Friday, July 05, 2013

Mesir Belum Normal, Lihat Putar-belit Berita Ini...

Foto

Kembali normal

 Iskandariah (Mesir): "Alhamdulillah, suasana di sini kembali normal setelah seminggu penunjuk perasaan anti-Morsi berkampung. Cuma kedengaran bunyi helikopter berlegar di udara sepanjang hari," kata selebriti TV dan Duta Aman Palestin, Farrah Adeeba Mohamed Ashraf, 35, yang kini berada di Iskandariah, Mesir bersama anak dan adik-adiknya bagi menghadiri kelas bahasa Arab & Al-Quran sejak awal Jun lalu.

Menurutnya khemah penunjuk perasaan yang memenuhi taman berhampiran rumahnya sejak minggu lalu juga telah tiada.

"Sepanjang minggu lalu kami hanya keluar untuk menghadiri kelas pada waktu pagi kerana itulah waktu penunjuk perasaan tidur. Perasaan berdebar sudah pasti ada namun secara umum suasana agak tenang antara waktu pagi hingga zohor," katanya ketika dihubungi semalam.
Bagaimanapun katanya keadaan kembali tegang dari waktu asar hingga ke lewat malam, dengan laungan anti Morsi, perarakan sepanduk, letupan mercun, tari menari serta bunyi hon kereta bertalu-talu.



"Kebanyakan masyarakat di sini meraikan penggulingan Morsi. Namun seorang rakan rakyat Mesir memberitahu saya dalam nada sedih, 'Mesir melalui hari-hari yg aneh. Mereka yang dibenci dan dianggap sebagai musuh rakyat sewaktu revolusi dua tahun lalu, hari ini dirai bagai pahlawan. Mesir kembali dikuasai tentera,'" ujarnya.


Selain itu Farrah juga sering berkomunikasi dengan pelajar di sini yang tidak berapa takut kerana protes kali ini lebih 'kecil' berbanding revolusi dua tahun lalu.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Yang dipertikai dan diputarbelitkan... 
  • 'Kebanyakan masyarakat di sini meraikan penggulingan Morsi'??,
  •  'Mesir melalui hari-hari yg aneh. Mereka yang dibenci dan dianggap sebagai musuh rakyat sewaktu revolusi dua tahun lalu, hari ini dirai bagai pahlawan. Mesir kembali dikuasai tentera'??. 
  • Lihat berita ' Gelombang Penyokong Mursi Sedang Banjiri Bulatan Rabiah...
  • Dan lihat sebelum ini...
    E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
    E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Mesir-M'sia, Kesamaan Dalam Pencabulan Demokrasi.


Mohammed Morsi a Piazza Tahrir (Ansa)
Mesir Dan pencabulan demokrasi
Ketika artikel ini ditulis saya baru sahaja menjejakkan kaki di tanah air selepas 13 hari berada di tanah suci Makkah.

Berita pilu tragedi demokrasi yang dicabul di Mesir menjadi bahan bualan para jemaah di sana dalam keadaan hiba mengenangkan peristiwa.

Kebetulan di Malaysia pun baru sahaja tamat PRU 13 dan masih terasa sakitnya parut luka robekan demokrasi Malaysia yang tidak jauh bezanya dengan Mesir.

Sejarah Mesir menyaksikan puluhan tahun demokrasi dicabul dan menyaksikan pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak sejak puluhan tahun yang mewarisi kekebalan dan kebebalan diktator demokrasi Jamal Abdul Nasir.

Ikhwan Muslimin selaku pelopor gerakan Islam dunia selepas kejatuhan khilafah Uthmaniyah Turki, memilih untuk menyertai jalan demokrasi semenjak sekian lama dan selama itu IM menjadi pembangkang terkuat di dalam parlimen Mesir.

Sesungguhnya demokrasi merupakan ciptaan barat dan para ulama Ikhwan Muslimin sedia maklum tentangnya. Mereka memilih jalan ini atas faktor memilih mudharat yang lebih kecil berbanding jalan revolusi atau mengangkat senjata.

Adakah para ulama Ikhwan takutkan bahaya dan maut? Oh, tidak sama sekali. Mereka bukan takut malah cintakan mati syahid sebagai cita-cita tertinggi.

Sudah ribuan pejuang Ikhwan syahid dibunuh perisik askar Mesir selama ini dan tidak kurang yang meringkuk di dalam jeriji besi. Malah sejarah menyaksikan pengasas Ikhwan, As-Syahid Hassan Al Banna menemui syahid di hujung senapang.

Sebenarnya mereka tidak sekali-kali takutkan maut. Bagi mereka biarlah menentang sekular secara aman sekalipun darah sebagai tukaran dalam masa sama negara aman tanpa mengorbankan rakyat yang tidak bersalah.

Sama halnya dengan Malaysia.

Bukan sahaja pada PRU13 sahaja baru PAS mengetahui demokrasi ciptaan barat dimanipulasi oleh penguasa untuk mengekalkan rejim, sebagaimana Hosni Mubarak memanipulasi SPR Mesir untuk kekal berkuasa, malah sejak PRU pertama lagi para alim ulama pelopor PAS maklum akan hal ini.

Namun ia tidak dijadikan alasan untuk bermudah-mudah menukar medan perjuangan kepada revolusi jalan raya atau mengangkat senjata.

Menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, ada seruan penuh semangat berkobar-kobar menggesa PAS memboikot sebagai tanda protes ditipu.

PAS hormati pandangan tersebut.

Namun mengecewakan apabila ia disusuli dengan ejekan sesetengah pihak yang memperlekehkan PAS mengatakan PAS penakut dan tidak berani.

Tuduhan yang sungguh tidak berasas kerana dalam sejarah politik negara, sudah ramai pejuang-pejuang PAS yang ditangkap, di ISA, dipenjara, dibelasah malah ada yang dibunuh.

Lihat tragedi Memali, peristiwa berdarah Lubuk Merbau, dan tragedi Samad Gul menyaksikan para ulama PAS dan para pejuangnya dibunuh dengan kejam tanpa pembelaan.

Lihat pula era millenium, siapa yang menjadi benteng hadapan siri-siri demonstrasi BERSIH, kalau bukan petugas-petugas pemuda PAS daripada Unit AMAL yang siap sedia dibelasah, dibelantan dan dipukul FRU.

Sesungguhnya kami para pemuda PAS sudah sebati dengan seruan jihad yang menjadi jalan perjuangan kami dan syahid sebagai cita-cita tertinggi kami.

Kami para pemuda PAS tidak mudah melatah dengan sebarang provokasi murahan.

Kami juga tidak tahan melihat segala penipuan yang berlaku. Kami juga sukar untuk menerima kekalahan disebabkan tipu daya SPR. Kami juga marah dengan putar belit Pengerusi SPR yang menjadi budak suruhan BN. Kami juga tidak rela melihat calon-calon kami kalah dengan cara pembohongan.

Darah muda kami membuak-buak untuk protes di jalan raya. Unit AMAL kami senantiasa bersiap sedia untuk turun berdemonstrasi. Para pemuda jihad kami pun sudah bersiap siaga untuk syahid!

Namun kami ada ulama yang berpandukan Quran dan Sunnah untuk membimbing perjuangan ini.

Andai hari ini Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk berjuang secara revolusi di jalan raya dan tiupan semboyan jihad dibunyikan, nescaya ratusan ribu ahli PAS akan turun dan kami akan berada di saff paling hadapan sebagai benteng pertahanan!

Justeru sekarang ayuh kita rapatkan saff untuk menggempur Umno BN di Kuala Besut.

AllahuAkbar!

Syarhan Humaizi Abdul Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman. 

Gelombang Penyokong Mursi Sedang Banjiri Bulatan Rabiah

Penyokong Presiden Mesir Muhammad Mursi solat berjamaah bermohon untuk menyelamatkan presiden Islam tersebut di Lapangan Masjid Raba El-Adwyia, Kaherah, Rabu (3/7). (REUTERS/Khaled Abdullah )
 
Suasana kota Kaherah pada Khamis pasca-penggulingan Presiden Mohammad Mursi secara relatifnya tenang, namun warga Ikhwanul Muslimin pendukung Mursi bergelombang menuju Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah, Kaherah Timur.

Gelombang massa dari Ikhwanul Muslimin itu mulai datang pada petang Khamis waktu tempatan.

"Mursi pahlawan kami, Badie pemimpin kami," teriak orangramai, merujuk pada penggulingan Presiden Mursi dan penangkapan terhadap Mursyid/Pemimpin Tertinggi Ikhwanul Muslimin, Mohammad Badie.

Mursi dikenai tahanan rumah segera setelah penggulingannya pada malam Rabu (3/7), sementara Badie dan Wakil Moursyid, Khairat Al Shater ditangkap pada hari Khamis atas perintah mahkamah.

Kedua pemimpin tertinggi Ikhwanul Muslimin itu dituduh bertanggung jawab atas terkorbannya lapan orang dalam aksi penyerbuan dari pendukung pembangkang terhadap Markas Besar Ikwanul Muslimin di Daerah Moqattam, Kaherah awal minggu ini.

Pejabat Markas Besar Ikhwanul Muslimin itu dibakar oleh penyerbu dan barang-barangnya dirampas seperti komputer, meja, kerusi, bahkan daun pintu.

Pejabat berita rasmi Mesir, MENA, melaporkan bahwa selain penangkapan terhadap Badie dan Shater, juga Ketua Partai Kebebasan dan Keadilan -- sayap politik Ikhwanul Muslimin -- Saad Katatni, dan lebih dari 300 pendukung Mursi di Kaherah dan di berbagai wilayah.

Sementara itu, jaringan television nasional tempatan dan TV asing dilarang pihak berkuasa untuk menyiarkan tunjuk perasaan massa Ikhwanul Muslimin yang kini membangkang tindakan tersebut.

Pelarangan itu berlaku segera setelah Mursi digulingkan, dan television hanya menyiarkan perhimpunan pembangkangyang gegap gempita merayakan kemenangan tuntutan mereka.

Adapun television yang dianggap menyokong Moursi, yaitu Misr25 bukan saja dilarang, tapi langsung ditutup, begitu pula Al HafizTV dan Al NasTV bernasib serupa, dihilangkan dari udara.

Di sisi lain, Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa 11 orang terkorban dan 506 orang cedera di 17 wilayah akibat pertempuran pendukung dan anti-Mursi pasca-penggulingan.

Meskipun suasana kota Kaherah sehari setelah penggulingan itu relatifnya tenang, namun pejabat-pejabat, bank, dan kedai-kedai umumnya masih belum dibuka.

Ketika berita ini dikirim pada petang Khamis, massa Ikhwanul Muslimin terus bergelombang datang memenuhi Bulatan Rabia.

Ikhwan Muslimin anjur bantahan besar-besaran

KAHERAH - MESIR - Ikhwan Muslimin bakal mengadakan bantahan secara besar-besaran sebagai tindak balas kepada rampasan kuasa yang dibuat pihak tentera yang membawa kejatuhan Presiden, Mohamed Morsi, semalam.

Gabungan itu menggesa orang ramai bagi menyertai bantahan yang bakal diadakan selepas solat Jumaat, hari ini.

Tentera Mesir semalam mengeluarkan kenyataan melalui Facebook mendakwa hak membantah secara aman tidak boleh disalah gunakan kerana ia boleh membawa kepada rusuhan.

“Protes secara aman dan kebebasan bersuara merupakan hak semua rakyat,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, Ikhwan Muslimin adalah sebahagian dari rakyat Mesir dan mereka dijemput untuk mengambil bahagian dalam membina sebuah negara.
Video 1  
Video 2

(Hrkh) 

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Morsi Didakwa Badan Kehakiman Isnin ini

 Format jet tempur militer Mesir saat pengambilan sumpah Presiden Mesir baru, Adli Mansour, Kamis 4 Juli 2013 Format jet tempur militer Mesir saat pengambilan sumpah Presiden Mesir baru, Adli Mansour, Kamis 4 Juli 2013

KAHERAH - MESIR. Sumber kehakiman mendakwa, pihak pendakwaan bakal menyoal siasat Presiden Mohamed Morsi dan puak-puaknya, Isnin ini di atas caj menghina badan kehakiman.

Antara pemimpin Ikhwan Muslimin lain yang bakal didakwa termasuklah Ketua Politik, Saad al- Katatni, Mohamed al- Beltagui, Gamal Gibril dan Taher Abdel Mohsen.

Ketua Tentera, Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penyingkiran Morsi dari jawatan presiden, Rabu lalu selepas berlaku protes besar-besaran oleh kumpulan anti-Morsi yang mahu pemimpin itu digulingkan.

Selepas penyingkiran Morsi, Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour pula bakal menjadi presiden interim negara itu.

Morsi dan pemimpin kanan lain turut diharamkan daripada disiasat dalam penglibatan jenayah mereka semasa dipenjarakan pada tahun 2011. (SH)


Ratusan ribu penduduk Mesir tuntut presiden Mursi untuk mundur.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Ucapan Mohammed Morsi Selepas Rampasan Kuasa



APA yang saya lihat sekarang, adalah bahawa terdapat percubaan terdesak untuk revolusi ini dicuri, supaya kita boleh kembali semula, jadi kita boleh mula semula, yang saya benar-benar menolak, saya tidak terima dan saya tidak bersetuju dengannya.
Dan saya telah mengarahkan kepada semua kuasa-kuasa, dalam institusi, pasukan keselamatan dalaman, dan angkatan tentera, bahawa peranan mereka dalam mengekalkan keselamatan negara, harus dijadikan satu peranan penting dan jelas, dan mereka menghentikan pertumpahan darah, dan mereka juga melindungi legitimasi, yang kita semua perolehi sebagai hasil daripada pilihan raya presiden dan sebelum itu pilihan raya Parlimen dan selepas itu referendum perlembagaan.

Jadi orang-orang, yang merupakan anak-anak negara ini, diminta untuk melindungi legitimasi dan untuk melindungi negara ini, dan legitimasi perlembagaan dan legitimasi undang-undang, dan bahawa suara rakyat, rakyat negara ini yang telah menegakan legitimasi ini, menjadi sebab untuk melindungi negara ini.

Tidak ada jalan lain daripada legitimasi perlembagaan dan undang-undang yang berkuat kuasa sekarang. Kita mesti meneruskan ke arah pilihan raya parlimen, dengan langkah-langkah yang segera, untuk membentuk Parlimen baru.

Kita mesti melindungi perlembagaan, yang ditulis dan di mana telah dijalankan referendum, dan yang telah diluluskan oleh 64% daripada orang-orang Mesir, dan telah ditetapkan dalam kandungan artikel, dan yang telah diselesaikan oleh badan kehakiman Mesir, di mana telah diputuskan oleh beberapa mahkamah, salah satu yang merupakan mahkamah perlembagaan berdasarkan perlembagaan ini.

Bukan itu sahaja, malah mahkamah perlembagaan itu dirombak, menurut perlembagaan ini. Dan kini, ia menuntut agar perlembagaan ini digantung, saya dengan tegas menolaknya dan menyeru kepada anda untuk melindungi dan berpegang kepadanya, dan tidak menerima apa-apa alternatif selainnya.

Satu-satunya pilihan untuk anda, saya mengumumkan kepada anda, bahawa saya adalah presiden Mesir yang dipilih, dan perlembagaan Mesir dihormati oleh semua, dan bahawa undang-undang Mesir yang berkuat kuasa, sehingga ammendents yang perlu dibuat dilaksanakan, dalam mengikut perlembagaan ini.

Pilihan raya parlimen perlu diadakan, di bawah pengawasan juduciary penuh dan diuruskan oleh jawatankuasa pilihan raya, yang dikenali dan ditakrifkan dalam Perlembagaan ini, dan bahawa pilihan raya ini akan dijamin oleh angkatan tentera, dan sebelum itu, Kementerian dalaman dan polis.

Dunia sedang memerhatikan kita, dan kita tahu diri kita, kita dapat mengatasi halangan. Kita adalah anak-anak Mesir di negara ini, ini adalah kehendak orang-orang Mesir, dan kehendak ini tidak boleh dibatalkan dengan peredaran satu tahun.

Bagaimana ini boleh berlaku? Dan dunia apakah yang kita hidup di dalamnya? Kita hidup dalam dunia yang bercakap tentang demokrasi.

Tidak boleh ada demokrasi khas yang hanya sesuai untuk Mesir sahaja, demokrasi mesti menjadi hak orang Mesir kepada kebebasan, dan mengamalkan demokrasi seperti yang ia telah diketahui dan ditakrifkan oleh dunia ini. Demokrasi, pilihan majoriti, dan untuk mengikuti sekali hasil daripada proses ini telah diumumkan. Hasil daripada proses ini telah diumumkan, jadi mengapa kita mahu menghentikan kemajuan ini.

Adakah kita mahu pertumpahan darah? Kita tidak boleh menerima demikian itu dan saya menyeru kepada anda supaya menghentikan pertumpahan darah, dan tidak jatuh ke dalam ‘lembah peperangan’, kerana jika itu berlaku, negara ini akan berada dalam bahaya yang besar.

Kita kini berada di hadapan cabaran sejarah yang besar. Kita semua akan berdiri di hadapan Allah untuk mengira, supaya Allah akan bertanya kepada kami: Apakah yang kamu lakukan dengan apa yang telah diamanahkan kepada anda? Jadi di sini saya membuat tawaran kepada anda, satu-satunya tawaran, dan itu adalah untuk berpegang kepada kebenaran dan demi perlembagaan untuk terus di bawah naungannya, selepas ia telah diterima pakai dalam referendum besar yang berlaku pada 25 Disember 2012 lalu , dan di mana kita hidup untuk 6 bulan lepas sehingga sekarang.

Tiada perlembagaan yang lain, ia tidak boleh, dan ia tidak boleh diterima, saya tidak boleh menerima ini semua, dan saya tidak meluluskan untuk anda bertarung, saya memerintahkan anda untuk tidak berperang keatasnya , dan saya tidak menerima supaya mundur ke belakang. Dan saya tidak menyetujui untuk diri sendiri membiarkan wujud perlembagaan baru.

Perlembagaan berubah setiap beberapa bulan adalah huru-hara dan tidak mempunyai undang-undang dan tidak mempunyai rujukan, ia adalah mundur bagi negara kepada keadaan lama, apabila kita telah memutuskan bahawa negara ini menjadi stabil selepas revolusi 25 Januari.

Orang terhormat, rakyat Mesir di mana-mana, di mana sahaja anda berada, ini adalah negara kita, ini adalah negara kita, dan kita hidup di dalamnya di bawah langit Tuhan kita, dan kita tahu kebenaran semua mengenai perancangan jahat terhadap kami dan anda juga tahu. Dan anda sedar bahawa perancangan jahat terhadap kita itu adalah besar.
Dan saya bercakap kepada anda semua, saya bercakap kepada anda semua, kepada penyokong dan pembangkang dan badan kehakiman, dan pekerja-pekerja, petani dan orang-orang kementerian dalaman dan orang-orang angkatan tentera dan seluruh rakyat Mesir, anda adalah anak-anak Mesir, dan pemilik negara ini, anda adalah orang-orang yang mampu melindungi keselamatan dengan restu Tuhan.

Dan tanggungjawab terbesar sekarang, adalah bahawa kita memastikan keselamatannya dan rakyatnya dan menjaga darah mereka daripada tumpah melalui berpegang kepada perlembagaan yang telah kita bawa bersama-sama, saya berdiri dengan anda dan saya berdiri di antara kamu.

Saya akan terus dengan anda untuk melindungi perlembagaan ini, dan saya tidak mempunyai penghalang, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, bulan lalu, minggu lalu, hari yang lepas dan sekali lagi sekarang. Saya bersedia untuk semua orang untuk datang ke meja, dan bagi saya untuk duduk, berunding dengan semua, dan mengadakan dialog dengan semua, dari penyokong dan pembangkang dan inisiatif yang telah saya sebutkan kepada anda hari ini, bahawa saya diterima dan kira-kira yang anda tahu semua butiran sekarang, supaya kita dapat menyelamatkan negara kita melalui dialog ikhlas berkesan, dan bergerak ke hadapan.

Jika sebaliknya berlaku, yang akan menjadi tanggungjawab mereka yang telah memaksanya. Tanggungjawab mereka di hadapan Allah dan sejarah dan rakyat negara ini. Tiada siapa yang telah diberi kuasa oleh rakyat negara ini, yang dimiliki oleh rakyat negara ini, tiada siapa yang boleh memaksakan pendapat mereka menggunakan kuasa ini, mereka tidak mempunyainya, walaupun saya sendiri. Saya tidak mengenakan tekanan kepada rakyat untuk memastikan mereka daripada menjejaskan hasrat mereka, yang tidak boleh diterima oleh saya atau oleh orang lain.

Jadi, kita semua berpegang kepada perlembagaan, kita semua hormati undang-undang, kita semua sayangkan negara kita, Mesir, kami cintakan negara Grand Arab, kita suka dunia ini kita hidup di dalamnya, kita suka menjadi warganegara dunia ini, yang menyeru untuk keamanan, dan melaksanakan apa yang membawa ke arahnya, dan melaksanakan tugas-tugas mereka.

Dan di sini saya melaksanakan tugas saya kepada anda semua. Tiada alternatif kepada legitimasi, tidak ada alternatif kepada perlembagaan, tidak ada alternatif kepada undang-undang, tidak ada alternatif terhadap menghormati kehendak (ramai).

Saya menghargai bahawa ada pembangkang yang kuat dan berkesan. Tetapi saya juga melihat sokongan yang besar. Dan saya lihat di belakang saya dalam sejarah baru-baru ini, setahun yang lalu, maka enam bulan yang lalu, kehendak rakyat, yang telah terjejas melalui proses undang-undang, dan telah mengambil tempat di dalam satu proses yang diluluskan oleh semua, dan diterima oleh semua, dan kami telah tinggal di bawahnya selama setahun, dan itu adalah bukti penerimaan dan bukti ke arah berkenaan dengan perlembagaan, dan ia adalah bukti bahawa tidak ada alternatif kepadanya.

Tetapi, apabila kita sampai hari ini dan mengatakan bahawa kita mesti berhenti kemajuan ini dan kembali ke persegi satu lagi, ini tidak membawa kita ke hadapan dan tidak meletakkan kita dalam kedudukan untuk pembangunan sebenar, dan tidak membawa kita lebih dekat untuk menjadi benar-benar bebas dalam negara kita. Kami tidak menerima bahawa sesiapa mengenakan kehendak mereka.

Orang-orang ini, telah matang, dan mempunyai kesedaran yang cukup untuk melindungi diri mereka sendiri, darah, maruah, kebebasan dan legitimasi di mana mereka tinggal. Ini adalah mesej saya kepada anda, saya menyatakan dengan jelas. 3 Saya dengan anda, berdiri dengan anda di Mesir, di atas tanah, untuk melindungi legitimasi dan menjalankan urusan kami pemikiran, dan bahawa Allah mengawasi segala-galanya.

Wahai orang Mesir, ketahuilah , bahawa kita tidak boleh menjadi pelindung agama kita lebih daripada kemampuan Allah mampu. Dan tidak boleh menjadi pelindung negara ini melebihi daripada kemampuan Tuhan kita, dan kita bekerja di bawah harapan menjadi adil, kita mahu keadilan untuk negara kita, kita mahu kebebasan untuk semua rakyat Mesir, kita mahu melindungi legitimasi sudah didirikan, dan kita mahu keadilan sosial.

Saya menyeru kepada semua orang, untuk menjadi penjaga bangsa ini, dan untuk melindungi legitimasi ini, perlembagaan dan undang-undang. Dan "tahu bahawa Allah adalah menang, tetapi kebanyakan manusia tidak tahu". Ia adalah di tangan Allah, dan kita hanya mempunyai kehendak kita di tangan kita, dan saya mengumumkan di sini bahawa kita cintakan negara ini, dan kepatuhan kita kepada legitimasi yang telah didiri dan tidak ada cara selain jalan itu, dan tiada jalan belakang daripadanya .

Saya mengucapkan terima kasih, dan saya menawarkan hormat dan kasih sayang saya, dan mahukan anda semua berjaya, dengan anda dan melalui anda dan dengan rahmat Allah dan kita akan bergerak ke hadapan, dan Allah akan membantu kita. Memberkati anda semua. As-salam ‘alaikum ...

Diterjamah daripada Facebook
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman. 

Guling Morsi AS Di Belakang, El Baradei Presiden?

Mohamed Mursi saat dikawal pasukan kepresidenan Mesir Mohamed Mursi saat dikawal pasukan kepresidenan Mesir

MOHAMED Morsi, pemimpin berjiwa rakyat dan juga seorang hafiz, diangkat sebagai Presiden Mesir melalui pilihan raya bebas pertama dalam sejarah negara itu akhirnya digulingkan, dalam rampasan kuasa kedua di Mesir, kelmarin.

Tarikh itu genap setahun beliau dipilih sebagai presiden, 30 Jun tahun lalu, selepas protes besar-besaran rakyat menggulingkan Hosni Mubarak yang memimpin Mesir secara kuku besi selama 30 tahun pada Februari 2011. Morsi menerima undi 13.2 juta, iaitu 51 peratus undian semasa pilihan raya tahun lalu, menewaskan pesaingnya, Ahmed Shafik yang juga perdana menteri era pemerintahan Mubarak.

Persoalannya, adakah rakyat dahulunya menyokong Morsi dan partinya Ikhwanul Muslimin berpaling tadah terhadap pemimpin mereka? Atau adakah Morsi menjadi mangsa terbaru dalam percaturan politik kuasa luar di bawah pimpinan Amerika Syarikat (AS) yang disalurkan melalui pemberontakan berterusan rakyat Mesir dengan sokongan tentera negara itu?

Arab Spring jadikan AS selesa

Tatkala pengumuman penahanan Morsi tersebar, pastinya AS dan sekutunya berasa lega dan memikirkan tindakan selanjutnya. Nasib Morsi dan penyokong Ikhwan Muslimin belum diketahui, kebangkitan rakyat sudah pasti tercetus, kematian akan berlaku malah bumi Mesir terus bergolak dan bermandikan darah.

Setiap hari pasti ada tragedi baru menimpa Mesir. Tetapi semua pergolakan bercirikan Arab Spring menjadikan AS negara paling selesa. Seorang pegawai pemerhati di Pentagon menyatakan, hubungan AS dengan Mesir berdasarkan kerjasama keselamatan. Kedua-duanya dilihat berada dalam kancah bahaya.

Keutamaan tentera Mesir dalam hal ehwal dalaman masih dalam catuan. Sekiranya kebangkitan rakyat terus berlaku maka AS menjadikan ia sebagai peluang untuk campur tangan. Drama Pentadbiran Obama mengikut skrip lama ketika pemerintahan Hosni. AS berusaha meletakkan dirinya sebagai orang tengah dalam pentadbiran Mesir dan kemudiannya meninggalkan negara itu kucar kacir.

Pergolakan di Mesir menarik perhatian banyak pihak kerana situasi berlaku mempunyai hubungan rapat dengan nasib dunia Islam. Namun, adakah lawatan Obama ke Mesir dengan membawa misi dunia Barat sebagai sandiwara supaya dapat mengembalikan hubungan rapat antara Barat dengan Islam melalui kerajaan Mesir, iaitu teraju proksinya di Timur Tengah.

AS pernah cuba berbaik dengan masyarakat Islam dengan mahu berkhutbah di Universiti Kaherah namun hasrat itu tidak tercapai. Jika diamati, sejarah hubungan Mesir dengan Barat, keadaannya tidak banyak berubah. Pertembungan antara dua tamadun berpunca daripada konflik dalaman negara berterusan.

Situasi yang wujud sebenarnya adalah permusuhan antara dua proksi berbeza budaya. Pergolakan dalaman negara Islam itu sendiri antara golongan pro-Barat dengan pro-Islam tidak akan ada titik noktahnya. Masing-masing menganggap fahaman, pendekatan, dan amalan politik yang mereka canangkan adalah paling hampir kepada amalan demokrasi tulen.

Obama dalam ucapan sulung sejurus penggulingan Morsi berazam membantu menyelamatkan negara-negara yang berada dalam keadaan huru-hara. Beliau menggesa tentera Mesir melepaskan kuasa kepada kerajaan awam yang dipilih secara demokrasi dan menentang menangkap Morsi tetapi masih memberikan dana AS$1.5 bilion (RM4.7 bilion) bagi membantu ekonomi dan ketenteraan setiap tahun.

“Perkongsian AS dan Mesir adalah berdasarkan kepentingan bersama dan kami akan terus bekerjasama denganMesir untuk memastikan peralihan Mesir ke arah demokrasi,” katanya.

Campur tangan AS bermula ketika Obama menasihati Morsi mendengar suara rakyat ketika kali pertama protes tercetus di negara itu, tiga bulan selepas beliau menjadi Presiden. Kongres AS menjadi sumber tuntutan penyaluran bantuan buat pembangkang rejim dan setiap kali protes rakyat tercetus Obama dengan mengkritik dasar pemimpin yang tidak mahu mendengar tuntutan rakyat. Walaupun beliau tidak menyatakan siapa atau di mana namun berulang kali ingatan itu disuarakan.

Buktinya, media Barat menyatakan pendirian Obama menyokong ‘kerajaan Mesir’. Namun, kerajaan terdahulu atau kerajaan sementara yang dibuat dengan tergesa-gesa, semalam?

“Kami mengambil kedudukan di belakang kerajaan ini dan akan membantu untuk bergerak ke hadapan. Kami bersedia menyalurkan bantuan ketenteraan jika mereka inginkan bantuan. Mungkin kumpulan individu yang ditahan akan bangkit bersama kuasa lain. Oleh itu kita perlu berhati-hati demi keselamatan rakyat ,” antara ucapan beliau di Washington, semalam.

Jika benar, sokongan Obama berpihak kepada 'kerajaan sementara Mesir' maka beliau layak digelar sebagai manusia bertopengkan syaitan atau talam dua muka kerana melakukan usaha berterusan untuk menjatuhkan umat Islam dan negara Islam sejagat.

Boneka AS bakal jadi presiden?

Jika dilihat semula perkembangan politik di negara itu, selepas kejatuhan Hosni, negara Barat menyokong pembangkang Mesir, Mohamed El Baradei untuk diangkat sebagai Presiden. Kini, khabar angin mula bertiup kencang mengenai kemungkinan El Baradei dilantik sebagai Presiden Mesir selepas kejatuhan Morsi.

Media melaporkan, Ketua Tentera Abdel Fattah al-Sissi bertemu dengan El Baradei, Ketua Ulama Masjid Al-Azhar dan Ketua Paderi negara untuk membincangkan perjalanan politik Mesir beberapa jam sebelum kata dua diberikan tentera kepada Morsi tamat, kelmarin. El Baradei, pemenang Anugerah Nobel Keamanan pernah mengetuai Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memang diketahui sebagai pilihan utama AS.

Malah, Timbalan Pengerusi Ikhwanul Muslimin, Khairat al-Shater awal tahun ini memaklumkan AS menggesa Morsi melantik El Baradei sebagai perdana menteri. Beberapa persoalan perlu dijawab bagi merungkai faktor sebenar kejatuhan Mesir. Bagaimanakah campur tangan AS selaku wakil dunia Barat dalam mengambil kesempatan pemberontakan rakyat di Mesir?

 Apakah kepentingan AS dengan kerajaan yang ada di Mesir? Benarkah tercetusnya pemberontakan disebabkan masalah ekonomi melanda Mesir sejak akhir-akhir ini? Apakah kebangkitan rakyat Mesir tiada kaitan sama sekali dengan kebangkitan kuasa Islam di Palestin yang begitu rapat dengan gerakan Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Islamiyah di Mesir? (IH)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Konflik Mesir, Pandangan PM Najib





LONDON - ENGLAND - Rakyat Malaysia perlu mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.
 
Perdana menteri berkata perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.
 
"Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan oleh kita," katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan kerja empat harinya ke London pada Khamis.
 
Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.
 
Perdana menteri berkata apa yang penting bagi Mesir adalah untuk mencari penyelesaian secara aman selain memastikan proses pilihan raya diadakan di masa terdekat, dengan dijalankan secara adil dan inklusif.

Namun begitu, beliau menegaskan peristiwa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir, "walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi."
 
"Diharap kerajaan baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, yang dapat menjaminkan kestabilan jangka panjang negara itu," katanya.
 
Mengenai tindakan rakyat di beberapa negara termasuk Malaysia yang enggan menerima keputusan pilihan raya umum yang dilaksanakan secara demokrasi dan pemimpin dipilih secara sah melalui proses demokrasi, Najib berkata apa yang penting ketidakpuasan hati perlu disuarakan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan Negara.
 
"Inilah yang akan menjamin apa juga yang kita lakukan itu berdasarkan kepada undang-undang dan perlembagaan negara kita," katanya.
 
Najib kemudian berlepas pulang ke tanah air setelah berada di London sejak Isnin, dan sebelum itu menghadiri Dialog Perkongsian Pintar Global di Dar es Salam, Tanzania. - Bernama


Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman. 


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails