Thursday, May 01, 2014
Hudud: Persatuan Buddha Beri Amaran Pada Pakatan.
Kumpulan lapan persatuan penganut Buddha memberi amaran Pakatan Rakyat akan hilang undi di masa depan jika PAS membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan bersama Persatuan Pemuda Kristian Malaysia dan enam lagi kumpulan belia bukan berasaskan agama, mereka berkata, PAS patut menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum di negara ini tidak sesuai untuk pelaksanaan hudud.
Mereka juga mendesak dua lagi parti dalam Pakatan – DAP dan PKR – memberi tekanan kepada PAS untuk mengetepikan hasrat membawa rang undang-undang itu ke Parlimen.
“Jika rang undang-undang itu dibentang dan diluluskan di Parlimen, kesemua parti ini mesti bertanggungjawab dan akan ditinggalkan oleh orang ramai,” kata mereka.
Mereka juga menolak penjelasan PAS bahawa hudud hanya untuk bukan Islam, dengan membangkitkan kes melibatkan orang Islam dan bukan Islam serta konflik mahkamah syariah dan sivil.
Kata mereka, terdapat kes yang menyaksikan orang bukan Islam terpaksa patuh kepada undang-undang syariah seperti dalam kes pertukaran agama. (TMI)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-86: Hudud Selepas Nik Abdul Aziz MB K'tan.
Selamat Hari Pekerja, Saya Anak FELDA
Oleh
MAZLAN ALIMAN
Saya ingin mengambil kesempatan, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Hanipa Maidin dan pasukan peguamnya, Nassar dan Azhana Khairuddin yang bertungkus lumus bagi pihak saya selaku Defendan Pertama dan Defendan Kedua hingga keenam dalam kes saman fitnah Felda mengenai penjualan minyak sawit ke Israel.
Khidmat bakti mereka tidak akan saya lupakan sepanjang hayat. Saya dapat merasakan usaha gigih mereka mengendalikan kes ini yang mendapat liputan dan pemerhatian berbagai pihak.
Ingin saya tegaskan, bahawa segala kritikan, teguran dan pandangan terhadap Felda selaku Badan Berkanun adalah sebagai check and balance. Ada kalanya sebagai kumpulan pendesak, untuk mempastikan 112,635 peneroka di 317 Skim Felda seluruh negara terbela dan terpelihara hak-hak mereka.
Apa faedahnya saya memfitnah Felda, sedangkan saya membesar di Felda dan kebun sawit adalah tempat keluarga kami mencari rezeki. Saya adalah anak peneroka yang berhijrah dari kampung sejak tahun 1968, menyahut seruan kerajaan dengan matlamat menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.
Namun, meskipun bapa saya mendapat tanah 10 ekar dan rumah, ia bukan percuma. Setiap peluh yang menitis adalah daripada keringat kami sekeluarga; sejak zaman awal, membayar hutang piutang (Bayaran Kembali) hingga beroleh hak milik.
Saya membawa isu Felda sejak tahun 1989 lagi. Beratus kes peneroka, anak peneroka dan kakitangan Felda yang saya kendalikan. Saya bukan perunding yang mendapat bayaran daripada mereka, tetapi niat saya semata-mata kerana Allah. Saya mahu akhiri sisa hidup berbakti untuk warga Felda seluruh negara.
Sama ada peneroka itu PAS atau Umno, tiada beza bagi saya. Saya bersama pasukan ANAK akan bantu seupaya mungkin. Sejujurnya, saya amat menyayangi masyarakat Felda; meskipun sebahagian besar daripada mereka tidak mengundi saya dalam pilihan raya!
Apapun kata nista dan fitnah yang dilemparkan, saya tidak akan kecewa dan semakin bertekad membantu dan membawa perubahan demi warga Felda yang saya kasihi.
Kepada YAB PM, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Felda, Pengarah Besar Felda dan 23 ribu kaki tangan Felda; jangan anggap saya sebagai musuh. Pemimpin ini yang bertanggungjawab menjaga kepentingan lebih sejuta warga Felda. Jangan angkuh. Mari kita bersemuka dan berbincang demi kepentingan rakyat. Saya cuba berusaha sewaktu Datuk Ahmad Maslan jadi Timbalan Menteri yang jaga Felda. Tapi gagal, atas sikap dan prejudis beliau.
Hentikan ketidakadilan kepada peneroka. Tunaikan hak mereka. Mereka adalah tuan tanah yang bersusah payah, berkorban apa sahaja untuk kehidupan. Jangan khianati mereka.
Insya-Allah, saya akan membuat kunjung hormat ke Ibu pejabat Felda dan berusaha membuka lembaran baru bagi mempastikan kehidupan warga Felda lebih baik dan menepati tujuan ia di tubuhkan.
SELAMAT HARI PEKERJA!
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini juga mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh pekerja-pekerjadi dunia.
'Lautan Merah' Banjiri Dataran Bantah GST -MK
KEMASKINI
2:40pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta semakin bertambah dan saling himpit menghimpit antara satu sama lain.
2.38pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta yang berarak dari Masjid Negara bertambah kepada 25,000 orang apabila disertai oleh kumpulan yang tiba lebih awal di persimpangan Jalan Tun Perak - Jalan TAR.
Setiausaha Pemuda PAS Mohd Nasaie Ismail melaungkan "Merdeka" sebaik mereka tiba di kawasan Dataran Merdeka.
2:30pm Dataran Merdeka - Kedua-dua kumpulan, dari Jalan TAR dan Masjid Negara bergabung di Jalan Raja, di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Mereka mengibar bendera dan petugas yang membawa pembesar suara tidak putus-putus melaungkan "Merdeka" dan "Tolak GST" dengan disambut orang ramai.
2.30pm Jalan Ampang - Kumpulan peserta di KLCC mula berarak ke arah Dataran Merdeka dengan bendera berwarna merah kelihatan membanjiri Jalan ampang berdepan bangunan Avenue K.
Kumpulan ini diketuai Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan dan mereka berarak sambil berselawat ke atas nabi diikuti laungan "Bangkit! Bangkit! Bangkit rakyat!".
Bas dan teksi juga terperangkap dalam kesesakan di belakang kumpulan peserta ini yang berjalan perlahan-lahan menuju ke Dataran Merdeka.
Turut kelihatan berarak bersama kumpulan ini adalah bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pengasas NGO Suaram, Dr kua Kia Soong.
2.16pm Masjid Negara - Ketua penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar bersama beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat mengetuai lebih 5,000 peserta yang baru selesai menunaikan solat Zohor untuk berarak ke Dataran Merdeka.
Mereka melaungkan slogan "Hancur BN", "Hancur GST" dan "Hancur BN" sambil diawasi oleh Unit Amal PAS.
Jumlah peserta, termasuk di Jalan Ampang, di persimpangan Jalan TAR dan Jalan Tun Perak serta di Dataran Maybank, kini mencecah 10,000 orang.
2pm Jalan Ampang - Peserta himpunan yang duduk mula mendengar ucapan beberapa wakil NGO di antaranya merupakan aktivis siswa, Mohd Bukhairy Sufian, dan aktivis anti-Lynas, Wong Tack.
Di pintu masuk KLCC pula, petugas-petugas keselamatan pusat membeli-belah Suria KLCC berdiri dan meninjau keadaan semasa.
Mereka dilihat menghalang individu dengan kain pengikat kepala dengan mesej GST atau bendera-bendera anti-GST berwarna merah daripada masuk ke pusat membeli-belah.
1.20pm Jalan TAR - Kira-kira 1,000 peserta yang berarak dari Sogo tiba di persimpangan jalan TAR - Jalan Tun Perak.
Sebilangan daripadanya berteduh di bawah pokok dan juga di bawah landasan LRT sementara menunggu kumpulan lain.
1.10pm Masjid Negara Seorang petugas Unit Amal daripada PAS Hulu Langat memaklumkan kepada peserta supaya tidak termakan dengan pelekat dengan slogan "Hudud For All, Muslim and Non Muslim (Hudud untuk semua, Islam dan bukan Islam)".
Petugas itu memaklumkan bahawa satu tindakan provokasi daripafa pihak tidak bertanggungjawab dan ia bukan dikeluarkan oleh pihak penganjur.
"Ia bukan daripada pihak kita. Ini untuk provokasi kepada perhimpunan aman kita," kata petugas Unit Amal itu.
Kata petugas parti PAS yang lain, sticker itu ditemui oleh petugas unit Amal dalam jumlah yang "banyak".
Dia juga turut menunjukkan pelekat tersebut kepada para wartawan dan jurugambar.
Manakala seorang peserta dripada Pulau Pinang kata, dia jumpa sticker bertulis: "Hudud is barbaric" dengan karikatur tiga orang berjubah sedang sebat seorang individu dan mengandungi logo DAP.
"Ini memang teruk, sebab hari ni tahu anti-GST, ini provokasi. Saja nak melaga-laga kita," katanya yang tidak mahu namanya disebut.
1.16pm Jalan Ampang dekat KLCC - Seorang individu yang sebelum ini didakwa di mahkamah berhubung kes National Feedlot Corporation Datuk Shamsubahrin Ismail dilihat mengawal lalulintas untuk teksi.
Menurutnya, beliau kebetulan berada di kawasan ini kerana meninjau perjalanan operasi kereta sewa miliknya di hadapan KLCC.
"Himpunan ini objektifnya bagus dan setakat ini saya lihat himpunan ini aman," katanya kepada Malaysiakini.
1pm Sogo - Kira-kira 2,000 peserta himpunan kini mula berarak dari pusat membeli belah Sogo ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Pergerakan peserta himpunan itu yang memenuhi ruang jalan raya tersebut menghalang laluan lalu lintas di jalan berkenaan.
Jalan Ampang dekat KLCC - Kira-kira 300 orang dengan sebahagian besarnya berbaju T merah sudah berkumpul di depan pintu masuk KLCC berhampiran Jalan Ampang.
Sebahagian hadirin juga kelihatan memakai baju hitam SAMM dan antara personaliti yang kelihatan adalah Chegubard dan bekas ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.
1.00pm Masjid Negara Peserta Protes Anti-GST berbondong-bondong menuju ke Masjid Negara menunaikan solat Zohor berjemaah.
12.37pm Dataran Merdeka - Dua orang pelancong China ketika ditemui berkata mereka tidak bimbang dengan kehadiran lebih 100 orang anggota polis yang mengelilingi Dataran Merdeka.
Seorang daripadanya yang enggan dikenali berkata perhimpunan tersebut menunjukkan kerajaan sedia mendengar suara rakyat.
"Kami tidak terkejut mahupun bimbang," katanya yang menambah suasana seperti itu amat jarang berlaku di China.
Walaupun kawasan padang itu ditutup, polis tetap membenarkan pelancong melepasi sekatan untuk bergambar di kawasan tersebut
12 tengahari Pulau Pinang - Perhimpunan berakhir selepas beberapa jurucakap membangkitkan isu hak pekerja di atas pentas dan juga ucapan penganjur, yang menyatakan penghargaan kepada 300 orang peserta.
Dataran Maybank, KL - Seramai 200 orang berhimpun dengan membawa kain rentang dengan slogan 'GST bebankan rakyat' dan 'Derita Derita Derita'.
Seramai kira-kira 50 orang anggota Unit Amal PAS sudahpun mengambil tempat namun pemimpin parti politik masih belum kelihatan.
KLCC - Kelihatan sekumpulan lima orang lelaki berpakaian baju-T merah dipercayai peserta himpunan hari ini berlegar-legar di kawasan air pancut Taman KLCC.
Empat orang polis berpakaian seragam tanpa lencara dilihat berkawal kira-kira lima meter dari kumpulan terbabit.
11.50am Sogo - Seramai 500 orang memenuhi di hadapan pintu masuk kompleks tersebut.
Ramai di kalangan peserta berkenaan mengambil peluang dengan dua pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan Datuk Kamaruddin di ruang tersebut.
Selain itu, para peserta juga mengambil kesempatan untuk bersarapan di kedai roti mewah The Loaf, di perkarangan kompleks berkenaan sambil melihat-lihat kumpulan orang ramai.
11.30am: Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka - Kawasan ini ditutup dengan hadangan bongkah plastik dan kelihatan petugas DBKL beruniform berkawal di sekeliling Dataran DBKL.
11.30am Masjid Negara - Ketua Penerangan PAS Kedah Mohamad Sanusi Mohd Noor yang ditemui Malaysiakini menggesa kerajaan mengambil kira suara rakyat yang bimbang dengan peningkatan kos sara hidup.
"Kerajaan jangan buat pekak telinga. Kerajaan perlu mendengar bantahan rakyat mengenai GST.
"Banatahan seumpama akan berterusan jika kerajaan enggan mendengar... Isu sara hidup jadi isu nasional dengan getah sekerap mencecah RM1.70 sekilogram di Baling, Ikan kembung di Kedah, RM15 sekilo.
"Peningkatan yang luar biasa. Rakyat tak tahan tapi depa datang jugak tunjuk bantahan," katanya.
Menurutnya lagi, terdapat peserta yang tiba seawal malam tadi atau sebelum subuh untuk menyertai perhimpunan ini.
11.15am Sogo – Seramai kira-kira 200 orang peserta mengambil tempat di di hadapan kompleks membeli belah, manakala beberapa individu cuba mengambil kesempatan menjual barangan seperti ikat kepala, baju-T dan topeng muka dan juga vuvuzela.
Topeng dengan corak tengkorak itu dijual dengan harga antara RM10 hingga RM15. Penjualnya berkata, ia berguna bagi peserta demonstrasi yang tidak ingin dikenali.
11am Masjid Negara - Jalan masuk ke Masjid Negara ditutup kepada lalulintas. Tiga orang anggota polis trafik dilihat berkawal di pintu masuk manakala peserta perhimpunan mula berhimpun di luar masjid.
10.40am Pulau Pinang - pengerusi MTUC negeri S Ravindran menyalahkan akhbar tempatan yang didakwa memberi imej negatif ke atas perhimpunan hari ini sehingga menyebabkan tidak ramai menyertainya.
10:40am: Para peserta yang berpakaian warna merah mula berhimpun di perkarangan kompleks membeli belah Sogo. Beberapa orang anggota penguatkuasa DBKL dilihat berkawal di pintu masuk utama bangunan tersebut, selain enam petugas keselamatan Sogo.
10.25am Pulau Pinang - seramai 300 orang berhimpun di persimpangan Jalan Siram dan Jalan Telaga Air, Butterworth. Mereka membawa plakad dan bendera MTUC dan melaungkan slogan 'Hidup Pekerja'.
10.20am Masjid Negara Suasana di sini meriah dengan kehadiran para peserta perhimpunan sejam jam 5 pagi. Beberapa individu dilihat membuka gerai menjual barangan dengan slogan anti-GST, termasuk baju-T berwarna merah. (MK)
Seramai 50,000 peserta yang mengambil bahagian itu berkumpul di empat
lokasi utama iaitu KLCC, Sogo, Dataran Maybank, dan Masjid Negara
sebelum berarak ke Jalan Raja yang terletak berdekatan Dataran Merdeka.
Peserta dilarang menggunakan padang Dataran Merdeka kerana kawasan tersebut sedang dinaiktaraf.
Selain di Kuala Lumpur, satu lagi demo berasingan turut berlangsung di Pulau Pinang, anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
GST yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan bajet 2014 Oktober lalu, akan dilaksanakan pada April 2015.
Bantahan melalui perhimpunan hari ini bagi menyatakan bahawa pelaksanaan kutipan cukai tersebut akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan menambahkan beban isi rumah.
VIDEO | GALERI FOTO
LAPORAN LANGSUNG
4.30pm Dataran Merdeka - Anwar berkongsi saranan dari rakan-rakannya di luar negara yang menggesa beliau agar tidak pulang ke Malaysia selepas berkunjung ke London baru-baru ini.
"Tapi saya katakan 'tidak'! Saya akan balik ke Malaysia untuk berjuang!,” katanya.
Anwar berkata mereka tidak seharusnya menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang.
“Jika kita kerajaan, kita perlu dengar cakap kerajaan atau kerajaan dengar cakap kita?,” soalnya.
Anwar berkata, perhimpunan hari ini yang dijayakan oleh Mat Sabu akan digerakkan sekali lagi sehingga kerajaan menghentikan pelaksanaan GST.
Kumpulan peserta seterusnya bersurai selepas bacaan doa dan turut mengutip sampah termasuk botol plastik dan beg plastik.
4.12pm NGO hak asasi Lawyers for Liberty mengucapkan tahniah kepada PDRM yang membantu kelancaran perhimpunan hari ini.
NGO tersebut menyiarkan gambar di Twitter menunjukkan anggota polis trafik mengawal lalulintas.
"Begitu jarang sekali. PDRM menghentikan lalu lintas demi rakyat. Syabas kerana membantu hak berhimpun," tulisnya.
4.12pm Dataran Merdeka Timbalan presiden PAS kembali ke pentas untuk meminta peserta agar tidak berganjak. Acara akan berakhir sebelum waktu solat Asar, jam 4.31 petang.
"Hujan ini hanya gimik. Kita rasa panas jadi hujan ini akan sejukkan badan kita,” katanya dengan bergurau.
4.02pm Dataran Merdeka - Guruh bergema di kawasan perhimpunan manakala awan gelap menandakan hujan akan turun tidak lama lagi.
3.45pm Dataran Merdeka - Jumlah peserta dianggarkan meningkat kepada 30,000 orang. Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berucap tidak lama lagi.
3.30pm Dataran Merdeka - Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dalam ucapannya membangkitkan bahawa kerajaan melaksana GST kerana tidak mampu menguruskan isu rasuah, pembaziran dan salah guna kuasa.
Jangan tindas rakyat dengan kegagalan pentadbiran kamu. Rakyat diseksa, cukup kami diseksa, cukup di sini.
“Bawah pentadbiran baru, bukan hanya Altantuya yang hilang, enjin jet hilang malah seluruh kapal juga hilang.
“Ini menunjukkan kegagalan pentadbiran di Malaysia,” katanya.
3.10pm Dataran Merdeka - Sekumpulan pemuda Cina yang secara terbuka mengaku homoseksual turut menyertai perhimpunan.
Mereka membawa plakad dengan tulisan dalam bahasa Cina yang membawa slogan "Kami homoseksual, kami tentang GST" dan "Tidak kira saya tidur dengan siapa, saya tentang GST".
Sementara itu, timbalan presiden PKR Azmin Ali dalam ucapannya berkata perhimpunan hari ini berlangsung di hadapan bangunan menempatkan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.
"Hari ini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak mahu ulangi tindakan sama dan hukuman sama.
"Kita mahu ingatkan perdana menteri, jangan cuba tindas rakyat dan Anwar Ibrahim.
"Jangan sentuh Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia tidak akan benarkan Anwar dipenjara, biarpun sesaat," katanya.

Rebutan T/Prsiden PKR: Azmin Masih Di Depan.
Penyandang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali masih paling depan apabila mendahului dua lagi lawannya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khali Ibrahim dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail dengan jurang undi yang besar.
Daripada keputusan awal setakat 27 April yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR,
- Azmin setakat ini mendapat 5,111 undi
- berbanding Saifuddin (2,322)
- dan Khalid (2,228).
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa dikatakan mempunyai kelebihan daripada segi sokongan dan kemahiran berpolitik. Berbeza dengan lawannya, Azmin mempunyai pengaruh akar umbi yang kuat di dua kubu PKR iaitu Selangor dan Sabah menyebabkan beliau sukar digugat.
Daripada 500,001 ahli PKR yang layak membuat pilihan kali ini, hampir separuh daripada mereka berada di Selangor dan Sabah. Selangor mempunyai 144,020 ahli manakala Sabah mempunyai 86,955 ahli PKR.
Azmin merupakan pengerusi PKR Selangor dan bekas pengerusi PKR Sabah sebelum ini. – 1 Mei, 2014. (TMI)
Artis, Terlampau Nak Cantik, Jangan Macam Bunian Begini..
WAJAH sebelum dan selepas Rina menjalani pembedahan
HALAMAN HIBURAN
SEORANG bintang filem porno Jepun yang melakukan terlampau banyak pembedahan plastik akhirnya kelihatan seperti Dobby, orang bunian (elf) dalam filem Harry Potter. Rina Nanase bagaimanapun berkata, mereka yang menggelarnya Dobby mencemburui hasil pembedahan itu.
Pelakon berusia 25 tahun ini menggunakan nama samaran Rumi Kanda dalam rakaman video lucahnya, tidak berahsia dengan keputusannya untuk melakukan pembedahan mengubah bentuk wajahnya.
Rina melakukan beberapa pembedahan pada mata, hidung dan dagu. Dia berkongsi semua gambar hasil pembedahan itu termasuk rupa paling baru melalui akaun Twitternya. Bagaimanapun, kebanyakan orang menyifatkannya sebagai keterlaluan.
Dalam gambarnya ketika berusia 17 yang dimuat naik ke Internet, dia menulis, “Saya kelihatan gemuk” dan berkata dia mempunyai “mata bulat dan bercahaya.” Model itu kemudiannya berkongsi gambar lain, kononnya dia berpendapat gambar berkenaan adalah zaman kegemilangannya.
Dia menyiarkan gambar sebelum menjalani pembedahan mengecilkan hidungnya.
“Saya tidak merasakan ia perubahan besar, namun terkejut dengan reaksi peminat,” kata Rina.
Gambar disiar ini menyebabkan dia digelar Dobby. Bagaimanapun, terdapat beberapa komen positif mengenai wajah terbarunya itu dalam laman media sosial.
Seorang peminatnya menulis, “Dulu dia nampak lebih elok.
Sebelum pembedahan rupanya lebih baik.” Peminat lain pula menulis: “Dia mempunyai masalah pemakanan.”(myMetro)
Wednesday, April 30, 2014
Brunei Umumkan Laksana Hudud, Besok!
SULTAN Hassanal Bolkiah (gambar) mengumumkan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Brunei Darussalam mulai Khamis 01 Mei esok.
Dalam ucapan yang disampaikan Rabu ( 30 / 05 ) pagi , Hassanal Bolkiah menyatakan :
" Seraya mengucapkan syukur kepada Allah yang Maha Kuasa , saya mengumumkan bahawa mulai esok , Khamis tarikh 1 Mei 2014 , kita akan menyaksikan penguatkuasaan undang-undang syariah peringkat satu yang akan diikuti tahap - tahap lain .
"Menurut rencana , penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah di Brunei dijadualkan bermula pada 23 April lalu . Namun , Penolong Pengarah Unit Undang-undang Islam Jauyah Zaini berkata penangguhan dilakukan kerana " situasi yang tidak dapat dielakkan " .
Hukum jenayah syariah di Brunei akan dilakukan secara beransur-ansur yang berkesudahan pada hukuman rejam untuk pelaku kejahatan sodomi dan zinah , potong tangan bagi pelaku pencurian , dan sebatan bagi pelaku pengguguran dan penenggak minuman beralkohol . Pada awal tahun ini , rancangan penguatkuasaan undang-undang jenayah syariah menuai protes keras dari berbagai elemen masyarakat di Brunei .
Beberapa pihak menganggap hukuman semacam itu " tidak bertamadun dan mundur .
"Namun , Sultan Hassanal Bolkiah menepis anggapan itu .
" Teori menyatakan hukum Allah keji dan tidak adil , tapi Allah sendiri mengatakan hukumnya jelas adil , " kata Sultan .
Sistem mahkamah sivil Brunei saat ini mempunyai dua jalur . Jalur pertama berdasarkan pada undang-undang Inggeris . Sedangkan jalur kedua ialah mahkamah syariah yang sebelumnya hanya mempunyai kuasa terhad , semisal mengurusi masalah perkahwinan dan warisan .

Namanya 'Alic Aida' Macam 'Alqaeda'. Kerana Itu Dilarang Masuk AS.
MALANG betul nasib yang dialami oleh seorang perempuan Perancis bernama Aida Alic (33 tahun). Kerana memiliki nama macam organisasi Al -Qaeda, sebuah pertubuhan dituduh pengganas, dia dan keluarganya terpaksa batal menjalani seluruh AS.
Dilapor laman Dailymail, hujung minggu lalu , Aida berangkat dari Perancis melalui Swiss menuju ke New York, bersama suami dan kedua anaknya .Tiba di Genewa , tiba-tiba petugas imigresen tidak memberi izin melaluinya. Alic dan keluarga terpaksa membatalkan keberangkatan. Bila diselidiki, rupanya kerana nama di paspornya terbaca 'Alic Aida' mirip 'Alqaeda' .
Dia merasa kesal, kerana nama dia disebut Alitch. "Nama itu berasal dari Yugoslavia. Kerana nama itu pula, saya dianggap bersalah satu potensi berisiko," kata dia kesal.
Akibat tidak diizinkan masuk oleh petugas imigresen, Aida terpaksa merelakan dana senilai US43,800 terbuang sia-sia. (IH)
Subscribe to:
Posts (Atom)