Wednesday, November 07, 2012
Kreatif Karya Seni Dengan Tisu Toilet
Seniman asal Turki, Sakir Gökçebag menciptakan sebuah karya seni dari gulungan tisu toilet. Ratusan tisu toilet gulung disusun menjadi dekorasi yang indah dan artistik. (Sumber: Splash)
Muktamar: Negara Berkebajikan Teras Perpaduan
Presiden PAS
MUKTAMAR Tahunan PAS Ke-58 di Kota Bharu kali ini mempunyai dua makna
dan kesan yang penting.Pertama, ia diadakan di tengah-tengah suasana menjelang PRU Ke-13 yang ditandai pelbagai titik hitam, terutamanya isu perkauman, rasuah, nepotisme, malah isu daftar pemilih yang dilihat masih belum bersih. Di tengah suasana begini, PAS sendiri menghadapi gelombang fitnah dan tuduhan tajam dari musuh politiknya, namun setakat ini PAS mampu menghadapi cabaran ini.
Kedua, muktamar ini diadakan dalam suasana Hijratul-Rasul yang mempunyai pelbagai petunjuk untuk ummah dalam menghadapi gelombang cabaran. Muktamar PAS Ke-58 ini akan diadakan dari 14 hingga 18 November, manakala muktamar dewan-dewan akan bermula 14 November.
Ia bertemakan 'Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' akan diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, Kelantan. Pentingnya muktamar kali ini ialah diadakan dalam salam suasana Hijratul-Rasul dan dalam suasana menjelang PRU ke-13 di mana ia muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang.
Perbincangan mengenai persiapan menghadapi PRU ke-13 tentunya akan mendominasi muktamar tersebut, di mana akan dibincangkan sampai ke tahap mana persiapannya di samping isu-isu mengenai tuntutan pilihan raya bersih dan adil yang berterusan.
Muktamar kali ini tidak ada pemilihan, namun tidak kurang pentingnya, terutama untuk menunjau perbahasan mengenai persiapan pilihan raya yang akan dibangkitkan oleh perwakilan negeri-negeri.
Seperti diketahui Negeri Selangor yang kata kaya dan ternama itu menjadi sasaran utama Umno/BN untuk memenanginya kembali, yang dilihat ‘dengan apa cara sekalipun’. Sebab itu, persiapan yang cukup sangat diperlukan oleh menangkis serangan ini.
Dalam masa yang sama, negeri selatan Semenanjung – Johor dan Negeri Sembilan – dilihat mempunyai potensi besar bagi Pakatan Rakyat untuk memenanginya, sementara Melaka juga sedang mengalami perubahan.
Perwakilan Kedah juga tentunya akan melakarkan kemajuan persiapan pilihan rayanya untuk mempertahankan negeri Jelapang Padi itu. Diberitakan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat Kedah semakin kukuh.
Sementara Perlis, Pahang dan Terengganu juga penting untuk dilihat persiapannya di tengah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat negeri-negeri tersebut juga berpotensi untuk menang.
Sementara negeri Perak pula, ada pertanyaan, bolehkah PAS/Pakatan Rakyat Perak ‘merampas’ semula negeri itu dan bagaimana persiapannya? Inilah persoalan yang dinanti-nantikan oleh para muktamirin untuk dibahaskan.
Tentunya dalam soal ini Ustaz Abu Bakar Hussian sebagai Pesuruhjaya PAS Perak dan Ir. Nizar Jamaludin serta team pimpinannya menjadi perhatian muktamirin untuk mendengar kemampuan PAS Perak memenangi kembali Perak.
Bagi Kelantan, pengalaman dan kejayaan cemerlang PAS memerintah 22 tahun dan dengan persiapan sejak bertahun-tahun kelihatannya sukar tergugat walaupun menghadapi asakan berterusan. Kejayaan PAS
Ucapan Dasar Datuk Seri Presiden yang penting itu dijangkan akan mengupas pelbagai isu dalaman dan luar negara. Temanya sangat menarik - Negara Berkebajikan Teras Perpaduan - dan ia adalah pengisian kepada negara Islam di mana selama ini PAS dituduh sudah tidak lagi memperjuangkannya.
Ucapan Dasar ini dijangka menghuraikan konsep 'Negara Berkebajikan’ dan tentunya akan menjawab persoalan negara Islam bahawa jika ‘Negara Berkebajikan’ ini dapat dilaksanakan, di mana keadilan menjadi terasnya, nescaya akan terserlah wajah negara Islam seperti yang sering disebut-sebut.
Di dalam ‘Negara Berkebajikan’ ini terserlah kepimpinan yang beramanah, keadilan dan kesaksamaan kepada semua rakyat, kemakmuran negara tidak berkisar di kalangan satu gololongan elit pemerintah saja, kemiskinan ditangani secara serius di mana rakyat diberi hak dan harga diri.
Tema muktamar ini sangat sesuai dengan tuntutan masa kini, di mana PAS mengenengahkan isi dan pelaksanaan negara Islam itu dan bukan label atau sebuah jenama popular. Semuanya ini akan menjelaskan kekeliruan sesetengah pihak mengenai apa yang disebut negara Islam.
Sementara itu PAS sebagai pemegang peranan utama dalam main stream parti politik di negara ini mempunyai fungsi penting untuk menangani kekalutan dalam negara dengan penuh bijaksana.
Bagaimanapun PAS telah melakukan banyak perubahan sesuai dengan realiti masa kini. Kehdirannya dalam Pakatan Rakyat melalui pendekatan Tahalluf-Siasi sangat dihormati oleh rakan-rakan, termasuk kalangan bukan Islam.
Oleh itu. desakan musuh supaya PAS menarik diri dari Tahalluf-Siasi, konon kerana tidak menguntungkan Islam, tidak menggugat keyakinan pendukung PAS supaya terus berada dalam Pakatan.
Muktamar kali ini, seperti saya katakan, sangat penting justeru ia kebetulan diadakan bertepatan Muharram, bulan Hijratul-Rasul. Oleh itu, pengisian dari semangat dan falsafah Hijratul-Rasul ini sewajarnya menjadi wahana kepada perjuangan PAS.
Hijratul-Rasul itu menatijahkan kejayaan Rasul-Allah itu mengangkat martabat manusia, membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia, menegakkan keadilan sejagat dan peduli umat.
Rasulullah s.a.w. telah berjaya mentransformasikan Madinah – yang dulunya padang pasir berdebu dengan masyarakatnya berpecah belah -telah menjadi bandar Madinatul-Munawwarah, bandar cahaya dengan masyarakat majmuknya yang uniq di mana Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin.
Para muktamirin di muktamar ini sewajarnyalah merenung model paling agung sepanjang sejarah manusia di dunia ini, iaitu bagaimana kepimpinan Rasulullah s.a.w. dengan visi Islamnya dapat membina masyarakat Madinah dalam sebuah kesatuan yang kukuh berasaskan aqidah yang satu.
Ertinya, masyarakat majmuk dengan kepelbagaian agama dan ras bukan alasan untuk menghalang perpaduan, justeru Islam itu sangat adil dan saksama. Di sinilah PAS berperanan sebagai prime-mover, penggerak utama ke arah perpaduan ini – walaupun di tengah pelbagai kaum dan agama - untuk menikmati keadilan Islam yang menjadi rahmat seluruh alam.
Selamat bermuktamar.
Sukan Ekstrem Gaza, Untuk Pembebasan Rakyat?
TIGA pemuda melompat semasa menunjukkan kemahiran parkour yang dimiliki mereka di Khan Yunis, Gaza pada 7 Oktober lalu.
SUKANKumpulan anak muda perkenal parkour di Gaza
KHAN YUNIS, Palestin - Sukan ekstrem parkour yang menggabungkan kombinasi berlari, melompat dan gimnastik diperkenalkan sekumpulan anak muda di Genting Gaza. Sebuah kumpulan yang dianggotai 12 lelaki berusia dalam lingkungan 20-an membuat demonstrasi sukan tersebut di Hospital Nasser, Genting Gaza baru-baru ini.
Sejumlah penonton termasuk pesakit dan doktor melihat aksi kumpulan anak muda itu. "Dia seperti Superman," kata seorang penduduk yang melihat seorang anggota kumpulan itu, Mohammed Jakhbir berlari ke arah dinding dan membuat lompatan.
Seorang pemuda, Jihad Abu Sultan, 24, berkata, dia menyertai kumpulan itu empat tahun lalu selepas melihat klip video Mohammed di laman YouTube. "Saya kagum dengan parkour terutamanya ketika melibatkan aksi lompatan," katanya yang mempunyai latar belakang seni mempertahankan diri kungfu.
Anggota-anggota kumpulan itu melakukan latihan di kem pelarian Palestin di sini. Parkour diperkenalkan oleh kumpulan Yamakasi di Perancis pada 1980-an. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu difikirkan apakah sukan ekstrem ini baik untuk kepentingan perjuangan pembebasan rakyat dan Islam Palestin? Jangan-jangan buang masa sahaja..
M'sia, Antara 10 Negara Termalas Di Dunia.Tahniah!
Najib Razak PM negara termals di dunia..
DALAM perilisan hasil studi terbarunya, The Lancet, sebuah jurnal kesihatan masyarakat terkenal di dunia, menghadirkan
sebuah fakta mengejutkan, tentang tingkat tidak aktif
masyarakat di sesetengah negara. Rupanya Malaysia termasuk dalam senarai 10 negara tingkat tidak aktif atau termalas di dunia itu.
Hasil studi itu sengaja dipamerkan dekat acara Olimpiade 2012 dimana atlet negara yang masuk dalam daftar malas di dunia bertanding mengharumkan nama negara masing-masing. Studi yang dilakukan oleh The Lancet itu mencakup 80 % dari total penduduk dunia yang terdapat di 122 negara.
Jurnal tersebut kemudian membuat pemeringkatan dari negara-negara yang masyarakatnya tergolong dalam keadaan tidak aktif atau malas begerak.
Seperti dilaporkan di laman huffingtonpost, berikut adalah sepuluh negara yang penduduknya paling malas bergerak atau tidak aktif.
1. Malta (71,9 %)
2. Swaziland (69 %)
3. Saudi Arabia (68,8 %)
4. Serbia (68,3 %)
5. Argentina (68,3 %)
6. Micronesia (66,3 %)
7. Kuwait (64,5 %)
8. England (63,3 %)
9. United Emirat Arab (62,5 %)
10. Malaysia (61,4 %)
Tahniah BN!
(IH)
Hasil studi itu sengaja dipamerkan dekat acara Olimpiade 2012 dimana atlet negara yang masuk dalam daftar malas di dunia bertanding mengharumkan nama negara masing-masing. Studi yang dilakukan oleh The Lancet itu mencakup 80 % dari total penduduk dunia yang terdapat di 122 negara.
Jurnal tersebut kemudian membuat pemeringkatan dari negara-negara yang masyarakatnya tergolong dalam keadaan tidak aktif atau malas begerak.
Seperti dilaporkan di laman huffingtonpost, berikut adalah sepuluh negara yang penduduknya paling malas bergerak atau tidak aktif.
1. Malta (71,9 %)
2. Swaziland (69 %)
3. Saudi Arabia (68,8 %)
4. Serbia (68,3 %)
5. Argentina (68,3 %)
6. Micronesia (66,3 %)
7. Kuwait (64,5 %)
8. England (63,3 %)
9. United Emirat Arab (62,5 %)
10. Malaysia (61,4 %)
Tahniah BN!
(IH)
Tak Paksa Beragama, Galak Murtad? -Dr Mujahid
SHAH ALAM - Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung “tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu rumusan tidak bertanggungjawab.
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kenyataan “tiada paksaan dalam agama” adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan kemurtadan.
"Mengaitkan prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam majlis itu sebagai pembicara.
"Kenyataan ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Dr Mujahid merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu. Ahli Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.
"Tiada paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari peserta tentang 'no compulsion'," katanya.
Menurutnya, tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai promurtad telah mencemarkan nama baik Islam.
"Itu bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya. (IH/SH)
Kenyataan N/Izzah, Penjelasan N/aiz & Abd Hadi..
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, beliau tidak bercadang untuk mengulas kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kerana ia disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia.
"Saya ditanya tentang isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berhubung isu bebas untuk memilih agama.
"Saya lihat akhbar yang meletakkan isu ini di muka hadapan ialah akhbar yang sudah berkali kali kalah di mahkamah kerana menyiarkan laporan palsu dan tidak tepat.
"Justeru, saya kira amat tidak wajar memberikan ulasan hanya semata-mata berasaskan laporan akhbar ini," katanya.
Nik Aziz berkata demikian melalui kenyataan ringkas yang disiarkan dalam facebooknya hari ini. Dalam masa sekejap sahaja beribu-ribu pengikut facebook beliau share kenyataan beliau itu dalam facebook mereka. Hampir 2,000 pula memberikan komen mereka mengenainya.
Utusan menjadikan berita Nurul Izzah tentang kebebasan agama di muka depannya. Nurul dalam kenyataan balasnya menafikan laporan Utusan itu dan akan menyaman kedua-dua akhbar yang memutarbelitkan kenyataan itu.
Sementara itu, di Kuala Lumpur, Pas tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bersabit isu kononnya beliau dikatakan mengeluarkan kenyataan rakyat tidak harus disekat daripada mengamalkan ajaran tertentu termasuk orang Melayu.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika ditanya wakil media
sama ada parti itu akan bertemu dengan Nurul Izzah bagi membincangkan
hal itu berkata, "kita banyak lagi hal lain nak selesai untuk hadapi
pilihan raya."
153 Orang Gila Berbogel Untuk Seni
BANDAR RAYA MEXICO - Seorang artis seni terkenal, Spencer Tunick merakamkan gambar 153 sukarelawan yang berbogel di negeri San Miguel de Allende, Mexico kelmarin. Ketika Tunick merakamkan gambar itu, 153 orang termasuk wanita hanya memakai kain jarang. Gambar itu dirakamkan sempena Festival Rangka Manusia untuk memperingati Hari Kematian. Tunick, 44, sebelum ini terkenal dengan hasil kerja seninya yang merakamkan gambar bogel melibatkan ramai orang. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hanya orang gila atau tidak siuman yang sanggup berbogel untuk seni. Berbogel atau berbuat pelbagai maksiat-naksiat lain atas nama seni, perjuangan asobiah dan lain-ain.
Subscribe to:
Posts (Atom)