Thursday, March 01, 2012

Kaligrafi: Cina & Islam, Begitu Rapat. siri 3

(..sambungan yang lalu)

Alhamdulillah (Segala Puji Bagi Allah)
diatas kertas bermotif “Kipas Emas”

Al-Rahim
(Yang Maha Penyayang)

Allahuakbar….
Makrokaligrafi Pedang.

Lafaz Basmallah. (Kecil) dan Surah Al-Ikhlas.

Kaligrafi Arab oleh penulis Cina.
Lafaz Basmallah, Asma’ul Husna, dan Hadith Nabi dari Abu Hurairah

Khat Sini “bergerigi”…

Bismallah dan Syahadatain.

Wow!
Lafaz Bismallah, Asma’ul Husna
dan petikan ayat Quran.

Bulatan demi bulatan (macam piring)
Syahadatain (3 bulatan)
Alhamdulillahi Rabbil Alamin (tengah)

(..bersambung/IH)

Sebelum ini..

Kenyataan Mufti Pahang & Undi PAS Wajib


KUANTAN, 29 Feb 12: PAS Pahang mengalu-alukan kenyataan Mufti Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (kiri) hari ini bahawa tanggungjawab untuk mengundi pada pilihan raya umum (PRU) adalah wajib demi memilih sebuah kerajaan membela kesucian agama dan keamanan.

Ketua Penerangannya, Ustaz Suhaimi Saad (kanan) berkata, lanjutan daripada itu wajib juga memilih calon dan kumpulan yang memperjuangkan dan menegakkan Islam kerana barulah menepati kehendak kefarduan mengundi itu sendiri.

“PAS alu-alukan kenyataan Mufti Pahang itu bahkan itulah yang PAS perjelaskan selama ini.

“Cuma wajib juga bagi individu muslim supaya memilih calon yang tidak rasuah, tidak mengkhianati hak rakyat, tidak pecah amanah serta amar makruf nai mungkar kerana itulah ciri-ciri Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang hari ini bahawa warga negara yang layak mengundi adalah wajib berbuat demikian.

Seperti yang disebut melalui agensi berita Bernama, mufti itu berkata mereka yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.

Tambahnya, pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.

"Daripada situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang benar," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.

Suhaimi berkata, dalam konteks sebuah negara yang majoritinya umat Islam sudah tentu kumpulan yang memperjuangkan Islam wajib diundi manakala pemimpinnya diangkat menjadi pemimpin negara.

“Jika dalam sebuah negara Islam bagaimana mahu dipilih pemimpin yang belum beramal sepenuhnya dengan hukum Islam seperi membiarkan isteri tidak menutup aurat, berkata bohong atau mengamalkan rasuah.

“Jadi jika dikaitkan pentingnya memilih pemimpin yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah, sudah tentu yang dilantik itu sendiri mestilah berkeperibadian muslim.

“Itu yang saya katakan mengundi wajib, memilih pemimpin yang memperjuang dan mengamalkan Islam juga wajib,” ujarnya. (IH)

Pakai Seluar Nampak Bontot, Apa Patut Buat?

TREND pakaian wanita kini menjadi-jadi. Pakai pakaian tetapi bertelanjang. Pakai seluar tapi nampak bontot. Sebagai umat Islam dan berbudaya, bolehkah dibiarkan terus budaya ini berkembang?
Memadaikah hanya melawan dengan poster-poster begini?

Hanya dengan Islam sebagai pendinding dan penyelamat umat. Tetapi Kerajaan Malaysia pimpinan BN kini sudah tidak mampu membela dan menyelamatkan perlaksanaan Islam termasuk undang-undangnya di negara umat Islam ini sendiri.

Jadi, bagaimana mengatasinya? Dalam PRU 13 kali ini, tentukan bahawa semua calon-calon Parti Islam Se Malaysia (PAS) menang bersama parti gabungan Pakatan Rakyat. Tukar, tumbangkan BN demi agama!! (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-49: Selingan..
E-Buku IH-49: Selingan..

Tuesday, February 28, 2012

Sebuah Manuskrip Pontianak (1931) Dari P/M'sia


Jalan menuju Keraton Kadariah Pontianak dari jambatan Kapuas
Keraton Kadariah Pontianak

CATATAN PERJALANAN: Kalimantan siri 4

UNTUK menyingkap sejarah, saya pilih tulisan berjudul 'Syarif Abdur Rahman al-Qadri - Sultan pertama kerajaan Pontianak'. Oleh Ustaz Wan Mohd. Shaghir Abdullah, seorang penulis Malaysia...

'KERAJAAN Pontianak adalah salah satu di antara kerajaan Melayu yang terakhir didirikan. Pendirinya adalah seorang keturunan Arab-Melayu, zuriat Nabi Muhammad s.a.w. Kekukuhannya sebagai Sultan Pontianak yang pertama adalah dilantik oleh Raja Haji bin Upu Daeng Celak Yang Dipertuan Muda Riau.

Pendiri kerajaan Pontianak itu ialah Syarif Abdur Rahman bin al-Habib Husein al-Qadri. Habib Husein al-Qadri, ayah beliau seorang ulama besar, bahkan ramai orang meriwayatkan Habib Husein al-Qadri adalah seorang 'Wali Allah' yang dibuktikan banyak 'karamah'. Oleh itu, anak beliau Syarif Abdur Rahman al-Qadri adalah seorang 'sultan' dan sekali gus beliau adalah seorang 'ulama'.

Riwayat di bawah ini adalah berasal dari sebuah manuskrip yang diperoleh di Pontianak yang saya ringkaskan dan di beberapa tempat disesuaikan dengan bahasa sekarang.

Pengembaraan

Apabila sampai umur Syarif Abdur Rahman 16 tahun, beliau dibawa oleh ayahnya berpindah dari negeri Matan ke negeri Mempawah. Setelah berumur 18 tahun, beliau dikahwinkan oleh ayahnya dengan Utin Cenderamidi, anak Upu Daeng Menambon.

Tatkala umurnya 22 tahun, Syarif Abdur Rahman pergi ke Pulau Tambelan selanjutnya ke Siantan dan terus ke pusat pemerintahan Riau di Pulau Penyengat. Beliau tinggal di sana selama kira-kira dua bulan. Kemudian, ke negeri Palembang dan tinggal di situ sebelas bulan. Sewaktu hendak kembali ke negeri Mempawah dihadiahkan oleh Sultan Palembang, Sultan Pelakit sebuah perahu selaf dan seratus pikul timah.

Dan pada ketika itu juga bermuafakat Tuan Saiyid dan sekelian bangsa Arab di negeri Palembang dan bersetuju memberi hadiah kepada Syarif Abdur Rahman, dua ribu ringgit. Kemudian Syarif Abdur Rahman belayar pulang ke negerinya, Mempawah.

Setelah dua bulan Syarif Abdur Rahman al-Qadri di Mempawah, beliau belayar pula ke negeri Banjar dan tinggal di sana selama empat bulan. Kemudian, belayar pula ke negeri Pasir dan berhenti di situ selama tiga bulan.

Setelah itu, kembali lagi ke negeri Banjar. Setelah dua bulan di Banjar, Syarif Abdur Rahman dikahwinkan dengan puteri Sultan Sepuh, saudara pada Penembahan Batu yang bernama Ratu Syahbanun. Sebelum berkahwin, Syarif Abdur Rahman al-Qadri telah dilantik oleh Panembahan
Batu menjadi Pangeran dengan nama Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam.

Dua tahun kemudian, Syarif Abdur Rahman al-Qadri kembali ke negeri Mempawah. Setahun kemudian, kembali lagi ke negeri Banjar. Selama empat tahun di Banjar, beliau memperoleh dua orang putera, seorang laki-laki diberi nama Syarif Alwi diberi gelar Pangeran Kecil dan yang
seorang perempuan bernama Syarifah Salmah diberi gelar Syarifah Puteri.

Tarikh 11 Rabiulakhir 1185 H/24 Jun 1771 M Syarif Abdur Rahman keluar dari negeri Banjar kembali ke negeri Mempawah. Ketika sampai di Mempawah didapatinya Tuan Besar Mempawah, Habib Husein al-Qadri ayahnya, telah kembali ke rahmatullah. Syarif Abdur Rahman al-Qadri berhenti di Mempawah selama tiga bulan bermesyuarat dengan adik-
beradiknya, ialah Syarif Ahmad, Syarif Abu Bakar, Syarif Alwi bin Habib Husein al-Qadri dan seorang kerabat mereka, Syarif Ahmad Ba'abud. Keputusan mesyuarat bahawa Syarif Abdur Rahman akan keluar dari negeri Mempawah hendak membuat kedudukan di mana-mana yang patut.

Mengasaskan kerajaan Pontianak

Tarikh 14 Rejab 1185 H/23 Oktober 1771 M, Syarif Abdur Rahman berangkat dari negeri Mempawah de-ngan 14 buah perahu kecil bernama kakab. Kemudian, sampailah ia di Sungai Pontianak yang kebetulan tempat itu dengan masjid yang ada sekarang ini. Syarif Abdur Rahman dan rombongan berhenti di tempat itu pada waktu malam.

Keesokan harinya, Syarif Abdur Rahman pun masuk ke Selat Pontianak dan berhenti di situ selama lima malam. Pada hari Rabu kira-kira pukul 4.00 pagi, Syarif Abdur Rahman memberi perintah menyerang Pulau Pontianak. Masing-masing mereka mengisi meriamnya dan menembak pulau itu.

Kata Syarif Abdur Rahman, "Berhenti perang kerana sekalian hantu dan syaitan yang berbuai pada malam hari di pulau itu telah habis lari, janganlah tuan-tuan takut, marilah kita turun menebas pulau itu''.

Semua anak buah perahu pun turun bersama-sama Syarif Abdur Rahman menebas pulau itu. Setelah habis ditebas, lalu didirikan sebuah rumah dan sebuah balai. Kira-kira lapan hari dikerjakan, di dalam antara itu Syarif Abdur Rahman kembalilah ke Mempawah mengambil sebuah kapal dan sebuah tiang sambung. Tarikh 4 Ramadhan 1185 H/11 Disember 1771 M
Syarif Abdur Rahman pindah ke pulau itu.

Perang Pontianak Sanggau

Tiada berapa lama negeri itu berdiri, pada bulan Jumadilakhir 1191 H/10 Jun 1777 M, Syarif Abdur Rahman berangkat, mudik ke negeri Sanggau dengan 40 buah perahu kecil hendak terus ke negeri Sekadau. Setelah sampai di Sanggau, maka ditahanlah oleh Penembahan Sanggau tiada
diberikannya mudik ke hulu, jauh dari negeri Sanggau. Tetapi Syarif Abdur Rahman, berkeras hendak mudik.

Oleh sebab itu, Penembahan Sanggau sangat marah, lalu menembak perahu itu, hingga terjadi peperangan antara kedua-dua pihak. Setelah tujuh hari berperang, Syarif Abdur Rahman mengundurkan diri kembali ke negeri Pontianak, untuk persiapan membuat perahu besar.

Kira-kira lapan belas bulan sesudah itu bersamaan, 2 Muharram 1192H/31 Januari 1778 M berangkat lagi ke negeri Sanggau dengan sebuah sekuci, dua buah kapal dan 28 buah penjajab. Ketika sampai di Tayan, bertemulah dengan angkatan Sanggau yang menanti kedatangan angkatan Pontianak di situ.

Angkatan Sanggau kalah, terus lari ke Sanggau. Tetapi ada lagi angkatan Sanggau di Kayu Tunu, angkatan Sanggau sudah siap berperang di tempat. Tarikh 26 Muharram 1192 H/24 Februari 1778 M bermulalah perang di Kayu Tunu. Sanggau kalah pada 11 Safar 1192 H/11 Mac 1778 M.

Syarif Abdur Rahman pun mudik ke Sanggau dan berhenti di situ selama 12 hari. Syarif Abdur Rahman bersama Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau membuat benteng pertahanan di Pulau Simpang Labi, menempatkan enam pucuk meriam di pintunya.

Pulau itu ditukar nama dengan Jambu-Jambu Taberah. Setelah selesai pekerjaan di Pulau Jambu-Jambu Taberah itu, Sultan Syarif Abdur Rahman pulang ke Pontianak bersama-sama dengan Yang Dipertuan Muda Raja Haji.

Penabalan Sultan

Setelah sampai di Pontianak, Raja Haji, Yang Dipertuan Muda Riau memanggil semua orang di dalam negeri Pontianak untuk memeriksa hal Pa-duka Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam akan dijadikan sultan. Semua isi negeri Pontianak, bersetuju. Raja Haji mengirim utusan ke negeri Mempawah, Matan, Landak dan Kubu.

Raja-raja itu pun mengaku di hadapan Yang Dipertuan Muda Raja Haji mengatakan bahawa mereka menerima dengan gembira. Pada ketika dan tarikh yang baik, hari Isnin, 8 Syaban 1192 H/1 September 1778 M, sekalian tuan-tuan sayid, raja-raja dan rakyat negeri Pontianak berkumpul di Pontianak.

Yang Dipertuan Muda Raja Haji dengan suara yang keras, bertitah,

"Adapun kami memberitahu kepada sekalian tuan-tuan sayid, raja-raja, dan sekalian isi negeri Pontianak ini, pada hari ini, Paduka Pangeran Syarif Abdur Rahman Nur Allam kita sahkan berpangkat dengan nama Paduka Sultan Syarif Abdur Rahman al-Qadri, iaitu raja di atas takhta
kerajaan Negeri Pontianak, demikianlah adanya''

Adalah pada tahun 1194 H/1780 M utusan Kompeni Belanda datang dari Betawi dengan satu sekuci dan dua buah pencalang. Utusan Belanda itu bernama Ardi William Palam Petter dari Rembang serta berbicara meminta kepada Sultan Syarif Abdur Rahman untuk mendiami negeri Pontianak.

Bersamanya ada lagi utusan Sultan Banten hendak menyerahkan pemerintahan negeri Landak kepada Sultan Syarif Abdur Rahman. Maka Kompeni Holanda pun tetaplah duduk bersetia bersama-sama di dalam negeri Pontianak.

Pada tahun 1198 H/1784 M Kompeni Belanda bermusuh dengan Yang Dipertuan Muda Raja Ali Riau. Kom-peni Belanda menyerang Yang Dipertuan Muda Raja Ali Riau di negeri Sukadana. Negeri Sukadana kalah dalam perang itu.

Pada tahun 1200 H/1785 M, Sultan Syarif Abdur Rahman bersengketa dengan saudara iparnya Raja Mempawah, Penembahan Adi Wijaya, kerana perkara Sultan Sambas. Disingkatkan ceritanya, akhirnya Sultan Syarif Abdur Rahman terpaksa memerangi negeri Mempawah.

Setelah berperang selama lapan bulan, negeri Mempawah kalah dalam peperangan itu. Setelah selesai perang, Sultan Syarif Abdur Rahman mengangkat puteranya yang bernama Pangeran
Syarif Qasim berpangkat Penembahan Memerintah Diatas Takhta Kerajaan Negeri Mempawah.

Selanjutnya, terjadi perselisihan Pontianak dengan Sambas mulai 3 Rabiulakhir 1206 H/30 November 1791 M. Sultan Syarif Abdur Rahman bersama Yang Dipertuan Sayid Ali bin Utsman, Raja Siak memerangi negeri Sambas. Perang yang terjadi selama lapan bulan itu, berakhir
dengan seri iaitu tiada yang kalah atau pun menang.

Wafat

Demikianlah kisah Sultan Syarif Abdur Rahman al-Qadri yang dilahirkan pada 15 Rabiulawal 1151 H/3 Julai 1738 M dan wafat pada malam Sabtu, pukul 11.00, tarikh 1 Muharram 1223 H/28 Februari 1808 M.

Pada hari itu juga, Penembahan Syarif Qasim yang berkedudukan di Mempawah, ditabalkan menjadi Sultan Pontianak dengan menggunakan nama Paduka Sultan Syarif Qasim Raja Duduk Diatas Takhta Kerajaan Negeri Pontianak.

Pada tarikh 19 Safar 1223 H/16 April 1808 M, Pangeran Mangku Negara Syarif Husein bin al-Marhum Sultan Syarif Abdur Rahman dilantik menggantikan Syarif Qasim menjadi raja kerajaan negeri Mempawah. Pada hari Khamis, pukul 9.00, tarikh 11 Muharram 1228 H/14 Januari 1813M, Pangeran Syarif Husein kembali ke rahmatullah.

Beliau diganti oleh Penembahan Anom, puteranya Penembahan Adi Wijaya, menjadi wakil memegang kuasa di dalam negeri Mempawah. Pada tahun 1241H/ 1825 M, Penembahan Anom kembali ke rahmatullah. Pada tahun 1243H/1828 M, Pangeran Adi Pati Geram menjadi wakil menggantikan memegang kuasanya di dalam negeri Mempawah berpangkat nama Penembahan.

Demikianlah riwayat yang saya ringkaskan dan ubah bahasa dari salah satu manuskrip yang berasal dari tulisan Syarif Abu Bakar bin Syarif Umar bin Sultan Utsman bin Sultan Syarif Abdur Rahman bin Habib Husein al-Qadri yang bertarikh 28 Rabiulakhir 1350 H/9 September 1931M. Manuskrip tersebut telah disalin oleh Sayid Alwi bin Sayid Ahmad bin Sayid Ismail al-Qadri. Tarikh salinan, 7 Jumadilakhir 1354 H/7 Ogos 1935 M.

Saya, Wan Mohd. Shaghir Abdullah selesai mentransliterasi daripada Melayu/Jawi ke Latin/Rumi pada, 9 Muharram 1421 H/14 April 2000 M dan selanjutnya diubah bahasa dimuat dalam bahagian Agama, Utusan Malaysia, pada terbitan hari ini.
Kesultanan Kadriah Pontianak


Syarif Abdur Rahman al-Qadri

Lihat Video ini..
Begitu kira-kira..
Bersambung, insya Allah.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

24 Feb 2012
Pontianak, Ind.

Perpecahan Melayu Bukan Masalah & Dosa -Dr Dzulkefly


Shah Alam, 28 Feb 12: Pengarah penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad perpecahan di kalangan orang Melayu tidak dapat dinafikan apabila wujud dua parti utama dari kalangan anggota masyarakat tersebut, PAS dan Umno.

Katanya, perpecahan itu juga tidak harus dilihat sebagai satu masalah sebaliknya sebagai keuntungan kepada rakyat.

"Itu bukan dosa tetapi wajar untuk selamatkan orang Melayu," katanya dalam satu program wacana di Shah Alam hari ini.

Katanya, keadaan itu sendiri boleh dilihat dalam sejarah apabila para ulama dalam Umno bertindak keluar daripada pergerakan itu dan membentuk PAS. Para ulama berkenaan bertindak demikian sebagai membantah tindakan kerajaan pada masa itu berhubung isu melibatkan umat Islam termasuk "isu loteri," katanya.

Keuntungan itu juga boleh dilihat hari ini apabila PAS kini semakin berpengaruh bersama anggota Pakatan Rakyat di Parlimen untuk menjalankan fungsi semak dan imbang. Tambahnya, isu perpaduan Melayu itu juga timbul memandangkan Umno kini berada dalam keadaan lemah, seperti ketika selepas pilihan raya 1969.

Katanya lagi, PAS lebih mudah untuk bersama dengan DAP berbanding Umno kerana asas kerjasama tersebut adalah untuk kebaikan bersama.

"Kami kena edar video lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim kalau masih bersama Umno," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pandangan seorang lagi ahli panel, Ruslan Kassim yang berkata umat Melayu perlu bersatu dalam asas akidah Islam.

"Macam mana PAS boleh bersama dengan DAP tetapi tidak bersama Umno," soal pemimpin pertubuhan PERKASA itu lagi.

Ruslan juga dicabar untuk menyatakan pendiriannya berhubung pendirian PERKASA berhubung isu rasuah yang mendapat perhatian ramai.

Seorang lagi ahli panel, pengerusi PKR Johor Datuk Dr Chua Jui Meng berkata, PERKASA sepatutnya mengutarakan isu seperti "lembu kondo", komisyen pembelian kapal selam dan juga isu pelarian modal.

Ruslan berkata, dakwaan melibatkan National Feedlot Corporation itu sedang disiasat dan isu berhubung pendakwaan itu tertakluk kepada peguam negara.

"Kita janganlah dahului mahkamah," kata bekas majistret itu lagi.

Ruslan yang diasak oleh moderator forum selepas itu berkata, PERKASA juga berpendirian sama dalam kes Liwat II yang dihadapi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas itu, Ruslan berkata Anwar sering menyebut mengenai "perangkap konspirasi" dan betapa bekas timbalan perdana menteri itu tidak terperanjat dengan keputusan yang akan dibuat mahkamah.

"(Anwar kata) dah tahu, tinggal baca keputusan saja. Kita tak setujulah.

"Dulu kata konspirasi, mahkamah diperalat, tapi sekarang dah lain," katanya lagi.

Seorang lagi ahli panel program wacana anjuran akhbar Sinar Harian itu ialah bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. (Sumber MK)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-34: Sekitar Kon.Nas.Pengupayaan Bangsa
E-Buku IH-34: Sekitar Kon.Nas.Pengupayaan Bangsa

Bukan Islam Boleh Isi Jawatan Tim/Presiden PAS -Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly Ahmad (dua dari kiri)
SHAH ALAM, 28 Feb 12– PAS bersedia untuk mengisi jawatan timbalan presiden parti itu daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan, berikutan dasar parti itu yang mengalami transformasi yang lebih terbuka.

“Islam membenarkan berlakunya perubahan dalam politik. Ada ijtihad yang boleh berubah dan tidak boleh berubah. Kami bersedia menerima jawatan timbalan presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya keadaan memerlukan.

“Perkara urus tadbir dalam Islam sangat terbuka dan PAS menegaskan, kami masih parti yang berteraskan agama dan sedang mengalami transformasi yang besar, PAS bukan sahaja menampilkan bangsa Melayu, tapi sesuai untuk semua bangsa,” kata Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad ketika Wacana Sinar Harian yang bertajuk “Kenapa Undi Melayu Pecah?” di sini.

Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini lagi, Umno tidak dapat menerima transformasi yang ditonjolkan parti itu kerana Islam Umno adalah berdasarkan kaum.

“Islam menurut amalan Umno adalah Islam berteraskan perkauman. Islam Umno adalah Melayu, sedangkan PAS bersedia menerima pemimpin yang bukan Islam dan kami membawa penampilan Islam untuk semua,” katanya lagi.

“PAS bukanlah terlalu taksub,” tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini lagi.

Tambah Dzulkefly, berdasarkan transformasi itu, PAS juga berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS yang terdiri daripada kalangan rakyat bukan Islam.

“Buktinya sudah jelas, PAS bukanlah bersifat rigid, sebaliknya rakyat bukan Islam juga turut memahami matlamat dan perjuangan kami yang berteraskan keadilan dan mengamalkan dasar Islam yang lebih terbuka,” tambahnya lagi.

Wacana ke-11 hari ini turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Perkasa Ruslan Kasim, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat, dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng. (MI)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-34: Sekitar Kon.Nas.Pengupayaan Bangsa
E-Buku IH-34: Sekitar Kon.Nas.Pengupayaan Bangsa

Hina Islam, Permit The Star (MCA) Perlu Digantung!


KUALA LUMPUR, 28 Feb 12: Para Editor kanan akhbar milik MCA, The Star telah dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri ekoran penyiaran gambar tatoo nama Allah dalam akhbar itu.

(Gambar laporan The Star 27 Februari....gambar tatoo disamarkan oleh kami)

Lihat sebelum ini.. Gambar Ini, M'sia Terlibat Hina Allah?

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong dalam kenyataannya sebagaimana yang disiarkan Bernama berkata, Managing Editor, Ketua Editor Berita dan Editor Kanan The Star telah dipanggil kementeriannya untuk memberikan penjelasan ekoran laporan itu.

"Tindakan selanjutkan akan dibuat berdasarkan penjelasan bertulis mereka," kata Lee Chee Leong, anggota Parlimen Kapar dan juga AJK Pusat MCA dalam kenyataannya.

Semalam The Star menyiarkan gambar besar penyanyi Amerika Eryka Badu yang mempunyai tatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah. Ia disifatkan satu penghinaan kepada umat Islam di negara ini kerana nama Allah seolah-olah dipermain-mainkan.

Ekoran pendedahan Harakahdaily mengenainya, The Star telah memohon maaf. Namun, pelbagai pihak tidak berpuashati kerana sebelum ini akhbar MCA itu juga membuat kesilapan yang hampir sama iaitu menyentuh sesnsitiviti umat Islam.

Semasa bulan Ramadhan yang lalu, The Star menyiarkan resipi masakan daging babi kononnya sebagai juadah berbuka puasa. Apabila dibuat bantahan, The Star memohon maaf. Namun, apakah permohonan maaf ini benar-benar melambangkan pengakuan kesilapan akhbar milik MCA ini dipertikaikan.

Ini kerana, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek juga tidak habis-habis menghina Islam khasnya hukum syariah. Ia dapat dilihat dengan jelas dalam debat beliau dengan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini.

Ekoran itu, Pemuda PAS, Mufti Perlis dan badan NGO, Isma mendesak permit The Star digantung untuk memberikan pengajaran kepada semua pihak agar jangan mempermainkan sensitiviti agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.

Namun dengan penglibatan timbalan menteri KDN dari MCA, ramai yang ragu kalau-kalau tindakan yang berpatutan tidak diambil ke atas akhbar milik MCA, The Star ini.

"Bagaimana AJK Pusat MCA yang jadi timbalan menteri KDN ni nak siasat dan hukum akhbar MCA (akhbarnya sendiri)? Kelakarlah pentadbiran Umno ini," kata Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS ketika mengulas isu ini.

Sehubungan itu, beliau meminta KDN lebih serius dalam hal ini dan menjaga kepentingan umat Islam dan tidak takut kepada MCA yang sudah semakin galak menghina Islam. (Hrkh/IH)

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails