Friday, April 25, 2014

Hudud: Peguam PAS Puji Gerakan...

Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN




Hudud: Jawapan balas terhadap ugutan Gerakan

Pertama saya selaku Pengerusi Lajnah Undang Undang PAS mengucapkan terima kasih pada Parti Gerakan di atas surat atau notis undang undang bertarikh 24.4.2014 yang dihantar kepada PAS berkenaan isu hudud.

Keduanya, PAS yang mendokong amalan demokrasi termasuk kebebasan bersuara menghormati hak dan kebebasan parti Gerakan melalui sayap pemudanya atas pandangan mereka berkenaan hudud itu. PAS mungkin tidak setuju dengan pandangan Gerakan namun yakin dan percayalah kami akan mempertahankan hak dan kebebasan bersuara anda dengan segala kudrat kami.

Ketiganya, jika dilihat kepada isi kandungan surat itu sebab utama penentangan Gerakan kepada hasrat perlaksaaan hudud oleh PAS adalah berkisar kepada isu Perlembagaan.  Gerakan berpendapat undang undang hudud bertentangan dengan Perlembagaan kerana dikatakan tiada peruntukkan dalam Perlembagaan bahawa hudud boleh dilaksanakan.

Peruntukan mana  dilanggar oleh PAS?

Amat malang pihak Gerakan hanya menyatakan secara umum bahawa hudud bertentangan dengan Perlembagaan namun tidak dinyatakan peruntukan mana di dalam Perlembagaan yang dikatakan dilanggar oleh PAS atau Kerajaan Kelantan. Ketiadaan perincian dakwaan mereka ini menimbulkan andaian adakah pihak Gerakan menghantara notis tindakan undang undang kepada PAS hanya berdasarkan sentimen semata mata dan sikap gopoh tanpa terlebih dahulu menghalusi Perlembagaan dan peruntukkan di dalamnya.

Kewujudan dua sistem jenayah

Dakwaan Gerakan dalam Notis mereka kepada PAS bahawa kewujudan hukum hudud akan mengakibatkan kewujudan dua sistem perundangan jenayah dalam negara kita adalah, dengan hormat, satu dakwaan yang gopoh, tidak berasas dan juga menunjukkan ketidakfahaman mereka tentang  perjalanan sistem undang undang jenayah dalam negara ini.

Untuk makluman Gerakan, kewujudan dua sistem jenayah dalam negara ini telah pun wujud sejak Perlembagaan Persekutuan itu wujud. Sejak awal lagi negara kita dan Perlembagaan merestui kewujudan dua sistem jenayah itu iaitu jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Sivil dan jenayah syariah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah. Oleh itu sama ada hudud wujud atau tidak , hakikatnya negara kita telah pun mempunyai dua sistem jenayah dan ini diperuntukkan oleh Perlembagaan. Nampaknya bukan Pas yang melanggar Perlembagaan sebaliknya hujah Gerakan yang menyalahi Perlembagaan.

Malahan jika kita mengambil kira wujudnya Mahkamah Tentera yang membicarakan kes jenayah yang melibatkan tentera maka terdapat lebih dari dua sistem jenayah dalam negara kita. Bagaimana pula dengan kewujudan mahkamah seperti Mahkamah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga diberi kuasa membicarakan kes saman berunsur jenayah!

Kita patut memuji Gerakan

Apa pun kita patut memuji Gerakan kerana meskipun mereka menghantar Notis yang boleh dikatakan pra matang kepada PAS, mereka tidaklah dilihat menghina hukum hudud seperti para pemimpin Umno, sekutu mereka yang beragama Islam , yang pernah dan diketahui menghina hukum hudud  secara terbuka sebelum ini.

Alexender Pope menyatakan " Little knowledge is dangerous thing" maka atas ruh kata kata tersebut saya ingin menasihatkan pemimpin Gerakan pelajarilah hukum hudud sebelum kamu ingin menentangnya. Adil kah menentang hudud tanpa mengetahui dan  memahami undang undang hudud itu terlebih dahulu ?

Saya juga berharap Gerakan juga perlu bersikap konsisten. Mengapakah kita tidak mendengar Gerakan menentang undang undang zalim dan drakonian seperti ISA , Akta Hasutaan, Akta Penerbitan Dan Pencetakan, SOSMA , Akta Pencegahan Jenayah dan banyak lagi.

Mengapakah apabila kerajaan BN luluskan Akta Pencegahan Jenayah yang mengembalikan kuasa menahan tanpa bicara Gerakan tidak membantah malahan menyokong. Bukankah ia adalah Akta yang zalim dan melanggar hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan?Mengapakah tiada notis dihanta kepada Umno , MCA dan MIC?

Adakah Gerakan sedar dan tahu bahawa tiada penahanan tanpa bicara dalam hudud malahan prinsip dalam undang undang jenayah Islam jauh lebih baik iaitu "lebih baik hakim tersilap bebaskan 10 orang bersalah dari hakim tersilap sabitkan seorang yang tidak bersalah sebagai bersalah".

Saya mengambil kesempatan ini mengajak Gerakan untuk kita sama sama berdialog atau berdebat secara rational dan matang dalam isu hudud ini. Gerakan sediakanlah tempat, tarikh dan masa insya Allah PAS bersedia datang bila bila masa.

*Penulis adalah Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS merangkap Ahli Parlimen Sepang.


Sila lihat...

Isu Cerai Fiza (Elite): Saya 'masuk air'?


Fiza kesal dipersalahkan kerana menfailkan penceraian terhadap suaminya Adam AF2.

HALAMAN HIBURAN
PETALING JAYA: Pelakon Fiza (Elite) meminta semua pihak tidak mencacinya selepas berita dia memfailkan perceraian terhadap suaminya penyanyi Adam (AF2) tersebar.

Fiza atau nama sebenar Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, berkata dia menyedari sebagai seorang artis segala berita tentang masalah peribadi akan diketahui umum.

“Saya manusia biasa yang tidak lepas daripada kesilapan. Cuma apa yang kami buat ada yang tidak puas hati dan menghentam, saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana nama pun public figure.
“Tetapi saya agak sedih dan terkilan bila baca blog tentang  saya, ada yang cakap semua ini salah saya, saya 'masuk air', saya itu dan saya ini, bukan saya minta untuk jadi begini,” katanya melalui status terbaharu laman sosial Instagram miliknya.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Fiza memfailkan permohonan cerai terhadap Mohd Aizam Mat Saman, 31, atau Adam (AF2) selepas rumah tangga mereka dikatakan menghadapi masalah. Sumber berkata, kes mereka akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam dekat sini pada Isnin depan.

Fiza juga sejak beberapa minggu ini sering meluahkan perasaan melalui laman sosial Instagram miliknya iaitu menggunakan nama 'puterimahsuri81'.

Fiza meluahkan perasaanya di Instagram.

Sementara itu, Fiza berkata, cacian dan tomahan yang diberikan terhadapnya akan memberi kesan terhadap pembesaran anak-anaknya.Fiza meminta agar masyarakat memberi sedikit rasa simpati terhadap dia dan anak-anak untuk melalui masa-masa sukar ini.

“Tolonglah jangan hukum saya dengan pelbagai cacian dan tomahan, perkara dahulu jangan diungkit lagi.
“Saya ada anak-anak, apa akan jadi bila anak saya besar nanti dan tahu hal ini? Berilah sedikit rasa simpati terhadap saya, anak-anak dan keluarga saya,” pintanya.

Adam dan Fiza bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan. Sebelum itu Fiza pernah berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010. Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq, mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4.   (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kadar perceraian pasangan Islam di Selangor berada pada tahap tinggi setiap tahun sejak 2008. Terdapat 4,069 kes pada 2008, meningkat kepada 4,614 (2009), 5,352 kes (2010), 6,035 kes (2011), 6,098 kes (2012) dan pada 2013 merekodkan 6,028 kes.

Kerana itu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu mengkaji semula punca sebenar berlakunya perceraian. Sejauh mana berkesannya modul kursus perkahwinan, memberi kaunseling kepada pasangan bermasalah serta membentuk jawatankuasa pendamaian?

Adakah ramai pula terdiri dari kalangan artis?

Anwar: Ya, Saya Akan Ke Penjara Lagi


 

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin terpaksa kini hampir tiada jalan lain dari segi undang-undang untuk menghadapi tuduhan Liwat II. Dalam satu wawancara dengan majalah antarabangsa The Diplomat, ketua pembangkang itu berkata beliau yakin akan kembali ke penjara kerana tidak mendapat pendengaran yang adil di mahkamah.

"Melihat kepada nama hakim (Mahkamah Rayuan) dan cara mereka mempercepatkan proses tersebut, mereka malah tidak membenarkan saya meminta beberapa hari untuk mendapatkan dokumen perubatan.
"Maka, melihat kepada penghakiman (Mahkamah Rayuan) saya fikir ia secara asasnya cacat, kerana mereka tidak menangani fakta yang disalahgunakan.
“Maka saya berpendapat, ianya jelas bahawa badan kehakiman bertindak mengikut arahan pemimpin politik mereka.

“Oleh itu, saya tidak begitu optimis bahawa saya akan mendapat pendengaran yang adil dan saya rasa ia adalah perkara yang sudah pasti.
“Namun begitu, kami berusaha sebaik mungkin untuk endapatkan peguam terbaik untuk mendedahkan porak peranda ini di mahkamah.
“Sejak Karpal Singh meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, saya sekarang terpaksa menghadapi masalah mendapatkan peguam untuk mengetuai pembelaan,” katanya.

Anwar juga mendedahkan bahawa beberapa orang rakannya dari kumpulan Islam di UK berusaha untuk menyakinkan beliau untuk terus berada di London. (MK)

Erma Fatima: Saya Rasa Dr Asri Mungkin Tak Tahu Cerita Penuh..


Respon Erma Fatima Berkenaan Ditegur Dr Asri Dan Isu ‘Neraka’
Baru-baru ini industri hiburan tempatan digemparkan dengan kontroversi pengarah terkenal, Erma Fatima yang telah mengeluarkan kenyataan dia redha jika ditakdirkan masuk ke neraka melalui laman sosial instagram.

Tindakannya itu telah mendapat perhatian daripada pendakwah bebas iaitu Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang meminta Erma membetulkan semula kenyataannya serta menyifatkan pengarah itu mungkin dipengaruhi emosi ketika memuat naik status berkenaan.

Terkini, Erma tampil menerangkan bahawa dia tidak tersentuh hati mengenai teguran tersebut dan dia percaya bahawa Dr Asri mungkin tidak mengetahui cerita sebenar disebalik isu tersebut sebelum mengeluarkan kenyataan.
Melalui laporan Harian Metro, Erma memberitahu kenyataannya mungkin telah diputar belit oleh pihak tertentu yang mempunyai tafsiran salah tentang apa yang dimaksudkan.
Saya terima apa juga teguran Dr Asri dan tak tersentuh hati langsung. Saya percaya teguran beliau hanya berdasarkan persoalan pihak tertentu kepadanya mengenai hukum apabila saya mengeluarkan kenyataan itu.
Sedangkan saya rasa Dr Asri mungkin tak tahu cerita penuh yang berlaku, di mana kenyataan saya sudah diputar belitkan pihak tertentu yang salah tafsir dengan apa yang saya maksudkan.
Pendakwah bebas, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menegur kenyataan yang dibuat oleh Erma Fatima
Dalam pada itu, Erma berkata dia tidak pernah ingin mempertikaikan hukum Allah sebaliknya menerangkan setiap perincian dan kandungan yang terdapat dalam drama itu adalah berasaskan sejarah dan tidak boleh ditukar sesuka hati. - OhBulan!

Lihat sebelum ini..

Thursday, April 24, 2014

Carafikir: Shahrizal Jaszle Curang, Tunang Undur Diri

aef23
Shahrizal mengesahkan dia kini bersama kekasih baharu yang dikenali sebagai Hanis menerusi Instagram miliknya. 

HALAMAN HIBURAN 
PETALING JAYA: "Biarlah saya undur diri…” Itulah pengakuan jujur Redzwani Puteri apabila ditanya sejauh manakah hubungannya dengan Shahrizal Jaszle selepas pelakon itu mengaku sudah mempunyai kekasih baharu.


Redzwani, 26, berkata, selepas mendapat tahu Shahrizal Jaszle atau Shahz Jaszle mempunyai hubungan dengan wanita yang dikenali sebagai Hanis Husna, perasaan sayangnya terhadap lelaki itu sudah pun pudar.

“Mereka (Shahrizal dan Hanis) mengaku mereka adalah sepasang kekasih. Maka tiada lagi kewujudan saya,” katanya kepada mStar Online menerusi mesej aplikasi WhatsApp di sini pada malam Selasa.

Pada Sabtu lalu, Shahrizal, 26, telah memuat naik foto mesra di laman Instagram miliknya bersama Hanis sedangkan dia dikatakan masih lagi tunangan orang. Wanita terbabit dalam satu laporan sebuah akhbar pada Selasa mendedahkan mereka sebenarnya adalah pasangan kekasih selepas Shahrizal memutuskan hubungannya dengan Redzwani.
wqd
Redzwani akhirnya memutuskan mengundur diri selepas mendapat tahu, tunangnya, Shahrizal memiliki kekasih baru.

Shahrizal kini menjalani penggambaran drama di Australia tidak dapat dihubungi bagi mengulas mengenai kemelut itu. Dalam pada itu Redzwani enggan mengulas panjang  mengenai status hubungannya dengan Shahrizal namun mendoakan agar pelakon itu bahagia dengan wanita berkenaan.

“Tentang apa yang telah berlaku, tiada apa yang saya boleh katakan. Mereka pun telah membuat kenyataan masing-masing. Jadi, tak perlulah saya cakap panjang lebar. Semoga mereka bahagia dan berjaya dalam karier masing-masing.
"Saya di sini baik-baik sahaja, Alhamdulillah. Saya juga ingin memohon maaf atas kelewatan saya untuk mengulas tentang perkara ini. Harap, semua faham dengan keadaan saya,” ujarnya.
Ditanya adakah Redzwani masih lagi menyayangi dan mencintai Shahrizal, wanita itu menjawab: "Tidak."

Sementara itu, ibu Shahrizal yang mahu dikenali sebagai Zaleha, 69, pula berasa sedih dengan apa yang berlaku dan menganggap hubungan anaknya dengan Redzwani sebagai sudah tiada jodoh. Zaleha berkata, pasangan berkenaan sudah berakhir secara rasmi sejak akhir tahun lalu selepas keluarga Redzwani memulangkan semula cincin pertunangan.

"Secara rasminya hubungan mereka sudah putus pada akhir tahun lalu selepas keluarga Redzwani sendiri datang memulangkan cincin tersebut kepada saya.
"Bagaimanapun, anak saya (Shahrizal) masih mahu bersama lagi dan mereka masih berhubung seperti biasa. Sebagai ibu saya mahukan yang terbaik untuk kedua-dua mereka.
rty454
Shahrizal membuat kenyataan menerusi Twitter miliknya mengesahkan hubungannya dengan Redzwani sudah berakhir.

Apa nak buat, mungkin tiada jodoh mereka untuk bersama," katanya ketika dihubungi mStar Online, pada Selasa.

Mengulas tentang wanita yang didakwa kekasih baharu Shahrizal itu, Zaleha enggan memberi sebarang komen sebaliknya akan bertanyakan hal itu selepas anaknya pulang ke Malaysia.

"Saya tak mahu komen apa-apa  dan tunggu dia (Shahrizal) balik dahulu," katanya.

Pada 10 April lalu, Redzwani memberitahu mStar Online hubungannya dengan Shahrizal masih lagi baik walaupun tunangnya itu sedang menghadapi perbicaraan kes khalwatnya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di sini. Shahrizal ditangkap khalwat ketika serbuan dilakukan sekumpulan pegawai penguatkuasa agama, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah apartmen di Taman Sri Subang dekat sini pada 16 Mei 2013. Kesnya masih dibicarakan di mahkamah.

Insiden itu juga menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu. Redzwani merupakan pelajar jurusan kedoktoran di Management and Science University (MSU), Shah Alam dekat sini. Selain kedua-dua wanita berkenaan Shahrizal sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelakon Miera Liyana dan Maria Farida. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Begitulah aktiviti dan cara fikir artis. Apa ertinya bertunang, kalau segala adap berkaitan dengan hukum bertunang, kekeluargaan, agama, akhlak diabaikan. Bertunang bukan bererti boleh melanggar peraturan dengan bergaul bebas.

Patut difahami, membuat dosa adalah membuat kerosakan. Ada kerosakan pada diri, orang lain dan sebagainya. Masuk pakej Islam, kena ikut peraturan pakejnya. Tidak ikut pertaturan pakei, kamu jadi perosak pakej atau pendosa. Yang rosaknya adalah diri kamu sendiri. Yang menjadi masalah-masalah sosial hari ini, adalah kerana hasil buatan tangan-tangan kamu sendiri. Iaitu berfikir dan beraktiviti tidak ikut cara Islam. Na a'uzubillhi minzalik.

Lihat sebelum ini, cara fikir artis yang salah..

Selepas Umno Tolak Hudud, Gerakan Serang Pejabat PAS, Notis Ugut Saman..


KUALA LUMPUR: Sehari selepas Ahli Parlimen Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan secara terbuka tidak menyokong perlaksaan hudud di Kelantan, hari Gerakan selaku sekutu Umno pula bertindak serupa.

Sekumpulan Pemuda Gerakan hari ini menyerahkan satu notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993)  melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.

Notis itu diserahkan ketuanya Tan Keng Liang bersma 12 anggotanya kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Yusafiza Yaakob yang menerimanya di Pejabat Agung PAS di sini tengah hari ini.

"Dengan ini kami memberi notis kepada PAS kami akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah untuk menegakkan perlembagaan persekutuan negara kita sekiranya PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan," notis itu.

Selain penyerahan itu, mereka juga dibenarkan menggunakan ruang sidang tingkat bawah bangunan itu bagi menyatakan pandangan mereka berhubung undang-undang Islam itu.

Semalam, Datuk Nur Jazlan berkata beliau secara peribadi tidak menyokong usaha untuk perlaksaan hudud.

Katanya, usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

“Jika tidak, nenek moyang kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online.

Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

Dalam pada itu, tiga ahli parlimen Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah itu. Mereka adalah Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Selain itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Jamil Khir Bharom juga telah berjanji bahawa pusat akan membantu Kelantan dalam usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu. (HD)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.
E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.
Sambungan dari..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Datuk Seri Najib: K'jaan Tak Pernah Menolak Hudud... Tapi..

 
Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar hari ini.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.

"Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

"Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya.
- Bernama


Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.
E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.
Sambungan dari..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails