Ilustrasi
Wanita mengilai jam 4 pagi
Port Dickson: “Lepaskan saya, saya nak menari, jangan pegang saya…
tolonglah,” kata seorang wanita berusia awal 20-an yang secara tiba-tiba
diserang histeria ketika tidur di dalam sebuah khemah di Batu 4, Jalan
Pantai, di sini, awal pagi semalam.
Wanita terbabit yang mengikut teman lelakinya menyertai
Pertandingan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam anjuran Majlis
Perbandaran Port Dickson (MPPD), mengejutkan orang ramai yang
menyaksikan perlawanan itu apabila diserang histeria dan menari ‘ulik
mayang’ pada jam 4 pagi.
Wanita berkenaan yang kemudian meraung sekuat hati dan berlari
seperti mengejar sesuatu menyebabkan perlawanan terhenti seketika dan
beberapa pengunjung terpaksa menenangkan wanita itu.
Saksi kejadian, Yusri Hassan, 35, berkata, sebelum kejadian dia
sedang menyaksikan perlawanan bola sepak yang diadakan sempena sambutan
tahun baru 2014.
Katanya, ketika asyik menonton perlawanan, tiba-tiba terdengar
suara wanita mengilai seperti dirasuk daripada khemah berhampiran
menyebabkan 100 penonton panik.
“Akibatnya, beberapa pengunjung menyerbu ke khemah wanita itu dan
menyaksikannya dalam keadaan dirasuk,” katanya yang ditemui di tempat
kejadian.
Wartawan yang berada di lokasi kejadian membuat liputan perlawanan
itu turut terkejut apabila mendapati wanita berkenaan tiba-tiba
meracau.
Ada beberapa individu cuba menenangkan wanita itu, tetapi dia
meraung supaya dilepaskan kerana ingin membuat tarian ulik mayang.
“Tolong lepaskan saya, jangan pegang, saya nak menari,” rayu wanita
berkenaan kepada orang ramai dan kemudian membuat tarian berkenaan.
Bagaimanapun, selepas 10 minit ditenangkan pengunjung selain
dibacakan ayat suci al-Quran, wanita berkenaan kembali tenang namun
masih lemah.
Dia kemudian dibawa pengunjung wanita lain memasuki kereta sebelum perlawanan bola sepak diteruskan.
Mengimbau kejadian sama, Harian Metro pada 10 November lalu
melaporkan hampir 50 peserta Perhimpunan Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) di Batu 1, Jalan Pantai, pernah diserang histeria ketika
mengadakan tarian ulik mayang dan kuda kepang.
Menurut laporan, keadaan dapat dipulihkan apabila beberapa
pengamal perubatan Islam tampil memberikan bantuan. Sementara
itu, pengamal perubatan Islam dari daerah ini, Ustaz Mohammad Salleh
menasihatkan pengunjung pantai di daerah ini lebih berhati-hati dan
menjaga tingkah laku ketika berada di kawasan berkenaan.
Katanya, ia kerana makhluk halus berada di mana-mana tanpa mengira
tempat dan histeria sering berlaku kepada mereka yang gagal mengawal
emosi.
“Jika kita terlalu gembira, sedih, takut atau marah,
kebarangkalian tinggi untuk dirasuk makhluk halus,” katanya ketika
dihubungi, semalam. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bahagian Agama kena siasat ini..
- 'Wanita terbabit yang mengikut teman lelakinya menyertai
Pertandingan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam anjuran Majlis
Perbandaran Port Dickson (MPPD)'
- Mengimbau kejadian sama, Harian Metro pada 10 November lalu
melaporkan hampir 50 peserta Perhimpunan Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia (JPAM) di Batu 1, Jalan Pantai, pernah diserang histeria ketika
mengadakan tarian ulik mayang dan kuda kepang.
Nampaknya, macam kegiatan maksiat 'Wanita terbabit yang mengikut teman lelakinya'..Apakah JabatanKerajaan juga terlibat?
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
HMH STEVIA HERBA.
Wakil Penjual:
Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01
111281452 (Selayang),
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai)
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah,
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang
Roslan 0132132967 (Temerloh)