Wednesday, August 21, 2013
Pelajar Di Mesir Pulang Hari Ini. Lari Dari Tarbiah Jihad & Syahid?
PUTRAJAYA - Urusan membawa pulang kira-kira 3,300 pelajar Malaysia di Mesir bermula malam tadi menggunakan pesawat komersial, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata, urusan penempahan tiket turut bermula malam tadi dan penerbangan akan melalui Amman di Jordan dan Istanbul di Turki serta beberapa tempat lain.
"Saya sudah mendapat laporan daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang sedang berada di Mesir bahawa keadaan di sana menjurus pada keadaan yang tidak menentu dan mungkin lebih buruk daripada keadaan pada masa ini.
"Oleh itu pasukan kita memberi pandangan dan nasihat supaya kita memulakan operasi untuk membawa balik pelajar kita yang ingin kembali secara sukarela dan saya telah bersetuju dengan pandangan itu," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa tidak perlukah pelajar kita ditarbiah secara praktikal mengenai ilmu berjihad dan mati syahid di sana? Tidak perlu dibawa pulang?
PTPTN Jadikan Pelajar Mangsa Hutang Macam 'ah long' -DAP
BUKIT MERTAJAM:
Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong membantah cadangan
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk penyenaraian
peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam
Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) kerana menyebabkan anak
muda menjadi mangsa dasar ekonomi kerajaan pusat.
Menurutnya, mereka yang belum membuat pembayaran balik pinjaman PTPTN akan berhadapan dengan kesukaran untuk memohon pinjaman dengan bank lain.
“Walaupun secara amnya, mengetatkan syarat kredit merupakan langkah yang baik, namun tindakan kerajaan dalam konteks ini tidak mengambil kira pokok pangkal permasalahan yang ada.
“Anak muda tiada pilihan kerana PTPTN bukan kemewahan atau kemudahan, tapi satu keperluan atau satu kemudahan kepada majoriti anak muda dan keluarga mereka kerana dasar ekonomi berunsurkan kapitalisme kroni yang diamalkan kerajaan pusat menyebabkan rakyat biasa terpinggir daripada kekayaan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Berdasarkan statistik penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), 80% isi rumah di Malaysia berpendapatan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dan 40% daripada isi rumah di Malaysia mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan.
Beliau berkata, keadaan ekonomi isu rumah yang suram bertambah buruk disebabkan dasar kerajaan yang mengkomersialkan sektor pendidikan tinggi di Malaysia.
“Pada hari ini, selain 20 institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), terdapat 365 institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) yang melahirkan kira-kira 200,000 siswazah setiap tahun.
“Jelas, kerajaan membenarkan sektor pendidikan tinggi ditransformasi kepada pasaran untuk mengaut keuntungan tanpa mementingkan kualiti serta kebajikan anak muda Malaysia.
“Dalam keadaan ini, anak muda tiada pilihan dan terpaksa berhutang pada usia muda melalui pinjaman PTPTN bagi membiayai pendidikan tinggi mereka dalam keadaan ekonomi keluarga yang suram.
“Dasar ekonomi kapitalisme kroni menghukum rakyat biasa terutama anak muda, justeru, tindakan kerajaan pusat bagaikan menghukum anak muda yang pada asalnya memang tiada pilihan selain berhutang,” tambahnya.
Steven Sim yang juga Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAPSY berkata, dasar kerajaan pusat nampaknya hanya menguntungkan pihak bank dan syarikat swasta seperti pengelola IPTS dan akhirnya anak muda menjadi mangsa ekonomi kapitalisme kroni.
Dalam ucapan Parlimen dan sempena Hari Belia Antarabangsa tahun ini, beliau juga membangkitkan tiga kemelut ekonomi yang terpaksa dihadapi anak muda iaitu..

- aliran keluar kepakaran atau brain drain,
- pengangguran anak muda yang tinggi dan
- guna tenaga tidak penuh atau underemployment yang berleluasa.
“Melaksanakan penyenaraian CCRIS, maka anak muda yang keluar bekerja akan menghadapi tekanan hidup yang lebih tinggi, contohnya, disebabkan kegagalan dasar pengangkutan awam kerajaan maka pengangkutan persendirian menjadi satu keperluan asas untuk anak muda terutama untuk berulang-alik ke tempat kerja.
“Melalui tindakan kerajaan mengetatkan syarat kredit untuk anak muda, maka pembelian motosikal atau kereta menjadi satu masalah.
“Saya berpendapat tindakan kerajaan adalah tindakan terburu-buru yang tidak mengambil kira kesan buruk kepada rakyat biasa. Ini merupakan langkah simplistik kerajaan yang bertindak semacam “ah long” memberi tekanan kepada anak muda untuk membayar balik pinjaman PTPTN sedangkan kerajaan sendiri gagal menaikkan ekonomi rakyat biasa termasuk anak muda bagi memastikan setiap rakyat dapat menikmati kekayaan negara dengan adil,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Publisiti DAPSY Pulau Pinang berkata, isu itu akan memberi kesan buruk kepada ramai anak muda, maka Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar diminta campur tangan dan menginsafkan rakan beliau dalam Kabinet tentang kesusahan anak muda pada masa kini dan memansuhkan rancangan penyenaraian CCRIS itu.
Beliau juga menyeru kerajaan pusat mengkaji semula dasar mengkomersialkan sektor pendidikan dan mempertimbangkan dasar pendidikan tinggi percuma yang disaran dalam manifesto Pakatan Rakyat. (Hrkh)
Hari Ini, Bersama Konsert Rock Metallica, Juru Azan Ke Neraka?
HALAMAN HIBURAN
HARI ini, hari Rabu 21 Ogos 2013. Dikatakan Kumpulan Rock Keras iaitu Metallica akan mengadakan persembahan mereka di Stadium Merdeka. Tiket telah dibuka jualannya pada Sabtu lalu, 13 Julai 2013 iaitu hari keempat Ramadhan.
Penganjur program ini iaitu Galaxy Group Sdn Bhd telah menjual tiket awal dan kebanyakan tiket yang dijual sudah Sold Out. Tiket-tiket bukan murah, mencecah RM615 hinggit dan kebanyakan semuanya sudah habis dijual, dan ramai sanggup cuti untuk ke sana hari ini.
"Saya melihat YB (Menteri Belia) merasa teruja dan gembira apabila Kumpulan Metallica bersedia datang ke negara ini, kata-kata YB ..
- '…mungkin tiba masanya kita tidak lagi kalah dengan negara jiran kita Singapura..'
Kata Ahmad Nazri Khamis, Penyanyi(1) ABC Band, Batu Pahat, Johor melalui surat Terbuka Kedua untuk Menteri Belia Dan Sukan.(Sumber: http://www.kakisembang.com)
Kumpulan Rock Heavy Metal yang di bentuk pada tahun 1981 di Los Angeles Amerika Syarikat dan merupakan Kumpulan Legenda dalam dunia muzik Rock dunia. Kumpulan Metalicca juga telah menerbitkan 9 album sepanjang penglibatan kumpulan ini di dalam dunia muzik.
"Ya, selama ini Metallica sering mengunjungi Singapura dalam persembahan mereka apakah apabila mereka ingin ke negara kita untuk buat persembahan itu sesuatu petanda yang baik?.
"Saya kira sikap YB sebagai Menteri Belia dalam hal ini cukup memaksa kami menyatakan pendirian, apakah YB bersedia mencari kemenangan di dalam merosakkan generasi pelapis negara?
"Hari-hari di dada-dada akhbar, di media elektronik cukup banyak isu gejala sosial dilaporkan, daripada sekecil-kecil jenayah sehinggalah sebesar-besar jenayah, hari ini isu bunuh bersenjata api pula, isu-isu tersebut berlaku di Malaysia bukan Singapura tetapi pemimpin seperti YB masih menutup mata seolah-olah apa yang berlaku itu tiada kaitan dengan kerja buat menteri-menteri seperti YB yang dibayar gaji oleh rakyat." Jelasnya lagi.
Kerana itu beliau membantah
"Mewakili rakan-rakan saya dari ABC Band kami ulangi sekali lagi pendirian kami, membantah sekeras-kerasnya keizinan kerajaan membenarkan Kumpulan Metallica membuat persembahan di negara Malaysia kerana kesan negatif buat belia dan rakyat negara ini akan lebih parah, serta selepas ini kerajaan terpaksa mengeluarkan banyak lagi dana untuk membasmi jenayah yang akan semakin kronik." Jelas beliau bersunguh-bersungguh.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata ulama, artis-artis 'lagha' adalah juru azan (penyeru atau pemangggil) ke neraka. Malang lagi, di tengah-tengah kegelisahan dan tangisan umat Islam seluruh dunia kepada bumi berdarah Mesir dan Syria, Malaysia pula bergalak dengan konsert hiburan maksiat. Sanggup pula mengimport perosak belia-belia kita ke neraka?
Na 'auzubillahi minzalik.
(IH)
Tuesday, August 20, 2013
Mesir, Perutusan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz..
Oleh TG Nik Abdul Aziz Nik Mat
SAYA tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya.
Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.
Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.
Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?
Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.
Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.
Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :
فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
yang bermaksud :
Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)
Lihat sebelum ini..

- Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72
Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
Gambar Gandengan Tentera Mesir-Israel & Seruan Qardhawi..
TIDAK
terkejut terhadap status tentera Mesir terhadap keganasan yang berlaku
kerana gambar ini. Sedia maklum, arahan untuk menyerang penyokong Morsi
adalah dengan persetujuan sepakat oleh General Israel dengan As-Sisi.
Inilah bukti bergambar tentera Mesir dan Israel mempunyai hubungan erat
antara kedua-dua pihak sebelum tercetusnya pemberontakan mengguling Presiden Dr.Muhammmad Morsi yang berlaku sejak awal bulan
Julai lalu, di samping banyak lagi bukti-bukti lain. (via: Pahang Daily)
Sementara itu, Ketua Kesatuan Ulama Se-Dunia, Dr Yusuf al-Qaradhawi menyeru sekali
lagi ke atas semua rakyat Mesir untuk keluar berhimpun bagi meneruskan
tuntutan hak dan membantu saudara-saudara mereka dan kita. Selain itu, beliau turut menggesa pihak luar bagi membantu untuk memberhentikan kezaliman yang berlaku di Mesir.
Beliau juga menyifatkan bahawa apa yang berlaku di Mesir khusunya di medan Rab'ah dan Nahdah adalah perkara yang tidak pernah berlaku ke atas rakyat Mesir. Beliau juga menyeru agar semua rakyat berdoa ke atas pihak yang melakukan kezaliman agar Allah membalas segala perbuatan mereka. Seruan ini merupakan susulan bagi seruan yang dilakukan bagi menjayakan himpunan pada 16 Ogos, Jumaat baru-baru ini.
Di akhr seruannya, beliau menyeru kepada semua umat Islam, penganut Kristian dan para ulama al-Azhar untuk keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk menyertai himpunan tersebut.

- "Sesunggunya mana-mana rakyat Mesir tidak akan mati melainkan apabila tiba ajal yang telah ditetapkan." - Dr Yusuf al-Qaradhawi.
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
Pelakon Didie Alias, Semoga Kesedaran Bertambah, Al-hamdulillah!
HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pelakon Didie Alias mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej pelik yang sering ditampilkannya sebelum ini kerana menghormati empat anak perempuannya yang sudah bertudung.
Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, sebagai ibu, dia perlu menjaga penampilan diri dan tidak terlalu berlebih-lebih kerana enggan anak-anaknya pula terkena tempias kritikan masyarakat.
"Sekarang ini anak-anak perempuan saya semua sudah berhijab. Dan saya sebagai ibu tidak mahulah melihat mereka dikritik hanya kerana penampilan saya.
"Bagaimanapun unsur-unsur pelik masih lagi ada, cuma ia tidaklah keterlaluan seperti sebelum ini. Dan fesyen yang dibawakan mengikut kesesuaian tema majlis," katanya kepada mStar Online.
Didie mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14.
Tambah Didie, perubahan imejnya juga dibuat berdasarkan komen-komen umum di laman sosial dan akan menukarkannya jika ada gaya yang kurang disenangi masyarakat. Bagaimanapun, dalam usaha Didie memperbaiki gaya penampilannya, dia bersedia menerima kritikan.
Sementara itu, Didie baharu saja menyambut hari kelahirannya pada Sabtu lalu dan pada hari sama dia telah memenangi Artis Lawak Wanita Paling popular Anugerah Lawak Warna yang berlangsung di Istana Budaya.
Didie juga menyifatkan kemenangan itu sebagai hadiah hari jadinya yang paling bermakna dan berazam untuk menjadi pelakon dan pelawak yang lebih baik pada masa akan datang.
"Sudah lama saya dalam industri seni tempatan dan macam-macam penambahbaikan kualiti kerja saya buat peminat-peminat yang sering menyokong saya.
"Bukannya mudah nak jadi pelawak wanita kerana kami perlu menjaga batas-batas terutamanya daripada segi pertuturan kata. Sebab itulah negara kita kekurangan pelawak wanita sebab ianya bukan mudah," ujarnya. (mStar)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semoga kita semua dianugerahkan Allah SWT dengan kesedaran yang bertambah-tambah lagi.. Insya Allah, Al-hamdulillah!
Cemas, Kisah 30 Jam Dikepung T/Mesir -Wartawan Agensi Anadolu
Heba Zakariya, wartawan Agensi Anadolu
MESIR: Seorang wartawan perempuan Agensi Anadolu, yang turut terkepung di Masjid Fath, Ramsis, Sabtu lalu, berkongsi detik cemas yang dihadapi beliau dan ratusan penyokong legitimasi yang berlindung di masjid tersebut.
Menyifatkan kejadian itu sebagai "detik paling sukar" dalam hidupnya, Heba Zakariya (gambar) mendakwa ianya bermula dengan satu kunjungan biasa beliau ke Medan Ramsis untuk membuat liputan himpunan penyokong Morsi di situ.
Secara tiba-tiba katanya, suasana seperti pertempuran meletus apabila pihak tentera melepaskan tembakan peluru hidup yang memaksa para penyokong Morsi dan mereka yang cedera mencari perlindungan di Masjid Fath di medan itu. Sebuah hospital sementara juga telah dibuka bagi merawat mereka yang terdera dan bagi menempatkan jenazah mereka yang terkorban.
"Saya menuju ke Masjid Fath untuk meninjau keadaan. Terdapat banyak mayat dan mangsa yang cedera di dalam masjid," katanya menceritakan.
"Saya masih ingat seorang kanak-kanak 11 tahun yang ususnya telah terkeluar selepas ditembak dengan peluru sniper," katanya sambil menangis.
"Tidak lama selepas itu, kenderaan tentera, pasukan polis dan helikopter mengepung tempat itu dan cuba untuk mengheret penunjuk perasaan ke luar masjid dengan kekerasan. Pada masa ini, kami berpendapat pembunuhan beramai-ramai mungkin berlaku," katanya.
Bagaimanapun ujarnya, ramai yang mengambil sikap enggan keluar dari masjid kerana bimbang diserang oleh samseng upahan, dan pihak polis.
Polis menyerbu masuk ke masjid, memaksa penyokong Morsi agar keluar dari masjid
Selepas itu katanya, pasukan keselamatan mengetatkan kawalan di seluruh kawasan, dan mengepung masjid semalaman.
Pagi keesokannya, pasukan keselamatan bertindak untuk "membersihkan" masjid dari penyokong Morsi yang berada di dalamnya. Penyokong Morsi dipaksa untuk keluar dari masjid.
"Tentera dan polis mula mengiringi penunjuk perasaan (keluar dari masjid), termasuk 33 wanita , di luar masjid di tengah-tengah penghinaan samseng yang berdiri di luar," katanya.
"Penunjuk perasaan bergegas ke dalam kenderaan pengangkutan banduan di luar masjid, mereka khuatir diserang oleh samseng," katanya.
"Saya ditumbuk di muka, tangan dan kaki sebelum ketika berjalan menuju ke kenderaan."
"Saya merasakan mereka "raksasa yang mahu mengganas" dan ianya memalukan kerana kita mempertahankan kebebasan dan ingin menyampaikan kebenaran," kata beliau.
Beliau kemudian dibawa ke Penjara Tora di selatan Kaherah, bersama-sama dengan penyokong Morsi yang lain yang diambil dari masjid. Di dalam penjara, Heba Zakaria telah melalui satu lagi pusingan penderitaan.
"Orang-orang yang ditahan didera secara fizikal, manakala wanita telah dilayan dengan kasar oleh tentera yang membuat ancaman terhadap mereka jika mereka tidak menurut perintah," ujarnya.
"Pada 02:30, kami diberitahu bahawa wanita akan dibebaskan. Sejurus kemudian, kenderaan pengangkutan banduan tiba dan membawa kami ke Masjid Al-Azhar di mana kami dikumpulkan sehingga saudara-mara kami datang untuk membawa kami ke rumah."
"Itulah 30 jam yang paling sukar dalam kerjaya saya," katanya membuat kesimpulan.
Polis menangkap penyokong Morsi yang berlindung dalam Masjid Fath
Dalam pada itu sumber Parti Keadilan dan Kebebasan (FJP) menyebut, polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid pada waktu Subuh, Ahad lalu, bagi memaksa penyokong Morsi keluar. (Hrkh)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
Subscribe to:
Posts (Atom)