Wednesday, June 11, 2014

Ketua Aktivis PPIM Didakwa Cederakan Aktivis Pengguna.


 


KUALA LUMPUR: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan (gambar) dan seorang ahli persatuan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang aktivis pengguna, Mac lalu.
            
Nadzim, 54, dan Tengku Faezah Raja Fuad, 32, kedua-duanya Orang Kena Saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azura Murah.
            
Kedua-dua mereka didakwa mencederakan Adam Mikail, 43, yang juga pemegang kerakyatan tetap di Perancis, di Tingkat 3, Kondominium Villa Puteri, Jalan Tun Ismail, di sini pada pukul 12 tengah hari, 28 Mac lalu.
            
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
            
Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memaklumkan kepada mahkamah bahawa tidak perlu ada sebarang jaminan kerana kes ini membabitkan kes saman.
            
Bagaimanapun, beliau berkata pihak pendakwaan berharap kedua-dua mereka akan hadir pada setiap tarikh yang ditetapkan mahkamah.
            
Mahkamah kemudian melepaskan mereka yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican tanpa sebarang jaminan dan menetapkan 26 Jun ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Mengapa Mayit Islam Mahu Disemadikan Sebagai Penganut Tao.




Seorang ahli keluarga Teoh Cheng Cheng atau nama Muslimnya Nora Teoh Abdullah memegang kad pengenalannya semasa upacara pengebumiannya di Jalan Macallum di George Town, Pulau Pinang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 10 Jun, 2014.  
Seorang ahli keluarga Teoh Cheng Cheng atau nama Muslimnya Nora Teoh Abdullah memegang kad pengenalannya semasa upacara pengebumiannya di Jalan Macallum di George Town, Pulau Pinang semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 10 Jun, 2014.  

Keluarga Teoh Cheng Cheng, yang memeluk Islam 17 tahun lalu, kini berusaha mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalangnya daripada dikebumikan secara Islam. Pada asalnya, difahamkan keluarganya sudah menerima bahawa mayatnya akan dikebumikan secara Islam selepas membenarkan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) mengambil mayatnya semalam.

Namun hari ini, keluarganya mahukan mayatnya semula untuk dikebumikan mengikut agama Tao dan meminta bantuan daripada kerajaan negeri. Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee berkata, ibu Cheng Cheng, Tan Mah Suan menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng dan beliau petang ini bersama dengan beberapa exco, dan mereka bersetuju untuk memberikan bantuan guaman.

"Pasukan peguam yang akan membantu Tan adalah Gobind Singh Deo (MP Puchong), Ramkarpal Singh (MP Bukit Gelugor) dan S Raveentharan (bekas Adun Batu Uban).
"Mereka sedang mempersiapkan dokumen undang-undang dan akan memfailkannya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang esok," katanya dalam satu kenyataan.

Lau berkata, Tan menegaskan Cheng Cheng tidak pernah memeluk Islam, tetapi beragama Buddha sepanjang masa. Katanya, Tan menunjukkan MyKad dan sijil lahir anaknya sebagai bukti. Sementara itu, sepupu Cheng Cheng, Teoh Chew Choo berkata, teman lelaki Cheng Cheng yang juga seorang Islam, juga berharap Cheng Cheng disemadikan mengikut tradisi Tao.

"Ini keputusan dia. Kita juga perlu hormati kehendak teman lelakinya," katanya kepada The Malaysian Insider melalui telefon.

Dilaporkan sebelum ini, Cheng Cheng yang dikenali sebagai Nora Teoh Abdullah memeluk Islam 17 tahun lalu. Dia mempunyai empat orang anak yang berumur antara 17 hingga 20 tahun. Anaknya yang sulung dilahirkan hasil perhubungannya dengan seorang lelaki Cina.

Cheng Cheng, seorang pelayan berumur 38 tahun dilaporkan meninggal dunia Sabtu lepas selepas menggantungkan diri di rumahnya di Lebuh Macallum selepas bertengkar dengan teman lelakinya.
Mayat beliau sepatutnya disemadikan petang semalam mengikut adat Tao, tetapi dihentikan oleh pegawai Jaipp yang datang menuntutnya mayatnya.

Selepas perbincangan, keluarganya membenarkan Jaipp mengambil mayatnya. Exco agama Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim berkata semalam bahawa isu ini diselesaikan dengan baik dengan keluarganya menerima hakikat bahawa Cheng Cheng adalah beragama Islam. Apabila dihubungi hari ini, Malik berkata, dia tidak tahu kenapa perubahan ini berlaku kerana mereka tidak membantahnya ketika tindakan Jaipp semalam.

"Mayatnya masih di rumah mayat Pulau Pinang. Kami tidak boleh meneruskan pengebumiannya.
"Kami akan menunggu sehingga kes ini diselesaikan melalui undang-undang jika ia pergi ke mahkamah... kami akan cuba menyelesaikannya secepat mungkin," katanya.

Abdul Malik berkata, dia tidak bertemu keluarga Cheng Cheng kerana dia berada di Kuala Lumpur. – 10 Jun, 2014. (TMI)

Pemuda PAS Sambut Piala Dunia 2014


 SUKAN


KUALA LUMPUR: Sempena demam Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung beberapa hari lagi, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan Santai Kaki Bola khusus untuk para peminat bola sepak dalam menyambut kehadiran kejuaraan dunia yang bertandang empat tahun sekali itu.

Program yang bakal diadakan pada 11 Jun itu berlangsung di Restoran Awwal Maju, Taman Sri Rampai, Setiawangsa mulai jam 9 malam.
Menurut Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ir. Khairil Nizam Khirudin (gambar), pada majlis itu akan diadakan pertandingan permainan komputer 'FIFA'.

“Setiap peserta akan beradu kehandalan bermain bola sepak di alam maya. Pertandingan ini akan diadakan di restoran tersebut dan akan ditayangkan menggunakan layar lebar. Selain itu, turut diadakan adalah acara timbang bola sepak dan acara menjaringkan gol menggunakan kaki belakang,” katanya.

Program sambutan Piala Dunia 2014 itu, ujar beliau akan diteruskan dengan acara menonton perlawanan yang berlangsung setiap hari di Markaz Amal WP, No 21, Jalan Pria, Taman Maluri, dekat sini.

“Apa yang menarik dalam program menonton beramai-ramai ini ialah diadakan tazkirah ringkas, qiam dan solat subuh beramai-ramai.
“Ianya bertujuan untuk mendidik jiwa-jiwa muda ini untuk bangun malam bukan semata-mata kerana bola tetapi juga untuk beribadah kepada Yang Maha Esa. Itulah yang ingin diterapkan oleh Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan,” jelas beliau.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua ‘kaki bola’ di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur khususnya untuk beramai-ramai hadir di dua program di atas.

Khairil berharap program yang diadakan ini bukan sahaja mampu memberikan kepuasan buat peminat bola sepak bahkan berupaya mendekatkan anak-anak muda kepada Allah SWT.

“Ayuh kita hangatkan hati nurani kita bersama Allah SWT seiring hangatnya sambutan Piala Dunia 2014!” ujarnya bersemangat. – HARAKAHDAILY, 10/6/2014

Globalkan Pemikiran TG Nik Aziz -Majlis Agama Islam S/Thai



KOTA BHARU: Ulama Thailand menyarankan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) memainkan peranan sehingga ke negara luar memandangkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang Murabbi Ummah.

Anggota Jawatankuasa Majlis Agama Islam Selatan Thailand, Abdul Rahman Abdul Samad berkata, ilmu agama dan pengalaman politik Islam dimiliki Mursyidul Am PAS itu sukar dicari ganti.

“Penduduk Islam di luar Kelantan termasuk di selatan Thailand sentiasa memerlukan seseorang tokoh yang mempunyai ilmu agama yang luas.
“Ceramah dan kuliah agama yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz perlu disebarkan lebih luas. Lagi pun Tok Guru begitu terkenal di Thailand sebagai murabbi ummah yang berpengaruh,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob di JKR 10. Rombongan pemimpin Islam dari 15 wilayah di Thailand menyertai lawatan tersebut. Ia diketuai Ketua Jawatankuasa Majlis Agama Islam Wilayah Selatan Thailand, Zakaria Kincarat.

Sebelum itu taklimat mengenai kerajaan Kelantan disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Muhammad Awang, Ketua Penolong Pengarah Program Korporat MPKB BRI, Azman Mat Daham dan Pengarah SPARK, Dr Nazmi Ghazali Azmi. - HARAKAHDAILY 10/6/2014  

Komen Weblog Ibnu Hasyim:   Ulama Thailand menyarankan Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) memainkan peranan sehingga ke negara luar memandangkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seorang Murabbi Ummah.

Itu satu contoh pengiktirafan antarabangsa terhadap Tok Guru Nik Abdul Aziz.   Begitu juga penghormatan dari ulama-ulama Aceh dan lain-lain. Ertinya pemikiran Tok Guru Nik Aziz perlu diglobalkan. (IH)

Tuesday, June 10, 2014

Cerai: Tindakan Abby Itu Wajar..


Saat bahagia Abby dan Farhan.

PETALING JAYA: Hasrat pelakon Abby Abadi yang masih menanti sinar agar dia dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  kembali rujuk terpaksa melupakan impian itu kerana ia tidak mungkin menjadi kenyataan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dalam status terbaharu Instagram miliknya berkata, sekiranya perkara itu terjadi, ia merupakan satu keajaiban kepadanya.

“Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang ‘keajaiban’ berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda,” ujarnya dalam kapsyen status berkenaan.

Menerusi Instagram itu Abby turut memuat naik gambar lukisan anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim, 9, yang menggambarkan hubungan cinta ibunya dengan Muhammad Noor Farhan dahulu dan terkini.



Lakaran yang dibuat oleh anak Abby iaitu Marissa Dania Hakim

Sebelum ini Abby turut memuat naik rakamkan video anak-anaknya yang menuntut agar Muhammad Noor Farhan yang dipanggil Abi agar pulang ke rumah. Dalam pada itu Abby berkata, Dania ada memberitahu bermimpikan bapa tirinya.

Sebaliknya Abby berkata, dia dapat rasakan Farhan lebih bahagia di luar sana dan dia tidak meletakkan apa-apa harapan lagi terhadap rumah tangga mereka. Abby juga turut mengulas lukisan yang dimuat naik dalam Instagramnya itu adalah hasil tulisan tangan anaknya dan bukan dia yang berbuat demikian untuk meraih simpati terhadap pemuda itu. Malah Abby turut menjelaskan, perkahwinannya dengan Farhan  bukanlah paksaan mana-mana pihak sebaliknya atas kehendak mereka berdua.

“Benda ni baru sangat takkan saya takde perasaan boleh lupa terus sekelip mata. Saya reda, tiada jodoh itu kuasa Dia. Saya tak pertikai pun,” ujarnya membalas komen pengikut laman sosialnya itu.

Terdahulu Muhammad Noor Farhan dilaporkan telah melakukan dua kali lafaz cerai terhadap Abby termasuklah salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.


Abby dan Muhammad Noor Farhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Mei lalu bagi mendengar permohonan lafaz cerai.

Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 11 Jun (esok) bagi mendengar permohonan lafaz cerai kali pertama pemuda berkenaan ketika pelakon itu hadir bagi melaporkan lafaz cerai yang dibuat kali kedua.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand. Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Muhammad Noor Farhan dan kedua bagi Abby.

Sebelum ini Abby pernah bernikah denagn pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim, 9, dan Maria Danisha Hakim yang berusia enam tahun. (mStar).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tindakan Abby itu betul dan wajar. Alhamdulillah. Kadang-kadang sesuatu yang nampak buruk itu, ada rahsia kebaikannya.  Penceraian itu adalah halal, tetapi Allah benci.

Bogel Berbasikal, Cara Didik AS Hasilkan Generasi Begini. M'sia Ikut?

Acara World Naked Bike Ride ini merupakan yang ke-11 digelar untuk mempromosikan naik sepeda pada warga.
Kebanyakan dari mereka hanya mengenakan topi, tas dan kasut saja ketika mengikuti World Naked Bike Ride ke-11 di Portland, Oregon. 

Ribuan warga AS telanjang bulat kempen naik basikal  
Acara World Naked Bike Ride ke-11 naik basikal berbogel diumumkan pada warganya. Inilah hasil cara didik AS, menjadikan manusia semakin tidak bertamaddun, bahkan ditiru pula oleh negara membangun. Termasuk negara umat Islam (bukan negara Islam).

Jadi tidak hairan di Malaysia sudah ada acara-acara telanjang seperti ini.

Lihat antara acaranya...
Acara World Naked Bike Ride ini merupakan yang ke-11 digelar untuk mempromosikan naik sepeda pada warga.
Acara World Naked Bike Ride ini merupakan yang ke-11 digelar untuk mempromosikan naik sepeda pada warga.
Acara World Naked Bike Ride ini merupakan yang ke-11 digelar untuk mempromosikan naik sepeda pada warga.
Acara World Naked Bike Ride ini merupakan yang ke-11 digelar untuk mempromosikan naik sepeda pada warga.
(IH)

Liga Bola Sepak Wanita Afghanistan, Apa Beda Dg M'sia?


SUKAN

"Di Afghanistan, sekumpulan wanita bertekad untuk membebaskan diri dari kekangan tradisi, telah menubuhkan liga bola sepak wanita pertama.
"Biar bermain mengikut piawaian yang sedikit berbeza, mereka berazam untuk meningkatkan imej golongan wanita di mata dunia."  7 Jun 2014, Tv3.com melaporkan..

 
Gambar-gambar di atas ini adalah pemain-pemain bola wanita Afghanistan.


Komen Weblog Ibnu Hasyim:
  •  'sekumpulan wanita bertekad untuk membebaskan diri dari kekangan tradisi, telah menubuhkan liga bola sepak wanita pertama.' Jadi tujuan penubuhannya ialah untuk bebas dari tradisi rakyat di Afghanistan, yang rata-rata berasaskan agama Islam.
  • 'berazam untuk meningkatkan imej golongan wanita di mata dunia.' itu hanya alasan sahaja.
Sebenarnya, musuh-musuh Islam menyerang Islam di Afghanistan melalui bola sepak pula. Taktik itu jugalah yang digunakan di Malaya dulu, sehingga wanita-wanitanya kini 'berpakaian telanjang' seperti yang ada sekarang.



Sejarah pasukan bola sepak wanita Malaysia pula, hanya mampu ikut pakaian dedah aurat begini saja.

Beginilah bentuk pakaian atlet wanita Malaysia yang digilai dan diminati oleh pemimpin-pemimpin sukannya sekarang.


Malukah anda melihat gambar pakaian atlet wanita kita begini? Malu apa? Kerajaan Malaysia pun tidak malu mewakilkan atlet-atletnya ini!! Lihat lagi gambar-gambar di bawah...


(IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails