Friday, September 02, 2011

R/Urut Tumbuh 85% Membimbangkan -Prof Dr Clara L Chee.

KL: “Kita memandang isu rumah urut bukan lagi perkara biasa tetapi ia adalah satu isu yang sangat serius. Ini kerana peningkatannya amat ketara dengan pertambahan sebanyak 85 peratus membabitkan lebih 200 rumah urut yang wujud di Selangor,” kata Presiden Malaysian Beauty Therapy Association, Prof Dr Clara L Chee.

Beliau berkata demikian ketika diminta penjelasan mengenai kadar pertumbuhan rumah urut di Selangor yang mana kegiatan itu berselindung di sebalik pusat kecantikan dan rawatan refleksologi, selain kewujudannya adalah di kawasan bandar baru.

Katanya, walaupun pengusaha pusat kecantikan memperoleh lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) namun kebanyakan menyalahgunakan lesen berkenaan dengan menjadikan sebagai pusat urut, selain menawarkan perkhidmatan seks.

“Kita bimbang masalah itu akan menular di kalangan masyarakat kerana mereka menawarkan harga serendah RM50 bagi sekali perkhidmatan.Jika masalah itu tidak dikawal ia akan terdedah kepada kanak-kanak, malah turut dilanggan pelajar universiti,” katanya. (IH)

Bulan Ini Israel Akan Serang Iran -CIA Robert Bear



TEL AVIV: September ini, Israel akan menyerang Iran. Robert Baer, seorang tentera CIA yang telah menghabiskan 21 tahun masa tugasnya di Timur Tengah berpendapat bahawa Israel akan mengtebom Iran di musim gugur ini. Ia pasti akan menyeret Amerika Syrikat (AS) ke 'perang besar' lain yang membahayakan tentera AS dan warga awam di seluruh Timur Tengah, juga sekitarnya.

Awal minggu ini, Robert Baer muncul di acara provokatif KPFK di Los Angeles dengan pembawa acara Masters Ian. Di sanalah ia memprediksikan bahawa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu kemungkinan besar akan memicu perang dengan Iran dalam waktu dekat.

Robert Baer telah merintis kerjaya dalam CIA, termasuk bertugas di Irak pada 1990-an di mana ia mengadakan oposisi terhadap Saddam Hussein. (Dia ingat setelah dituduh mencuba untuk mengatur pembunuhan Saddam). Setelah pencen, ia menerima penghargaan atas jasa tersebut.

Baer adalah agen CIA biasa. George Clooney meraih Oscar untuk pernanan karakter berdasarkan profil Baer dalam filem Syriana. Dia dengan jelas mengatakan tidak ada banyak nama sebagai sumber di Israel, AS, dan di tempat lain. Tetapi beberapa nama tokoh keamanan Israel mengingatkan bahawa Netanyahu dan Menteri Pertahanan Ehud Barak berkeras mengenai perang tersebut.

Baer tetap dengan peringatan (belum pernah terjadi sebelumnya) yang diungkapkan oleh mantan kepala Mossad, Meir Dagan, tentang rancangan Netanyahu itu. Dagan keluar dari badan intelijen Israel tersebut pada bulan September 2010. Dua bulan lalu, dia meramalkan bahawa Israel akan menyerang. Dia juga meramalkan bahawa melakukan hal tersebut adalah 'kerja bodoh'. Demikian yang diungkapkan akhbar Haaretz. (IH)

Perjanjian Air 1961, M'sia Baru Merdeka Dari S'pura?

PEMANDANGAN Loji Air Gunung Pulai, Pontian yang diserahkan semula oleh Singapura kepada Johor selepas Perjanjian Air 1961 tamat secara rasmi kelmarin.

JOHOR BAHRU 2 Sept 11: Malaysia baru merdeka dari penjajahan Singapura, apabila negara itu menyerahkan semula dua loji rawatan air serta dua rumah pam kepada Johor selepas tamat Perjanjian Air 1961 secara rasmi kelmarin?

Selain Loji Air Gunung Pulai, republik itu menerusi Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) menyerahkan Loji Air Sungai Skudai, Rumah Pam Tebrau dan Rumah Pam Pontian berikutan tamatnya kontrak bekalan air selama 50 tahun.

Majlis penyerahan keempat-empat prasarana kemudahan rawatan air itu disaksikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Loji Air Gunung Pulai kelmarin. Ia disempurnakan secara bersama oleh Pengerusi PUB, Tan Gee Paw dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Obet Tawil.

Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan. Keputusan untuk menyerahkan kemudahan air itu secara percuma dicapai semasa pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong pada 24 Mei tahun lalu.

Sebelum ini, dilaporkan penyerahan kemudahan air oleh PUB itu akan menghasilkan tambahan 681 juta liter air bersih sehari untuk negeri Johor. Ekoran tamatnya perjanjian itu, Johor akan mengurus 43 daripada 44 loji rawatan air di negeri itu manakala PUB akan terus menguruskan Loji Rawatan Air Sungai Johor dan Empangan Linggiu di Johor.

Terdapat dua Perjanjian Air Johor-Singapura iaitu Perjanjian Air 1961 yang tamat pada 31 Ogos 2011 dan Perjanjian Air 1962 yang akan tamat pada 2061.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Belum merdeka penuh lagi, kerana masih ada Perjanjian Air 1962 yang akan tamat pada 2061. 31 Ogos beberapa hari lalu (2011) Malaysia sambut merdeka ke 54 tahun... Jadi untuk merdeka penuh dari Singapura kena tunggu 50 tahun lagi. (2061 tolak 2011). (IH)

Lihat sebelum ini..

Thursday, September 01, 2011

Mandat BN Hanya Tinggal 19 Bulan Lagi -Kit Siang



KL 1 Sept 11: BN mempunyai 19 bulan lagi sebelum mandatnya berakhir awal 2013. Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang (Gambar) mengingatkan Datuk Seri Najib Razak mandat kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) menghampiri garisan penamat.

Beliau mahu perdana menteri menunaikan pembaharuan dijanjikan secepat mungkin atau menghadapi tamparan pengundi pada pilihan raya umum ke-13. BN mempunyai 19 bulan lagi sebelum mandatnya berakhir awal 2013. Populariti Najib telah menjunam enam mata dalam kajian terbaru kendalian Merdeka Center baru-baru ini.

“Rakyat Malaysia mengibarkan bendera kebangsaan semalam tetapi mempunyai satu persoalan yang sama - ke mana anda pergi, Malaysia?” kata penasihat DAP ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim berkata, pemimpin-pemimpin komponen perikatan dalam perutusan Hari Kemerdekaan Ke-54 semalam menyeru rakyat Malaysia yang berlainan latar belakang agama dan kaum agar bersatu, bersikap sederhana dan bertolak ansur antara satu sama tetapi ia kelihatan diterima dengan hambar.

Ini kerana, menurut Lim, landskap nasional yang “pecah belah dan berbalah”, di samping ketidakupayaan Najib untuk memperlihatkan kepimpinan yang berkesan.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini menekankan, usaha-usaha yang tidak bertanggungjawab dan semberono cuba memecah belah negara mengikut garisan kaum dan agama.

Beliau memberikan contoh satu laporan menerusi saluran TV1 pada Ahad lalu - didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Saluran milik kerajaan itu menyiarkan bahan berkaitan kumpulan Facebook “Murtads in Malaysia and Singapore” menerusi segmen berita perdana 8 malam mengaitkan pemimpin-pemimpin seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah.

Malah, laporan itu mendakwa Presiden Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim sebagai seorang penyokong kumpulan tersebut.

“Pembohongan menjadi hidangan utama disajikan oleh media arus perdana,” kata beliau dengan merujuk kepada liputan bahawa DAP mahu mewujudkan sebuah negara Kristian dan mahukan perdana menteri kalangan penganut Kristian atau kecaman terbaru bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengagungkan komunis dan tidak menganggap Datuk Onn Jaafar dan Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.

Katanya, usaha-usaha sedemikian tidak membantu dalam menyatupadukan rakyat Malaysia, tetapi mewujudkan persekitaran sebaliknya.

Lim menegaskan bahawa jika Najib serius dan jujur sebagai perdana menteri bagi semua rakyat, maka beliau seharusnya menyediakan kepimpinan, bukan slogan-slogan kosong.

“Perhimpunan Bersih 9 Julai yang berjaya adalah bukti, jika Najib dan mereka dalam kuasa enggan bertindak, maka rakyat Malaysia sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli, sama ada yang beragama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, pengikut Taoisme, Konfucius atau Sikh bersedia untuk bersatu bertindak menyelamatkan Malaysia,” kata Lim lagi.

Bersih 2.0 menuntut pembaharuan pilihan raya dengan mengemukakan lapan tuntutan sebelum pilihan raya umum ke-13.

Awal bulan lalu, Najib mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan khas untuk mengkaji pembaharuan pilihan raya. (IH)

54 Tn Merdeka, Masih Tadah Air Hujan, Tahniah BN!

Ulu Tiram 31 Ogos 11: myMetro melaporkan, lebih 140 Orang Asli Seletar di Kampung Pasir Salam, di sini, masih mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih walaupun sudah mendiami kampung berkenaan sejak lebih 100 tahun lalu.

Ketiadaan bekalan air yang disalurkan ke kampung itu menyebabkan penduduk terpaksa menadah air hujan untuk mendapatkan sumber bekalan minuman dan keperluan harian lain seperti memasak dan membasuh. M
alah, mereka dihantui kebimbangan setiap kali musim kemarau hingga terpaksa mencari sumber air di kawasan hutan paya berhampiran.


Penduduk, Tipah Tammat, 40, berkata, penduduk kampung turut mengalami nasib buruk apabila terpaksa meminum air hujan kerana tiada bekalan air bersih di penempatan mereka.


“Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah terpaksa minum air hujan yang ditadah kerana kami sendiri tidak tahu bila akan hujan.


“Jika tidak hujan berhari-hari bekalan air yang ditadah akan habis menyebabkan penduduk terpaksa ke hutan berdekatan bagi mencari air di paya bakau,” katanya.


Menurutnya, ketiadaan air menyulitkan urusan harian penduduk seperti mandi, memasak dan membasuh baju. "Susah hidup kami kerana segalanya memang perlukan air dan kadang-kadang kesihatan kami tidak dihiraukan lagi kerana terpaksa tidak mandi atau membasuh pakaian dan pinggan mangkuk kerana ketiadaan air,” katanya.


Sementara itu, Tok Batin, Sotti Akun, 48, berkata, ketika musim kemarau penduduk terpaksa menempuh perjalanan sejauh lapan kilometer semata-mata mahu membeli bekalan air bersih di hujung kampung. "Kami terpaksa membeli air dengan harga kira-kira RM5 bagi setong 20 liter air bersih. Penduduk yang tidak mampu bayar bergantung ihsan pemilik kedai yang bermurah hati memberikan air secara percuma,” katanya.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah BN, cemerlang.. Baru terdedah sudah 54 tahun merdeka, lebih 140 Orang Asli, masih mengalami masalah mendapatkan bekalan air bersih walaupun sudah mendiami kampung berkenaan sejak lebih 100 tahun lalu. Begitulah nilai keprihatinan BN terhdap kependeritaan dan kebajikan rakyat. Yok, masih dok sokong BN lagi?


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

E-Buku IH-32: Bersama Orang Asli..

PAS Sasar 60 K/Parlimen & Melayu/Islam, Tapi...

K/Terengganu, 1 Sept 11: PAS menyasarkan untuk menang 60 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

“Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini di samping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen,” kata beliau (gambar) dipetik Harakahdaily hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Datuk Wan Mutalib, Kompleks PAS Kuala Terengganu. Pada 2008, PAS bertanding di 66 kerusi dan menang 23 kawasan. PAS menganggotai Pakatan Rakyat bersama DAP dan PKR, dan menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) tiga tahun yang lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, pemimpin PAS menjadi pemimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak jatuh kembali apabila dirampas melalui pembelian tiga Adun Pakatan. Untuk pilihan raya akan datang, kata Abdul Hadi, PAS mensasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya.

Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, PAS katanya memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras. "Kalau nak undi -slam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatandakwah, budi perkerti dan pujukan...saya yakin mereka boleh berubah.

"Perlu ambil masa, sabar..pujuk mereka.. Perkenal Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kitan," kata Abdul Hadi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Untuk dapatkan sokongan pengundi Melayu/Islam, PAS perlu berhati-hati dalam ucapan dan membuat kenyataan akhbar supaya tidak mudah dieksploit bagi menjauhkan orang Melayu dari PAS.

Sudah beberapa kenyataan dikeluarkan akhir-akhir ini, yang disifatkan sebagai 'kenyataan bodoh' tidak berhati-hati, dan mengembirakan UMNO. Kadang-kadang mereka seolah-olah tidak sedar, bahawa mereka yang bercakap itu adalah pemimpin tinggi PAS, bukan ahli biasa lagi.
(IH)

Lihat juga..

5 Tahun Dikurung Bogel, J/Kebajikan Baru Tahu?



K
L 1 Sept 11: BILA baca berita ini (Wanita dikurung 5 tahun dalam keadaan bogel)...

Dalam kemeriahan umat Islam menyambut Syawal, masih ada dalam kalangan mereka yang menderita. Seorang wanita berusia 52 tahun yang mengalami masalah mental ditemui dalam keadaan bogel di bilik belakang sebuah rumah teres satu tingkat di Taman Salad kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.

Pengerusi Pertubuhan Perihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim berkata, beliau menerima maklumat mengenai wanita itu daripada orang awam melalui telefon. Menurutnya, selepas pergi ke alamat seperti dilaporkan, beliau ternampak mangsa dalam keadaan bogel sebelum menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan polis untuk mendapatkan bantuan.

“Empat pegawai dari JKM datang ke tempat kejadian bersama sebuah kenderaan unit MPV dari Balai Polis Lunas. Daripada maklumat saya peroleh, mangsa sudah lima tahun dikurung dalam keadaan begitu. Lebih menyedihkan, mangsa bukan sahaja ditinggalkan dalam keadaan bogel malah tidak ada tikar, tilam atau bantal di tempat mangsa dikurung.

“Mangsa hanya akan berbaring dan duduk di atas lantai simen. Selain itu saya dapati banyak beg plastik berisi nasi di luar tempat mangsa dikurung. Saya kemudiannya menghubungi ambulan untuk menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan di hospital” katanya.

Pegawai Kebajikan Daerah Kulim, Rohana Yussuf berkata, sebelum ini mangsa yang dikenali sebagai Salmah berada dalam keadaan normal sehinggalah ibunya meninggal dunia pada 2001. Sejak itu tidak ada sesiapa yang menguruskan kehidupannya hingga melarat.

Menurutnya, mangsa sudah menerima bantuan am daripada JKM sebanyak RM150 sebulan. Ketika pemeriksaan dibuat, pegawai JKM mendapati keadaan mangsa lemah, kelaparan dan badannya terlalu kurus sehingga menampakkan rangka.

Selain itu mangsa menjerit beberapa kali menyatakan ‘sakit’ sebelum dia di keluarkan dari tempat kurungannya. Pegawai JKM turut memakaikan pakaian yang diberikan oleh jiran kepada mereka kerana mangsa dalam keadaan berbogel.

“Saya telah mengarahkan pegawai JKM membawa mangsa ke hospital Kulim untuk menerima rawatan segera. Selepas pemeriksaan dibuat, barulah JKM mengambil keputusan bagaimana untuk mengatasi masalah dialaminya. JKM akan berbincang dengan waris mangsa untuk mendapatkan maklumat tentang mangsa sebelum mengambil keputusan untuk menghantarnya ke pusat penjagaan khas yang disediakan” kata Rohana.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh ketika dihubungi berkata, beliau telah mengarahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor untuk pergi ke tempat kejadian bagi menyelamatkan mangsa. -SH

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana BN pilih pegawai bertanggungjawab, sedangkan mangsa sudah 5 tahun dikurung dalam keadaan berbogel, sekarang baru tahu? Pengerusi Pertubuhan Perihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Khor Eng Khim yang membongkarnya, Pegawai Kebajikan Daerah Kulim diamanahkan dan dibayar gaji dengan wang rakyat, tidak tahu langsung?

Jelas kerajaan Malaysia pimpinan BN tidak prihatin kepada kebajikan rakyat. Satu lagi bukti BN bukan negara pentingkan kebajikan rakyat, melantik pegawai yang tidak profesional mengendalikan hal rakyat. Rakyat kena tolak BN dalam PRU13 ini! (IH)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails