Kiri, patung bersama Sidore berupa wanita berumur 13 tahun.. DAVECAT bersama Sidore di kediaman mereka.
Michigan:
Seorang lelaki di Amerika Syarikat berkahwin dengan
patung yang benar-benar menyerupai seorang wanita selama 13 tahun.
Lelaki yang digelar sebagai Davecat itu mendapat perhatian media
tempatan The Atlantic berikutan kisah hidupnya yang aneh itu.
Menurutnya, dia perlu menyimpan wang selama setahun setengah untuk
membeli patung wanita dari kilang pengeluar patung, RealDoll dengan
harga AS$6,000 (RM19,566). Patung yang dibelinya pada 2000 itu diberi
nama Sidore Kuroneko. Davecat kemudian membentuk wajah, warna mata,
warna kulit, susuk tubuh dan payu dara patung itu.
“Hasilnya benar-benar mengagumkan bagai jatuh cinta pandang pertama,” katanya.
RealDoll ialah kilang pengeluar patung seks. Secara anatomi. Sidore memang menyerupai manusia. Kulitnya amat
halus walaupun diperbuat daripada silikon. Walaupun Sidore ialah patung
seks, tetapi Davecat menganggapnya sebagai pasangan hidupnya.
Menurut
Davecat, hubungannya dengan Sidore dapat dibahagikan kepada 70
peratus hubungan seksual dan 30 peratus hubungan semula jadi. Dia
juga mengakui dirinya sering tertarik dengan robot wanita atau Gynoids.
Davecat berkata, keputusannya untuk menjalin hubungan dengan patung
dibuat selepas hubungannya dengan manusia sering menemui kegagalan.
Menurut Davecat, hubungannya dengan patung yang disebut sebagai ‘Sintetik’ lebih bermakna.
“Pengalaman saya dengan ‘Organik’ (manusia) tidak pernah bertahan lama atau selalu berakhir dengan kekecewaan.
“Sintetik tidak akan curang, berbohong atau mengadili diri anda,”
katanya.
Selain Sidore, dia juga memiliki sebuah patung yang dibelinya
dari Russia dan dinamakan sebagai Elena. Menurutnya, Elena ialah
patung simpanan dan juga teman kepada Sidore. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Timbul pertanyaan, bagaimana hukumnya, si lelaki itu kalau ia beragama
Islam, berkahwin dengan patung? Berkahwin, sebagai isteri, bukan sebagai
robot pekerja yang membuat kerja-kerja harian di rumah. Berkahwin
sebagai tempat memuaskan nafsu seks tetapi bukan dengan manusia untuk
mendapatkan keturunan. Kerana dalam Islam antara tujuan berkahwin adalah
untuk mendapatkan keturunan.
Jadi, berkahwin di sini
hanya untuk memuaskan nafsu, dan boleh dikategorikan sebagai onani atau
masturbasi..Mari kita lihat pandangannya dalam Islam.
Lihat penjelasan ini..
Thursday, October 03, 2013
Kreatif... Ratu Cantik Ganjil Di Arab Saudi
JOM KREATIF
RIYADH - Satu pertandingan ratu cantik untuk ayam akan diadakan di ibu kota Arab Saudi pada Jumaat ini, lapor akhbar berbahasa Arab, Sabq kelmarin. Acara itu akan diadakan oleh seorang peladang di Arab Saudi yang turut menjemput peladang-peladang di beberapa negara Teluk lain ke pertandingan berkenaan.
Puluhan ekor ayam betina dan jantan akan berhimpun di ladang tersebut untuk pertandingan ratu cantik ayam yang julug kali diadakan di negara berkenaan. Peladang itu, Mutaab Al-Othman berkata, pertandingan tersebut diadakan di ladang miliknya dekat ibu kota Riyadh pada hari Jumaat.
"Pertandingan ini akan melibatkan satu acara lelongan untuk ayam yang jarang ditemui. Sebahagian ayam ini pernah menyertai pertandingan yang sama di Jerman dan mendapat kedudukan yang baik," katanya
Al-Othman berkata, ayam yang dipertandingkan mampu mencecah harga di antara SR$2,000 hingga SR$10,000 (RM1,726 hingga RM8,630) setiap seekor di acara lelongan tersebut.
"Sebahagian baka ayam pernah dijual lebih dari SR$35,000 (RM30,208) pada satu acara lelongan sebelum ini," tambahnya yang tidak menjelaskan bagaimana ratu ayam itu akan dipilih kelak dalam acara berkenaan. - Agensi.
Sila lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
Himpunan Bantah K'jaan BN Boros, Perlu -K/Penerangan PAS
PAS mendesak satu himpunan seperti BERSIH diadakan bagi menuntut penyiasatan dan tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab berhubung ketirisan seperti yang dilapor Laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan semalam.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (kanan) berkata rakyat perlu terus memberi tekanan berhubung perkara itu sehingga kerajaan BN mengaku bahawa "mereka boros".
"Media-media boleh terus mengorek ketirisan-ketirisan yang telah berlaku, tapi sekiranya rakyat Malaysia terus mengambil sikap hangat-hangat tahi ayam dalam soal ketirisan ini, kerajaan BN akan terus bersikap acuh tidak acuh pada laporan ketua audit negara.
"Jika tidak, budaya ketirisan ini akan berterusan dan rakyat akan disuruh terus membayar lebih untuk menampung kos kehidupannya untuk membolehkan kerajaan BN terus berboros dalam perbelanjaannya," katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Tuan Ibrahim berkata rakyat mempersoalkan mengapa tiada tindakan setiap kali laporan itu dibentangkan dan mempersoal transformasi yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Ternyata laungan transformasi beliau hanya slogan kosong. Kita yakin selagi kerajaan BN menerajui negara, penyalahgunaan kuasa dan pengurusan sumber kewangan negara akan berterusan," katanya.
Bidas Ahmad Maslan
Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang membidas Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berhubung kenyataannya bahawa laporan tersebut menunjukkan ketelusan pentadbiran negara.
Dengan nada menyindir, pemimpin PAS itu mahu Ahmad menggunakan "kepintarannya" dengan menyifatkan ketirisan itu "menandakan sistem perolehan kerajaan telah rosak dijangkiti barah rasuah sehingga akarnya".
"Di sini perlunya kerajaan BN untuk melakukan rasionalisasi perbelanjaan sebagai kemoterapi merawat barah ini sebelum memerah otak mereka menekan rakyat untuk menampung perbelanjaan.
"Ketirisan yang dilaporkan setiap tahun di Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan Malaysia memerlukan rasionalisasi perbelanjaan di dalam semua jabatan kerajaan terlebih dahulu sebelum menghukum rakyat dengan rasionalisasi subsidinya," katanya.
Sehubungan itu, Tuan Ibrahim berkata tidak adil kerajaan menyuruh rakyat membayar lebih RM0.20 untuk seliter untuk minyak sedangkan agensi kerajaan terus meneruskan kerja borosnya. (MK)
Wednesday, October 02, 2013
Kehilangan Kewangan Berterusan Jika BN Jadi K'jaan -Nik Aziz
Laporan
kehilangan berbilion ringgit oleh Ketua Audit Negara turut menarik
perhatian mantan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
(gambar) yang berkata, ia akan terus berlaku selagi Barisan Nasional
(BN) menjadi kerajaan.
Bagi beliau, selama-lamanya manusia tidak akan mampu mengawal manusia dan memerlukan kuasa lebih tinggi iaitu Allah yang mencipta manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT, kata Nik Aziz Mursyidul Am PAS yang dipilih sebagai Tokoh Intergriti oleh kerajaan negeri Selangor sebelum ini.
"Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia mustahil dapat mengawal manusia, mereka memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa Yang Maha Hebat itu ialah Allah SWT," kata Nik Aziz dalam kenyataannya hari ini.
Ia adalah rentetan mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dibacanya hari ini. Sekali lagi ia menyaksikan ketirisan berbilion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan.
"Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun. Bayangkan jika ketirisan berbilion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat daripadanya?" Soal beliau.
The Malaysian Insider dalam analisisnya sebelum ini menyifatkan, permasalahan utama yang tidak dapat dinafikan dalam Laporan Ketua Audit Negara semalam adalah rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah hingga atas. Bukan hanya rakyat perlu bimbang terhadap ahli politik yang rasuah tetapi juga penjawat awam daripada peringkat tertinggi hingga bawahan yang terlibat sama.
Bagaimana mahu dijelaskan terhadap hampir RM200 juta yang dibelanjakan bagi mesin pelupusan sampah tanpa mengetahui cara mengendalikannya atau RM3,000 untuk jam dinding atau kasut yang tidak boleh digunakan kerana pembuatannya tidak memenuhi spesifikasi. Wang dibelanja dan disia-siakan begitu sahaja dan penyakit ini menjangkiti setiap kementerian, syarikat berkaitan kerajaan dan institusi di seluruh negara.
Mungkin ia tidak dapat dielakkan kerana penjawat awam menyaksikan bagaimana ahli politik licik menipu sistem selama beberapa dekad dan melepaskan diri. – 2 Oktober, 2013. (MI)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya rakyat Malaysia kena cepat-cepat tukar kerajaan, kalau mahu selamat dari ketirisan dan kehilangan kewangan kerajaan.
Bagi beliau, selama-lamanya manusia tidak akan mampu mengawal manusia dan memerlukan kuasa lebih tinggi iaitu Allah yang mencipta manusia. Manusia boleh menggubal undang-undang tetapi manusia tidak sebijak Penciptanya iaitu Allah SWT, kata Nik Aziz Mursyidul Am PAS yang dipilih sebagai Tokoh Intergriti oleh kerajaan negeri Selangor sebelum ini.
"Sekawan kambing tidak akan dapat dikawal oleh kambing. Ia memerlukan kepada gembala. Manusia mustahil dapat mengawal manusia, mereka memerlukan kuasa yang lebih hebat, dan kuasa Yang Maha Hebat itu ialah Allah SWT," kata Nik Aziz dalam kenyataannya hari ini.
Ia adalah rentetan mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dibacanya hari ini. Sekali lagi ia menyaksikan ketirisan berbilion ringgit wang rakyat yang dibelanjakan di sektor-sektor kerajaan.
"Ia bukan jumlah yang sedikit. Bajet perbelanjaan negeri Kelantan sahaja hanya sekitar RM500 juta setahun. Bayangkan jika ketirisan berbilion ringgit ini dapat diselamatkan dan diagihkan kepada negeri seperti Kelantan, berapa jutakah yang dapat manfaat daripadanya?" Soal beliau.
The Malaysian Insider dalam analisisnya sebelum ini menyifatkan, permasalahan utama yang tidak dapat dinafikan dalam Laporan Ketua Audit Negara semalam adalah rasuah, pembaziran dan kecuaian meresap masuk dalam kerajaan daripada peringkat bawah hingga atas. Bukan hanya rakyat perlu bimbang terhadap ahli politik yang rasuah tetapi juga penjawat awam daripada peringkat tertinggi hingga bawahan yang terlibat sama.
Bagaimana mahu dijelaskan terhadap hampir RM200 juta yang dibelanjakan bagi mesin pelupusan sampah tanpa mengetahui cara mengendalikannya atau RM3,000 untuk jam dinding atau kasut yang tidak boleh digunakan kerana pembuatannya tidak memenuhi spesifikasi. Wang dibelanja dan disia-siakan begitu sahaja dan penyakit ini menjangkiti setiap kementerian, syarikat berkaitan kerajaan dan institusi di seluruh negara.
Mungkin ia tidak dapat dielakkan kerana penjawat awam menyaksikan bagaimana ahli politik licik menipu sistem selama beberapa dekad dan melepaskan diri. – 2 Oktober, 2013. (MI)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya rakyat Malaysia kena cepat-cepat tukar kerajaan, kalau mahu selamat dari ketirisan dan kehilangan kewangan kerajaan.
21 Jam Lalu: AS `Shutdown`Obama Rayu Militer Bertugas..
Washington DC : Kerajaan AS (Amerika Syarikat) mengalami 'shutdown'
alias ditutup sejak Selasa pukul 00.01 waktu setempat waktu setempat,
menyusul sikap anggota parlemen dan Senat yang tidak menyetujui anggaran
pemerintahan AS. Belum jelas berapa lama pemerintahan bakal selesaikan.
Pada Selasa pagi, Obama mengeluarkan pernyataan yang ditujukan pada anggota militer AS dan para pegawai Departemen Pertahanan.
"Bagi anda yang berseragam akan tetap berstatus kerja seperti biasa," kata Obama seperti dimuat CNN, Selasa (1/10/2013).
"Kongres telah sepakat dan aku sudah menandatangani undang-undang yang memastikan anda dapat gaji tepat waktu. Kami akan terus bekerja mengatasi segala akibat dari penutupan ini untuk anda dan keluarga."
"Kepada para pegawai awan Dephan, saya tahu, hari-hari mendatang akan diwarnai ketidakpastian terkait kemungkinan pemulangan (cuti)," tambah Obama.
"Dan saya tahu ini lebih berat dari pemulangan serupa musim panas lalu. Anda dan keluarga anda berhak mendapatkan yang lebih baik berbanding disfungsionaliti yang kita saksikan sama-sama di Kongres... Itu sebabnya saya akan terus bekerja agar Kongres membuka kembali pemerintahan agar anda semua dapat kembali bekerja seperti sediakala.."
Pada Selasa pagi, Obama mengeluarkan pernyataan yang ditujukan pada anggota militer AS dan para pegawai Departemen Pertahanan.
"Bagi anda yang berseragam akan tetap berstatus kerja seperti biasa," kata Obama seperti dimuat CNN, Selasa (1/10/2013).
"Kongres telah sepakat dan aku sudah menandatangani undang-undang yang memastikan anda dapat gaji tepat waktu. Kami akan terus bekerja mengatasi segala akibat dari penutupan ini untuk anda dan keluarga."
"Kepada para pegawai awan Dephan, saya tahu, hari-hari mendatang akan diwarnai ketidakpastian terkait kemungkinan pemulangan (cuti)," tambah Obama.
"Dan saya tahu ini lebih berat dari pemulangan serupa musim panas lalu. Anda dan keluarga anda berhak mendapatkan yang lebih baik berbanding disfungsionaliti yang kita saksikan sama-sama di Kongres... Itu sebabnya saya akan terus bekerja agar Kongres membuka kembali pemerintahan agar anda semua dapat kembali bekerja seperti sediakala.."
Anggota parlemen dan Senat tidak menyetujui anggaran belanja negara, Kedua
belah pihak bertengkar dan saling menyalahkan selama lebih dari
seminggu berkait Obamacare, model jaminan kesihatan yang ditawarkan
pemerintah Obama. Kubu Republik berkeras anggaran belanja termasuk amandemen anti-Obamacare, hal yang tak disetujui kubu Demokrat di Senat. Pernyataan 'tutup pejabat' ini tidak dapat dielakkan.
Sejumlah paling berat akibat penghentian layanan oleh Pemerintah AS, antara lain...
- Sekitar 800.000 pegawai pemerintah akan menjalani cuti tanpa dibayar. Hal ini akan menimbulkan ketegangan besar pada banyak departemen, dan pada keadaan kewangan para pekerja yang menjalaninya.
- Pekerja militer, termasuk personel tugas aktif, tidak akan dibayar selama penghentian layanan.
- Taman nasional AS yang terkenal kemungkinan akan ditutup.
- Pinjaman federal untuk pembeli rumah dan usaha kecil akan ditangguhkan selama penutupan.
- Gaji bagi pesara dan veteran militer akan mengalami penundaan.
- Museum nasional dan zoo akan ditutup sementara.
- Pengumpulan sampah di ibu kota negara akan berhenti. Tidak seperti di lima puluh negara bahagian AS, anggaran Washington DC tunduk pada persetujuan Kongres.
- Pembelian dan penjualan senjata akan jauh lebih sulit, karena Biro Alkohol, Tembakau, dan Senjata Api, yang memproses permintaan izin, tak akan beroperasi.
Sicantik Ini, Rupanya Patung. Bagaimana Berkahwin Dengan Patung?
Apa hukum onani/ masturbasi bagi lelaki dan wanita? Dijawab oleh Al-Ustadz Abu Abdillah As Sarbini Al- Makassari diangkat dari http://qurandansunnah.wordpress.com
[Permasalahan onani/masturbasi (istimna’) adalah permasalahan yang telah dibahas oleh para ulama. Onani adalah upaya mengeluarkan mani dengan menggunakan tangan atau yang lainnya. Hukum permasalahan ini ada rinciannya sebagai berikut:
1.
Onani yang dilakukan dengan bantuan tangan/anggota tubuh lainnya dari
isteri atau hamba wanita yang dimiliki. Jenis ini hukumnya halal, kerana
termasuk dalam keumuman bersenang-senang dengan isteri atau hamba
wanita
yang dihalalkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.1.
Demikian pula hukumnya bagi wanita dengan tangan suami atau 'tuan'nya (jika ia berstatus sebagai hamba, red.). Kerana tidak ada perbedaan hukum antara lelaki dan perempuan hingga tegak dalil yang membedakannya. Wallahu a’lam.
Demikian pula hukumnya bagi wanita dengan tangan suami atau 'tuan'nya (jika ia berstatus sebagai hamba, red.). Kerana tidak ada perbedaan hukum antara lelaki dan perempuan hingga tegak dalil yang membedakannya. Wallahu a’lam.
2.
Onani yang dilakukan dengan tangan sendiri atau semacamnya. Jenis ini
hukumnya haram bagi lelaki mahupun wanita. Serta merupakan perbuatan hina
yang bertentangan dengan kemuliaan dan keutamaan. Pendapat ini adalah
madzhab jumhur (majorii ulama), Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullahu, dan
pendapat terkuat dalam madzhab Al-Imam Ahmad rahimahullahu.
Pendapat ini yang difatwakan oleh Al-Lajnah Ad-Da’imah (yang diketuai oleh Asy-Syaikh Ibnu Baz), Al-Albani, Al-’Utsaimin, serta Muqbil Al-Wadi’i rahimahumullah.
Dalilnya adalah keumuman firman Allah SWT:
Pendapat ini yang difatwakan oleh Al-Lajnah Ad-Da’imah (yang diketuai oleh Asy-Syaikh Ibnu Baz), Al-Albani, Al-’Utsaimin, serta Muqbil Al-Wadi’i rahimahumullah.
Dalilnya adalah keumuman firman Allah SWT:
وَالَّذِينَ
هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ. إِلَّا عَلَى أَزْوَاجِهِمْ أوْ مَا
مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ. فَمَنِ ابْتَغَى
وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
- “Dan orang-orang yang menjaga kemaluan-kemaluan mereka (dari hal-hal yang haram), kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba wanita yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Barangsiapa mencari kenikmatan selain itu, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.” (Al-Mu’minun: 5-7, juga dalam surat Al-Ma’arij: 29-31)
يَا
مَعْشَرَ الشَّبَابِ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ اْلبَاءَةَ
فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ،
وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ
وِجَاءٌ
وِجَاءٌ
- “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kalian yang telah mampu menikah, maka menikahlah, kerana pernikahan membuat pandangan dan kemaluan lebih terjaga. Barangsiapa belum mampu menikah, hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa merupakan ubat yang akan meredakan syahwatnya.” (Muttafaq ‘alaih)
- “Sisi pendalilan dari hadits ini adalah perintah Rasul SAWbagi yang tidak mampu menikah untuk berpuasa. Sebab, seandainya onani merupakan adat (perilaku) yang dibolehkan tentulah Rasulullah SAW akan membimbing yang tidak mampu menikah untuk melakukan onani, kerana onani lebih ringan dan mudah untuk dilakukan berbanding puasa.”
Apalagi
onani sendiri akan menimbulkan mudharat yang merusak kesehatan
pelakunya serta melemahkan kemampuan berhubungan suami-istri jika sudah
berkeluarga, wallahul musta’an.2
Hadits-hadits yang diriwayatkan dalam hal ini adalah hadits-hadits yang
dha’if (lemah). Kelemahan hadits-hadits itu telah diterangkan oleh
Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullahu dalam At-Talkhish Al-Habir (no. 1666)
dan Al-Albani dalam Irwa’ Al-Ghalil (no. 2401) serta As-Silsilah
Adh-Dha’ifah (no. 319). Di antaranya hadits ‘Abdullah bin ‘Amr
radhiyallahu ‘anhuma:
سَبْعَةٌ
لاَ يَنْظُرُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ
يُزَكِّيْهِمْ وَيَقُوْلُ: ادْخُلُوْا النَّارَ مَعَ الدَّاخِلِيْنَ: …
وَالنَّاكِحُ يَدَهُ …. الْحَدِيْثَ
- “Ada tujuh golongan yang Allah tidak akan memandang kepada mereka pada hari kiamat, tidak akan membersihkan mereka (dari dosa-dosa) dan berkata kepada mereka: ‘Masuklah kalian ke dalam neraka bersama orang-orang yang masuk ke dalamnya!’ (di antaranya): … dan orang yang menikahi tangannya (melakukan onani/masturbasi) ….dst.” (HR. Ibnu Bisyran dalam Al-Amali, dalam sanadnya ada Abdullah bin Lahi’ah dan Abdurrahman bin Ziyad bin An’um Al-Ifriqi, keduanya dha’if [lemah] hafalannya)
Namun
apakah dibolehkan pada keadaan darurat, iaitu pada suatu kondisi di
mana ia khawatir terhadap dirinya untuk terjerumus dalam perzinaan atau
khawatir jatuh sakit jika air maninya tidak dikeluarkan? Ada khilaf
pendapat dalam memandang masalah ini.
Jumhur
ulama mengharamkan onani secara mutlak dan tidak memberi toleransi
untuk melakukannya dengan alasan apapun. Kerana seseorang wajib bersabar
dari sesuatu yang haram. Apalagi ada solusi yang diajarkan oleh
Rasulullah SAW untuk meredakan/meredam syahwat
seseorang yang belum mampu menikah, iaitu berpuasa sebagaimana hadits
Ibnu Mas’ud RA di atas.
Sedangkan
sekelompok sahabat, tabi’in, dan ulama termasuk Al-Imam Ahmad RA memberi toleransi untuk melakukannya pada kondisi tersebut
yang dianggap sebagai kondisi darurat.3 Namun nampaknya pendapat ini perlu diberi syarat seperti kata Al-Albani rahimahullahu dalam
Tamamul Minnah (hal. 420-421):
“Kami tidak mengatakan bolehnya onani bagi orang yang khawatir terjerumus dalam perzinaan, kecuali jika dia telah menempuh pengubatan Nabawi (yang diperintahkan oleh Nabi SAw), Iaitu sabda Nabi SAW kepada kaum pemuda dalam hadits yang sudah dikenal yang memerintahkan mereka untuk menikah dan beliau bersabda:
“Kami tidak mengatakan bolehnya onani bagi orang yang khawatir terjerumus dalam perzinaan, kecuali jika dia telah menempuh pengubatan Nabawi (yang diperintahkan oleh Nabi SAw), Iaitu sabda Nabi SAW kepada kaum pemuda dalam hadits yang sudah dikenal yang memerintahkan mereka untuk menikah dan beliau bersabda:
فَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ، فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
- “Maka barangsiapa belum mampu menikah hendaklah dia berpuasa, kerana sesungguhnya puasa merupakan ubat yang akan meredakan syahwatnya.”
Oleh
kerana itu, kami mengingkari dengan keras orang-orang yang memfatwakan
kepada pemuda yang khawatir terjerumus dalam perzinaan untuk melakukan
onani, tanpa memerintahkan kepada mereka untuk berpuasa.”
Dengan demikian, jelaslah kekeliruan pendapat Ibnu Hazm rahimahullahu dalam Al-Muhalla (no. 2303) dan sebahagian fuqaha Hanabilah yang sekadar memakruhkan onani dengan alasan tidak ada dalil yang mengharamkannya, padahal bertentangan dengan kemuliaan akhlak dan keutamaan.
Yang lebih memprihatinkan adalah yang sampai pada tahap menekuninya sebagai adat/kebiasaan, untuk bernikmat-nikmat atau berfantasi/ mengkhayalkan nikmatnya menggauli wanita. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullahu berkata dalam Majmu’ Al-Fatawa (10/574):
- “Adapun melakukan onani untuk bernikmat-nikmat dengannya, menekuninya sebagai adat, atau untuk mengingat-ngingat (nikmatnya menggauli seorang wanita) dengan cara mengkhayalkan seorang wanita yang sedang digaulinya saat melakukan onani, maka yang seperti ini seluruhnya haram. Al-Imam Ahmad rahimahullahu mengharamkannya, demikian pula yang selain beliau.”
Rujukan:
1 Pertama kali kami mendengar faedah ini dari guru besar kami, Al-Walid Al-Imam Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullahu dalam majelis beliau. Silakan lihat pula Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah (10/259), Al-Iqna’ pada Kitab An-Nikah Bab ‘Isyratin Nisa’. Hal ini merupakan ijma’ (kesepakatan) ulama sebagaimana dinukilkan oleh Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullahu dalam kitabnya yang berjudul Bulughul Muna fi Hukmil Istimna’, walhamdulillah –pen.
2
Lihat tafsir surat Al-Mu’minun dalam Tafsir Ath-Thabari, Tafsir Ibnu
Katsir, Tafsir Al-Baghawi, Majmu’ Al-Fatawa (10/574, 34/229), Fatawa
Al-Lajnah (10/259), Tamamul Minnah (hal. 420), Majmu’ Ar-Rasa’il
(19/234, 235-236), Asy-Syarhul Mumti’ Kitab Al-Hudud Bab At-Ta’zir –pen. (IH)
1 Pertama kali kami mendengar faedah ini dari guru besar kami, Al-Walid Al-Imam Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullahu dalam majelis beliau. Silakan lihat pula Fatawa Al-Lajnah Ad-Da’imah (10/259), Al-Iqna’ pada Kitab An-Nikah Bab ‘Isyratin Nisa’. Hal ini merupakan ijma’ (kesepakatan) ulama sebagaimana dinukilkan oleh Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullahu dalam kitabnya yang berjudul Bulughul Muna fi Hukmil Istimna’, walhamdulillah –pen.
Tuesday, October 01, 2013
Presiden PAS Ziarah Kuburan Almarhum Ustaz Azizan
POKOK SENA: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menziarahi kuburan bekas Menteri Besar Kedah, Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak di Muassasah Darul Ulum yang meninggal dunia Khamis lalu.
Sebaik tiba di tapak perkuburan kira-kira jam 12 tengahari, Tuan Guru Abdul Hadi bersama rombongan menunaikan solat jenazah ghaib serta mendoakan kesejahteraan untuk Almarhum Ustaz Azizan. Ustaz Abdul Hadi tidak hadir di majlis pengkebumian bekas Pesuruhjaya PAS Kedah Khamis lalu kerana menghadiri forum persidangan Islam di Pakistan.
Beliau memuji Azizan yang sepanjang hayatnya memberikan komitmen tinggi untuk perjuangan Islam.
"Sepanjang hayat tiada istilah rehat bagi beliau, sehinggalah Allah SWT menjemputnya dari ribaan umat,” kata Abdul Hadi.
Turut hadir menziarahi kubur Almarhum Ustaz Azizan ialah Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Timbalannya, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.(Hrkh Daily)
Pornografi Pelajar, Arak & Zina. Bagaimana S'ngor Tangani?
EMOSI dan sosial saling berkait. Anak muda khususnya boleh patut bangunkan negara tetapi ada pula jahanamkan negara. Dia patut jadi buah hati ibu bapanya tapi dia juga sakiti hati orang tua, ambil dadah, zina, rempit, curi barang dan sebagainya. Itu yang cuba ditangani dengan 'menginsankan insan'. Sama macam senarai semak. Meter spiritual akan mempengaruhi cara hidup, emosi dan sosial generasi hari ini dan masa depan.
Begitu pandangan Dr Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangar.
"Bina masjid besar, cantik-cantik sebagai contoh mudah. Apa gunanya kalau ahli kariah tidak masuk dan kalau datang pun keluar dari masjid, hati tetap nak marah saja. Macam mana tu? Sampai rumah sambung marah pada isteri dan anak-anak pula. Pergi tempat kerja, gaduh lagi. Ini yang kita cuba hendak bendung dengan berpandukan konsep SPIES (Spiritual, Physical, Intelellectual, Emotional, Social)." Kata Dr Halimah seperti berita Harakah Daily hari ini.
Bagaimana Operasi SPIES?
Menurut beliau..
- Semua segmen masyarakat terlibat. Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK), kepimpinan masjid hinggalah jabatan dan agensi kerajaan. SPIES masuk kampung. Projek perintis SPIES di kampung ini dapat dilihat di Dun Hulu Kelang, Gombak Setia, Selat Klang.
- Dalam masa terdekat di Kampung Sungai Kandis di Parlimen Kota Rajadan Kampung Bukit Kapar pula. Kita laksanakan di kampung yang sudah bersedia mengikuti SPIES.
- Merekalah yang kemudiannya akan jadi duta SPIES.
Menurutnya lagi..
"Gejala sosial wujud sebabnya sistem masyarakat kita tidak mantap dan rapuh. Itu yang jadi sekarang. Sistem nilai kita tunggang terbalik. Orang Melayu, jangankan nilai Islam nilai Melayunya pun cair. Sebabnya jati diri dia begitu pudar sebab itu orang kita tengok macam mana artis sebagai role model.
"Mulalah pakai cacak sana, warnakan rambut. Punk, Gothic dan entah apa lagi itu yang diikut sebahagian remaja kita. Sistem nilai yang universal dan murni maknanya orang bukan Islam pun mahu. Apa lagi kita sebagai orang Islam.
"Namun, untuk tujuan fokus, saya pilih isu besar tentang buang bayi, jual anak dan berkhalwat bukan muhrim di hotel bajet. Hasilnya, digerakkan "Kempen Anti Zina". Saya fokus tentang zina itu dulu. Kita ada buat sedikit kajian ke atas pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga lima kawasan bandar dan luar bandar. Hasilnya amat mengecewakan. Lebih separuh terbabit dengan aktiviti pornografi, arak termasuk zina.
"Saya wujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial. Buat penjenamaan semula bagi nama, imej baru dengan kita fokus kepada hasil. Kalau kita berjaya menangani gejala sosial lahirlah Generasi Idaman Selangor (GeMS)."
Bagaimana Generasi Idaman Selangor (GeMS)?
- Jabatan dan agensi kerajaan serta NGO seperti Yayasan Amal dijemput untuk menganggotai jawatankuasa ini, termasuklah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sendiri, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan serta Jabatan Pendaftaran sebab berkaitan dengan surat beranak dan tiada IC.
- Juga dibawa masuk Jabatan Imigresen, RELA, Jabatan Penjara. Semua ini dijemput, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Datuk Bandar. Dibincang dan dapatkan laporan daripada mereka terbabit. Contohnya, laporan tentang berapa orang terkena penyakit kelamin daripada Jabatan Kesihatan.
- Jabatan Kesihatan pastikan pelajar atau remaja yang hamil luar nikah perlu dijaga sampai dia bersalin. Jangan dia nanti buang anak. Jumpa entah mana bidan. Rosak, pecah rahim dan kena macam-macam penyakit. Itu telah diterima. Jika tidak dulu ibu yang mengandung luar nikah ini akan ditanya siapa suami. Bila kata begitu, budak ini tak mahu bersalin di hospital. Itu yang buang di mangkuk tandas dan sebagainya.
- Bila dilihat maklum balas termasuk dari PBT (pihak berkuasa tempatan) maknanya dia serbu hotel murah, tempat perjudian, mereka buat kerja masing-masing. Polis kata dia buat itu saja. Yang lain bukan kerja kami. Itu PBT. PBT pula kata itu bukan tugas saya. Rela pula jawab, "kami hanya buat operasi sekiranya depoh tahanan ada kosong". Saya tanya, "bila masa depoh tu kosong?" Dia jawab, "biasanya, penuh"! Maksudnya, kalau penuh tiadalah operasi walaupun ada aduan orang ramai.
Kempen Anti Zina
Menurut beliau lagi..
"Macam Kempen Anti Zina, aspek penguatkuasaan ialah fasa ketiga. Tahap awal kita buat dulu ekspedisi dakwah pergi pantai, kompleks tempat remaja berkumpul bagi edaran, nasihatkan remaja ketika lewat malam supaya pulang ke rumah bersama Jais.
"Kita ada integrasi di situ, NGO Islam semua turun. Bukan one-off tapi berjadual. Selepas itu, kita buat program pelancaran dengan jabatan kerajaan. Selama ini polis kena bantai saja tapi kita tegur mana yang perlu saja. Yang lebih iktiraf kerja bagus yang mereka buat. Tiupkan semangat bahawa kerja mereja itu sebenarnya berjihad, suatu ibadah.
"JAIS pula selama ini tangkap pasangan yang disyaki berkhakwat. Duduk dalam masjid. Bagi tazkirah malam itu saja. Habis itu, habislah. Tidak menyeluruh. Budak itu balik, bulan depan dia buat balik.
"Modul kita dalam GeMS ialah kita mahu mak ayah ambil tahu dan jiran orang kampung ambil tahu. Sebab kita mahu membudayakan supaya semua jadi baik, ruginya jadi orang tidak baik. itu proses.
"Datuk Seri Najib Razak sebut transformasi. Dia baru belajar daripada kita padahal sejak penggal lepas kita sudah praktikkan semangat "mengilmukan rakyat, merakyatkan ilmu. Kita buat Jom Kerja. Dia (BN) pun ikut. Baguslah orang nak ikut cara kita mentadbir dengan baik.
"Nampak gayanya apa yang kerajaan pusat buat banyak meniru negeri Sleangor. Tahun lepas misalnya, Putrajaya baru nak ajar 'high order thinking' (HOT) sebab selama ini suruh orang hafal saja. Dah 56 tahun merdeka baru nak ajar orang berfikir. Pendek kata, Putrajaya memerhati Selangor termasuklah sebelum ini menciplak manifesto Pakatan Rakyat tapi tidak mengapa asalkan akhirnya rakyat dapat manfaat."
Kesimpulan & Harapan.
"Model yang Selangor sedang laksanakan ialah kembali kepada asas, fitrah. Kita ini kerap sangat cakap benda yang tinggi-tinggi padahal tapak masih goyang. Itu yang saya kata tadi gejala sosial balik kepada punca. Puncanya orang tidak kenal Tuhan. Hidup tidak bertuhan.
"Balik kepada usaha kerajaan negeri Selangor untuk menginsankan rakyat ini. Mengilmukan rakyat untuk macam mana seronoknya hidup bertuhan. Sekolah agama misalnya, kita gunakan peruntukan RM200 juta setahun. Adakah generasi kita itu kenal agamanya sendiri?
"Rakyat yang tidak ada ilmu mudah terjerumus kepada masalah sosial. Jadi apa harus kita buat? Merakyatkan ilmu. Jika sebelum ini, ilmu itu ada pada ustaz saja. Ustaz pula tak boleh bagi tazkirah di masjid. Jadi, kita mahu ilmu itu mudah rakyat dapat. Ilmu yang berguna. 'Ilmu' merapu, menipu, pecah rumah mudah dapat.
"Jadi, kita mahu melatih rakyat Selangor untuk beramal dengan ilmu yang ada. Kita tidak mahu apabila ilmu hanya ada di otak saja tapi rohani, dalaman tidak mampu memastikan seluruh pancainderanya bertindak secara berilmu.
"Sebabnya? Dia telah mengasingkan dan ini dipanggil sekularisme antara agama dengan kehidupan. Proses ini semua memakan masa panjang. Membangunkan insan yang ada roh,akal dan perasaan tidak sama seperti menyiapkan projek bangunan bertingkat."
Demikian Dr Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri Selangar.
Bertuah Selsngor dapat pemimpin macam ini... Al-hamdulillah! (IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)