Thursday, October 10, 2013
K'tan: Datuk Nasarudin Daud Jawab Husam
Bekas Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) bertembung lagi dengan pimpinan baru kerajaan negeri di sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini selepas mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang mahu memberikan kelulusan kawasan balak di hutan simpan di Machang semalam.
Hari ini Husam tidak sehaluan dengan Exco kerajaan negeri, Datuk Nasarudin Daud apabila beliau tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh exco berkenaan.
Nasarudin dalam ucapan penggulungan mempertikaikan cadangan Husam agar Jawatankuasa Kira-kira Awan (PAC) Kelantan diperkasakan.
Ini kerana, kata Nasarudin, cadangan itu sepatutnya diberikan semasa perbincangan pembentukan PAC dibuat sebelum ini dan mempertikaikan kenapa Husam membangkitkan hal ini selepas keputusan dicapai.
"Semasa perbincangan mengenainya YB tidak hadir. Selepas selesai dilantik baru dibuat cadangan," kata Nasharudin yang menyindir ketidakhadiran Husam sebelum itu.
Malah, katanya, apa yang dibuat adalah melaksanakan amalan yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini.
Ia menyebabkan Husam marah dan berkata, kenapa perkara itu (ketidakhadiran) dibangkitkan kerana beliau mempunyai sebab tidak hadir ketika ia dibentangkan. Katanya, apa yang perlu dibuat oleh pimpinan kerajaan negeri Kelantan adalah mempertimbangkan cadangannya itu baik atau tidak.
"Kalau baik boleh dilaksanakan. Bukan semestinya sekarang, boleh jadi tahun depan," kata Husam.
Husam ketika membahaskan ucapan Bajet kerajaan negeri semalam mencadangkan PAC Kelantan diperkasakan bagi membolehkan siasatan terperinci dibuat terhadap sebarang salah laku. Sehubungan itu, katanya, beliau mencadangkan pihak yang tidak mempunyai sebarang jawatan sama ada timbalan exco atau pengerusi mana-mana anak syarikat dilantik.
Beliau juga mencadangkan pegawai kepada PAC dilantik daripada kalangan akauntan dan peguam untuk memastikan siasatan yang dibuat menyeluruh dan bermutu. Nasarudin tetap bertegas, ia tidak boleh diubah kerana pelantikan dibuat oleh kerajaan.
Husam kemudian turut mempertikaikan penjelasan Nasarudin yang membuat penjelasan panjang lebar tentang kebaikan dan kewajipan melaksanakan hukum Hudud.
"Kita belajar hal itu dalam tingkatan 4 dan 5 lagi. Apa yang perlu kita buat sekarang adalah strategi dan persiapan kita untuk melaksanakannya, bukan sebab kita mahu melaksanakannya.
"Ini kerana, setiap kali pilihan raya inilah isu yang terpaksa kita jawab. Saya berdiri dan membuat cadangan ini kerana apa yang dibuat sebelum ini tidak boleh jalan," kata Husam.
Beliau mencadangkan, kerajaan negeri mempersiapkan hakim, mahkamah, penjara, skim perkhidmatan dan seumpamanya untuk membolehkan hudud dilaksanakan dengan jaya apabila ia diputuskan untuk dilaksanakan.- 9 Oktober, 2013. (THI)
Saya Tidak Lantik Pengurus Kempen – Tuan Ibrahim
TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan beliau tidak pernah melantik sesiapapun menjadi agen atau pengurus kempennya bagi pemilihan jawatan dalam PAS Pusat kali ini.
Serentak dengan itu beliau menolak sebarang spekulasi dan provokasi yang dikaitkan dengannya terutamanya menerusi media baru.
“Saya tidak pernah melantik sesiapapun sama ada agen mahupun pengurus kempen dan saya tidak pernah membayar kepada sesiapa untuk diri saya.
“Saya tegaskan ini supaya tidak berlaku salah faham kerana menerima laporan sudah ada orang tertentu yang berkempen kononnya saya akan bertanding jawatan sekian-sekian.
“Bahkan saya sendiri belum memutuskan apakah jawatan yang saya akan bertanding nanti,” katanya.
Beliau mengulas demikian sebagai menjawab ada beberapa akaun terutamanya di laman sosial yang seolah-olah berkempen untuk Tuan Ibrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.
Difahamkan, satu artikel dalam sebuah akhbar harian turut melabel Tuan Ibrahim mewakili golongan ulama profesional yang berpotensi menang.
Jelasnya, beliau tidak mahu dilihat terlalu ghairah ketika semua ahli diberi kesempatan meraikan demokrasi tetapi bukannya mahu berlawan sesama sendiri.
“Bagi saya PAS mesti bersedia dengan persediaan yang lebih besar, jangan habis dengan perkara remeh temeh. Parti benarkan berkempen selagi tidak memburukkan pihak lain. Perwakilan sendiri yang akan menilai,” katanya.
Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-59 Asmuni Awi menjelaskan, mana-mana ahli PAS yang didapati melanggar garis panduan dan etika berkempen akan diambil tindakan jika berkempen secara tidak sihat dan mungkin dibatalkan kemenangan calon.
Tuan Ibrahim dalam pada itu meminta jawatankuasa pemilihan mengambil inisiatif memperkenalkan calon terutama yang bertanding jawatan AJK PAS Pusat kerana mungkin ramai muka baru yang menawarkan diri.
“Jika calon tidak berapa dikenali mungkin perwakilan hanya memilih berlegar di kalangan tokoh-tokoh yang sudah sedia ada sama. Jadi itu tidak adil kepada calon-calon baru.
"Mungkin pihak jawatankuasa boleh menerbitkan buku berkaitan biodata calon dan sebagainya yang difikirkan sesuai,” ujarnya.(Hrkh)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
Husam Tunai Janji, Bela Alam Sekitar
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa melaksanakan janjinya untuk
menyuarakan bantahan kepada sesiapa saja jika alam sekitar dan pokok di
Kelantan ditebang sesuka hati.
Janji itu dilaksanakan apabila Husam meminta kerajaan negeri Kelantan agar tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang. Janji ini dibuat Husam ketika menjadi penal forum anak muda, Servival PAS dalam Politik Malaysia di Dewan Himpunan China Selangor pada 2 Oktober lalu.
Dalam forum itu, Husam berkata, beliau akan menjalankan tugasnya selaku Adun biasa di Kelantan dan perkara yang paling sensitif bagi beliau adalah tentang alam sekitar termasuk pokok. Ketika membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam, Husam membuat kejutan dengan membangkitkan isu pembalakan di hitan simpan berkenaan dan kenaikan tarif air di negeri itu yang berkuat kuasa Ogos lalu.
Menurut Husam, ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.
"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," katanya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.
Langkah Husam mengkritik kerajaan PAS ini mengejutkan banyak pihak kerana seolah-olah beliau mengambil alih peranan pembangkang iaitu Umno di DUN berkenaan.
"Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul. Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu?
"Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?" kata Profesor Dr Mohamad Agus Yusof, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysian (UKM) menerusi Facebooknya.
Agus sebelum ini banyak mengkritik kerajaan negeri Kelantan sehingga menimbulkan polemik antara beliau dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah. Ia berakhir dengan cabaran agar Agus ke Kelantan sendiri berjumpa dengan Nik Amar dan disahut "Tunggu saya," kata Agus.
Namun sehingga kini tidak diketahui apakah perjumpaan itu berlaku antara mereka berdua.
Bagi Dr Agus dalam tulisan terbarunya ini, beliau tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini dan berkata:
"Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah. Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di DUN."
Beliau percaya, semua pihak menunggu jawapan dari Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub sendiri dalam isu ini yang dijangka akan berbuat demikian petang ini.
"Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB.
"Apakah tindakan beliau itu salah? Saya tidak melihat begitu. Saya tunggu perbahasan seperti ini sekian lama, iaitu ahli dari parti sendiri membahas dasar dan keputusan kerajaan.
"Pada saya, tindakan Adun Ssalor adalah baik untuk memperbaki kelemahan parti, lagi pun beliau adalah Adun biasa yang bukan lagi berada dalam barisan kepimpinan kerajaan. Lainlah kalau beliau ahli Exco yang terikat dengan doktrin ‘tanggungjawab bersama’," katanya.
Beliau berharap, di pihak kerajaan negeri pula, terima pandangan Adun Salor sebagai politik profesional dan politik matang.
“Jawablah dengan baik untuk menangkis dakwaan beliau, bukan untuk melihat beliau sebagai musuh parti atau musuh kerajaan negeri.
"Ingat, dari segi hirarki parti, Adun Salor adalah naib presiden PAS. Maka, sebagai naib presiden, tidak ada tujuan bagi beliau untuk mensabotajkan parti dan kerajaan negeri dokongannya," kata Agus.
Melihat lebih jauh, Agus berkata: "Jikalah politik cara ini juga diamalkan di Parlimen, alangkah majunya politik kita dan alangkah baiknya untuk rakyat dan negara kita.” – 9 Oktober, 2013.(TMI)

Kisah Gadis Di Lembah Swat, Diperalatkan..
Di tengah-tengah masyarakat Lembah Swat, muslimahnya berpakaian menutup aurat lengkap, dia masih degil berpakaian begini..
MALALA Yousafzai (gambar) dihebuhkan berjaya diselamatkan dari maut, setelah beberapa kali
menjalani operasi tengkorak. Namun gadis 16 tahun ini belum boleh santai.
Kepalanya masih masuk dalam bidikan moncong laras senjata panjang yang kononnya dilakukan oleh Taliban. Begitu beritanya.
Tambah berita itu lagi, Taliban akan terus memburu Malala sampai gadis ini terbunuh. Menurut Taliban, Malala masih menjadi ancaman bagi penerapan syariah Islam 'versi mereka' di wilayah Lembah Swat, Pakistan. Sebenarnya bukan 'versi mereka', tetapi 'versi Islam' yang diamal oleh mereka.

Seperti kata jurucakap Taliban Pakistan, Shahidullah Shahid, kepada Telegraph. Shahid mengatakan..
"Kami tidak menentang Malala, tetapi kami menentang ideologinya," kata Shahid, semasa diwawancara melalui telefon.
"Siapa yang berkempen melawan agama dan menghina Islam, seperti yang dia lakukan dengan ideologi sekulernya, adalah musuh kami dan kami akan mengancamnya lagi dan lagi," ujarnya menambah.

Suara Taliban keluar
setelah nama Malala semakin dikibarkan. Gadis yang tinggal di Lembah Swat
ini diperalatkan adalah lanjutan dari memperalatkan gadis-gadis lain sebelum ini. Konon, menjadi simbol perlawanan terhadap penindasan kaum wanita. Tetapi sebenarnya ditujukan kepada penghancuran agama Islam itu sendiri yang menjadi benteng ketahanan mujahidin Islam di wilayah itu.
Gadis 'batu loncatan' ini dinobat menjadi
nominator penerima Penghargaan Nobel Perdamaian. Jika namanya keluar
Jumaat depan, dara kelahiran tahun 1997 ini akan menjadi orang termuda
sepanjang sejarah Nobel. Majalah TIME, mendaulatkan menjadi salah satu orang paling berpengaruh di dunia. Dalam
setahun terakhir, kehidupan Malala berubah dari seorang pelajar biasa
menjadi hebat dan mendapat sorotan internasional.
Diceritakan, pada 9 Oktober 2012, di Lembah Swat, Malala bersama
teman-temannya berada dalam bas sekolah, mereka tiba-tiba disergap
orang-orang bertopeng dan bersenjata. Malala ditembak tepat di
kepala. Peluru tembus melalui kepalanya ke leher, dan bersarang di
bahunya. Dua orang kawannya juga jadi korban, namun selamat. Kerana itulah dia kini menjalani operasi tengkorak.
Kerana pembunuhan ini, Presiden
Pakistan, Asif Ali Zardari menawarkan hadiah 10 juta rupee untuk informasi pelaku
penembakan. Banyak pihak lagi diperalatkan untuk meledakkan isu ini diperingkat global. Sehingga banyak negara menawar untuk merawatnya, di antaranya Jerman, Inggeris dan Amerika
Syarikat (AS). Akhirnya, keluarga Malala memilih untuk merawatnya di England,
tepatnya di Rumah Sakit Queen Elizabeth di Birmingham.
Bagaimana Malala Di'tersohor'kan?
Bagaimana Malala Di'tersohor'kan?
Malala tersohor pertama kali pada tahun 2009 lalu. Saat itu ayahnya yang memiliki sebuah sekolah di Lembah Swat diminta BBC untuk mencari pelajar yang boleh menulis pengalaman mereka hidup di bawah kepemimpinan Taliban.
Masa itu Lembah Swat berada di bawah kekuasaan Taliban yang dipimpin Maulana Fazlullah. Akhirnya Malala yang terpilih.
Antara kisahnya, yang mengundang jutaan pembaca di blog BBC.
"Saya mimpi buruk kelmarin, ada helikopter militer dan Taliban. Saya mimpi seperti itu sejak militer melancarkan operasi di Swat. Ibuku membuatkan sarapan dan saya pergi sekolah. Saya takut sekolah kerana Taliban melarang wanita sekolah."
"Hanya ada 11 murid di kelas yang seharusnya bisa terisi 27 orang. Jumlahnya menurun setelah Taliban mengeluarkan larangan. Tiga kawanku pindah ke Peshawar, Lahore dan Rawalpindi bersama keluarga mereka kerana larangan ini," tulis salah satu paragraf dalam laporan Malala pada BBC.
BBC membuat namanya terkenal. Usai projek tersebut, New York Times melanjutkannya dengan membuat filem dokumenter dengan Malala pada 2009. Saat itu, keluarga Yousafza mengungsi ke pinggiran kota kerana pertempuran terjadi lagi. Nama Malala semakin melambung, berbagai media menghampirinya, baik dalam dan luar negeri. Dia kerap muncul di acara tv, mempromosikan pendidikan wanita.
Pada Oktober 2011, Uskup Desmond Tutu dari Afrika Selatan menominasikan Malala untuk Penghargaan Perdamaian Anak Internasional dari Yayasan Kids Rights di Belanda. Dia adalah wanita Pakistan pertama yang masuk nominasi. Pada Desember 2011, dia mendapatkan Penghargaan Pemuda Nasional pertama Pakistan yang diberikan langsung oleh Perdana Menteri Yousuf Raza Gilani.
Dalam pidato kemenangannya, dia mengaku bukan anggota partai politik, namun ingin mendirikan partainya sendiri nanti, untuk mempromosikan pendidikan wanita. Sejak itu, Malala mengubah cita-citanya, dari dokter menjadi ahli politik.
Malala semakin dikenal sebagai penentang mujahidin Taliban, dan dengan tidak disedari dia sudah menjadi balaci diperalatkan musuh-musuh Islam.

Malala
kini tinggal di England bersama keluarganya. Dalam pidatonya di PBB,
Malala mengatakan dia tetap akan maju menentang belenggu dan teroris
tidak akan dapat memhapusnya.
"Mereka pikir peluru dapat menguasai kami, tapi mereka salah. Teroris pikir mereka boleh mengubah
tujuan saya dan menghentikan ambisi saya. Tapi tidak ada yang berubah di
diri saya selain ini: kelemahan, rasa takut dan putus asa telah mati.
Kekuatan dan keberanian telah lahir," ujar Malala dalam pidatonya.
Dalam wawancaranya tengan BBC awal minggu ini, Malala sekali lagi menegaskan bahawa Taliban telah mencoreng ajaran Islam dengan menerapkan hukum syariat versi yang salah.
"Membunuh orang, menyiksa dan mencambuk mereka, itu bertentangan dengan ajaran Islam. Mereka (Taliban) telah menyalahgunakan nama Islam," kata Malala pada program khusus BBC "Shot for Going to School".
Dalam wawancara itu, kononnya keberanian Malala terlihat jelas. Dia tidak takut pada Taliban. Dia malah menyerukan pemerintah untuk melakukan dialog dengan Taliban demi perdamaian di Pakistan.
"Cara terbaik untuk mengatasi masalah dan menuntaskan perang adalah melalui dialog. Itu bukan urusan saya, itu pekerjaan pemerintah," kata dia.
Malala yang kini bersekolah di Sekolah Khusus Wanita Edgbaston di Birmingham ini juga menyerukan para siswa di Inggeris untuk menghargai pendidikan mereka.
"Saya ingin mengatakan bahawa pendidikan itu sangat berharga, sangat bergengsi, pergilah sekolah," ujarnya.
Soal nominasi Nobelnya dia mengatakan, "Jika saya menang Nobel, maka akan jadi kesempatan baik untuk saya. Tapi jika tidak, itu tidak penting, kerana tujuan saya bukan Nobel. Tujuan saya adalah perdamaian dan pendidikan untuk semua anak."
Kesimpulan: Maka jelaslah, bahawa Malala dan orang-orang sepertinya, otaknya telah dijajah sekarang. Amat teruk kalau negara sudah dijajah, tetapi teruk lagi apabila otak dan pemikiran rakyat atau pemimpin sesebuah negara menjadi hamba penjajah. Yakni tidak mahu menjadi hamba kepada Allah SWT dan Islam, bahkan ingin membabaskan diri, dari syariat Islam.(IH)
Kini Malala sudah jadi ahli politik peccai penjajah..
Lihat sebelum ini..

Wednesday, October 09, 2013
Hanya Untuk Najib Menari Begini, RM1.6J .. Mana Fatwa?
Ada orang kata, ini gambar ulat bulu?
Amrin: Belanja K-Pop dari kantung kerajaan
Di
tengah-tengah kontroversi perbelanjaan RM1.6 juta oleh Kementerian
Belia dan Sukan untuk konsert K-Pop tahun lepas, Ketua Audit Negara Tan
Sri Ambrin Buang tampil menjelaskan perbelanjaan itu sememangnya
ditanggung oleh kerajaan.
Tegasnya sewaktu kerja-kerja audit dibuat, Jabatan Audit Negara mendapati sejumlah wang dibelanjakan bagi membiayai beberapa aktiviti berkaitan sambutan Hari Belia Negara 2012 yang dianggap tidak berhemat, termasuklah konsert K-Pop tersebut.
"Perbelanjaan ini dibuat menerusi peruntukan kerajaan yang disalurkan menerusi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan ia tidak pernah dipertikaikan mana-mana pegawai kementerian atau MBM sewaktu perbincangan dengan mereka ketika audit dijalankan.
"Kerana itulah isu ini dibangkitkan dalam laporan audit," katanya dalam satu maklum balas emel kepada media.
Kenyataan ini bercanggah dengan kenyataan bekas menteri belia dan sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Shabery sebelum ini mendakwa bayaran dibuat menggunakan duit penaja yang dimasukkan ke dalam akaun Majlis Sukan Negara, dan bukannya menggunakan duit pembayar cukai. (MK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Majlis Fatwa Kebangsaan tolong keluarkan fatwa, apa hukum guna wang kerajaan (rakyat) unruk acara-acara maksiat dan tak bermanfaat seperti gambar di atas ini..
Tahniah PAS Balik Pulau & Permatang Pauh -I/Hasyim
KL: Weblog Ibnu Hasyim mengucapkan tahniah kepada PAS Balik Pulau dan Permatang Pauh yang telah menyelesaikan mesyuarat kawasan masing-masing dengan aman.
"Al-hamdulillah, semuanya berlangsung dengan aman. Tahniah kepada Ustaz Fauzi dan Sdr Omar Hasan!"kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim yang terlibat mengasaskan PAS Balik Pulau dan nenjadi YDPnya satu ketika dulu.
Ustaz Fauzi Mohd Yusof dan Omar Hasan masing-masing kekal sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Balik Pulau dan Permatang Pauh apabila dipilih semula menerajui PAS kawasan dalam mesyuarat agung pemilihan, baru- baru ini.
Perwakilan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Balik Pulau turut memilih Jamaludin Said sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Borhan Omar sebagai Naib Yang Dipertua.
Dalam Mesyuarat Agung sayap parti, Fahmi Ahmad dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Balik Pulau; Ketua Urusan Ulamak PAS kawasan disandang Ustaz Zainal Abidin Othman dan Ketua Muslimat pula disandang Mariah Maarof.
Dalam perkembangan berkaitan, PAS Kawasan Permatang Pauh turut mengekalkan Amir Hamzah sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua disandang Asre Jusoh.
Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS kawasan turut memilih Wan Rafaei sebagai teraju baru manakala Mensyuarat Agung Dewan Muslimat PAS kawasan kekal diterajui Suraya Saad. (IH)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-77: Pemilihan Kepimpinan PAS 2013
Belanjawan K'tan '14: Menyimpang Dari Ketelusan -Husam Musa
Husam Musa
KOTA BHARU - Seorang Adun Pas yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan hari ini membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.
Datuk Husam Musa (Pas-Salor) yang membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan antara lain membangkitkan isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.
Menyentuh isu pembalakan itu, Husam meminta kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan berkenaan.
Tegasnya ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu
mesti ditolak.
"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk
Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," kata Husam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.
Husam juga berkata, syarikat berkenaan bakal menerima kawasan tersebut tanpa membuat sebarang tender.
"Ia sangat meragukan sekali. Seingat saya, semasa pentadbiran YAB Tok Guru dahulu, tidak ada kawasan seluas itu diberikan kepada mana-mana individu.
Adakah hanya dengan permohanan ringkas dua muka surat, serta-merta permohonan ini akan ditimbangkan?," katanya.
Mengenai kenaikan tarif air, Husam berkata, jika Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diurus dengan lebih amanah, kenaikan itu sepatutnya boleh dielak.
Beliau berkata AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf.
Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10 juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.
"Naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH.
"Naik taraf loji rawatan air Pintu Geng membabitkan kos RM52 juta dengan sasaran 30 JLH namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 JLH,"
katanya.
Untuk mengurangkan kebocoran paip, AKSB membelanjakan RM130 juta setakat Julai tahun ini, namun kadar air tanpa hasil masih 52 peratus, bererti gagal
sama sekali, katanya.
Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri yang baharu ini menamatkan kontrak dengan kontraktor dari Korea Selatan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang diasaskan olehnya kira-kira dua tahun lepas.
"Kerajaan baharu tidak boleh dengan mudah memutuskan hubungan dengan kotraktor yang dikira berkebolehan yang telah dipilih lebih awal dan datang dengan cadangan baharu yang pada hemat saya meragukan," katanya.
Husam yang ditemui di luar dewan selepas itu berkata segala tegurannya adalah kerana sayangkan Kelantan dan mahu melihat negeri itu jauh lebih maju.
"Kerajaan baharu ini masih jauh lagi dan apa yang saya sebutkan ini bukanlah salah kepimpinan," katanya. - Bernama
Video Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | Dato' Husam Musa | 8 Okt 2

Subscribe to:
Posts (Atom)