agama Allah, maka Allah SWT akan menolog kita..." Jelas Dr Mohd Hasyim lagi. (IH)

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Akan terus bersambung, insya Allah!

Akibat Berkenalan & Berkahwin Melalui Laman Sosial



CEDERA...kesan tikaman di belakang badan Ngooi.

JOHOR BAHRU 15 Jul 11: Akibat berkenalan melalui laman sosial, impian wanita berusia 41 tahun berkahwin dengan ‘pucuk muda’ yang juga seorang warga asing bertukar mimpi ngeri apabila dikurung serta didera termasuk ditikam sepanjang lima bulan berada di kediaman keluarga lelaki itu di Amman, Jordan.

Mangsa, Ngooi Sew Lan, berkata, lelaki berusia 25 tahun itu mendakwa dirinya anak hartawan ketika berkenalan melalui laman sosial ‘Tagged’ awal Januari tahun ini.

“Saya berkenalan dengan lelaki dikenali sebagai Hamada ketika bertugas sebagai pengurus restoran di London, United Kingdom (UK).

“Saya mula menjalin hubungan cinta kerana tertarik dengannya. Kami serasi bersembang menggunakan Bahasa Inggeris dan Cina serta mendakwa dirinya ahli perniagaan,” katanya di sini, semalam.

Menurut Ngooi, dia kemudian bersetuju mengikuti Hamada ke Jordan untuk bertemu keluarga lelaki terbabit sambil melancong di sana. Pada masa sama, dakwa Ngooi, Hamada meminjam RM48,000 daripadanya dengan alasan mahu meluaskan empayar perniagaan ke China.

“Pada mulanya, Hamada bersikap romantik tetapi tiba-tiba berubah seperti orang kurang siuman selain begitu obses terhadap saya.

“Bukan setakat dibelasah, malah dia pernah menikam belakang badan saya ketika berada di rumah keluarganya di Amman menyebabkan saya kehilangan banyak darah,” katanya.

Ngooi mendakwa, ketika itu dia tidak dapat menghubungi sesiapa untuk bantuan kerana sentiasa dikawal Hamada serta keluarganya dan barangan peribadinya termasuk pasport turut disimpan lelaki itu.

“Selepas ditikam dan dihantar ke hospital, saya menghubungi kakak di Malaysia bagi mendapatkan bantuan, 12 Jun lalu.

“Doktor memaklumkan saya bernasib baik kerana cepat dihantar ke hospital, jika tidak saya boleh kehilangan nyawa akibat cedera parah,” katanya.

Menurut Ngooi, tindakan kakaknya meminta bantuan pihak berkuasa negara ini dan Jordan membolehkan dia terlepas kawalan Hamada serta pulang ke negara ini dengan selamat. Justeru, dia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa Jordan yang menyelamatkannya selain menasihati golongan wanita tidak terpedaya dengan helah lelaki terutama dikenali menerusi Internet.

Bagaimanapun, kata Ngooi, Hamada masih menghubungi dan meminta dia menerimanya sebagai kekasih selain mendakwa tidak boleh hidup tanpa dirinya.

“Saya fobia masih diganggu Hamada, namun saya tidak akan memenuhi permintaannya untuk kembali bersama sebagai pasangan kekasih,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou berkata, dia menerima panggilan telefon kakak mangsa, Bong Yeng Phong, 42, memaklumkan situasi menimpa Ngooi lalu menghubungi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jordan. Menurut Mok, tindakan pantas pihak berkuasa dengan bantuan polis Jordan membebaskan Ngooi pada 30 Jun lalu sebelum dibawa pulang ke negara ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:Itu sebabnya cara memilih jodoh dan perkahwinan menurut Islam, yang menekankan personaliti dan keturunan, melalui pihak ketiga (wali) lebih menjamin keselamatan. (IH)

BERSIH 2.0 & Bersama Akil Hayy

HALAMAN HIBURAN

KL 15 Jul 11: Penceramah bebas, Akhil Hayy yang juga bekas penyanyi rock terkenal ditanya mengenai himpunan Bersih pada 9 Julai lalu, katanya, pada tarikh tersebut dia terlibat dengan program di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah bersama kumpula Hijjaz.

Dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara sensitif itu, lapor Kosmi! Online hari ini.

Akhil bagaimanapun menganggap Malaysia merupakan negara demokrasi di mana rakyatnya masing-masing berhak menyuarakan hak.

“Kebetulan masa himpunan Bersih itu saya terlibat dengan program di UiTM bersama Hijjaz.

“Saya tidak mahu komen apa-apa bila ia melibatkan politik. Yang saya tahu Malaysia ada demokrasi. Masing-masing ada hak suarakan sesuatu. Yang menjadi masalah apabila ada sesetengahnya tidak mahu duduk berbincang.

“Islam sememangnya inginkan kedamaian tetapi susah untuk dikecapi jika masing-masing tidak mahu duduk berbincang.

“Sebab tidak dapat apa yang diinginkanlah terjadinya Bersih. Jika hendak salahkan individu tertentu juga tidak boleh,” katanya.

Beliau, kini sibuk dengan pembikinan album berunsur dakwah yang baharu dan urusan perniagaan umrah. Album kelima Akhil yang bakal dipasarkan pada Syawal ini begitu istimewa kerana ia juga mendapat sentuhan lirik daripada isterinya.

“Album ini akan menampilkan beberapa kelainan kerana saya akan menyanyikan lagu hasil nukilan isteri saya.

“Bukan mudah untuk menyanyikan lagu yang berentak World Music, tetapi selepas mendengarnya beberapa kali, saya yakin peminat-peminat akan menggemari lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini,” kata Akhil yang mempertaruhkan lapan buah lagu di dalam albumnya.

Menurut isterinya Waheeda yang juga bekas penyanyi pula, katanya, terdapat dua buah lagu yang ditulis khusus buat Akhil iaitu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau). Menurutnya, album berkonsepkan taubat itu mengumpulkan lirik-lirik ketuhanan.

“Dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasi Akhil bersama penyanyi Mawi dan Kumpulan Brothers. Lagu ini juga berunsurkan taubat,” katanya yang mengakui lebih tenang bekerja di belakang tabir.

Tidak pernah rindu untuk kembali menyanyi atau belakon, Waheeda bagaimanapun berharap pihak-pihak yang masih menyiarkan lagunya (Wassini) mahupun filem-filem lakonannya seperti Nana Tanjung agar menghentikan siarannya apabila dia menghembuskan nafas nanti.

“Saya lebih tenang berada di belakang tabir. Lebih takut dengan Allah. Saya juga sedar wanita haram melontarkan suara untuk khalayak.

“Saya sedar saya tidak ada kuasa untuk menyuruh mereka berhenti menyiarkan lagu dan filem lakonan saya tetapi harapan saya agar mereka hentikan siaran lagu dan filem apabila saya meninggal nanti,” katanya dalam senyuman tetapi bermakna.

Bagi Akil Hayy, tidak hanya tertumpu kepada bidang seni semata-mata, Akhil yang juga bekas vokalis utama kumpulan Rock D'Riyadh itu, juga menubuhkan sebuah syarikat yang mengendalikan program ibadah umrah iaitu Akil Hayy Network. Syarikat Akhil bersama Waheeda itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Mereka juga sudah membawa rombongan jemaah seramai 30 untuk mengerjakan umrah. Mereka juga ada mengerjakan perniagaan lain seperti penapis air dan minyak wangi, tetapi lebih mengutamakan program ibadah umrah untuk para jemaah.

“Selain umrah kami juga ada melakukan perniagaan lain tetapi yang utamanya adalah umrah. Apa yang kami lakukan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada mengeratkan silaturahim di kalangan jemaah yang pergi.

“Ikatan ukhwah itu bukan sahaja terjalin semasa di Tanah Suci tetapi akan berterusan selepas kembali ke tanah air,” katanya yang masih berhubung dengan jemaah-jemaah yang pergi.

Program ibadah umrah Akhil juga mendapat sambutan di kalangan selebriti termasuk Mawi dan keluarga serta Ustaz Radhi (bekas anggota kumpulan kumpulan Melissa) atau nama sebenarnya Mohd. Radhi Abdul Hamid bersama isteri.

Menyentuh mengenai perubahan yang berlaku kepada beberapa selebriti tempatan seperti Sham Kamikaze dan Amir (Kumpulan Ruffedge) Akhil mahupun Waheeda menyatakan mereka sangat bersyukur dan gembira dengan senario tersebut.

"Amin!" Sambut dan komen Weblog Ibnu Hasyim.

Pelajari Quran Digalakkan Pada Bukan Islam -PAS


KL, 15 Jul 11: PAS berpendirian bahawa mempelajari tentang al-Quran dan Hadis merupakan satu tuntutan yang bukan sahaja perlu digalas oleh seluruh umat Islam, tetapi juga digalakkan ke atas orang yang bukan Islam.

Justeru menurut Ketua Dewan Ulama PAS pusat, Datuk Harun Taib al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.

“Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” kata beliau dipetik HarakahDaily semalam.

Harun mengulas tindakan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Mohamad Satim Diman kelmarin mempertikaikan Adun DAP kerusi Sekinchan Ng Suee Lim yang cuba mempergunakan hadis ketika perbahasan kelmarin.

Dalam laporan hari ini Satim dipetik berkata beliau kesal dengan sikap membisu wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam berhubung perkara tersebut.

Harun berkata, “bagaimana mereka ingin mengenali Islam kiranya kita menghalang mereka untuk mendekati Islam.”

“Sekiranya ada kesilapan dalam kefahaman, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam membimbing dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang tidak mesra yang akhirnya mereka lari daripada memahami ajaran Islam,” jelas Harun yang juga Adun Manir.

Beliau menjelaskan, PAS bersikap ‘menerang dan bukannya menyerang’. Justeru, katanya, Umno wajib sedar bahawa al-Quran dan hadis adalah sumber hukum.

“Jika Umno benar-benar ikhlas cintakan al-Quran dan hadis, maka sokonglah agenda Islam yang dibawa oleh PAS,” katanya. (IH)

Lihat sebelum ini..

Kit Siang Nasihat MB Kedah Batal Anakmen Hiburan...


KL, 14 Julai 11: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pakatan Rakyat wajar membatalkan pelaksanaan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 — peraturan dan undang-undang digubal masa era Barisan Nasional (BN) - yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya.

“Dalam keadaan ini, Datuk Seri Azizan (gambar) seharusnya mempertimbangkan semula dan memansuhkan keputusan untuk melaksanakan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 khususnya ketika kerajaan negeri BN (dulu) tidak berbuat demikian sepanjang 11 tahun sehingga ia jatuh pada pilihan raya umum 2008,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata beliau telah berhubung dengan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang juga Adun Kota Datuk Aman berhubung keputusan kerajaan negeri melarang 13 jenis hiburan ketika bulan Ramadan.

“Lee melaporkan bahawa DAP Kedah tidak pernah bersetuju dengan larangan dan perkara itu tidak pernah dibangkitkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat Kedah meskipun dipersetujui bahawa perkara-perkara yang sensitif kepada lain-lain komuniti seperti larangan pusat hiburan ketika bulan Ramadan seharusnya dibincangkan pada mesyuarat majlis Pakatan Rakyat negeri terlebih dahulu,” katanya lagi.

“Lee juga menjelaskan bahawa beliau tidak pernah bersetuju dengan larangan sedemikian di Dewan Undangan Negeri,” katanya lagi.

Lim berkata perkara itu akan dibangkitkan pada mesyuarat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat peringkat nasional minggu depan.

Semalam, Azizan berkata Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan sudah wujud sejak 1997 dan bukannya dasar baru. Oleh itu kata beliau, enakmen itu terpakai sejak BN mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini. Beliau berkata menurut enakmen itu, kategori hiburan yang tidak boleh diadakan sepanjang Ramadan ialah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko.

Kata beliau lagi, terdapat pengecualian untuk pertunjukan berkaitan keagamaan dan kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kekacauan, selain mendapat sokongan daripada pegawai pelesenan.

“Permohonan itu pula perlu dikemukakan pada Kerajaan Negeri untuk dipertimbangkan. Contohnya bulan Ogos kaum Cina mahu meraikan Hungry Ghost Festival, jadi mereka perlu mohon secara bertulis untuk pertimbangan,” katanya semalam.

Azizan berkata bagi pusat snuker dan kafe siber pula, pihaknya mungkin menyemaknya semula kerana ia bukan bentuk hiburan tetapi diletakkan di bawah kategori hiburan.

“Minta PBT (pihak berkuasa tempatan) perjelaskan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan hiburan. Dari dahulu lagi dalam bulan Ramadan, tidak ada aktiviti hiburan. Malah diadakan beberapa peraturan untuk bukan Islam mematuhinya,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malulah MB Kedah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails