Thursday, May 23, 2013

Begini, Nasib Pembunuh Jutawan Datuk Sosilawati..

FotoNASIB Pathmanahan (dua dari kiri) dan tiga tertuduh lain ditentukan hari ini.

KEMASKINI
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 julai 2011.

Katanya sebagaimana dipetik Sinar Harian online, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Pada 12 Sept 2010 polis mengesahkan jutawan kosmetik itudan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting.

Tiga lagi ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. (hRKH)
 














Gambar: Mursyidul Am PAS TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut bekas suami Sosilawati, Bukhairi Mohamed (kiri) ketika menziarahi keluarga Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak tiga tahun lalu

Shah Alam: Bebas atau gantung sampai mati? Nasib bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya T Thilaiyalagan, R Matan serta R Kathavarayan yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir akan membuat keputusan pada akhir kes pembelaan itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan selama tiga hari pada 14, 15 dan 21 Mac lalu.
Perbicaraan kes bunuh yang menggemparkan negara itu bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari.

Seramai 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang meliputi tempoh dua tahun. Selain itu, 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan, 44, Thilaiyalagan, 22, Matan, 23, dan Kathavarayan, 33, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohamad, 38. (myMetro)

Lihat kisah terperinci sebelmnya..
E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'
E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'

Pegawai Tabung Haji Ditangkap Khalwat Dg Isteri Orang..

GEORGETOWN - Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama rakan sekerja di sebuah bilik penginapan.

Menurut sumber, wanita itu dicekup ketika sedang berdua-duaan dengan pegawai kanan Tabung Haji Pulau Pinang di Kompleks Tabung Haji, Bayan Baru, malam Isnin lalu.

Wanita itu ditahan bersama pasangannya selepas suaminya membuat laporan kepada pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) setelah mengesyaki ada sesuatu yang berlaku apabila mendapati isterinya tidak muncul ketika datang menjemput pulang.

Difahamkan, selepas menerima laporan, sepasukan pegawai penguatkuasa JHEAIPP membuat pemeriksaan di lokasi dilaporkan dan mendapati seorang lelaki dan seorang wanita berada dalam sebuah bilik.

Kedua-duanya didapati tiada hubungan mahram serta gagal mengemukakan dokumen pernikahan kemudian dibawa ke pejabat JHEAIPP untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Seksyen Negeri Pulau Pinang 1996.(IH/SS)

Adam Adli Didakwa Pagi Ini, Mengapa?



KUALA LUMPUR: Lebih 50 orang penyokong aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim hadir di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini, pagi ini bagi memberi sokongan kepada Adam yang akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Adam telah ditahan di bawah Seksyen 4(1) C Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan di Bangsar Utama pada 18 Mei lalu berhubung ucapan beliau pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor 13 Mei lalu.

Adam, 24, disiasat kerana ucapannya pada satu forum di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor 13 Mei lalu. Turut hadir peguam N. Surendran, S Ambiga dan juga bapa Adam, Abdul Halim Abdul Hamid. Pada awalnya keadaan menjadi sedikit kecoh apabila pihak polis tidak membenarkan penyokong Adam Adli memasuki pekarangan lobi mahkamah.

Namun keadaan kembali reda apabila perbincangan dilakukan antara penyokong dengan pihak polis. (Hrkh)

Dadah Berbahaya: Saiful Apek Diarah Bela Diri

SAIFUL APEK (baju belang) bersama dua daripada tiga rakannnya iaitu Shaiful Baharom (baju putih hijau) dan Shah Zainatul (belakang) dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam. 

HALAMAN HIBURAN
SHAH ALAM - Pelakon dan pelawak Saiful Apek yang sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah kanabis ke dalam badan bersama tiga pekerjanya pada tahun lalu diperintahkan membela diri terhadap tuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Majistret di sini pada 25 Jun 2012. Abdul Alim dalam penghakimannya berkata, Mahkamah Majistret terkhilaf ketika membuat keputusan terhadap Saiful Apek dan tiga rakannya kerana beliau tidak nampak ada kelompangan dalam kes pendakwaan.

"Oleh itu, mahkamah mengetepikan semua perintah yang dibuat oleh majistret sebelum ini dan mahkamah perlu mendengar kes tersebut," katanya.

Selain Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohamed Yusoff, 43, turut diarah membela diri ialah Shah Zainatul Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 29, Shaiful Baharom, 25, dan Noremy Mohamad, 29. Mahkamah menetapkan keempat-empat tertuduh itu membela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 27 Mei ini.

Mereka berempat didakwa menggambil dadah kanabis di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam 12 Jun 2010. Dakwaan terhadap keempat-empat tertuduh dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid ketika membebaskan kesemua tertuduh sebelum ini telah mengemukakan lima elemen utama berhubung penghakiman beliau. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kesian, hasil dari masyarakat pincang.

Bunuh Diri Anti Kahwin Gay, Femen Bogel Dada Bantah Dia..


BEBERAPA anggota polis menangkap seorang wanita yang diberikan pakaian selepas dia mendedahkan payudaranya di dalam gereja Notre Dame di Paris semalam. 

Wanita dedah payudara di dalam gereja ditangkap
PARIS - Seorang wanita yang mendedahkan payudaranya di dalam gereja Notre Dame telah ditangkap oleh beberapa anggota polis di sini semalam. Dia yang merupakan anggota kumpulan yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia, Femen ditangkap semasa dia melakukan perbuatan tersebut.

Wanita itu yang hanya memakai seluar panjang dan kasut memegang sepucuk pistol palsu yang dihalakan ke kepalanya semasa dia melakukan tunjuk perasaan. Dia melakukan tunjuk perasaan bagi membantah kejadian seorang penulis dan aktivis, Dominique Venner, 78, yang menembak mati dirinya di sebuah ruang di dalam gereja tersebut kelmarin.

Venner menembak mati dirinya sendiri bagi membantah perkahwinan gay yang diluluskan pentadbiran Presiden Perancis, Francois Hollande. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Awas, wabak jahat Fermern melanda Malayia..

DIAM, Rapper Perancis Peluk Islam

 le rap de diams
HALAMAN HIBURAN

DI TENGAH-TENGAH rancak dan kalut nya perdebatan nasional di Perancis berkaitan dengan tudung kepala/jilbab/hijab, seorang rapper Perancis telah mengejutkan semua peminatnya dengan mengumumkan bahawa beliau telah memeluk agama Islam dan memilih untuk mengenakan jilbab.

Mélanie Georgiades, yang juga terkenal dengan panggilan nama "Diam" ini, telah melakukan “transformasi lengkap”. Sejak tahun 2009, Diam sudah mulai bersara dari aktiviti nyanyian rap, Namun baru-baru ini bekas rapper Perancis itu membuat penampilan baru di televisyen dengan citra barunya.

Diam yang muncul dalam sebuah wawancara TV eksklusif dengan stasyen TV TF1 Perancis, untuk berkongsi tentang pengalaman masa lalu nya ,mengenai keterlibatannya dengan ketagihan ubat-ubatan terlarang, narkotik, dan hingga beliau pernah di masukkan ke rumah sakit jiwa sampai lah ke tahap dia menemui ketenangan dari Islam.

Hidayah ini datang kepadanya secara tidak disengaja,kata nya,pada mula nya dia sangat tertarik ketika melihat seorang teman Muslimnya bersolat.

Diam mengatakan dia telah berkahwin selama lebih dari setahun dan sekarang dia baru sahaja menjadi ibu, dan sudah menjauh dari kehidupan yang bergantung kepada ubat-ubat penenang,ubat-ubat terlarang dan narkotik. Dalam wawancara TV-nya itu dia mengatakan dia “beralih keyakinan ke Islam adalah hasil dari keyakinan peribadinya sendiri , setelah dia memahami dan membaca Al-Quran.”

Ketika ditanya tentang pemakaian jilbab di Perancis, sebuah negara yang telah melarang jilbab itu , dia berkata: “Saya percaya bahawa saya hidup dalam masyarakat yang toleransi, dan saya tidak merasa terluka hati oleh kritikan, ataupun penghinaan dan stereotip negatif. ”

Ditanyakan oleh pewawancara-nya tentang mengapa dia memakai jilbab sementara banyak juga wanita Muslim tidak memakainya dia menjawab: “Saya melihatnya (jilbab itu) sebagai perintah Allah , ini membawa kebahagiaan di hati saya dan bagi saya ini sudah cukup. ”

Diam yang mengatakan bahawa dengan memeluk Islam dia mendapatkan ketenangan dan kedamaian dan bahawa zaman lalu nya sudah tidak sesuai dengan hidupnya lagi, yang saya tahu sekarang saya menjadi tahu apa tujuan keberadaan saya, dan mengapa saya di sini di Bumi Allah ini. ”

Membahas bagaimana hidupnya sebelum menjadi muslimah, Diam mengatakan: “Saya dahulu sangat terkenal dan saya memiliki apa yang setiap orang terkenal miliki, tapi saya selalu menangis dan meratap sendirian di rumah"

Dia menambahkan: “Saya sangat ketagihan ubat-ubatan, termasuk narkotik dan berhalusinasi dan dirawat di rumah sakit jiwa untuk pulih, tapi ini sia-sia sampai saya mendengar salah sseorang teman Muslim saya mengatakan ‘Saya mahu solat dahulu dan akan kembali , jadi saya mengatakan padanya bahawa saya ingin solat juga'.

Mengingati saat itu, Diam itu mengatakan: “itu adalah pertama kalinya saya menyentuh lantai dengan kepala (bersujud) , dan tiba-tiba saya memiliki perasaan yang kuat bahawa saya tidak pernah mengalami (kebahagiaan ini) sebelumnya, dan saya percaya sekarang bahawa berlutut dalam doa, tidak harus dilakukan kepada siapa pun selain untuk Allah. ”

Diam mengatakan bahawa dia pindah ke Mauritius untuk mempelajari Al-Quran, dan memiliki pemahaman yang lebih baik tentang Islam, dan toleransinya Islam.


Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Wednesday, May 22, 2013

Isteri Penjaga Gawang Harimau Malaya Sudah Berhijab. Tahniah!


Leuniey Bertudung
SUKAN 

Al-hamdulillah!! Menurut Sedaka Sejhtera.com Leuniey Isteri kepada Penjaga Gawang Harimau Malaya Sudah Berhijab.. 
Menurutnya, dalam tak sedar, sudah hampir 5 bulan pasangan ini melangsungkan perkahwinan. Dan pada bulan Mac yang lepas, para peminat telah dikhabarkan dengan berita mengatakan Leuniey sudah pun mengandungkan anak Khairul Fahmi Che Mat.
 

"Tidak dapat dipastikan samada benar atau tidak khabar angin tersebut, namun selepas melihat akaun Instagram Leuniey baru-baru ini, isteri kepada penjaga gol kebangsaan itu dipercayai sudah berhijrah.

"Menerusi laman Instagramnya, Leuniey dilihat selesa dan tidak kekok memakai tudung. Dia yang berusia 22 tahun ini juga kelihatan lebih cantik dan menawan dengan tudung yang dipakainya." Kata blog itu lagi.
Weblog Ibnu Hasyim ucap tahniah.

Gambar Lagi2 DI SINI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails