Wednesday, October 19, 2011

Ramas Payudara: Pengetua Heng Ee Nafi..


KL, 19 Okt 11: Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim Guan Eng pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.

Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar dan mahu mengakhiri isu ini kerana ia boleh menjejaskan nama baik sekolah.

“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata Goh kepada The Malaysian Insider. (IH)

Sebelum ini..

Himpunan Sejuta Umat Tidak Relevan -Kristian


KL, 19 Okt 11: Pemimpin-pemimpin Kristian menganggap perjuangan Himpunan Sejuta Umat (Himpun) pada Sabtu ini, yang mahu membincangkan isu khusus mengenai murtad, sebagai perhimpunan yang tidak relevan dan berharap kumpulan itu tidak akan memprovokasi ketegangan agama.

Pemimpin-pemimpin itu mengingatkan penganjur bahawa tindakan mereka boleh mencetuskan suasana tidak selesa antara komuniti berlainan agama, sekali gus merenggang hubungan masyarakat Muslim dan Kristian dan menjejaskan usaha diambil kerajaan dan pemimpin-pemimpin agama bagi mempromosikan persefahaman dan keharmonian.

“Saya fikir ia (usaha) yang tidak perlu sebab setiap orang tahu bahawa tiada bukti kukuh mengenai kes murtad,” kata Pengerusi National Evangelical Christian Fellowship Rev Dr Eu Hong Seng (gambar).

Eu menekankan Sultan Selangor sudah pun bertitah bahawa tiada bukti kukuh mengenai tuduhan murtad dalam insiden kontroversi membabitkan Gereja Methodist Damansara pada 3 Ogos lalu.

“Tiada bukti berkenaan kes murtad, tiada (persekitaran) untuk mengatakan bahawa ada orang yang menyasarkan mana-mana kumpulan tertentu.

“Kemungkinan hanya individu tertentu yang membuat keputusan mereka sendiri mengenai kepercayaan mereka, jadi anda memang tidak boleh mengawasi mereka. Jadi bagi saya, isu ini adalah tidak relevan,” kata Eu.

Eu juga bersetuju bahawa pihak berkuasa perlu berusaha untuk tidak menggalakkan perhimpunan seumpama kerana ia hanya akan menjejaskan keharmonian kaum. Setakat kelmarin, Himpun mendakwa pihaknya telah mendapat sokongan lebih 2,000 pertubuhan bukan kerajaan dan yakin dapat menghimpunkan lebih 100,000 peserta di Stadium Shah Alam.

Usaha itu turut mendapat sokongan Pemuda PAS tetapi malam tadi kepimpinan parti tiu membuat pendirian bahawa ia tidak akan menyertai perhimpunan tersebut atas alasan tidak melibatkan politik. Himpun dijangka akan mengeluarkan satu deklarasi menggesa kerajaan menggubal undang-undang khusus bagi mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Islamic Renaissance Front berkata tiada perangkaan tepat mengenai kes murtad dan bimbang Himpun akan memberi gambaran salah dan buruk tentang Islam. Dalam pada itu, Presiden Majlis Gereja Malaysia Rev Dr Thomas Phillips bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan meminta perhimpunan itu dibatalkan.

Ini kerana menurut beliau, setiap orang di negara ini ada hak untuk kebebasan bersuara dan berhimpun. Pun begitu beliau juga bersetuju bahawa tujuan perhimpunan itu tidak relevan atas alasan murtad bukan satu isu di Malaysia.

“Negara ini ada undang-undang secukupnya untuk mengawal kejadian murtad. Jadi, jika ada bukti menukar agama (Islam) berlaku, biar pihak berkuasa menguruskannya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Sebaliknya menurut beliau, Sekretariat Himpun seharusnya mengambil pendekatan lebih membina dengan membawa kepada pemimpin-pemimpin Kristian untuk perbincangan daripada menghimpunkan ribuan orang sebagai tanda protes.

“Ia tidak akan menyelesaikan masalah. Di sini, kita memerlukan jambatan merapatkan jurang antara komuniti berlainan agama. Kita perlu menyelesaikan dan bergerak ke depan.

“Kita perlu bertanggungjawab atas kenyataan kita. Jika mereka berminat, mereka boleh bertemu dengan pelbagai kumpulan,” katanya.

Phillips yang juga Presiden Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao juga bersetuju bahawa perhimpunan itu boleh menimbulkan ketegangan di kalangan mereka berlainan kepercayaan.

“Kita ada masyarakat yang sihat, demoktratik di mana setiap orang ada perasaan untuk diluahkan, tetapi kita perlu berhati-hati dalam apa yang kita kata dan lakukan dan niat kita harus jelas,” katanya lagi.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa mengatakan, dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain. Beliau juga adalah Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kep(IH)

Sebelum ini...

Lihat sebelum ini...

L/Terbang; K'tan Anak Tiri -Wan Rahim

Wan Rahim
KL, 19 Okt 11: Kerajaan hari ini memaklumkan belum bercadang menjadikan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Jelaing Mersat berkata, kerajaan bagaimanapun mengalu-alukan permohonan syarikat pernerbangan tempatan dan asing yang mahu mengadakan penerbangan antarabangsa dari dan ke lapangan terbang tersebut.

"Buat masa ini Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu belum mempunyai sebarang operasi penerbangan antarabangsa," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Wan Rahim sebelum itu menanyakan apakah masalah yang dihadapi dalam menaiktaraf lapangan terbang tersebut sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Dalam jawapan lisannya juga, timbalan menteri memaklumkan projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu baru sahaja selesai 8 September lalu.

"Naik taraf itu termasuk pemanjangan landasan dari 1,981 meter ke 2,400 meter dengan lebar 45 meter yang mampu menampung operasi pesawat Air Bus 320 dan Boeing 737-800," katanya.

Anak tiri

Dalam soalan tambahannya, Wan Rahim mempersoal kenapa pusat terus menganaktirikan Kelantan berhubung perkara itu.

"Dalam masa 20 tahun jadi Menteri Besar, Tuan Guru Nik Aziz pada tahun 1991 lagi dalam pertemuan empat mata dengan Dr. Mahathir dah minta untuk naik taraf jadi lapangan terbang antarabangsa. 20 tahun baru siap landasan tahun 2011 ni.

"Saya bangkitkan seolah-olah Kelantan ini dianaktiri," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas itu.

Selain lapangan terbang, beberapa lagi bukti Kelantan dianaktiri termasuk Jambatan Sultan Yahya Petra II yang masih belum siap walaupun sudah empat tahun projek itu dimulakan.

Selain itu, Lebuh Raya Pantai Timur yang hanya sampai di sempadan Terengganu, Peruntukan untuk Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang ditarik balik, dan projek tembatan banjir yang diumum dalam Bajet 2012 juga mengenepikan Kelantan. (IH)

Ramas Payudara, UMNO Guna Gambar Orang Lain.


KL, 19 Okt 11 — DAP hari ini mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim Guan Eng, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town.

Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

Pemblog-pemblog pro-Umno termasuk ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri mendakwa anak lelaki Ketua Menteri telah mengganggu rakan satu kelas yang berusia 16 tahun dan telah cuba mengelak hukuman dengan menggunakan nama bapanya.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (gambar) menunjukkan paparan skrin dari blog Dr Novandri dan Papagomo dan dipadankan dengan gambar-gambar dari laman web www.chessbase.com.

“Papan catur telah dipadamkan. Tanpa ragu-ragu, ia menunjukkan bahawa dakwaan mereka tidak lain tidak bukan hanya satu pembohongan yang kejam,” katanya.

“Mereka telah cuba untuk memfitnah anak lelaki Lim Guan Eng dan mengaibkan keluarganya dengan (menyebarkan) berita gangguan seks yang sengaja direka,” kata Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Menurut laman web Wikipedia, Corke memenangi Kejuaraan Kebangsaan Hong Kong pada 2004, 2005, 2006 dan 2008. Dia merupakan juara kebangsaan paling muda. (Diangkat dari The Malaysian Insider)

Sebelum ini..

Himpun: Dialog Antara Agama Lebih Berkesan -Dr Mujahid



KL, 19 Okt 11: Dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain. Kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar).

Bahkan beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam pada Sabtu ini.

Perhimpunan tersebut adalah anjuran NGO Islam yang akan membawa isu-isu Islam untuk diperjuangkan bersama oleh umat Islam.

Walaupun tujuan murni perhimpunan bawah tema memelihara aqidah umat Islam adalah sesuatu yang wajar namun demikian, namun beliau berhak untuk berasa bimbang perhimpunan akan lari dari hasrat murni penganjur.

“Saya berasa ada sesuatu yang tidak kena pada perhimpunan ini bukan kerana usaha mengumpulkan sejuta umat tetapi persolannya ialah sifatnya yang mungkin mengancam usaha-usaha keharmonian hubungan antara agama di negara ini,” ujarnya yang juga Pengerusi Dialog Antara Agama Rantau Asia Tenggara kepada Harakahdaily.

Lima alasan

Beliau menggariskan lima alasan untuk berasa khuatir dalam konteks hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, perhimpunan itu diadakan dalam suasana hubungan antara agama di negara ini dalam keadaan rapuh dan apa sahaja suasana permusuhan tidak akan membantu usaha usaha mewujudkan keharmonian hubungan antara agama di negara ini.

Di samping itu, ujarnya perhimpunan itu dikhuatiri akan dieksploitasikan oleh pihak tertentu yang sememangnya mahu mencetuskan keadaan tegang dalam hubungan antara agama.

“Lebih buruk ia dikhuatiri satu perancangan jahat yang menjadi agenda parti yang terdesak untuk terus berkuasa dengan cara mencetuskan ketegangan,” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat.

Selain itu, tambahnya dikhuatiri nama baik Islam tercemar dan sekaligus membawa imej Islam sebagai agama permusuhan dan menggalakkan benci membenci antara satu sama lain. Baginya, tema memelihara aqidah tidak salah tetapi mempersoalkan apakah dengan sekadar perhimpunan akan menyelesaikan masalah.

Bukankah, katanya dialog antara agama adalah lebih berkesan untuk menegaskan sikap Islam kepada pemurtadan dan isu-isu sensitif yang lain.

“Dan akhirnya saya merakamkan rasa kesal saya terhadap pihak polis yang double standard memberikan permit dalam perhimpunan ini dan melarang Bersih untuk berhimpun dalam bilangan peserta yang lebih kecil.

“Jelas ia satu sikap yang di bawah telunjuk pihak tertentu,” katanya. (IH)

Lihat sebelum ini...

30 Gadis Bujang Cari Cinta, Ikut Sensitiviti Negara?

HALAMAN HIBURAN

LIHAT berita ini, program yang kononnya memberi peluang kepada 30 gadis bujang mencari cinta, diterbitkan benar-benar mengikut garis panduan serta mengambil kira sensitiviti masyarakat negara ini? Sensitiviti masyarakat yang macam mana?

Masyarakat yang penonton-penonton beragama Islam, termasuk ustaz, tok guru, pelajar, kanak-kanak dan semua golongan bangsa dan agama yang menonton di rumah? Rakyat Malaysia boleh menilai ke mana arah negara ini hendak dibawa? Sila baca dan lihat gambar-gambarnya. Aktiviti sosial ini sesuaikah dengan Islam agama rasmi negara?

Beginilah beritanya..

Take Me Out' Jaga Sensitiviti Masyarakat Malaysia

CYBERJAYA: Rancangan realiti terbaru terbitan NTV7, Take Me Out yang memberi peluang kepada 30 gadis bujang mencari cinta diterbitkan mengikut garis panduan serta mengambil kira sensitiviti masyarakat negara ini.

Pengurus Besar Kumpulan NTV7 dan 8TV, Airin Zainul berkata, program francais yang berasal dari Australia itu dibuat mengikut kesesuaian dengan masyarakat negara ini selain cuba mengekalkan format asalnya.

Airin berkata, perkara itu penting dengan mengambil kira program itu turut disertai oleh mereka yang beragama Islam.

"Walaupun rancangan ini berbentuk realiti untuk 30 gadis mencari cinta idaman mereka tetapi pengisiannya tidak mempunyai unsur-unsur yang tidak sesuai dengan masyarakat kita.

"Malah program ini diterbitkan khusus untuk tontonan keluarga dan umum," katanya pada sidang media selepas merasmikan program Take Me Out di sini, Isnin.

Airin berkata, “Take Me Out” adalah sebuah program 15 episod memberi peluang kepada gadis berusia 18 tahun ke atas untuk mencari cinta idaman masing-masing.

Katanya, enam jejaka akan muncul pada setiap episod dan berpeluang untuk menarik minat peserta dalam pertemuan pertama dalam program itu.

"Ia bukan satu pertandingan tetapi lebih kepada memberi peluang kepada mereka bertemu dengan individu yang mungkin akan mengubah hidup mereka kelak.

"Semua keputusan terletak pada peserta sama ada untuk memilih lelaki berkenaan atau tidak untuk satu temu janji," ujarnya.

Dalam pada itu, Airin berkata, pihaknya yakin program itu akan mendapat sambutan kerana elemen kejutan dan drama. Katanya, program yang akan dihoskan oleh Nazrudin Rahman dan Julie Woon telah pun memulakan proses rakaman di studio KRU dan sehingga kini enam episod telah pun siap.

"Kita masih lagi mencari wanita dan lelaki bujang yang ingin menyertai program ini kerana mana tahu mereka akan menemui cinta," katanya.

Airin berkata, kepada yang berminat untuk menyertai program ini boleh melayari laman rasmi rancangan ini di www.ntv7.com.my/takemeout untuk maklumat lanjut. Take Me Out bakal disiarkan pada 11 November depan setiap hari Jumaat, pukul 8.30 malam di saluran NTV7.

Apa pandangan anda? (IH)

Sekolah Khas Belajar Menipu Wanita M'sia

BELAJAR JADI PENIPU...sekolah melatih warga Nigeria jadi penjenayah.
BELAJAR JADI PENIPU...sekolah melatih warga Nigeria jadi penjenayah.

KL: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.

Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.

“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.

“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.

Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.

“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.

Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.

“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.

“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.

Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan. (myMetro)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails