Saturday, November 05, 2011

Jemaah Haji Mula Berhimpun Di Arafah

SEBAHAGIAN jemaah melawat Jabal Nur yang menempatkan Gua Hira' dekat Mekah kelmarin.
MEKAH - Lebih 2.5 juta jemaah haji meninggalkan bandar ini untuk ke Padang Arafah yang merupakan lokasi tempat Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan khutbah haji terakhir. Para jemaah itu yang berpakaian serba putih memenuhi jalan-jalan untuk menuju ke Mina, lima kilometer dari Masjidilharam.

Para jemaah itu yang berpakaian serba putih memenuhi jalan-jalan untuk menuju ke Mina, lima kilometer dari Masjidilharam. Ramai jemaah menaiki bas manakala yang lain berjalan kaki. Sebahagian jemaah lagi menaiki sistem pengangkutan tren yang dienali sebagai Mashair Railway ke Padang Arafah.

Perkhidmatan tren itu akan beroperasi buat kali pertama pada tahun ini dengan kapasiti 72,000 jemaah setiap jam. "Perkhidmatan Mashair Railway akan mengangkut 500,000 jemaah dari Mina melepasi Muzdalifah, tiba di Arafah dengan tambahan sejuta jemaah pada hari kemuncak iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijah," kata pengarah projek tren tersebut, Fahd Abu-Tarbush. - AFP

Sebelum ini..

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Friday, November 04, 2011

Jom Raya! Tapi Dg Pakaian Sopan, Tengok Ni!

Oleh papabran
GAMBAR-GAMBAR di sini penting untuk dijadikan contoh yang perlu dijauhi bagi wanita-wanita Islam yang lain, bukan bertujuan untuk memalukan dan sebagainya. Ambil iktibar..

Jangan Lucahkan Baju Kurung Anda. Pilihlah Gaya dan Fesyen Yang Dihormati Dan Dimuliakan.










Pakailah Baju Labuh Ketika Diluar Rumah



Leggings Ketat Mencemar Maruah Wanita Bertudung



Wanita Islam, Tolong Berhenti Tempah Baju Kurung Jarang!



Wanita, Tolonglah Pakai Baju Yang Labuh Menutup Punggung



Pakai Baju Kurung WAJIB Pakai kain Dalam...Jangan Lupa..!



Apa Matlamat Sebenar Fesyen Muslimah ? Untuk Tayang Kecantikan Ke?



DALAM ISLAM PAKAIAN YANG NAMPAK KETAT ITU TIDAK BOLEH..!!



Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat

KOLEKSI ALASAN BASI WANITA ISLAM APABILA DITEGUR TENTANG AURAT MEREKA

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.." Jawapan: Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..." Jawapan: Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?

3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?" Jawapan: Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?" Jawapan: Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..? Jawapan: Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

(Terima kasih kepada penulis dan yang terlibat dalam dakwah ini, maaf, baru minta izin.)
IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Umat Islam China Sambut Aidiladha 7 November.

Umat Islam di propinsi kashgar memadati Masjid Etigar (sebelah barat daya China) untuk merayakan Iedul Adha (20 Desember 2007)

Rombongan Kembara Muslim 2011 anjuran CRI di Masjid Eidgah

Kashgar 4 Nov 11: Berita dari CRI Online menyebutkan, Hari Raya Adiladha bakal disambut pada 7 November ini oleh masyarakat Islam di China. Bagi Malaysia dan Indonesia, sambutannya sehari awal. Namun persiapan untuk menyambut Hari Raya Qurban yang bakal tiba, semakin rancak di seluruh China.

Ini termasuk di Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, yang mempunyai bilangan umat Islam paling ramai di China. 83% daripada 600 ribu penduduk di Kashgar adalah dari golongan etnik Uygur. Menurut penduduk tempatan, sambutan Aidiladha lebih meriah dan bermakna kerana selain menghayati syariat ibadah korban, penduduk Islam di sini juga menikmati cuti umum selama 3 hari.

Para wartawan dari Malaysia dan Indonesia yang mengikuti program Kembara Muslim China 2011 turut berpeluang untuk meninjau persiapan terutama di jalan kraf tangan yang menjual barangan keperluan dan hasil kraf tangan tradisional yang unik. Ini termasuk kueh mueh yang wajib dihidangkan pada hari raya itu. Turut dijual ternakan seperti kambing untuk dijadikan korban.

Sementara itu, di Masjid tertua dan terbesar di China, Masjid Eidgah mula dibersihkan untuk umat islam mengerjakan solat sunat Aidiladha. Masjid Eidgah yang terletak di Dataran Eidgah boleh menampung lebih 100 ribu jemaah. Pada hari-hari biasa lebih 20 ribu orang menunaikan solat di masjid yang juga dikenali sebagai Serambi Mekah.

Dalam pada itu, mengikut Imam masjid berkenaan, Ilama, ibadat korban di Kashgar tidak dilakukan di masjid. Sebaliknya di rumah masing-masing dan diagihkan sendiri. Manakala kulit binatang korban seperti lembu, kambing dan unta akan disedekahkan kepada masjid. Pengelola masjid berkenaan kemudiannya akan mengagihkannya kepada golongan daif dan miskin. (IH)

Ada kaitan..

E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Mengapa Norway Diiktiraf Negara Terbaik Di Dunia?

Indeks kesehatan dan pendidikan Norwey adalah yang terbaik di dunia.

Norwey, Australia, dan Belanda menempati tempat teratas negara terbaik di dunia tahun ini. Ia didasarkan pada kriteria kesihatan, pendidikan, dan pendapatan, yang dikenal dengan Indeks Pembangunan Manusia (IPM).

Yang juga masuk sepuluh besar terbaik daftar yang dikeluarkan badan PBB untuk masalah pembangunan (UNDP) ini, adalah Amerika Syarikat (AS), New Zealand, Kanada, Irland, Jerman, dan Sweden. Namun ketika daftar ini disusun ulang didasarkan pada kriteria pemerataan kesehatan, pendidikan, dan pendapatan di dalam negeri, beberapa negara maju terkelur dari daftar sepuluh terbaik.

AS misalnya turun dari posisi empat ke posisi 26 sementara Korea Selatan turun dari posisi 15 ke posisi 32. AS turun jauh kerana faktor pemerataan pendapatan. UNDP mengatakan IPM mengalami kenaikan besar sejak 1970 yang berarti ada kemajuan besar di bidang kesehatan, pendidikan, dan pendapatan di seluruh dunia.

Catatan UNDP menunjukkan 72 negara mengalami perkembangan pesat dalam lima tahun terakhir. Mereka adalah Cuba (naik sepuluh peringkat ke posisi 51), Venezuela, dan Tanzania. Kedua negara ini masing-masing naik tujuh posisi ke peringkat 73 dan 152.

UNDP juga mencatat dua negara mengalami penurunan, iaitu Kuwait (turun lapan posisi ke peringkat 63) dan Finland (turun tujuh posisi ke peringkat 22). Dari 187 negara yang disurvei, Indonesia berada di peringkat 124, jauh di bawah Brunei (posisi 33) dan Malaysia (61).

Namun pencapaian Indonesia masih lebih baik dibandingkan Vietnam (peringkat 128), Laos (peringkat 138), dan Burma (peringkat 149). Survei UNDP ini menempatkan Republik Demokratik Kongo, Niger, dan Burundi di tempat terbawah. (Sumber BBC).

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Hudud Boleh Atasi Murtad. Kini Masa Bertindak -Nik Aziz


Nik Aziz: Kini masa untuk bertindak.

KOTA BARU, 4 Nov 11: Undang-undang hudud seharusnya boleh mengatasi siri isu yang memberi kesan ke atas Muslim termasuk soal pemurtadan. Kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Masa untuk bercakap sudah berakhir. Kini masa untuk bertindak,” kata Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Lubok Setol dekat Rantau Panjang.

Ada pihak mengulas mengatakan kejayaan atau kegagalan PAS dalam melaksanakan undang-undang hudud, yang sekali lagi menjadi isu kontroversi di Kelantan, akan menjadi indikator bagi sokongan pengundi Melayu menjelang pilihan raya umum ke-13 yang akan dipanggil dalam waktu terdekat.

Parti Islam itu, kata mereka, terus menuding jari ke arah kerajaan pusat atas kegagalan menguatkuasakan undang-undang itu yang digubal pada 1993. Usaha itu terpaksa ditangguhkan ekoran satu surat daripada perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Maka, pada awal minggu lalu kerajaan negeri mengumumkan penubuhan jawatankuasa teknikal hudud dengan menekankan semula komitmennya mahu melihat ruang pelaksanaan di Kelantan. Bagaimanapun kepimpinan Umno Kelantan menyerang usaha menggubal undang-undang hudud yang didakwa dibuat dengan tergesa-gesa sambil mendakwa ia strategi mahu mendapatkan sokongan daripada kalangan pengundi Melayu, yang merupakan 95 peratus rakyat Kelantan.

“Mereka sedang meletakkan harapan pada jawatankuasa hudud sebab mereka tahu orang Melayu di Kelantan marah mengenai hudud. PAS mahu melaksanakan hudud sebelum pilihan raya untuk memujuk orang Melayu, untuk menunaikan janji mereka yang dibuat beberapa tahun lalu,” kata Datuk Che Alwi Ahmad (kanan).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri itu berkata PAS telah memberi gambaran yang salah mengenai undang-undang hudud di kalangan orang bukan Melayu dengan mengatakan mengenai hukuman dan bukannya mengenai keadilan sistem.

“Hudud adalah mengenai keadilan kepada mangsa, ia bukan mengenai hukuman. Ia sudah pun dilaksanakan di Malaysia khususnya sejak beberapa tahun lalu dengan hukuman seperti sebatan dan hukuman mati. Hanya hukuman lebih ekstrem seperti potong organ tidak ada.

“Saya sokong hudud. Umno sokong hudud. Kita gila jika tidak sokong hudud, sebagai seorang Muslim. Ia hanya boleh dilaksanakan apabila setiap orang memahami mengenainya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui baru-baru ini.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin PAS menolak dakwaan bahawa isu hukum hudud bertujuan mahu mendapatkan sokongan orang Melayu dan menekankan bahawa menjadi ia selalu konsisten dalam usaha mahu melaksanakan undang-undang Islam.

“Perjuangan PAS adalah mahu mengadakan urus tadir menerusi pendekatan islam melaui polisi, undang-undang. Hudud adalah sebahagian daripadanya. Ia bukan helah pilihan raya, itu sebabnya tiada rangka masa.

“Jawatankuasa teknikal dibentuk sebab pakar undang-undang baru-baru ini mendapati kemungkinan bahawa kita boleh membawa undang-undang ini tanpa meminda Perlembagaan,” kata Exco Kerajaan Negeri Datuk Mohd Amar Nik Abdullah kepada The Malaysian Insider.

“Sudah tiba masa bagi melaksanakan undang-undang hudud. Jenayah berada di paras yang membimbangkan, banyak masalah dalam masyarakat yang perlu ditangani. Jadi kami percaya bahawa Muslim di Kelantan tiada masalah untuk menyokongnya, ia seruan untuk memperkukuhkan semula kepercayaan,” katanya lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri PAS Abdul Fatah Haron berkata kerajaan negeri telah mengadakan pelbagai program untuk menjana pemahaman mengenai undang-undang Islam.

“Tahun ini kami telah mengadakan Hari Hudud beberapa bulan lalu, kami telah menjemput ahli-ahli panel dan membincangkan isu berkaitan dengan undang-undang (hudud),” katanya.

“Umno mengatakan kami menggunakan yang ini kerana undi sebab mereka tiada apa-apa untuk menyerang kami. Kelantan kemungkinan bukan negeri yang kaya, tetapi (kami negeri) spiritual, kami ada kepercayaan kami,” kata wakil rakyat kerusi Bukit Tunku kepada The Malaysian Insider. (IH/Sumber The Malaysian Insider)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Husam Ke Parlimen Tuntut Royalti Minyak, Isnin Ini.

KOTA BHARU, 4 Nov 11: Pemimpin Kerajaan Kelantan akan ke Parlimen pada 10 November ini untuk membawa poster ucapan pemimpin terdahulu termasuk Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak berhubung royalti petroleum bagi mengingati ulang tahun ucapan allahyarham pada 12 November 1975.

Kunjungan yang akan disertai anggota Exco kerajaan negeri, Adun, anggota Parlimen, Gegar termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa (gambar) akan menyerahkan himpunan risalah Tun Abdul Razak serta beberapa pemimpin lain kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Husam pada sidang media semalam memberitahu, risalah tersebut mengandungi ucapan bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob, Pengerusi Pertama Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan lain-lain agar pimpinan kerajaan Persekutuan hari ini sedar Kelantan berhak mendapat royalti petroleum.

“Memandangkan hari Sabtu Parlimen tidak bersidang, jadi kita memilih hari yang paling hampir dengan tarikh tersebut, iaitu 10 November untuk menyerahkan risalah serta amanat ayahanda kepada Perdana Menteri sekarang berhubung perkara itu,” ujarnya.

Husam berkata, risalah atau poster tersebut akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri sekiranya Perdana Menteri tidak hadir. “Sekiranya kedua-duanya tidak ada, risalah tersebut akan diserahkan kepada mana-mana menteri atau timbalannya,” ujarnya.

Sehubungan itu juga, menurutnya himpunan kata-kata rasmi pimpinan terdahulu yang terkandung dalam risalah itu akan diedarkan kepada orang ramai pada hari berkenaan.

Antara yang terkadung dalam risalah itu ucapan Tun Abdul Razak pada tahun 1975, ketika menjawab pertanyaan Lim Kit Siang dalam sidang Dewan Rakyat ketika itu menyebut mengikut perjanjian, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai sama ada kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut.

Selain itu, risalah tersebut turut mengisi ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Kasitah Gaddam yang menyokong kerajaan berhak mendapat hasil royalti petroleum. (IH/Harakahdaily.net)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

2.5J Jamaah Haji Tiba Di Mekah.. Selamat H/Raya Haji

PULUHAN ribu jemaah Islam bersolat di Masjidilharam di Mekah, Arab Saudi kelmarin.

MEKAH - Pihak berkuasa Arab Saudi menyatakan hampir 2.5 juta jemaah islam telah berhimpun di bandar ini sebelum ibadat haji yang berlangsung selama lima hari. Musim haji itu akan bermula pada Sabtu ini.

Pihak berkuasa telah menggerakkan kira-kira 100,000 anggota keselamatan dan pertahanan awam bagi memastikan kelancaran musim haji bagi mengelak insiden kematian.

"Kami akan menggerakkan semua cara untuk menghalang sebarang kerosakan ke atas jemaah atau terhadap mana-mana kumpulan jemaah," kata Menteri Dalam Negeri, Putera Nayef bin Abdul Aziz.

Beliau dilantik menjadi Putera Mahkota pada Selasa lalu. Putera Nayef membuat kenyataan itu semasa melakukan pemeriksaan ke atas persediaan musim haji kelmarin. - Agensi

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails