Thursday, July 19, 2012

Bom Syahid Bunuh T/Menteri Pertahanan Syria




 BEBERAPA wartawan menunggu di luar lokasi serangan bom berani mati di bangunan Keselamatan Nasional di Damsyik semalam. 

Menteri Pertahanan Syria maut dalam letupan bom



 Presiden Syria Bashar Al-Assad (kanan) dan Menteri Pertahanan semasa, Jeneral Daoud Rajiha (kiri) yang terbunuh hari ini.

DAMSYIK - Abang ipar Presiden Syria, Bashar Al-Assad, Assef Shawkat terbunuh dalam serangan bom berani mati, menurut sebuah stesen televisyen semalam. Shawkat yang juga Timbalan Menteri Pertahanan dan bekas ketua perisikan tentera merupakan antara ketua keselamatan kanan Syria.

Beliau berkahwin dengan kakak Bashar, Bushra. Turut terkorban dalam letupan tersebut adalah Menteri Pertahanan, Dawoud Rajha. Stesen televisyen rasmi Syria melaporkan, pengebom berani mati itu melancarkan serangan ke atas bangunan Keselamatan Nasional di sini semasa satu mesyuarat melibatkan menteri Kabinet dan pegawai kanan keselamatan berlangsung.

Dalam perkembangan berkaitan, dua kumpulan pemberontak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan tersebut yang meragut nyawa beberapa pegawai kanan Syria dan mencederakan sebahagian lagi. Kumpulan pemberontak Liwa Al-Islam atau Briged Islam dalam satu kenyataan di laman Facebook memberitahu, pihaknya menjadikan bilik kawalan krisis di dalam bangunan tersebut sebagai sasaran serangan berkenaan.

Selain Liwa Al-Islam, Tentera Pembebasan Syria (FSA) turut mengaku mendalangi serangan tersebut. "Inilah letusan gunung berapi yang kami katakan, kami baru bermula," kata seorang jurucakap FSA, Qassim Saadedine.

Pemberontakan menentang kepimpinan Bashar bermula sejak Mac lalu. Menurut pihak berkuasa Maghribi, 20,000 orang telah terbunuh ekoran pertempuran antara kumpulan pemberontak dengan tentera Bashar. Kelmarin, FSA menyatakan usaha membebaskan ibu kota Damsyik daripada cengkaman tentera Bashar telah bermula.

Sementara itu, Setiausaha Luar Britain, William Hague menyatakan serangan pengebom berani mati itu menunjukkan satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diperlukan untuk menamatkan krisis di Syria. Perancis turut mengutuk Bashar kerana masih berkeras untuk memegang jawatan ketika situasi di negaranya semakin buruk.

Jurucakap Kementerian Luar Perancis, Bernard Valero berkata, Bashar perlu memahami bahawa perjuangannya untuk mengekalkan kuasa adalah sia-sia.
- Agensi

Leka Mandi Bogel

Leka mandi berbogel

Antara 20 tukang urut yang ditahan dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.
 
PUCHONG – Keasyikan pengunjung dan tukang urut mandi berdua-duaan dalam keadaan berbogel sebelum ke babak melakukan seks di sebuah premis rumah urut di Bandar Puteri di sini terbantut selepas dicekup pihak berkuasa, dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu premis terbabit, tukang urut didapati leka memandikan pelanggan masing-masing di atas katil dalam bilik air.

Tiga pasangan lain pula melakukan urutan badan ke badan (B2B) tanpa seurat benang. Difahamkan, premis terletak di tingkat tiga bangunan tidak mempunyai papan tanda dan beroperasi antara jam 10 hingga 3 pagi itu menawarkan khidmat urutan B2B, mandi buih dan hubungan seks. Beberapa kondom terpakai, minyak pelincir dan ratusan pil dipercayai bagi menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks turut ditemui ketika serbuan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, serbuan diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa dan Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin menyerbu dua premis di One Puchong dan Bandar Puteri.

Menurutnya, 20 tukang urut masing-masing enam warga Vietnam, 10 warga Thailand dan empat warga China menggunakan pas lawatan sosial serta 12 pelanggan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30-an dicekup.

Katanya, pengusaha rumah urut itu menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan dengan memberikan khidmat percuma selepas 10 kali berkunjung ke premis itu. “Setiap tukang urut dipercayai mampu melayan hampir 10 pelanggan berdasarkan kad kerja diperiksa,” katanya. (SH)

Sebelum ini..

Filem 'Hantu Gangster' Selepas Nasi 'Lemak 2.0'


 


Namewee berharap penonton dapat melihat mesej tersirat di sebalik elemen gangsterisme dalam filem terbarunya, Hantu Gangster. -

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon kontroversi Namewee berkata tema gengsterisme dalam filem terbarunya Hantu Gangster bukan bertujuan memartabatkan elemen negatif itu tetapi hanya kiasan kepada mesej perpaduan kaum di negara ini.

Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, 29, berkata tema tersebut tidak buruk dan teruk seperti pandangan umum jika ia dinilai pada sisi berbeza kerana ia adalah simbolik kepada kelangsungan hidup manusia.

“Saya melihat gengsterisme sebagai asas kelangsungan hidup manusia. Saya sedar selama ini gengsterisme sinonim dengan elemen negatif dan tiada peradaban tetapi ia mempunyai sisi yang baik sebenarnya.

“Pada asalnya, konsep gengsterisme bertujuan melindungi kaum atau kumpulan tertentu tetapi kini ia menjadi lain kerana tujuan dan niat asal itu sudah diubahsuai kepada pergaduhan, buli dan pembunuhan,” katanya ketika ditemui pada tayangan previu filem itu di TGV Sunway Pyramid di sini, Rabu.

Namewee berkata, dia mendapat ilham untuk mengetengahkan tema berkenaan berdasarkan pengalaman sebenar kehidupan datuknya di Muar, Johor.

“Saya dapat ilham filem ini daripada kisah sebenar hidup datuk saya. Ketika muda dulu, dia menjalankan perniagaan kedai kopi yang sering dikunjungi kumpulan-kumpulan gengster.

“Menurut cerita datuk, kumpulan-kumpulan gengster ini wujud bagi melindungi kaum dan penduduk dan bukannya untuk menunjukkan kuasa atau bertindak jahat.

“Dalam filem ini, elemen itu hanyalah metafora atau simbolik kerana di sebaliknya saya mahu paparkan mesej perpaduan antara kaum,” katanya.
Namewee bersama barisan pelakon (dari kiri) Abu Bakar Assiddiq, Mizz Nina, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Farid Kamil, penerbit Fred Chong, Amber Chia dan Dennis Lau.

Ditanya mengenai tekanan dan harapan terhadap filem kedua arahannya itu, Namewee berkata dia tidak peduli mengenai reaksi dan persepsi masyarakat tetapi berharap filem ini diterima baik apabila ditayangkan bermula 9 Ogos depan.

“Saya sudah tidak kisah dengan apa juga persepsi orang. Sejak kontroversi yang tercetus sebelum ini, saya seperti sudah terbiasa dengan reaksi orang pada saya.

“Apa yang saya harapkan, masyarakat memahami mesej yang diselitkan dalam filem ini,” katanya.
Hantu Gangster yang berlatarkan bandar Klang, Selangor pada era 1990-an mengisahkan perbalahan tiga kumpulan samseng daripada tiga kaum berbeza.

Tiga kumpulan ini yang hidup harmoni dan saling menghormati pada zaman bapa mereka bertukar menjadi musuh pada era anak masing-masing kerana konflik dan kepentingan peribadi. Selain Namewee sendiri, filem ini turut dibintangi Farid Kamil, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk David Arumugam.

Ia terbitan Prodigee Media Entertainment dan bakal ditayangkan pada 9 Ogos depan bersempena bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Raya. Filem pertamanya, Nasi Lemak 2.0 yang ditayangkan pada 8 September 2011 berjaya mencatat kutipan sebanyak RM7 juta.

Sebelum ini, Namewee menimbulkan kontroversi apabila dikatakan menghina negara melalui lagu Negaraku. Kes itu bagaimanapun ditutup selepas pihak polis berpuas hati dengan hasil soal siasat yang dijalankan.(mStar)

Awas! Hanya Pegang Tikus Dijangkiti Hawar.


GAYLORD terlantar di sebuah hospital di Bend pada 5 Julai lalu. 

Dapat Penyakit Lepas Tarik Tikus Dari Mulut Kucing
BEND, Oregon - Seorang tukang pateri, Paul Gaylord dijangkiti penyakit hawar selepas dia menarik seekor tikus daripada mulut kucing. Ketika kejadian, kucing peliharaannya yang bernama Charlie tercekik tikus yang dimakannya. Gaylord, 59, kemudian menarik tikus tersebut dari mulut kucing itu.

Kejadian itu berlaku di rumah trelernya. Kucing tersebut kemudian mati manakala Gaylord terpaksa dirawat di sebuah hospital di sini. Namun, Gaylord semakin pulih daripada penyakit itu. - Agensi

Indo Tutup Lebih 1Juta Laman Porno. Tahniah!


 JAKARTA: Menjelang bulan Ramadan, Kementerian Komunikasi dan Maklumat menjalankan operasi secara besar-besaran membanteras pornografi Internet.

Menterinya, Tifatul Sembiring semalam berkata, pejabatnya telah menutup lebih satu juta laman porno baru-baru ini, yang semuanya beroperasi dari luar negara dan mensasarkan lebih banyak laman pada bulan depan.

“Kami akan menyekat lebih banyak laman porno ketika Ramadan walaupun ia tidak bermakna kami akan membenarkan laman seumpamanya beroperasi pada waktu lain sepanjang tahun,” katanya kepada wartawan di pejabatnya.

Ahli politik daripada Partai Keadilan Sejahtera (PKS) itu mendedahkan terdapat kira-kira dua bilion laman web yang mempunyai kandungan pornografi. Menurutnya, pembabitan masyarakat dalam mengekang pornografi Internet adalah penting.

“Saya menyeru rakyat dari mana saja supaya memaklumkan kepada kami jika mereka menemui sebarang laman web porno, supaya kami dapat memeriksanya. Pornografi Internet adalah satu industri dan produsernya selalu mencari cara baru untuk mengelak daripada dikesan.

“Oleh itu, kami juga sedang membentuk kemahiran untuk menangani mereka,” katanya. - Jakarta Post

Komen Weblog Hasyim: Tahniah! PKS adalah antara parti yang memperjuangkan Islam di Indonesia. PAS Indonesia??

Artis/Selebriti Indo-M'sia, Temu & Imamkan N/Aziz


(Mas Azzam bersolat bersama Tuan Guru Nik Aziz di JKR 10)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menerima kunjungan artis Indonesia 'Mas Azzam' pelakun filem 'Bila cinta bertasbih' dan Yatt Hamzah di JKR 10 sebentar tadi.

Mereka hadir untuk memenuhi undangan kerajaan negeri Kelantan untuk program Bicara Selebriti pada malam ini di Balai Islam, Lundang. Di samping bertemu, mereka sempat solat Zohor dengan berimamkan Tuan Guru Nik Aziz di JKR 10.

Empat artis termasuk Mas Azam atau nama sebenarnya Khairul Azzam akan menyertai program Bicara Selebriti malam ini di Dewan Balai Islam, Lundang. Selain Mas Azzam dan Yatt, turut serta malam ini adalah Ana Rafalli dan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Program ini akan dipengerusikan oleh Amin Idris, pengacara TV Al Hijrah.



(Sidang media bersama antara Tuan Guru Nik Aziz dengan Mas Azzam dan Yatt)

Johan Tilawah Dapat Banglo Di K'tan


KOTA BHARU: Johan tilawah al quran peringkat Antarabangsa dari Kelantan Ustaz Muhammad Anuar Ghazali menerima sebuah banglo dari kerajaan negeri. Replika hadiah rumah itu disampaikan oleh Menteri Besar pada majlis sambutan Ihya Ramadan peringkat negeri Kelantan.

Anuar johan tilawah quran tahun ini merupakan anak jati negeri ketiga menerima sumbangan hadiah rumah dari kerajaan negeri. Sebelum ini pelajar cemerlng Nik Nur Madihah dan selebriti bola sepak, Khairul Fahmi Che Mat menerima sumbangan yang sama dari kerajaan negeri.

Sempena majlis ini, lima dari enam anak jati Kelantan yang memenangi johan tilawah peringkat antarabangsa menyampaikan bacaan masing-masing. Akir Hayy dan Habin Faizal Mohamed Ad Dawuudi memenuhi bual bicara Awal Ramadhan.

HUDUD

Menteri Besar ketika berucap di majlis itu mengucapkan shukur ekoran pihak yang menentang syariat Islam selama ini akhirnya menerima hukuman hudud. Malah ianya dicadangkan diadakan di sebuah negeri yang diperintah penentang hukum itu selama ini.

"Cume bezanya, hukuman itu juga dicadangkan agar dikenakan juga ke atas orang bukan Islam yang menyebabkan mereka kata 'sudah hilang akal'

"Tak apalah kaedah manapun, tapi yang penting mereka sedar hanya hukuman Islam dapat selamat manusia," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut berucap di majlis itu adalah Datuk Nik Mohamad Amar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails