Friday, January 10, 2014

Tidak Perlu Buang Tulisan Jawi. Siapa Pengkhianat T/Jawi?

PAPAN tanda utama SMK Convent Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang mengandungi tulisan Jawi.

GEORGE TOWN - Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Mertajam, dekat sini tidak perlu melayan sebarang permintaan atau arahan daripada pihak luar yang meminta agar tulisan Jawi pada papan tanda utama sekolah itu dibuang.

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, papan tanda sekolah yang mengandungi tulisan Jawi itu telah dipasang sejak 10 tahun lalu dan ia tidak mempunyai sentimen keagamaan kepada mana-mana pihak.

"Saya difahamkan papan tanda itu sudah dipasang sejak 10 tahun lalu dan pihak sekolah tiada sebab untuk menanggalkannya atau mengganti dengan papan tanda baharu kerana langsung tiada kaitan dengan sentimen keagamaan.
"Malah tulisan Jawi adalah sama seperti tulisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana ia ditulis sebagai tambahan bagi menggantikan tulisan roman yang merujuk kepada nama sekolah," katanya. (Kosmo)

Hampir keseluruhan bangunan dan kedai-kedai di Bandar Urumqi China. terdapat tulisan ‘Jawi Urumqi’.

Masjid di Bandar Urumci, yang disinggahi penulis (Ibnu Hasyim)


Penulis depan kelinik di bawah masjid Urumqi.
Lihat, ada tulisan ‘Jawi Urumqi’ di kad pengenalan warganya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tulisan Jawi berasal dari tulisan bahasa Arab, bahasa mula ditulisnya Al-Quran. Menyintai Al-Quran, atau dengan menyintai bahasa Al-Quran menyebabkan kekalnya huruf-huruf Arab dalam bahasa Melayu atau tulisan Jawi. Mempertahankan tulisan Jawi  bererti mempertahankan Al-Quran dan agamaIslam itu sendiri.

Pemahaman beginilah yang ditakuti penjajah anti Islam. Sehingga apabila mereka memerdekan negeri di bawah jajahan mereka, mereka meletakkan pemimpin di bawah telunjuk mereka, yang sanggup berkhianat memusnahkan tulisan Jawi, sekali gus meruntuhkan Islam. Malaya waktu itu terlibat dalam projek penjajah penghapusan tulisan Jawi melalui tangan 'barua penjajah' itu sendiri.

Jadi, siapa sebenarnya pengkhianat yang memusnahkan tulisan Jawi?

Lihat sebelum ini..
 IKLAN   Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.  

Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 
HMH STEVIA HERBA. 
Wakil Penjual:

 
Selangor
Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Kedah, 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)


Erdogan Lawat Malaysia, Dialog & Kerjasama 2 Hala..


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia mulai hari ini atas jemputan rakan sejawatannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Erdogan akan diringi oleh isterinya Puan Emine Erdogan serta 97 anggota delegasi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Kesatuan Eropah, Menteri Ekonomi, Menteri Tenaga dan Alam Sekitar serta Menteri Belia dan Sukan.
  
Wisma Putra, dalam kenyataannya malam tadi, berkata lawatan ke Malaysia itu adalah sebahagian daripada misi lawatan Erdogan ke Asia termasuk Jepun dan Singapura. Lawatan tersebut juga sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turki yang terjalin pada 1964, menurut kenyataan itu.
  
Perdana Menteri Turki itu akan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra, Putrajaya pada Jumaat ini, disusuli mesyuarat tertutup dengan Najib sebelum kedua-dua pemimpin itu mengetuai delegasi masing-masing pada mesyuarat dua hala.

Wisma Putra berkata perbincangan antara kedua-dua pemimpin itu dijangka tertumpu kepada soal meningkatkan dialog dan kerjasama dua hala, antara lain dalam bidang politik, perdagangan dan pelaburan, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
  
Selain itu, kedua-kedua mereka juga dijangka membincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu kepentingan bersama serantau dan antarabangsa.
  
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan majlis jamuan rasmi untuk meraikan Erdogan dan Emine di Seri Perdana.
  
Semasa lawatan itu, Erdogan dijadual menyampaikan kuliah utama bertajuk  'Mentranformasikan Asia Pasifik dan Turki' pada siri syarahan Tun Abdul Razak anjuran Yayasan Penyelidikan Mengenai Transformasi dan Razak School of Government (RSOG).
  
Wisma Putra berkata Perdana Menteri Turki itu akan menerima anugerah Ijazah Doktor Kehormat dalam Pengurusan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). (Sumber Bernama)

Sebelum ini..       Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya

Siapa Bekas Isteri Aktor Terlibat Dadah, Kini Dalam Ketakutan?


Foto 
Zue

HALAMAN HIBURAN
Ampang: Wajah menarik dan susuk tubuh menawan tidak semestinya membawa bahagia kepada seorang wanita kerana tanpa pertimbangan bijaksana dalam membuat keputusan, badan pasti merana ditimpa derita berpanjangan.

Itu nasib seorang wanita mahu dikenali sebagai Zue, 32, bekas isteri aktor popular tanah air suatu ketika dulu yang kini hidup dalam ketakutan apabila diperangkap teman lelaki yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah.

“Apa yang menimpa diri saya boleh diibaratkan seperti keluar mulut buaya masuk mulut harimau. Dulu, ketika berkahwin dengan bekas suami yang juga pelakon dan model popular, saya sering dipukul.
“Kini, saya diperalat pula teman lelaki untuk menemaninya berurusan dengan pengedar dadah,” kata ibu tunggal beranak dua itu yang sebelum ini turut terbabit secara tidak langsung dalam industri hiburan.

Zue berkata, selepas bercerai dengan bekas suaminya dia bekerja di sebuah kelab malam di ibu kota dan ketika itulah dia berkenalan dengan teman lelakinya itu iaitu pada awal 2012.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di situlah peranan kerajaan kebajikan dalam membimbingnya. Lebih-lebih lagi kerajaan kebajikan berteraskan Al-Quran-Hadis.. Tentu ada jalan penyelesaiannya bagi kerajaan yang mahu berfikir Islamik.

Sebelum ini..        
Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya

Thursday, January 09, 2014

Mesir Gempur Himpunan Masjid Salam, Terkena Rakyat M'sia..



KAHERAH: Seorang graduan Usuluddin Usuluddin Al-Azhar cedera di bahagian muka apabila terkena objek dipercayai serpihan peluru sesat ketika melalui satu kawasan demonstrasi anti kudeta.

Ketika kejadian, siswazah berkenaan, Zahed M.Naser, 27 dalam perjalanan menghantar isterinya yang sedang menuntut di kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar ke kuliah untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Ketika itu juga pihak tentera kudeta sedang menggempur peserta himpunan di hadapan Masjid Salam, Hayyu Asyir, di sini.

Menurut maklumat, pemuda tersebut terkena tembakan rambang yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap demonstran aman di hadapan masjid itu.

Ekoran itu beliau cedera di bahagian bibir dan pipi, namun isteri beliau bagaimanapun tidak mengalami apa-apa kecedaran. Beliau juga telah mendapatkan rawatan di hospital dan telah dibenarkan pulang.

Sementara itu, wakil keduataan, wakil Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) serta wakil HEP Selangor Mesir turut menziarahi siswazah terbabit hari ini. (HD)

Pemuda Pakistan, Negara Umat Islam Pun Ikut Lari Bogel..

Ilustrasi Bogel. ©www.news.com.au 

POLIS Pakistan menangkap enam pemuda Provinsi Punjab kerana berlomba lari bogel. Pertandingan itu berhadiah wang senilai Rp 3.9 juta.

Surat khabar Times of India melaporkan, Selasa (7/1), menurut pihak berkuasa, keenam pemuda itu bernama Arif, Maskin, Arshad, Waqar, Ehsan, dan Abid memutuskan pertandingan lari bogel di Guejrat, 120 kilometer dari Lahore.

Kelakuan mereka disaksikan warga setempat langsung melapor ke polis. Petugas langsung menuju ke lokasi tempat mereka mengumum lari bogel dan menangkap mereka. Polis juga menyita hadiah wang dan pihak lain terlibat lomba ini.

"Kami menuntut mereka ditindak tegas. Memalukan.." ujar warga enggan memberitahu namanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Budaya jahiliah lari bogel keliling kaabah zaman sebelum kelahiran Islam dihidupkan kembali di dunia moden hari ini. Dah sampai ke Malaysia ke belum? (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)

Wednesday, January 08, 2014

Trio MB DAP, Jangan Campur Urusan Islam -Khalid Samad


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar)berkata tidak wajar tiga ADUN DAP Selangor "campur tangan" apabila mencadangkan supaya Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 negeri itu dipinda.

Menyifatkan pindaan enakmen itu sebagai "urusan orang Islam", Khalid - yang mencetuskan kontroversi hampir sama pada 2010 – berkata, tindakan wakil rakyat DAP itu bercanggah dengan prinsip perjuangan parti, sekali gus memburukkan lagi suasana.

"Sepertimana mereka tidak mahu orang Islam campur tangan dalam urusan agama bukan Islam, begitu juga orang Islam tidak mahu lihat campur tangan bukan Islam dalam urusan agama Islam.
"Tindakan mereka akan bercanggah dengan prinsip yang mereka perjuangkan sendiri. Malahan ia akan digunakan untuk memburukkan keadaannya lagi," katanya melalui SMS jawapan kepada Malaysiakini.

Khalid diminta mengulas tindakan tiga ADUN DAP Selangor – Lau Weng San (Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) – yang mahu enakmen itu dipinda selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan itu diutarakan ekoran serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada 2 Januari lalu.

Khalid mencadangkan ketiga-tiga ADUN itu bersabar dan memberi keyakinan kepada umat Islam untuk membebaskan diri dari “permainan politik golongan tertentu” yang ingin peralatkan Islam sebagai alat adu-domba dan perbalahan.

"Usaha pembebasan umat Islam dari keadaan Islam diperalatkan oleh golongan yang bertopengkan Islam perlu dilakukan dan dijayakan oleh umat Islam sendiri tanpa bantuan dari umat lain.
"Ini saya yakin akan tercapai kerana Islam sememangnya mengajar umatnya untuk menghormati hak agama lain,” katanya yang juga pemimpin PAS Selangor.


Kenyataan tiga trio itu dikecam pelbagai NGO, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PAS kerana didakwa bertindak "gopoh". (MK)

Sebelum ini..       Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya

Kalau Islamik, Tak Payahlah Hard Rock Cafe - Aishah

Wan Aishah Wan Ariffin 

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin tidak dapat membayangkan bagaimana kerajaan BN akan meluluskan pembukaan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya tanpa penjualan minuman keras dan menampilkan hiburan Islamik.

Ini kerana katanya, Hard Rock Cafe dikenali sebagai sebuah restoren tempat berhibur tanpa batasan dengan hidangan minuman keras serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Menurut beliau, suasana dalam Hard Rock Cafe itu biasanya gelap dan ada sudut yang menyediakan minuman keras serta muzik rancak.

Jika kerajaan BN bersungguh-sungguh mahu memperjuangkan muzik berteraskan Islam tidak payah menggunakan nama Hard Rock Cafe, tegasnya.

"Cawangan Hard Rock di Putrajaya, saya tidak nampak siapa lagi selain umat Islam yang menjadi pelanggan sasarannya.
"Adakah orang asing akan mengunjungi Hard Rock Cafe jika ia berlandaskan Islam?" tegas beliau.   

Beliau berkata, Hard Rock di Kuala Lumpur biasanya sampai pagi dan mereka yang mengunjungi tempat itu untuk berhibur minum arak serta pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.  Jika kerajaan BN boleh menyediakan garis panduan selari dengan sistem pentadbiran Islam, katanya apakah cawangan Hard Rock Cafe itu dibenarkan tidak menjual minuman keras.

Bekas penyanyi `Janji Manis Mu' itu berkata, jika kerajaan BN mahu memperjuangkan hiburan Islamik kenapa ia mesti bermula dengan Hard Rock Cafe kerana biasanya tempat tersebut dikunjungi orang asing. Manakala orang Melayu yang berkunjung ke Hard Rock semata-mata mahu berhibur dan minum arak, tegasnya.

Beliau berkata, jika kerajaan meletakkan syarat tidak ada penjualan arak bagaimana dengan penonton apakah kerajaan juga menggunakan peraturan tempat penonton perempuan berbeza dengan lelaki.

"Saya percaya syarat untuk membuka cawangan Hard Rock Cafe tidak mudah dan tidak boleh ditukar sesuka hati. Saya tahu apa yang berlaku di situ," katanya.

Beliau menegaskan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bercakap tentang pelaksanaan tetapi beliau tidak fikir bagaimana hendak melaksanakan Hard Rock berlandaskan Islam.

"Saya harap jika kerajaan BN mahu melakukan satu permulaan yang baik biarlah rancang betul-betul. Letak siapa golongan sasaran kerana kita tidak mahu timbul isu pergaulan walaupun tiada hidangan arak," tegasnya. (HD)

Sebelum ini..      
Forum Usahawan 1
Forum Usahawan 1
Tambah Pendapatan & Mula Niaga. Dari 0.. Begini Caranya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails