Wednesday, March 21, 2012

K'tan: 'Zon Selesa' Adalah Jerangkap Samar -W/Nik



KL, 21 Mac:
Jentera PAS Kelantan diingatkan agar tidak berasa 'berada di zon selesa' untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 ini biarpun parti itu sudah lima penggal mengusai kerajaan negeri iaitu sejak 1990.

Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan Wan Nik Wan Yusoff (gambar) berkata, jentera juga diminta tidak termakan dengan sebarang khabar indah atau telahan dari mana-mana pihak apatah lagi yang keluar dari mulut musuh, kononnya Kelantan akan terus kekal di bawah penguasaan PAS pada PRU 13 nanti.

Menurutnya, momokan sebegitu tidak ubah seperti 'jerangkap samar' musuh untuk memastikan jentera parti berada di zon selesa sekaligus mempengaruhi gerak kerja persiapan pilihan raya.

"Kita tidak boleh tengok ianya sebagai pujian, apatah lagi kalau keluar dari mulut musuh.

"Tetapi kita perlu lihat ianya sebagai satu cabaran untuk kita buat tindakan lebih terperinci, bukan ambil atas sifat selesa," katanya kepada Harakahdaily

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Bekas Menteri Kewangan dan Bendahari Umno Tun Daim Zainuddin semalam yang meramalkan PAS akan tetap kekal menguasai Kelantan pada PRU ke 13 akan datang.

Selain Kelantan, beliau turut meramalkan DAP juga akan kekal memerintah Pulau Pinang untuk penggal kedua. Bagi Daim, BN hanya akan selesa di tiga negeri sahaja iaitu Melaka, Johor dan Pahang.

Mengulas lanjut Wan Nik berkata, PAS Kelantan perlu berkerja lebih kuat dengan mengambil pengalaman apa yang berlaku pada keputusan PRU 2004. Ketika itu ujarnya PAS hanya menang majoriti mudah dengan berkelebihan tiga kerusi iaitu 24 berbanding BN, 21.

Kedudukan PAS sekali lagi diuji apabila tewas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada tahun sama sekaligus menjadikan kedudukan bertambah getir dengan PAS 23 dan BN 22.

"Kita perlu keluar dari zon selesa. Ukuran PRU 2008, lonjakan undi berlaku bukan kerana undi penyokong PAS bertambah, tapi sikap pengundi atas pagar yang hampir 30 peratus yang turut mengundi PAS.

"Sikap mereka ini boleh berubah dan kita perlu memberi perhatian khusus kepada golongan ini," katanya sambil menambah bahawa kemenangan dengan lonjakkan mendapat 38 kerusi pada PRU ke 12 itu turut disumbang beberapa isu nasional lain.

Sehubungan itu, beliau memperingatkan jentera agar mendekati golongan yang dikategorikan atas pagar tersebut secara 'sangat cermat' jika mahu melihat PAS terus menerajui kerajaan negeri Serambi Mekah itu. (Hrkh)

Hantu: Dr Rais Pekak. BN Racun Fikiran Anak-anak.

Ini hantu BN??

KL 21 Mac 12 — Sasterawan Negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah berkata filem, drama dan cerita yang berunsulkan hantu puaka dan jembalang pelesit patut dihentikan kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan meracuni pemikiran anak-anak bangsa.

Di petik Bernama Online, beliau berkata tayangan cerita sebegini hanya akan melemahkan akal budi bangsa, jati diri, ketahanan sahsiah serta ketahanan mental seseorang khususnya generasi muda dan cerita-cerita genre sedemikian tidak relevan lagi dalam konteks zaman moden kini.

Ketika ditemu ramah dalam program ‘Dalam Radar’ terbitan Bernama Radio24 semalam beliau berkata, “Mengapakah drama-drama atau cerita kita harus terus dimasukkan dengan elemen hantu-hantu puaka? Tak usahlah meracuni pemikiran anak-anak bangsa kita dengan cerita-cerita sebegini.

“Ke manakah hala tuju bangsa kita jika keadaan ini berlarutan? Semua ini akan disoal di akhirat nanti,” tambah beliau.

Komen Weblog Ibu Hasyim: Kenapa Kerajaan BN melalui Dr Rais Yatim dan menteri penerangannya masih pekak dan telinga kuali? Tukar saja BN kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.. (IH)

Bagaimana Selamatkan Aqidah Anak Muallaf Ini?

Riduan Abdullah bersama anaknya Ummu Habibah


KOTA BHARU, 21 Mac 12: Usaha seorang saudara baru, Muhammad Riduan Abdullah, 43 menyelamatkan akidah anaknya berdepan dengan kesukaran sekiranya hak ke atas penjagaan anak-anaknya ditolak mahkamah.

Perkara itu bakal diputus Mahkamah Rayuan yang akan bersidang pada 29 Mac ini.

Riduan berkata, berdasar kepada surat Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan bertarikh 6 Mac lalu menyebut kes tersebut telah ditetapkan untuk ditamatkan di hadapan Mahkamah Rayuan pada 29 Mac ini.

Pada 11 Mac 2010 Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan hak penjagaan terhadap tiga anaknya Ummu Habibah (Prasana Diksa), 4; Abu Bakar (Karan Dinish), 14 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 15 diberi kepada bekas isterinya, M Indira Ghandi, 37.

Sedangkan sebelum itu pada April 2009 Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberikan hak penjagaan tiga anak kepada Riduan atau nama asal K Patmanathan. Ekoran itu Riduan memfail rayuan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut.

Riduan memeluk Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian pada 2 April 2009 beliau mengislamkan ketiga-tiga anaknya. Bagaimanapun bekas isterinya mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam ketiga-tiga anaknya pada 25 Oktober 2009.

Indra juga membuat permohonan supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftar mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.

Namun Mahkamah Tinggi menolak permohonan Indra yang juga seorang guru tadika beragama Hindu supaya Mahkamah Persekutuan mendengar permohonannya. Kes berkenaan juga pernah mendapat perhatian umum sehingga ke peringkat kabinet dan mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 2009.

Riduan berkata, anak bongsu kini tinggal bersamanya dibesarkan dalam suasana Islam dan sudah mampu menghafal ayat-ayat suci al Quran, manakala dua lagi bersama bekas isterinya. Oleh itu beliau berharap mendapat bantuan orang ramai bagi mengumpul dana termasuk membayar kos guaman dan kos lain sehingga menjangkau RM60,000.

Malah katanya sebelum ini beliau membayar pendaftaran rayuan kes berkenaan sebanyak RM3,000. Katanya juga beliau akan mendapat khidmat peguam lain membawa kesnya memandangkan peguam sebelum ini tidak memfail memorandum seperti dikehendaki mahkamah ekoran tidak dapat menyediakan kos guaman.

Oleh itu orang ramai yang ingin membantu Riduan boleh menghubungi talian 09 744 6736 (peguam Mustapa Kamal Mat Kasam) atau akaun Bank Islam 3018010036250.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bercelaru habis undang-undang di negara ini jika dibiarkankan UMNO/BN memerintah. Orang miskin juga yang tertindas, berilah peluang PAS menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan negara. Sesiapa yang ingin menderma untuk menyelamatkan aqidah umat Islam seperti di atas, sangat dialu-alukan. (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Wanita Kristian Bertudung Cakap Islam, Mengapa?


ADA banyak kisah menarik dan unik di dunia ini, termasuk kisah yang satu ini. Di kala banyak muslimah enggan untuk menutup auratnya dengan memakai tudung apalagi berbicara tentang Islam, berbeza 180 darjah dengan seorang wanita Amerika satu ini, meski masih Kristian tetapi lebih suka memakai tudung dan berani berbicara tentang Islam.

Terlepas dari kenyataan bahawa ia masih seorang Kristian ketika merakam wawancara ini, wanita Amerika itu dengan sukarela dan lebih suka memakai tudung. Dan Alhamdulillah, dia akhirnya masuk Islam beberapa bulan kemudian. Dan berikan penuturannya (tidak disebutkan siapa nama wanita Amerika ini) tentang Islam dalam keadaan dirinya masih Kristian dan telah memakai tudung:

"Saya sudah tertarik dengan Islam di sebahagian besar hidup saya, dan saya sudah mempelajari tentang hal itu. Saya juga banyak tahu dasar-dasar tentang agama selama bertahun-tahun. Kemudian ketika insiden 9 November terjadi saya mendapat banyak maklumat. Setelah berbagai kejadian tersebut saya mula belajar tentang Islam.

"Saya akhirnya mencari. Meskipun fakta-fakta asas telah saya pelajari sebelumnya, sebahagian besar adalah benar, namun ada banyak hal yang telah salah diertikan dan salah difahami tentang Islam itu sendiri. Misalnya, tidak ada paksaan dalam Islam. Sebenarnya, tidak ada yang memaksa anda masuk ke dalam agama ini, Allah memanggil dan memberikan hidayah kepada mereka yang Dia panggil.

"Hal lain yang saya dapati dalam Islam adalah ikatan persaudaraan yang indah dan bagaimana umat Islam saling memelihara satu sama lain. Saya sudah jauh lebih bahagia kerana saya mula melawat masjid dan mengenal banyak saudara perempuan dan menghabiskan masa bersama mereka.

"Saya menyukai Islam yang mengajar anda bagaimana bersikap baik satu sama lain, dan bagaimana memelihara satu sama lain. Dalam Kristian, Injil mengatakan, "Bersikaplah baik satu dengan yang lain." Dalam Islam hal ini lebih jelas, Islam memberitahu anda bagaimana untuk bersikap baik satu sama lain, bagaimana berbuat sopan dan cara memelihara satu sama lain.

"Islam adalah jalan yang penuh kedamaian dalam hidup, menginginkan agar orang menjalani kehidupan yang baik dalam keluarga mereka sebagai suami isteri, dan dalam masyarakat. Saya mencari Islam yang saya asosiasikan jauh lebih soleh daripada apa yang pernah saya alami dalam agama Kristian.. Saya sudah sangat banyak pengalaman tentang agama Kristian selama bertahun-tahun.

"Konsep lain yang begitu indah dalam Islam adalah konsep Syura. Ketika ada masalah yang akan dibincangkan, pemimpin mendengar dari semua orang. Dan saya pernah melihat ini dalam tindakan yang nyata. Hal ini dipraktikkan dalam keluarga, dan juga dipraktikkan dalam pemerintahan. Mereka mendengar dari semua orang, bahkan dari anak kecil, dan semuanya dipertimbangkan, kemudian ada keputusan berdasarkan apa yang terbaik. Ketika keputusan dibuat, masyarakat dianjurkan untuk mengikuti keputusan itu, apakah mereka setuju atau tidak.." Jelas beliau.

Berbicara bagaimana Wanita dalam Islam, wanita Amerika ini menyatakan:

"Saya fikir itu sangat indah. Saya percaya perempuan sangat dihormati dalam Islam. Saya sangat suka mengenakan tudung, saya merasa istimewa, saya merasa dilindungi, saya merasa bahawa saya tidak harus mempamerkan segala sesuatu dari tubuh saya untuk semua orang, ini membantu saya menjadi peribadi seutuhnya.

"Dalam Islam, saya merasa saya diterima sebagai seorang wanita, dan dihormati sebagai seorang perempuan. Saya merasa bahawa saya tidak harus berjuang untuk cuba menjadi sama dan cuba untuk menjadi seperti seorang lelaki, seperti yang saya rasakan di dalam masyarakat Amerika." Jelas wanita bertuah yang mendapat hidayah dari Allah SWT itu.

- sumber dari eramuslim.com

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Kisah Gadis Pengutip Derma Dijumpi Di Bangkok..


USAHA wartawan untuk menemu bual keluarga Nazatul gagal kerana rumahnya di Seksyen 8, Shah Alam berkunci dan tiada penghuni.

SHAH ALAM - Nazatul Fardiana Mohd. Norizwan (gambar), 15, remaja yang dilaporkan hilang pada Januari lalu dan ditemui di Bangkok, Thailand baru-baru ini merupakan seorang pengutip derma di beberapa lokasi di sini.

Seorang jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 47, mendakwa, dia pernah ternampak Nazatul mengutip derma di beberapa buah stesen minyak di Seksyen 9 di sini pada tahun lalu.

Dakwa Ahmad, remaja terbabit melakukan kerja itu antara pukul 5 petang hingga 10 malam dengan menunjukkan kad yang mempunyai logo Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Sumbangan itu kononnya untuk disalurkan kepada Madrasah Ta'allimun Islam dan Sekolah Hafiz al-Quran Tanjumas di Thailand.

"Saya mengetahui kegiatan Nazatul ketika mengisi minyak di Seksyen 9 pada hujung tahun lalu. Saya ambil kad yang mempunyai logo MAIWP daripada Nazatul," kata Ahmad ketika ditemui di kawasan rumah Nazatul di sini semalam.

Dakwa Ahmad, Nazatul dihantar ke stesen-stesen minyak itu untuk meminta derma oleh seorang wanita dipercayai ibunya. Selain di stesen-stesen minyak, Nazatul juga pernah dilihat mengutip derma di beberapa buah bank di Seksyen 9 di sini. Jelas lelaki itu, sejak kad MAIWP itu dirampas, kelibat remaja itu tidak lagi kelihatan di Seksyen 9.

Menurut Ahmad, Nazatul mendakwa dia disuruh mengutip derma oleh seorang ketua yang tinggal di Ampang, Selangor.

"Saya juga pernah membuat panggilan telefon kepada lelaki yang didakwa Nazatul sebagai bos dan lelaki itu mengaku mengenali Nazatul tetapi enggan bercakap banyak," kata Ahmad.

Ahmad kemudian menyerahkan kad tersebut kepada MAIWP dan ternyata kad kutipan derma tersebut tidak sah. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu hasyim: Kena siasat segera.

Sikap Nabi SAW Terhadap Yahudi -Dr Mohd Asri

Dr Mohd Asri Zainul Abidin

ISLAM adalah agama yang menghormati semua keturunan manusia. Islam tidak menghukum seseorang disebabkan keturunannya. Islam juga tidak memaksa orang menganut Islam dan memerangi dan menghukum hanya kerana perbezaan agama.

Demikian seseorang Yahudi tidak boleh dihukum hanya kerana dia berketurunan Yahudi atau beragama Yahudi. Permusuhan berlaku antara masyarakat Yahudi dan Nabi Muhammad SAW dalam sejarah disebabkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam, bukan keturunan mereka.

Dalam sejarah Nabi SAW; baginda mempunyai isteri yang merupakan seorang Yahudi iaitu Safiyyah binti Huyai.

Sahabat Nabi SAW yang dianggap ilmuwan ‘Abdullah bin Salam, juga seorang Yahudi. Baginda Nabi SAW dalam urusan muamalat pernah menggadai barang kepada Yahudi.

Baginda juga menziarahi Yahudi yang sakit.

Ini menunjukkan kita boleh berbuat baik kepada Yahudi atas dasar persahabatan yang tidak mengkhianati Islam atau atas asas dakwah. Bahkan Al-Quran dalam Surah al-Maidah membenarkan perkahwinan dengan wanita Yahudi dan Kristian yang dikatagori sebagai Ahlul Kitab.

Maka, kenyataan yang menyatakan bahawa kita boleh berurusan Yahudi yang tidak menzahirkan permusuhan kepada umat Islam, adalah benar. Adapun yang memerangi Islam, maka dia dimusuhi tanpa mengira apapun agamanya.

Firman Allah: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. (Surah al-Mumtahah, 8-9)

Ayat di atas menjadi asas urusan antara muslim dan agama lain.


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah felo pelawat OCIS, Oxford dan bekas mufti Perlis. (Diangkat dari MK)

Gambar Ini, Botol Susu Buah Dada, Apa Faedah?

Sepatutnya begini.. Susu ibu terbaik.

JOM KREATIF

Dunia ke'kreatif'an terus melanda bagi maslahat ibu-ibu mengandung. Ada yang mencipta botol susu atau bungkusan berupa payudara atau buah dada..

Begitu kemasnya botol susu buah dada itu. Namun kreatifnya, cuma tukar bentuk botol sahaja. Apakah ia memberi banyak faedah? Yang penting jangan terlepas kepada anak muda lelaki yang mengamalkan seks menyimpang? (IH)

Lhat sebelum ini...
E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

E-Buku IH-53: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..' (2)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails