Wednesday, July 20, 2011

32 Situs Internet Sebar Terorisme -Ismail Cawidu

SEMARANG Indonesia 20 Jul 11: Dalam era reformasi, seiring berkembangnya teknologi dunia maya (internet), siapa pun bisa menjadi penikmat dan pembuat berita dengan segala kebebasannya. Di tengah kemajemukan masyarakat, paham “terorisme” dapat berkembang dengan mudah melalui situs internet.

Demikian yang diungkapkan Sekretaris Direktur Jenderal Komunikasi Informasi dan Komunikasi Publik, Kementerian Komunikasi dan Informatika, Ismail Cawidu, pada Rabu (20/7/2011), ketika hadir dalam diskusi Deradikalisasi Agama yang berlangsung di Semarang, Jawa Tengah.

Menurut Ismail, berdasarkan hasil temuan yang pernah dilansir Pemerintah Australia, saat ini terdapat kurang lebih 32 situs internet aktif yang masuk kategori bagian dari penyebaran kegiatan “terorisme” di dunia maya.

Sekitar 80-90 persen pengunjung yang sering mampir di situs tersebut, adalah masyarakat Indonesia. Mereka adalah yang paling sering mengunduh berbagai informasi di situs yang masuk kategori “situs terorisme”.

“Bila para pengunjung situs tersebut tidak waspada dan tidak berhati-hati, tentunya saja bisa tergugah melakukan radikalisme di Indonesia dengan atas nama apa pun,” ujar Ismail.

Sayangnya Ismail tidak menjelaskan kategori situs yang disebut sebagai situs “terorisme”. Dan yang perlu diperhatikan, apa latar belakang penilaian situs disebut sebagai situs “terorisme”. Bahkan situs budaya pop pun pada dasarnya juga bisa disebut situs terorisme karena dampaknya meneror kehidupan kaum muslim dengan budaya liberalisasi yang mereduksi moral kaum pemudanya. (IH/kom/arrahmah.com)

Majalah dalam internet..

Bongkar Terkini Altantuya -Peguam Perancis


KL, 20 Jul 11:
Peguam hak asasi manusia Perancis, William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam esok di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu di sebuah hotel malam esok di Pulau Pinang.

Keesokan harinya pula, Jumaat mulai jam 8 malam, beliau dengan disertai sama oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, akan berucap di majlis kutipan dana untuk membiayai kes ini di Dewan Sivik MPPJ, Petaling Jaya. Hari Sabtu pula, Bourdon akan ke Ipoh dan akan berucap di satu majlis forum di sebuah tokong Cina di sana.

Bourdon dijangka akan mendedahkan maklumat terkini perkembangan siasatan mahkamah Perancis terhadap pembelian Scorpene itu. Kedua-dua kapal kapal selam ini yang melibatkan wang rakyat sebanyak RM7.3 bilion dinamakan KD Tuanku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Kedua-duanya mempunyai masalah tersendiri termasuk tidak boleh menyelam di lautan tropika.

Pada 23 Disember 2009, Suaram melalui rangkaian mereka di Perancis telah melantik sekumpulan peguam hak asasi manusia di sana untuk memfailkan aduan kepada sistem keadilan Perancis dengan harapan satu siasatan awal dibuat mengenai pembelian Scorpene ini.

Langkah ini dibuat untuk membolehkan mereka menyiasat bukan sahaja kematian wanita Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dibunuh dengan kejam di Puncak Alam tetapi juga amalan rasuah yang berlaku dan peranannya dalam pembelian kapal selam itu sehingga membawa kepada pembunuhannya. Altantuya mati dibunuh dengan kejam mengguna peledak C4 oleh dua pegawai polis pengiring yang bertugas dengan Datuk Seri Najib. Razak juga didakwa tetapi terlepas.

Pada bulan April 2010, peguam yang mewakili Suaram memaklumkan, mahkamah Perancis telah menerima permohonan penyiasatan aduan rasuah yang melibatkan pembayaran sebanyak Euro114 juta (USD151.1 juta) yang dibayar oleh syarikat Perancis, DCNS kepada Perimekar, syarikat yang dimiliki rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda.

Peguam Perancis berkenaan telah datang ke Malaysia April lepas untuk mengumpulkan bukti. Perimekar adalah syarikat Malaysia yang dipercayai dibuka pada tahun 2001, iaitu sebelum kontrak pembelian kapal selam itu ditandatangani. Ia dibuka hanya untuk menerima komisyen dari Malaysia dan juga Perancis.

Isteri kepada Abdul Razak Baginda, Mazlinda, adalah antara yang tersenarai sebagai pengarah syarikat yang dimiliki kawan baik Perdana Menteri ini. Baru-baru ini, menurut pasukan peguam Perancis ini, wang dari dalam akaun Perimekar telah dipindah ke akaun lain yang tidak diketahui ke mana lagi sehingga kini.

Malam esok, Bourdon (gambar) dijangka akan memaklumkan kepada rakyat Malaysia apakah status kes ini sekarang. Menurut sumber Suaram ketika dihubungi Harakahdaily, kes ini dijangka akan dibawa ke mahkamah terbuka Perancis seawalnya bulan Ogos tahun ini.

"Ia bergantung kepada majlis kutipan dana untuk membiaya kes ini beberapa malam ini," kata pegawai Suaram ketika dihubungi.

Mohamad Sabu dijadualkan akan turut berucap di Pulau Pinang malam esok tetapi oleh kerana lutut beliau yang dibedah masih belum sembuh sepenuhnya, dia hanya akan menyetai majlis Jumaat ini di Dewan Sivik MPPJ. Lutut Mohamad cedera apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh oleh sebuah land rover polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu di ibunegara. Rempuhan ini menyebabkan beliau jatuh dan lututnya cedera.

Beliau menjalani pembedahan ke atas ligamen lututnya yang koyak semasa insiden itu dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar di Shah Alam. “Saya keluar hospital semalam. Doktor telah menanam 2 1/2 skru disebabkan ligamen saya yang terkoyak. Saya masih sakit dan tidak boleh berjalan….tapi keadaan saya beransur pulih,” kata Mohamad.

Di samping Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua juga akan berucap di samping kartunis Zunar akan membuat lakaran kartun secara langsung malam itu. "Semua kutipan dari jualan meja dan lelongan kartun ini adalah untuk membiayai kes ini," kata wakil Suaran itu. (Sumber Harakah)

Judi & Loteri, 3 Saman Kelantan

KL 20 Jul 11: Dua ahli perniagaan dan seorang individu menyaman kerajaan Pas Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) berhubung pengharaman aktiviti perjudian di negeri itu yang berkuatkuasa Februari lepas.

Saman pemuda itu difailkan oleh Wong Meng Yit, 47, dan Lee Khim Haw@Lee Khim Hwa, 58, kedua-duanya ahli perniagaan serta Gan Han Chuan, 44, di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Sheng Lee Law pada 6 Jun lepas.

Ketiga-tiga plaintif diwakili peguam Lee Kien Han dan peguam Rueben Mathiavaranam manakala kerajaan negeri Kelantan diwakili Penasihat Undang-undang Negeri dan MPKB diwakili oleh sebuah firma guaman.

Dalam saman pemula itu, ketiga-tiga plaintif memohon satu deklarasi bahawa kerajaan negeri Kelantan, tidak berkuasa untuk mengeluarkan arahan atau polisi bagi meluluskan atau menggubal apa-apa enakmen yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri di negeri itu.

Mereka juga memohon satu deklarasi bahawa perkara-perkara mengenai perjudian dan loteri adalah dalam bidang kuasa eksklusif Parlimen yang mengecualikan badan perundangan negeri Kelantan.

Plaintif turut memohon satu deklarasi bahawa defendan tidak mempunyai bidang kuasa dan tidak berkuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk meluluskan atau menggubal apa-apa undang-undang serta undang-undang kecil, peraturan, arahan atau polisi yang mengharamkan atau melarang aktiviti perjudian dan loteri.

Mereka menuntut ganti rugi am, kos bagi tindakan dan perintah lain yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah. Lee, yang ditemui pemberita di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini, berkata bahawa mahkamah telah menetapkan 17 Ogos ini untuk pengurusan kes berkenaan. Kes itu akan didengar di hadapan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim di Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas 1 di sini, katanya.- Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dimana letaknya Islam sebagai agama bagi Persekutuan, termasukKelantan? Kerajaan Islam apa macam ni? Kerajaan Islam versi UMNO..(IH)

Lihat! 10 Perkara, Orang Awam Ganas Lawan Polis?


TIMBALAN Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar meminta kerjasama orang ramai agar menyerahkan rakaman video berkaitan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas untuk dijadikan bukti sama ada terdapat dakwaan polis bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan itu.

Mustahil polis tidak mempunyai bukti-bukti keganasan yang dilakukan sehingga perlu meminta kepada orang ramai.
Sedangkan polis boleh sahaja membuka youtube dan gambar-gambar yang diambil oleh orang ramai untuk digunakan sebagai bukti.

Jika polis menuduh video youtube dan gambar-gambar itu palsu, polis boleh sahaja guna khidmat pakar Amerika sebagaimana yang digunakan ke atas video seks ciptaan Dato 'T'. Apa jaminan polis, orang ramai yang menyerahkan video akan selamat dari ugutan dan ancaman jika menyerahkan video keganasan polis.

Berikut adalah senarai 10 keganasan polis semasa himpunan Bersih 2.0.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpvDmfjjvLCw0Xr3cHahIxnZ26DWVlFSTkwvS6yZV8asiBTfSv4KSUCIXWotsOWPacZnNS0ovgJ7ec7zq6NahSow35ynegU6dEGOB8M3bok5oVn15nDSB8sCRWhOlMxC4uCxJjmZuAikw/s320/bersihmati2.png
1. Allahyarham Baharuddin Ahmad, meninggal dunia

Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak polis ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani postmortem.

“Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah,” kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin.
http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/allahyarham.jpg
Laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa.Ia menjadi tanda tanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

http://www.fuhsantai.com/wp-content/uploads/2011/07/bodyguard-anwar-2-640x480.png

2. Fayyad Al-Bakri, retak tulang pipi , jalani pembedahan plastik
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata , polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara , namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercaya sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah mata Anwar Ibrahim,peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.(Ada Youtube )
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3KG_61R6AZXBu5rYWSzRaE_Rk_kby3ic9qyG9WGVJP_PiQGej_YJ6IrXVdjoTGzqJmSxfpt9F40_QUYvPfnu34kVwmDXOlnZbAS75cgOMyffq5HXWegpmMmSQMj8p9uiQ1kwE-N30UZE/s400/fayad+al+bakri+2.png
Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.

http://1.bp.blogspot.com/-I2axRDckLeA/Th9zSCGb6pI/AAAAAAAAAeo/o19uKi285ME/s1600/268058_10150242917063046_215868293045_7054253_6642161_n-775839.jpg
3. Seorang pemuda, patah kaki kanan

Pemuda ini patah kaki kanannya akibat diterajang oleh beberapa anggota Polis/FRU.
http://media1-cdn.malaysiakini.com/382/515a218cedcef5d4c1533928ca7beb99.jpg
Selepas ditahan, diikat tangannya dengan cable tight, pemuda ini kemudiannya ditinggalkan begitu sahaja dibahu jalan oleh anggota polis yang menahannya selepas menyedari kaki pemuda ini patah. Maklumat mengenai pemuda ini masih belum diperolehi lebih lanjut.























4. Roslan Hussain, retak tulang dagu, patah dua batang gigi, terima 20 jahitan

Roslan mengalami keretakan pada tulang dagu, dua batang gigi patah serta terpaksa menerima 20 jahitan di bahagian luar dan dalam mulut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata pada himpunan Bersih 2.0.

Doktor terpaksa mengikat giginya buat sementara dengan kos RM480 sebelum pembedahan dengan anggaran RM10,000.

5. Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad , enam jahitan di kepala

Khalid menerima enam jahitan selepas ditembak dengan gas pemedih mata tepat di kepalanya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-sGu__Nq6ObPXndZqnu3imkFtfJhmjxhIS7K7nH2RvQMcMBZI495d_LxnLgd_JpU7bdkG_QokvCdKu8E7P-07eGMedABXKDvfeODAvj2x7FkzAZ6k2k6aDx7btEFeCqZlSYJjWzPkhAs/s1600/1.jpg

http://www.tvsnews.net/images/news_images_upload/mat%202.jpg
6. Timbalan Presiden PAS, ligamen koyak , terpaksa dibedah memasukkan besi

Motosikal yang dinaiki Timbalan Presiden PAS ini dirempuh Land Rover polis sehingga menyebabkan beliau tergolek di jalanan.

Beliau yang cedera kemudian dibawa oleh pegawai polis ke Balai Polis Jinjang dan dirujuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiOU2ySeFNWq6c4Od2pD6nlojdkRgaDE0brPbtaHawGnJOugUPkjmrNWRjWL50S32giCYDIfSPg43n9GaDXryL6HPn0odW7YiqgwZe5SkD7JdQbjXupSGKnwp83Un8BjRelbIElOm5BoqB/s1600/mat+sabu.png

“Saya dibebaskan selepas membuat pemeriksaan di klinik. Tapi disebabkan kaki kanan saya tidak pulih hari ini saya buat pemeriksaan di Selangor Medical Centre. Doktor kata ligamen saya koyak dan pembedahan untuk memasukkan besi" kata Mohamad Sabu

Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan memasukkan skru di kepala lutut untuk membolehkan beliau berjalan semula.

7. Haji Suhardi Mohd, sesak nafas, pengsan

Haji Suhardi ditahan polis dan diikat dengan tangan ke belakang. Beliau mengalami sesak nafas yang teruk dalam keadaan tangan terikat.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJVlFntHN2kPK65alC7m_CcHJ9waWtwHEMuJ5xeiEU6DLZACcySqYcYdp7gbfgRc3HML0eFzFSTGGiGZsLwnjstBQ4HPRQSf2bRkcfKspx7h99Dpk6ZvVGefshrvP0RzHA4iVkDQClT0Uh/s320/Lakonan+1.png
Polis yang mengikat beliau gagal membuka ikatan mungkin kerana tidak membawa 'kunci' , hanya membawa pengikat. Akhirnya, orang awam yang membantu untuk membuka ikatan .

Beliau di bawa ke hospital selepas itu. Ramai yang keliru dan menyangka bahawa Haji Suhardi adalah Allahyarham Baharuddin Ahmad (Ada Youtube )

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAWPcCWRb-LAWQcuDTiigTT2NAeysRW8xETpoZMuQI3dGGbYUxV1y5Go1mOvb440JYVKYuHaasoUtGS1IyWy_1InAwFQlGXffKy9UINcmgIYN2t9ntY2dmtYW-ERATFswaPRASd9_TES07/s400/beza3.jpg
8. Dato' Seri Anwar Ibrahim,cedera di kepala dan lutut

Polis dikatakan menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat.Hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk. ( Ada Youtube)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRuhrePXidEo4hzg8bQdJ1O7V3bVm9ENQ8xr-dN7FLCt-XOsHlOpcloIHu172uTrpdvZBa4es25DLy9KmtsRRDrwsWMLQUlE4j2fczxtNDvDZwzZH8eypHYXepL6Y3dtxx_21jD5zY56no/s400/Anwar-Filem.jpg
Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglE8r80q3-hTGzT91yLO2LMNV9wIf4ve5oZGD1YSAGoXt7JIJ4b-2lF560jO8s5ioUKPJI_i_JDMq2hZsxJflpvZK8Ocis7IIqckN5NLYQHEHrsQ2KvOj73NBMBcWDC8hYs_uKkJAhtM1N/s320/280a84e6ad5a1a4dd9304c72cff63c36.jpg
9. Pemuda berdarah di kepala

Pemuda ini dibelasah polis hingga menyebabkan kepalanya berdarah . Beliau ditangkap oleh polis dalam keadaan darah yang meleleh di kepala.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimuG_EbXpfQNvyWtjIdW7UBXRo_sJ1HFr7s2Q8C_Ef5tuSl3lN2QPxVXsMg5bbqc4naQYHVRohW-blPOVYC1Wy62IXPLVKGQtBLH8ISihySeWmi_dCPKSIjZ2EBz3MBcQSoz-YbHBMMztO/s400/267686_144864375589282_100001971615614_275587_5100173_n.jpg
Bagi menutup keganasan polis , kepalanya telah dipakai dengan topi.( Ada Youtube )

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVC_mhWn2gBhC7W1hOkz1mmKfItx_4GsSlBEdUKS23fg43mie74NhTDJ03V2LAp27ooeITo4a9JgIHRj3cHJjcU9eG25vIYrUU2kMjiLl8qsks7rahNa4AJsMIajdkG4IU1gLAIqtHjZQ/s1600/IMG02466-20110709-1546.jpg
10. Pemuda , cedera diterajang

Pemuda ini telah diterajang bertubi-tubi oleh beberapa orang polis semasa ditangkap . Jalur Gemilang yang dipegangnya juga menjadi mangsa sepak terajang polis yang membelasahnya. (ada Youtube )

Anda boleh nilai sendiri siapa bertindak ganas, orang awam atau pihak polis. Lihat lagi YouTube ini dan banyak lagi..
  1. BERSIH 2.0 ~ KEGANASAN POLIS MALAYSIA‏ - YouTube

    2 min - 9 Jul 2011 - Uploaded by lepatpingat
    BERSIH 2.0 ~ KEGANASAN POLIS MALAYSIA. lepatpingat 1 video. Subscribe Alert icon ... Standard YouTube License. 5 likes ...
    www.youtube.com/watch?v=12B5b0w5TrA
  2. BERSIH Ziarah Mangsa Keganasan Polis‏ - YouTube

    3 min - 6 Dec 2007 - Uploaded by Yiesblack
    http://bit.ly/9qF5PB TAHNIAH kepada semua yg menyertai phimpunan aman (yg dibenarkan oleh Islam & Perlembagaan M'sia)100 ...
    www.youtube.com/watch?v=iph8VxOVlHM
  3. TVSelangor09 14072011 Bersih 2.0 - SUHAKAM Siasat Dakwaan - YouTube

    4 min - 5 days ago - Uploaded by TVSelangor09
    TVSelangor09 14072011 Bersih 2.0 - SUHAKAM Siasat Dakwaan Keganasan Polis.mpg ... Standard YouTube License. 1 likes ...
    www.youtube.com/watch?v=febsSEo3GtA
  4. Ini yang aku rasa...: Klip Youtube terbaik BERSIH 2.0, aman tanpa ...

    - [ Translate this page ]
    10 Jul 2011 – Klip Youtube terbaik BERSIH 2.0, aman tanpa keganasan polis .... Video BERS✔H 2.0 Versi PDRM: Hasil Rekayasa Untuk Nafikan Keganasan Polis? ...
    ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/.../klip-youtube-terbaik-bersih-20-aman.html - Cached
  5. Bersih: Tak perlu nafi, bukti keganasan polis banyak di internet ...

    - [ Translate this page ]
    19 Jul 2011 – Bersih: Tak perlu nafi, bukti keganasan polis banyak di internet – Nik ... polis yang banyak disiarkan di internet seperti laman Youtube dan ...
    www.keadilandaily.com/bersih-tak-perlu-nafi-bukti-keganasan-polis-banyak-di-internet-nik-nazmi/
  6. youtube keganasan polis di perhimpunan bersih — Search Results ...

    - [ Translate this page ]
    You can get update via feed. ... youtube liverpool vs malaysia 16 july 2011 (31); 5 tuntutan CUEPACS (29); Tiket percuma chelsea tour Asia 2011 – Malaysia ...
    berita-harian.net/.../youtube-keganasan-polis-di-perhimpunan-bersih/ - Cached
  7. youtube keganasan polis perhimpunan bersih — Search Results ...

    - [ Translate this page ]
    (46); Semakan kemasukan PLKN 2012 (32); Nurul Syuhada dan raja amir khawin ...
    berita-harian.net/.../youtube-keganasan-polis-perhimpunan-bersih/ - Cached
  8. Tranungkite Online v11 - 10 'keganasan' orang awam terhadap polis ...

    - [ Translate this page ]
    19 Jul 2011 – Jika polis menuduh video youtube dan gambar-gambar itu palsu, ... Berikut adalah senarai 10 keganasan polis semasa himpunan Bersih 2.0. ...
    www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=print&sid...
  9. RAKYAT MARHAEN: Pasca Bersih : 10 'keganasan' orang awam terhadap ...

    - [ Translate this page ]
    (ada Youtube ) Inilah sebahagian dari keganasan polis yang berlaku semasa himpunan Bersih 2.0. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 7/19/2011 06:14:00 PM ...
    wargamarhaen.blogspot.com/.../pasca-bersih-10-keganasan-orang-awam.html
  10. PEMUDA PAS TUNTUT SIASATAN KEGANASAN POLIS DIBUAT « Dewan Pemuda ...

    - [ Translate this page ]
    11 Jul 2011 – Pihak Polis harus mengambil tanggungjwab diatas kematian Allahyarham ... yang disebar di Youtube yang jelas membuktikan keganasan anggota Polis. ... Klip Video AlJazeera bertajuk “[BERSIH 2011] RIOT BY POLICE – Live ...
    dppwp.wordpress.com/.../pemuda-pas-tuntut-siasatan-keganasan-polis-dibuat/ - Cached
(IH/Sumber TUARAN dll.)

Makcik Anne Ooi, 'Lady of Liberty' Malaysia.

Kow Gah Chie Jul 20, 119:43am

BERSIH 2.0, Pengalaman Saya Siri 10

SEBELAS hari setelah diangkat sebagai wirawati kerana pembabitannya dalam perhimpunan BERSIH 2.0, Makcik Anne Ooi kini cuba menyembunyikan dirinya. Ooi, 65, berkata beliau terpegun dengan tumpuan orangramai setelah laman Facebook yang didirikan untuknya telah mendapat lebih 40,000 peminat atau mereka yang menyukainya.

Di alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia. Bagi bekas guru ini yang menjalani kehidupan ringkas, beliau langsung tidak mempunyai pengetahun luas mengenai media sosial dan tumpuan ke atasnya kini ibarat satu kejutan budaya.

"Saya begitu takut dengan semua 'kegilaan' di Facebook," katanya ketika ditemui pada malam Isnin lalu.

"Saya hidup tanpa TV, tanpa akhbar dan benda-benda mengarut. Saya hanya baca buku yang baik. (Sekarang) saya juga tidak berani pulang ke rumah. Semua kegilaan ini cukup menakutkan saya. Semua ini terlalu sukar dipercayai,”

Ooi, yang menjadi guru bahasa Inggeris selama 35 tahun berkata rumah anak perempuannya kini menjadi tempat perlindungannya dan beliau tidak berani keluar ke tempat awam kecuali ke gereja. Beliau juga meluahkan hasrat supaya hidupnya tidak diganggu dan meminta orang ramai memberinya masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi tersebut. "Tolong beri saya masa,” katanya.

Ooi mencuri tumpuan apabila antara ribuan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - iaitu gambarnya yang berpakaian kuning tetapi basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih dan berjalan lesu mengelak kemaraan polis. Wanita itu turut terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu dan tidak mampu melarikan diri apabila diminta bersurai. (Diangkat dari Malaysiakini)

Ikuti pengalaman sebelum ini..

E-Buku IH-42: BERSIH 2.0, Pengalaman Saya.

E-Buku IH-42: BERSIH 2.0, Pengalaman Saya.

Arah Bayar RM400,000,'sharpshooter' Terus Shoot


KL, 20 Jul 11: Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan “terus lawan.”

“Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan,” kata Amizudin ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

“Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais),” kata beliau.

Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.

“Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat,” katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam. Rayuan dijangka difailka hari ini ataupun esok.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais. Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.

Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong. Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, “sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care.”

“‘Sharpshooter’ diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun ‘sharpshooter’ tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika ‘sharpshooter’ mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan ‘berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf’.”

“Walau bagaimanapun ‘sharpshooter’ akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan,” katanya. (IH)

Lihat sebelum ini..

Tuduh Rais Rogol, Diarah Bayar RM300,000
E-Buku IH-24: Menteri M'sia Rogol Amah Indonesia?
E-Buku IH-24: Menteri M\

Seludup Manusia, Siapa Datuk Yang Anaknya Ditahan?


ANGGOTA APMM menyelamatkan 46 PATI apabila bot mereka hampir karam di perairan Kota Tinggi malam kelmarin.

KOTA TINGGI 20 Jul 11: Ramai yang tertanya-tanya, siapa nama Datuk yang anaknya ditahan kerana menyeludup manusia? Adakah ada kena mengena dengan pengundi hantu untuk PRU 13 akan datang? Tiga lelaki termasuk seorang anak Datuk ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia menerusi perairan Kota Tinggi baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, ketiga-tiga suspek ditahan ketika berkonvoi dengan empat buah kereta membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sungai Rengit kira-kira pukul 8 malam Ahad lalu.

Katanya, suspek anak Datuk berusia 21 tahun itu menggunakan kereta Perodua Myvi miliknya yang mempunyai pelekat orang kenamaan untuk membawa PATI ke lokasi berkenaan. Menurutnya, suspek itu adalah seorang pelajar universiti tempatan dan menggunakan kesempatan masa cuti semester untuk menyeludup PATI.

"Kami menerima maklumat mengenai aktiviti kumpulan ini sejak beberapa bulan lalu dengan membabitkan lima suspek.

"Bagaimanapun, ketika serbuan, dua daripada mereka berjaya meloloskan diri. Kami berjaya menahan tiga suspek bersama 15 PATI warga Indonesia termasuk dua wanita," katanya kepada pemberita semalam. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails