Thursday, January 17, 2013
Hiburan, Sukan,Dakwah, Pendekatan Baru Remaja
HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU: Kehangatan politik diredakan seketika kerajaan Kelantan dengan menampilkan sekali lagi program Bicara Selebriti. Kali ini selebriti hiburan, sukan dan dakwah ditampilkan. Program sempena Hari Hiburan Islam akan diadakan pada 20 Januari ini, bertempat di Balai Islam.
Peminat akan dipertemukan artis Pierre Andre. Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi muncul kali kedua di sini. Selebriti sukan, Azizul Hasni dan Ustaz Zamri Mantop mewakili selebriti dakwah. Pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, sebelum ini hanya ditampilkan selebriti dunia hiburan dan dakwah sahaja.
“Namun kali ini kita tampilkan selebriti sukan Azizul Hasni. Kita menyedari anak muda begitu berminat dengan aktiviti sukan.
“Kita juga ingin mempelbagaikan aktiviti sukan kepada golongan muda bukan hanya bola sepak semata-mata, kerana itu diundang jaguh lumba basikal negara, Azizul Hasni,” ujarnya di sini.
Program berkenaan akan dikendalikan selebriti TV al-Hijrah, Amin Idris bermula 9.00 malam. Sementara itu pada 21 Januari pula, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan akan menganjurkan program Bicara Wanita, bakal menampilkan Ustazah Asni Mansor.
Di majlis sama artis Janji Manis Mu, Wan Aishah Wan Ariffin dijemput membuat persembahan istimewa. Program tertutup itu khas untuk wanita, bertemakan “Dari Wanita Untuk Wanita” akan diadakan di Dewan Utama Kompleks Kota Darulnaim bermula jam 9 pagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyi:m: Suatu pendekatan baru hiburan untuk menarik remaja ke arah pembangunan spiritual dan moral, ke arah kebhagiaan dunia akhirat. Sepatutnya menjadi contoh kepada kerajaan Malaysia pimpinan UMNO/BN.
(IH/Hkh)
Politik: Rhoma Irama Kempen Melalui Dangdut?
Anak buah Rhoma Irama protes dangdut tak boleh buat kampanye
PENYATAAN Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) yang menyarankan agar Pemilihan Presiden (Pilpres) 2014 mendatang, tidak menggunakan musik dangdut sebagai alat kampanye, menuai kritik dari Soneta Fans Club Indonesia (SFCI) Jawa Timur.
Para penggemar Rhoma Irama di Jawa Timur mengaku keberatan dan kecewa terhadap statmen SBY tersebut. Sebab, mereka menilai, nuansa politik dari pernyataan SBY itu, sangat kental. Seperti diketahui bersama, pada Pilpres 2014 mendatang, si 'Raja Dangdut' Rhoma Irama, akan maju bersaing merebut kursi RI 1.
"Jika KPU menangkap statmen tersebut sebagai intruksi, maka ini adalah pelemahan secara sistematis pada salah satu figur calon presiden,' kata Ketua SFCI Jawa Timur, Surya Aka Syahnagra, Kamis (17/1).
Di luar konteks politik, lanjut dia, pernyataan SBY itu menunjukKan, sebagai presiden, dia tidak memiliki sensifitas terhadap karya anak bangsa. "Musik dangdut itu adalah salah satu jenis musik yang paling dicintai masyarakat Indonesia. Apalagi, saat ini, Kemendikbud tengah melakukan proses ke Unesco, agar menjadikan musik dangdut sebagai World Heritage."
Untuk itu, Surya Aka menegaskan, kalau pihaknya sangat tidak sepakat, dangdut dianggap sebagai pemicu kerusuhan saat kampanye. Grup dangdut Soneta pimpinan Rhoma Irama, kata dia, sudah sejak masa orde baru mengawal kampanye Pemilu dan buktinya selalu tertib.
"Dangdut harus diakui sebagai komponen yang ikut memberikan ketenangan dalam suksesnya kampanye."
Sebelumnya pada 15 Januari lalu, di Hotel Borobudur, Jakarta, SBY mengingatkan partai politik terkait cara berkampanye. Dia memaparkan, sebaiknya, kampanye dengan jumlah ratusan ribu orang, mulai dikurangi. Dia menyarankan, untuk tidak menggunakan konser dangdut demi menarik perhatian rakyat.
"Yang penting media massa mau siarkan. Yang penting rakyat mendengar. Daripada ratusan ribu malah tidak dengar, malah minta air, dangdut. Bukan dilarang, barang kali dibatasi oleh KPU. Dengan demikian lebih tertib dan lebih hemat. Kalau pemilu malah dari mana cari uangnya. Saya takutnya salah mencari uang itu," kata SBY.
SBY menyarankan debat antar-calon presiden dibuat dengan program lebih terarah, sehingga masyarakat bisa mendengar langsung paparan yang disampaikan. Kondisi itu berhasil diterapkan ketika Amerika Serikat tengah menggelar Pilpres di negaranya beberapa waktu lalu.
Belakangan SBY membantah melarang musik dangdut. Menurutnya saat kampanye Demokrat tahun 2009 juga dulu sering menggunakan musik dangdut.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oh, tidak hairan itu, di Malaysia pun ada, dalam beberapa pilihan raya (Pemilu) kecil dan besar, UMNO partai Melayu di Malaysia juga buat kerja yang sama. Apa pula kata PKS (Partai Kebangkitan Sejahtera) atau Partai Islam Indonesia? (IH)
Lihat sebelum ini..
5 Hakim Mahkamah Menyampah Rayuan Utusan?
PUTRAJAYA: Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.
Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan. Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.
Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini adaalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha.
Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Pada 21 November 2011 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10/9/2009 bertajuk ““ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas YB Khalid Samad.
Antara lain artikel tersebut menulis:
“Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.
Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.
“Yang paling pelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,"katanya.”
Untuk rekod, pada tahun 2010 Khalid Samad telah memfailkan Writ Saman ke atas Utusan melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates atas dakwaan artikel Utusan tersebut telah memfitnah beliau.
Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan 'Pak Janggut' di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan Khalid Samad ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.
Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan Hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar di Mahkamah Rayuaan. Di Mahkamah Rayuan, Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh peguam Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.
Sekaligus rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.
Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad. Dengan penolakkan rayuan Utusan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini maka usaha Utusan untuk merayu ke atas keputusan yang memihak kepada Khalid Samad berakhir.
Pada pendengaran rayuan hari ini , Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan. Menurut peguam Hanipa Maidin, Khalid akan memfailkan Notis Taksiran Kos di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat bagi menuntut segala kos perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang perlu dibayar oleh Utusan ke atas Khalid.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah 5 hakim Mahkamah Persektuan sudah menyampah dengan rayuan Utusan? (IH/Hrkh)
UMNO Mangsakan Blognya 'ralat' Pada Tok Guru..
KL: Selepas menyerang bertalu-talu diikuti pula oleh media Umno yang lain, blogger Umno, Pisau.net membuat 'Ralat' terhadap tuduhannya ke atas Tuan Guru Nik Aziz 13 Januari lepas. Pisau menyiarkan 'Ralat' dalam medianya dengan tajuk "Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga di Kelantan".
Pembetulan itu dibuat kononnya berdasarkan penafian Datuk Ngeh Koo Ham, Nga Kor Meng dan Tuan Guru Nik Aziz. Pisau.net membuat pembetulan dalam blognya itu 13 Januari lepas. Dalam masa yang sama, Tuan Guru Nik Aziz menghantar surat saman kepada blog berkenaan.
Pisau.net sebelum ini dalam postingnya mendakwa Tuan Guru Nik Aziz memberikan tanah kepada pemimpin DAP untuk membolehkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak. Ekoran itu, akhbar Umno menjadi isu ini di muka depannya.
Walaupun pembetulan telah dibuat oleh Pisau kononnya baru sedar bahawa "Raja Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada ketika itu', pihak-puak lain khasnya Utusan masih belum membetulkan laporannya. Pelawat laman ini sendiri kesal dengan dakwaan membuta tulis blogger Umno ini.
"Apa pisau penakut la selepas digertak nak kena saman cepat cepat perbetulkan fakta nampak mampuih la hang tu la jadi barua UMNO buat keja buta tuli dah la cukup cukup la apa pun hang jgn harap hang selamat hangeati kena saman gak apa pun selamat berhadapan la dgn masalah ko ini banggang punya bloger," tulis seorang pelawatnya dalam ruangan komen.
(Hrkh)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: UMNO tabur fitnah, blog pengampunya jadi mangsa. Terpaksa mengaku ;ralat'. Jadi, UMNO yang zalim, memangsakan pengikutnya. Padan muka..
Ini, Tarian Gelek Perut Arab Terbesar Sedunia..
AHLI politik dari negara-negara Arab mungkin akan menolak mengunjungi Israel lantaran status musuh tradisi dan masih berlarut masalah kependudukan negara Zionis itu di bumi Palestin. Namun, kisruh politik ini tidak berpengaruh bagi penari gelek perut dari negara-negara Arab.
Stasyen tv Al Arabiya melaporkan, Ahad (13/1), penari gelek perut dari negara Arab, seperti Mesir, Jordan, dan Marocco, rencananya akan ambil bahagian di festival tari gelek perut terbesar sejagat yang diselenggarakan di Israel. Pertandingn ini juga diikuti peserta dari negara-negara Asia Timur.
Situs Ynetnews dua hari lalu menulis, festival yang berlangsung selama empat hari itu akan diikuti 950 penari. Acara ini dimulai lusa di The Club Hotel, di Kota Eliat, selatan Israel. Namun, tidak diketahui pasti berapa penari dan guru tari gelek perut dari egara Arab yang turut hadir.
"Meski tentara Israel November lalu melancarkan serangan ke Jalur Gaza dan menargetkan sayap militer Hamas Brigade Izzudin al-Qassam, namun kami tidak akan membatalkan peserta dari negara Arab," kata salah satu penyelenggara festival yang juga penar geleki perut ternama di dunia, Orit Maftsir.
Peserta dari Turki rencananya juga akan mengikuti festival itu meski tiga tahun lalu hubungan di antara kedua negara tegang setelah tentara Israel menyerang angkatan laut Turki yang membawa bantuan bagi penduduk di Jalur Gaza. Sebanyak 19 sukarelawan termasuk sembilan warga Turki terkorban akibat serangan itu.
"Di luar masalah kebudayaan festival ini diharapkan dapat menciptakan hubungan di antara negara-negara bertetangga itu dan dapat membantu perkuatkan hubungan antara masyarakatnya," ujar Direktur Operasional the Club Hotel, Roni Pivko.
Dia menyebut acara yang diikuti oleh penari dan pengajar tarian dari negara Arab itu juga membuktikan peserta asal negara majoriti Islam itu tidak takut ke Israel untuk menari demi perdamaian. Namun, penari gelek ternama Mesir, seperti Fifi Abdu, Lucy, dan Dina, telah lama menolak ikutserta.
Abdu mengatakan dirinya tetap menolak meski diundang untuk tampil dan melatih. "Semua warga Mesir dari lahir sudah benci Israel dan itu sebabnya kami menolak memperbaiki hubungan dengan negara Yahudi itu."
Festival tarian gelek ini akan menyuguhkan acara spektakuler dengan penampilan penari dari seluruh dunia dan iringan musik orkestra. Selain itu, acara ini juga menampilkan latihan, pertunjukan, pertandingan dan pesta malam. Kota Eliat memang menjadi tujuan pelancongan lantaran lokasinya terletak di antara Laut Merah dan perbatasan antara Mesir dan Jordan (IH)
Wednesday, January 16, 2013
Henti Beri IC Setelah 16,000 Lulus, Dedahkan!
KL 16 Jan: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin mahu lebih ramai saksi tampil membuat pendedahan berhubung projek IC (kad pengenalan) Sabah. Beliau berkata, pendedahan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Nasir Sugip itu membuktikan sememangnya wujud penyelewengan dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk tujuan mengundi.
“Saya menyokong penuh tindakan berani bekas kakitangan JPN yang membuat pendedahan bahawa ada arahan pihak tertentu dalam pemberian kad pengenalan dalam usaha untuk mendapat undi.
“Saya minta semua pihak yang pernah terlibat perlu tampil untuk membuat pendedahan jika mempunyai bukti penyelewengan dan perkara ini amat penting untuk keselamatan rakyat negara ini dan Sabah,” katanya dipetik Harakah Daily.
Beliau mengulas pendedahan Nasir kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) hari ini berhubung kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an. Nasir berkata, jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing bagi membolehkan mereka mengundi.
Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar “Ops Durian Buruk” itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995. Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi “Bumiputera Islam”.
Menurut Lajim lagi, beliau tidak pernah menolak pemberian kad pengenalan kepada mana-mana individu jika ia menepati perundangan yang sedia ada, tetapi jika pemberian itu diberikan untuk kepentingan politik dan melalui proses yang salah, tindakan tersebut perlu ditentang sepenuhnya.
Pada masa sama, beliau menyambut baik penubuhan RCI ini dalam menyelesaikan masalah imigrasi Sabah, namun mendesak agar kerajaan menghentikan segera pemberian IC melalui proses yang bertentangan sistem perundangan.
“Kita desak agar kerajaan menghentikan segera pemberian kad pengenalan tanpa proses yang betul.
“Penubuhan RCI tidak akan berkesan jika aktiviti sedemikian masih diteruskan,” sambung beliau.
Semen tara itu, di Kota Kinabalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama 16,000 pendatang haram di Sabah dan untuk memberikan mereka kad pengenalan (IC), Suruhanjaya Di Raja (RCI) mengenai pendatang haram di Sabah diberitahu hari ini.
Pengarah SPR Sabah pada ketika itu Datuk Wan Ahmad telah mengarahkan JPN untuk menukar nama pendatang Indonesia dan Filipina untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah, kata bekas timbalan pengarah JPN Mohd Nasir Sugip yang betugas dari 1992 sehingga 1994 kepada RCI hari ini.
Nama penuh Wan Ahmad tidak diberikan. Namun, Timbalan Pengerusi SPR sekarang adalah bernama Datuk Wan Ahmad Wan Omar tetapi tidak diketahui apakah dia yang dimaksudkan.
“Ops Durian Buruk adalah operasi yang melibatkan penukaran dan mencipta nama baru dari nama yang diberi SPR,” kata Nasir sebagaimana dilapor The Malaysian Insider. (IH)
Kutip Barang Lusuh Untuk Hidup. Mana Kerajaan?
JOHOR BAHRU – Setiap hari, penduduk di Flat Sri Stulang dan sekitar Permas Jaya dekat sini melihat kelibat Siti Jariah Yusuf, 57, mengayuh basikal mencari barangan lusuh.
Kata Siti Jariah, sejak ditinggalkan suaminya sejak enam tahun lalu, dia melakukan pekerjaan itu demi menyara tiga anaknya yang salah seorang daripada mereka berpenyakit mental selepas terbabit kemalangan beberapa tahun lalu. Dia kini bimbang kerana pendapatannya terjejas ekoran penyakit asmanya yang teruk hingga dia tidak mampu berjalan jauh mencari barangan lusuh.
“Jika sihat, saya mampu menjual botol terpakai, tin dan surat khabar dengan pendapatan RM200 sebulan. Jika tidak, saya hanya dapat sekitar RM90 sahaja,” katanya di sini semalam.
Tinjauan di rumahnya mendapati, bukan sahaja tidak dihiasi dengan perabot, malah sebuah bilik di kediaman itu dijadikan stor menyimpan barangan lusuh. (Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang rakyat Malaysia yang..
- menjanda ditinggal suami 6 tahun lalu
- miskin tiada pendapatan tetap
- masih sakit-sakit
- menjaga anak yatim
- satu anaknya cedera (sakit mental)
- tidak sempurna tempat kediaman
- pem'belajar'an dan lain-lain?
Subscribe to:
Posts (Atom)