Saturday, March 23, 2013

20 Tahun Tunggu, PR Perintah, Baru Dapat Geran.


SELAYANG: Selepas menunggu lebih 20 tahun dan menerima janji demi janji akhirnya 111 penduduk asal Kampung Bendahara menerima geran tanah mereka semalam.

Khalid menyampaikan geran tanah dengan diperhatikan Azmi, William Leong dan Amirudin

Geran tanah itu disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Dewan Sri Siantan, Selayang. Sebahagian besar mereka sudah boleh dianggap sebagai warga emas selepas meneroka kampung itu berpuluh-puluh tahun lalu.

Sebelum ini, pada setiap lima tahun sekali mereka akan dijanjikan geran tanah mereka oleh parti yang memerintah Selangor sebelum ini. Namun janji tinggal janji dan tidak pernah ditepati. Selepas lima tahun Selangor ditadbir Pakatan Rakyat, janji ditepati dan mereka mendapat satu keping kertas yang amat bernilai itu.

Penduduk kampung ini bukan orang pertama mendapat geran tanah dari kerajaan negeri Selangor. Sebelum ini penduduk Kampung Bukit Botak mendapat tanah dan rumah mereka.

TERKEDU...Mungkin inilah yang dirasai warga emas ini ketika menerima ucapan tahniah dari Zaidi Talib, YDP PAS Selayang selepas menerima geran tanah miliknya

Mereka mendapat semua itu selepas lebih 20 tahun penempatan baru mereka itu dijanjikan oleh kerajaan BN sebelum ini.

"Inilah sebenarnya bukti janji yang ditepati oleh Pakatan Rakyat," kata Yang Dipertua PAS Selayang, Zaidi Talib yang turut serta di majlis itu.

Jelas kelihatan warga emas ini menitiskan air mata kegembiran selepas berpuluh tahun menunggu pengesahan ke atas tanah yang mereka duduki itu. (Hrkh)

Diugut Bunuh Kerana Bawa Bendera PAS & DAP

  Gambar diangkat dari Blog Shalehudin

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah mengugut bunuh seorang lelaki yang didakwanya berjalan sambil membawa bendera Pas dan DAP, 18 Mac lalu. Hukuman terhadap lelaki berusia 40 tahun itu bagaimanapun ditangguhkan Mahkamah Majistret di sini, semalam berikutan fakta yang belum lengkap.

Noor Rozi Harun, 40, mengaku mengugut Mohamad Zahari Ibrahim, 53, dengan berkata ‘kalu mu tok buang aku bunuh mu dan tikam mu’ di tepi jalan Bandar Madrasah Pasir Puteh, jam 6.10 petang. Pada prosiding semalam, tertuduh mengaku mabuk ketika melakukan kesalahan itu. Dia dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad di hadapan Majistret Nik Habri Muhamad. Kes bersambung 20 Mei depan sementara tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.(SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul, buruk sungguh perangai penyokong tegar UMNO ini, Dahlah mabuk, nak bunuh orang pula.. UMNO dikatakan tak ajar ahli dan pemimpinnya supaya jangan minum arak.. itulah padahnya kalau tak ikut Islam sepenuhnya.. Mulai hari ni, jangan sokong lagi UMNO. UNDILAH PAS! Bawa bahagia dunia akhirat..

Himpunan Ninja Wanita Sedunia. Seni Silat Melayu?

GAMBAR menunjukkan pengamal seni mempertahankan diri ninjutsu sedang berlatih di gimnasium seni mempertahankan diri Budo-kan, Tokyo semalam.- AFP

Ninja wanita seluruh dunia berhimpun di Jepun

TOKYO - Seramai lebih 200 ninja dari seluruh dunia telah berkumpul di Tokyo semalam bagi menjalani satu sesi seminar latihan selama dua hari yang khusus untuk wanita sahaja.  

Seorang guru seni mempertahankan diri itu, Masaaki Hatsumi telah menghimpun semua pengamal ilmu seni mempertahankan diri tersebut dari 17 buah negara di gimnasium seni mempertahankan diri Budo-kan di Tokyo.
 
Perhimpunan itu dilakukan bagi menajamkan lagi kemahiran seni pertahanan diri semua ahli yang terlibat. Hatsumi juga merupakan seorang pengasas sekolah seni mempertahankan diri Bujinkan. Katanya, zaman ejen-ejen perisikan bertopeng beraksi menjalankan tugas pengintipan terhadap musuh dengan memakai topeng sudah berlalu.
 
Pada zaman sekarang, ninja merupakan orang biasa yang mengamalkan kemahiran seni mempertahankan diri ninjutsu. Ninjutsu menekankan kepentingan keseimbangan dan ruang yang ada untuk menjatuhkan lawan.
Seorang tenaga pengajar dari Amerika Syarikat (AS), Sheila Haddad berkata, imej ninja pada masa silam mungkin menarik minat ramai orang untuk turut serta.

Namun mereka akhirnya akan mengetahui kepentingan budaya dan falsafah yang ada dalam ilmu seni mempertahankan diri tersebut.
"Seni ini sangat sesuai untuk wanita kerana ia tidak bergantung sepenuhnya kepada tkekuatan," katanya.
Tambahnya, kebanyakan peserta merupakan mereka yang terlibat dalam bidang penguatkuasaan undang-undang dan ketenteraan di negara masing-masing. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana dengan seni silat Melayu, mampukah dinaikkan taraf ke peringkat antarabangsa menyaingi ninja? Malaysia boleh ke?

Myanmar Darurat, Petembungan Islam-Buddha.

SEKUMPULAN lelaki cuba merosakkan sebuah bangunan di Meikhtila, Myanmar ketika keganasan agama tercetus di bandar tersebut sejak beberapa hari lalu.

MEIKHTILA, Myanmar - President Myanmar, Thein Sein semalam mengumumkan perintah darurat di bandar ini selepas sekurang-kurangnya 20 terbunuh dalam keganasan yang tercetus di antara penganut Islam dan Buddha. 

Perintah darurat itu dibuat bagi membolehkan pasukan tentera membantu mengembalikan keamanan. Situasi dikatakan semakin tegang semalam apabila beberapa kumpulan termasuklah sami Buddha yang bersenjatakan pisau dan kayu merayau di jalan-jalan. 

Ini merupakan keganasan terburuk sejak pertempuran antara dua kumpulan penganut agama berbeza itu tercetus di negeri Rakhine tahun lalu. Insiden tersebut mengorbankan kira-kira 180 nyawa dan lebih 110,000 orang hilang tempat tinggal. 

"Keadaan tidak terkawal, walaupun kerajaan menyatakan sebaliknya," kata ahli parlimen dari parti pembangkang, Parti Liga Nasional untuk Demokrasi, Win Htein.
Beratus-ratus penganut Islam cuba mendapatkan perlindungan di sebuah padang bola sepak dan balai polis. Sementara penganut Buddha pula berkumpul di tokong-tokong. - AFP

Friday, March 22, 2013

Dr M/S/Ramadhan Al-Buti, Sejarah & Pemikiran (2)

0leh Ustazah Syarifah Fatimah Al Yahya 
(Diangkat dari Blog Perjalanan Hidup)

PADA awalnya sy gusar spt enta juga krn Syeikh antara ulama' yg sy kasihi & hormati. Sangat terguris hati ini apabila Syeikh mengambil tindakan demikian & sedih apabila orang mula mencemuh beliau.
Lantas sy bertanya salah seorang pelajar di sana, barulah lega hati ini mendengarnya. Wpn sy tidak bersama dengan cara beliau namun sy tetap menghormati ijtihad beliau. 


Sy copy paste di sini jawapan pelajar & sy mempercayainya..
  • Cuaca politik Syria adalah yang paling susah dalam sejarah kali ini kerana Syria dikuasai oleh golongan kecil syiah nusiriah yang melihat darah ahli sunnah suatu yang halal ditumpahkan. 
  •  Maka Syaikh Said Ramadhan alBouti telah mengambil langkah politik pelik dari ulama lain dengan cara tahalluf siasi bersama syiah nusairiah yang diketuai keluarga al asad untuk menjaga kepentingan ahli sunnah wal jamaah setelah berlaku pembunuhan beramai-ramai di bandar Hamah. 
  •  Dari usaha Syaikh Said Ramadhan al Bouti ini maka telah mencapai beberapa kejayaan di dalam menjaga kepentingan ahli sunnah wal jamaah. 


Di antaranya; 
  • 1. Ramai dari kalangan ulama yang dibebaskan dari penjara yang mana mereka adalah pejuang ikhwan dahulu. 2. Kepulangan para ulama yang lari keluar negara ke kampung halaman masing2 seperti Syaikh Abdul Fattah Abu Ghuddah.  3. Kemasukan ulama luar negara ke dalam Syria untuk menyampaikan dakwah seperti Syaikh Yusuf Qaradawi.
Jika seseorang tidak teliti dengan apa yang dilakukan Syaikh al Bouti maka dia akan mengatakan Syaikh alBouti seorang yang munafiq dan telah tersilap didalam melakukan apa yang dia (Dr Bouti) lakukan sekarang. Tapi hakikatnya beliau seorang yang mantiqi tinggi dan perkara yang beliau lakukan jumhur ulama syria menyokongnya. 
  • Kita tidak akan lihat seorang pun dari kalangan ulama syria (ikhwanji&bebas) mencemuh cara pembawakan beliau kerana mereka tahu peribadi Dr Bouti yg tidak menyalahi sunnah. 
  • Lihat penduduk kurdi kuat melawan kerajaan asad tetapi mereka tidak mencemuh Dr Bouti, bukan kerana dr Bouti seorang kurdi tapi kerana banyak cara beliau bawakan bersama kerajaan asad membantu kaum kurdi di syria. 
  • Ana nak bawa satu cerita bagaimana anak Dr. Bouti iaitu Dr taufiq pernah berpesan kepada salah seorang pelajar syria yang ingin pulang ke malaysia semasa revolusi di lakukan dengan berkata:
''APABILA KAMU PULANG KE MALAYSIA KAMU PERTAHANKANLAH BAPAKU KERANA SEBENARNYA DIA BUKAN INGIN BERSENGKOKOL DENGAN KERAJAAN ASAD TAPI INGIN BERJIHAD MEMBANTU AHLI SUNNAH SECARA YANG DIA MAMPU'

Dr M/S/Ramadhan Al-Buti, Sejarah & Pemikiran (1)

SHEIKH PROF. DR. MUHAMMAD SAID RAMADAN AL-BUTI
Nama penuh al-Buti ialah Muhammad Said bin Ramadan bin Umar bin Murad . Al-Buti dilahirkan pada tahun 1929  di sebuah perkampungan kecil di Turki bernama Jilika. Perkampungan itu terletak di sebuah pulau bernama Jazirah Buttan menurut bahasa Kurdi  dan dikenali sebagai Jazirah Ibn Umar menurut Bahasa Arab (al-Buti, 1998a: 13). Nama gelarannya al-Buti adalah nisbah kepada tempat kelahiran beliau itu iaitu Buttan.

senaraikan karya-karya al-Buti sehingga tahun 2011 mengikut kategori tertentu seperti mana berikut: 

Akidah dan Falsafah 

1. Kubra al-Yaqiniyyat al-Kawniyyat: Wujud al-Khalid wa Wazifah al-Makhluk
2. Al-Madhahib al-Tawhidiyyah wa al-Falsafat al-Mucasarah
3. Nakd Awham al-Madiyyah al-Jidaliyyah
4. Al-Islam wa al-cAsr Tahdiyyat wa Aafat
5. Al-Salafiyyah: Marhalah Zamaniyyah Mubarakah La Madhhab Islami
6. Al-Madhhab al-Iqtisadi Bayna al-Syuyuciyyah wa al-Islam
7. Al-Mar’ah Bayna Tughyan al-Nizam al-Gharbi wa Lata’if al-Tashric al-Rabbani
8. Al-Tacrif cala al-Dhat huwa al-Tariq al-Mucabbat ila al-Islam
9. Al-Taghayyir Mafhumah wa Tarai’qah
10. Al-Din wa al-Falsafah
11. Dur al-Adyan fi al-Islam al-cAlami
12. Al-Bidayat Bakurrah Acmali al-Fikriyyah
13. Al-Zilamiyyun al-Nuraniyyun 

Fiqh dan Perundangan 

1. Muhadharat fi al-Fiqh al-Muqaran
2. Al-Jihad fi al-Islam: Kayfa Tafhamuh? Wa Kayfa Numarisuh?
3. Dawabit al-Maslahah fi al-Sharicah al-Islamiyyah
4. Ishkaliyyat Tajdid Usul Fiqh al-Hiwariyyat
5. Maca al-Nas: Mushawarat wa Fatawa 1
6. Maca al-Nas: Mushawarat wa Fatawa 2
7. Al-Lamazhabiyyah: Akhtar Bidcah Tuhaddid al-Syarciah al-Islamiyyah
8. Al-Hiwar Sabil al-Tacayish Maca al-Yacaddad wa al-Ikhtilaf
9. Mas’alah Tahdid al-Nasl
10. Mushawarat Ijtimaicyyah
11. Qadaya Fiqhiyyah Mucasirah 

Tasawuf dan Akhlak 
1. Al-Hikam al-cAtaiyyah – Sharh wa Tahlil 1
2. Al-Hikam al-cAtaiyyah – Sharh wa Tahlil 2
3. Al-Hikam al-cAtaiyyah – Sharh wa Tahlil 3
4. Al-Hikam al-cAtaiyyah – Sharh wa Tahlil 4
5. Al-Hikam al-cAtaiyyah – Sharh wa Tahlil 5
6. Min Asrar al-Manhaj al-Rabbani
7. Sakhsiyyat Istauqafatani
8. Urubbah min al-Taqniyyah ila al-Ruhaniyyah 

Lain-Lain 

1. Mamu Zain 
2. Hadha Walidi 
3. Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah
4. La Ya’tihil Batil
5. Manhaj al-Hadharah al-Insaniyyah fi al-Quran
6. Ala Tariq al-cAudah ila al-Islam: Rasm Limanhaj wa Hal Limuskilat
7. cAishah Umm al-Mu’minin
8. Al-Insan Musayyar am Mukhayyar
9. Al-Islam Maladh Kullu al-Mujtamacat al-Insaniyyah: Limaza? Wa Kaifa?
10. Allah am al-Insan: Ayyuhuma Aqdar cala Ricayah Huquq al-Insan?
11. Barnamij Dirasat Qur’aniyyah 1
12. Barnamij Dirasat Qur’aniyyah 2
13. Barnamij Dirasat Qur’aniyyah 3
14. Difac can al-Islami wa al-Tarikh
15. Dirasat Qur’aniyyah 1
16. Dirasat Qur’aniyyah 2
17. Dirasat Qur’aniyyah 3
18. Fi Sabilillah wa al-Haq
19. Hadha Huwa al-Islam 1 (Silsilah)
20. Hadha Huwa al-Islam 2 (Silsilah)
21. Hadha Huwa al-Islam 3 (Silsilah)
22. Hadha Huwa al-Islam 4 (Silsilah)
23. Hadha Huwa al-Islam 5 (Silsilah)
24. Hadha Huwa al-Islam 6 (Silsilah)
25. Hadha Huwa al-Islam 7 (Silsilah)
26. Hadha ma Qatlah: Amam Bacd al-Rawasa’ wa al-Maluk
27. Hadhihi Mushkilatihum
28. Hadhihi Mushkilatuna
29. Haqai’q can Nasha’ah al-Qaumiyyah
30. Hiwar Haul Mushkilat Hadariyyah
31. Hurriyyah al-Insan fi Zil cUbudiyyah Lillah
32. Ila Kulli Fatat Tu’min Billah
33. Kalimat fi Munashibat
34. Min Rawa’ic al-Qur’an
35. Muhadharat fi Khutb al-Jumacah
36. Salsalah Abhath fi al-Qimah
37. Siyamind Ibn al-Adngal
38. Tajribat al-Tarbiyyah al-Islamiyyah fi Mizan al-Bahth
39. Al-Hubb fi al-Qur’an
40. Al-Mar’ah Bayna Tughyan al-Nizam al-Gharbi wa Lata’if al-Tashric al-Rabbani 
sumber; ikhwan Unisza  
Bersambung ke siri 2. 

Sebelum ini..  
Dr. S/Ramadhan Al-Buti Terbunuh Ketika Berkuliah

Dr. S/Ramadhan Al-Buti Terbunuh Ketika Berkuliah..

As-Syahid Sheikh Dr Ramadhan Al Buthi
 

KL: PAS menyifatkan pemergian tokoh ulama terkenal Syria, al-Syeikh al-Allamah Dr. Said Ramadhan al-Buti sebagai kehilangan besar buat umat Islam seluruh dunia. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Gambar kanan) berkata, kematian ulamak itu tentunya dirasai oleh ummah yang dahagakan ilmu dari insan sepertinya.

"Kitabnya dan muridnya berjumlah jutaan di seluruh dunia. Lebih setengah abad usianya dimanfaatkan kepada ilmu dalam mencerahkan ummah di seluruh dunia.
"Pemergian beliau adalah satu kehilangan mutiara ummah. Bagi pihak PAS, saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan seluruh ummat Islam diatas pemergiannya," katanya kepada Harakahdaily.
Masjid Eman
Sebahagian daripada Masjid Eman musnah dalam siri pengeboman berani mati, semalam.

Difahamkan Dr. Said Ramadhan al-Buti terbunuh dalam satu serangan bom ketika beliau sedang menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyik, Syria semalam.

Dalam pada itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut menyatakan pendirian PAS mengecam sekeras-kerasnya pihak yang terlibat dalam serangan terhadap ulamak itu semalam.

"PAS mengecam pembunuhan yang berlaku. Ia merupakan satu tragedi yang sukar dilupakan seumpama pembunuhan Assyahid Sheikh Ahmad Yasin pada tarikh yang sama tahun 2004 yang lalu.
"Semoga seluruh ahli keluarga beliau dan ummat Islam seluruh dunia bersabar diatas kematian ini. Semoga Allah SWT menempatkan beliau bersama dengan orang-orang yang soleh yang berjuang bagi menegakkan agamanya," katanya. (Hrkh)

Ada kaitan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails