Friday, March 28, 2014
529 Orang Syahid Di Mesir, Bukan Gambar Yang Tersebar Ini..
Foto yang asalnya merupakan bidikan wartawan Reuters tersebut sudah beredar sejak sekitar 21 Ogos 2013 . ( dakwatuna / HDN )
dakwatuna.com - Pemerintahana Kudeta di Mesir menjatuhkan vonis hukuman mati terhadap 529 orang warga Mesir yang menolak rampasan kuasa , Senin ( 24/3/2014 ) . 529 orang tersebut sebahagian besar adalah ahli Ikhwan Muslimin .Kecaman masyarakat antarabangsa termasuk dari Indonesia terus bermunculan menyusul keputusan hukuman mati itu .
Berkaitan dengan hukuman mati tersebut , belakangan beredar foto yang menggambarkan jenazah yang berjejeran dengan tulisan sedemikian rupa , seolah - olah menggambarkan bahawa jenazah tersebut adalah mereka yang telah pelaksanaan hukuman mati .
Sumber: http://www.dakwatuna.com/
Berakhirnya Permusuhan Bersenjata Filipina-MILF?
Ketua Panel Perdamaian dari Front Pembebasan Islam Moro (MILF)
Mohagher Iqbal (kiri) bertukar dokumen dengan ketua perunding pemerintah
Filipina Marvic Leonen (kanan) setelah menandatangani kesepakatan damai
di Manila pada tanggal 15 Oktober. Turut hadir adalah Perdana Menteri
Malaysia Najib Razak (belakang kiri), fasilitator perdamaian Malaysia
Abdul Ghafar Tengku Mohamed (tengah) dan Presiden Filipina Benigno
Aquino (belakang kanan). [Cheryl Ravelo/Reuters]
Kewajaran, perjuangan sah Bangsamoro diiktiraf
Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) yang penuh bersejarah, ditandatangani di Manila hari ini yang memberi pengiktirafan terhadap kewajaran dan perjuangan sah rakyat Bangsamoro serta hasrat mereka untuk menentukan masa depan politik melalui satu proses demokratik yang akan menjamin identiti dan kemakmuran mereka.
Selain memberi kuasa berpemerintahan sendiri yang bermakna kepada Bangsamoro, perjanjian damai yang diusahakan Malaysia ini juga menyaksikan berakhirnya permusuhan bersenjata antara kerajaan Filipina (GPH) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
"Ia akan membuka laluan ke arah mencapai penyelesaian politik secara rundingan berkaitan Persoalan Bangsamoro, dan dengan itu menamatkan konflik bersenjata antara GPH dan MILF, serta memupuk keamanan dan kestabilan di rantau dunia sebelah sini," demikian antara kata-kata yang terkandung dalam dokumen lima muka surat mengenai usaha untuk mencapai keamanan di selatan Filipina itu.
Menurut dokumen itu lagi, pihak yang menandatangani perjanjian itu komited untuk melindungi dan meningkatkan hak rakyat Bangsamoro serta penduduk lain di Bangsamoro berhubung maruah manusia; merapatkan jurang ketidakadilan sosial, ekonomi dan politik; dan memperbetulkan ketidakadilan sejarah yang dilakukan terhadap Bangsamoro selama ini.
Ditandatangani dengan disaksikan Presiden Filipina Benigno Simeon Aquino III dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Istana Malacanang, perjanjian damai ini juga menjurus ke arah pemansuhan ketidaksamaan ekuiti budaya melalui modaliti yang dipersetujui bagi mengagihkan secara sama rata kekayaan dan kuasa politik demi kebaikan bersama.
"Pihak berkenaan mengiktiraf identiti dan kilanan sah Bangsamoro. Pada waktu yang sama, mereka juga mengukuhkan komitmen untuk saling menghormati identiti satu sama lain dan kesaksamaan harga diri setiap orang dalam komuniti politik," kata CAB itu.
GPH dan MILF berikrar untuk berusaha ke arah pelaksanaan sepenuhnya CAB berkenaan hingga membawa kepada tertubuhnya Pihak Berkuasa Transisi Bangsamoro dan kerajaan Bangsamoro.
Kedua-dua pihak juga akan berusaha ke arah penubuhan satu entiti politik baru Bangsamoro yang akan melindungi hak individu dan kolektif serta menjadi wakil yang benar-benar demokratik bagi penduduk yang bersifat pelbagai.
Mereka juga berhasrat memulihkan secara beransur-ansur kawasan yang sebelum ini terjejas oleh konflik dan menjadikannya komuniti yang aman dan progresif.
Turut disebut dalam perjanjian damai ini ialah penghargaan ikhlas pihak berkenaan kepada kerajaan Malaysia dan Najib kerana sokongan beliau terhadap rundingan damai GPH-MILF dan peranan yang dimainkan Malaysia sebagai pemudah cara pihak ketiga serta ketua misi Pasukan Pemantau Antarabangsa.
Mereka juga memuji Suruhanjaya Transisi Bangsamoro kerana usahanya menyiapkan deraf Undang-undang Asas Bangsamoro.
Penandatangan perjanjian itu ialah Miriam Coronel Ferrer, yang mengetuai panel damai kerajaan dan pengerusi panel MILF Mohagher Iqbal serta anggota panel masing-masing, di samping pemudah cara Malaysia Tengku Datuk Abdul Ghafar Tengku Mohamed.
Rundingan damai bermula di Filipina pada Januari 1997, diteruskan di bawah naungan kerajaan Malaysia mulai 2001, hingga membawa kepada Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro pada Oktober 2012 dan siapnya semua dokumen sisipan berkaitan pada Januari 2014.
CAB itu dilengkapi pelbagai perjanjian, garis panduan, terma rujukan dan kenyataan bersama yang ditandatangani dan diperakui oleh GPH dan MILF sepanjang berlangsungnya proses rundingan mulai 1997.
Ini termasuk Perjanjian bagi Penamatan Permusuhan Umum yang ditandatangani pada 18 Julai 1997 di Cagayan de Oro City, Perjanjian mengenai Rangka Kerja Umum bagi Penyambungan Rundingan Damai yang ditandatangani pada 24 Mac 2001 di Kuala Lumpur dan Perjanjian Rangka Kerja mengenai Bangsamoro yang ditandatangani pada 15 Oktober 2012 di Manila.
Dokumen lain yang ditandatangani termasuk lampiran mengenai aturan transisi dan modaliti (27 Feb 2013 di Kuala Lumpur), lampiran mengenai penjanaan hasil dan perkongsian kekayaan (13 Julai 2013 di Kuala Lumpur), lampiran mengenai perkongsian kuasa (8 Dis 2013 di Kuala Lumpur) dan lampiran mengenai penormalan (25 Jan 2014 di Kuala Lumpur).
Para pemberontak Front Pembebasan Islam Moro di Kamp Darapanan,
provinsi Maguindanao, Filipina selatan, mengacungkan senjata api mereka
saat merayakan penandatanganan kesepakatan damai tersebut. [Pat
Roque/Reuters]
Para wanita Muslim berdoa pada tanggal 14 Oktober selama upacara
dekat istana Malacañang di Manila, menunjukkan dukungan mereka bagi
kesepakatan kerangka kerja dengan Front Pembebasan Islam Moro. Para
wanita tersebut bepergian dengan karavan damai dari Mindanato ke Manila.
[Cheryl Ravelo/Reuters]
Tambahan mengenai kawasan perairan dan zon kerjasama bersama Bangsamoro pula ditandatangani pada 25 Januari 2014 di Kuala Lumpur.
"Pihak terbabit berikrar akan mengotakan, menghormati dan melaksanakan kesemua perjanjian dan dokumen tambahan yang mereka tandatangani sebelum ini seperti yang dijelaskan dalam perjanjian rangka kerja dan lampirannya," kata CAB itu.
- Bernama
Hudud: Lebih Mudah Di Terenggan Dari K'tan, Kalau BN Nak Buat..
KUALA LUMPUR: Isu perlaksanaan Undang-undang Jenayah Syariah atau lebih dipopularkan sebagai hudud, sekali lagi menghangatkan Dewan Rakyat.
Isu ini timbul ketika Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menggulung perbahasan Titah Diraja peringkat kementerian hari ini.
Dalam penjelasan panjang lebar dari sudut perundangan negara, Jamil Khir turut menyatakan bahawa Kerajaan Pusat sedia memberi komitmen membantu Kelantan ke arah perlaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 yang diluluskan negeri itu.
Antara yang bangun mencelah selepas itu Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam), yang menggesa pihak kerajaan jangan hanya melihat isu hudud ini di Kelantan.
Kata beliau, selain Kelantan, Terengganu juga telah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003, ketika PAS memerintah negeri itu dahulu.
Dan kini kata beliau, negeri Terengganu kembali ditadbir oleh kerajaan Umno BN dan enakmen hudud di negeri itu telah tersedia ada.
Maka kata beliau, jika benar kerajaan Umno BN ikhlas mahu undang-undang Islam itu dilaksana, maka perlaksanaan kanun itu tentunya mudah untuk dimulakan di Terengganu selaku negeri dikuasai BN dan tentunya Adun-Adun PAS akan menyokong.
Jika tidak, kata beliau lafaz komitmen kerajaan BN untuk membantu Kelantan melaksanakan hudud, hanya cakap-cakap politik semata-mata.
Selain itu, turut bangun mencelah Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) yang juga mahu kerajaan pusat betul-betul menunjukkan komitmen mahu undang-undang Islam itu dilaksanakan.
Beliau menggesa, jika benar Umno menyokong hudud, maka pihak kerajaan pusat sendiri perlu mengemukakan usul di Dewan Rakyat, agar undang-undang itu diaktakan.
Itu katanya sebagai langkah pertama, biarpun tahu peringkat kedua, iaitu peringkat perlaksaanan akan menghadapi keadaan yang lebih sukar.
"Untuk perlaksanaan, kita boleh tubuhkan jawatan kuasa khas untuk mengkaji kaedah perlaksanaan.
"Namun untuk langkah pertama, kita kanunkan atau undang-undangkan dahulu dengan pihak kerajaan yang kemukakan usul di sini," kata beliau. (IH/MK)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
Thursday, March 27, 2014
M'sia, Anda Salah. Tidak Memikul Tanggungjawab . Pelakon Zhang Ziyi
HALAMAN HIBURAN
Selebriti ternama China termasuk pelakon Zhang Ziyi secara terbuka
menyatakan kemarahan ke atas tindakan Malaysia menangani isu kehilangan
pesawat Malaysia Airlines MH370.Para artis tersebut menyatakan demikian di laman Weibo – sejenis laman sosial seperti Twitter – untuk mengutuk Malaysia dan menggesa agar warga China memboikot produk Malaysia.
“Kerajaan Malaysia, anda menyakiti dunia! Kami mencari pesawat tetapi anda mengutamakan masa (demi politik).
“Kerajaan Malaysia, anda salah. Anda salah kerana tidak memikul tanggungjawab sepatutnya sebagai kerajaan. Anda salah kerana mengutamakan usaha politik berbanding menghormati nyawa.
“Anda salah kerana tidak menghormati usaha seluruh dunia, termasuk usaha China untuk mencari kebenaran,” tulisnya dalam Weibo.
Salah seorang penumpang dalam pesawat malang tersebut adalah perekatari dan pelakon lagak ngeri popular Ju Kun yang pernah bekerjasama dengan Zhang.
Sementara itu, seorang lagi selebriti nyanyian negara itu, Chen Kun mengumumkan bahawa beliau tidak lagi menghormati kerajaan Malaysia.
Chen berkata beliau akan memboikot keseluruhan produk Malaysia.
Tulisan berkenaan muncul selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada hari Isnin lalu mengumumkan pasukan penyiasat percaya penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi – jauh dari sebarang daratan.
Ia selari dengan sentimen para waris penumpang warga China, yang berarak dan berhimpun di hadapan kedutaan Malaysia di Beijing untuk menuntut penjelasan MAS.
Laporan menyebut kumpulan ahli keluarga penumpang itu melaungkan "Kerajaan Malaysia bohong pada kami" dan "Malaysia, kembalikan keluarga kami" sambil berarak secara aman dan mempamerkan kain rentang. (MK)
Seru Mayat, Azan Dipinggir Laut, Raja Bomoh Kebal. JAIPK Dipersoal?
Pemuda PAS Perak kecewa terhadap aktiviti 'Raja Bomoh' Ibrahim Mat Zin yang menurut mereka masih berleluasa dengan perbuatan “khurafat dan syirik”, terbaru di negeri itu.
Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob berkata, perbuatan itu masih diamalkan walaupun mufti Tan Sri Dr Haji Harussani Haji Zakaria sendiri sudah memintanya bertaubat.
Justeru Raja Ahmad (kanan) mempersoalkan peranan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) dalam mencegah dan menghalang amalan itu.
“Kami mendesak agar JAIPk bertindak dan menghentikan perbuatan yang jelas bercanggah dengan Islam tersebut.
“Jika Ibrahim tidak diambil tindakan, ia seolah-oleh Ibrahim 'amat kebal' dan tidak 'boleh disentuh'!” katanya.
Ibrahim sebelum ini mencuri perhatian ekoran gaya tersendirinya bagi merungkai kehilangan pesawat MH370 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Aktiviti itu mengundang kecaman meluas pelbagai pihak termasuk menteri dan mufti. Beliau juga menjadi bahan lawak jenaka di Internet.
Dalam kenyataannya hari ini, Raja Ahmad berkata, Ibrahim yang didakwanya mempunyai ramai kenalan daripada "pembesar negeri" tidak harus terlepas.
Azan di pinggir laut
Sementara itu, sebuah saluran di laman perkongsian video Youtube dikesan memuat naik aktiviti yang dirujuk itu, kononnya untuk 'menyeru mayat' MH370 di Pulau Sembilan, Perak.
Ditonton lebih 75,000 kali, video itu antaranya memaparkan Ibrahim dan empat lagi lelaki menaiki bot sambil seorang daripadanya membuat gaya meneropong.
Sedutan video Suara.TV itu juga memaparkan aksi menguis kayu berbentuk seperti tongkat ke dalam air seolah-olah mencari sesuatu.
Dalam babak yang lain, dipaparkan pula dua lelaki merentang buluh panjang yang digantung dengan beduk dan diketuk berapa kali sebelum diikuti Azan di pinggir laut.(MK)
Hina & Aibnya AS Di Mata Taliban. Allah Maha Berkuasa!
WAJARLAH Amerika Syarikat (AS) dihina dan diejek. Perang terpanjang AS, Perang Afghanistan, memasuki Tahun ke -12. Perang terpanjang AS, Perang Afghanistan, memasuki tahun ke-12 pada Minggu. Peringatan ditandai pernyataan Taliban mengisytiharkan pasukan Pakta Pertahanan Atlantik Utara (NATO) lari dari Afghanistan dengan hina dan aib.
Serbuan 'kumpulan keamanan (kononnya)', pada 7 Oktober 2001, (kononnya) 'pemerintah menggulingkan untuk 'Taliban'. Apa lagi apabila dituduh menyembunyikan Pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden, setelah serangan 11 September di New York dan Washington.
Taliban lantas kalah , namun melancarkan perlawanan dan kian kuat bertahun -tahun hingga NATO mengerahkan sekitar 130,000 dari 50 negara membela pemerintah sokongan barat Presiden Hamid Karzai. Pasukan itu mulai ditarik keluar dan seluruh pasukan tempur asing akan pergi pada akhir 2014, sesuai dengan jadwal penarikan kesepakatan AS dan NATO.
"Dengan bantuan Allah, rakyat Afghanistan gagah berani di bawah kepemimpinan jihad berteraskaan Islam mengalahkan kekuatan tentera dan berbagai siasat persekutuan ASt dan NATO," kata pernyataan Taliban.
"Sekarang, sesudah sebelas tahun tempur tanpa henti tirani, kejahatan dan kebiadaban, hingga mereka lari dari Afghanistan dengan hina dan aib, yang sepatutnya mereka pertanggungjawabkan," katanya.
AS Lari
Sejumlah 3.199 tentara NATO tewas dalam perang itu, lebih dari 2.000 dari mereka adalah orang AS. Sebahagian besar kematian terjadi dalam lima tahun belakangan saat serangan Taliban meningkat, kata laman mandiri pelacak korban perang Irak dan Afghanistan icasualties.com.
Pada tahun ini, angka resmi menunjukkan bahawa kematian di antara pasukan keamanan Afghanistan tercatat lima kali lebih tinggi daripada NATO, saat Afghanistan mengambil peningkatan tanggung jawab sebelum penarikan tentara Barat.
AS dan NATO menyatakan pasukan Afghanistan akan mampu mengambil alih perang melawan Taliban setelah 2014, namun banyak pengulas memperkirakan terjadi perang saudara baru berdarah di antara banyak unsur. Pemerintah Afghanistan akan runtuh dan gerila Taliban kemungkinan merebut kembali kekuasaan setelah AS dan NATO menarik pasukan mereka pada 2014.
Penarikan pasukan asing dalam beberapa hal memperburuk negara itu daripada sebelum serbuan pimpinan AS menggulingkan Taliban pada hampir 11 tahun lalu, kata pakar Afghanistan, Gilles Dorronsoro, dari Carnegie Endowment for International Peace.
Rampas Senjata.
AS telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit.
Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html
Apa yang Taliban mahu ialah wang. Kerana siasah wang, mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi.
Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu. Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik.
Mereka adalah penjihad bukan penjahat seperti yang dilebelkn oleh AS jahannam!
Sementara itu, AS dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut. Maka meletuslan peristiwa MH370. Ikutilah selanjutnya ..
MH370 Di Kubu Taliban. Gajah Lawan Gajah, M'sia Ja...
Apa yang penting, kini AS sudah kalah dan lari dari medan perang yang ia ciptakan sendiri di Afghanistan. Atau AS sendiri membuka medan perng baru yang melibatkan Malaysia di dalmnya,
Allah Maha Berkuasa dan Islam pasti menang. Yang hina dan AS dan kuncu-kuncunya. Allaaaahu Akbar. (IH)
Lihat juga ..
E-Buku IH-84: Apa Di Balik Misteri MH370 Yang Hilang?
Wasiat: Drama & Filem Melayu Mengelirukan. -MUIP
HALAMAN HIBURAN
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
(Muip) meminta umat Islam yang ingin melakukan pembahagian harta pusaka
membuat permohonan menerusi Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
(JKPTG).Timbalan Yang Dipertua Muip Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata ini bagi mengelak dari ditipu dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak yang menawarkan perkhidmatan pengurusan wasiat dan harta pusaka.
"Terdapat agensi yang mengambil kesempatan terhadap orang Islam yang kurang arif mengenai harta pusaka sehingga mengenakan bayaran mencecah RM3,000 sedangkan jika permohonan dibuat melalui JKPTG, tiada bayaran permohonan pun dikenakan.
"Bayaran hanya dikenakan setelah permohonan selesai dan jumlahnya adalah minimum berdasarkan kepada jumlah harta pusaka," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Seminar Pengurusan Harta Pusaka peringkat negeri Pahang di Kuantan semalam.
Turut hadir Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Datuk Seri Azemi Kasim.
Program itu bertujuan memberi input yang berkesan serta menambahkan kefahaman peserta kursus yang merupakan sumber rujukan masyarakat bagi menyelesaikan isu dan permasalahan berkaitan harta pusaka.
Dalam pada itu Wan Abdul Wahid meminta umat Islam supaya supaya tidak keliru dengan drama dan filem yang menyiarkan mengenai wasiat dan pembahagian harta pusaka kerana kebanyakannya adalah tidak menepati hukum syarak.
"Bukan setakat filem Melayu lama, dalam drama baharu sekali pun, ada adegan yang mana si mati mewasiatkan 80 peratus daripada hartanya kepada seseorang dan ini menambah kekeliruan masyarakat.
"Al-Quran telah menyatakan hukum dan cara pembahagian harta pusaka dalam kalangan waris, dengan tujuan untuk memberi keadilan kepada semua waris dan mengelak pergaduhan, ini perlu diikuti," katanya.
- Bernama
Subscribe to:
Posts (Atom)