Wednesday, May 08, 2013

Inilah Pendirian Husam Musa, Kalau Betul Berita Ini..


KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa tidak rasa dukacita walaupun tidak terpilih sebagai exco kerajaan negeri Kelantan seperti yang diumumkan kelmarin.

Beliau yang juga Adun Salor berkata, sebagai pejuang Islam beliau berjuang bukan kerana jawatan.


“Namun saya sedikit terguris kerana tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh sahabat-sahabat mengenai perkara ini yang boleh menimbulkan masalah kepada penyokong Pas di seluruh negara.

“Saya secara peribadi tidak mempunyai masalah tetapi biarlah penyokong menikmati kemenangan Pas di Kelantan terlebih dulu dan biarlah ia dilakukan secara tata susila.

“Malah tidak ada ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan Pas Negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baru,”
katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kota, di sini, semalam.


Menurutnya, sedangkan mesyuarat boleh membantu memperkukuhkan keputusan dan membulatkan pendirian apatah lagi pelantikan Menteri Besar sebelum ini diadakan mesyuarat terlebih dahulu.


Beliau bagaimanapun berkata, ketelusan dan sokongan secara bermesyuarat atas perkembangan penting tersebut membantu Pas terus utuh di bumi Kelantan.


Pihak yang sudah terlantik mempunyai kewajaran dan kelayakan mereka tersendiri. Inilah peluang mereka untuk membuktikan keikhlasan dalam menerajui perjuangan Islam yang syumul di era moden sekarang.

“Namun sebagai seorang aktivis yang masih kekal dengan idealisme ‘Islam adalah Terbaik dan Syumul’, saya selaku rakyat biasa Kelantan memohon tidak ada amalan kronisme diamalkan di semua peringkat selain amalan pemberian kawasan getah klon dan multi spesies dihentikan,"
katanya.


Beliau berkata, bukan itu sahaja pemberian kawasan perlombongan seeloknya dilakukan secara tender terbuka dan kedudukan amalan perladangan serta perlombongan YIK dan Yakion dikaji semula.

“Saya juga berharap Air Kelantan Sdn Bhd dikaji semula dan perjalanan Ladang Rakyat khususnya mengenai pertindihan dengan penerokaan rakyat dikaji semula.

“Jangan rombak atau hentikan susunan yang telah diatur bagi pembinaan Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai dan pembinaan Bandar Baru Sukan Bukit Merbau, Selising,” katanya.


Beliau juga berharap tuntutan royalti tidak dikendurkan malah terus diperjuangkan demi hak rakyat negeri ini. -Berita Dari Sinar Harian.

N/Aziz Jelaskan Mengapa Lepas Jawatan MB..


TG Nik Aziz bercakap kepada wartawan di atas tangga masjid di sebelah rumahnya selepas solat Zohor tengahari tadi

PENGKALAN CHEPA: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau telah membuat keputusan untuk tidak menjadi Menteri Besar Kelantan jika Pakatan Rakyat menguasai negeri itu tiga hari sebelum PRU 13 baru-baru ini.

Menurutnya, keputusan itu diambil berikutan beliau merasakan tidak begitu bertenaga lagi dari segi fizikalnya untuk menjawat jawatan yang tinggi di peringkat kerajaan. Beliau juga turut mengakui di hari mengundi beliau turun berkempen sehingga ke Pasir Mas, meninggalkan kawasan sendiri dan tidak sempat dilawati hingga ke hari ini.

“Hari itu memang saya tersangat letih, saya rehat di sebuah musallah,”ujarnya.

Bagaimanapun, beliau bersedia memikul tanggungjawab Mursyidul Am dan Pesuruhjaya sekiranya parti masih memerlukan khidmat beliau untuk memegang dua jawatan itu di peringkat negeri dan Pusat.

Jika sebaliknya, beliau akur dengan keputusan jemaah kerana perlantikan itu dilantik oleh PAS Pusat. Beliau berkata demikian kepada media di Masjid Pulau Melaka selepas menunaikan solat Zohor tengahari tadi.

Katanya, jika diukur dengan tempoh aktif dalam politik sejak tahun 1997 bermula dengan Ahli Parlimen, kadang-kadang terpaksa membawa kenderaan sendiri dari Kota Bharu-Kuala Lumpur, makan juga tidak teratur menyebabkan beliau kini semakin tidak berdaya.

“Maka saya bagitahu pada timbalan saya supaya menerima tanggungjawab itu dan saya syukur Tuanku Sultan Kelantan memahami dan menerima keputusan saya. Junjung kasih saya ucapkan pada Tuanku.

“Sekiranya di Kelantan ini tidak ada orang berkelayakan saya sanggup memegang lagi jawatan itu sampai matipun, tetapi apabila saya meneliti memang ramai lagi, jadi saya sanggup berundur,”ujarnya.

Beliau juga yakin orang yang menggantikannya mampu menjaga negeri di samping mempunyai ilmu agama yang tinggi. Pada masa yang sama, Tuan Guru mengucapkan tahniah kepada pengundi muda yang pulang untuk mengundi demi membuat perubahan.

“Insyaallah merekalah benih-benih untuk menyuburkan gerakan Islam pada masa depan,”ujarnya.

Berhubung dengan kuliah mingguannya di Dataran Ilmu, beliau akan meneruskannya sebagaimana biasa memandangkan ianya diumpamakan ‘nasi beras’ di akhirat nanti. Ketika ditanya berhubung harapan pada saf anggota exco yang baru, beliau mengharapkan mereka lebih baik memacu pentadbiran kerajaan Kelantan.

“Tentu saya mengharapkan yang lebih baik, tetap saya yakin sebab mereka mempunyai ilmu dan pengalaman yang tidak sedikit, tenaga muda untuk melihat Islam lebih bertenaga,”ujarnya.

Ketika ditanya berhubung bekas anggota exco Datuk Husam Musa yang tidak dilantik sebagai exco kali ini, beliau enggan mengulas lanjut. (Hrkh)

PAS Layak Dilantik MB Selangor. Siapa?





CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

ALHAMDULILLAH selesai sudah PRU 13. PAKATAN (PR) terus mempertahankan negeri-negeri yang dikuasainya, iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) majoriti 2/3.

  • Selangor - Pakatan 44, BN 12
  • Pulau Pinang - Pakatan 30, BN 10
  • Kelantan - Pakatan 33, BN 12
Di SELANGOR pula, BN 12, dan  PR 44.
PR terdiri dari:
  • PAS 15, 
  • DAP 15, 
  • PKR 14. 
Ertinya PAS sudah layak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor. Kalau  DAP tidak mungkin direstui Sultan Selangor kerana bukan Melayu. Sedangkan PKR kerusi yang didapatinya kurang dari PAS. Jadi, PAS sudah layak dan wajar dilantik sebgai MB Selangor.

Kalau ya, Siapa? Sedangkan seorang Tok Guru boleh pimpin dan makmurkan negara miskin seperti Kelantan?  Masalah kilang arak di Shah Alam perlu ditangani, dan banyak lagi yang perlukan pemimpin yang hebat dan berani. Itu hanya suatu cadangan, yang boleh difikirkan dan dipertimbangkan dengan saksama.

Wallahu'aklam.


Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
5 Mei 2013. KL

Sila lihat..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

MB K'tan Baru Dipilih Oleh TG N/Aziz Sendiri.


 


TUMPAT: Mungkin ramai tidak tahu, ketokohan Datuk Ahmad Yakob sebenarnya diwarisi daripada ayahnya, Tok Guru Haji Yaakob Ishak, pengasas Pondok Berangan.

Haji Yaakob pernah ditahan di bawah ISA bersama Nik Abdullah Arshad kerana lantang memperjuangkan Islam. Hari ini Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhamad V di Istana Negeri di Kubang Kerian, petang semalam. Ustaz Mad dilahirkan pada 1 Febuari 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan pada 1957. Di peringkat menengah belajar di Maahad Muhammadi.

Pada 1977 melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Selepas menamatkan peringkat ijazah dalam bidang Syariah menyambung pula di peringkat Diploma pendidikan di Ain Shams University Memulakan kerjaya awal sebagai pendidik di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Pernah mengajar di Sekolah Menengah Dabong, Kuala Krai.

Pada 1986 dipindah pula ke Sekolah Menengah Perempuan di Pasir Mas. Sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Rantau Panjang sebelum meletak jawatan dan bertanding di Dun Pasir Pekan pada pilihan raya umum 1995. Perwatakannya sederhana, tiada protokol yang menjadi penghalang biar pun mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan.

Rumahnya masih lama, rumah kayu. Hasil perkahwinan dengan Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, seorang pendidik mereka dikurniakan 12 orang. Rumahnya tidak jauh berbeza dengan rumah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sekarang beliau dipilih Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggantikan tempatnya. (IH)

2 Perkara Perlu Atasi, Guna Lambang & Dakwat Kekal

 

Oleh: sifuyus

Rumusan PRU13- Antara Penggunaan Lambang dan Dakwat Kekal

Kekecewaan bagi suatu kekalahan adalah sesuatu yang amat perit untuk kita terima. Di sebalik episod kelukaan dikatakan berpunca dengan mainan kotor sang penguasa, kita juga perlu merenung sebab-sebab lain kekalahan ini:Berdasarkan pemerhatian saya terdapat 2 perkara yang perlu diatasi bagi membantu memantapkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat ke Putrajaya  

1. Penggunaan Satu Lambang

Tanpa kita sedari kegagalan kita untuk mendapatkan kelulusan dari pihak ROS bagi penggunaan satu logo di dalam PRU yang lalu memberikan kesan yang bukan sedikit. Umum menyedari bahawa Sang Penguasa sentiasa memainkan isu perkauman dan agama sebagai modal untuk meraih undi. Dengan membiarkan Pakatan Rakyat menggunakan lambang parti masing-masing telah menyebabkan rakyat yang sentiasa dimomok-momokkan dengan isu-isu tersebut oleh media-media seperti Utusan, 

RTM dan TV3 mudah tersentuh dengan isu-isu yang dimainkan. Maka para pengundi Melayu mula menyakini bahawa DAP anti Melayu, orang Cina menyakini hudud akan dikenakan kepada semua orang dan pemimpin PKR terdiri daripada golongan tidak bermoral. Maka dengan melihat kepada lambang Roket dan Bulan, maka mudahlah ia dimanipulasi hinggakan pada suatu ketika apabila DAP cuba diharamkan pada minit-minit akhir sebelum penamaan calon, 

Calon-calon DAP terpaksa menggunakan lambang PAS dan PKR. Ini belum lagi kes pencalonan bertindih yang antara lain menyumbang kepada hilangnya beberapa kerusi yang seharusnya menjadi milik Pakatan Rakyat seperti di Dun Sg. Acheh dan Parlimen Kota Damansara Hal ini mungkin dapat diselesaikan jika lambang yang digunakan adalah sama. Hal ini tidak berlaku pada BN, walaupun yang bertanding itu MCA yang diwakili oleh orang Cina pernah menghina Islam dan hudud, orang UMNO yang diwakili oleh orang Melayu yang pernah menghina kaum Cina dalam isu 13 Mei dan Anti Melayu, 

Mereka dilindungi oleh lambang parti mereka iaitu Simbol Dacing. Keadaan ini memudahkan mereka menjalankan perang saraf dan keadaan itu kita boleh lihat apabila DAP menang besar di kawasan-kawasan yang ditandinginya, bercemperalah seluruh alam menyatakan orang Cina sudah tidak mengenang budi kerajaan.Walhal DAP hanya bertanding di kawasan-kawasan majoriti Cina yang rata-rata menentang calon MCA dan Gerakan.

Hal ini tidak pula menjadi buah mulut apabila tanpa masyarakat sedari, calon-calon Melayu yang mewakili PAS dan PKR juga turut tewas ditangan calon bukan Melayu di beberapa kawasan majoriti Melayu di Johor,Begitu juga sekiranya ada ahli parti yang tidak bersetuju dengan pemilihan calon untuk bertanding di satu-satu kawasan pilihanraya,sebagaimana yang berlaku pada Naib Ketua Wanita UMNO, Puan Kamalia di mana mereka tidak punya pilihan kecuali bertanding sebagai calon bebas. Maka undi kepada BN tidak terpecah dua Maka hal ini perlu diperjuangkan semula. 

2. Isu penggunaan dakwat Keka

Dari maklumat-maklumat yang diperoleh, punca undi rosak di kebanyakan tempat mengundi ialah berpunca dari dakwat itu sendiri. Ini berpunca apabila dakwat yang melekat pada kertas undi tersebut. Pakatan rakyat perlu memperjuangkan agar kaedah penggunaan dakwat kekal itu diubah iaitu dicelup selepas pengundian dibuat. Ini dapat membantu mengelakkan berlakunya undi rosak. Selain itu dari sumber maklumat dari pengundi-pengundi di Saluran 1 juga dikatakan menggunakan dakwat dijari tersebut sebagai alat untuk memangkah undi. Hal ini sangat dikesali dan ia amat perlu diperbetulkan kembali serta dijelaskan oleh pihak Pakatan Rakyat kepada pihak SPR untuk tujuan penambahbaikan. (TKO)

12 Adun Pakatan Pahang, Jadi Pembangkang Terkuat.


 
TEMERLOH: Pakatan Rakyat (PR) Pahang buat pertama kalinya bakal menjadi pembangkang yang  kuat dan berkesan apabila berjaya menghantar 12 orang wakil ke Dewan Undangan Negeri  (Dun) Pahang, iaitu kurang dua kerusi untuk menafikan 2/3 BN.


Dua YB baru dari Pahang, Andansura dan Nasrudin

Daripada 12 kerusi tersebut tiga dari PAS, dua PKR dan tujuh DAP yang dimenangi dalam pilihan raya umum (PRU) 13 semalam.

PAS menambah satu kerusi (Dun) lagi iaitu Tanjong Lumpur di samping berjaya mengekalkan kerusi Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pada PRU 2008 yang lalu.

Yang Dipertua PAS Kuantan Rosli Abdul Jabar, di Dun Tanjong Lumpur mendapat 9,090 undi mengalahkan lawannya Tengku Zulkifli Tengku Ahmad dengan majoriti 796 undi.

Di Kuala Semantan, penyandang Syed Hamid Syed Mohamad mengalahkan Mohd Anuar Mohd Yunus dengan kelebihan  2,685 undi. Syed Hamid mendapat 12,101 sementara Anuar 9,416 undi,

Aktivis anti Lynas Andansura Rabu di Beserah pula berjaya mendapat 15,346 undi mengalahkan Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Hazmi Yusof  dengan majoriti besar 3,987 undi.

PKR yang tidak menang kerusi Dun sebelum ini, menghantar wakilnya Lee Chean Chung dari Semambu yang mendapat 14, 753 undi dan Sim Chon Siang dari Teruntum yang memperolehi 12,385 undi. Majoriti masing-masing ialah 3,200 dan 4,437 undi.

DAP yang sebelum ini hanya menang di Triang dan Tras, kini menguasai Tanah Rata (Leong Ngah Ngah: 7,878 undi), Mentakab (Tengku Zulpuri Tengku Puji: 7,882), Bilut (Chow Yu Hui: 8,663), Ketari (Lee Chin Chen: 10,050), Sabai (D. Kamache: 4,439) dan Triang (Leong Yu Man: 10,076) dalam pengundian semalam.

Sementara itu Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah yang sebelum ini bertahan selama lima penggal di Triang berjaya di Tanah Rata mengalahkan calon BN dari MCA iaitu penyandang Datuk Ho Yip Kap.

Leong mendapat 7,878 manakala Ho mendapat 4,734 undi. Setiausaha DAP pula terus unggul di Tras.

DAP yang bertanding tujuh kerusi semuanya, mencipta rekod dengan memenangi semua kerusi ditandingi.

Bagi kerusi parlimen pula PR Pahang berjaya menambah  dua kerusi lagi iaitu Parlimen Temerloh dan Raub. Sebelum ini PKR hanya menguasai Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan Tantawi berjaya mengalahkan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah yang juga penyandang, dengan kelebihan 1,070.

Nasrudin mendapat 28,267 berbanding Saifuddin 27,197 undi. (Hrkh)

PR Mennag 7 Ahli Parlimen Melayu Bertambah. DUN.....

Oleh Suhaimi Saad
Kecoh sekarang ini ahli parlimen Malaysia ramai yang bukan Melayu. Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yang parah.. DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan Gerakan. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi contoh:-

Kerusi Parlimen :-


1. Rafizi (PKR) menang lawan Gary Lim (BN) - Pandan.
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang lawan S. Murugesan (BN) - Kota Raja.
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang lawan Tan Kok Eng (BN) - Bandar Tun Razak.
4. Imran Hamid (PKR) menang lawan Kong Cho Ha (BN) - Lumut.
5. Datuk Arif (DAP) menang lawan Hoh Khai Mun (BN) - Raub.
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang lawan V.S Mogan (BN) Telok Kemang.
7. Khairil K. Johari menang lawan Teh Leong Meng (BN) Bukit Bendera.

Kesimpulannya :


Menang Pakatan Rakyat bermakna tujuh Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan tujuh ahli parlimen Melayu

Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang lawan S. Ananthan (BN) – Lunas, Kedah.
2. Datuk Anuar Abdullah (PAS) menang lawan Tan Ken Ten (BN) – Kota Lama, Kelantan.
3. Azan Ismail (PKR) menang lawan Datuk Toh Chin (BN) – Bandar, Terengganu.
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang lawan Datuk Chuah Boon (BN) – Mentakab, Pahang,
5. Mohd Rashid (PKR) menang lawan Wong Mun (BN) - Pantai Jerjak, Penang.
6. Dr Idris (PKR) menang lawan K. Parthiban (BN) – Ijok, Selangor.
7. Aminul Huda (PAS) menang lawan Teo Yew (BN)- Parit Yani, Johor.
8. Abdullah Husin (PAS) menang lawan M. Sorianarayan (BN) – Puteri Wangsa, Johor.

Orang bertanya kepada saya bagaimana pula seorang Melayu, Ghani Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Saya katakan Ghani Othman cari penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.

Kalau Umno masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh menang. Melayu UMNO undi siapa? Saya senaraikan.

1. Parlimen Simpang Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah lawan Liang Teck Meng (BN).
2. Parlimen Tanjong Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah lawan Wee Jack (BN)
3.Parlimen Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah lawan Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah lawan Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Datuk Mahfoz Mohd (PAS) kalah lawan M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah lawan Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah lawan Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah lawan R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah lawan Datuk Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah lawan Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah lawan Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah lawan Pang Yuk Ming (BN)

Masih percaya dakyah Umno. Umno menipu kita selama ni dengan memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yang merosakkan Melayu dan menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin Umno. Hentikan main isu perkauman jika anda tak tahu fakta sebenar.

* Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pahang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails