Friday, November 23, 2012

Di Mana Kekuatan HAMAS Yg Israel Akui?

Mengintip kekuatan Hamas
Mujahidin Hamas bersiap menembakkan roket Qassam ke wilayah selatan Israel. (au.ibtimes.com)
282


RANAN Gissin, mantan penasihat senior bekas Perdana Menteri Israel Ariel Sharon, mengakui kekuatan Hamas kini jauh lebih besar berbanding kedua pihak berperang selama 22 hari empat tahun lalu. "Hamas sekarang jauh lebih kuat," kata Gissin saat dihubungi merdeka.com melalui telefon selulernya, Jumaat lalu.

Kemajuan Hamas terbukti saat keduanya kembali berhadapan sejak Rabu minggu lalu. Untuk pertama kali, pejuang Hamas berhasil menembakkan rudal Fajar-5 hingga mencapai Ibu Kota Tel Aviv, Israel, dan Jerusalem. Peluru kendali buatan Syria ini memiliki dua jenis, ada yang berdiameter 220 milimeter dan satunya lagi 302 milimeter.

Sejak menguasai sepenuhnya Jalur Gaza, pertengahan 2007, Hamas memang siap secara politik, sosial, ekonomi, dan militer. Setidaknya, dakwaan itu muncul dari pemimpin senior Hamas di sana, Mahmud Zahar. Sebab itu, dia bersama sejumlah pentolan Hamas berani muncul di depan masyarakat, tidak seperti pemimpin Hizbullah Sayid Hassan Nasrallah yang sangat jarang tampil di muka umum.

"Kerana kami menguasai sepenuhnya, kami punya pasukan khusus dan intelijen," ujar Zahar saat ditemui merdeka.com di rumahnya, kawasan Tal al-Hawa, Kota Gaza.

Brigade Izzudin al-Qassam (sayap militer Hamas) berkembang kian rapi setelah di bawah komando Ahmad al-Jaabari, setelah ketuanya, Muhammad Daif luka parah. Jaabari, 52 tahun, terbunuh oleh serangan rudal F-16 Israel ketika negara Zionis itu memulai operasi militer Tiang Pertahanan Rabu minggu lalu.

Israel Today melaporkan Jaabari, lelaki beristeri dua dan ayah dari beberapa anak, ini memiliki sepuluh ribu personel Brigade Al-Qassam. Dia juga mengontrol enam ribu polis dan tiga pejuang lainnya. Semua terlatih dan siap mati syahid.

Brigade ini terdiri dari enam brigade. Masing-masing dibahagi menjadi 4-5 batalion dan tiap batalion dipecah ke dalam 4-5 kompi. Tiap kompi terdiri dari tiga platon, masing-masing meliputi tiga regu tempur berkekuatan lapan orang.

Al-Qassam juga dilengkapi perlatan tempur, seperti roket pelancar granat RPG-7, kenderaan patroli bersenjata BRDM-2, senjata antipesawat tempur kaliber 14,5 milimeter dan 12,7 milimeter, Pasukan Hamas juga mempunyai rudal anti-tank AT-3 berjarak tembak tiga kilometer,

Untuk sasaran jarak dekat hingga menengah, yakni wilayah selatan Israel (kota Sderot, Ashkelon, Beersheba, Ashdod, Kiryat Shmona, dan Kiryat Malakhi), Brigade Al-Qassam dilengkapi roket Qassam kaliber 90 milimeter, 115 milimeter, dan 175 militer dengan jangkauan 18 kilometer. Roket BM-21 Grad kaliber 122 milimeter boleh menembak sasaran hingga sejauh 20,5 kilometer.

Kerana itulah, Gissin, memastikan kini bukan saat tepat buat melumat Hamas selamanya. "Revolusi Arab menguntungkan posisi Hamas. Apalagi, kami sedang menghadapi konflik Syria."

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkin sampai masanya, kini umat Islam sedang ditarbiah untuk mennguasai dunia dan menjadi Khalifah di muka bumi. Insya Allh! (IH/MC)

Thursday, November 22, 2012

Video: Rambut Ronaldo.Tertulis Allah, Ganjilkah?

SUKAN

ADA kejadian menarik yang luput dari sorotan media di Pertandingan Levante kontra Real Madrid di Estadio Ciudad de Valencia, Isnin 12 Nov 2012.. Los Blancos memenangani pertandingan itu dengan skor 2-1 melalui gol Alvaro Morata pada minit ke-84.

Kejadian uniknya berawal dari sikut David Navarro yang mengenai pelipis Cristiano Ronaldo. Peristiwa pada minit ketiga itu membuat CR7 mendapat perawatan kerana keluar darah dari pelipisnya. Saat menjalani perawatan medis di tepi padang, Aljazeera menyiarkan pertandingan itu menyoroti gaya model rambut Ronaldo. Entah kebetulan atau tidak, kamera tv mendapati potongan rambut Pemain Terbaik Dunia itu bertuliskan lafaz Allah dalam bahasa Arab.

Video itu dibawa ke youtube dan menerik perhatian. Dalam video berjudul “Allah (الله) writte in Arabic on Cristiano Ronaldo's head?”, cuba anda lihat sendiri tentang kejadian yang diktakan unik itu. Ada yang menganggap tulisan lafaz itu palsu dan merupakan propaganda digital, namun banyak pula yang percaya model rambut Ronaldo dibuat seperti itu.

Sebagaimana kita ketahui, mantan penggawa Manchester United itu sering bersentuhan dengan dunia Islam. Ia pernah berkunjung ke Jalur Gaza dan menghadiri acara yang diselenggarakan pemerintahan Palestin. Namun yang pasti, Ronaldo selama ini dikenal sebagai pemain bola yang gemar mengubah penampilan rambutnya. Ia juga selalu mengikuti tren terkini dalam pemilihan model rambut yang unik.

Ganjilkah? (IH)
Video>

Mana RM207B Pampasn Jepun Kpd Buruh M'sia?

 
IPOH: Sekretariat Jejak yang mengendalikan 'Ops Jejak' terhadap bekas buruh paksa dan waris pembinaan landasan maut Thailand-Burma semasa Perang Dunia Kedua mendakwa ada mangsa dan waris diarah 'tutup mulut'. Ketua operasi Ops Jejak, Safarizal Saleh berkata, maklumat yang diperolehi mereka mengatakan terdapat usaha dari pihak tertentu yang mengarahkan mangsa dan waris mereka tidak menceritakan hal sebenar kepada Sekretariat Jejak.

"Kita mendapat maklumat, mereka (bekas buruh dan waris) telah dihubungi oleh pihak tertetntu agar tutup mulut berhubung isu ini.
"Ini menimbulkan sedikit masalah kepada kita. Namun kita sudah merancang beberapa tindakan untuk terus membongkar skandal ini," katanya yang dihubungi Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Ops Jejak yang dilancar 7 November lalu itu. Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia.


Gambar: Landasan maut Thailand-Burma sepanjang 415 km semasa pembinaan

Ini kerana, sehingga kini dakwanya, bekas buruh dan waris mereka tidak mendapat sesen pun dari wang pampasan yang diberikan kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia itu.

Nizar berkata seramai 72,000 penduduk Tanah Melayu pada ketika itu dikerah menjadi buruh paksa membina landasan itu dan hanya 30,000 orang daripada mereka yang kembali ke Malaysia sementara selebihnya gagal dikesan.

Sekembalinya mereka ke tanah air, satu pertubuhan dibentuk yang digelar Persatuan Kebajikan Bekas Dan Waris Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Ke Burma Tahun 1942-1946. Mengikut pecahan, jumlah 30,000 buruh ini mellibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan. Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal. Waris dan bekas buruh berkenaan boleh menghubungi Sekreteriat Jejak melalui talian 019-231 6539 dan 013-3266194.

Mangsa masih hidup

Mengulas lanjut, Safarizal berkata, carian mereka mendapati masih ada bekas buruh landasan maut itu yang masih hidup dan dapat dijejak. Salah seorang dari mereka kini menetap di Johor dengan umur hampir 100 tahun manakala tiga lagi di kesan eberada di Ipoh.

"Sejak kita lancarkan Ops Jejak ini, kita terima panggilan tidak putus-putus dari waris mangsa.
"Hampir 200 keluarga telah menghubungi dan mendaftar dengan kita setakat ini," katanya.

Sebelum ini pihaknya memaklumkan mempunyai rekod seramai123 waris keluarga buruh berkenaan di Perak dan 347 waris di Pahang. (Hrkh)

Lynes: Bijih Nadir Bumi Di Kawal Polis Ke Kuantan


KL 22 Nov 12: Lebih 100 kontena yang mengandungi bijih nadir bumi telah tiba di Pelabuhan Kuantan hampir tengah malam semalam di bawah kawalan ketat luar biasa pihak polis. Pengerusi Gabungan Stop Lynas, Andansura Rabu, yang berada di pelabuhan, memberitahu Malaysiakini bahawa sebilangan besar anggota polis dan kakitangan Lynas berada di dok malam tadi.

Menurutnya, kira-kira 102 kontainer tiba di Pelabuhan Kuantan pada kira-kira jam 11 malam, yang beliau syaki mengandungi bahan mentah untuk loji nadir bumi Lynas di Gebeng. Sementara itu, Lynas telah mengeluarkan satu kenyataan ringkas hari ini mengesahkan berita tersebut.

"Lynas Corporation ingin mengumumkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan," umum Lynas dalam lamanweb rasminya hari ini.

Pada Isnin, Lynas mengumumkan pemprosesan bahan mentah akan bermula bulan depan selepas memenangi kes mahkamah terhadap aktivis yang menentang kehadiran loji, yang bimbang bahaya sisa radioaktif. Menurut Andansura, pengangkutan kontainer tersebut ke loji tersebut, sejauh kira-kira 7km jauhnya bermula antara jam 1 pagi hingga 2 pagi.

Katanya, ia dipindahkan oleh trak kontena yang diiringi oleh pihak pollis dan proses itu masih berterusan pada 8 pagi. Tiada gambar dibenarkan. Walaupun dokumen pelabuhan tidak menyatakan bahan yang disimpan di dalam kontena tersebut, Andansura berkata kehadiran ramai polis mendorongnya untuk mempercayai bahawa ia adalah bijih nadir bumi dari Australia.

Beliau juga mendakwa bahawa polis telah menutup jalan utama dari pelabuhan ke loji tersebut, dan menggunakan tiga kereta polis untuk mengiringi trak kontena itu. Terdapat dua lagi kenderaan polis yang diletakkan di pelabuhan.

Polis menghalang Andansura dan beberapa aktivis anti-Lynas yang lain daripada mengambil gambar dan mereka berulangkali dilarang dari menghampiri kawasan itu.

Dalam satu kenyataan rasmi lewat pagi ini, Lynas mengesahkan bahawa kira-kira 100 kontena nadir bumi pekat kini telah tiba di Kuantan, dan sebahagian besar kontena tersebut kini  telah sampai di loji Lynas (Lamp). Lynas menjangka bahawa suapan pertama ke dalam tanur dan permulaan operasi di Lamp akan berjalan dalam dalam hari-hari akan datang.

Kontena itu tiba ketika gabungan anti-Lynas Himpunan Hijau sedang mengadakan perarakan sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur, manakala satu lagi kumpulan SMSL (Save Malaysia, Stop Lynas) berada di Australia untuk melobi menentang loji tersebut.(MK)

Bantu Gaza, Wajib Boikot Barang Israel. Ini Dia.

Aksi Boikot Produk Israel, Inilah Daftarnya
Boikot kurma Israel/ilustrasi

KL: Selanjutnya, situs inminds.com menenaraikan sejumlah produk Israel.

Di antaranya ..
  • produk makanan dan minuman seperti Danone, McDonalds, Starbucks, Coca Cola, Nestle, Jaffa, Eden, Strauss, Tivall, SodaStream, dan lainnya. 
  • Juga, jenama kurma Israel seperti Jordan River, Hadiklaim, Tamara, King Solomon, Jordan Plains, Karsten Farms/Kalahari dan Bomaja.
  • Ada pula perusahaan besar berteknologi seperti Motorola, Intel, IBM, Siemens, serta AOL. 
  • Untuk produk kosmetik disebutkan seperti Loreal, Revlon, Estee Lauder, Kimberly-Clark, juga Ahava. 
  • Sedangkan produk pakaian di antaranya M&S, Timberland, River Island, sampai Delta.
Seruan untuk memboikot produk-produk Israel terus membahana. Seperti dikempenkan oleh situs inminds.com, aksi boikot produk dan perusahaan yang membantu Israel adalah cara damai untuk menekan aksi agresif aparteid Israel.
Aksi ini meniru langkah aksi boikot berjaya menentang aparteid Afrika Selatan. ''Bantu kami mengakhiri penderitaan warga Palestin dengan memboikot Israel hari ini!'' demikian seruan dalam situs tersebut. 

Sementara itu,  ewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan kerajaan Malaysia kerana masih enggan mengakui kerajaan Hamas sebagai kerajaan dan pertubuhan yang sah mewakili rakyat Palestin. Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata Kerajaan Malaysia seperti menghina hak rakyat Palestin yang memilih kerajaan Hamas mewakili seluruh rakyat Palestin.

“Apakah ertinya kerajaan Malaysia meluluskan kecaman terhadap Israel tetapi dalam masa yang sama enggan mengiktiraf kerajaan Hamas yang telah dipilih oleh rakyat?” ujarnya kepada Harakahdaily. Sebelum itu Presiden PAS juga menyeru supaya umar Islam memboikot barangan Israel. (IH)

Doa Hancurkan UMNO, Macam Hancurkan Perogol.

Suatu hari rumah Pak Mat dipecah masuk oleh perompak. Pak Mat dan isteri diikat dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Perompak-perompak itu bukan sahaja mahukan duit, malahan anak perempuan Pak Mat telah dirogol manakala anak lelakinya pula telah dibelasah dengan teruk.

Tatkala itu, yang Pak Mat mampu lakukan hanyalah berdoa; "Ya Allah, hancurkan perompak-perompak tersebut," doa Pak Mat.

Setelah mendengar doa tersebut, perompak-perompak itu terus memarahi Pak Mat lalu berkata; "Mana boleh doa macam tu, kami ni  Islam bahkan kami juga Melayu seperti anda. Jangan doakan kehancuran sesama Melayu, sesama Islam. Nanti Cina yang bertepuk tangan.

Keesokan harinya di TV*,
"Doa Pak Mat pecah belahkan Islam"

Idea asal: Malaysian gags.

Blogger Al-Bakistani Dipanggil Polis, Kini Sedang...

KL: 22 Nov 2012: Seorang penceramah bebas, Wan Ji Wan Husein Blog Al-Bakistani dipanggil polis untuk memberi keterengan ekoran dakwaan menghina Sultan Selangor baru-baru ini. Wan Ji ketika dihubungi berkata, beliau berada di Balai Polis Shah Alam kira-kira tiga jam untuk memberi keterangan mengenai 'posting' beliau di laman sosial Facebook bulan lalu.

Katanya, "ada pihak yang membuat aduan mengenai posting saya."
"Saya memberi penerangan apa maksud kebebasan kepada anggota polis, yang siasat saya mengenai komen saya ke atas titah Sultan Selangor," kata beliau ketika dihubungi.

Wan Ji berkata, beliau telah diminta menyerahkan telefon yang digunakan untuk memuat naik komennya.
"Saya akan serahkan telefon saya esok," katanya lagi.

Wan Ji menulis di FB berkenaan dengan isu kebebasan bersuara.
"Saya juga ada memberitahu pihak polis bahawa saya juga bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan jika diberi perkenan," katanya yang hadir di balai polis seorang diri tanpa ditemani peguam  (IH/SH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails