Wednesday, August 10, 2011

UMNO Takut Laksanakan Undang Murtad?


KL, 10 Ogos 11: UMNO takut hendak laksanakan undang-undang murtad. Mungkin itu sebabnya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan l.akonan Umno kononnya mahukan akta mencegah murtad langsung tidak boleh dipercayai kerana inisiatif mengenai perkara itu berkali-kali ditolak, kata beliau.

"Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad.

"Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah," katanya.

Selepas itu, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu, sekali lagi beliau mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno," katanya

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

Menurut Salahuddin, usaha yang dibawa oleh pihak PAS mengenai perkara itu dibuat berkali-kali selepas Presiden PAS sendiri, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang mengemukakan usul dan rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.

Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

"Penolakan usul dan rang undang-undang persendirian mengenai murtad yang berlaku berkali-kali itu membuktikan Umno langsung tidak berminat untuk mencegah jenayah syariah paling serius itu.

"Sebab itulah umat Islam tidak seharusnya tertipu dengan gelagat gerombolan kuda tunggangan Umno yang kini nampak benar menunjuk-nunjuk kononnya mereka mahu mencegah murtad," tegas Salahuddin.

Beliau juga berharap rakyat menolak lakonan dan permainan gerombolan kuda tunggangan Umno itu kerana mereka adalah hipokrit sebenar.

"Amat hipokrit apabila bercakap hendak menentang gejala murtad tetapi pada masa yang sama menjadi kuda tunggangan Umno yang berkali-kali menolak usaha untuk mencegah murtad.

"Menolak inisiatif dan usaha untuk menentang murtad melalui peruntukan undang-undang dan perlembagaan hakikatnya menentang dan memusuhi usaha mencegah jenayah syariah paling serius itu," kata Salahuddin.

Beliau juga mempersoalkan di mana suara Umno ketika umat Islam bangkit menentang kes-kes murtad seperti kes Aishah Bukhari, Hartina Kamaruddin dan Lina Joy.

"Malah Umno juga berdiam diri ketika umat Islam bertindak menentang pindaaan 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dan ketika 10 menteri dari Barisan Nasional bertindak mempertikaikan perkara 121 (1A) itu dengan tujuan untuk membunuh kuasa mahkamah Syariah serta membolehkan mahkamah sivil memansuhkan keputusan mahkamah Syariah," katanya.

Dengan sejarah sedemikian, Salahuddin sekali lagi meminta umat Islam menolak hipokrit yang cuba berlagak hero yang kononnya memperjuangkan Islam dan kepentingan umat Islam. (IH)

Tuesday, August 09, 2011

Album 'Siapa Peduli' & Puisi A.Smad Said Unt Palestin

HALAMAN HIBURAN

AMPANG: Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) telah melancarkan album mengenangkan kesusahan rakyat Palestin berjudul Siapa Peduli yang telah menggabungkan artis-artis popular tanah air.

Setiausaha Agong MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pelancaran album ini adalah suatu usaha mengumpul dana untuk tabung Gaza- MAPIM bagi menjayakan beberapa projek membantu pemulihan Gaza khasnya pembinaan Hospital Kanak-kanak.

"Album ini adalah sebagai satu usaha untuk mendidik dan mengembangkan kesedaran secara meluas kepada masyarakat di Malaysia khususnya dan seluruh dunia amnya mengenai perjuangan membebaskan Palestin dan Masjid Al Aqsa.

"Dari hasil penjualan album ini, kami akan salurkan untuk projek utama iaitu pembinaan sebuah Hospital Kanak-kanak di Gaza," ujarnya pada sidang media pelancaran Album Siapa Peduli, di sini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Eksekutif MAPIM, Zulkifli Ibrahim, Mawi, Alyah, Mila, Syafinaz dan Liza Hanim. Album yang mempunyai 10 buah lagu ini turut memuatkan sebuah puisi istimewa daripada Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said.

"Kami berterima kasih kepada artis-artis yang sudi merakamkan lagu dalam album ini dan menghargai semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung," tuturnya.

Antara artis yang terlibat ialah Mawi, Jay Jay, Azhan Atan, Liza Hanim, Hafiz, Alyah, Mila, Syafinaz dan Kumpulan Putra. Kesemua lagu dan lirik digubal khas menyentuh peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Palestin seperti Nakbah, Deir Yasin, Sabra Shatila, Al Aqsa dan serangan ke atas Gaza.

Album “Siapa Peduli” akan berada di pasaran mulai minggu ini dengan harga RM 25.90. (IH/mStar)

Pakatan Rampas 100 kerusi Parlimen -Wong Ching Huat.


NONE
PETALING JAYA 9 OGOS 11: Pada seminarnya di Universiti Monash, Sunway hari ini, Wong yang juga ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 berkata peralihan sokongan itu adalah kerana reaksi rakyat terhadap tindakan kerajaan BN yang mengubah sentimen mereka di sejumlah 55 kerusi marginal yang dimenangi kedua-dua pihak.

"BERSIH telah meningkatkan peluang Pakatan di 20 kerusi yang dimenang tipis oleh BN dan memperkuatkan kedudukan Pakatan di 33 kerusi (marginal) milikinya sebelum ini,” katanya.

Wong berkata jumlah berkenaan adalah hasil rumusannya berdasarkan demografik pengundi dan corak pengundian pada pilihan raya umum 2008 dan juga beberapa pilihan raya kecil yang lalu.

Beliau juga menjangkakan corak yang sama akan berlaku di kerusi-kerusi milik calon Bebas seperti di Wangsa Maju, Nibong Tebal dan Bayan Baru yang terletak di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Berdasarkan perkiraannya juga, beliau menjangkakan Datuk Ibrahim Ali akan hilang kersi parlimennya di Pasir Mas di Kelantan.

azlanSelain itu, Wong juga menjangkakan PSM akan mengekalkan kerusinya di Sungai Siput, yang dimenangi dengan majoriti kecil berikutan penahanan ahli parlimennya Dr D Jeyakumar yang ditangkap mengikut Ordinan Darurat.

"Secara demografik ia adalah kerusi yang bahaya (untuk Jeyakumar) tetapi penahanan itu telah memberi manfaat kepada Jeyakumar, terutamanya undi simpati. Beliau akan terus mendapat undi masyarakat India dan menang dengan lebih selesa,” katanya kepada Malaysiakini selepas seminar itu.

Katanya dua kerusi milik SAPP lebih sukar diramalkan.

Wong juga berkata Pakatan dijangka akan mengekalkan secara marginal kersi di Sibu, Kuantan dan Indera Mahkota, tetapi bukan kerana BERSIH 2.0 tetapi isu lain seperti kilang pemprosesan bumi nadir Lynas, khususnya di Pahang. (Malaysiakini)

Beruk, Kuasai Filem Box-Office Di AS


SALAH satu adegan yang terdapat dalam filem Rise of the Planet of the Apes.

HALAMAN HIBURAN

LOS ANGELES - Filem Rise of the Planet of the Apes meraih kutipan tiket tertinggi pada tayangan hujung minggu lalu. Filem terbitan studio 20th Century Fox itu menjana kutipan tiket AS$54 juta (RM162.9 juta) pada tayangan pembukaannya sekali gus mengungguli carta box-office AS.

Menampilkan James Franco, Freida Pinto dan Andy Serkis sebagai watak utama, Rise of the Planet of the Apes mengisahkan bagaimana spesies beruk berevolusi menguasai dunia daripada manusia.

Berada di tangga kedua ialah filem The Smurfs yang diadaptasikan daripada watak kartun popular dengan kutipan tiket AS$21 juta (RM63.40) diikuti filem sains fiksyen Cowboys & Aliens yang menjana kutipan AS$15.8 juta (RM47.6 juta) di tempat ketiga.

Filem komedi lakonan Ryan Reynolds dan Jason Bateman, The Change-Up menduduki tempat keempat apabila memperoleh kutipan tiket AS$13.5 juta (RM40.7 juta) manakala Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 2 memperoleh kutipan AS$12.2 juta (RM36.8 juta) untuk mengekori di tempat kelima selepas beberapa minggu ia ditayangkan.

Filem terakhir Harry Potter itu turut menjana perolehan keseluruhan mencecah AS$1.13 bilion (RM3.4 bilion) hasil tayangan di seluruh dunia. - AP

Jalinan Muzik Rohani Amy & Yassin

AMY & Yassin bergabung bakat dan kreativiti untuk single Takbir Cinta

HALAMAN HIBURAN

AMY dan Yassin bergabung bakat dan kreativiti untuk single Takbir Cinta.SIAPA yang tidak kenal dengan ikon rock, Search yang mencipta fenomena sendiri 30 tahun lalu. Bukan sahaja di Malaysia, malah penangan yang dibikin turut terasa hingga ke negara jiran Indonesia.

Sementelah apabila lagu Isabella yang cukup segala rempahnya meletus sehingga dinobatkan sebagai Juara Persembahan Terbaik, Anugerah Juara Lagu TV3 (1989). Begitu pun, vokalis utamanya Amy atau nama sebenar Suhaimi Abdul Rahman, 53, mengundur diri daripada kumpulan itu sekitar tahun 1996 dan mencipta jenamanya sendiri.

Diam tak diam Amy kini sudah 30 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni dan sudah lima buah album solo berjaya dilahirkan iaitu Magic (1994), Camouflage (1997), Aku (1999), Suatu Masa (2000) dan IKON - A Rockstar Chronicle (2006) sepanjang tempoh itu.

Sinonim dengan aliran rock sejak mula menceburkan diri lagi, bagaimanapun kini Amy buat pertama kalinya cuba beralih angin dengan mendekatkan diri dengan lagu bercorak kerohanian. Untuk itu dia telah memilih untuk berkolaborasi dengan bekas penyanyi kumpulan nasyid Brothers, Yassin Sulaiman.

Ia nyata sukses direalisasikan menerusi single berjudul Takbir Cinta yang sudah siap dirakam sepenuhnya.

"Mula-mula rancangan untuk berduet dengan Yassin timbul sejak bulan Ramadan tahun lepas tapi tidak berjaya berikutan kesibukan masing-masing.

"Alhamdulillah, tahun ini segalanya berjalan sempurna dan Takbir Cinta siap dirakam dalam masa tiga bulan sahaja," katanya yang ditemui ketika majlis kesyukuran dan doa selamat di Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju, Kuala Lumpir baru-baru ini.

Memuji hasil ketelusan dan kualiti hasil kerja serta bakat Yassin selaku penyanyi nasyid kontemporari dan komposer hebat, ujar Amy, mereka ada persefahaman dan punyai minat yang sama.

"Pertama kali dengar lagu yang dicipta Yassin saya dah berkenan dan saya yakin dengan hasil kerjanya.

"Tambahan pula ini single pertama saya yang bercorak kerohanian dan istimewanya single ini juga merupakan lagu pertama yang saya nyanyikan sempena bulan penuh berkat, bulan Ramadan," bicaranya yang menyasarkan kejayaan lagu duetnya itu untuk didendangkan hingga ke bulan Syawal.

Pemilihan lagu berunsur keagamaan dan didedikasikan sempena bulan Ramadan berbanding lagu raya yang dirasakan lebih berpeluang mendapat sambutan pendengar, Amy ada rasionalnya sendiri.

"Semua orang sibuk untuk membuat lagu raya tapi kita ingin mencari perbezaan dan tidak salah untuk menyeru pendengar ke arah kebaikan sempena bulan mulia ini," katanya.

Dengan lirik yang mengisahkan perjuangan, pengorbanan dan nazar selain irama balada rock world music iaitu signatur azali Yassin, single itu ibarat suatu percubaan bagi Yassin.

"Kita nak tengok maklum balas daripada pendengar dahulu sebelum membuat album, biar ia menjadi lagu yang mesra pendengar terlebih dahulu," tutur Yassin yang begitu teruja bekerjasama dengan Amy.

Tambah Yassin, Takbir Cinta merupakan projek keduanya tahun ini selepas terlibat dengan penghasilan runut bunyi filem Nur Kasih dan beberapa lagu tema dan lagu korporat syarikat-syarikat ternama tempatan.

"Sepanjang karier saya, untuk menghasilkan muzik yang menarik perlu sentiasa berubah-ubah mengikut citarasa pendengar dan tidak boleh terhad pada satu stail.

"Begitu juga dengan single terbaharu ini, saya cuba sedaya upaya lakukan yang terbaik setelah idea ini datang daripada Amy sendiri selepas menyaksikan Konsert Maher Zain bulan Oktober tahun lepas," jelasnya yang kini juga sedang bekerjasama dengan Noryn Aziz. (IH)

ACCIN: MCCBCHST Tutup Mulut,, Hentikan Murtad.


KL 9 Ogos 11: Sebanyak 17 gabungan NGO Islam hari ini menggesa Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) 'tutup mulut' daripada mengeluarkan kenyataan berhubung urusan antara agama.

Menurut Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin), sejak penubuhan Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA) bawah Kabinet, Accin dan anggotanya sendiri tidak mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu.

NONEPengerusinya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, tindakan itu sebagai menghormati konsensus jawatankuasa tersebut.

"Accin ingin mengingatkan Majlis Perundingan Bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia kembali menghormati jawatankuasa tersebut pada masa akan datang," katanya.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan, MCCBCHST menyifatkan serbuan terhadap majlis di geraja sebahagian daripada "usaha sengajar dan sistematik oleh pihak yang berada di koridor kuasa negara ini" untuk mewujudkan konflik antara bangsa dan agama berbeza di Malaysia. Juga mendesak kerajaan persekutuan menyiasat insiden itu yang dilaporkan dua akhbar berbahasa Melayu bahawa terhadap orang Islam diajak menukar agama pada malam itu.

'Hentikan usaha murtad'

Merujuk kepada kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya, Accin dalam kenyataannya berkata, isu itu sepatutnya dibincangkan di JKMPKAPA, yang dipertanggungjawabkan kepada dua menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Justeru, ACCIN turut meminta pihak kerajaan segera mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Hasil siasatan juga perlu dikemukakan segera agar tidak berlaku salah faham dalam masyarakat," katanya.

mccbchst religious freedom prayer pc 020407Sambil memperakui pendirian Minggu Keharmonian Antara Agama Sedunia - bahawa ketengangan agama hanya boleh datang daripada agama - Sheikh Abdul Halim meminta semua pihak, khususnya media bertanggungjawan melaporkan isu antara agama.

Beliau juga menolak penggunaan beberapa istilah seperti "storm", "raid" dan "barge" yang didakwa tidak wajar bagi menggambarkan pemeriksaan JAIS.

Sedangkan, menurutnya lagi, ia hanya dijalankan selepas hampir sejam berunding dengan penganjur atas aduan berlakunya usaha pemurtadan oleh pihak gereja.

"Accin meminta semua pihak menghormati sensitiviti umat beragama. Rumah ibadah merupakan institusi kedua terbesar di dunia yang perlu mempromosikan hubungan positif antara agama selepas institusi pendidikan.

"Agar ianya berjaya, ACCIN meminta usaha memurtadkan penganut Islam khasnya, di Kuala Lumpur, Selangor dan seluruh negara dihentikan segera," katanya.

Cadangan itu, menurut Sheikh Abdul Halim bersesuaian dengan semangat hubungan antara agama dan peruntukan Perlembagaan di mana Islam agama Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan dengan menghormati agama persekutuan dan sensitiviti umatnya. Accin antaranya dianggotai Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memohon perintah mahkamah ke atas 12 indvidu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof berkata perintah mahkamah akan dipohon dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan kesemua mereka tampil memberikan keterangan.mJelas beliau, pihaknya akan membuat permohonan di Mahkamah Syariah.(IH)

Sabar & Iktibar Dari Tanah Runtuh -Nik Aziz


KL, 9 Ogos 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melalui Facebook berharap semoga keluarga tujuh mangsa tragedi tanah runtuh yang di perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang dapat bersabar di atas bencana yang menimpa.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada musibah itu.

“Saya berkongsi kesedihan dengan keluarga tujuh mangsa tragedi tanah runtuh yang di perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang,” kata beliau.

“Sekali lagi saya mengucapkan takziah.. kepada mangsa yang beragama Islam, semoga Allah SWT merahmati rohnya dan ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang soleh,” ujarnya lagi.

Dalam kejadian yang berlaku jam 5.45 petang kelmarin, berlaku banjir lumpur dan tanah runtuh selepas hujan lebat sejak 5 petang sehingga menimbus tiga rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin di perkampungan berbukit berkenaan.

Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Normadiah Lasik, 69, Ali Hassan, 50; Jaafar, 49; Mohd Ikbal Jaafar, 15; Sara Gunung, 37; Norma Gunung, 51; dan Yusnizan Yusof, 22, manakala yang parah pula ialah Bah Anjang Besar a/l Anjang, 39, dan Serry Priary a/p Suri, 15 tahun.

Semalam, PAS Pahang merakamkan ucapan takziah dan rasa simpati kepada keluarga mangsa dan dalam masa terdekat akan ke sana menyampaikan sumbangan.

“Serentak dengan itu juga kita meminta kerajaan negeri segera memantau penerokaan tanah di kawasan tanah tinggi itu kerana biasanya banjir lumpur dan hakisan tanah berlaku akibat operasi penebangan balak yang tidak terkawal,” kata pesuruhjayanya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails