KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
Jumaat 3 Mei 2013/22 Jamadil Akhir 1434
“MANIFESTO PAKATAN RAKYAT ADALAH KOMITMEN IKHLAS KAMI”
1.Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama rakan-rakan dalam gagasan Pakatan
Rakyat (PR) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia berbagai agama, kaum
dan etnik, untuk menjadi pengundi yang bebas dan merdeka dengan
menjadikan peluang mengundi dalam PRU-13 ini sebagai saat penting dalam
sejarah Malaysia.
2.Lihatlah bahawa PR menawarkan
calon-calon yang lebih amanah dan berkelayakan, disamping lebih memahami
penat lelah rakyat yang menjadi warganegara Malaysia yang tercinta ini.
3.Rakyat Malaysia telah dihidangkan dengan manifesto PR yang menyentuh
pelbagai aspek. Semuanya telah dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar
ekonomi, sosial, masyarakat dan agamawan untuk menentukan ianya boleh
dan mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru nanti.
4.Pimpinan UMNO/ BN mengatakan bahawa manifesto PR ini adalah mencabar
perlembagaan, karut dan hanya janji yang tidak boleh dilaksanakan.
Pimpinan UMNO/BN berfikir demikian kerana itulah cara kerja mereka
selama puluhan tahun ini, dengan memerah hasil negara melalui pengurusan
kewangan yang lemah, kos projek yang meningkat berganda, ketirisan dan
salah guna kuasa.
Bacalah dengan fikiran terbuka Laporan Global
Financial Integrity (GFI) (Illicit Financial Flows from Developing
Countries: 2000-2009 - Update with a Focus on Asia). Pengaliran wang
dari Malaysia ke luar bertambah tiga kali ganda dari USD 22.2 billion
pada tahun 2000 ke USD 68.2 billion pada 2008. Akhirnya Malaysia menjadi
negara ke tiga paling banyak berlaku pengaliran wang keluar selepas
China dan Mexico untuk tempoh 2001 – 2010. Itulah kepandaian pimpinan
UMNO/BN dalam menguruskan kewangan negara !.
5.Saya
juga ingin mengulangi komitmen bahawa pembayaran royalti petroleum 20%
kepada negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Sabah, Sarawak, Kelantan,
Terengganu dan termasuklah Pahang dan Johor boleh dilakukan, pengurangan
harga minyak, penghapusan tol, pemansuhan PTPTN, pendidikan percuma,
pengurangan tarif elektik kediaman; semuanya adalah BOLEH dan MAMPU
dilaksanakan oleh kerajaan PR sekiranya memerintah Malaysia nanti.
6.Peluang pekerjaan baru akan diwujudkan. Bagaimana?. Sektor pembuatan
dan perkhidmatan akan berkembang dengan lebih pesat apabila dipacu oleh
modal insan yang berkualiti dan berkemahiran tinggi, manakala gejala
rasuah dan ketirisan akan dibanteras ke akar umbinya serta menghalang
pengaliran wang haram ke luar negara. Ini semua mampu merancakkan
aktiviti pelaburan domestik seterusnya menjana lebih peluang pekerjaan
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
7.Kakitangan kerajaan sektor awam pula akan terus dijaga kepentingan
kebajikan dan imbuhan mereka. Kerajaan baru nanti tidak akan bertindak
mengugut dan memenjarakan fikiran kakitangannya dengan peraturan yang
menakutkan seperti dalam notis oleh Bahagian Pengurusan Hartanah Jabatan
Perdana Menteri. Lantaran itu, peruntukan undang-undang yang menekan
seperti AUKU akan dimansuhkan manakala reformasi institusi kehakiman dan
kamar peguam Negara, PDRM dan SPRM akan dilakukan.
8.Golongan wanita akan menikmati Caruman Wanita Malaysia oleh kerajaan dan
suami mereka mengikut kadar yang akan ditentukan. Pusat jagaan anak
anak di tempat kerja sektor kerajaan akan diwujudkan megikut
kesesuaiannya manakala di sektor swasta akan diberikan galakan menerusi
insentif kewangan dan percukaian.
Berdirilah dengan bangga,
yakin dan jiwa merdeka, dengan tanpa ragu-ragu untuk mengundi
parti-parti dalam Pakatan Rakyat – PAS, PKR dan DAP dalam PRU-13 ini.
MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
PAKATAN HARAPAN RAKYAT
ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
Friday, May 03, 2013
Takbir Bergema, Ya Allah Hancurkan P/Hantu. Siapsedia, Gempur!!
Tuan Guru Nik Aziz membaca doa selepas mengimamkan solat Subuh
KOTA BHARU: Laungan takbir bergema berkali-kali di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV awal pagi ini bagi menghalau pengundi hantu yang cuba merosakkan sistem demokrasi di negara ini. Puluhan ribu rakyat Kelantan yang datang seawal jam 3 pagi mengangkat tangan ke langit mengaminkan bacaan doa dibaca anggota jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Nik Razi Nik Abdul Aziz.
Biar pun keadaan padang agak lembab akibat hujan pada tengah malam tadi, namun ia tidak menghalang rakyat bersesak-sesak di dalam stadium bagi memohon dihancurkan mereka yang bergelar pengundi hantu.
Ketika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi namun puluhan ribu rakyat datang dengan satu misi mahu menghalau pengundi hantu yang cuba merosakkan demokrasi di negara ini.
“Kita memohon kepada Allah Taala yang mempunyai kuasa di langit dan bumi supaya menghancurkan pengundi hantu yang dibawa masuk ke negara ini. Dipanjatkan kepada Ilahi supaya dimakbulkan perjuangan rakyat Malaysia untuk mewujudkan sebuah kerajaan baru di Putrajaya 5 Mei ini.
“Kita juga memohon kepada Tuhan supaya proses piilihan raya umum kali ke-13 yang akan berlangsung Ahad ini dapat dijalankan dengan teratur, telus dan lancar,” katanya ketika berdoa selepas solat hajat.
Sebelum itu munajat dan solat tahajut yang diketuai Ustaz Hafizi Ramli Al Hafiz. Solat witir tiga rakaat juga diimamkan Ustaz Nik Razi. Solat Subuh pula diimamkan Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud.
Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu beliau agak terlewat datang disebabkan keuzuran dan terperangkap dengan kesesakan lalu lintas di jalan menuju ke stadium biar pun sebelum jam 5 pagi.
“Saya tumpang tuah rakyat Kelantan yang sanggup datang awal lagi dengan meninggalkan tidur dan rehat di rumah semata-mata mahu munajat kepada Allah bagi memberi kemenangan kepada perjuangan menegakkan Islam.
“Kefahaman terhadap agama tidak diajar oleh fahaman kebangsaan. Kerajaan kena mendidik rakyat bagi mendekatkan diri dengan agama. Kalau tidak mampu mendidik rakyat dengan agama buat apa hendak jadi kerajaan,” katanya pada kuliah Subuh.
Menurutnya juga proses pilihan raya yang akan berlangsung pada Ahad ini seumpama projek tanam semula bagi pekebun untuk menukar pokok yang sudah tua.
Katanya begitu juga bagi sistem demokrasi, pilihan raya diadakan antara empat dan lima tahun sekali.
“Kita perlu ingat bagi melantik kerajaan baru hendaklah dipilih kerajaan yang mampu memberi didikan dan mendaulatkan agama. Oleh itu saya meminta rakyat Kelantan sama ada Cina, India dan Melayu serta penyokong Umno turut menyokong mengundi PAS pada Ahad ini.
“Penyokong Umno hendak kekal dalam Umno itu hak mereka, tetapi hendaklah gunakan peluang mengundi pada 5 Mei ini bagi memilih PAS dan Pakatan Rakyat kerana terbukti kami ada kesungguhan menjaga agama,” ujarnya.
Menurutnya PAS mengubah minda rakyat menggunakan ilmu agama dan bukannya wang ringgit. Kata beliau PAS tidak menggunakan duit bagi menarik sokongan rakyat, sebaliknya orang ramai pula menderma kepada PAS sebagai sumbangan kepada perjuangan Islam.
Oleh itu beliau berpesan pada hari mengundi ini hendaklah solat sunat dua rakaat sebelum keluar mengundi dan membetulkan niat undi bagi mendaulatkan agama Allah. Menurutnya juga ketika musim kempen sekarang bermacam-macam tomahan dan tuduhan dilemparkan pihak lawan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, namun rakyat sudah sedar dengan apa yang sebenar berlaku.
“Kalau ada yang bagi duit, ambil, bagi gula kacau, bagi kain pakai. Tetapi ingat ketika mengundi nanti hendaklah pilih PAS dan Pakatan Rakyat,” tambahnya.
Program tersebut berakhir dengan solat sunat Dhuha Hadir sama Timbalan Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan calon-calon yang bertanding. (Hrkh)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setelah berdoa, siapsedia, hadapi segala kemungkinan untuk terus gempur pengundi hantu!! Allahu Akbar! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!!
Klik untuk saksikan video.
Angin Perubahan Bertiup Nyaman.. Ini Bukti..
Klik untuk besarkan
Lihat antara dua poster ini.. apa bedanya?
Banyak poster begini berlegar dalam Internet dan facebook tambah menyemarakkan lagi PRU13. Ini membuktikan angin perubahan bertiup nyaman. Bukan saja berlaku di alam nyata tetapi juga di alam digital. Kebanyakan poster mendedahkan kebocoran duit rakyat, mencuri duit rakyat dan pembaziran wang negara.
Sambil-sambil itu, hibur-hibur sikit dengar lagu ini...
Video RAMPOK BAJINGAN-DOEL SUMBANG (Indonesia)
Putrajya Digoncang PR, Lahirlah Notis JPM Ini..
SATU lagi bukti, Putrajaya di ambang pembebasan oleh Pakatan Rakyat..Siapsedia subur dan hijaukan!!
N/Aziz: Tak Percaya Hari Kiamat Tipu Nak Menang PRU13
KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menyifatkan pemimpin Umno-Barisan Nasional sebagai tidak mempercayai
hari kiamat hingga sanggup melakukan pelbagai penipuan untuk menang
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menteri Besar Kelantan mendakwa pemimpin Umno-BN semakin tidak mengendahkan dosa dan pahala sehingga sanggup menggunakan kad pengenalan klon bagi rakyat Kelantan yang tidak balik mengundi.
"Siapa ajar Umno, agama lain, politik lain, dia (Umno) tak fikir langusng soal mati.
"Bila orang (Umno) lupa akhirat, dia juga akan lupa dosa, perkara pokok kena fikir melalui islam bukan demokrasi.
"Tiap-tiap orang mati akan dibalas semula baik dia mengaji, minta rasuah, minta kad pengenalan palsu atau pengundi hantu.
"Tak rasa (rakyat Kelantan) payah balik kelantan nak undi nanti," kata pemimpin Pas ini di hadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat dalam program Munajat Perdana PRU13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula melahirkan kekesalannya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan cuba memperbodohkan rakyat di Sarawak dengan mengatakan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) lebih baik daripada penurunan harga minyak.
"Saya boleh tengok kebangkitan rakyat semasa berada di Sarawak baru-baru ini.
"Bila perjalanan saya sampai ke Sarawak, Perdana Menteri pun adakan program dan beliau boleh kata insentif RM500 BR1M itu lebih baik daripada penurunan harga minyak," katanya.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pula berkata, penjawat awam kini lebih berani menyertai program ceramah PR secara terbuka meskipun ada pihak tertentu cuba mengugut mereka.
Dakwanya setiap kali pemimpin Pas turun kawasan bertemu rakyat, sambutannya bukan hambar seperti yang digambarkan 'cybertroopers' Umno, sebaliknya kehadirannya sangat mengejutkan, membuktikan penjawat awam kini mahu perubahan dilakukan segera.
"Laa ini pegawai kerajaan nak tukar kerajaan pusat.
"Orang Putrajaya berani sokong PR, orang datang sampai 50,000 nak dengar amanat Tok Guru dan calon Pas, (Datuk) Husam (Musa).
"Pegawai kerajaan tak perlu takut lagi pada Umno sebab parti itu dah sampai ke penghujungnya," katanya.
Dalam program malam tadi, Pas juga membuat penampilan khas apabila pelakon tempatan, Mustafa Kamal Mohd Daud mengetuai bacaan ikrar kepada anak kelahiran Kelantan yang berada di perantauan supaya balik mengundi pada 5 Mei ini. (SH)
Menteri Besar Kelantan mendakwa pemimpin Umno-BN semakin tidak mengendahkan dosa dan pahala sehingga sanggup menggunakan kad pengenalan klon bagi rakyat Kelantan yang tidak balik mengundi.
"Siapa ajar Umno, agama lain, politik lain, dia (Umno) tak fikir langusng soal mati.
"Bila orang (Umno) lupa akhirat, dia juga akan lupa dosa, perkara pokok kena fikir melalui islam bukan demokrasi.
"Tiap-tiap orang mati akan dibalas semula baik dia mengaji, minta rasuah, minta kad pengenalan palsu atau pengundi hantu.
"Tak rasa (rakyat Kelantan) payah balik kelantan nak undi nanti," kata pemimpin Pas ini di hadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat dalam program Munajat Perdana PRU13 di Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula melahirkan kekesalannya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengeluarkan kenyataan yang dangkal dan cuba memperbodohkan rakyat di Sarawak dengan mengatakan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) lebih baik daripada penurunan harga minyak.
"Saya boleh tengok kebangkitan rakyat semasa berada di Sarawak baru-baru ini.
"Bila perjalanan saya sampai ke Sarawak, Perdana Menteri pun adakan program dan beliau boleh kata insentif RM500 BR1M itu lebih baik daripada penurunan harga minyak," katanya.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pula berkata, penjawat awam kini lebih berani menyertai program ceramah PR secara terbuka meskipun ada pihak tertentu cuba mengugut mereka.
Dakwanya setiap kali pemimpin Pas turun kawasan bertemu rakyat, sambutannya bukan hambar seperti yang digambarkan 'cybertroopers' Umno, sebaliknya kehadirannya sangat mengejutkan, membuktikan penjawat awam kini mahu perubahan dilakukan segera.
"Laa ini pegawai kerajaan nak tukar kerajaan pusat.
"Orang Putrajaya berani sokong PR, orang datang sampai 50,000 nak dengar amanat Tok Guru dan calon Pas, (Datuk) Husam (Musa).
"Pegawai kerajaan tak perlu takut lagi pada Umno sebab parti itu dah sampai ke penghujungnya," katanya.
Dalam program malam tadi, Pas juga membuat penampilan khas apabila pelakon tempatan, Mustafa Kamal Mohd Daud mengetuai bacaan ikrar kepada anak kelahiran Kelantan yang berada di perantauan supaya balik mengundi pada 5 Mei ini. (SH)
B/Artis Lagha, Mampu Jadi Politikus Islam. Sama-samalah Buktikan!
Laporan Harakah tentang Aishah di Parlimen Jempol
Tiba-tiba Jempol boleh dimenangi PAS!
JEMPOL: Kerusi Parlimen Jempol sebelum ini menjadi kubu kuat BN kerana Jempol memiliki bilangan Felda yang banyak antaranya di Dun Palong (Felda Palong) dan Dun Serting (Felda Serting, Raja Alias).
Di bawah Parlimen Jempol, hanya satu kerusi sahaja yang berjaya ditembusi Pakatan Rakyat, dimana DAP menang di Dun Bahau melalui Teo Kok Seong dan kali ini pastinya akan dapat dikekalkan walaupun ditentang oleh Dr Yew Mee Fa (MCA).
Jempol adalah sebuah kawasan Parlimen yang memiliki lebih 50 peratus pengundi Felda, dan hanya satu sahaja Dun di bawah Jempol iaitu Bahau yang meraikan kepelbagaian pengundi.
Bahau dikuasai DAP sejak beberapa pilihan raya lalu.
Namun pada kali ini, selepas penamaan calon pada 20 April lalu, Parlimen Jempol tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan selepas menyaksikan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) dicalonkan PAS untuk menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mailah kita sama-sama buktikan, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) yang dicalonkan PAS untuk Parlimen Jempol mampu menjadi politikus Islam yang baik. Bantulah dan kempen sama-sama supaya...
UNDI PAS
E-Buku IH-70: PRU13 (2), Penamaan Calon.
E-Buku IH-70: PRU13 (2), Penamaan Calon
Bab 1
- Ini, Muka Perompak Hak Rakyat?
- Tolak K''jan BN, Mem'budaya'kan Video Lucah
- ROS, Tarik Balik Surat, Hingga 3 Ptg Ini!
- PR S'ngor, 2 EXCo Digugurkam. Mengapa?
- PRU 13: Saing Sengit Di Parlimen Gua Musang.
- K/S Pakatan & 2 Saksi Video Lucah Paling Tadah Dit...
- E-Buku IH-71: 20 Soalan Politik Islam -Abd Hadi Ja...
- Video: Agenda Najib Nak Jatuhkan Muhyiddin -Husam
- Roket Dah Sampai Bulan, Masih Dacing Lagi? -N/Azi...
- Di Sini, Nik Aziz, Aishah, Tuan Ibrahim, Datuk Kam...
- Hari Penamaan Calon & Putusan PRU 13, Seram & Berh...
- Noh Omar Ditentang Drs Mohamad Rashdi & Herman Tin...
- Siapa Bakar Bendera Ini? Tak Genteman..
- Akan Membawa Idea Segar -Aishah Janji Maismu
- TV3, Muhyidin Umum & Sebar Berita Palsu, Malulah.....
- DAP Guna Simbol Sendiri, Roket Tak Jadi Mendarat D...
- Azalina Dicabar Calon Artis Ke 2 PR, Dayang Ku Int...
- M/PAS Ajak Kamilia Bersama Perkasakan Wanita
- BN Kibarkan Seluar Dalam Putih, Apa Ertinya
- Gelang Patah, Putrajaya, Antara 8 K/Parlimen Panas...
- Mustapa Mohamed Tercabar, Tewas 1 Kerusi Parlimen ...
- P-T/Karang: Drs Rushdi Lawan Noh Omar & Artis Taja...
- Siapa Sebar Risalah Ini Di Putrajaya?
- Bekas MB M/Taib Muncul Bersama Calon PAS Hulu S'ng...
- Gerakerja P'raya Adalah Jihad & Ibadah -Abd Hadi...
- Masaalah Sg Acheh Selesai. PAS PP Akur, Serah Kpd ...
- PRU13: Baca Ini, Apa Rahsia Presiden PAS Nak Sampa...
- Mengapa Artis-artis Ini Dikecam Di Internet?
- 20 Tahun Dulu Saya Doakan Dia Masuk PAS - TG Haron...
- Mengapa Saya Pilh PAS? -Tan Sri Muhamad H/Mohd Ta...
- Salleh Man Paling Kuat Di P.Pinang, Tahniah!
- Lagi Bukti UMNO Gagal, PAS Perlu Ganti UMNO..
- 23 Sebab, Ubah Pemerintah 1 Tuntutan -Maufakat Ul...
- Tak Perlu Menangis, Puak UMNO Cerdik-cerdik?
- K/Pemuda BN T'ganu: 'Henti Tayang Video Lucah'. Pu...
- Perangkaaan: U/Islam Hilang Kuasa Bila PR Menang?
- Kes Scorpean Di Perancis: Americk & Cecil Akan Dis...
- Bimbang Budaya Keji Dlm Politik M'sia -Profesor Dr...
- K'tan: Lepas Rompak Minyak, Rompak Gas Pula.
- Lagi Bukti UMNO Gagal, PAS Perlu Ganti UMNO..
- Royalti: Rumah M/Milik RM100 J & 9 Tawaran Di Kel...
- Fokus Isu PRU13 Bukan Hudud -Tun Ibrahim
- Khutbah: Bagaimana Memilh Pemimpin & Parti?
- Seketul CANDU Bernama BRIM
- 'Najib Lebih Biijak Dari Nabi Muhammad', Ngeri, Hu...
- Helo Bro Umno! Bawa Mana Bendera PAS Yang Diturunk...
- Hukum Hudud Jadi Kenyataan Jika PR Menang -PAS
- Khianat Wang Rakyat, Guna Duit RISDA, Beli Undi?
- Ni, Kempen Gaya Nizar, Masuk Bilik Gerakan UMNO..
- Berhemah, Bukan Terjah Lucah, Aishah Turun Padang!...
- Herman Tino, Drs Rushdi Lawan Noh Omar..
- Malaysia Pimpinan BN, Jadi Hero Rasuah Dunia
- Pesawat Ringan Ini, Boleh Di Guna Dalam PRU?
- Fokus Isu PRU13 Bukan Hudud -Tun Ibrahim
- Video: Pesanan TG N/Aziz Untuk 5 Mei Ini...
- PRU 13: Abdul Hadi Jawab 33 Isu Sebarkan!
- Qardhawi Umum Depan N/Aziz, DS Anwar Layak Jadi PM...
- Tv Thai Siar, Najib Nazak 39%, Anwar Beraih 43%.. ...
- SPR Lembab, 7 Pengundi Pos Berulang?
- Taklimat Ustaz Hadi, Anak Muda Konvoi Treler N/Keb...
- Penculikan Ahlong Berleluasa, Bukti BN Gagal Memer...
- Zuna, Berjuang Melalui Lukisan & Kartun.
- Ada Cara Sendiri Memenangi Hati Masyarakat -Aisha...
- Rosmah Yang Bijak..
- Kerana RM.. Kazim Alias Lari, Lepak Di Markas UMNO...
- Ini, Muka Pengetua Sekolah Jadi Pengganas, Ugut Ka...
- Ni! Main Raba-raba, Dalam Majlis Najib.. Tarbiah U...
- SPR: Dakwat Tak Kekal Kerana Tak Goncng.. He He He...
- Siapsedia, SPR Mula Menipu? 4 Perkara Terbongkar!
- Allah Tunjukkan, 3 Perkara Ajaib, Berlaku Di P'ray...
- Kepada Pengundi Awal Dari Presiden PAS
- Politikkah Lagu Faizal Tahir & Yassin Ini? Juga T...
- Ini Bukti, Rakyat P.Pg Tidak Mahu Ubah Lagi...
- BN Akan Tumbang, Majlis Profesor Negara Sidang Ter...
- Analisis Terkini: Melayu Sokong PAS Naik Semula 45...
- 40,000 Pengundi Hantu Diseludup JPM, Ini!!!
- G/Musang: Siapa Penderhaka, Calon Disuruh Tolak Su...
- Bongkar, Mengapa Blogger MiloSuam Ditahan Polis?
- Gempar PAS Rampas Gua Musang Pula? 5 Orangkuat Ku ...
- Penipu! Memang Tv3 Suku.. Mana Ada Hindu Jadi Ahli...
- Jangan Hadiri Himpunan PR Tiruan.. -Arahan Dr Ran...
- Gambar Sambutan Kpd PR, Ranap BN Kali Ini..
- Ini Rahsia SPR Tipu Dakwat Tak Kekal? 35 Nama Munc...
- Cilok Gambar Pengantin Ini, Buat Iklan Kempen BN P...
- Lepas Undi, Berkhalwat. Itukah Tarbiah UMNO?
- Presiden PAS: Berdirilah Dengan Bangga, Yakin & Ji...
- Takbir Bergema, Ya Allah Hancurkan P/Hantu. Siapse...
- Angin Perubahan Bertiup Nyaman.. Ini Bukti..
- N/Aziz: Tak Percaya Hari Kiamat Tipu Nak Menang P...
- B/Artis Lagha, Mampu Jadi Politikus Islam. Sama-sa...
- PRU 13: Allah Tunjukkan 2 Perkara Lagi. Anak Zaid ...
- PRU 13: Allah Tunjuk 2 Jenis Manusia, 1 Pemaaf & 1...
- Lihat, Selambak IC " orang mati " Berterabur Di Si...
- PRU 13: Rakyat Gua Musang Perlu Tolak Penderhaka S...
- Pilih!! Bajet PR atau Bajet BN..
- Gambar Penyokong PKR Dibelasah Teruk Oleh Penyokon...
- Pertarungan Sengat, Tapi PR Di Depan -Kajian Merd...
- PRU 13: BN Raih 140 - 155 Kerusi Parlimen -Najib....
- Video: Amanat Kpd Pengundi: Nik Aziz & Abd. Hadi
- Mejar Zaidi Ditukar Serta-merta. SPR, Dari Menipu ...
Sebelum ini lihat !00 artikel bermula pembubaran parlimen..
E-Buku IH-66: PRU 13 (1), Bermulalah..
Subscribe to:
Posts (Atom)