Friday, March 22, 2013

N/Aziz Setuju Dr Jayum, Husam Tanding Di Putrjaya

 

ANALISIS Prof. Dr. Jayum Jawan (Sinar Harian 20 Mac 2013) mengenai kemugkinan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa bertanding di Putrajaya amat wajar diberi perhatian oleh semua pihak. Terutama kenyataannya mengenai ‘kemungkinan Husam mempunyai peluang untuk menang berdasarkan populasi Putrajaya sebagai Bandar Melayu.’

Paling menarik, Dr. Jayum melihat mungkin masyarakat Melayu di Putrajaya perlukan perubahan dan pembaharuan. Lalu beliau mencadangkan agar pengundi Melayu bandar perlu dihidangkan ‘makanan minda’ bukannnya keperluan seperti di luar bandar. Atas cadangan itu, saya bersetuju hakikatnya pengundi bandar tidak wajar dibawa minda mereka dengan politik luar bandar. Pengundi bandar tidak memerlukan umpan projek ala kampung seperti janji zink, jalan tar dan sebagainya.


Justeru cadangan itu agak selari dengan teguran saya sebelum ini terhadap cara pemimpin Barisan Nasional melayan rakyat seperti haiwan dalam pemberian BR1M. Kini sampai masanya (dalam PRU13) hak dan maruah rakyat harus dihormati. Minda pengundi bandar harus dilayan secara ilmu (diberi makanan minda), bukan disogok dengan nilai-nilai politik kampung.

Malah minda pengundi bandar hendaklah diperlebarkan kepada pengundi luar bandar demi mengajak majoriti rakyat berfikiran matang dalam berpolitik. Amat tepat apa yang disarankan Dr. Jayum agar memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan ketelusan dan integriti. Bagi saya, isu-isu ini adalah teras yang selari dengan prinsip Islam yang sentiasa memerangi rasuah dan penyalahgunaan hak serta ketidakadilan.

Wajar sekali ia dijadikan bual-bicara umum dalam memartabatkan maruah pengundi demi memacu perubahan ke arah yang lebih baik. Hal inilah juga dituntut oleh Islam dalam urustadbir kerajaan mahupun hal ehwal rakyat.

Firman Allah:
at-taubah
  • Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”. (Surah At-Taubah 9:105)
Oleh itu, amalan politik kita hendaklah berpaksikan keyakinan hakikatnya apa yang kita buat (dalam semua urusan hidup termasuk hal ehwal politik dan pilihan raya) adalah sentiasa di dalam pemerhatian Allah SWT. Atas prinsip ini, ketelusan dan integriti hendaklah menjadi keutamaan kalangan pemimpin politik demi mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Sesungguhnya PAS bertanggungjawab menyebar luaskan prinsip politik sebegini ke segenap lapisan masyarakat, di bandar mahupun luar bandar.

Kota Bharu.
9 JamadiAwal 1434 bersamaan 21 Mac 2013

Zina Dlm Ladang, Sesama Suka. Tapi Kes Rogol.

Pelajar Perempuan dilapor hilang, ditangkap sedang berzina belakang pokok.
KULIM: Polis berjaya menemui semula seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang beberapa hari lalu di sebuah ladang kelapa sawit dekat sini, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Pelajar itu dikatakan lari dari rumah dan tinggal bersama rakannya. Ketika ditemui, dia bersembunyi di belakang pokok kelapa sawit dan lebih mengejutkan, pelajar itu sedang melakukan hubungan seks bersama kekasihnya.

Pasangan kekasih itu bagaimanapun cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis. Remaja itu dan suspek kemudiannya dibawa ke balai polis untuk membuat laporan. Siasatan mendapati, gadis berkenaan mengenali suspek dua bulan lalu dan pernah melakukan hubungan seks lebih dari sekali.

Pada mulanya, dia dikatakan mengajak suspek pergi berkelah bagaimanapun suspek membawanya ke ladang kelapa sawit untuk melakukan hubungan seks. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Beliau turut menasihatkan mana-mana remaja lelaki supaya tidak menjalinkan hubungan intim dan melakukan hubungan seks dengan pelajar perempuan bawah umur.

“Sekiranya mereka melakukan hubungan seks terhadap pelajar perempuan bawah umur, ia merupakan satu kesalahan serius kerana perbuatan itu diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakannya.

“Suspek yang melakukan jenayah rogol, boleh dikenakan hukuman penjara dan sebatan,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ertinya melakukan najis zina dengan gadis bukan bawah umur boleh, tidak salah dari suldut undang-undang negara, yang merangkap undang-undang thaghut ciptaan Lord Ried itu. Cuma kalau kahwin dengan wanita bawah umur, itulah yang diriuhkan seolah-olah berlaku penindasan atau diarang oleh hukum agama, kononnya.

Disitulah lemahnya undang-undang ciptaan manusia, yang diagung-agungkan oleh UMNO/BN di negara ini. Kalau orang-orang Islam mahu terlaksananya hukum Islam di Malaysia sekarang UNDI LAH PAS dan ranapkan UMNO/BN dalam PRU 13 ini..  (IH) 

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Thursday, March 21, 2013

Rupanya,K/Militant Kiram, Ahli UMNO& ADO Kudat

Dari Blog Shalehudin:
Fakta sebenar...!!!
Ketua Militant Raja Muda Azzimuddin Kiram adalah warganegara Malaysia dan juga Ahli UMNO... ada IC dan pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah di Kudat... siasat konspirasi ini dulu... baru terlerai segala masalah...

Sebab tu UMNO takut membawa isu Lahad Datu ini ke meja rundingan kerana takut rahsia konspirasi dan Sandiwara mereka terbongkar.. Maka UMNO adalah Pengkhianat Bangsa dan Negara..
*****************************
PKR: Agbimudin Kiram pernah jadi ADO di Kudat
Rafizi Ramli
PETALING JAYA - PKR hari ini mendedahkan Ketua Penceroboh, Azzimuddie Kiram, yang dikenali sebagai Raja Muda Sulu, mempunyai kad pengenalan warganegara Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, maklumat itu diperoleh daripada penduduk tempatan sehinggalah Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking berjaya menjejaki maklumat berkenaan.

"Kerajaan tidak boleh lagi menyembunyikan perkara ini kerana maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram (Azzimuddie) tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda (ADO), di Pejabat Daerah Kudat.

 Bergambar bersama PM Najib

"Agbimudin telah dilantik pada 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan," katanya pada sidang media di Ibupejabat PKR pagi tadi. PKR turut mendakwa melalui pendedahan itu membuktikan penglibatan Azzimudie dalam insiden di Lahad Datu ada kaitan dengan Umno.

Pada lampiran itu menunjukkan Azzimudie dilahirkan pada 24 September 1941. Ketika ditanya wartawan bagaimana pihaknya yakin yang Azzimudie yang dimaksudkan adalah ketua kumpulan penceroboh berikutan faktor usianya yang lanjut. Rafizi berkata, pihaknya percaya Azzmudie mengetuai pencerobohan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh abangnya Jamalul Kiram III sebelum ini.~ SH

9 Negeri BN Jatuh,Bubar Parlimen 28-30Mac -Dr Hatta.

KL: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang. Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.

"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang  tidak tertanggung.
"Sebab itulah, apabila mereka mendapat berita pembubaran semalam, terus menarik nafas lega kerana ia memang ditunggu-tunggu mereka. Masing-masing menyatakan kekecewaan bila dapat tahu ianya tidak jadi," katanya kepada Harakahdaily.

Katanya, dalam hal ini kerajaan tidak boleh hendak salahkan rakyat Malaysia kerana pengumuman yang ditunggu begitu lama. Bagaimanapun Hatta menyeru rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat agar meneruskan persediaan jentera pilihan raya sementara menanti tarikh rasmi dengan persiapan yang sepatutnya.

"Jangan terlalu kecewa dengan waktu dan tarikh pembubaran sehingga menjejaskan gerak kerja kita," katanya.

Apabila diminta tarikh yang akan dipilih Najib Tun Razak, Hatta menjangkakan pembubaran parlimen akan berlaku pada hujung bulan sama ada 28 hingga 30 Mac ini. Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan sisatan berhubung penyebaran maklumat atau berita palsu menerusi internet dan SMS ekoran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial semalam.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi semalam. Ekoran berita palsu itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan. (Hrkh)

Cerai, Kerana Anu Kecil, Boleh Ke Dalam Islam?

Image

Taipei: Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil.
Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.

Zhang, 52, menyelar suaminya, Zhou, 55, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya.
Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian.

Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama. Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka.

“Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan,” kata wanita itu. - The Sun

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana? Bolehkah dalam Islam begitu?  
Klik di sini..  Bolehkah Isteri Minta Cerai Jika Tidak Puas Seks? - Cahaya Islam ...

Ni, Dacing Dah Terbalik! PRU 13 Terbalikkan Terus!



















Rujuk http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/17583-patutpun-terbalik-bangla-yang-pasang-rupanya..

Pelakon S/Nadia Yusnita Cederakan B/Suami?

HALAMAN HIBURAN
Foto
SHARIFAH Nadia sebelum dihadapkan 
ke mahkamah, semalam.

Petaling Jaya: Seorang pelakon wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan mencederakan bekas suaminya, tahun lalu. Sharifah Nadia Yusnita Abd Hanif, 33, yang juga orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibaca di hadapan Majistret Mohd Hezri Shaharil.

Pelakon yang pernah membintangi filem Diari Romeo pada 2003 itu didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan dengan mencakar tangan ahli perniagaan, Lob Mahadir Abdul Syukur, 40. Perbuatan itu dilakukan di Dewan Tan Sri Jefry Chia, Sekolah Kebangsaan Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya, dekat sini, jam 10.30 pagi, 25 November 2012.

Bagi perbuatan itu, ibu kepada tiga anak ini didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. (IH/Mymetro)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails