Wednesday, September 07, 2011

Orang Tua Jatuh, Tidak Ada Yang Mahu Tolong..

KASIHAN orang tua ini terjatuh di tengah jalan, namun tidak seorang pun orang yang menolongnya?

Akhbar di China melaporkan ada seorang lelaki tua yang jatuh di tengah jalan yang sibuk. Dia tidak boleh bangun selama 15 minit. Namun tidak ada seorang pun yang menolongnya, malah orang ramai hanya sibuk melihat sahaja.

Apa alasan mereka tidak mahu menolong orang tua tersebut?

Satu: Pada tahun 2006 ada seseorang lelaki membantu seorang wanita tua yang duduk di lantai bus untuk berdiri, dan akhirnya lelaki itu dituduh keluarga nenek tadi sebagai penyebab nenek tersebut tercedera .Lelaki tesebut disaman 130.000 Yuan untuk membiayai kos perubatan. Namun setelah hasil siasatan dan rayuan,lelaki tersebut hanya dikenakan bayaran 40.000 yuan sahaja.

Dua: Satu lagi kejadian lain yang menimpa seorang mahasiswa di Universiti Hennan yang membantu wanita tua untuk duduk , namun mahasiswa tersebut dituduh sebagai penyebab wanita tua tersebut tercedera dan di dijatuhi hukuman denda 80.000 yuan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Beginilah di zaman materialistik, sikap kemanusiaan diketepikan. Dalam kejadian seperti ini, lebih baik kita memanggil polis/ambulan. Tidak semua orang yang kemalangan itu berpura-pura atau bermaksud jahat, cuba bayangkan jika yang terkapar ditengah jalan itu anggota keluarga kita? Tolong menolong itulah akhlak Islam. Akhlak dalam Negara Kebajikan. (IH)

Tuesday, September 06, 2011

Buaya Gergasi Ganas, Dijadikan Tarikan Pelancong


GAMBAR yang dirakamkan kelmarin menunjukkan Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde mengukur buaya gergasi yang ditangkap hidup-hidup di Bunawan, Filipina.

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

MANILA - Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu. Elorde berkata, buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.

Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu. Beliau memberitahu, meletakkan buaya gergasi di sebuah taman pelancongan akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiada di dunia ini yang dijadikan Allah SWT sia-sia, hanya terpulang kepada mahusia yang mahu mengungkap rahsia Yang Maha Agung. Akhirnya baru kita kenal siapa Dia..

Sebelum ini..

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Bahkan, Mat Indera Hampir Berkahwin Dg Kakak TPM

KL 6 Sept 11: Mat Indera, bukan sahaja lelaki yang didakwa pernah menjadi anak murid kepada bapa Tan Sri Muhyiddin Yassin. bahkan dikatakan hampir berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera.

Kata Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat , pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) itu didakwa hampir menikah dengan kakak timbalan perdana menteri.

"Mat Indera mahu berkahwin dengan kakak TPM Muhyuddin Yassin tapi tidak dipersetujui oleh bapa Mat Indera," kata Suhaizan selepas menziarahi adik Muhammad - Johan Shah -semalam.

Menurut Suhaizan, Mohamad dan Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed turut serta dalam pertemuan itu. Menulis di laman Facebook, Suhaizan berkata, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru.

"(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," tulisnya yang diberi tanggungjawab berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam isu sejarah itu.

Dibuang daerah, diseksa British


Justeru, Suhaizan menyifatkan tiada pembelaan terhadap kematian Muhammad Indera sebelum ini disebabkan "orang takut dengan British". Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya:
  1. Mat Indera anak kedua daripada lapan adik beradik. Ibunya meninggal ketika Johan (bongsu) berusia dua tahun.
  2. Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya diseksa British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954.
  3. British tawar $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk tangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000.
  4. Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut.
  5. Mat Indera pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu Yusof Rono.
  6. Mat Indera dilantik oleh kerajaan Johor sebagai guru agama. Beliau diberikan baju dan songkok rasmi. Beliau pernah belajar dengan ulama dikenali senagai Tuan Guru Fadil.
  7. Beliau digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama.
  8. Mat Indera tidak pernah berkahwin. (IH/Malaysiakini)
Lihat sebelum ini..

Cuai: 16 Kucing Mati, Lebih 200 Lagi Kebuluran.


Reaksi pemilik haiwan peliharaan teraniaya ketika sidang media di Petaling Jaya semalam. Dua belas ekor kucing mati di sebuah pusat selepas ditinggalkan sempena cuti Aidilfitri. — Foto Jack Ooi
Reaksi pemilik haiwan peliharaan teraniaya ketika sidang media di Petaling Jaya semalam. Dua belas ekor kucing mati di sebuah pusat selepas ditinggalkan sempena cuti Aidilfitri. — Foto Jack Ooi

PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
Salah seekor kucing yang kebuluran akibat pihak pusat jagaan haiwan yang cuai
TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis.
TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis.
Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.

“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya. sumber : metro

Berita dari Ntv7 :
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila sebut negara kebajikan, sudah tentu termasuk hal ehwal kebajikan haiwan. Kerana, mereka semuanya adalah makhluk Allah sepertimana firman-Nya:

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا وَأَلْقَى فِي الأَرْضِ رَوَاسِيَ أَنْ تَمِيدَ بِكُمْ وَبَثَّ فِيهَا مِنْ كُلِّ دَابَّةٍ

وَأَنزَلْنَا مِنْ السَّمَاءِ مَاءً فَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ.

Dia (Allah) menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya pelbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. [Luqman 31:10]

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang memberi perhatian khusus kepada hal ehwal kebajikan haiwan. Hadis-hadis tersebut menjanjikan ganjaran besar kepada sesiapa yang menjaga kebajikan haiwan dan ancaman berat bagi sesiapa yang meremehkannya.

Antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa baginda bersabda:

بَيْنَمَا كَلْبٌ يُطِيفُ بِرَكِيَّةٍ كَادَ يَقْتُلُهُ الْعَطَشُ إِذْ رَأَتْهُ بَغِيٌّ مِنْ بَغَايَا بَنِي إِسْرَائِيلَ فَنَزَعَتْ مُوقَهَا

فَسَقَتْهُ فَغُفِرَ لَهَا بِهِ.

Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. [Shahih al-Bukhari – no: 3467]

Pada satu ketika Rasulullah SAW melintasi seekor unta yang kelihatan kempis perutnya kerana kelaparan. Lalu baginda bersabda:

اتَّقُوا اللَّهَ فِي هَذِهِ الْبَهَائِمِ الْمُعْجَمَةِ فَارْكَبُوهَا صَالِحَةً وَكُلُوهَا صَالِحَةً.

Bertaqwalah kepada Allah terhadap haiwan-haiwan yang bisu ini. Tunggangilah ia dengan baik dan berilah ia makan dengan baik. [Dikeluarkan oleh Abu Daud dan disahihkan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – no: 23]

Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah SAW memberi amaran:

دَخَلَتْ امْرَأَةٌ النَّارَ فِي هِرَّةٍ رَبَطَتْهَا فَلَمْ تُطْعِمْهَا وَلَمْ تَدَعْهَا تَأْكُلُ مِنْ خَشَاشِ الأَرْضِ.

Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah. [Shahih al-Bukhari – no: 3318]

Menjaga kebajikan haiwan tidak sekadar pada masa hidup mereka, tetapi juga pada saat kita akan menyembelih mereka. Sudah menjadi salah satu daripada adab menyembelih untuk menggunakan pisau yang tajam agar haiwan tersebut dapat melaluinya dengan mudah. Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ. فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ

وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ.

Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh maka perbaikilah cara membunuh dan apabila kamu menyembelih maka perbaikilah cara sembelihan. Hendaklah salah seorang daripada kamu mengasah pisaunya dan biarkan haiwan sembelihan mati tanpa terseksa. [Shahih Muslim – no: 1955]

Berdasarkan pesanan Rasulullah:
“Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu”, para sahabat dan umat Islam generasi awal sentiasa mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan haiwan. Ini kerana ia termasuk dalam keumuman sifat ihsan yang bermaksud kebaikan yang melebihi kebiasaan. Sayang sekali kewajipan bersifat ihsan ini jarang-jarang diperhatikan oleh umat Islam masa kini dalam pelbagai sudut kehidupan mereka, termasuklah dalam kes hal ehwal kebajikan haiwan.

Syaikh Nashr al-Din al-Albani rahimahullah menegaskan hakikat ini setelah mengemukakan beberapa hadis tentang kebajikan haiwan:

Inilah sebahagian daripada riwayat yang sempat aku temui sehingga sekarang. Ia menunjukkan perhatian besar yang diberikan oleh umat Islam generasi awal hasil bimbingan Nabi SAW tentang penjagaan haiwan. Pada hakikatnya (apa yang saya kemukakan) hanyalah setitik daripada lautan yang luas. Ini semua menjelaskan bahawa Islamlah yang sebenarnya menggariskan asas penjagaan haiwan kepada manusia. Ini berbeza dengan sangkaan sebahagian orang yang jahil terhadap Islam bahawa kononnya asas penjagaan haiwan berasal daripada orang kafir. Yang benar ia adalah adab yang diambil guna daripada generasi umat Islam yang awal…
[Silsilah al-Ahadits al-Shahihah (Maktabah al-Ma‘arif, Riyadh, 1995), jld. 1, ms. 69]

Begitulah Islam amat mengambil berat kepada binatang. Bahkan ada hadis menyebut seorang perempuan masuk neraka kerana menyiksa seekor kucing, dan seorang lagi masuk syurga kerana menolong seeokr anjing, walaupun dia seorang pelacur..

Itulah antara konsep Negara Kebajikan yang menjadi teras perjuangan Islam. Wallahu 'aklam.

Lagi, Aktor Ditahan Kerana Dadah, Siapa?


HALAMAN HIBURAN

Pengarah: Jurey Latiff Rosli Penulis Skrip: Adza Irdawati Adenan

KL: Hari ini myMetro melaporkan, seorang pelakon pembantu berusia 32 tahun yang membintangi puluhan drama dan beberapa telemovie ditahan polis di sebuah kelab malam di Jinjang, di sini.

Penahanan dilakukan selepas ujian air kencing mendapati dia dan tiga rakannya termasuk seorang wanita positif dadah, kelmarin. Antara drama dibintanginya ialah siri seram, Nek Nak arahan Jurey Latiff Rosli siaran Astro Ria yang turut menampilkan pelakon veteran, Wan Maimunah dan Mimi Rahzia.

Selain itu, pelakon terbabit yang lebih dikenali dengan penampilan imej ganas pernah berganding dengan aktor terkenal seperti Ady Putra, Beego dan Norman Hakim menerusi telemovie Tetamu Malam (TV2) dan Rambut (TV1).

Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu, semua suspek dibawa ke balai polis selepas ujian saringan air kencing yang dilakukan positif.

Menurut sumber polis, serbuan dilakukan di premis hiburan itu pemeriksaan rutin yang biasa pihak berkuasa dalam membanteras penggunaan dadah di kawasan berkenaan.

“Ketika serbuan, pelakon terbabit dan beberapa rakannya cuba melarikan diri, namun gagal selepas premis berkenaan dikepung.

“Keempat-empat mereka diarahkan menjalani ujian air kencing sebelum pemeriksaan mendapati mereka positif,” katanya.

Sumber berkata, pelakon terbabit dan tiga rakannya dibawa ke Balai Polis Jinjang, di sini, untuk tindakan lanjut. "Semua mereka direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Siapakah aktor itu? Tunggu, akan tahu juga.. (IH)

Penjelsan 'Islam Beracun' Lee Kuan Yew

Rosmah berkata, pada pertemuan itu Kuan Yew menyatakan hasrat beliau untuk menyaksikan Malaysia dan Singapura meningkatkan hubungan dari segala segi.


SINGAPURA: Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yuew, semalam menafikan menyifatkan Islam sebagai ‘agama beracun.’

Satu daripada ratusan kabel dari kedutaan Amerika Syarikat di Singapura yang didedahkan minggu lalu oleh laman web antirahsia, WikiLeaks menyatakan Lee menjelaskan Islam sebagai agama beracun ketika berunding dengan Senator Hillary Clinton pada 2005.

“Ia tidak benar,” kata Lee, Perdana Menteri Singapura yang berusia 87 tahun dalam satu kenyataan.

Lee berkata, beliau menyemak nota kementerian luar mengenai pertemuan itu dan mendapati ‘tiada rakaman mengatakan saya mendakwa Islam sebagai agama beracun atau saya berkata sesuatu yang menjurus ke arah itu.’

“Saya ada bercakap mengenai pelampau seperti kumpulan Jemaah Islamiyah dan pendakwah jihad yang membentuk minda mereka. Mereka mahu membanteras sesiapa yang tidak sependapat dengan mereka,” katanya.

“Jadi, ajaran Islam yang dipegang mereka bertentangan dengan Islam yang diamalkan majoriti umat Islam di Singapura,” katanya.

Ulasan Lee seperti yang didedah WikiLeaks menggemparkan rakyat Singapura dan ramai yang mengkritiknya. Sebahagian mereka menyelar kenyataan beliau dengan menyifatkannya sebagai tidak patut diucapkan oleh seorang pemimpin yang sudah banyak pengalaman. - AP

Lihat Sbelum ini...

E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura
E-Buku IH-27: Minda Lee Kuan Yew & Singapura

Hai, Terang-terang Gelar 'Datuk' Pun Jadi Bisnes Gelap?


AMIN menunjukkan kad perniagaan seorang lelaki yang dikhuatiri menipunya untuk mendapatkan gelaran Datuk di Kuala Lumpur semalam.

KL - Seorang ahli perniagaan mendakwa khuatir ditipu pihak tidak bertanggungjawab apabila diminta membayar sejumlah RM50,000 bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka tidak lama lagi.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 50-an, itu mendakwa dia didatangi oleh individu berkenaan ketika dia dan beberapa rakannya mempunyai urusan perniagaan di Alor Gajah, Melaka tengah hari kelmarin.

Katanya, dalam pertemuan tersebut, individu tersebut memberi jaminan bahawa mereka boleh mendapatkan gelaran Datuk menjelang istiadat yang akan diadakan di negeri itu pada 20 Oktober depan.

Menurutnya, lelaki tersebut memberitahu lokasi istiadat pengurniaan darjah gelaran Datuk itu masih belum ditentukan sama ada akan diadakan di hotel atau resort.

Bagi tujuan itu dakwanya lagi, kesemua mereka dikehendaki membayar 10 peratus daripada RM50,000 seorang manakala bakinya perlu diselesaikan segera dalam tempoh berperingkat sebelum istiadat berkenaan diadakan.

"Pada mulanya, hati saya berbelah-bahagi namun apabila kesemua rakan bersetuju, mahu tidak mahu saya pun membayar RM5,000 kepada individu tersebut," ceritanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Hai. Terang-terang gelaran Datuk pun jadi bisnes gelap.. Boleh siasat kalau mahu terangkan suasana. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails