Friday, February 14, 2014

Hari Kekasih, Permulaan Ke Arah Peningkatan Masalah Sosial -JAKIM



Khutbah Jumaat Wilayah Persekutuan hari ini menyelar sikap segelintir muda mudi Islam yang meraikan Hari Kekasih yang disifatkan sebagai permulaan ke arah peningkatan masalah sosial.

Menurut khutbah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu, budaya Barat itu mendorong ke arah penipuan, kecelaruan mental disebabkan alkohol, pengguguran kandungan dan kes buang bayi.

“...kita umat Islam sedang berada di masjid untuk mendengar ucapan khatib dan mengagungkan kebesaran Allah, sedangkan di luar sana berkemungkinan ada segelintir muda mudi Islam yang terlibat dengan majlis sosial seumpama Valentine’s Day, yang dirayakan oleh pasangan kekasih,” menurut mimbar Jumaat.

Khutbah juga mengaitkan gejala itu dengan penjajahan pemikiran yang menyebabkan umat Islam terjebak dengan “budaya kebebasan melampau” hingga tergelincir dari sempadan ajaran agama.

“Bayangkanlah, apakah yang bakal terjadi bagi masa depan umat Islam terutamanya kepada generasi muda hari ini jika budaya kesesatan ini terus dijadikan amalan?” soal khutbah lagi.

“Sudah pastilah musibah yang lebih besar akan berlaku dalam negara ini seperti porak peranda dan kemusnahan akhlak akan berleluasa berlaku dalam masyarakat kerana generasi muda inilah cerminan masa hadapan sesebuah negara dan bangsa.”

Khutbah juga menegaskan supaya umat Islam, khususnya remaja, tidak meniru budaya kaum musyrik serta meninggalkan perayaan yang tiada dalam syariat Islam.

Hari Kekasih diraikan di banyak negara di seluruh dunia pada 14 Februari (hari ini) setiap tahun. (MK)

Valentine's Day: Budaya Kasih-sayang Lelaki-perempuan Bukan Mahram..


KUALA LUMPUR: Budaya berkasih sayang antara lelaki dan perempuan bukan mahram sudah berlaku sejak zaman-berzaman sehingga tidak menimbulkan rasa bersalah terhadap larangan yang ditentukan Allah SWT.

Atas sebab itu, usaha kesedaran harus dipupuk di kalangan anak-anak remaja hari ini agar memahami mengapa larangan itu dibuat, khususnya ketika menjelang Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day yang diagungkan sesetengah pihak pada setiap 14 Feb.

Pegawai Hal Ehwal Islam (Bahagian Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ustaz Mat Jais Kamos, menegaskan usaha memupuk kesedaran itu perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan semua pihak memahami tentang larangan tersebut.

"Biarpun masalah sosial ini tidak mengira hari tertentu, biasanya pada hari-hari seperti hari ingati kekasih ini lebih ramai pihak yang teruja meraikannya dan akan menjerumuskan kepada perkara yang tidak baik," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdily, hari ini.

Sehubungan itu, kata beliau Jabatan Mufti Selangor telah mengeluarkan fatwa yang menyatakan larangan bagi mana-mana pihak meraikan sambutan Valentine, khusus kepada mereka yang tidak mempunyai hubungan yang sah di sisi Islam.

Beliau ketika dihubungi sedang giat menyebarkan risalah berkaitan fatwa tersebut di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam petang tadi.

Sebelum itu, kumpulan beliau seramai 10 orang turut menyebarkan risalah fatwa tersebut di Sekolah Menengah Seksyen 22, Shah Alam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day.


Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.

Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. (HD)

Bicara Cinta Demi Ilahi -Nik Aziz

foto ihsan FB Zahiruddin Zabidi
 
SHAH ALAM – Anak syarikat Grup Buku Karangkraf, Karya Bestari menyerahkan royalti hasil buku bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berjudul Bicara Cinta Demi Ilahi, hari ini.

Selain itu, Nik Aziz turut menerima hadiah Al-Quran Karya Bestari dan buku yang mula mencipta fenomena, Cerita Cinta Ahmad Ammar. Editor Kanan Buku Karya Bestari, Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi memberitahu, Nik Aziz segera meminta agar royalti itu diserahkan kepada Maahad Darul Anwar.

“Hajat kami bagi hadiah al-Quran dan buku Cerita Cinta Ahmad Ammar serta serahkan cek royalti bernilai belasan ribu ringgit (tiga bulan sebelumnya puluhan ribu).
“Kemudian segera beliau minta serahkan kepada Maahad Darul Anwar yang ditadbir oleh anak-anak beliau. Subhana-ALLAH,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebook miliknya.

Berkongsi keadaan Nik Aziz yang terkini, beliau akui Musryidul Am Pas itu semakin uzur namun tidak berkompromi dalam menunaikan solat berjemaah.

“Beliau uzur sangat namun solat jemaah tidak di kompromi,” katanya.

Beberapa pengisian menarik dalam buku tersebut ialah Izinkan Aku Berbicara, Bicara Ini Demi DIA, Bicara, Ini Demi Nurani, Bicara Ini Demi Akhlak, Bicara Ini Demi Anak Kita, Bicara Ini Demi Hari Pengadilan dan Andai Mampu Lagi Aku Bicara.

Buku ini sudah diterbitkan sejak 31 Mac tahun lalu.
Bicara Cinta Nik Aziz

 Bila Nik Aziz bicara soal cinta... Sebahagian tetamu yang mengikuti Bicara Cinta Datuk Nik Abdul Aziz di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO

[BERITA BERKAITAN: Bicara Ini Demi Ilahi: 'Pesanan Nik Aziz buat semua']
[BERITA BERKAITAN: Bila Nik Aziz bicara soal cinta...
 (SH)

Hijau FM dan Hari Radio Sedunia.


Hari ini, 13 Februari, 2014 adalah Hari Radio Sedunia. Pada tahun ini, UNESCO mencadangkan Hari Radio sedunia  menggunakan Gender Equality and Women’s Empowerment in Radio. Kali pertama dunia memperingati Hari Radio Sedunia (World Radio Day) pada 13 Februari 2012.

Hari Radio Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pentingnya radio, sekaligus memperingati lahirnya radio serta perkembangannya yang bertahan di tengah kepesatan perkembangan transformasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masa kini.

Idea awal berasal dari Akademi Radio Sepanyol (Spanish Academy of Radio) dan secara rasmi disampaikan oleh Delegasi Tetap Sepanyol ke UNESCO untuk Dewan Eksekutif sesi 187  pada bulan September 2011.

Pada tanggal 3 November 2011, 36 General Conference, UNESCO mengakui “kekuatan transformasi radio” dengan mendirikan Hari Radio Sedunia. Hari yang dipilih adalah 13 Februari kerana merupakan hari lahirnya radio Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) iaitu pada tahun 1946.

Sejak siaran pertama ke udara  lebih dari 100 tahun yang lalu, radio telah terbukti menjadi sumber informasi yang kuat untuk memobilisasi perubahan sosial kehidupan masyarakat. Dalam era digital, radio terus relevan, karena orang ramai mendengar melalui komputer, radio satelit dan peranti mobile.

Sejak sekian lama, PAS berhasrat untuk menubuhkan stesen radio mereka sendiri tetapi masih belum berjaya kerana tidak diberikan lesen untuk berbuat demikian oleh pihak kerajaan. Berbagai-bagai alternatif dicuba oleh PAS seperti penggunaan radio amatur ketika menguruskan banjir di Kemaman pada penghujung tahun lepas.

Sebelum itu, ketika menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 pada tahun lepas, PAS juga berjaya menggerakkan radio internet, Hijau.fm oleh Jabatan IT PAS Pusat (JITP) dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Dakwah (Sekarang berkembang menjadi dua lajnah yang berbeza, iaitu Lajnah Penerangan dan Lajnah Dakwah).
 
Bertemakan, Hijau..Hijau...Hijau Harapan Rakyat, Hijau FM yang sedang berkembang  menggunakan kedua-dua teknik strategi radio dan tv popular iaitu:

1.Pengaruh / pengaruh penyampai dengan berusaha mendapatkan pendakwah terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus serta lain-lain pendakwah yang sedia ada dalam parti seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nikmat, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain.
2.Program / pengisian yang menarik dengan membiasakan mendengar radio-radio lain untuk belajar apa yang bagus mereka lakukan.

Untuk mendengar Hijau.fm, pendengar boleh mendengar Hijau.fm melalui Tune In Radio atau pun melayar laman web Hijau.fm (www.Hijau.fm) (HD)

Sialnya Pusat Hiburan, Guna Pondan Tarik Pelanggan Pelacur

Foto 
ANTARA GRO yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari.
TAWAR
Petaling Jaya: Sebuah pusat hiburan di Dataran Mentari, di sini dikesan menawarkan pelacur dan pondan warga Thailand sebagai umpan untuk menarik pelanggan ke premis berkenaan. Malah, pemilik premis itu turut mengambil pondan bekerja dan melayan tetamu.

Pelanggan hanya perlu membayar RM400 jika ingin melakukan hubungan seks dengan pondan terbabit. Bagaimanapun, tindakan pemilik itu terbongkar selepas Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman diketuai Pegawai D7 Inspektor Mohammad Mohd Jais menyerbu premis itu kelmarin.

Dalam serbuan jam 12.40 malam itu, seramai 30 pelacur warga Thailand dan sembilan pondan yang sedang menari ghairah tergamam selepas polis menyerbu pusat hiburan itu. Mohamad berkata, seramai dua pegawai dan tujuh anggota terbabit dalam operasi ini yang dibuat hasil risikan selama seminggu.

Menurutnya, ketika diserbu, lebih 80 pelanggan sedang menikmati tarian ghairah pelacur terbabit sehingga tidak sempat melarikan diri.

“Kita telah menahan 30 wanita dan sembilan pondan warga Thailand berusia 21 hingga 32 tahun kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
“Risikan mendapati bayaran bagi kalungan bunga bermula RM100 sehingga RM1,000 manakala untuk melakukan hubungan seks sebanyak RM400,” katanya selepas tamat operasi.

Beliau berkata, pihaknya percaya wanita terbabit dibekalkan sindiket dan penjaga premis turut ditahan. Semua mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan selanjutnya.

Begitulah sialnya pusat hiburan di Malaysia, dijadikan sarang maksiat, pusat minum arak, pelacuran dan segala macam maksiat. Ulamak-ulamak dalam kerajaan buat apa? Tiada tanggung jawab, jadi syaitan bisu. Sudahlah syaitan, bisu pulak. (IH)

Thursday, February 13, 2014

MB S'ngor, Apa Kata Tun M?


Bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya wakil rakyat PAS menjadi menteri besar Selangor kerana parti itu mempunyai 15 kerusi, mengatasi PKR yang hanya menguasai 14 kerusi di Selangor.

Menurutnya, PKR wajar menyerahkan kerusi itu kepada PAS agar jawatan MB tidak dilihat dikuasai satu parti semata-mata, lapor Sinar Harian hari ini.

Kenyataan itu dibuat Mahathir ketika ditanya mengenai kemungkinan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih menjadi MB yang baru jika menang pilihan raya kecil Kajang.

"PAS berhak untuk (mengisi) kerusi (menteri besar) itu. Tidak bolehlah dikuasai satu parti sahaja.

"Mereka bukan mcam BN, jumlah terbesar (ialah) UMNO, sebab itu pemimpin UMNO diangkat jadi perdana menteri.

"Tetapi dalam Selangor bukan PKR yang punya kuasa terbesar jadi tidak patutlah mereka bolot jawatan itu untuk selama-lamanya,"katanya. (MK)

Alhamdulillah, Seorang Lagi Pelakon Berhijab. Tahniah!

Rabecca kini sudah bertudung. Foto milik Instagram pelakon itu.
HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pelakon Rabecca Nur Al-Islam sudah pun berhijab sejak menunaikan ibadah Umrah di Mekah pada 31 Januari lalu bersama suami serta 38 ahli keluarganya yang lain.
Rabecca, 28, berkata, sepanjang berada di Mekah, dia cukup selesa dengan pemakaian hijabnya sehinggalah ketika pulang ke tanah air, dia nekad mahu kekal dengan imej tersebut.

"Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab.

"Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab. Lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.


Tambah Rabecca, dia kini berasa lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain sudah menutup aurat.

Dalam pada itu dia juga bersyukur apabila suaminya turut memberikan sokongan terhadap perubahannya dalam menjadi seorang wanita Muslim yang lebih baik.

Sementara itu, ditanya pula mengenai komen-komen negatif beberapa pihak yang menyifatkan dia sengaja mahu menunjuk-nunjuk kerana memuat naik video-video dia mengaji di Mekah, Rabecca berkata, dia tidak kisah dengan kritikan tersebut

Kata Rabecca, tujuan dia memuatkan pelbagai video dia sedang mengaji kerana begitu teruja apabila dapat melakukannya di Mekah, di mana tidak semua orang berpeluang berbuat demikian.


"Sedikit pun saya tidak mempunyai niat mahu menunjuk-nunjuk. Perasaan saya teruja apabila dapat mengaji di Mekah di mana selama ini rutin itu hanya dilakukan di rumah.
"Rasa teruja itu sama seperti kita bercuti di negara orang, itu sahaja. Bagaimanapun saya langsung tidak kisah dengan kritikan itu kerana sudah lali dengan cemuhan orang," ujarnya. (mStar)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)
Asri 0125445084 (Jitra) 
Norriehan 0175278832 (Alor Star),
P.Pinang
CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan 0132132967 (Temerloh)
Melaka 

Rahmat 0147266599 (Jasin)  

Johor 
Syed 0176778774 (JB)  


Lihat artikel

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails