Tuesday, January 14, 2014

Filem Anak Tiri PM Cipta Nama Di Hollywood, Siapa Biaya?

Penerbit filem The Wolf Of Wall Street, dari kiri Joey McFarland bersama Riza Aziz, Irwin Winkler dan Joe Low dalam satu majlis pelancaran filem ini di Ziegfeld Theatre. Gambar Zimbio.com. 


HALAMAN HIBURAN
Anak tiri perdana menteri, Riza Aziz mencipta nama dalam industri filem Holywood apabila filem terbitannya, The Wolf Of Wall Street menggondol Anugerah Golden Globes kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan pelakon terkenal, Leonardo DiCaprio.

Bagaimanapun, Riza enggan mengulas apabila timbul spekulasi media mendakwa filem itu dibiayai ibunya, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Mstar Online melaporkan, Riza dikatakan enggan mengulas kontroversi yang melanda filemnya yang menelan belanja USD100 juta (RM326 juta) itu termasuk tuduhan sebuah ‘portal pro-pembangkang’ yang mendakwa produser itu mendapat sumbangan kewangan daripada ibunya.

Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM100 juta di New York. Filem penuh kontroversi itu berdasarkan kisah benar mengenai broker saham Wall Street, Jordan Belfort lakonan DiCaprio yang dipenjarakan kerana rasuah dan jenayah perdagangan.

Filem itu turut membariskan bintang Hollywood terkenal seperti Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey. Sebelum ini, Rewcastle Brown, kakak ipar bekas Perdana Menteri Britain Gordon Brown mengasaskan Sarawak Report, sebuah laman berita dalam talian, secara terbuka mengkritik kerajaan negeri Barisan Nasional di Sarawak.

Laman web ini baru-baru ini melaporkan bahawa Riza yang berusia 36 tahun membeli sebuah megapuri bernilai USD33,500,000 (RM110 juta) di New York pada 2012. Dia dilaporkan membeli hartanah tujuh bilik itu di 63 Street di Taman Laurel, New York pada November 2012.

Berita itu mencetuskan kritikan yang baharu terhadap PM yang berulang kali menyeru rakyat Malaysia untuk berbelanja dengan bijak dan berhemah berikutan meningkatnya harga bagi beberapa barangan sejak tahun lalu.
Riza bekerjasama dengan pengeluar Hollywood terkenal Joey McFarland untuk menubuhkan Red Granite Pictures, yang menerbitkan filem termasuk The Wolf in The Wall Street, Friends With Kids dan siri daripada Dumb and Dumber, Dumber and Dumber To.

Riza dipetik oleh Hollywood Reporter sebagai berkata: "Saya mempunyai wang yang dilaburkan dalam syarikat. Ia menunjukkan bahawa saya bersungguh terhadapnya dan komited daripada sudut kewangan. Kami juga mempunyai kumpulan pelabur, terutamanya dari Timur Tengah dan Asia."

Dalam temubual dengan akhbar harian  Los Angeles Times, McFarland berkata, strategi syarikat adalah untuk membeli filem yang mempunyai masa depan yang baik daripada penerbit bermasalah. – 14 Januari, 2014. (TMI)

Rakaman Di Kota New York. Hari Tanpa Seluar

Video: Kegilaan masyarakat Barat, raikan Hari Tanpa Seluar


Monday, January 13, 2014

Kitaran Air Dalam Al-Qur’an

Siklus air dalam Al-Qur'an (kaheel7.com)
Kitaran air dalam Al-Qur’an (kaheel7.com)

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

AL-QURAN telah menyebutkan proses kitaran air , dan juga bagaimana terjadinya dengan sangat terperinci. Penyebutan itu pun sesuai dengan ilmu pengetahuan moden . Pada saat ayat - ayat ini turun , majoriti orang masih berkeyakinan bahawa yang menurunkannya adalah dewa hujan .Peranan Penting MatahariAllah swt . berfirman :
وجعلنا سراجا وهاجا

  • " Dan Kami jadikan pelita yang amat terang ( matahari ) . " [ An - Naba ' : 13 ] .
Cahaya dan panas matahari bertanggung - jawab dalam mengwapkan air ke udara , dan membentuk angin .Peranan AnginAllah swt . berfirman :وأرسلنا الرياح لواقح فأنزلنا من السماء
  • " Dan Kami telah meniupkan angin untuk mengawinkan ( tumbuhan , awan ) dan Kami turunkan hujan dari langit . " [ Al - Hijr : 22 ] .
Angin yang menggiring awan , mengawinkan ion - ion dalam awan sehingga boleh turun hujan .Pembentukan AwanAllah swt . berfirman :
ألم تر أن الله يزجي سحابا ثم يؤلف بينه ثم يجعله ركاما فترى الودق يخرج من خلاله وينزل من السماء من جبال فيها من برد فيصيب به من يشاء ويصرفه عن من يشاء يكاد سنا برقه يذهب بالأبصار

  • " Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan , kemudian mengumpulkan antara ( bahagian - bahagian ) nya , kemudian menjadikannya bertindih - tindih , maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah - celahnya dan Allah ( juga ) menurunkan ( butiran - butiran ) es dari langit , ( yaitu ) dari ( gumpalan - gumpalan awan seperti ) gunung - gunung ... maka ditimpakan - Nya ( butiran - butiran ) es itu kepada siapa yang dikehendaki - Nya dan dipalingkan - Nya dari siapa yang dikehendaki - Nya . Kilauan kilat awan itu hampir - hampir menghilangkan penglihatan . " [ An - Nur : 43 ] .
Cadangan Air TanahAllah swt . berfirman :فأنزلنا من السماء ماء فأسقيناكموه وما أنتم له بخازنين
  • " Dan Kami turunkan hujan dari langit , lalu Kami beri minum kamu dengan air itu , dan sekali - kali bukanlah kamu yang menyimpannya . " [ Al - Hijr : 22 ] .
Air tersimpan dalam bumi ratusan tahun , tetapi tidak rosak . Berbeza dengan kalau kita yang menyimpannya .Pengedaran AirAllah swt . berfirman :ألم تر أن الله أنزل من السماء ماء فسلكه ينابيع في الأرض ثم يخرج به زرعا مختلفا ألوانه ثم يهيج فتراه مصفرا ثم يجعله حطاما إن في ذلك لذكرى لأولي الألباب
  • " Apakah kamu tidak memperhatikan , bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit , maka diaturnya menjadi sumber - sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan - Nya dengan air itu tanam - tanaman yang bermacam - macam warnanya ... lalu ia menjadi kering lalu kamu melihatnya kekuning - kuningan , kemudian dijadikan - Nya hancur berderai - derai . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar - benar terdapat pelajaran bagi orang - orang yang mempunyai akal . " [ Az - Zumar : 21 ] .
Setelah turun , air tidak hilang begitu saja . Tapi diserap bumi , lalu keluar dalam bentuk mata air . Dedaunan tidak selamanya hijau , air yang terkandung di dalamnya harus kembali mengalami kitaran . Daun yang kering itu selepas proses ribuan tahun akan berubah menjadi minyak .Peranan Penting SungaiAllah swt . berfirman :وهو الذي مرج البحرين هذا عذب فرات وهذا ملح أجاج وجعل بينهما برزخا وحجرا محجورا
  • " Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir ( berdampingan ) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit ; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi . " [ Al - Furqan : 53 ] .
Sungai yang membekalkan air laut , sumber air terbesar yang tersejat ke udara . Tanpa adanya sungai , laut pun akan kering , dan tidak akan ada wap air yang terbang ke udara . Dari lautlah air akan tersejat .Peranan GunungAllah swt . berfirman :وجعلنا فيها رواسي شامخات وأسقيناكم ماء فراتا
  • "Dan Kami jadikan padanya gunung - gunung yang tinggi , dan Kami beri minum kamu dengan air yang tawar? " [ Al - Mursalat : 77 ] .
Gunung berperanan dalam pembentukan awan , sehingga daerah pengunungan adalah daerah yang paling sering disirami hujan . Selain itu , gunung berfungsi dalam menyimpan dan mengedarkan air .Hukum Alam yang TepatAllah swt . berfirman :وأنزلنا من السماء ماء بقدر فأسكناه في الأرض وإنا على ذهاب به لقادرون  
  • " Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran ; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi , dan sesungguhnya Kami benar - benar berkuasa menghilangkannya . " [ Al - Mu'minun : 18 ] .
Kata ( بقدر ) menunjukkan sistem dan ketepatan . Semua proses turunnya hujan itu terjadi dengan teori yang sangat tepat . Ada sedikit ketimpangan , akan berpengaruh kepada bencana . Tidak ada istilah curah hujan yang yang terlalu besar . Kerana ayat di atas menyebutkan bahawa air yang diturunkan hujan sama dengan air yang tersejat ke langit . Tidak ada istilah berlebihan , kerana semua sudah diukur oleh Allah swt   

Terjadinya banjir pada sebuah negeri adalah kerana kesalahan yang dibuat tangan manusia sendiri . (IH/msa/dakwatuna )

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Twitter Tutup Akaun Brigade al Qassam



Brigade al Qassam , sayap militer Gerakan Perlawanan Islam Hamas , menegaskan bahawa menejemen laman jejaring sosial " twitter " telah menutup akaun brigade dalam bahasa Inggeris tanpa memberikan peringatan sebelumnya .


 Akaun al Qassam telah yang mempunyai penyebaran sangat luas dengan jumlah follower mencapai 40 ribu lebih . 

" Menejemen twitter pada Khamis lalu telah menutup akaun brigade tanpa peringatan sebelumnya , setelah mendapat tekanan yang dilakukan oleh kumpulan - kumpulan Zionis dan Kristian , 
" demikian pernyataan Brigade al Qassam dikutip Pusat Maklumat Palestin ( PIC ) , Isnin ( 13/01/2014 ) .


Twitter sengaja melakukan ini selepas kejayaan yang dicapai akaun al Qassam dalam menyebarkan gambar perlawanan Palestin terutama Brigade al Qassam dan menyampaikan fakta kepada masyarakat Barat . Kerana yang mengikuti akaun ini mencapai lebih dari 40 ribu , " tambahnya . 


Al Qassam menyatakan bahawa langkah ini dilakukan selepas kejayaan yang dicapai Brigade al Qassam dalama apa yang disebut oleh media barat dengan " Perang Virtual " yang meletus antara Brigade al Qassam di satu sisi dengan penjajah Zionis di sisi lain , selama pencerobohan terakhir yang dilancarkan penjajah Zionis pada November tahun 2012 lalu , yang oleh al Qassam di sebut " Perang Batu Neraka " . 


Al Qassam menilai dasar yang ditempuh oleh twitter dalam dasar yang tidak professional . Yaitu setelah memberikan kesempatan luas kepada akaun tentera Zionis untuk terus melakukan aksinya di jejaring sosial , meski telah melakukan aksi keganasan terhadap rakyat Palestin melalui blockade dan pembunuhan . (Hidayatullah.com)

Ini, Meragut Rumput Suatu Kegilaan, Bukan Atas Nama Agama.

Foto 
PENGIKUT Daniel pertahan tindakannya menyuruh makan rumput.

Meragut rumput atas nama tuhan
Pretoria: Seorang paderi mempunyai cara tersendiri untuk mengajak pengikutnya ‘mendekati Tuhan’ - iaitu dengan meragut rumput seperti haiwan ternakan. Lesego Daniel dari Afrika Selatan yang menjadi paderi di Pusat Rabboni di Garankuwa, utara Pretoria turut didakwa memijak dan menendang pengikutnya ketika mereka melakukan upacara keagamaan baru-baru ini.

Media semalam melaporkan, paderi kontroversi itu sudah melakukan pelbagai kekasaran atas nama agama, tetapi pengikutnya tetap mempertahankan perbuatannya itu. Bagaimanapun, pengguna media sosial menggelar Daniel “gila” apabila lelaki terbabit memuat naik gambar menunjukkan dia memijak pengikutnya di laman Facebook.

Berdasarkan gambar itu, ada antara pengikutnya dilihat menahan sakit ketika dipijak. Sebelum ini, Daniel pernah mengarahkan pengikutnya melelapkan mata ketika dia cuba memulihkan seorang wanita yang menghadapi kehamilan ‘syaitan.’

Sambil mempertahankan tindakan paderi itu, pengikutnya menjelaskan kepada media mengapa mereka mentaati arahannya. Pelajar undang-undang, Rosemary Phetha, 21, berkata mereka rela memakan rumput kerana ia menunjukkan - dengan kuasa Tuhan - apa saja boleh dilakukan.
“Memakan rumput menyembuhkan sakit tekak yang saya hidapi sejak lebih setahun,” katanya.

Pengakuannya itu turut disokong Doreen Kgatle, 27, dari Garankuwa.
“Saya tidak boleh berjalan tetapi selepas memakan rumput seperti diarahkan, saya mula mendapat kekuatan dan sejam kemudian, saya boleh berjalan semula,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook Melvin Jeddy Bowtie berkata, dia melihat banyak perkara tidak masuk akal dilakukan paderi itu dan ia tidak lucu.
“Daniel sudah menukar pengikutnya menjadi kambing,” katanya dalam satu kenyataan.- AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ini 'suatu kegilaan', bukan atas nama agama. Jangan dibiarkan usaha-usaha memburuk-buruk agama.

'PM Sudah Lupa Bayaran Royalti Minyak K'tan?


Bekas anggota exco Kelantan Datuk Husam Musa kini tertanya-tanya jika Perdana Menteri Datuk Najib Razak terlupa selepas lebih setahun berjanji untuk membayar royalti minyak kepada negeri ditadbir PAS itu.

Najib pada Ogos lalu menjemput PAS untuk menyertai satu jawatankuasa baru untuk membincangkan mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan.


Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed juga dengan bangga pernah menyatakan bahawa perkara itu boleh diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13, yang diadakan pada Mei tahun lalu.

"(Najib) berjanji bahawa beliau akan bayar dalam tempoh enam bulan, mungkin dia sudah terlupa,” kata Husam di Putrajaya semalam.

Husam berkata Kelantan telahpun melantik wakilnya ke mesyuarat tersebut namun individu berkenaan sehingga kini masih belum mendengar apa-apa berita dari Putrajaya.

“Kenapa lama sangat? Takkanlah Najib boleh ambil masa 30 minit naikkan harga minyak tapi tak boleh selesaikan isu royalti minyak kami?,” katanya yang menggesa agar media turut mengingatkan perdana menteri berhubung isu tersebut.

Pentadbiran bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghentikan bayaran royalti minyak kepada Kelantan sebaik pentadbiran negeri itu dirampas oleh PAS pada 1990.

Negeri di tangga kedua paling miskin itu sehingga kini kekal bawah pentadbiran PAS. (MK)

Selagi Ada Pusat Maksiat... GRO

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan puluhan sindiket pemerdagangan orang yang aktif ke luar negara mencari penduduk tempatan untuk direkrut menjadi orang tengah bagi membantu mereka ‘menjerat’ gadis-gadis miskin untuk dilacurkan di negara ini.

Klang: Seorang gadis warga asing berusia 17 tahun yang dipaksa menjadi pelayan pelanggan (GRO) diselamatkan sepasukan anggota polis dalam satu serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Gadis berkenaan ditemui dalam sebuah pusat karaoke di Bandar Botanik, di sini, selepas pasukan berkenaan melakukan serbuan di dua premis berasingan sekitar kawasan itu yang berakhir awal pagi semalam.
Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, operasi dijalankan berdasarkan risikan pihaknya dengan dibantu Pasukan Cantas Khas Wanita diketuai Inspektor Ainy Rohaiza Ahmad Rakli.

“Serbuan pertama dijalankan di sebuah kafe di Jalan Kasuarina, di sini, membabitkan penahanan lima GRO warga asing dan seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai penjaga premis bersama dua lelaki warga asing masing-masing dari Nepal dan Pakistan bekerja sebagai pengawal,” katanya.
“Dalam serbuan itu kita turut merampas peralatan audio, cakera padat dan juga wang tunai RM420 dari premis berkenaan selepas mendapati pemiliknya menjalankan perniagaan tanpa lesen,” katanya.

Rohan berkata, serbuan kedua dijalankan di sebuah pusat karaoke yang terletak sederet dengan premis berkenaan dan dalam serbuan itu, seramai lima wanita warga Vietnam bersama seorang remaja tempatan berusia 17 tahun ditahan. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Membunuh gagak di pelabuhan Kelang tidak akan selesai selagi pusat kotoran pembiakan gagak tidak dihapus dan dimusnahkan. Begitu juga dalam penghapusan najis maksiat di negara ini, selagi pusat penularan dan kegiatannya masih dipupuk, dibelai undang-undang selagi itulah maksiat tidak akan hapus.

Contohnya wujud pusat hiburan, sebenar tempat maksiat bukan untuk berhibur, hard rock cafe dan lain-lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails