Thursday, August 09, 2012

N/Syuhada, N/Ain Pula Pakai Tudung.. Hijrah Lagi!


HALAMAN HIBURAN
PAGI ini agak kecoh juga di Twitter apabila beberapa orang yang menonton Malaysia Hari Ini (MHI) terkejut dengan imej & penampilan terbaru Nurul Syuhada Nurul Ain.
Nurul Syuhada di’lihat manis bertudung ketika muncul dalam program MHI pagi ini dan rata rata mereka di Twitter menerima penghijrahan pengacara ini dengan baik.
Rakan sekerja Nurul Syuhada di TV3, Jay Amalina menerusi akaun Twitter beliau menulis “Oh, the MHI host Nurul Syuhada sekarang berimej baru. She looks prettier. Alhamdulillah.”
Beberapa respons peminat di Twitter yang menyambut baik penghijrahan Nurul Syuhada ini boleh anda baca selepas ini & tahniah Nurul Syuhada di’atas imej baru ini. (IH)

Tidak Boikot.. Kita Mahu Duit.. Cepat. -N/Aziz


Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menegaskan tidak sesekali akan memboikot penubuhan Jawatankuasa Bayaran Royalti sebaliknya meminta bayaran royalti, yang menjadi hak negeri itu, disegerakan. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setakat ini Kerajaan Negeri tidak pernah berbincang untuk memboikot jawatankuasa yang diketuai, bekas Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad itu.

“Kita tidak boikot jawatankuasa ini, apa yang kita mahu duit ini diberikan kepada kita dan kalau boleh diberikan dengan cepat.

“Ini kerana harta itu adalah milik Kelantan, tidak perlu banyak bercakap, ia merupakan hak negeri ini,” katanya kepada media.

Terdahulu beliau menyampaikan Surat Aku janji Projek Pembangunan Tanah Anak Muda Negeri Kelantan kepada enam penerima di Dewan Teratai di Kompleks Kota Darul Naim, semalam. Nik Aziz juga memberitahu, beliau sudah menghadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad IV berhubung perkara tersebut. (SH)

Kalau BN Kalah, DAP Kuasai Negara ? -Abd Hadi


hadi awang
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang

MARANG - Dakwaan pemimpin Umno konon DAP akan menguasai negara sekiranya Barisan Nasional (BN) kalah dengan provokasi perkauman boleh menimbulkan kebencian kaum dalam masyarakat majmuk di negara ini. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Melayu dan Islam sepatutnya diperkasakan dengan pengetahuan politik, bukannya diperlekehkan melalui media.

Menurutnya, Umno gagal menunjukkan contoh dan sifat Islam sebenar kepada bukan Islam, sebaliknya menonjolkan amalan boleh mencalarkan imej agama suci itu.

“Contoh, tidak adil terhadap semua, rasuah, menggunakan kuasa yang bercelaru, pemimpin yang terlibat segala jenis skandal silih berganti dan skandal digunakan untuk menundukkan pemimpin mengikut contoh politik kaum Yahudi,”  katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, tindakan itu memperlihatkan Umno sanggup melakukan apa sahaja walaupun melanggar perlembagaan.

Menurutnya, Umno tidak perlu menyalahkan parti lain sekiranya Melayu Bumiputera masih lambat mengejar kejayaan bangsa lain kerana Umno sendiri yang menghilangkan jati diri Melayu Islam di Singapura dan negeri-negeri  Melayu di Pantai Barat Semenanjung dan kelemahan Bumiputera Islam di Sabah dan Sarawak kerana merebut jawatan untuk mengaut kekayaan. (SH)

Syria Wujudkan Wilayah Syiah Alawi? -Jordan

BEBERAPA orang mencari mangsa-mangsa yang terselamat dalam serangan udara tentera Syria di sebuah kampung di Tel Rafat, 37 kilometer ke utara Aleppo semalam.
AMMAN - "Presiden Syria, Bashar Al-Assad mungkin mewujudkan wilayah untuk penganut Muslim berfahaman Syiah Alawi sebagai pelan alternatif jika beliau gagal menguasai keseluruhan Syria yang kini bergolak," kata pemerintah Jordan, Raja Abdullah.

Menurutnya, langkah tersebut akan mencetuskan masalah di rantau Arab untuk tempoh beberapa dekad akan datang.

"Saya berpandangan jika beliau tidak boleh menguasai Syria, Bashar mungkin menjadikan sebuah kawasan sebagai wilayah Alawi untuk menjadi kawasan pemerintahannya sebagai pelan alternatif (pelan B)," kata Raja Abdullah dalam satu wawancara yang disiarkan di laman web saluran televisyen Amerika Syarikat, CBS.

"Tindakan ini, bagi kami, merupakan senario terburuk kerana ia bermakna Syria akan berpecah dengan setiap panglima akan mula merampas wilayah masing-masing. Ia akan mencetuskan masalah di rantau Arab yang mungkin mengambil masa beberapa dekad untuk pulih," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syria menyatakan askar-askarnya merampas daerah Salaheddin di Aleppo yang dikuasai pemberontak semalam. Bagaimanapun, dakwaan tersebut dinafikan kumpulan pemberontak yang menentang kepimpinan Bashar.

Menurut agensi berita Anatolia, kira-kira 2,400 orang memasuki Turki bagi melarikan diri daripada keganasan di Syria. Sementara itu, Menteri Luar Iran, Ali Akbar Salehi berkata, sebahagian daripada 48 warganya yang diculik oleh satu unit Tentera Pembebasan Syria merupakan anggota-anggota Pasukan Pengawal Revolusi yang telah bersara.

Beliau turut menafikan anggota-anggota tersebut mempunyai sebarang peranan untuk membantu rejim Bashar. Warga Iran itu diculik pada minggu lalu di pinggir Damsyik dalam serangan yang dilancarkan unit tentera tersebut. Kebangkitan rakyat menentang Bashar bermula sejak Mac tahun lalu dan lebih 19,000 orang dilaporkan telah terbunuh dalam pertempuran di negara ini.
- Agensi

Serang Balas Tentera Mesir Bunuh 20 Militan


BEBERAPA anggota pasukan keselamatan Mesir meniarap di sebuah kawasan gurun dalam operasi membunuh militan Islam di Semenanjung Sinai semalam. 

KAHERAH – Tentera Mesir membunuh 20 militan dalam satu serangan peluru berpandu dengan menggunakan beberapa buah helikopter tempur di Semenanjung Sinai semalam, kata seorang pegawai tentera. Operasi tersebut dilancarkan sehari selepas 16 anggota tentera di sempadan Mesir terbunuh dalam serangan yang dipercayai dilakukan kumpulan pelampau Islam.

Ia merupakan serangan pertama yang dilancarkan tentera Mesir di Sinai sejak beberapa dekad lalu. Serangan tersebut dilancarkan ke atas perkampungan Tumah selepas pasukan keselamatan berkumpul dekat Rafah di sempadan Gaza dalam operasi yang disifatkan sebagai konfrontasi muktamad terhadap kumpulan militan.

Seorang pegawai kanan tentera di Sinai berkata, 20 pengganas dibunuh apabila askar-askar Divisyen Infantri Ke-2 menyerbu Tumah dengan dibantu helikopter tempur Apache. “Operasi ini masih berterusan,” katanya. Beberapa pegawai keselamatan lain di utara Mesir melaporkan beberapa serangan udara turut dilancarkan berhampiran bandar Sheikh Zuwayid, dekat kampung berkenaan.

Seorang penduduk, Abdel Rahman Abol Malkhous berkata, dia melihat beberapa buah helikopter melepaskan peluru berpandu kira-kira 30 kilometer ke timur El-Arish di kawasan yang dikenali sebagai Sheikh Zuwayed berhampiran sempadan Rafah. Serangan tersebut dilancarkan sehari selepas pihak tentera mengebumikan 16 askar yang terbunuh dalam serangan militan pada Ahad lalu.

Tentera Mesir sebelum ini berjanji akan membalas dendam terhadap serangan tersebut. Semua askar berkenaan maut apabila sepasukan militan Islam menyerbu sebuah pos kawalan sempadan sebelum melarikan beberapa kenderaan tentera ke wilayah Israel. Pergerakan mereka kemudian dihalang menerusi serangan tentera udara rejim Zionis.

Enam daripada militan tersebut mati akibat kereta berperisai yang dinaiki mereka terbakar kerana dibedil tentera Israel. Israel menyerahkan mayat enam militan tersebut yang rentung kepada Mesir. Selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir pada Februari tahun lalu, kumpulan militan di Sinai semakin berkembang pesat.

Menurut beberapa penduduk, kumpulan militan itu mempunyai kelengkapan senjata yang lebih baik daripada tentera darat Mesir.
– Agensi

Wanita Yahudi Ini Dibogelkan & Dibunuh?

Tahanan Wanita Yahudi Ortodoks yang dibogelkan tentera NAZI

SEJARAH Holocaust mendongengkan bahawa kira-kira 6 juta orang telah dibunuh oleh tentera NAZI atas arahan The Fuhrer, Adolf Hitler. Namun banyak juga keraguan tentang peristiwa Holocaust ini. Ada yang menganggap bahawa Holocaust hanyalah satu hoax (tipu daya). 

Ada pendapat yang mengatakan bahawa Holocaust tidak pernah terjadi, tidak pernah ada rancangan untuk memusnahkan bangsa Yahudi termasuk pembunuhan di kem-kem konsentrasi. Jika ada pun, ia hanyalah dilakukan pada Yahudi Ortodoks yang menentang Yahudi Khazars dengan penubuhan negara Israel.
  
Pendedahan oleh Benjamin Freedman (pembelot Zionis). Lihat video...

 Pengingkaran Holocaust atau ‘Holocaust denial’ adalah kepercayaan bahawa Holocaust tidak pernah terjadi. Enam (6) juta orang Yahudi yang dikatakan dibunuh oleh Nazi seperti yang selama ini tercatat dalam sejarah adalah propaganda belaka. Bahawa tidak pernah ada rencana terpusat untuk memusnahkan bangsa Yahudi, atau bahawa tidak ada pembunuhan di kem-kem konsentrasi. 

Mereka yang percaya hal ini biasanya menuduh bangsa Yahudi atau kaum Zionis mengetahui hal ini dan mengadakan konspirasi untuk mendukung agenda politik mereka. Ini kerana Holocaust dianggap ahli-ahli sejarah sebagai salah satu kejadian paling banyak didokumentasikan dalam sejarah.. Dimana di dalamnya terdapat banyak fakta-fakta atau pandangan-pandangan yang dianggap tidak credible (tidak boleh dipercayai), sehinggakan terdapat organisasi-organisasi seperti American Historical Association mengatakan bahawa ‘Holocaust denial’ sebagai ‘at best, a form of academic fraud’.

Pernyataan ‘Holocaust denial’ secara umum adalah satu pelanggaran undang-undang di sepuluh negara Eropah, termasuk Perancis, Poland, Austria, Switzerland, Belgium, Romania, dan Jerman.


Holocaust denial consists of claims that the genocide of Jews duringWorld War II—usually referred to as the Holocaust[1]—did not occur at all, or that it did not happen in the manner or to the extent historically recognized. Key elements of these claims are the rejection of any of the following: that the German Nazi government had a policy of deliberately targeting Jews for extermination as a people; that more than five million Jews[1] were systematically killed by the Nazis and their allies; and that genocide was carried out at extermination campsusing tools of mass murder, such as gas chambers.[2][3]

Holocaust deniers generally do not accept the term "denial" as an appropriate description of their point of view, and use the term Holocaust revisionism instead.[4] Scholars use the term "denial" to differentiate Holocaust deniers from historical revisionists, who use established historical methodologies.[5] The methodologies of Holocaust deniers are criticized as based on a predetermined conclusion that ignores extensive historical evidence to the contrary.[6]

Most Holocaust denial claims imply, or openly state, that the Holocaust is a hoax arising out of a deliberate Jewish conspiracy to advance the interest of Jews at the expense of other peoples.[7] For this reason, Holocaust denial is generally considered to be an antisemitic conspiracy theory. (Source Wikipedia)
Dikalangan ilmuwan barat sendiri ada beberapa orang yang menyangkal kewujudan Holocaust, diantaranya..
  • Pengarang Perancis Roger Garaudy,  
  • Professor Robert Maurisson
  • Ernst Zundel dan  
  • David Irving.
Tetapi hampir semua yang menafikan kewujudan Holocaust ini dimasukkan ke dalam penjara. Ernst Zundel seorang penafi Holocaust dihukum 5 tahun penjara. Seorang peguam, Herbert Schaller, menghujah bahawa semua bukti tentang adanya Holocaust hanyalah berdasarkan pengakuan korban-korbannya saja, bukan berdasarkan fakta-fakta yang jelas. Ernst Zundel ini juga pernah ditahan pada tahun 1985 dan 1988 dalam kes yang sama. 

Penahanan ini bertentangan dengan apa yang dilaungkan oleh negara Barat tentang kebebasan berpendapat. Jika Holocaust hanyalah sekadar tipu daya dan pembohongan, apa pula agenda disebaliknya?

Apa Agenda Disebaliknya?

Yahudi (Zionis Yahudi) tentu saja mengambil peluang dari pembohongan besar-besaran mereka ini. Mereka yang merasa menjadi mangsa kekejaman era Nazi kemudian..
  •  menuntut tanah di Palestin, 
  • terus meminta ganti rugi kepada Jerman, 
  • meminta dana pembangunan daripada negara lain dan
  • sentiasa memelihara isu Holocaust. 
Tak hairan lagi, Israel seringkali bersembunyi di sebalik Holocaust atas semua aksi keji dan biadab mereka!

Bilik Gas Beracun

Bilik gas memang terdapat di Auschwitz (Jerman). Namun, para penyelidik menyatakan bahawa bilik gas Zyklon-B tidak mungkin digunakan untuk membunuh manusia, melainkan untuk pengasapan pakaian untuk memusnahkan bakteria. Dari prosedur kesihatan inilah, mitos pembunuhan di dalam bilik gas muncul.

Arthur Butz menyatakan bahawa gas Zyklon-B tidak digunakan untuk membunuh manusia, tapi untuk proses menghilangkan bakteria pada pakaian dalam buku yang ditulisnya, ‘The Hoax of the 20th Century: The case against the presumed extermination of European Jewry’ pada 1975.
(The Hoax of the Twentieth Century: The Case Against the Presumed Extermination of European Jewry is a book by Arthur R. Butz. It has been seen as having formed the basis of much of the Holocaust revisionism movement, of those who deny that the Germansspecifically targeted the Jews of Europe during World War II. It has been subject to a number of attempts to prevent its display at library events, and its importation to Canada. (Source: Wikipedia)It was first published in 1975 byHistorical Review Press (Great Britain). Professor A. R. Butz was the first (and so far the only) writer to treat the entire Holocaust complex from the Revisionist perspective, in a precise scientific manner. This book exhibits the overwhelming force of historical and logical arguments which Revisionism had accumulated by the middle of the 70s. This new edition comes with several supplements adding new information.The first book to treat the central questions of the Holocaust allegation -- the evidence for a German extermination program, for mass killings by poison gas, and for the deaths of some six million Jews -- with academic rigor, The Hoax of the Twentieth Century created Holocaust revisionism as a discipline with its appearance in 1976.

Few professional historians could have devised the brilliant investigative strategy that is central to The Hoax: author Arthur Butz's focus on the information long available to the Allies on the operations of Auschwitz, a strategically important petrochemical center (Butz correctly surmised the existence of U.S. aerial photos of the camp years before it was admitted). The Hoax's several chapters on the question of Allied knowledge of Auschwitz have busied orthodox experts for nearly three decades with trying to explain how mass operations seem to have gone unnoticed for several years -- to no avail.

The Hoax remains at the center of the revisionist inquiry, valuable even in those few areas in which it has been superseded by subsequent revisionist research: a book that, especially in this handsome new design and printing, needs to be read, and re-read, then read again, by every serious revisionist.)
Pada Mei 1988, Dr. David Irving seorang pakar sejarah Britain yang mengkhusus dalam kajian Perang Dunia Kedua membentangkan laporan yang dibuat oleh Fred A Leuchter, seorang pakar rekaan dan peniruan alat membunuh, termasuk bilik gas beracun. Leuchter yang mengkaji dan mengambil sampel dari bilik kem tahanan Auschwitz, Birkenau dan Lublin menegaskan tiada proses menyalurkan gas beracun berlaku.

Malah, apa yang mengejutkan Leuchter, tiada sebarang kesan beracun sianida dikesan dalam sebarang bilik kem terbabit. Kajian juga menyatakan sejenis racun yang didakwa digunakan untuk membunuh Yahudi, Zyklon-B, sebenarnya hanya digunakan untuk membunuh serangga. Ini kerana Zyklon-B meninggalkan kesan yang tidak boleh hilang meskipun selepas beratus tahun dan kajian tidak menemui kesan ketara penggunaan racun itu.

Tahanan tentera NAZI
Wanita dan kanak-kanak Yahudi yang 'terpilih' dari Subcarpathian Rus(Carpatho-Ukraine) untuk mati di Auschwitz-Birkenau, berjalan menuju ke bilik gas.
Polis Jerman menembak wanita Yahudi setelah dibogelkan.
Wanita Yahudi melucutkan pakaian masing-masing sebelum dibunuh,USSR, 1941.
Wanita Yahudi di Ukrain yang dipaksa untuk berbogel sebelum dibunuh beramai-ramai oleh pegawai tinggi Einsatzgruppe.
Members of the 21st Latvian Police Battalion assemble a group of Jewish women for execution.
Polis Jerman dan Ukrain melihat wanita-wanita Yahudi yang dipaksa untuk berbogel sebelum dibunuh.
Wanita Yahudi bertelanjang menuju ke Gas Chamber V-Auschwitz II Birkenau.
Aanggota tentera Lithuanian mengawal sekumpulan wanita Yahudi dari Panevezys untuk dibogelkan sebelum 'execution' mereka di hutan Pajuoste.
Wanita Yahudi dari Mizocz Ghetto di Ukraine, yang dianggarkan kira-kira 1,700 orang. Beberapa orang diantara mereka masih memegang bayi kerana terpaksaberbaris sebelum eksekusi mereka dengan Jerman dan Ukraine.

Wanita dan kanak-kanak Yahudi yang diarahkan supaya berbogel sebelum eksekusi terhadap mereka.
(IH/MacJayNet)

Lihat sebelum ini...  
E-Buku IH-20: Hitler, Masuk Islam & Meninggal Di Indonesia

Wednesday, August 08, 2012

Buru Laiatul Qadar, Ini Yang Kita Jumpa..PRU 13!

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

BILA tiba saja bulan Ramadhan atau memasuki Universiti Ramadhan Al-Mubarak, umat Islam pasti akan menyebut-nyebut malam Lailatul Qadar. Di mana kita di suruh memburu Malam Lailatul Qadar. Dijadikan seperti pesta berburu besar-besaran. Berburu dengan ibadat, moga-moga bertemu dengan Lailatul Qadar. 

Bukan seperti berburu pingat emas di sukan Olimpik di London juga dalam Ramadhan ini. Memburu itu bagai memburu babi untuk sumber rezeki malam Ramadhan. Perbincangan yang paling banyak  mengenai Lailatul Qadar ialah tentang bilakah malam lailatul qadar. 

Ini kerana semua sudah maklum tentang kelebihannya dan kewujudannya, namun tiada siapa yang tahu dengan tepat tentang bilakah malamnya. Itu sebab disebut berburu. Kalau dah tahu malamnya, itu bukan berburu lagi.

Dinamakan sebagai Lailatul Qadar kerana al-Qadr bererti “nilai”. Ini kerana malam tersebut adalah malam yang sangat bernilai kerana padanya diturunkan al-Qur’an. Padanya, turunnya para Malaikat, turunnya rahmat, keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT. Atau dinamakan juga sebagai malam yang bernilai kerana orang yang menghidupkannya dengan ibadah adalah orang yang mempunyai nilai di sisi Allah SWT dengan bertambah pahalanya dan darjatnya. 

Atau dinamakan juga sebagai lailatul qadar, dengan al-Qadr bererti sempit. Ini kerana ilmu tentang bilakah malam tersebut telah dipersempitkan sehingga tidak diketahui bilakah malamnya secara pasti. Atau juga kerana dunia yang luas ini menjadi sempit pada malam tersebut kerana dipenuhi dengan para malaikat yang begitu ramai turun padanya. 

Atau dinamakan lailatul qadar dengan al-Qadar (huruf Dal berbaris fathah) bererti ketentuan. Ini kerana pada malam tersebut para Malaikat menulis ketentuan-ketentuan takdir, rezeki, ajal dan sebagainya untuk tahun tersebut. Di mana, para Malaikat akan mengetahui apa yang akan berlaku, supaya mereka boleh laksanakan perintah yang dititahkan oleh Allah SWT.
Terdapat banyak hadis yang membincangkan tentang malam lailatul qadar. Dan antara hadis yang boleh dijadikan panduan dalam mencari malam lailatul qadar ialah:

Hadis pertama:
  • عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ  
  • Ertinya: Aisyah r.a. menyatakan: “Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan ramadhan, dan baginda bersabda: “Carilah lailatul qadar pada sepuluh (malam) yang terakhir daripada bulan ramadhan”. Hadis riwayat Bukhari.

Hadis kedua:
  • عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
  • Aisyah r.a. menyatakan: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah lailatul qadar pada (malam) yang ganjil daripada sepuluh (malam) yang terakhir daripada bulan ramadhan”. Hadis riwayat Bukhari.

Hadis ketiga:
  • عن ابْن عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ يَعْنِي لَيْلَةَ الْقَدْرِ فَإِنْ ضَعُفَ أَحَدُكُمْ أَوْ عَجَزَ فَلَا يُغْلَبَنَّ عَلَى السَّبْعِ الْبَوَاقِي
  • Ertinya: Ibn Umar r.a. meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah lailatul qadar pada sepuluh (malam) yang terakhir. Dan jika kamu lemah, maka janganlah lagi lemah (dalam mencarinya) pada tujuh (malam) yang masih berbaki”. Hadis riwayat Ahmad dan Muslim.
Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan hadis-hadis tadi ialah lailatul qadar itu berada pada sepuluh malam yang terakhir pada bulan Ramadhan. Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

(Hadis keempat)
  • هِيَ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ
  • Ertinya: “Ia (lailatul qadar) adalah pada sepuluh yang akhir”. Hadis riwayat Bukhari.
Bahkan Imam Abdul Razzaq telah meriwayatkan dalam kitabnya al-Musonnaf, bahawa Saidina Umar pernah memanggil para sahabat untuk membincangkan bilakah malam lailatul qadar, dan akhirnya mereka sepakat bahawa ia adalah pada sepuluh malam yang terakhir.
Namun tidak diketahui pada malam manakah daripada malam yang sepuluh itu. Kerana inilah Qadhi I’yadh menyatakan, tidak ada satu malam pun daripada sepuluh malam yang terakhir melainkan ada pendapat ulamak yang memilihnya sebagai lailatul qadar. Rujuk Fathul Bari, juz 4, m/s 333.
Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya Fathul Bari, Syarah Sohih Bukhari telah menaqalkan lebih daripada empat puluh enam pendapat tentang bilakah lailatul qadar. Dan kesimpulan yang beliau nyatakan ialah:
  • “…Dan yang paling rajih (tepat) ialah lailatul qadar itu pada (malam-malam yang) ganjil pada sepuluh malam yang terkahir. Dan ia pula berpindah-pindah sebagaimana yang difahami daripada hadis-hadis dalam bab ini. Dan yang paling diharapkan ialah pada malam-malam ganjil pada sepuluh yang terakhir ini, dan yang paling diharapkan antara malam-malam ganjil tersebut di sisi para ulamak mazhab Syafie ialah malam dua puluh satu atau malam dua puluh tiga sebagaimana hadis Abu Said al-Khudri (mlm 21) dan hadis Abdullah bin Unais (malam 23). Dan yang paling diharapkan antara malam-malam ganjil tersebut di sisi jumhur (majoriti) ulamak pula ialah pada malam dua puluh tujuh”.
Rujuk Fathul Bari, juz 4, m/s 335.
Dan bagi Imam Syafie, malam yang paling diharapkan berlakunya lailatul qadar ialah malam ke dua puluh satu. Imam Tirmizi menyatakan dalam kitabnya Sunan Tirmizi, bahawa Imam Syafie menyatakan:
  • “Dan riwayat (hadis) yang paling kuat di antara hadis-hadis (tentangnya) pada pandanganku ialah ia pada malam dua puluh satu”. Rujuk Tuhfatul Ahwazi, juz 3, m/s 424.
Dan antara hadis yang menguatkan pandangan ini ialah,

Hadis kelima:
  • عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي رَمَضَانَ الْعَشْرَ الَّتِي فِي وَسَطِ الشَّهْرِ فَإِذَا كَانَ حِينَ يُمْسِي مِنْ عِشْرِينَ لَيْلَةً تَمْضِي وَيَسْتَقْبِلُ إِحْدَى وَعِشْرِينَ رَجَعَ إِلَى مَسْكَنِهِ وَرَجَعَ مَنْ كَانَ يُجَاوِرُ مَعَهُ وَأَنَّهُ أَقَامَ فِي شَهْرٍ جَاوَرَ فِيهِ اللَّيْلَةَ الَّتِي كَانَ يَرْجِعُ فِيهَا فَخَطَبَ النَّاسَ فَأَمَرَهُمْ مَا شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ قَالَ كُنْتُ أُجَاوِرُ هَذِهِ الْعَشْرَ ثُمَّ قَدْ بَدَا لِي أَنْ أُجَاوِرَ هَذِهِ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ فَمَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعِي فَلْيَثْبُتْ فِي مُعْتَكَفِهِ وَقَدْ أُرِيتُ هَذِهِ اللَّيْلَةَ ثُمَّ أُنْسِيتُهَا فَابْتَغُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وَابْتَغُوهَا فِي كُلِّ وِتْرٍ وَقَدْ رَأَيْتُنِي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ فَاسْتَهَلَّتْ السَّمَاءُ فِي تِلْكَ اللَّيْلَةِ فَأَمْطَرَتْ فَوَكَفَ الْمَسْجِدُ فِي مُصَلَّى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ إِحْدَى وَعِشْرِينَ فَبَصُرَتْ عَيْنِي رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَظَرْتُ إِلَيْهِ انْصَرَفَ مِنْ الصُّبْحِ وَوَجْهُهُ مُمْتَلِئٌ طِينًا وَمَاءً
  • Ertinya: Abu Said al-Khudriy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. beriktikaf dalam bulan Ramadhan pada 10 hari pertengahan bulan. Bila sampai hari ke dua puluh, baginda pulang ke rumah baginda. Dan orang-orang yang beriktikaf bersama mereka juga pulang. …kemudian baginda bersabda:
    “Aku beriktikaf pada sepuluh hari ini (pertengahan bulan), kemudian jelas kepadaku untuk beriktikaf pada sepuluh yang terkahir ini. Maka sesiapa yang beriktikaf bersamaku, maka hendaklah dia kembali beriktikaf di tempat iktikafnya. Dan sesungguhnya aku sudahpun diperlihatkan (bilakah) malam lailatul qadar, kemudian aku dilupakannya. 

    Maka carilah ia pada sepuluh yang terakhir, dan carilah pada setiap (malam yang) ganjil. Dan sesungguhnya aku melihat (tandanya ialah) aku bersujud di atas air dan tanah yang lembik (selut). Dan pada malam itu (malam dua puluh satu) turunnya hujan, sehingga menitis (air hujan) ke dalam masjid di tempat solat Rasulullah s.a.w. 

    Dan aku melihat Rasulullah s.a.w. setelah selesai dari solat subuh, wajah baginda penuh dengan air dan tanah yang lembik. Hadis riwayat Bukhari.
Sebahagian ulamak Syafieyyah menganggap malam 21 adalah malam pertama sepuluh malam yang terakhir, dan ia adalah malam lailatul qadar. Ibn Hazm al-Zahiri pula berpendapat lailatul qadar adalah pada malam ke 21 jika bulan Ramadhan hanya 29 hari, dan ia adalah pada malam ke 20 jika bulan itu genap 30 hari. Rujuk Fathul Bari, juz 4, m/s 332.

Dan bagi yang berpendapat ia adalah malam ke 23, mereka berpandukan kepada hadis riwayat Muslim, daripada Abdullah bin Unais r.a. sebagaimana hadis tadi (hadis keempat, riwayat Abu Said al-Khudri), cumanya dalam hadis tersebut dinyatakan ia adalah pada malam ke 23. Dan Abdullah bin Unais r.a. juga berpendapat demikian. 

Dikuatkan lagi dengan kata-kata Muawiyah r.a. bahawa malam lailatul qadar adalah pada malam ke 23. Riwayat Ibn Abi Syaibah, dengan isnad yang sohih. Tambahan lagi malam ke 23 adalah malam pertama daripada tujuh malam yang berbaki, jika bulan tersebut hanya 29 hari.
Dan bagi yang berpendapat ia adalah pada malam ke 24, mereka berhujah dengan kata-kata Ibn Abbas:
  • “Carilah (lailatul qadar) pada malam ke dua puluh empat”. Riwayat Bukhari.
Namun ada juga yang menganggap maksud Ibn Abbas ialah malam 24 adalah malam pertama daripada tujuh malam yang masih berbaki, yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w. untuk kita mencari lailatul qadar.

Dan jumhur ulamak pula yang menganggap kemungkinan terbesar lailatul qadar adalah pada malam ke 27. Mereka berdalilkan dengan

Hadis keenam:
  • عن زِرّ بْن حُبَيْشٍ يَقُولُ: سَأَلْتُ أُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقُلْتُ إِنَّ أَخَاكَ ابْنَ مَسْعُودٍ يَقُولُ مَنْ يَقُمْ الْحَوْلَ يُصِبْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، فَقَالَ رَحِمَهُ اللَّهُ: أَرَادَ أَنْ لَا يَتَّكِلَ النَّاسُ. أَمَا إِنَّهُ قَدْ عَلِمَ أَنَّهَا فِي رَمَضَانَ وَأَنَّهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ وَأَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ، ثُمَّ حَلَفَ لَا يَسْتَثْنِي أَنَّهَا لَيْلَةُ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ. فَقُلْتُ: بِأَيِّ شَيْءٍ تَقُولُ ذَلِكَ يَا أَبَا الْمُنْذِرِ؟ قَالَ: بِالْعَلَامَةِ أَوْ بِالْآيَةِ الَّتِي أَخْبَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا تَطْلُعُ يَوْمَئِذٍ لَا شُعَاعَ لَهَا
Ertinya: Zir bin Hubaisy berkata, aku bertanyakan Ubai bin Kaab tentang kata-kata Ibn Mas’ud:
“Sesiapa yang bangun beribadat sepanjang tahun, maka dia akan mendapat lailatul qadar”. Lalu Ubai r.a. menjawab: Tujuan Ibn Mas’ud r.a. adalah supaya orang ramai tidak hanya bergantung pada tarikh tertentu dan meninggalkan ibadat. 

Sebenarnya beliau memang tahu bahawa ia hanya pada bulan ramadhan, dan ia hanya pada sepuluh malam yang terakhir dan ia adalah pada malam ke 27. Kemudian beliau (Ubai bin Kaab r.a.) bersumpah tanpa teragak-agak bahawa lailatul qadar adalah pada malam ke 27. 

Lalu aku (Zir bi Hubaisy) bertanya: Apakah sebab kamu berkata demikian wahai Abul Munzir (gelaran Ubai bin Kaab r.a.)? Beliau menjawab: Dengan alamat atau tanda yang mana Rasulullah s.a.w. memberitahu kepada kami bahawa (matahari) pada hari itu akan timbul tanpa sinaran cahaya. Hadis riwayat Muslim.
Dan yang menguatkan lagi ia adalah pada malam 27, perkataan ( هي ) yang bererti ia (kata ganti nama yang merujuk kepada lailatul qadar), pada surah al-Qadar adalah kalimah yang ke 27. Tambahan lagi, kalimah lailatul qadar ( ليلة القدر ) dalam bahasa arab adalah sembilan huruf. 

Dan ia pula disebut sebanyak tiga kali dalam surah tersebut. Maka jumlah keseluruhan huruf kalimah adalah 27. Namun tafsir ini hanyalah tafsir isyari sahaja, dan bukanlah asas tafsir yang ilmiah.

Kesimpulan yang boleh diucapkan tentang persoalan ini, ialah beramallah dengan bersungguh-sungguh pada 10 yang akhir, kerana kita meyakini kewujudannya, sekalipun tidak tahu tentang bilakah masanya. Apatah lagi ramai di kalangan ulamak yang menganggap masanya boleh berubah-ubah malamnya, sebagaimana pendapat Imam Malik, Sufyan al-Sauri, Imam Ahmad, Ishaq bin Rahuyah dan lain-lain.
Perbanyakkanlah amal ibadah pada 10 hari yang terakhir ini. Dan inilah yang telah dilakukan oleh baginda s.a.w. sebagaimana kata Aisyah r.a. (hadis riwayat Muslim). Ini kerana ilmu tentangya telah dipersempitkan, supaya kita semua menambahkan lagi ibadat kita bukan hanya tertentu pada satu malam sahaja, bahkan pada malam-malam yang berbilang-bilang.

Pada Saya..

Saya sebagai seorang Islam, kita wajib mengusahakan supaya tegaknya sebuah negara Islam merangkap negara kebajikan, di bumi yang kita duduki ini. Dalam menuju ke arah itu, kita tidak perlu kita gunakan bom, kekerasan atau M16, kerana ulama kita sudah tentukan cara terbaik ialah dengan gunakan pen, pangkah dan undi kepada parti berdasarkan Islam. Bukan parti kebangsaan atau lain-lainnya.

Medan perang kita adalah 'peti undi'.  Masa perang kita adalah semasa PRU 13, yang sudah dekat. Sasaran kita ialah tegakkan agama Allah, dalam masyarakat, diri dan negara. Saya teringat kata ulama antaranya Allahyarham Ustaz Fadhi Noor bekas Presiden PAS ke 6, 
  • "Tidak sempurna iman seseorang itu, kalau sekiranya negaranya sendiri masih belum menjadi negara Islam yang sebenarnya."
Tidak sempurna iman, itu bukan main-main. Yang paling perlu kita jaga, ialah 'Iman' melebihi dari seluruh isi dunia, segala kekayaan dan kesayangan.  Kemanisan Iman perlu dicari, dihayati dan dinikmati.

Saya tertarik dengan tulisan Mohd Afif Rabbani Bin Abdullah dalam Harakahdaily semalam, antara katanya...
  • "...dalam usaha.... mempersiapkan diri kita menjelang PRU-13 nanti, saya merasakan bahawa 10 hari terakhir Ramadan itu adalah tempoh waktu yang sangat sesuai dan terbaik untuk kita semua memperkemaskan persiapan kita menuju jihad pilihan raya yang dikatakan semakin hampir ini. Hal ini kerana, antara persiapan yang paling penting bagi seorang pejuang agama ialah persiapan rohani, yang berkait rapat dengan ibadah dan pengabdian diri kita kepada Allah SWT."

Sambung beliau lagi..
  • ".. ingatlah bahawa PRU-13 itu adalah satu jihad, sedangkan jihad itu adalah satu daripada tuntutan Islam. Jihad adalah sangat penting bagi memastikan Islam itu berada pada tempat yang tertinggi sekali dan dilaksanakan di muka bumi ini. Untuk berjihad, individu Muslim itu perlulah bersedia dari segenap sudut, dan persiapan yang paling penting sekali.."
  •  "Justeru, gunalah peluang 10 akhir Ramadan ini untuk kita meningkatkan pengabdian diri kepada Allah SWT. Dan ingatlah bahawa Allah SWT menjanjikan kemenangan kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas beribadat kepada Allah SWT. 
  • Ya, kita mendambakan kemenangan pada PRU-13 nanti, untuk kita melaksanakan dan mengamalkan agama Allah SWT secara keseluruhannya di bumi Malaysia ini.  Dan pasti kemenangan itu menjadi milik kita jika kita benar-benar ikhlas dan menjaga hubungan kita dengan Allah SWT. Siru ‘Ala Barakatillah. AllahuAkbar."
 Walillahilham.
 Itulah medan perang jihad di Malaysia buat masa ini..


Catatan Santai Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
 

 8 Ogos  2012
 KL



Lihat sebelum ini.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails