Thursday, April 18, 2013
Dr M Ke London, Isytihar Calon. Strategi Licik Rosmah?
Mahathir dan Siti Hasmah di London
KL: Apakah benar pengisytiharan calon-calon Umno dibuat selepas pemergian Tun Dr Mahathir ke London? Inilah yang berlegar di alam siber sekarang kononnya tindakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman calon selepas pemergian Mahathir untuk mengelak dari gangguan bekas Perdana Menteri itu.
Tun Dr Mahathir ke London bersama isteri, Tun Siti Hasmah Mohd Ali untuk memberikan penghormatan terakhir buat bekas PM Britain, Margaret Thatcher yang meninggal baru-baru ini. Dalam posting di facebook itu, isteri Najib yang kini lebih dikenali dengan nama Kak Ros didakwa mempunyai perancangan tersendiri di sebaliknya.
"Strategi licik Kak Ros mengisytiharkan calon pilihannya setelah pemergian Tun Mahathir ke London.
"Sepatutnya Najib mengumumkan senarai calonnya pada Jumaat lepas namun telah ditangguhkan sehingga ke hari pemergian Tun Mahathir ke London barulah diumumkan.
"Strategi licik ini bagi memastikan semua calon pilihan Kak Ros dapat diumumkan tanpa gangguan dari Tun Mahathir," tulis posting itu.
Sebelum ini, pakar media Mahathir Rocky Bru dalam blognya mengumumkan nama-mana yang sepatutnya digugurkan. Namun, nama yang dikatakan akan gugur itu ternyata masih dinamakan sebagai calon BN oleh Najib. Antaranya Khairy Jamaludin di Rembau, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Kepala Batas dan juga Abdul Azeez Rahim di Baling.
Begitu juga nama-nama saperti Datuk Seri Noh Omar, Datuk Seri Awang Adek serta Datuk Seri Mohamad Zin. Kesemua mereka diumumkan sebagai calon oleh Najib ketika nama yang disebut Mahathir patut menjadi calon iaitu Datuk Ibrahim Ali di tolak Najib.(Hrkh)
Lihat Sebelum ini..
E-Buku IH-29: Rosmah Mansur Bakal PM Wanita M'sia?
2 Hari Sebelum Penamaan Calon, ROS Tak Iktiraf DAP.
KUALA LUMPUR: Dua hari menjelang penamaan calon pilihan raya umum ke 13, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menghantar surat kepada DAP hari ini memaklumkan barisan kepimpinan parti itu tidak diiktiraf. Surat yang dikatakan bertarikh semalam, 17 April itu dikatakan diterima oleh DAP hari ini.
Lim Guan Eng ketika ditemui media enggan memberikan sebarang ulasan sekarang melainkan selepas mesyuarat mengenainya diadakan. DAP dijangka membuat mesyuarat tergempar bagi membincangkan implikasi dari surat ROS itu. Sebelum ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP akan menggunakan simbol PAS atau PKR jika pendaftaran membuat sebarang tindakan sehingga simbol DAP tidak boleh digunakan dalam pilihan raya ini.
PAS pula telah menyambut dengan berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan permintaan dari DAP itu. Begitu juga PKR. Semasa kongresnya di Pulau Pinang Disember tahun lepas, DAP mengaku kesilapan telah berlaku dalam menentukan barisan kepimpinannya ekoran tersalah kira dalam komputer. Seminggu selepas itu, keputusan yang sebenar diumumkan oleh pucuk kepimpinan DAP. (Hrkh)
Calon UMNO Gay? Tak Caya La..
PERCAYA, tak percaya tapi .. Lihat Blog Ameno World ini..
Hot : Surat Sumpah Calon UMNO Di Tuduh LGBT Tersebar !
Adoii ai.. Kelakar juga isu perebutan kawasan di Johor sekarang neh. Kecoh beb. Tapi tv3 tak siarkan plak kan. Biasalah, bukan PR yang rebut2 kerusi baling pingan periuk apa seme kan. Sebab tue la tv3 kasi cover sikit. Malu ma.
KAH KAH KAH Lihat bawah geng ;
Siapakah calon UMNO yang dikatakan GAY ini? Calon ini ialah ;
Datuk Ayub Rahmat.
Rujuk malaysiakini mengenai cadangan nya yang minta Johor laksanakan hudud ==> http://www.malaysiakini.com/news/202369 Betul ke tak betul aku tatau. Yang confirm dorang sekarang sedang sepak terajang sesama sendiri sebab perebutan kawasan.. KAH KAH KAH
Lihat antara banner protes kat bawah neh ;
1. Calon BN di Parlimen Sekijang. --> Tak buat Kerja
2. Calon BN di Adun Kemelah. --> GAY.
Hehe. Mereka berdemo. Tapi kat kawasan jin bertendang. Baik tak payah buat demo macam tue. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Lagi gambar2 berkaitan rujuk sini. Minta maaf la..
Aku bab2 nak tuduh orang gay ke apa ke aku rasa ia bukan benda yang boleh dibuat berdasarkan surat sumpah jek. Memang la boleh di dakwa jika melakukan penipuan surat sumpah palsu, buat surat akuan sumpah palsu tapi zaman sekarang undang2 di bawah tapak kaki orang berkuasa beb.
Aku, ko kita seme tak boleh mengharapkan keadilan dari mereka. Almaklumla kita orang miskin, orang yang takde taraf vvip, orang yang berada di hieraki paling bawah ciptaan manusia akibat keadaan. Sedangkan Allah swt tak mencipta hierarki yang kejam ini.
Tidak aku salahkan VVIP aje, ada juga di kalangan kita yang sanggup jadi badut kepada sistem ini. Yang sebenarnya, kita takan dipijak kalau tak rela dipijak-kan. Yang di kalangan orang biasa itu kalau kita berpecah, maka bersedia la dipergunakan oleh orang2 kaya, pemimpin, politikus dan peniaga dan penjual agama.
Yang kita boleh harap hanyalah dari Allah swt. Allah swt tak beza2kan keadilan.. antara cepat dengan lambat, dunia dan akhirat jek.
Oleh kerana keadilan itu terpakai kepada semua pihak, maka buktikanlah dia GAY. Hehe. Bawa kes neh ke mahkamah, kalau ko kena err.. raba.
Aku err tak tuduh apa2 oke. Aku cuma update apa yang sedang berlaku je. Jangan salah faham plak. Oke? KAH KAH KAH
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/hot-surat-sumpah-calon-umno-di-tuduh.html#ixzz2QnHrh9cdHot : Surat Sumpah Calon UMNO Di Tuduh LGBT Tersebar !
Adoii ai.. Kelakar juga isu perebutan kawasan di Johor sekarang neh. Kecoh beb. Tapi tv3 tak siarkan plak kan. Biasalah, bukan PR yang rebut2 kerusi baling pingan periuk apa seme kan. Sebab tue la tv3 kasi cover sikit. Malu ma.
KAH KAH KAH Lihat bawah geng ;
Siapakah calon UMNO yang dikatakan GAY ini? Calon ini ialah ;
Datuk Ayub Rahmat.
Rujuk malaysiakini mengenai cadangan nya yang minta Johor laksanakan hudud ==> http://www.malaysiakini.com/news/202369 Betul ke tak betul aku tatau. Yang confirm dorang sekarang sedang sepak terajang sesama sendiri sebab perebutan kawasan.. KAH KAH KAH
Lihat antara banner protes kat bawah neh ;
Dorang protes dua calon sekarang neh. Sebenarnya ada banyak calon yang di protes tapi yang sedang hangat bergolak membabitkan dua calon di atas.
2. Calon BN di Adun Kemelah. --> GAY.
Hehe. Mereka berdemo. Tapi kat kawasan jin bertendang. Baik tak payah buat demo macam tue. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Lagi gambar2 berkaitan rujuk sini. Minta maaf la..
Aku bab2 nak tuduh orang gay ke apa ke aku rasa ia bukan benda yang boleh dibuat berdasarkan surat sumpah jek. Memang la boleh di dakwa jika melakukan penipuan surat sumpah palsu, buat surat akuan sumpah palsu tapi zaman sekarang undang2 di bawah tapak kaki orang berkuasa beb.
Aku, ko kita seme tak boleh mengharapkan keadilan dari mereka. Almaklumla kita orang miskin, orang yang takde taraf vvip, orang yang berada di hieraki paling bawah ciptaan manusia akibat keadaan. Sedangkan Allah swt tak mencipta hierarki yang kejam ini.
Tidak aku salahkan VVIP aje, ada juga di kalangan kita yang sanggup jadi badut kepada sistem ini. Yang sebenarnya, kita takan dipijak kalau tak rela dipijak-kan. Yang di kalangan orang biasa itu kalau kita berpecah, maka bersedia la dipergunakan oleh orang2 kaya, pemimpin, politikus dan peniaga dan penjual agama.
Yang kita boleh harap hanyalah dari Allah swt. Allah swt tak beza2kan keadilan.. antara cepat dengan lambat, dunia dan akhirat jek.
Oleh kerana keadilan itu terpakai kepada semua pihak, maka buktikanlah dia GAY. Hehe. Bawa kes neh ke mahkamah, kalau ko kena err.. raba.
Aku err tak tuduh apa2 oke. Aku cuma update apa yang sedang berlaku je. Jangan salah faham plak. Oke? KAH KAH KAH
(IH/Ameno World)
Husam, ''Saya Datang Ke Putrajaya.'. -Komen I/Hasyim.
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
"...SAYA datang
Putrajaya untuk menang,” demikian reaksi dizahirkan Naib Presiden Pas,
Datuk Husam Musa, lapor Sinar Harian (SH)..
Menurut Husam, beliau sedang mengumpul keyakinan untuk merampas kubu
kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Putrajaya yang di miliki tokoh
hebat.
Pada saya (IH), Datuk Husam lebih hebat lagi dari tokoh UMNO itu. Saya kenal betul beliau. Dialah sebenarnya yang layak menggempur Putrajaya. Datuk Paduka Husam Musa merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu memegang Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Juga memegang jawatan pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan Dan Kebajikan.
Ketika diminta mengulas risiko diambil untuk menawan pusat pentadbiran negara itu akan menjejaskan politiknya oleh SH tersebut, Husam berkata ia boleh diumpamakan sebagai modal perniagaan, modal besar, untung juga besar.
“Dengan perubahan atmosfera politik belakangan ini tiada apa yang mustahil, semut pun boleh tumbangkan gajah, bila sampai masanya.
“Saya yakin pengundi di sini lebih terbuka, rasional dan munasabah. Penerimaan mereka terhadap saya membawa mesej sangat positif,” katanya.
Beliau yang lahir pada 14 Oktober 1959 di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan, belajar di Sekolah Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971). Kemudian di Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975). Seterusnya di Maktab Sultan Ismail (1976-1979).Bachelor of Economics (BEc), University of Malaya, Kuala Lumpur.(1980-1983) dan mengikuti kursus Bahasa Arab di Jordan (1987).
Husam turut memaklumkan posisinya akan kekal di Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, Kelantan, walaupun ditakdirkan menang di Putrajaya. Pengalaman beliau agak hebat, pernah menjadi Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993). Kemudian Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999).Beliau menjadi Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987). Kemudian Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999) dan Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999).
Antara jawatan parti PAS yang disandang ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.YDP PAS Kawasan Kubang Kerian.Sekarang menjawat Naib Presiden PAS (2005-09) dan (2011 - sekarang) Beliau menjadi ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04) setelah menang dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999. Dikatakan juga, beliau berpotensi menggantikan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Lalu Husam Musa bertanding di peringkat negeri Kelantan. Beliau menjadi Adun Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08) selepas menang Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau menjadi menjadi Adun Salor. Dalam kerajaan PAS di Kelantan , Husam Musa ditugaskan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 - 08). Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.(2008 - sekarang ) dan Panel Penasihat PENGASIH.
Datuk Husam berkata lagi, “Tetapi kehadiran saya di sini bukan untuk Kelantan tetapi untuk rakyat, Putrajaya dan transformasi bakal dibawa PR dalam landskap politik negara.”
Dalam perkembangan lain, Husam memaklumkan beliau dalam usaha mendekati rakyat dan pengundi di Putrajaya dengan mengadakan sesi lawatan mendengar rintihan berhubung beberapa keperluan dijanjikan tetapi masih belum dilunaskan.
“Walaupun belum mahir selok belok Putrajaya tetapi saya gembira dengan bahasa tubuh masyarakat di sini walaupun dalam seragam penjawat awam mereka tidak segan mendekati saya, bergambar bersama.
“Ini reaksi positif, kemungkinan mereka tahu selepas ini kerajaan pakatan akan ambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya dan negara amnya,” katanya.
Menurut beliau antara rungutan rakyat di situ ialah kos hidup yang tinggi, pembinaan monorel tidak seperti dijadualkan dan pembinaan sekolah agama.
“Malahan kos hidup kakitangan sokongan juga agak membebankan,” katanya. Dalam lawatannya beliau sempat melawat Jabatan Pendaftaran Negara, medan selera, masjid, pasar malam dan surau menemui penduduk setempat.
Beliau telah menerima anugerah Newsmaker of the Year 2003 (malaysiakini.com).
Ibnu Hasyim (kanan) bergambar bersama Datuk Husam (tengah) bersama pemimpin ekonomi dan persatuan di Negara China. (rujuk Lagi E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam)
Ibnu Hasyim editor weblog ini (dari kanan), Abul Razak & Ir Mustapa turut serta dalam majlis perbincangan dengan ahli DPR Aceh, bersama rombongan Datuk Husam memperkenalkan wang syariah. (Sila rujuk (E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesa...)
Mari kita lihat pencapaian yang telah dilakukan.. Antaranya pada saya ialah...
- Membantu Perkembangan dan Perancangan strategik Ekonomi, Sosial dan Politik di Negeri Kelantan berasaskan Al-Quran dan Sunnah.
- Kecemerlangan syarikat PMBK Sawit dan Kelantan Golden Trade adalah hasil nasihat dan pengurusan YB Dato Haji Husam Musa.
- YB Dato Haji Husam Musa adalah orang kuat di belakang pengenalan dan perkembangan Dinar Emas dan Dirham Perak Kelantan yang kini diterajui oleh Kelantan Golden Trade. Saya sendiri pernah mengikuti rombongannya mengenai hal ini, ke negara China dan ke Aceh, Indonesia.
- Program Anak Muda Tamu Ramadhan yang bermula pada 1 Ramadahan 2011 dan berakhir dengan program Tadarrus Al Quran Perdana Kelantan adalah hasil gerak kerja YB Dato Haji Husam Musa.
- Beliau mewujudkan Program Salor Juara dan Salor Bistari untuk rakyat di dalam Dun Salor.
- Beliau juga mewujudkan Siaran Tayangan Skrin Besar acara bolasepak dan kuliah tok guru.
- YB Dato Haji Husam Musa juga dilantik sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, yang ditubuhkan khas untuk menerajui isu Tuntutan Royalti Petroleum dan Gas Negeri Kelantan antara Kerajaan Negeri Kelantan dan PETRONAS, kes ini masih berjalan di mahkamah Malaysia.
- Dalam hal ini, kerajaan negeri Kelantan menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri Kelantan menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum.
UNDILAH PAS dan PR. Ubah!!
Istimewanya Hj Husam Musa, Calon PAS Putrajaya
Oleh Warta Shubhi
Apatah lagi apabila insan ini dilepaskan bertanding di pusat pentadbiran negara terbaru iaitu Putrajaya. Banyak juga kritikan terhambur di kalangan pembangkang bila Tun Mahathir pulun membina Putrajaya ini atas alasan ianya adalah satu pembaziran.
Bagi bab samada itu adalah satu pembaziran atau tidak, terpulang pada masing-masing punya pendapat dan pertimbangan. Tak ada salah tak ada betul, bergantung ikut mana kita nak baca. Ianya sama seperti segelas air yang terisi separuh. Ada yang kata tak penuh ada juga yang kata alhamdulillah, ada air. Kedua-duanya betul belaka.
Realitinya
Putrajaya dah ada dan beroperasi sebagai satu pusat pentadbiran yang
penting di negara kita. Dan semua orang tahu itu adalah lubuk Umno
terutamanya Tengku Nan. Secara logiknya, sesiap saja dipihak PR yang
sengaja pergi terjun untuk bertanding kat Putrajaya itu sengaja menempah
kekalahan. Itulah kebnaykan orang anggap.
Namun setelah melihat keyakinan dan keterbukaan Husam menerima cabaran ini aku rasa kagum dan lega. Husam kata, menang kalah adalah urusan Allah dan kita hanyalah berikhtiar. kalau tak lawan sudah tentu tak akan ada apa-apa hasil.
Aku kagum dengan keberanian Husam. Aku kagum dengan mendalamnya sifat tawakkal Husam dan betapa jitunya perasaan berserah diri dan yakin kepada Allah yang ditunjukkan oleh Husam.
Jesteru itu aku sokong 100% langkah berani ini dan mendoakan sekarang juga dengan lafaz ini...
"Ya Allah! Engkau bukalah hati para pengundi di Putrajaya untuk memilih pemimpin yang cintakan agamaMU ini. Berikanlah kemenangan kepada Haji Husam Musa di Putrajaya"Husam ini adalah seorang pemimpin yang cuklup istiqamah dengan segala perjuangannya. Dia mungkin tidak berapa mesra kawan, kata sesetengah orang, tapi itu adalah perangai beliau yang boleh dimaafkan. Kita perlu lihat sifat kerja kuat dan tidak merapu beliau melebihi kelemahan tersebut.
Antara beberapa kerat pemimpin yang dikagumi lawan terutamanya BN adalah Husam ini. Bekas PM, Pak Lah amat memuji Husam Musa dengan berkata Husam merupakan pemimpin yang baik dan perlu dicontohi oleh para pemimpin lain agar suasana politik negara kita lebih sihat.
Husam juga dinobatkan sebagai Ahli Parlimen paling cemerlang pada tahun 2003 ketika menjadi ahli parlimen sepanjang 1999 hingga 2004. Beliau banyak mencetuskan idea dan isu baru untuk faedah rakyat malaysia keseluruhannya setiap kali berbahas di dalam dewan.
Perangai Husam ini teramat berlainan berbanding pemimpin lain. Setiap masa terluang akan diisinya dengan membaca Al-Quran di mana saja dia berada. Jika di Parlimen, ketika orang lain sibuk melepak di kantin berbual, dia pula sibuk cari maklumat dengan membaca laporan-laporan di kutub khanah Parlimen untuk mencari fakta buat perbahasan demi rakyat Malaysia.
Tak banyak gambar Husam yang telah aku rakamkan. Cuma ada beberapa keping gambar yang aku ambil ketika memohon untuk bertemu dengan Husam suatu ketika dulu bersama sekumpulan usahawan yang ingin mendengar cetusan idea beliau mengenai keusahawanan.
Aku tak sangka Husam begitu bersungguh menyambut permohonan aku dengan menempa sebuah bilik mesyuarat di sebuah Hotel di KL dengan menggunakan duit dia sendiri. Kebetulan dia berada di KL atas urusan lain ketika itu. Dia memberikan ruang pada aku dan kawan-kawan selama 2 jam untuk bertemu dengannya.
Selain dari gambar itu, gasmbar ayang aku paparkan adalah yang aku ceduk dari beberapa tempat lain terutamanya di FB beliau sendiri. Jika anda yang membaca tulisan ini adalah pengundi Putrajaya, aku doakan agar anda terbuka hati untuk memilih Husam sebagai calon Parlimen dari Putrajaya. Insyallah ia adalah pilihan yang cukup baik dan amat berbaloi untuk rakyat Malaysia. (WS)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
Tazkirah Siri 1, Oleh Hj Husam Musa Calon P-125 Putrajaya
Sidang media pertama Datuk Husam mengulas kenyataan Tengku Adnan yg mengatakan beliau akan menang 2/3 undi, Datuk mengataka sesiapa shj calon BN adalah hebat dan dia tidak berhajat untuk bertembung dgn tokoh hebat BN ini.....dia cuma mahu membicarakan masalah dasar mengapa rakyat perlu membuat perubahan dan mengapa perlu Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.
Jadual Program esok (Jumaat 12hb. April, 2013 M bersamaan 1 Jamadilakhir, 1434 H)
1. Solat Subuh di Putrajaya
2. Sarapan pagi bersama penyokong dan penduduk Putrajaya
3. Walkabout di sekitar Putrajaya
4. Solat Jumaat di Masjid Putrajaya, bersebelahan Jabatan Perdana Menteri.
Detail akan dikemaskini kemudian.
Kota dan Peradaban Islam - Tazkirah Siri 1 Calon P-125 Putrajaya (Haji Husam Musa)
Ketika seorang ulama pejuang terkenal Moroco hendak meletakkan batu asas Kota Fez - Maulana Idris - berdoa bersama pengikutnya seperti berikut;
“Ya Tuhanku! Engkau amat mengetahui aku membinakan kota ini bukan untuk dipuji dan berbangga kepada selain-Mu, tidak juga kerana kepura-puraan, keangkuhan dan rasa besar diri.
Melainkan niatku untuk penduduknya sentiasa mengabdikan diri hanya kepada-Mu, hukum dan panduan-Mu menjadi batas sempadan serta kandungan Al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Mu dijunjung, selagi mana bumi ini masih wujud.
Ya Ilahi! Bantulah pendudukanya melakukan sesuatu yang benar dan pandulah mereka melaksanakan tugas mereka sebagai hambaMu.
Ya Ilahi! Lindungilah mereka dari kejahatan apa jua, limpahkan mereka dengan anugerah yang tak terhitung dan jauhkan mereka dari pedang musuh.
Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Fez - masih wujud hingga kini. Sesiapa yang pernah berkunjung ke sana akan merasa ta’jub dengan keindahan susun atur bandarnya. Keindahan dalaman rumah penghuninya lengkap dengan taman dan ruang santai keluarga, sangat menarik dan indah. Pancuran air telah digunakan untuk mewujudkan ketenangan dan kedamaian penghuni kotanya.
John Anthony Burgess Wilson, Novelis British yang pernah menetap di Malaysia termasuk di Kota Bharu, pengarang antara lain novel seperti: Time for a Tiger, The Enemy in the Blanket , Beds in the East, The Malayan Trilogy yang kemudiannya diterbitkan dalam satu jilid dengan judul "The Long Day Wanes", "The Right to an Answer" (1960), "The Doctor is Sick" (1960) dan belasan novel yang lain menyebut: Islam adalah satu-satunya agama Kota.
Hujjah beliau - Nabi Muhammad s.a.w dilahir dan berjuang di Kota Mekah. Ketika baginda berhijrah, destinasi pilihan baginda masih sebuah kota - Kota Yathrib yang kemudiannya dinamakan Kota Madinah.
Selain Rasulullah s.a.w, Nabi Yusuf a.s berhijrah dari kehidupan kampung di Palestin menuju ibu kota peradaban dunia di masa itu, Memphes di Mesir.
Nabi Musa a.s pula dititahkan oleh Allah untuk memasuki kota Baitul Maqdis.
Al-Qur’an menggelarkan Kota Mekah sebagai Ibu Kota Dunia - Ummul Qura. Dua kali - kalimah Ummul Qura muncul di dalam Al-Qur’an iaitu pada ayat 92 Surah Al An’am dan ayat 7 Surah As Syu’ara.
Mekah - sebagai ibu kota dunia, dulu, kini dan akan datang. Apa perbezaan Kota Mekah sebelum Nabi s.a.w datang ‘membuka’ Kota ini selepas hijrah Baginda ke Kota Madinah dan sebelumnya?
Ubudiyyah dan Uluhiyyah kepada Allah!
Ka’abah sedia tersergam ketika Jahiliyyah masih berkuasa di situ. Sebagai pusat ibadat ia juga menjadi pusat pelancongan dan perdagangan serentak.
Nabi tidak datang meruntuhkan bangunan dan kota yang ada. Nabi s.a.w mengisinya dengan pengisian pengEsaan kepada Allah dan pengabdian penduduknya hanya kepada Nya. Mentadbir kuasa pemerentahan berasaskan Islam adalah termasuk dalam ubudiyyah itu.
Sejak itu, ratusan kota bertukar wajah dan pengisian di pelbagai belahan dunia. Namun, kota-kota ini kekal sebagai kota metropolitan yang termaju pada zaman mereka masing-masing, dengan penduduk pelbagai ragam, warna, keturunan dan agama hidup dengan aman dan harmoni di bawah keadilan, kesaksamaan dan nilai kemanusiaan tahap tinggi.
Manusia dan kemanusian sentiasa menjadi keutamaan tertinggi. Ubudiyyah kepada Allah - itulah yang membezakan kota Islam dalam tamadun dengan kota yang lain.
Keutamaan kepada manusia dan kemanusian - Baik kehidupan fizikal seperti kediaman, infra awam, taman dan landskap. Mahu pun ciri lain seperti keselamatan, kecerian, kejiranan, intelektual, seni dan budaya.
Menyanjung Tinggi Nilai Nilai Baik, Memandang Hina Nilai Nilai Buruk. Tidak ada pemerasan - baik di bidang perdagangan dan kegiatan ekonomi mahu pun peluang terbuka berasaskan kelayakan dan keperluan di segenap bidang.Tidak ada penindasan - melainkan kesaksamaan,
Cintakan ilmu, dialog, kuliah, diskusi dan percaya dengan kebebasan berfikir yang tidak dikongkong dan dihalang. Citra minda dan daya fikir mencapai puncak. Pada masa yang sama, masjid dan surau dipenuhi dengan mereka yang bersujud dan mengumandangkan bacaan ayat-ayat suci, doa dan munajat.
Kembali kita ke Putrajaya.
Di mana Putrajaya di peta dunia?
Disebalik perbelanjaan yang mungkin telah mencecah RM30 bilion (sewaktu saya di Parlimen dulu Dewan diberitahu peruntukan asas adalah RM22 bilion), sejauh mana kedudukan Putrajaya berbanding kota dunia yang lain?
Mengikut laman web World’s Most Liveble Cities, dari 25 kota besar utama yang dikira paling selesa didiami, Putrajaya belum tersenarai.
Antara ciri bandar terbaik dunia adalah seperti berikut;
1: Keselamatan
2: Reakreasi
3: Budaya
4: Pendidikan
5: Keusahawanan
6: Alam sekitar
7: Pengangkutan Awam
8: Ekonomi/Kos hidup
9: Kediaman
10: Kesihatan
11: International Connectivity
12: Cuaca
13: Toleransi
14: Arkitektur
15: Polisi positif pemerentah
Mari kita menilai semula permasalahan yang ada di Putrajaya. Sebahagiannya telah lama disungutkan tetapi kerana sikap dingin pihak tertentu, ia tinggal menjadi masalah.
Isu-isu ini saya kutip sekilas saya diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat di Putrajaya. Masalah sebenar warga Putrajaya mungkin lebihh serius dan lebih besar lagi.
- Saya sedia mendengar -
Hanya kumpulan gred profesional sahaja disediakan parking dan kumpulan bawahan diminta menaiki bas Nadi Putra yg mungkin salah satu perjanjian kroni.
- kos parking bagi kakitangan sokongan / pegawai muda yg tidak diperuntukkan parking lot di bangunan Kerajaan adalah terlampau tinggi dan membebankan. Hasilnya parking lot berbayar yang dibina PJH terbiar kosong seperti projek gajah putih. Namun malangnya pula, bila kakitangan tersebut meletakkan kenderaan di kawasan tidak berbayar yang 'tidak direstui' PPj seperti di bahu2 jalan selalunya berakhir dengan tindakan saman oleh PPj / JPJ / Polis Trafik. Bilangan parking di apartment2 juga sangat mengecewakan.
- kos perumahan yang terlampau tinggi yang menyebabkan hanya pegawai-pegawai berjawatan tinggi memiliki rumah di Putrajaya.
- aktiviti2 usrah / keagamaan di Masjid Putrajaya / Masjid Tuanku Mizan sangat2 mengecewakan. Tak padan jumlah makmum berbanding saiz masjid.
- premis-premis komersil dijual dengan kadar yang terlampau tinggi. Ini menyebabkan kadar sewa bulanan yang terpaksa dibayar oleh peniaga adalah sangat-sangat tinggi dan mereka terpaksa meninggikan harga jualan barangan mereka dan ini meningkatkan kos kehidupan penghuni Putrajaya.
- kurangnya pusat2 yang menawarkan pendidikan Islam kepada anak-anak. Kesannya, mungkin tahap pemahaman/penghayatan Islam di kalangan anak2 di Putrajaya di masa depan membimbangkan keluarga.
- sistem pengangkutan awam yg kurang efektif.. w/pun bilangan bas di sini adalah mencukupi, namun laluan bas ditetapkan tanpa membuat kajian menyeluruh terhadap keperluan pengguna2 - perlu lebihkan route bas yang masuk terus ke kawasan2 bangunan Kerajaan khususnya di Parcel C, D dan E (kebiasaan bas berhenti di luar kawasan Parcel.. kurang mesra pengguna sbb pengguna terpaksa berjalan kaki & lebih susah kalau waktu hujan)
- kebanjiran pekerja asing menyebabkan persepsi penduduk ke atas tahap keselamatan di Putrajaya merosot.
- kualiti air yang kurang memuaskan.. kotor, berkeladak & bahaya utk kesihatan.
- perlu wujudkan persekitaran / peluang utk penduduk tempatan menambahkan pendapatan
- hubungan sosial di kalangan penduduk Putrajaya amat mendukacitakan. Perlu lebih kreatif dalam menghasilkan aktiviti2 kekeluargaan yg lebih santai & boleh eratkan kemesraan & kepedulian di antara ahli komuniti (aktiviti2 sedia ada lebih berteraskan hiburan).Taman-taman yang indah di sekitar Putrajaya ( Taman Perdana, Taman Pancarona, Taman Wetland dan Taman Botani tidak dimanfaatkan untuk menceriakan lagi kegidupan sosial warga PutraJaya)
- ketiadaan bengkel2 kereta beroperasi, tiada bengkel khas / one stop center yg menawarkan semua pakej repair di Ptrajaya sedangkan kawasan perindustrian ringan di Presint 15 boleh dimanfaatkan.
Sebagai akhirnya, saya perturunkan satu dua ayat-ayat Al-Qur’an sekitar ‘Al-Qura’ untuk renungan kita semua.
Kesimpulan yang kita boleh ambil dari ayat-ayat ini ialah Peringatan Allah bahawa kedududukan sesuatu bergantung kepada penduduknya. Samada;
Mereka beriman dan bertaqwa - mereka akan dirahmati dan dilimpahkan kurnia yang lebih baik
Mereka durhaka, lalai dan engkar - mereka akan dibinasakan.
Maksudnya: “Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah), kerana Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya leka lalai.” - (Al-An'aam 6:131)
Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” - (Al-A'raaf 7:96)
Maksudnya: “Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?” - (Al-A'raaf 7:97)
Maksudnya: “Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya yang dapat disaksikan), dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang lenyap).” - (Hud 11:100)
Maksudnya: “Dan - di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman) dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah bandar yang jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu), dan Kami tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): " Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman". - (Saba' 34:18)
Wallahu’alam. Sekian.
- Haji Husam Musa
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
Pertarungan Di Putrajaya, Lawan Husam Dengan Artis
BN bersama-sama artis ..
Datuk Husam mencabar...
Ku Nan tetap bertahan...
Datuk Husam terus menyerang dengan program penerangan...
PUTRAJAYA,
17 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin
Seri Rosmah Mansor bersama artis-artis veteran yang hadir pada Majlis
Ramah Mesra Bersama Penggiat Seni dan Ikon Negara di Seri Perdana di
sini hari ini.
Datuk Husam mencabar...
Sumber Gambar : FB P 125 Putrajaya
Datuk Husam Musa yang disahkan bertanding di Parlimen P 125 Putrajaya hadir di program pertamanya di kawasan itu. Antara
program yang dihadiri Husam termasuklah majlis tahlil,zikir dan
tazkirah bersama Al Habib Ali bin Syeikh Abu Bakar dan anak anak yatim.
Selain
itu buat pertama kalinya beliau turut mengadakan ceramah di Putrajaya
dan mendapat sambutan yang agak baik dari penduduk sekitar. Doakan semoga kemenangan berpihak kepada beliau dalam merealisasikan impian Pakatan Rakyat ke PUTRAJAYA
Ku Nan tetap bertahan...
Datuk Husam terus menyerang dengan program penerangan...
Di
Precint 16 Putrajaya malam tadi... Sambutan luarbiasa "Kakitangan Awam"
amat memberangsangkan...
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
Subscribe to:
Posts (Atom)