Friday, July 26, 2013

Pidato As-Sisi Umum Perang Saudara Mesir -Ikhwan Muslimun


Bayan Ikhwanul Muslimun Menanggapi Pidato As-Sisi Mengumumkan Perang Saudara
Abdel Fattah al-Sis, seorang pengkhianat Mesir..

MENANGGAPI pidato As-Sisi yang meminta agar rakyat Mesir turun kejalan dan memberikan mandat kepada militer dan polis untuk menindak aksi kekerasan, Ikhwanul Muslimun menyatakan bahawa pidato itu menegaskan:
  •  As-Sisi adalah penguasa sesungguhnya di negeri ini. Kerana dia yang meminta rakyat untuk turun ke jalan agar memberi mandat kepada militer dan polis untuk menghabisi terorisme. Dengan otoritas apakah dia mengatur polis? Kalau bukan kerana dia penguasa sesungguhnya?
  • Pidato ini juga membuktikan bahawa apa yang dilakukannya benar-benar kudeta militer murni. Kudeta yang akan mengembalikan kita ke negara polis, diktator, dan fasis. Negara yang selalu merampas kebebasan dan kemuliaan rakyatnya.
  • As-Sisi menuntut dan menyerang pihak lain yang dia culik dan saat ini masih dia sekap. Presiden Mursi yang sah secara demokratis. Seakan Mursi menjadi Sandra seperti yang dilakukan para mafia. Bukankah yang adil kalau rakyat mendengar dari kedua belah pihak? Presiden Mursi diberi kesempatan berbicara?
  • As-Sisi berkeras untuk mengkhianati sumpah, dan mengkudeta segala sesuatu yang sah. Dia membiarkan semua bawahan untuk mengkudeta atasannya. Ini adalah ajakan untuk masuk ke dunia yang penuh kekacauan.
  • As-Sisi mengajak kita kepada pilihan raya yang baru, setelah dia menarik mundur kita ke titik nol. Padahal sudah berapa kali kita ikuti pilihan raya, dan selalu saja team penyokong As-Sisi kalah dalam pertarungan? Apakah pilihan raya yang diinginkannya adalah legitimasi memenangkan kelompok kecil yang akan mengalahkan kelompok besar pilihan rakyat?
  • Pada dasarnya, militer adalah milik seluruh rakyat. Tapi kudeta ini telah menjadikan militer milik sekelompok kecil orang, untuk melawan kelompok lain yang lebih besar. Kelompok yang besar ini diberi nama MUSUH. Tindakan seperti ini akan berakibat memecah rakyat, bahkan juga memecah militer. Setelah itu, di manakah keamanan Mesir?
  • As-Sisi telah memaksa militer bermain dalam politik yang bukan tugasnya. Tugas militer adalah melindungi negara. Pada tahun 1967 militer berpolitik, maka Mesir kalah dalam melawan Yahudi. Pada tahun 1973 militer meninggalkan politik, Mesir menang gemilang.
  • Ketika melakukan kudeta, As-Sisi berdalih memenuhi tuntutan rakyat. Sekarang dia menuntut rakyat untuk turun ke jalan melindungi kudeta. Rakyat yang dia maksud adalah minoriti yang turun pada 30 Jun dengan propaganda tv sehingga terlihat sangat besar, hingga puluhan juta kata mereka. Di waktu yang sama, dia tidak mahu melihat rakyat yang sebenarnya majoriti, tunjuk perasaan di Kairo dan propinsi yang lain, menuntut kembalinya pemerintah yang sah.
  • Rakyat majoriti ini tidak sekadar berunjuk rasa beberapa jam seperti rakyatnya pada 30 Jun. Sudah 4 minggu banyak bundaran dipenuhi dengan tuntutan kembalinya pemerintah yang sah.
  • Masalah paling berbahaya dalam pidato As-Sisi adalah ajakan untuk turun jalan, memberikan mandat untuk menumpas apa yang disebutnya sebagai tindak kekerasan dan terorisme. Ini adalah ajakan untuk memulai perang saudara, menumpah darah rakyat Mesir di jalan-jalan. Padahal di waktu yang sama dia selalu mengatakan sayang dan cinta kepada rakyat. Ketika melakukan kudeta, dia juga berdalih menghindari perang saudara. 
  • Padahal para pendukung Presiden Mursi selalu menjaga keamanan dan kedamaian. Orang yang bertindak keras dan melakukan kekacauan adalah para pemimpin kudeta, polis, para penembak jitu, dan penjahat bayaran mereka. Cukuplah bukti bahawa selama 3 minggu tunjuk perasaan, jumlah yang mati syahid 200 orang lebih, semuanya terkena peluru tajam. 
  • Belum lagi ribuan korban luka, ratusan tahanan, perampasan harta, penutupan televisyen. Lebih dari 100 orang yang mati syahid jatuh pada saat mereka shalat subuh di depan Garda Republik. Sampai sekarang, korban masih berjatuhan. Pembunuhan tidak mengecualikan kaum hawa juga. Apakah tindakan ini dilakukan oleh orang yang takut kepada Allah swt?
  • As-Sisi selalu mengatakan telah menasihati Presiden Mursi. Ini tidak benar. Yang benar, dia menipu dan mengkhianati Presiden yang merupakan atasannya. Padahal Presiden Mursi sangat memperhatikan dan menghormati lembaga militer. As-Sisi juga tidak menasihati kelompok lain yang selalu berusaha menurunkan Presiden Mursi dan membubarkan seluruh lembaga hasil demokrasi. Kelompok ini selalu melakukan demonstrasi yang anarkis, merusak istana presiden, pejabat-pejabat  Ikhwanul Muslimun, FJP, dan pejabat parti-parti penyokong lainnya.
  • Presiden Mursi sudah mengajukan peta jalan, sebagai solusi krisis politik ini. Peta jalan ini disetujui seluruh partai Islam. Hanya partai sekular yang menolaknya. Setelah kudeta, As-Sisi mengumumkan peta jalan yang tidak lain adalah fotokopi milik Presiden Mursi. Hanya ditambah penurunan Presiden Mursi dan pembekuan konstitusi. Sehingga tujuan yang sebenarnya jelas, menurunkan Presiden Mursi dan membekukan konstitusi.
  • Militer Mesir tidak akan mahu terpecah. Tidak akan mengarahkan senjatanya kepada rakyat Mesir. Tidak akan mahu menjadi tentara partisan dan sektarian. Kepolisan juga tidak akan berubah menjadi milisi-milisi pembunuh.
  • Rakyat Mesir tidak akan gentar, tunduk dan takut kepada ancaman-ancaman. Mereka akan mempertahankan kemerdekaannya. Mereka tidak mau berkubang lagi dalam ruang sempit rejim diktator, dan negara polis. Cukuplah mereka menderita selama 60 tahun. Mereka tidak akan menjual kemuliaan dan kemerdekaan demi untuk mempertahankan hidup.
  • Kami menimpakan As-Sisi tanggung jawab setiap tetes darah rakyat Mesir pada kejadian-kejadian ini.
Ikhwanul Muslimun, 15 Ramadhan 1434/24 Juli 2013.
(IH/msa/sbb/dkw)

Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Thursday, July 25, 2013

Jom Manfaatkan Waktu Sahur..Masa Pencari Cinta Di Stasiun Takwa..


KETIKA mendengar kata sahur, seringkali terbayang sebuah aktiviti makan-minum sebelum Subuh, kerana esok harinya akan menjalani ibadah puasa. Alangkah indahnya bila kita merenung waktu sahur dari sudut yang lain.

Sahur adalah penggal waktu sepertiga malam terakhir. Rasulullah SAW menghiasi waktu sahur dengan sujud dan istigfar serta menyempurnakan tahajudnya (qiyamullail). Begitu indahnya waktu sahur, sehingga Al Quran menyebut di antara tanda-tanda orang bertakwa yakni mereka yang memohon ampunan Allah di waktu sahur. (QS. 3 ayat 17 dan QS 51 ayat 15-18).
Pada waktu sahur, ketika banyak kegiatan manusia masih mendunia, para pencari cinta justru menghiasi waktu sahurnya dengan merintihkan doa dan istighfar, kerana mereka meyakini yang disampaikan Rasulullah SAW.
  • ''Allah SWT akan turun setiap malamnya ke langit dunia ketika tersisa seperti malam. Lalu Allah SWT berfirman, ''Siapa yang memanjatkan doa kepada-Ku, maka Aku akan mengabulkannya. Siapa yang memohon, maka Aku akan memberinya. Siapa yang meminta ampunan, Aku akan memberikan ampunan untuknya. (HR. Bukhari 1.145, Muslim 758).
Hadis ini memberikan perumpamaan, betapa Allah menyingkap hijab malam pada waktu sahur untuk mendengarkan doa dan mengampuni dosa-dosa hamba yang merintih memohon pengampunan dan mengharapkan kasih sayangNya. Maka tenggelamkanlah dirimu dalam keasyikan berjumpa wajah Ilahi. (QS. 13:31).

Suatu saat Aisyah RA bertutur bahwa Rasulullah SAW bersabda,
  • ''Aisyah, izinkan aku tahajjud.'' 
Aisyah menjawab,
  • ''Ya Rasulullah, aku senang engkau bersamaku, tetapi aku lebih senang bila engkau beribadah.''
Lalu, Rasulullah SAW mengambil gharibah (tempat air terbuat dari kulit), beliau berwudlu dan shalat tahajjud. Pada saat beliau tahajjud, Siti Aisyah mendengarkan isak tangis yang menyesak dada bagaikan suara air yang menggelegak, tanah tempat beliau sujud basah kerana tetesan air mata.

''Menjelang Subuh, Bilal menemui Rasulullah SAW yang tampak wajahnya masih basah kerana air mata. Bilal berkata, 
  • ''Ya Rasulullah, mengapa engkau menangis? Bukankah Allah SWT sudah mengampuni dosa-dosamu?  
Rasul menjawab, 
  • 'Apakah engkau tidak suka jika aku menjadi hamba yang bersyukur?''
Subhanallah. Betapa Rasulullah SAW Al Musthafa, Sayyidul Mursalin menghiasi waktu sahur dengan memperbanyak sujud, membasahi keheningan malam dengan isak tangis sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. Lantas, bagaimana dengan kita? Makhluk yang bergelimang dengan dosa. Sosok manusia yang masih memiliki hati yang hitam pekat kerana munkarat.
Adakah kita membiarkan kesempatan emas pengampunan Ilahi pada waktu sahur? Ikutilah rombongan pencari cinta yang terkumpul di stasiun takwa untuk menggapai ridha Ilahi (QS.2;207).

Lihatlah, betapa indahnya saat sahur, ketika langit-langit membukakan pintu-pintu maghfirah, menyambut hamba-hamba yang telah gelisah, dinista sejuta dosa yang terpenjara dalam belenggu hawa nafsu. Maka, jangan biarkan waktu sahur berlalu tanpa makna. Wallahu a'lam. (IH/ROL)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak. 

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

Kenapa BN Menang & Tingkatkan Majoriti?

Oleh MalaysianInsider


ANALISIS BERITA: Sebagaimana diramal, Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dengan meningkatkan jumlah majoritinya dari 2,434 pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kepada 2,952 undi di kerusi berhampiran dengan kubu kuat PAS di Kelantan.


Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman menang bergaya kali ini dengan mengalahkan calon PAS, Endut @ Azlan bin Yusof atau lebih dikenali masyarakat setempat dengan nama Che Long, dengan majoriti yang lebih besar.

Benar Che Long popular di kalangan masyarakat setempat iaitu 71.6 peratus lebih dikenali berbanding calon BN 14.2 peratus (tidak kenal kedua-duanya, 14.2 peratus) berdasarkan kajian Ilham Centre, tetapi popular tidak semestinya disukai.

Ini kerana, mengikut kajian Ilham Centre, sebuah badan pengkaji pilihan raya, 77.2 peratus dari pengundinya memilih faktor parti calon berbanding hanya 12.8 peratus faktor keperibadian calon.

Kajian juga menunjukkan 82.7 peratus pengundi Kuala Besut yakin dengan kelebihan BN yang mempunyai sumber kewangan yang besar.

Sebagaimana didedahkan oleh PAS, BN yang membelanjakan hampir setengah bilion ringgit atau RM19,000 bagi setiap pengundi untuk pilihan raya ini berjaya memenanginya.

Kenapa pengundi Kuala Besut tidak mengundi calon PAS?

Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN.

Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.

Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.

Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.

Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.

Isu-isu yang dimainkan PAS dalam menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan menggunakan kuasa wang mereka.

Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?

PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu.

Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?

Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.

Ia menghantar signal salah kepada pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.

Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan masa depan lebih cerah. – 25 Julai, 2013. 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

Mesir, Jumaat Ini: Saya Akan Hadapi ‘Terorisme’ Ikhwan -Abdel Fattah al-Sisi

Abdel Fattah al-Sis, seorang pengkhianat Mesir..

KOMANDAN Militer Mesir Abdel Fattah al-Sisi menyerukan demonstrasi nasional pada hari Jumaat memberinya mandat untuk melawan  kekerasan dan terorisme yang datang dari penyokong Presiden Mohammad Mursi Islam.

“Saya minta … Jumaat depan semua  orang jujur  ​dan orang terpercaya  Mesir untuk keluar (Berdemonstrasi)  , “kata Sisi
“Kenapa keluar?  Agar Mereka memberikan mandat kepada  saya untuk menghadapi kekerasan dan potensi terorisme. ”

Hampir 200 orang terkorban dalam pertembungan sejak penggulingan Mursi, Militan Islam di Sinai juga melakukan serangan berkelanjutan  terhadap pasukan keamanan, menurut Associated Press

Pendukung  Mursi telah menuduh pasukan keamanan bersekongkol dan berkonspirasi untuk dapat menyalahkan mereka atas serangan serangan kekerasan itu. Dalam sebuah pernyataan, Ikhwanul Muslimin memperingatkan akan Rencana Fitnah dari  badan-badan keamanan dan intelijen untuk merencanakan serangan kekerasan untuk meneror warga dan kemudian berusaha untuk menghubungkan insiden ini kepada para pengunjuk rasa damai.”

Pihak berwenang malah menuduh pendukung Mursi melakukan  kekerasan sejak Mursi disingkirkan dari kekuasaan. Tokoh Senior Ikhwanul Muslimin,  Essam al-Erian mengatakan panggilan dari pihak militer  untuk demonstrasi pada hari Jumaat adalah ancaman yang nyata dan hal itu tidak akan menghentikan aksi demonstrasi protes pro-Mursi.

“Ancaman tidak akan menghentikan jutaan massa untuk berdemonstrasi,” tulis El-Erian pada halaman Facebook-nya, Rabu, ia  menyebut al Sisi sebagai “pemimpin kudeta yang membunuh wanita, anak-anak dan mereka yang sholat.”

Gerakan Tamarud, Mesir yang berada di balik protes besar-besaran terhadap Mursi, mengatakan akan mendukung aksi panggilan militer di hari  Jumaat.

“Kami menyerukan kepada orang-orang untuk turun ke jalan pada hari Jumaat menyokong angkatan bersenjata mereka,  kami menyokong dan senang untuk memainkan perannya dalam menghadapi kekerasan dan terorisme yang dilakukan oleh Ikhwanul Muslimin,” pemimpin Tamarud , Mahmoud Badr kepada Reuters .


Sementara itu di Kuala Lumpur, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menganjurkan Himpunan Solidariti Ummat bersama Rakyat Mesir mengutuk rampasan kuasa terhadap Presiden Dr Mohammad Morsi 26 Julai ini.

“Himpunan ini dianjurkan bersama antara DPPM, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mahasiswa,” ujar Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan.  (IH)

 Sila lihat..
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.
E-Buku IH-75: Dr Mohamed Mursi, Mujahid Akhir Zaman.

Che Long: Tugas Kita kerana Islam, Bertekad Terus Bantu Rakyat Miskin.


 



BESUT: Calon PAS Azlan@Endut Yusof atau lebih dikenali dengan panggilan Che Long menyifatkan kekalahannya dalam pilihan raya kecil Kuala Besut merupakan perkara biasa.

Katanya, jika beliau berjaya memenangi kerusi ini barulah ia dilihat luar biasa.

Malah tambahnya, kekalahan beliau itu bukanlah satu perkara yang pelik kerana rakyat di Kuala Besut mendapat banyak duit melalui projek-projek yang ditawarkan oleh Umno BN dengan nilaian hampir setengah bilion.

"Selaku calon PAS dan bendahari PAS saya hendak tengok projek mega ini dilaksanakan sebagaimana dijanjikan.oleh BN," katanya dalam sidang media lewat malam tadi di Markaz Besar PRK Kuala Besut di Kampung Baharu.

Ketika ditanya aoa perancangannya selepas ini, Che Long memberitahu beliau akan terus bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan menggunakan pengalaman ini sebaik mungkin bersama-sama parti dan rakyat. Menjawab pertanyaan wartawan tentang faktor kekalahannya, Che Long dengan pantas menjawab ..

"Che Long lawan kerajaan Malaysia". Bagi Che Long tugas di dalam parti adalah amanah yang perlu dilaksanakan bukanlah untuk menjadi calon semata-mata.

"Tugas kita kerana Islam, tidak berebut untuk menjadi calon. Mungkin empat tahun lagi ada calon yang lebih baik dari.Che Long," katanya menjawab sama ada beliau akan dipilih menjadi calon untuk pilihan raya umum ke-14 nanti.

Che Long turut mengucapkan jutaan terima kasih buat petugas-petugas PAS dan jentera parti dari luar dan dalam yang turun berkempen dalam PRK semalam. Sementara itu, Che Long turut berjanji akan membantu membina rumah beberapa orang penduduk di Teluk Bayu selepas ini.

"Insyallah saya akan tunaikan janji ini. Rumah mereka sangat daif seperti rumah padi. Saya akan bantu sekuat mungkin," katanya.

Che Long kelihatan tenang sepanjang sidang media yang berlangsung, kemudian beliau sempat bersalam dan mengucapkan tetima kasih kepada para petugas  media yang membuat liputan sepanjang 12 hari berkempen di sini. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

E-Buku IH-76: PRK Kuala Besut

Gadis Tahanan Dikahwini Dulu Sebelum Dihukum Mati.


Tentera Basij Iran
ANGGOTA Basij Iran dilaporkan sangat ditakuti kerana dilaporkan kerap melakukan hubungan seks terhadap tahanan wanita yang masih perawan, sebelum tahanan wanita itu dihukum mati. Perkahwinan ini adalah "ritual" wajib, kata salah satu anggota tentera Basij tersebut.

Salah seorang anggota tentera yang tidak mahu disebutkan namanya mengatakan, ini adalah sebahagian perintah dari pemimpin tertinggi Iran Ali Khameini. Kepada The Jerusalem Post, anggota tentera ini mengatakan bahawa pada masa berumur 18 tahun dia pernah diberi "kehormatan" oleh Khameini untuk sementara waktu "menikahi" tahanan wanita muda sebelum mereka dijatuhkan hukuman.

Di negara penganut Syiah ini, adalah haram melaksanakan hukuman mati terhadap wanita jika tahanan tersebut masih perawan, demikian menurut salah seorang bekas anggota Basij.

Dikutip dari laman Muslimdaily, kerajaan menetapkan pesta "perkahwinan" semalaman sebelum tahanan wanita dijatuhkan hukuman. Wanita tersebut disuruh melayani nafsu seksual lelaki. Setelah digauli suami "barunya", maka tahanan wanita sudah "halal" untuk dilaksanakan hukuman.

"Aku sangat menyesal, walaupun perkahwinan itu sah dan halal di sini", kata bekas tentera tersebut kepada Jerusalem Post.

Beberapa tahanan wanita diberi ubat tidur untuk membuat mereka tidak sedar, kerana biasanya mereka melawan semasa disetubuhi. Menurut banyak saksi, mereka lebih takut pada "malam pertama" mereka daripada hukuman mati yang akan dilaksanakan ke atas mereka.

"Aku dengar mereka manangis kuat dan berteriak setelah proses hubungan seks itu selesai," jelas mantan tentera tersebut.

"Aku tidak akan lupa bagaimana salah seorang gadis tersebut mencakari wajah dan lehernya sendiri dengan kuku-kukunya setelah dia disetubuhi. Dia cedera akibat cakaran kukunya sendiri. "
(IH/sumber islampos.com). Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Tahniah Warga K/Besut, Tunggulah Limpahan Pembangunan..




Oleh Dr Azman Ibrahim

Pertama sekali tahniah kepada warga Kuala Besut atas pilihan anda semua. Nyata dan jelas sekali BN masih di hati pengundi Kuala Besut. Pada PRK Kuala Besut hari ini, calon PAS, Endot @ Azlan Yusof yang mesra dengan panggilan Che Long mendapat 5,696 undi sementara calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 undi

Walaupun rata-rata pengundi yang sempat saya temui sepanjang tempoh kempen mengakui ketinggian budi, keluhuran peribadi calon PAS, tetapi… saya nukilkan beberapa dialog yang dilalui sendiri sepanjang 12 hari kempen PRK Kuala Besut dengan masyarakat setempat.

“Mok cik ni jak zaman ritu lagi pakoh dacing, lagu mano pun mok cik dok leh tukar, hok awe royat tu comey blako doh, tapi nak wat guano, mok cik dok leh pakoh hok lain dari dacing..”
“Calon Pas ni kito kenal, ore baik, jjuruh, suko tolong ore. Tapi gak ambo dok tukar dengan dacing walau mari malaikat pun…”
“kawe ni ore susah, mmikir setakat nak makan anok beranok loo jah! Sapo hok buleh wi pitih, hok tu kawe undi..”
“Mintak maaf laa awe weehh… anok-anok ambo sekoloh ramai lagi, kan keno tarik bantuan, dok berasap laa dapur ambo…”

Apa yang cuba saya nukilkan di atas adalah sedikit gambaran cara berfikir warga Kuala Besut. Ternyata slogan ‘16:16 Terengganu Baru’ sedikit pun tak berbekas di hati pengundi yang digambarkan hasilnya dengan peningkatan majoriti kemenangan BN.

Ternyata orang Kuala Besut bukanlah idealis dan boleh dipengaruhi dengan isu-isu walaupun apa yang kita bawa adalah isu setempat yang mampu dipandang dan ‘dikelih’ oleh mata kasar.  Mereka lebih memikirkan survival hidup hari ini, esok dan seterusnya… ‘nok wat make loo’ ikut istilah orang Besut. Mungkinkah idea-idea yang  kita sepanjang kempen bawa tak mampu dihadam dengan baik oleh mereka?

Seorang teman seperjuangan menitipkan mesej, “bersabarlah wahai para pejuang. Kita bukan berlawan dengan Umno/BN, tetapi kita berhadapan dengan gerombolan kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri dengan segala macam machinery, money and media. ‘Habih tea’ ikut istilah orang Besut.

Saya mengakui kebenaran kata-kata sahabat ini. Apakah kemenangan dengan cara ini bermaruah? Aaah! Persetankan istilah maruah dan integriti. Dengan wang dan kuasa, segalanya mungkin. Nyata dengan janji pembangunan yang tak pernah dilihat oleh mata, orang Kuala Besut akan memahat sejarah mencipta tamadun! Muara Sungai Besut akan bertukar menjadi gerbang pelancongan antarabangsa dengan peruntukan RM250 juta.

Empangan baru Pengkalan Nangka RM35 juta. Sekolah Menengah Alor Peroi, rumah pangsa mampu milik Tok Saboh serta pelbagai lagi projek pembangunan. Diharap selepas ini Lebuhraya Pantai Timur akan disambungkan terus ke Kuala Besut. Peruntukan hampir RM400 juta untuk sebuah Dun sekecil Kuala Besut dengan hanya lebih 17 ribu pengundi adalah suatu limpahan yang hebat.

Tahniah sekali lagi warga Kuala Besut. Diharap tempiasnya akan mengalir sedikit sebanyak ke Jabi dan tentunya warga Pasir Puteh yang bersepadan juga berminat untuk tumpang sekaki. Seorang teman di Besut sempat melahirkan ‘kebimbangannya’

“Lagu tu punyo janji, ambo bimbe kawasan lain pun turut buat semayang hajat, mintok tok wokil dia mati awal…” saya hanya mampu tersenyum.

Selamat menempuh baki 15 hari lagi dari bulan Ramadhan al Mubarak.(Hrkh)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails