Wednesday, February 08, 2012

Sejarah Tuan Guru Haji Yusof Rawa (1922 – 2000)

Latar Belakang

Yusof bin Haji Abdullah dilahirkan di Lebuh Acheh, Pulau Pinang pada 8 Mei 1922.
Bapanya adalah seorang pedagang yang merantau dari Sumatera berdagang Al-Quran, kitab-kitab dan alat-alat kegunaan untuk ibadat seperti tasbih, sejadah dan lain-lain.

Pendidikan awal Tuan Guru Yusof Rawa bermula di Sekolah Melayu Jalan Carnavon dan kemudiannya di Sekolah Charausta. Pendidikan menengah beliau ialah di Government English School dan kemudiannya di Penang Free School sehingga lulus peringkat Junior Cambridge.

Selepas itu bapanya menghantar beliau ke Makkah untuk menuntut dalam bidang agama. Semasa tercetusnya Perang Dunia Kedua, Tuan Guru Yusof Rawa terus menetap di Makkah untuk mendalami pengetahuan agama. Beliau menetap di sana selama 12 tahun.

Menghadapi Ujian

Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, kawasan tempat tinggal keluarga Tuan Guru Yusof Rawa dihujani dengan bom dari pesawat udara Jepun. Bapanya, Hj Abdullah Hj Nordin sempat menyelamatkan anak-anak dan isterinya. Walau bagaimanapun, tatkala keluar sekali lagi untuk mengambil sesuatu yang masih tertinggal di kedainya, sebutir bom gugur dekat dengannya.

Hj Abdullah terkorban dan tubuhnya berkecai. Peristiwa itu berlaku semasa Tuan Guru Yusof Rawa berada di Makkah.

Semasa di Makkah di zaman remajanya, Tuan Guru Yusof Rawa juga pernah diburu oleh pihak polis Masjidil Haram. Beliau terpaksa bersembunyi beberapa hari untuk mengelakkan daripada ditangkap polis. Peristiwa ini berlaku ekoran perkelahian di antara anak-anak Jawi dengan remaja Arab Makkah.

Sekembalinya Tuan Guru Yusof Rawa dari Makkah, beliau menerbitkan majalah Al-Islah. Di atas kegiatannya ini beliau ditahan oleh penjajah Inggeris yang mengesyaki beliau terbabit dengan gerakan Islah di Mesir.

Penglibatan dalam PAS

Tuan Guru Yusof Rawa mendaftar menjadi ahli seumur hidup pada awal penubuhan PAS iaitu pada tahun 1951. Pada tahun 1959 beliau dilantik menjadi Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang. Beliau kemudian dipilih untuk menduduki Jawatankuasa Pusat yang ketika itu didominasi oleh pemimpin-pemimpin dari Pantai Timur dan Kedah.

Sejak dari zaman Dr. Burhanuddin Al-Helmy lagi, Tuan Guru Yusof Rawa sudah pun dianggap sebagai salah seorang pemimpin kanan PAS. Menjelang penghujung tahun 1970an, Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama dan Naib Yang Dipertua kedua adalah Ustaz Fadzil Noor.

Krisis kepimpinan dalam PAS menyaksikan Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Hassan Adli mengosongkan jawatannya. Tuan Guru Yusof Rawa mencabar Dato’ Abu Bakar Omar untuk jawatan tersebut tetapi kalah. Pada tahun 1981, Tuan Guru Yusof Rawa bertanding sekali lagi untuk jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS dan menang.

Pergolakan PAS pada tahun 1982 telah memaksa Dato’ Mohd Asri Muda meletakkan jawatan. Jawatan Yang Dipertua PAS telah dipangku oleh Tuan Guru Yusof Rawa. Dalam Muktamar PAS ke-29 pada tahun 1983, Tuan Guru Yusof Rawa telah sebulat suara dilantik Yang Dipertua PAS.

Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS, Tuan Guru Yusof Rawa telah dipilih sebagai Mursyidul Am yang pertama pada tahun 1987. Di atas sebab-sebab kesihatan, Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua pada tahun 1989 tetapi kekal memegang jawatan sebagai Mursyidul Am.

Tuan Guru Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Mursyidul Am pada tahun 1993. Jawatan itu dipegang seterusnya oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Mursyidul Am PAS yang kedua.

Menangani Krisis Peralihan

Tuan Guru Yusof Rawa mengambil alih kepimpinan ketika PAS berhadapan bukan hanya dengan kemelut dalaman PAS tetapi juga dalam angkatan gerakan Islam. Kemelut dalaman PAS berlaku apabila terpinggirnya Dato’ Asri dan angkatan pemimpin-pemimpin eranya. Ekoran itu berlaku pula tindakan dan ancaman terhadap PAS daripada penyokong-penyokong Dato’ Mohd Asri.

Kemelut dalaman di kalangan angkatan gerakan Islam pula berlaku apabila rakan kongsi perjuangan Islam, Anwar Ibrahim daripada ABIM membuat keputusan untuk menyertai UMNO. Tuan Guru Yusof Rawa amat kecewa apabila Anwar Ibrahim mengambil keputusan menyertai UMNO. Dalam perbualan telefonnya dengan Anwar, Tuan Guru Yusof Rawa menyatakan:

"…tindakan anda itu umpama menikam kami dari belakang”

Dengan pendedahan dan pengalamannya yang luas, dimantapkan dengan sikap keterbukaan dan kesederhanaannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya menampung kemelut ini sehingga PAS berjaya ditempatkan dalam arus perdana perjuangan Islam di negara ini.

Pendekatan dan mesej perjuangan Islam yang dibawa oleh Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya menarik minat angkatan muda dan pencinta-pencinta perjuangan Islam menyertai PAS. Dalam menangani era peralihan ini, Tuan Guru Yusof Rawa amat beruntung kerana dibantu oleh tokoh-tokoh besar seperti Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ustaz Hasan Shukri, Mustafa Ali dan tokoh-tokoh muda PAS yang lainnya.

Menangani Gejala Dalaman

Setelah melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua, Dato’ Mohd Asri Muda balik ke Kelantan dan mengadakan perjumpaan terbuka dengan penyokongnya mengecam pimpinan baru regu Tuan Guru Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor.

Kumpulan ini mengancam untuk bertindak menggempur pimpinan baru PAS. Laporan yang diterima dari Kelantan melihat ancaman itu membahayakan perpaduan jamaah. Demi menjaga keutuhan parti, Tuan Guru Yusof Rawa melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin telah membuat satu keputusan yang amat berat sekali.

Keputusan tegas dan berani telah dibuat dengan Ustaz Hasan Shukri selaku Setiausaha Agung telah mengeluarkan surat kepada Dato’ Mohd Asri Muda yang menyebut:

”Jawatankuasa Disiplin parti menggantung keahlian saudara daripada menjadi ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mulai dari tarikh keputusan ini dibuat sehingga kepada masanya diberitahu kelak.

Dengan demikian maka terlucutlah segala hak keahlian saudara dalam PAS seperti yang disebutkan oleh Fasal 14(10(a) hingga (e) mula tarikh di atas, 9 Rabiul Akhir 1403/23 Januari 1983 hingga masanya diberitahu kelak”

Bersama-sama Dato’ Mohd Asri Muda yang dikenakan tindakan disiplin ialah 12 orang lagi yang mana ada di antaranya dipecat, digantung dan diberi amaran. Sebahagian besar daripada mereka adalah ahli Jawatankuasa Agung. Tindakan ini dikira sebagai tindakan paling berani yang diambil oleh gandingan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil demi menyelamatkan parti daripada ancaman krisis.

Mengasaskan Kepimpinan Ulama’

Isu kepimpinan ulama’ timbul dalam PAS apabila krisis melanda PAS di bawah kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda, terutama pada tempoh terakhirnya. Ia bermula dengan polimik apakah PAS parti Islam atau parti nasionalis?

Walaupun PAS tidak pernah berganjak bahawa ia adalah sebuah jamaah Islam, namun pandangan yang melihat PAS sebagai lebih kepada arah nasionalis amat berpengaruh pada era Dato’ Mohd Asri Muda.

Pertembungan pemikiran ini melemahkan daya tahan pimpinan angkatan Dato’ Mohd Asri Muda. Ada yang berpandangan bahawa malang yang merundung PAS ialah kerana ia tidak dipimpin oleh ulama’.

Tidak pula dinafikan pengaruh daripada kepimpinan ulama’ dalam Revolusi Iran mempengaruhi suasana dalam PAS pada masa itu. Kejayaan umat Islam meruntuhkan rejim zalim Shah Iran dilihat sebagai kejayaan cemerlang kepimpinan ulama’.

Dalam suasana inilah tampil tokoh besar dalam PAS seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh pelapis seperti Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang. Berlatar belakang senario ini, Tuan Guru Yusof Rawa merintis jalan ke arah kepimpinan ulama’.

Sikap keterbukaan dalam gaya kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa telah menjadikan seluruh lapisan keahlian menerima dan terus memartabatkan kepimpinan ulama’ dalam PAS. Dengan itu, Tuan Guru Yusof Rawa telah berjaya memantapkan paksi perjuangan PAS sebagai parti politik Islam, gerakan dakwah dan harakah Islamiyyah melalui konsep kepimpinan ulama’.

Pindaan Perlembagaan 1983

Setelah memantapkan PAS di segi dalaman, Tuan Guru Yusof Rawa berusaha meletakkan semula PAS sebagai sebuah parti politik Islam yang berwibawa di negara ini. Peluang tersebut muncul apabila Dr. Mahathir Mohamad mengambil langkah untuk menyekat kuasa raja-raja Melayu melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1983.

Tuan Guru Yusof Rawa menerajui PAS membantah langkah Dr. Mahathir. PAS mengambil sikap mempertahankan hak raja-raja Melayu dan menyekat pembolotan kuasa kerajaan yang cuba dilakukan oleh Dr. Mahathir. Tindakan ini sekali gus berjaya menampilkan PAS sebagai juara umat Islam dan bangsa Melayu.

Walaupun langkah ini diambil oleh Tuan Guru Yusof Rawa, dasar PAS tetap selaras dengan Islam. Ini kerana sepanjang sesi 1984-85, PAS di bawah pimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sering berbicara mewakili golongan mustadafin dan menentang golongan mustakbirin.

Dalam tempoh tersebut, PAS memperkenalkan secara terbuka perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kefasadan. Seterusnya pada tahun 1985, di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa, PAS meningkatkan kempen menentang segala bentuk asabiyyah, terutama asabiyyah UMNO dan Barisan Nasional.

Kebijaksanaan Tuan Guru Yusof Rawa merebut peluang daripada langkah Dr. Mahathir untuk menyekat hak raja-raja Melayu telah memberi ruang yang seluasnya bagi beliau menempatkan PAS kembali sebagai sebuah parti politik dan gerakan Islam yang relevan dan berwibawa di negara ini.

Tragedi Memali

Tragedi Memali yang tercetus pada 18 November 1985, berlaku semasa PAS diterajui oleh Tuan Guru Yusof Rawa. Tragedi ini merupakan pembunuhan kejam Ustaz Ibrahim Libya dan tigabelas muridnya akibat serangan kira-kira 4,000 anggota polis. Empat anggota polis turut terkorban.

Tragedi Memali bermotifkan politik.

Peristiwa ini berlaku apabila sokongan orang Melayu yang semakin meningkat terhadap PAS lantaran penerimaan mereka terhadap kewibawaan PAS dan kepimpinan ulama’. Tragedi Memali didahului sebelum itu dengan beberapa operasi penahanan ISA terhadap tokoh-tokoh Pemuda PAS.

Tuan Guru Yusof Rawa dengan tenang menangani tragedi di Memali. Tugas ini diserahkannya dengan penuh bijaksana kepada timbalannya, Ustaz Fadzil Noor, yang juga pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah. Di bawah kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, PAS menegaskan bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya gugur sebagai syuhada’.

Pendirian ini dipertahankan oleh Tuan Guru Yusof Rawa walaupun Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka tidak mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah. Apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka, Tuan Guru Yusof Rawa tetap cekal mempertahankan pendirian PAS bahawa mereka semua adalah mati syahid.

Menentang Kezaliman ISA

Semasa PAS diterajui oleh Tuan Guru Yusof Rawa, pemimpin-pemimpin PAS terutama tokoh-tokoh Pemuda sering berhadapan dengan tangkapan di bawah ISA. Semasa Dato’ Mohd Asri Muda menerajui PAS, pendirian PAS terhadap ISA adalah seperti yang diungkapkan sendiri olehnya sebagai:

”PAS merasakan betapa perlunya undang-undang itu bagi sebuah negara merdeka yang masih muda seperti Persekutuan Tanah Melayu demi menjaga keamanan negara dan mengawasi serta mencegah gerakan subversif, apatah lagi gerakan komunis yang amat memerlukan pengawasan dan prihatin daripada seluruh rakyat yang cintakan keamanan.

Sikap ini menjadi bukti kerana sekalipun PAS berada di pihak pembangkang, PAS tidaklah mengambil sikap menentang secara melulu, mentang-mentang menjadi golongan pembangkang, maka semua yang datang daripada kerajaan ditentang”

Berlainan dari zaman Dato’ Mohd Asri Muda, di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa, PAS mengambil sikap dan pendirian yang berbeza terhadap ISA.

Perubahan ini ketara dalam Ucapan Dasar Tuan Guru Yusof Rawa pada tahun 1985. Di mana katanya:

”Undang-undang Keselamatan Dalam Negeri yang diluluskan oleh Parlimen dan pindaan-pindaan yang telah dibuat ke atasnya lebih kejam lagi. Undang-undang ini tidak terikat kepada mana-mana prinsip sekalipun, kecuali kepada keinginan Menteri Dalam Negeri. Mangsanya dihukum tanpa memerlukan apa-apa pembuktian, sama ada dari yang dituduh atau yang menuduh”

Menyentuh penahanan pemimpin-pemimpin muda PAS seperti Ustaz Abu Bakar Chik, Abdul Razak Daud, Mohamad Sabu, Ustaz Bunyamin Ya’kub dan Suhaimi Said, Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan:

”Penahanan mereka hanyalah semata-mata di atas keinginan Menteri Dalam Negeri yang didesak berulang kali oleh wakil-wakil dalam Perhimpunan Agung UMNO Bahaya kepada UMNO dianggap sebagai bahaya kepada keselamatan negara. Kemerosotan sokongan kepada UMNO dianggap perpecahan dan ancaman yang membahayakan orang-orang Melayu. Inilah lojik dan cara berfikir pemimpin yang mengamalkan prinsip diktator berparlimen”

”Undang-undang ini nyata sekali bertentangan dengan keadilan”

Dalam Ucapan Dasar pada tahun 1988, menyentuh tangkapan ISA terhadap sepuluh orang pemimpin muda PAS di bawah Operasi Lalang, Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan:

”Sebenarnya tindakan ini bukan kerana keselamatan negara, tetapi adalah kerana muslihat pemimpin-pemimpin yang sudah terpisah dari orang ramai, terpisah dari perjuangan rakyat dan partinya sendiri, malah terpencil dari kliknya sendiri. ISA pada prinsipnya adalah undang-undang yang zalim kerana ia tidak memberi peluang membela diri kepada mangsanya dalam apa bentuk pun”

Dasar yang diambil oleh Tuan Guru Yusof Rawa terhadap ISA adalah jelas berdasarkan prinsip.

PAS menolak ISA kerana ia zalim!

Kejelasan pendirian dalam isu ISA inilah yang diwarisi oleh Ustaz Fadzil Noor ketika menerajui PAS.

Sumbangan kepada Gerakan Islam: Sikap Terbuka dan Sederhana

Sumbangan terbesar Tuan Guru Yusof Rawa terhadap gerakan dan perjuangan Islam di Malaysia adalah di atas tindakannya untuk mengukuhkan serta menempatkan kembali PAS dalam arus perdana politik dan dakwah di negara ini.

Kepimpinannya yang terbuka memberi ruang yang seluas-luasnya kepada tokoh dan tenaga muda pelapis dalam PAS untuk melakar dan mencorakkan peta baru perjuangan Islam di Malaysia melalui PAS.

Konsep kepimpinan ulama’ yang diterajuinya memartabatkan kedudukan gerakan Islam di atas paksi ilmu, syaksiyyah dan akhlak mulia pemimpin-pemimpin yang tinggi cita-cita perjuangan Islamnya.

Peralihan daripada sebuah gerakan yang dianggap sebagai nasionalis Islam kepada sebuah harakah Islamiyyah telah menarik minat golongan teknokrat, intelektual, para lepasan universiti tempatan dan luar negara serta pelbagai lapisan pencinta perjuangan Islam di negara ini.

Tuan Guru Yusof Rawa turut memberi ruang yang luas kepada barisan pimpinan pelapis untuk meneroka kerjasama politik dengan kaum bukan Islam. Beliau merintis jalan ke arah penubuhan CCC atau Chinese Consultative Council. Dalam konteks pengukuhan unsur-unsur dalaman PAS, Tuan Guru Yusof Rawa membuka ruang seluas-luasnya kepada pendekatan tarbiyyah dan harakiyyah.

Pendedahannya di luar negara serta pengetahuannya tentang perjuangan gerakan Islam seperti Ikhwan Muslimin dan gerakan-gerakan pembebasan yang lain, memberi keupayaan kepada Tuan Guru Yusof Rawa untuk mencorakkan gerakerja haraki dalam PAS.

Sikap ini telah berjaya memberi laluan kepada pendokong-pendokong Islam daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai dan terlibat aktif dalam PAS. Demikian juga bagi mereka yang mendokong pendekatan Revolusi Islam Iran. Sikap terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa telah memberi ruang bagi mereka terlibat memberi sumbangan perjuangan Islam dalam PAS.

Di bawah kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa menegaskan bahawa apa yang boleh dianuti adalah semangat revolusi di segi menentang penindasan pemerintah yang zalim, tetapi bukan di segi anutan mazhabnya. Namun di sebalik sikap terbuka dan sederhananya, PAS di bawah teraju kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa tidak pernah berkompromi dengan kezaliman, penindasan dan kemungkaran.

Pendirian inilah yang menampilkan identiti PAS sebagai parti politik Islam dan sebuah harakah Islamiyyah. Di bawah teraju Tuan Guru Yusof Rawa, ditegaskan dengan jelas bahawa kepimpinan ulama’ bukan sahaja membawa makna kepimpinan mesti diterajui oleh ulama’.

Hakikat yang lebih utama adalah kepimpinan ulama’ berkehendakkan kepada kandungan perjuangan yang berteraskan ciri-ciri tarbiyyah, dakwah, ilmu dan satu pergerakan atau harakah yang menjadikan cita-cita Islam sebagai paksinya.

Jelas, di bawah kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah meletakkan paksi penting perjuangan PAS selepas mengambilalih daripada Dato’ Mohd Asri Muda.

Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam

Kemenangan awal dalam penglibatan politik Tuan Guru Yusof Rawa ialah pada pilihanraya tahun 1969 apabila berjaya mengalahkan Dr. Mahathir Mohamad bagi kerusi Parlimen Kota Setar Selatan.

Sebelum penyertaan PAS dalam kerajaan Perikatan lagi, Tuan Guru Yusof Rawa telah diberikan kepercayaan oleh Tunku Abdul Rahman pada awal tahun 1970an untuk menganggotai delegasi negara melawat umat Islam di Taiwan.

Perlantikan ini dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman memandangkan kemampuan Tuan Guru Yusof Rawa bertutur dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab.

Apabila PAS menyertai kerajaan campuran dengan Perikatan pada tahun 1973, Tuan Guru Yusof Rawa dilantik sebagai wakil Malaysia ke PBB untuk membahaskan isu-isu antarabangsa yang melibatkan Malaysia.

Tuan Guru Yusof Rawa juga pernah menjadi Konsul Kehormat Iraq di Pulau Pinang. Beliau tinggal selama setahun di New York untuk mewakili negara di PBB. Sekembalinya dari New York beliau menyertai pilihanraya tahun 1974 dan menang tanpa bertanding.

Sejurus selepas itu, sebagai salah seorang pemimpin kanan dalam parti, beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Perusahaan Utama. Menterinya pada masa itu adalah Tan Sri Musa Hitam.

Perlantikan ini menjadikan Tuan Guru Yusof Rawa sebagai anak Melayu Pulau Pinang pertama menjawat jawatan politik setinggi itu. Selepas itu, Tuan Guru Yusof Rawa dilantik pula sebagai Duta Besar Malaysia ke Iran. Ketika itu Shah Iran masih memerintah Iran. Dengan tugas sebagai Duta ke Iran, Tuan Guru Yusof Rawa juga ditauliahkan ke Turki dan Afghanistan.

Semasa menjalankan tugas tersebutlah Tuan Guru Yusof Rawa belajar bahasa Farsi dan bahasa Perancis di samping mengekalkan kefasihannya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Apabila PAS dikeluarkan daripada Barisan Nasional pada tahun 1978, Tuan Guru Yusof Rawa kembali dari Iran pada tahun 1979 apabila tamat tempoh khidmatnya.

Tuan Guru Yusof Rawa kemudian memilih berkhidmat dengan PAS dan meninggalkan kerajaan. Tuan Guru Yusof Rawa juga telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang pada tahun 1992.

Penghormatan Terakhir

Tuan Guru Yusof Rawa menghembuskan nafas terakhir setelah solat subuh pada hari Jumaat, 28 April 2000. Penuh sesak orang membanjiri Masjid Gelugor pada solat Jumaat dan solat jenazah untuk Tuan Guru Yusof Rawa.

Sepanjang jalan dari Gelugor ke Kampong Makam yang terletak di pinggir bandar Georgetown dipenuhi oleh orang ramai yang datang untuk memberi penghormatan terakhir. Kaum Cina dan India juga datang untuk memberikan penghormatan terakhir. Turut hadir adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Koh Tsu Koon.

Pada penghujung hayatnya, Tuan Guru Yusof Rawa menyaksikan penzaliman yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim. Beliau mendoakan agar Anwar bersabar dan tabah di atas penzaliman tersebut. Apa yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim itu ditegaskan oleh Tuan Guru Yusof Rawa sebagai kemuncak kezaliman Dr. Mahathir yang tidak dapat lagi membezakan antara kebinatangan dan kemanusiaan!

Sumber Dari :- UtusanHJ
Diangkat dari http://www.kotaputera.net/sejarah/sejarah-tuan-guru-haji-yusof-rawa-1922-2000

PENGUMUMAN

Seminar Kepimpinan & Pemikiran Yusuf Rawa 9/2/12 P.Pg
Semua dijemput hadir. Masuk Percuma!!

Lanjut, klik gambar ini..
Seminar Kepimpinan & Pemikiran Yusuf Rawa 9/2/12 P.Pg
Panelis:

  • YB Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar
  • Subky Latif Penulis & tokoh kewartawanan
  • Prof. Madya Dr. Fadhlullah bin Jamil. Ahli Akademik/Penyelidik/Penceramah bebas.

Tuesday, February 07, 2012

Video Pertandingan Buka Bra Di Indo.. M'sia?

Strip Bra Contest ~ Channel Geek ~

View more stories at channelgeek.blogspot.com. One of the girls didn't notice her boobs slipped out. by nekooddity 7 months ago 7,308 views

Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia sudah ada pertandingan maksiat dan dedah aurat buka bra, mungkinkah akan berjangkit ke Malaysia pula? (IH)

PENGUMUMAN

Seminar Kepimpinan & Pemikiran Yusuf Rawa 9/2/12 P.Pg
Semua dijemput hadir. Masuk Percuma!!

Lanjut, klik gambar ini..
Seminar Kepimpinan & Pemikiran Yusuf Rawa 9/2/12 P.Pg
Panelis:

  • YB Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar
  • Subky Latif Penulis & tokoh kewartawanan
  • Prof. Madya Dr. Fadhlullah bin Jamil. Ahli Akademik/Penyelidik/Penceramah bebaS

Sebelum ini..

3 Tahun Baru Jelaskan UMNO Pinggir 400 K/Miskin



GEORGETOWN, 6 Feb 12:
Selepas tiga tahun diminta penjelasan, akhirnya Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengakui bahawa bantuan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) sebanyak RM1.1 juta pada 2009 telah diberikan kepada 301 keluarga miskin di negeri ini.

Zainal selaku Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini telah dilaporkan oleh Berita Harian pada 26 Februari 2009 bahawa dana RM1.1 juta telah diperuntukan untuk SPKR untuk membantu 22 keluarga miskin tegar sahaja.

Dengan itu, ia bermakna bantuan SPKR adalah untuk 301 keluarga, dan bukannya 22 keluarga sebagaimana yang dilaporkan oleh media kawalan Umno BN berkenaan tiga tahun lalu. Penjelasan Zainal menunjukkan bahawa setiap dripada 301 keluarga miskin itu memperolehi RM3,654.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa hanya 301 keluarga miskin yang mendapat faedah sedangkan ada lebih 700 keluarga miskin tegar di Pulau Pinang.

“Mengapa 400 keluarga miskin tegar lain tidak mendapat perhatian daripada kementerian yang diwakili oleh Datuk Zainal?

“Satu lagi perkara yang menarik ialah kenyataan Datuk Zainal bahawa jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan SPKR sebanyak RM22.9 juta di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar.

“Ini bermakna RM22.9 juta telah diberikan dalam lebih 3 tahun ini kepada 3,938 peserta miskin atau pun secara purata setiap keluarga dapat RM5,815,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, ini menimbulkan persoalan bagaimana 3,938 keluarga miskin dipilih oleh Zainal atau pihak kementerian kerana masih ada ramai keluarga miskin yang tidak menerima bantuan RM5,815 tersebut.

Namun, beliau tetap mengalu-alukan kesediaan Zainal, walau pun selepas menanti selama tiga tahun, untuk memberikan maklumat tentang 301 keluarga miskin tegar dan miskin yang mendapat bantuan SPKR pada 2009.

Beliau telah menugaskan Ahli Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh untuk mendapatkan maklumat keluarga miskin atau miskin tegar yang diberikan bantuan daripada Zainal untuk dibandingkan dengan senarai keluarga miskin dan miskin tegar tulen agar bantuan sampai benar-benar ke tangan mereka. (IH/Hrkh)

Seminar Kepimpinan & Pemikiran Yusuf Rawa 9/2/12 P.Pg
Semua dijemput hadir. Masuk Percuma!!

Lanjut, klik gambar ini..
Seminar Kepimpinan & Pemikiran Yusuf Rawa 9/2/12 P.Pg
Panelis:
  • YB Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar
  • Subky Latif Penulis & tokoh kewartawanan
  • Prof. Madya Dr. Fadhlullah bin Jamil. Ahli Akademik/Penyelidik/Penceramah bebas

Monday, February 06, 2012

Surabaya Lepas Senja, Rumah Berkaca...

CATATAN PERJALANAN siri 26

wisata

"SELEPAS senja kita jumpa, aku akan tunjukkan suasana malam di Surabaya."kata supir teksi siang tadi kepadaku.

Namun lepas Isyak baru kami bertemu dan menjelajahi malam.. Rupanya, di sela-sela keramaian kota Surabaya ternyata lebih ramai dan macet pada malam hari. Banyak sekali pengunjung dari luar atau dalam kota yang datang..

Sambil menuju ke situ (Gang Dolly) dia mula bercerita..

"Di Surabaya, tempat yang dinamakan dengan 'gang Dolly' sudah tidak asing lagi, mulai dari kanak-kanak sampai orang dewasa sudah banyak yang tahu..

"Gang Dolly adalah tempat lokalisasi pelacuran di daerah jarak pasar kembang (bunga). Lokalisasi yang diperkirakan terbesar se Asia Tenggara. Dulunya dikelola oleh Tante Dolly, seorang perempuan keturunan Belanda ketika pemerintah Belanda menginvasi kota Surabaya.

"Di sudut kota Surabaya ini mempunyai 898 wisma prostitusi dengan 8,000 orang perempuan penggoda yang siap duduk berjejer di etalase kaca atau 'rumah berkaca' untuk menunggu pelanggan yang akan mem'booking'.

"Banyak sekali orang yang menentang keberadaan gang dolly tetapi dengan adanya gang dolly ternyata bisa memberi penghidupan biaya warga setempat, untuk membuka bisnes seperti warung, tempat parkir & persewaan kamar mandi." Dia memberi pendapatnya.

Teringat aku kepada kata-kata Nabi SAW, miskin membawa 'kekafiran'. Dan ada golongan miskin yang sanggup masuk Islam, apabila Rasulullah menjanjikan harta kepada dia dan kaumnya (Lihat Riadhus Sholihan). Kerajaan-kerajaan umat Islam perlu memikirkan ke arah penyelesaian golongan ini.

Boleh lihat bagaimana Kerajaan Islam Iran menghapuskan kawasan-kawasan pelacuran di zaman Shah Iran. Boleh lihat baaimana kerajaan Kelantan menghapuskan pelacuran, arak dan judi, walaupun kuasa 'negeri'nya terhad dan dihadkan oleh kuasa 'kerajaan pusat' yakni kerajaan Malaysia.

Teksi yang membawaku, memasuki ke kawasan itu. Hampir semua kedai-kedai di kawasan itu, ku lihat ada bisnes pelacuran. Wanita-wanita pelacur dipamerkan di dalam cermin atau disebut juga 'rumah kaca'. Ada yang menungu pelanggan di luar kedai.

Sambung supir teksi itu lagi...

"Pada saat bulan puasa, perekonomian menipis macet kerana banyak usaha warga setempat adalah bisnes yang mendukung keberadaan rumah bordil (berkaca) ini. Gang dolly ditutup pada bulan puasa dan banyak pekerjanya pulang kampung dengan dikawal para body guard dengan menyewa sebuah bas." Jelas supir teksi, membela projek pelacuran dagang manusia yang memberi kesinambungan ekonomi hidupnya.

Klik video ini...

Pelacur Gang Dolly Diobok-obok Polisi

Semasa gembong teroris Noordin M Top belum tertangkap, polisi gencar mengelar operasi di Dolly, lokalisasi terbesar di kawasan Asia Tenggara by beritajatimdotcom 2 years ago 352,831 views

Seterusnya..

Berikut, ini adalah Foto Pelacur ABG Surabaya yang bernama Mega( bukan nama sebenarnya) sudah melayani kurang lebih 100 tamu. Namun jangan kaget jika anda mengetahui bahawa ia masih berumur 16 tahun atau seperti layaknya gadis SMA (pelajar), yakni di bawah umur. Dengan usia yang masih ABG tersebut, maka jangan hairan jika pelacur ini seringkali mendandani diri dengan beberapa kosmetik agar terlihat lebih dewasa dan memikat.

Untuk membooking 'wanita malam' ini, perlu merogoh kocek sebesar 1 juta - 1.5 juta rupiah. Ia juga mahu jika pelanggan hanya untuk sekedar jalan-jalan atau sekedar minum-minum di cafe atau tempat yang telah disepakati. Dunia malam Surabaya memang tidak pernah berhenti menawarkan sesuatu yang baru, kononnya.

Mega biasanya beraksi ditempat dugem kawasan barat Surabaya atau mangkal di jalan Diponegoro. Dengan tampilan yang memikat, ia berusaha mendapatkan wang demi menyambung hidupnya di kota ini. Cewek kelahiran Gresik ini adalah salah satu dari banyaknya gadis malam yang bekerja sendiri tanpa mami yang mengoordinir.

Alasan utama masuknya Mega di dunia esek-esek pada mulanya adalah kerana jeratan ekonomi. Ia telah melakoni 'bisnes zina' persetubuhan ini sejak ia masih berada dibangku SMP. Hingga saat ini tamu yang telah merasakan kenikmatan seks pelacur cantik tersebut telah berjumlah 100 orang lebih. Sungguh sebuah angka yang fantastis mengingat usianya yang masih 16 tahun. (Diambil dari http://haxims.blogspot.com). Tidak ada pula badan-badan NGO dunia yang mahu membela nasib mereka.

Di Malaysia pun ada... Video.. Pelacur Dalam Akuariaum.
Thumbnail
3:00Pelacur Dalam Akuarium
by hmetromy1,925,936 views

Itulah wajah-wajah dari kota Surabaya, yang bukan sepatutnya di banggakan, bahkan sungguh memalukan. Memalukn pemerintah yang tidak mampu memberi kebajikan kepada rakyatnya. Apa lagi bila dikaitkan dengan negara umat Islam.. yang sepatutnya memilih cara hidup Islam termasuk memerintah negara menurut Islam, berkerajaan Islam. Tetapi keberadaan bisnes zina tersebut sudah diakui dalam peta mahupun tata kota pemkot, bahkan dalam ruang lingkup internasional.

Catatan perjalanan di Surabaya ini akan terus bersambung.. Insya Allah.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Jan 2012
Bali, Ind.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste

Seminar Kepimpinan & Pemikiran Yusuf Rawa

Forum Nusantara siri III
Kepimpinan dan Pemikiran Yusof Rawa:
Dari Lebuh Acheh ke Seluruh Nusantara

Ucapan Perasmian oleh:
YB Dato’ Mansor Haji Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Moderator:
Hj Mohd Hashim (Ibnu Hasyim)
Pengamal Media dan Penggiat Politik

Panelis:
YB Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Subky Latif
Penulis & tokoh kewartawanan
Prof. Madya Dr. Fadhlullah bin Jamil.
Ahli Akademik/Penyelidik/Penceramah bebas

Tarikh : 09hb Februari 2012 (Khamis)
Masa : 7.30 Malam
Tempat : Auditorium Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP),
Bandar Perda, Bukit Mertajam m a k i n g i d e a s w o r k

Masuk adalah percuma!!
Sila hubungi:
hariszuan@gmail.com
Tel & SMS 013 7790709

Pertandingan Buka Bra, Apa Matlamat & Muslihat






Pertandinagn buka bra atau baju dalam wanita diadakan di China. Agak-agak apa faedah, matlamat atau muslihat diadakan?? Bolehkah berjangkit ke negara umat Islam atau negara ini?(IH)
Related Posts Widget for Blogger

Sunday, February 05, 2012

1 Lelaki Ada 39 Isteri, 94 Anak & 33 Cucu.. Ini Dia?

JOM KREATIF
Do you like this story? Ziona Chana from Baktawang, Mizoram, India.
Seorang lelaki mempunyai 39 isteri, 94 anak & 33 cucu.




Kreatif ke? Jangan.. Cukup dengan empat isteri sahaja. Nabi Muhammad SAW bergembira dengan umatnya yang ramai. Apa lagi zaman perjuangan dan rampas negara melalui peti undi. Walau cerdik macam mana pun, satu orang tetap dikira satu undi sahaja... Rugi, kalau umat Islam tidak ramai.

Kalau zaman baru-baru Malaya merdeka dulu, pemimpin-pemimpin UMNO cukup kuat kempen 'perancang keluarga', memusnahkan bibit-bibit kelahiran umat Islam, sekarang mereka sedar sendiri agaknya. Jangan ikut jejak TPM sekarang, anak sorang saja, khabarnya. Begitu juga yang lain-lain. (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails