Wednesday, January 04, 2012

Pergi Solat Jamaah.. Demontrasi.. -Kata N/Aziz

Hafizuddin sedang menyampaikan ucapan sambil didengar oleh Nik Aziz

Nik Aziz menerima memorandum dari mahasiswa di pejabatnya

KOTA BHARU, 3 Dis 12:“Pergi solat berjemaah, nak sebut berhimpun ke, demontrasi ke sama saja, sebab demontrasi ni maksudnya berhimpun di masjid beramai-ramai, di masjid Arafah setahun sekali dan ianya ada asas dalam Islam."

Demikian antara kata dan taklimat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang melahirkan rasa simpati terhadap golongan mahasiswa yang dicengkam kebebasannya melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971).

Sambung beliau lagi, “Kerana itu demontrasi ni adalah hak manusia, hak pelajar di mana mereka (pelajar) bakal menjadi pemimpin di suatu hari nanti,”ujarnya.

Menyentuh akta itu kini menurutnya, semua golongan mahasiswa sudah tidak boleh bebas dalam menyatakan pandangan, kritikan kepada mana-mana individu. Oleh itu, golongan terpelajar ini (sepatutnya) bukan sahaja belajar di universiti, sebaliknya juga (belajar) di luar seperti berhimpun sebagaimana Islam sendiri mengajar umatnya berhimpun lima kali sehari untuk menunaikan solat.

Katanya, semua pemimpin dan menteri yang ada sekarang ini akan meninggal dunia suatu hari nanti dan golongan pelajar hari ini bakal menggantikan mereka. Sehubungan itu, beliau begitu bersetuju sekiranya pelajar bermula di peringkat bawah hingga ke peringkat paling atas diajar bagaimana untuk berurusan dengan rakyat.

“Pelajar universiti ni belajar bukan untuk menjadi orang kaya semata-mata, jadi menteri ke, bukan sebaliknya mereka perlu dilatih bagaimana menjadi seorang pemimpin,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika meraikan 10 orang wakil Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur), yang menyerahkan memorandum Menuntut Penolakan Auku 1971 dan Pengembalian Autonomi Kampus dan Mahasiswa.

Penyerahan itu diserahkan oleh wakil Gempur yang juga jurucakapnya, Mohamad Hafizudin Mohd Nasaruddin, di pejabat rasmi Menteri Besar, Kota Darulnaim. Beliau bagaimanapun menyatakan memorandum yang diserahkan padanya untuk meminta kerajaan negeri bersuara berhubung AUKU agar dimansuhkan, ianya tidak boleh dilakukan.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak ada hak untuk berbuat demikian, kecuali sekiranya perkara yang sama berlaku dalam Yik ianya akan ditangani mengikut cara Islam. Katanya kedudukan pencabulan pihak atasan terhadap kemampuan, kebolehan mahasiswa di negara ini telah dilalui oleh kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu.

“Saya selaku Menteri Besar Kelantan sejak 21 tahun lalu tidak pernah diundang menghadiri sekolah mereka,”ujarnya. (IH)

Tuesday, January 03, 2012

Konsep Lawak: Tarik Orang Muda -Ust Azhar Idrus (Video)

Kisah ZIZAN Raja Lawak ( UIA Gombak ) - Ustaz Azhar Idrus

Kisah ZIZAN Raja Lawak ( UIA Gombak ) - Ustaz Azhar Idrus

by sunnahrasul 2 months ago 138,201 views

AS Sambut Tahun Baru Dengan Keganasan

Patung Liberty di New York, AS, lambang kebebasan? Inikah yang diterapkan dalam menyambut tahun baru?

http://ahmadnurcholish.files.wordpress.com/2008/08/masjid-gereja.jpg

Masjid ini di dekat kawasan selatan pulau Manhattan, Kota New York, Gereja dan Mesjid berdampingan, tidak jadi masalah pun!

Masjid & Tempat Ibadah Hindu di New York Dilempar Molotov

New York 3 Jan 12: Polis New York, AS, menyelidiki kes pelemparan bom molotov ke sebuah masjid pada Minggu malam, 1 Januari 2012, waktu setempat. Dalam masa yang hampir sama, sebuah tempat sembahyang umat Hindu juga mengalami kejadian serupa. Masa masjid dilempar molotov, terdapat 75 orang di dalamnya. Namun Kantor Berita Reuters melaporkan, tidak ada korban dalam kejadian itu.

Berita bergambar di bawah ini juga berlaku aksi keganasan, menyambut tahun baru. Sila klik..
(IH)

Sambut tahun baru di Malaysia pula sila lihat..

Monday, January 02, 2012

Gadis Di Bandar Langit, Kota Shitau, China..

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

PADA zaman dahulu, Kota Shitou yang ertinya 'batu' merupakan tempat yang terbiar. Gadis di situ berharap cepat berkahwin dan meninggalkan Kota Shitou, kota membawa bencana itu. Manakala gadis dari kampung yang lain tidak mahu berkahwin di situ. Kerana Kota Shitou terletak di atas gunung dan kehidupan di sana amat sukar.

Namun, kini, Kota Shitou berubah wajahnya menjadi satu destinasi pelancongan baharu dan digemari. Semakin ramai pelancong suka datang ke tempat ini untuk menikmati keindahan dan suasana yang kaya dengan unsur tradisional serta tidak tercemar dengan pembangunan.. Pengembaraan ke Kota Shitou amat menakjubkan dan penuh misteri.

Misteri apa? Kononnya Raja Mongol, Kublai Khan pernah melalui kota ini. Hal itu menjadi bualan masyarakat di sini. Namun, apakah itu benar? Siapa yang dapat membuktikannya? Bukti tidak penting, kerana Kota Shitou sudah semakin terserlah dan sering dipaparkan dalam pelbagai media cetak, peta panduan pelancongan, dan media elekronik.

Sejak itu, penduduk Kota Shitou menanam semangat untuk mengubah kehidupan mereka. Dari tidak suka kepada amat menyukainya. Dari gadis-gadisnya membenci alam kepada menyintai rahsia yang Maha Agung apabila terungkap. Lihat keaslian batu-batannya di dalam gambar-gambar ini.

Kota Shitou Baoshan terletak di sebelah Gaung Sungai Jinsha, 120 kilometer ke utara dari Bandar Lijiang, Provinsi Yunnan. Kota ini dibina pada tahun 1277-1294 Masihi dan dinamakan "Kota Baoshan". Dikatakan juga, kota ini merupakah petempatan terawal etnik Naxi.

Kini, terdapat 245 buah keluarga di dalam dan sekitar kota tersebut. Kelengkapan rumah mereka seperti dapur, tempat penyimpan dan tempat tidur. Ia diperbuat daripada batu-batuan yang terdapat sekitar kota itu, seperti dapur, tempat penyimpanan air, dan tempat tidur.

Sesiapa yang menjejakkan kaki ke kota ini, akan disambut dengan suasana yang begitu santai sekali. Penduduk di situ memakai tudung kepala yang berwarna hitam, dan bertutur dalam dialek etnik Naxi yang sukar difahami.Mengapa wanita termasuk gadisnya bertudung hitam? Apa rahsianya? Ada kena mengena dengan Islamkah?

Penduduk Kota Shitou sentiasa membuat persembahan untuk menyambut kedatangan pelancong. Anda dapat melarikan diri daripada kesibukan kota dan bersantai di sini dalam suasana yang tenang.

Jika merancang melancong ke situ, jangan lupa membawa alat tulis untuk sebagai cenderamata kepada anak-anak penduduk di situ. Mereka akan berbesar hati apabila menerimanya.(IH/CRI)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Sambut Tahun Baru, Ikhwan Kunjungi Gereja

Daqahlia: Anggota parlemen terpilih dari berbagai partai mengunjungi gereja-gereja Qibhty, mengucapkan selamat tahun baru. Al Ikhwan Yousry Hani bersama dengan tokoh-tokoh kelompok lain mengunjungi gereja-gereja setempat. Gereja-gereja di wilayah itu juga dikunjungi oleh ahli politik Wafd dan Nasseris.

Namun anggota partai Salafy An Nur tidak mengikuti kebiasaan itu. Gubernur Belqas, sekretaris Sinoda Suci Uskup Bishoy pula menolak menemui para politikus yang datang, dengan alasan gereja perlu menjaga jarak dengan politik, lkenyataan Al Mishry Al Yaum (01/01/2012).

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Dari Sebuah Ruang Kecil.. Begini Islam Berkembang..

Islam berkembang di Exeter..
Masjid dan Pusat Kebudayaan Islam Exeter. (atas)

Prof. Ekmeleddin Ihsanoglu

EXETER - Siapa sangka, sebuah ruangan kecil di Exeter telah menjadi sebuah masjid megah dan pusat kebudayaan Islam terbesar di Great Britian? Dari ruangan kecil itu pula, syiar Islam segera meluas.

Sekretaris Jendral Organisasi Konferensi Islam (OKI), Ekmeleddin Ihsanoglu, merupakan saksi geliat syiar Islam di Exeter. Pada tahun 1975, ia merupakan mahasiswa jurusan kimia di UniversitiExeter. Saat itu, beliau mengalami kesulitan mencari masjid. Tidak ditemui seorang pun mahasiswa Muslim.

"Tak beberapa lama, saya bersama kelompok mahasiswa Muslim, diberikan ruangan untuk shalat. Mulanya, satu shaf hanya lima orang. Secara perlahan mahasiswa yang shalat bertambah menjadi 20, 40 dan 60. Yang mengesankan, mahasiswa Muslim dari kota tetangga juga bergabung," kenang Ishanoglu seperti dikutip arabnews.com, Jumaat (30/12).

Ihsanoglu bercerita, masa itu populasi Muslim Exeter sangat sedikit namun beragam. Ada yang berprofesi sebagai pedagang, pemilik restoran, dan mahasiswa. Mereka lalu bersepakat untuk mendirikan masjid dan pusat kebudayaan Islam di Barat Daya Exeter. Lalu dibentuklah sebuah komite untuk pembentukan kerangka organisasi.

"Saya merupakan presiden pertama komite tersebut. Saya masih punya salinan detail pertemuan yang berlangsung pada Desember 1976," kata Ihsanoglu. Setelah komite terbentuk, Ihsanoglu dan rekannya mulai mengumpulkan dana. Setahun kemudian, Ihsanoglu harus kembali ke Turki.

Tak lama kemudian, ia kembali dan melihat impian itu akhirnya menjadi kenyataan. Setelah 30 tahun berlalu, ruangan yang ada tidak lagi mencukupi. Jumlah populasi Muslim saat itu naik berkali lipat.

Muslim Exeter selanjutnya kembali mencari dana. Izin menambah bangunan dikabulkan pemerintah lokal pada tahun 2000. Sayangnya, pembangunan pusat kebudayaan Islam terhenti saat tragedi 9/11 dan serangan bom di London. Pembangunan pun berlanjut setelah Ihsanoglu menghubungi Sheikh Sultan bin Mohammed Al-Qasimi, penguasa Sharjah, yang bermurah hati menyediakan dana.

Terus Berkembang
Komuniti Muslim Exeter dan komuniti Muslim lain di England telah tumbuh dan makmur selama bertahun-tahun. Mereka telah menjadi pengusaha sukses, akademisi, tokoh masyarakat dan menembus pemerintahan.

"Saya percaya Islamic Center di Exeter dapat berfungsi sebagai model bagi harmoni masyarakat baik di Inggeris mahupun di luar negeri," kata Ihsanoglu pada pembukaan Masjid Exeter setelah direnovasi.

Walikota Exeter, Brock Stella, mengakui bahawa perjalanan umat Islam tidak mudah dalam sepuluh tahun terakhir pasca 9/11. Namun, ada kecendrungan untuk bergerak maju. "Ini adalah bukti iman dan dedikasi," katanya pada upacara pembukaan.

Dia menyatakan apresiasi tinggi kepada komuniti Muslim. Dia juga menyeru untuk menghormati agama dan budaya yang berbeda. Martyn Goss, Direktur Dewan Gereja dan Masyarakat (Keuskupan of Exeter), berharap umat Kristian terus bekerja sama dengan komuniti Muslim. (IH)

Sonny Bill Williams, Bintang Rugby Muslim N/Zealand Didesak...

SUKAN

MUSLIM New Zealand mendesak pemimpin Islam menyokong bintang rugby Muslim Sonny Bill Williams (gambar) untuk didaftarkan di antara 500 tokoh dunia Muslim yang paling berpengaruh, demikian dilaporkan media hari Sabtu lalu.

Mereka kecewa juara dunia rugby ini kembali gagal untuk masuk dalam daftar tokoh muslim 2011 yang berpengaruh dan akan menulis kepada Pusat Studi Strategis Islam Kerajaan di Jordania, bagi memasukkan nama beliau pada tahun depan.

Pusat Studi Strategis Islam Kerajaan di Jordan mengatakan daftar tahunan mereka menyediakan kesempatan kepada penggerak dan pelopor di dunia Muslim, memberikan wawasan tentang dampak umat Muslim di dunia, dan menunjukkan keragaman bagaimana orang hidup sebagai umat Islam pada msa ini.

Wakil presiden Federasi Asosiasi Islam New Zealand Javed Khan mengatakan ia akan menulis ke pusat Studi Strategis Islam Kerajaan di Jordan untuk memberitahu mereka tentang Williams.

"Sonny Bill Williams mungkin adalah Muslim paling terkenal di New Zealand dan beliau bintang Rugby dunia," kata Khan.

"Saya fikir satu-satunya alasan beliau tidak termasuk dalam daftar adalah kerana orang-orang ini tidak menyedari keberadaan superstar Muslim New Zealand ini dan kami akan menulis kepada mereka untuk memastikan beliau ada di sana tahun depan."

Sonny Bill Williams masuk Islam pada tahun 2008 setelah menghadiri layanan doa di sebuah masjid di Sydney.(IH/Era Muslim)

Lihat sebelum itu..

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails