KUALA LUMPUR: Kos penyelenggaraan kediaman rasmi
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tempoh empat tahun
sebanyak RM12,094,707.06.
Penyelenggaraan bagi Seri Perdana, kediaman Datuk Seri Najib Razak bagi tahun 2008 hingga 2011 sebanyak RM6,977,401.80 manakala Sri Satria untuk kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pula sebanyak RM5,117,305.26.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyatakan demikian dalam jawaban bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria di Dewan Rakyat hari ini.
Mohd Nasir dalam soalannya meminta kerajaan menyatakan kos penyelenggaraan kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bagi tahun 2008 hingga 2011. Nazri dalam jawapan itu memberitahu kos penyelenggaran bagi Sri Perdana bagi tahun 2008 sebanyak RM1,896,616.80, 2009 (RM1,686,616.80), 2010 (RM1,520,514.00) dan 2011 (RM1,873,654.20).
Sementara itu kos penyelenggaraan bagi Sri Satria pula pada 2008 ialah RM1,129,992.00), 2009 (RM1,130,007.26), 2010 (RM1,401,502.00) dan 2011 (RM1,455,804.00).(Hrkh)