Pakatan Rakyat Johor mendesak kerajaan negeri agar tidak membina
kasino di negeri itu, susulan daripada wujudnya desas-desus yang bertiup
kencang mengenai pembinaan sebuah kasino di Johor.
"Kami mendesak kerajaan negeri Johor supaya memberikan jaminan kepada
semua rakyat bahawa kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang
pembinaan kasino di mana-mana pelosok di Johor," kata kenyataan bersama
PAS, PKR dan DAP, hari ini.
Ia ditandatangani oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan;
Pengerusi DAP Negeri Johor, Liew Chin Tong dan Timbalan Setiausaha Agung
PKR, Steven Choong.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan berkata, kerajaan negeri tidak akan membenarkan kasino dibina di negeri itu.
Beliau berkata, walaupun manfaat ekonomi daripada kasino berlipat kali
ganda namun kesan sosial dan rohani adalah terlalu berat dan tinggi
untuk ditanggung masyarakat pelbagai budaya dan majmuk di negeri Pulau
Mutiara itu.
Bagi pemimpin Pakatan Johor, pembinaan kasino akan membawa impak yang
besar kepada sosio ekonomi negara secara amnya dan rakyat Johor secara
khususnya.
Kenyataan itu berkata, pelbagai masalah sosial dijangka berlaku yang
akan memusnahkan institusi keluarga jika wujudnya sebuah kasino di
Johor.
"Perkara ini tidak seharusnya dipandang semata-mata daripada segi
keagamaan sahaja. Kegiatan berjudi juga merupakan sesuatu kegiatan yang
tidak produktif," kata kenyataan itu.
Mereka berkata, perjudian tidak dapat meningkatkan produktiviti
keseluruhan masyarakat dan tidak dapat menghasilkan sebarang produk
sahih yang membawa manfaat kepada masyarakat, sebaliknya, perjudian akan
menyebabkan produktiviti masyarakat merosot dan kehilangan daya saing.
"Atas sebab ini, sekali lagi kita mendesak kerajaan negeri Johor
memberi jaminan kepada seluruh rakyat Johor bahawa kerajaan negeri tidak
akan membenarkan pembinaan kasino di negeri Johor," kata kenyataan itu.
– 20 Februari, 2014. (TMI)
Friday, February 21, 2014
Siasat Azmin-Khalid: Makin Jelas Anwar Ke Kerusi MB?
DUN S'gor siasat Azmin, Khalid
Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai
Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat)
memutuskan mengadakan pendengaran awam berhubung kontroversi sekitar
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pengerusi Selcat dan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh berkata, untuk tujuan itu, antara dipanggil Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai saksi utama.
Pendengaran itu akan meneliti kontroversi “pemecatan” Azmin sebagai anggota PKNS dan 22 lagi kakitangan syarikat Selangor itu baru-baru itu.
Ia akan diadakan pada 25 dan 26 Mac, dua hari selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang ditandingi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusi Selcat dan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh berkata, untuk tujuan itu, antara dipanggil Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai saksi utama.
Pendengaran itu akan meneliti kontroversi “pemecatan” Azmin sebagai anggota PKNS dan 22 lagi kakitangan syarikat Selangor itu baru-baru itu.
Ia akan diadakan pada 25 dan 26 Mac, dua hari selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang ditandingi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah ini makin jelas Anwar ke kerusi MB selepas menang di PRK Kajang?
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-82: Gerakan Drastik Anwar Rampas MB S'ngor?
Thursday, February 20, 2014
Bogel Di Facebook, Ini Hukuman Wajar Untuk Mereka?
REMAJA Tunisia tunjuk Payudara diugut rejam sampai mati. Seorang
remaja perempuan di Tunisia yang merupakan anggota sebuah pertubuhan
wanita yang kononnya memperjuangkan hak wanita.
Perjuangannya dengan cara berbogel, FEMEN, berdepan kecaman hingga diugut akan direjam sampai mati gara-gara memuat naik gambarnya merokok dengan payudara terdedah dan ditulis ‘Badan ini milik saya’. (lihat gambar)
Perjuangannya dengan cara berbogel, FEMEN, berdepan kecaman hingga diugut akan direjam sampai mati gara-gara memuat naik gambarnya merokok dengan payudara terdedah dan ditulis ‘Badan ini milik saya’. (lihat gambar)
Tindakan Amina, 19, nyata melampau untuk seorang
muslim sepertinya. Seorang ulama di sana yang mengetuai Suruhanjaya
Mencegah Maksiat, Alami Adel, mengeluarkan kenyataan Amina perlu dirotan
sebanyak 80 hingga 100 kali atau direjam sampai mati kerana tindakan
yang terlalu keterlaluan.
Ini kerana hukuman bagi kesalahannya jika mengikut undang-undang Tunisia dianggap masih ringan iaitu penjara hingga dua tahun atau denda hingga USD600 jika sabit kesalahan.
Terdapat pihak yang berang dengan tindakan Amina hingga mengancam mahu membunuhnya. Laman Facebook FEMEN yang berpengkalan di Ukraine turut digodam dan kandungan di dalamnya digantikan dengan ayat suci al-Quran.
Sementa itu Dailymail melaporkan, di Damsyik, Syria, seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan
pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.
Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.
Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.
"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu. (IH)
Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.
Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.
"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu. (IH)
Gambar sekadar hiasan, bukan seperti berita di atas.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
CT Rahmah 0132289576
Syed 0176778774 (JB)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
IKLAN
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes. 100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Wakil Penjual:
CT Rahmah 0132289576
Syed 0176778774 (JB)
Ketua Bahagian DAP Mati Ditembak
Manjung: Seorang ketua bahagian DAP mati selepas ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di kampung Jering Ayer Tawar, di sini.
Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa,Wong Kong Ting, 56, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan pintu pagar rumahnya.
Tembakan dilepaskan oleh seorang lelaki yang dikesan muncul dengan menaiki motosikal di hadapan rumah mangsa. (myMetro)
Pembunuhan Rakyat Myanmar Di M'sia, Apa Motifnya?
Pembunuhan kejam pejuang demokrasi kelahiran Myanmar di Ampang melahirkan kebimbangan rakyat Myanmar di Malaysia jika ketegangan agama di tanah air mereka merebak ke dalam komuniti mereka yang sangat kecil di sini, kata satu laporan hari ini.
Polis berkata, Ko Aung Gyi, penganut agama Buddha dan ahli Persatuan Jenerasi 88 dan Jenerasi Baru - kumpulan yang menonjol dalam memperjuangkan demokrasi di Myanmar ditemui mati pada 4 Februari lalu.
Mayat aktivis berusia 43 tahun itu ditemui dalam bonet kereta terbiar.
"Saya sangat takut," kata Myat Ko Ko, seorang penganut Buddha yang pernah berdemonstrasi bersama Aung Gyi untuk menuntut demokrasi di Myanmar.
"Apa yang berlaku kepada Aung Gyi juga boleh berlaku kepada aktivis lain," katanya dipetik oleh Asian Wall Street Journal dalam laporannya semalam.
Kematian Aung Gyi berlaku dalam minggu sama dengan kejadian dua ahli politik Buddha dari daerah bergolak Myanmar iaitu Rakhine yang terselamat daripada tembakan ketika melawat Kuala Lumpur, dalam kejadian disifatkan polis sebagai percubaan membunuh.
Aye Maung, peguam, dan Aye Thar Aung, Presiden Liga Demokrasi Arakan, kumpulan yang memperjuangkan hak etnik Buddha Rakhine berkata pada sidang media, 'pengganas agama' terlibat dalam cubaan untuk membunuh mereka.
Polis Malaysia bagaimanapun tidak memberikan motif atau mengenal pasti orang yang disyaki dalam serangan itu.
Polis berkata, tiada bukti sehingga kini yang mengaitkan kedua-dua kejadian itu dan pilis akan menyiasat kedua-dua kejadian itu daripada semua sudut untuk mengenal pasti motif.
Kebangkitan sentimen anti-Islam di Myanmar mengganggu perubahan politik, dengan majoriti Buddha melawan minoriti, khasnya di Rakhine yang bersempadan dengan Bangladesh.
Lebih 150,000 masih tidak ada tempat tinggal selepas keganasan yang tercetus sehingga memaksa mereka meninggalkan rumah dan tinggal di tempat tinggal sementara, lapor media.
Pertempuran merebak ke kawasan lain di negara itu sepanjang tahun lalu, membunuh sekurang-kurangnya 150 mangsa yang kebanyakannya beragama Islam.
Pakar keselamatan memberikan amaran ketegangan ini boleh merebak ke kawasan lain di Asia Tenggara, khasnya di Malaysia yang mempunyai majoriti penduduk Islam dan Indonesia yang simpati dengan nasib umat Islam di sana dan membalas dendam.
Malaysia sangat terdedah kepada apa yang berlaku ini, kerana mempunyai penduduk Myanmar yang beragama Buddha dan Islam yang ramai, lapor sebuah harian perniagaan.
Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi orang pelarian berkata, 34,368 Rohingya didaftarkan sebagai pelarian di Malaysia, bersama 7,940 etnik Rakhine.
Dijangka ribuan rakyat Myanmar berada di Malaysia secara haram atau menunggu didaftarkan sebagai pelarian. Kebanyakan etnik Rakhine adalah Buddha, manakala Rohingya adalah Islam.
Aktivis Myanmar beragama Buddha di Malaysia memberitahu The Wall Street Journal, mereka bimbang dengan keselamatan mereka.
Manakala umat Islam Myanmar yang tinggal di Malaysia pula bimbang mereka dituduh terlibat dalam serangan itu dan menjadi sasaran keganasan.
"Saya belum pernah mendengar Rohingya membunuh aktivis atau ahli politik sepanjang hidup saya," kata Abdul Hamid Musa Ali, Presiden Persatuan Rohingya Malaysia, kumpulan yang menyediakan bantuan kepada Rohingya Muslim di negara ini.
"Jika Rohingya ini berani, mereka akan kekal di Rakhine dan berjuang di sana,” katanya.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bimbang dengan merebaknya ketegangan antara Buddha - Islam di Myanmar.
"Kami mengikuti perkembangan di Myanmar secara dekat," kata Khalid.
Pada Jun, keganasan yang berlaku di Rakhine menyebabkan empat mati di Malaysia dan 15 lagi cedera, semuanya penganut Buddha Myanmar.
San Win, Buddha Myanmar yang tinggal di Malaysia berkata, dia dan Aung Gyi menerima ancaman bunuh selepas itu.
San Win berkata, dia dan rakan-rakannya sangat bimbang berikutan pembunuhan rakan-rakannya.
Pada Mei lalu, beberapa rakyat Indonesia ditahan kerana didakwa cuba mengebom kedutaan Myanmar di Jakarta.
Tertuduh kemudiannya mengaku membuat rancangan itu, dengan berkata mahu membalas dendam dengan pembunuhan yang berlaku ke atas umat Islam di Myanmar.
Indonesia mempunyai bilangan umat Islam teramai di dunia. – 20 Februari, 2014 (TMI).
Unta Halang Lumba Basikal Tour of Oman Di Muscat. Lucu..
©Reuters/Hamad I Mohammed
Seekor unta masa hendak menyeberangi jalan yang sedang digunakan oleh perlumbaan basikal Tour of Oman di Muscat (18/2). Puluhan peserta perlumbaan jadi heboh bercampur lucu. Tengah kuat-kuat kayuh tapi dihalang.
Nicole Mansfield, Mujahidah Amerika, Syahid Di Syria.
Nicole Mansfield, dia asal AS syahid di Syria.
Seorang
warga Amerika Syarikat yang meninggal di Syria ketahui adalah seorang
Mujahidah atau pejuang wanita dari negara bahagian Michigan . Dia adalah seorang janda yang menjadi Islam lima tahun lalu .
Diberitakan Reuters , Jumaat 31 Mei 2013 , wanita bernama Nicole Mansfield itu diketahui berasal dari Flint , Michigan . Identitinya diketahui dari surat izin memandu dan SIM yang ditemui di tempatnya tewas , Idlib , Syria .
Bibi Nicole , Monica , yang ditemui Reuters mengaku tidak tahu bahawa anak saudaranya yang berusia 33 tahun tersebut pergi ke Syria . Monica mengatakan bahawa Nicole memeluk Islam lima tahun lalu selepas berkahwin dengan seorang lelaki berbangsa Arab Saudi . Mereka sudah bercerai .
"Saya sangat sedih . Jelas , dia berperang membantu pembangkang Syria , " kata Monica .Nicole Mansfield , mujahidah dari AS yang tewas di Syria
Monica mengatakan bahawa Nicole mempunyai seorang anak wanita berusia 18 tahun . Dia tidak menyangka bahawa Nicole mempunyai nyali untuk berangkat ke Syria.
" Saya tidak yakin dia menuju ke sana untuk melukai seseorang , " kata Monica .
Nicole tewas di dalam sebuah kereta di Idlib pekan ini bersama dua orang lelaki . Seorang di antaranya warganegara Inggeris dan seorang lain belum dikenal pasti . Sebuah pejabat berita di Syria Breakingnews.sy memuatkan gambar - gambar jenazah Nicole dan korban lain yang penuh luka tembak .
Menurut data kerajaan Amerika Syarikat , Nicole tengah bekerja untuk Republik Czech mengumpul maklumat di Syria . Tidak disebutkan maklumat apa yang dimaksudkan . Namun , berdasarkan laporan agensi berita Syria SANA , ketiganya ditembak kerana mengintip pengkalan tentera di Idlib .
SANA juga mengatakan bahawa salah satu dari mereka melontar tentera Syria dengan bom tangan .Saat digeledah , dalam kereta tersebut terdapat peta kemudahan tentera
milik kerajaan yang dilukis menggunakan tangan , sebuah komputer dan
bendera milik tentera gerakan perlawanan al - Nusra .Nicole
adalah satu dari banyak mujahid dan mujahidah dari seluruh dunia yang
berkumpul di Syria membantu perjuangan menggulingkan rejim Assad . Seorang dari mereka yang terkenal bernama Eric Harroun yang wujud menghantar gambar pertempuran di Syria .
Allahu Akbar. (IH/reuters)
Subscribe to:
Posts (Atom)