KL, 14 Sept 11: Budaya penulisan tidak sihat adalah tidak wajar dilakukan oleh seorang yang bertaraf Senator dan Timbalan Menteri, kata Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi, semalam.
Oleh itu, "Dewan Muslimat PAS Pusat mengajak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berdialog berhubung tuduhannya terhadap PAS dalam artikel "Episod-episod Pembohongan PAS".
Mashitah dalam tulisannya yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia kelmarin antaranya menuduh PAS tidak lagi mempertahankan Konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak dan rumah urut di Selangor kerana ingin mengecapi sedikit kuasa.
Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pihaknya akan menghantar surat tawaran kepada Mashitah sesegera mungkin dan menunggu jawapan positif daripada Mashitah.
Athirah berkata, Dewan Muslimat akan memberi ruang kepada Mashitah untuk mengemukakan semua hujah berkaitan tuduhannnya dalam artikel tersebut dan diikuti oleh hujah panel daripada Dewan Muslimat.
"Dewan Muslimat ingin menawarkan satu program pencerahan minda kepada khalayak umum secara terarah, beradab dan bertamadun sesuai dengan sifat Islam.
"Samaada dalam bentuk forum ilmiah atau debat ilmiah atau mungkin juga wacana, terpulang kepada Mashitah untuk memilih," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Menyifatkan artikel tersebut sebagai tulisan yang sangat dangkal dan bertujuan memesongkan pemikiran rakyat terhadap perjuangan Islam yang dibawa PAS, Athirah berkata Mashitah sebagai seorang Sarjana Wanita Islam tidak wajar berbuat demikian.
"Budaya penulisan tidak sihat seperti ini tidak wajar dilakukan oleh seorang yang bertaraf Senator dan Timbalan Menteri," katanya.
Beliau turut mempersoal sikap Mashitah yang hanya berani melontarkan pandangan bersifat tuduhan melulu melalui media milik Umno BN. "Ianya sudah menjadi menjadi pemimpin politik yang lemah khususnya dari kalangan Umno BN," katanya. (IH)
Thursday, September 15, 2011
S'ngor: Mesra Usia Emas, 20,999 Nikmati Bantuan..
SHAH ALAM, 15 Sept 11: Melalui Skim Mesra Usia Emas iaitu salah satu program kebajikan di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), sekurang-kurangnya 20,999 warga emas di negeri ini sudah menikmati bantuan kerajaan negeri.
Jumlah itu merangkumi peruntukan sebanyak RM49 juta oleh kerajaan negeri sejak ia dilancarkan pada tahun 2008 sehingga April 2011. Program yang dimasukkan dalam Fasa I program MES itu juga merupakan program yang telah mempunyai perbelanjaan kedua tertinggi selepas program pemberian bekalan air percuma 20 meter padu kepada rakyat negeri ini.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, ianya merupakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam usaha membela dan menghargai warga emas di negeri itu.
Ianya merupakan satu skim khairat kematian sebagai menghargai warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi mahupun tahap sosial mereka. Melalui program ini, warga emas dan juga golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang telah berdaftar dan apabila berlakunya kematian, maka waris mereka akan menerima RM2,500 bagi perbelanjaan menguruskan jenazah tersebut.
"Daripada RM49 juta ini seramai 20,999 orang rakyat Selangor telah mendapat manfaat skim ini sejak ia dilancarkan pada tahun 2008 sehinggalah April 2011, pada awal pelancarannya tahun 2008 seramai 867 orang sahaja dengan kos RM867 ribu, angka ini meningkat pada 2009 iaitu seramai 8,303 melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM19 juta.
"Pada tahun 2010 kerajaan negeri mengeluarkan bantuan sebanyak RM21 juta untuk rakyatnya iaitu seramai 8,673 orang dan sehingga April 2011 ini sebanyak RM7.1 juta dikeluarkan bagi mengenang jasa baik warga emas seramai 3,156 orang," jelasnya dalam satu temubual dengan Harakahdaily.
Tiada kerjasama dari BN
Mereka yang ingin menyertai skim tersebut ujarnya perlu mendaftar di Pusat Khidmat Dun ditempat masing-masing, tidak kira sama ada kawasan tersebut di menangi oleh Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional. Bagaimanapun wakil rakyat BN ujarnya tidak memberi kerjasama dalam urusan mendaftarkan warga emas di kawasan mereka.
"Apa yang pasti bagi kita tidak mempunyai masalah untuk mendaftarkan nama bagi kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat tetapi bagi kawasan Barisan Nasional mereka tidak mahu membantu warga emas untuk mendaftar di dalam skim tersebut kerana mereka beranggapan ini adalah kerja politik dari Pakatan Rakyat bukannya usaha kerajaan negeri.
"Wakil rakyat BN sepatutnya perlu mengenepikan ideologi politik terlebih dahulu kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat, apa jua hasil yang diperolehi oleh kerajaan perlu dinikmati kembali oleh rakyat walaupun jumlahnya tidak begitu besar. Jika halangan sedemikian tidak diubah maka usaha murni kerajaan tidak akan sampai kepada seluruh rakyat terutamanya bagi golongan warga emas," sambung Faekah lagi.
Tambah beliau lagi tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.
"Skim Usia Emas ini bukan sahaja tertumpu kepada sumbangan khairat kematian malah kerajaan negeri telah memperkenalkan Program 'Jom Shopping' kepaada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas bagi menghargai jasa mereka di samping mengukuhkan hubungan akrab di antara rakyat dan pemimpin.
"Program 'Jom Shopping' ini adalah bertujuan agar pemimpin dapat bermesra dan bertanya khabar dengan warga emas berkenaan dalam masa dua jam di samping kupon bernilai RM 100," jelasnya lagi.
Program 'Jom shopping' ini merupakan serampang dua mata yang mana selain sebagai usaha kerajaan menghargai rakyatnya malah ia juga dapat mengeratkan wakil rakyat yang dilantik bagi setiap kawasan kerana mereka yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi membantu warga emas ke pusat membeli belah yang dipilih. (IH)
Sebelum ini..

Pesta Mandi Lumpur Terbesar...
HALAMAN HIBURAN
PESTA Mandi Lumpur selama 9 hari ini berlangsung di BORYEONG, Korea Selatan, baru-baru ini. Ia bukan sahaja menarik penyertaan dikalangan penduduk tempatan, malah dari pelancong antarabangsa juga.Menurut penduduk tempatan, "Lumpur mempunyai kuasa khas untuk menyegarkan kulit dan menenangkan jiwa."
Wednesday, September 14, 2011
Jom! Pekena Laksa Penang, Ke 7 Terlazat Di Dunia..
Jom Pekena Laksa Penang, makanan Ke 7 Terlazat Di Dunia, seperti yang dikeluarkan oleh CNN.
Laksa Assam Penang, berasal dari Pulau Pinang dikategorikan sebagai salah satu dari 50 makanan paling enak di dunia, seperti dikeluarkan oleh survey CNN baru-baru ini. Laksa Assam Penang menempahi urutan ke-7 makanan paling enak berdasarkan survey itu.
Laksa Penang adalah satu-satunya makanan berasal dari Malaysia berada dalam senarai 50 makanan paling lazat di dunia. Pelik juga bila Nasi Lemak dan Roti Canai tidak termasuk dalam senarai tersebut.
Bukankah Nasi Lemak dan Roti Canai lebih sedap dan lebih digemari daripada Laksa? Huhuhu...
Berikut Senarai Lengkap 50 makanan paling lazat di dunia :
1.Kari Massaman, Thailand
2.Neapolitan Pizza, Italy
3.Chocolate, Mexico
4.Sushi, Japan
5.Peking Duck, China
6.Hamburger, Germany
7.Penang Assam Laksa, Malaysia
8.Tom Yam Goong, Thailand
9.Ice Cream, United States
10.Chicken Muamba, Republic Gabon
11.Rendang, Indonesia
12.Sheperd's Pie, United Kingdom
13.Corn on the cob, global
14.Doughnut, United States
15.Kalua pig, United States
16.Egg Tart, Hong Kong
17.Lobster, global
18.Kebab, Iran
19.Nam tok moo, Thailand
20.Arepaz, Venezuela
21.Croissant, France
22.Brownie and Vanila Ice cream, global
23.Lasagna, Italy
24.Champ, Ireland
25.Buttered Garlic Crab, India
26.Fajitas, Mexico
27.Montreal Style Smoked Meat, Canada
28.Pho, Vietnam
29.Ohmi-gyu Beefsteak, Japan
30.Goi cuon, Vietnam
31.Parma ham, Italy
32.Ankimo, Japan
33.Fish n Chips, United Kingdom
34.Maple Syrup, Canada
35.Chilli Crab, Singapore
36.Texas BBQ pork, Texas
37.Chicken parm, Australia
38.Frensh Toast, Hong Kong
39.Ketchup, United States
40.Marzipan, Germany
41.Stinky Tofu, South East Asia
42.Buttered Tost with Marmite, United Kingdom
43.Tacos, Mexico
44.Poutine, Canada
45.Chicken Rice, Singapore
46.Som Tam, Thailand
47.Seafood Paella, Spain
48.Potato Chips, United States
49.Masala Dosa, India
50.Buttered popcorn, United States.
(IH/source:http://www.cnngo.com/explorations/eat/worlds-50-most-delicious-foods-067535?page=0,1)
Jangan Biarkan M'sia Makin Lemah.. -Presiden PAS
KL, 14 Sept 11: Rakyat, jangan biarkan Malaysia menjadi semakin lemah di bawah kerajaan Umno BN, kerana generasi anak cucu kitalah nanti yang akan menerima sengsaranya. Kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam perutusan yang dikeluarkan hari ini.
Menjelang Hari Malaysia 16 September ini, PAS meminta rakyat menjadikannya medan muhasabah terhadap kerajaan terutama dalam isu penipuan pilihan raya yang semakin berleluasa. Malaysia buat pertama kalinya menyambut Hari Malaysia serentak dengan Hari Kemerdekaan 16 September ini.
Hari Malaysia mula dibincangkan selepas ia bangkitkan oleh Pakatan Rakyat dan kini ia menjadi acara rasmi kerajaan. Sambutan bersama ini diadakan ekoran Hari Kemerdekaan 31 Ogos jatuh serentak dengan Hari Raya Aidil Fitri. Namun sambutan Kemerdekaan negara menjadi isu apabila seorang profesor Umno, Profesor Zainal Kling berkata, negara tidak pernah dijajah oleh British.
Bagi Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang, adalah menjadi naluri semua manusia tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, bahasa dan sebagainya untuk hidup sebagai manusia yang bebas merdeka, sama ada merdeka jasad dan akal fikiran dari sebarang bentuk perhambaan. Tidak akan ada orang yang waras akal fikiran mahu hidup di bawah belenggu mana-mana penjajahan, apatah lagi dikawal minda dan tindakannya, katanya.
"PAS ingin menegaskan bahawa kami menentang semua penjajah, sama ada komunis atau bukan komunis, mahupun oleh blok timur atau barat.
"PAS amat menghargai peranan yang dimainkan oleh semua pihak dan tokoh seperti Sultan Abdul Samad, Sultan Zainal Abidin, Raja Abdullah serta Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Dr Burhanuddin Helmy, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak dan lain-lainnya (sekadar beberapa nama) yang menyumbang sehingga lahirnya negara kita dengan bentuknya yang ada pada ketika ini," tegas Abdul Hadi dalam kenyataannya itu.
Mereka ini, kata beliau, telah meletakkan asas negara ini, "walaupun ada tindakan mereka yang kita tidak bersetuju kerana wujud kelemahannya yang tersendiri."
"Namun segala kelemahan orang lalu yang telah pun meninggal dunia ini tidak wajar untuk kita balas dengan kata nista.
"Apa yang wajar dilakukan ialah kita memohon agar kesilapan yang mereka lakukan mendapat keampunan dari Allah SWT," tambahnya.
Apa pun, katanya, peranan baik yang telah dilaksanakan akan dibalas dengan pahala di sisi Allah SWT. Kelemahan dan kesilapan lalu dalam merangka sebuah negara yang bernama Malaysia pula perlulah diperbaiki oleh kita yang hidup di zaman ini dan berterusan menjadi tanggungjawab generasi akan datang.
"Alangkah baiknya kehidupan berbagai bangsa dan agama, budaya dan bahasa yang wujud dalam negara kita ini mampu untuk menjadi resepi utama dalam melahirkan negara Malaysia yang benar-benar melindungi kebajikan rakyatnya," katanya.
Pada saat ini, kata beliau, rakyat negara ini sedang sama-sama melihat betapa kerajaan Umno BN yang ada ini sudah diberi amanah pemerintahan selama lebih 50 tahun dan semakin membawa negara kita kepada penyakit yang menyusahkan rakyat.
Antaranya daya saing negara yang makin merudum, kos hidup yang meningkat dan barang keperluan yang melambung harganya, keluhuran akhlak yang tidak lagi dianggap penting, kehidupan beragama ditinggalkan dan seribu lagi macam kerosakan, maka tentulah menjadi tanggungjawab semua untuk sama-sama melakukan perubahan. (IH)

10,000 Pengundi 'MyKad palsu'. - PAS
KL 14 Sept 11: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh dua bulan telah mengeluarkan nama lebih 10,000 pengundi yang dikaitkan dengan kes kad pengenalan palsu. Dakwa Pemuda PAS hari ini.
Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Suhaizan Kaiat berkata, perkara itu dikesan setelah pihaknya rancak mengenalpasti keraguan dalam daftar pemilih.
"Bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.
"Persoalannya apakah JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) sememangnya sudah memiliki senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?" soalnya.
Pada sidang media di pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, Suhaizan turut mengedarkan senarai sepuluh nama bagi membuktikan dakwannya. Ia melibatkan kes di Selangor, Perak dan Johor yang telah didedahkan sebelum ini. (IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)