Thursday, June 19, 2014

Bocornya Percakapan Ini, Turunkan Kepercayaan Terhadap Jokowi


Capres Joko Widodo (okezone.com)
Capres Joko Widodo (okezone.com)

Jakarta. Bocornya percakapan antara Megawati Soekarnoputri dengan Jaksa Agung Basrief Arief menurut pengamat politik Universitas Indonesia (UI), Agung Suprio, sedikit akan mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap calon presiden nomor urut dua, Joko Widodo (Jokowi).

Hal itu tak lain karena isi percakapan tersebut terkait dengan kasus dugaan korupsi pengadaan bus Transjakarta yang ramai dibicarakan belakangan ini.

“Kalau bicara persepsi, berita itu memang akan menurunkan kepercayaan kepada Jokowi, terutama pemilih (sebelumnya) melihat sosok (Jokowi) yang jujur dan anti korupsi. Berita ini tentu saja memengaruhi kepercayaan publik terhadap Jokowi,” ucapnya sebagaimana diberitakan Okezone (19/6/2014).

Bantahan yang segera keluar dari pihak Jokowi-Jusuf Kalla menurut Agung sangat wajar guna membendung isu yang bisa terus berkembang.

“Bantahan itu wajar, memang ada bantahan dari Mega tapi juga dari KPK yang mengatakan bahwa tidak ada arsip yang keluar dan tidak ada oknum yang keluar, arsip aman,” tukasnya.
Hanya saja, Agung menyarankan kepada tim sukses Jokowi untuk meng-counter isu tersebut dengan cara yang manis dan tidak cenderung terlalu reaktif.
“Persoalannya adalah bagaimana kubu Jokowi beserta timses meng-counter isu itu dengan manis, jangan terlalu reaktif. Hal itu akan menimbulkan simpati negatif ke Jokowi. Antipasti dengan cara memberikan respon yang baik,” tuntasnya. (okezone/rem/dakwatuna)

S'gor Salur Lebih RM10 J Kepada 479 Sekolah


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan RM10,903,000 melalui Program Bantuan Sekolah (Fasa 1) bagi Tahun 2014 kepada 479 sekolah seluruh negeri ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata agihan itu bertujuan menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif di sekolah Selangor.

“Sebelum 2008, SAR tidak mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri atau Pusat. Kemudahan insfra di kebanyakan sekolah ini berada dalam keadaan yang lemah termasuk sistem pendawaian, tandas, kipas dan bilik darjah dalam keadaan tidak terurus dengan baik.
“Jadi, bantuan seumpama ini amat diperlukan pihak sekolah dalam memberi persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar,” katanya dipetik Selangorkini.

Untuk rekod, peruntukan Program Bantuan Sekolah bagi penggal itu masih kekal kepada RM16 juta.

Agihan itu membabitkan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dengan bantuan RM2,302,000, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) RM3,077,00 dan bakinya Rm5,506,000 untuk Sekolah Agama Rendah (SAR).

Agihan cek bagi SJKT dilaksana pada 18 Jun lalu, manakala SJKC akan dilaksanakan pada 24 Jun ini (lokasi akan diberitahu kelak), sementara SAR pada 7 Julai ini bertempat di Kolej Integrasi tahfiz tunas Ilmuwan Selangor (KITTIS) di Pancang Bedena, Sabak Bernam.

“Kita mahu setiap pemberian diuruskan pihak sekolah dengan penuh amanah. Kita bercadang untuk tubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memantau setiap penggunaan dana supaya apa yang sekolah minta di dalam borang dilaksanakan selepas Kerajaan Negeri memberi bantuan,” katanya. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

Bersama Presiden PAS, Dari Istanbul Ke KL

Oleh 
DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR

HATI ini sebak gembira melihat akhirnya Tuan Guru dapat pulang ke tanah air setelah tiga minggu beliau bersama saya berada di bumi bekasan Constantinople yang dibebaskan oleh Muhammad al-Fateh pada 1453 Masehi.

Hati ini meruntun bukan kerana merasa berat berpisah dengan kota bersejarah Kostantiniyye (juga dikenali sebagai Islambol, Dersaadet, Istanbul) yang sarat dengan jutaan pengkisahan dan sejarah, tetapi saya terkenangkan santunan dan  persahabatan dengan rakan-rakan di Turki.

Ketika ini hati saya teringatkan sabda Rasulullah SAW:
  • Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak boleh tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

Mereka turut sama berada di hospital Medipol Universite Hastanesi di Bagcilar, Istanbul menemani saya setiap hari terutamanya Brother Harun dan anaknya Mus'ab, rakannya Mus'ab Abu Syaaban, pemandunya Abdullah Oflas, Ummit dan Mustafa, Yilmaz dan Abdus Samat dan lain-lain yang memberikan kata-kata semangat, bekalan berdepan dengan hari yang tidak diketahui hujungnya, menghibur hati yang berjauhan daripada sahabat seperjuangan di Malaysia.

Bau kahve dan çay Turki memenuhi ruang bicara kami di kafeteria Medipol bersama sepiring lokum, halva, simit; dengan kadang kala kami jenuh berbicara mauduk semasa yang menjerebu ekonomi – sosio – politik – kehidupan beragama di Turki, berbicara soal etno-politik yang tersepit di antara dua benua – Asia dan Eropah yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus dengan kesibukan kapal dagang di Laut Marmara, kekerasan neo-militari yang merombak resam gerakan Islam di Turki.

Malah sekali sekala kami mencuba untuk menghangatkan bicara dengan acahan dan prognosis tertentu untuk merungkai kompleksiti masyarakat yang satu masa dahulu adalah sebuah Kerajaan Byzantine dan akhirnya Kerajaan Uthmaniyyah. Ternyata bicara-bicara sedemikian mewajarkan satu bicara dan penulisan khusus, kritis, penuh dengan saranan pro-kontra dan provokatif.

Tidak mampu untuk saya senaraikan setiap orang yang menziarahi kami sepanjang di sini – semuanya ada – tua dan muda. Rakan-rakan dari negara Arab, benua Afrika, Pakistan, Eropah tidak jemu bertandang mendoakan kesihatan berpanjangan. Manakala rakan-rakan di Turki khususnya, Duta dan pihak Kedutaan Malaysia, pakar perubatan, rakan ahli dan pimpinan parti politik dalam negara kita, tokoh korporat dan nasional, wartawan yang tidak jemu menghubungi saya, anak-anak muda pelajar kampus universiti dari beberapa negara, semuanya membawa mesej yang sama:

“Semoga Tuan Guru bertambah sihat dan selamat pulang ke tanahair tercinta”.

Sekali sekala hati kami terhibur dengan susah upaya kami berkomunikasi, dalam kalangan pemandu teksi, pekerja hospital, kedai makan, pazari dan sebagainya yang tidak boleh berbicara dalam bahasa Inggeris, Arab apatah lagi bahasa Melayu. Sesekali kesilapan dan salah faham yang berlaku menjadi hiburan hati kecil kami yang tidak menentu di sini. Tetapi itulah rakyat Turki – mereka bangga dengan bahasa mereka, tidak apologetik, tidak longlai dan tidak inferior, bekerja keras sehingga mampu menjadi kuat di benua Eropah. Diaspora rakyat berketurunan Turki di serata Eropah dan Amerika Syarikat menjadi testimoni kekuatan mereka, sungguhpun kepelbagaian fikrah mereka sangat berwarna warni.

Sepanjang tempoh mendapat rawatan, pemulihan dan kerehatan, kadang kalanya kami berkunjung menatap kehijauan alam dan warna-warni kelopak bunga yang sungguh mengasyikkan di bawah jagaan İstanbul Büyükşehir Belediyesi, terkhususnya di Emirgan Park di daerah Sariyer, Istanbul dan sepanjang pesisir yang menghadap Bosphorus dan geografi Turki - Asia. Sepanjang masa itu juga Tuan Guru akan berterusan berbicara persoalan semasa yang mewarnai politik dalam negara dan dunia, berbicara tentang ayat-ayat al-Quran dan sirah, berkongsi analisa dan sebagainya.

Bagi saya, semuanya saya kutip-dengar dan menjadi ilmu yang sangat berguna kepada saya. Kesimpulan saya, ternyata bara perjuangan yang ada pada Tuan Guru tidak pernah malap!

Sahabat-sahabat yang berada di tanah air juga begitu banyak membantu menguruskan keluarga kami yang berada Malaysia; termasuklah kalangan doktor pakar yang menghubungi kami dan memberikan pandangan mereka. Mana kala doa dari seluruh ahli, penyokong dan rakyat Malaysia amat kami hargai.

Terimakasih semua. Hanya Allah SWT yang boleh membalas segala kebaikan yang diberikan. Semoga kita semua mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ialah Setiausaha Politik Presiden PAS
*(Coretan ketika dalam perjalanan dari Istanbul ke Kuala Lumpur)

B/Suspek Kes Bunuh Altantuya Ditangkap Khalwat Dg Polis Wanita Bersuami.


Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu. Gambar fail. Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar meninggalkan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Ogos tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan membebaskan mereka daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu. Gambar fail.



















Seorang bekas polis komando berusia 38 tahun yang dibebaskan tahun lalu atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006 ditahan awal hari ini selepas ditangkap berkhalwat dengan seorang polis wanita yang sudah berkahwin di Sepang.

Lelaki berkenaan yang sebelum ini bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman ditangkap di sebuah unit kuarters polis di Sepang bersama seorang wanita oleh suami wanita terbabit pada jam 1.20 pagi.

Suami berkenaan, seorang anggota polis yang bertugas di unit kereta peronda, pulang ke rumah untuk memeriksa sama ada isterinya di rumah dan mengesyaki sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu berkunci. Selepas memeriksa dengan lebih lanjut, beliau mendapati bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil dalam bilik tidur.

Ketua Polis Sepang, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan tangkapan itu dan berkata, kes itu diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

“Polis membuka fail tindakan disiplin terhadap polis wanita itu. Lelaki itu, bagaimanapun, tidak tertakluk kepada tindakan disiplin kerana bukan lagi anggota polis. Kes ini akan dikendalikan oleh Jais,” kata Yusof kepada The Malaysian Insider.

Beliau enggan mengesah atau menafikan lelaki yang ditahan itu adalah orang yang sama disabitkan membunuh Altantuya dan kemudian bebas dalam kes rayuan.

“Saya belum melihatnya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu kamu,” katanya.

Difahamkan nama lelaki berkenaan dalam laporan polis ialah Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri iaitu salah seorang daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lalu selepas mahkamah membenarkan rayuan selepas mereka disabitkan bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Secara kebetulan, lelaki yang ditangkap awal hari ini juga adalah bekas pegawai polis yang pernah bertugas di Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, unit yang sama dengan Azilah sebelum beliau ditahan pada 2006.

Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah dan bekas corporal Sirul Azhar Umar selepas menterbalikkan sabitan terhadap mereka dalam kes bunuh Altantuya. Azilah dan Sirul dituduh bersama dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan di Shah Alam pada Oktober, 2006.

Kedua-duanya pada masa itu bertugas dengan Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. – 19 Jun, 2014. (TMI)

Aku Nak Bogel Ke, Aku Punya Hal..

Wanita berbogel berjemur di tingkap kediamannya menyebabkan kemalangan jalan raya di Vienna, Austria.

TINDAKAN seorang wanita berjemur dalam keadaan bogel di tingkap kediamannya menimbulkan keadaan kelam kabut apabila mengganggu tumpuan pemandu hingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.

Pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terlihat wanita berkenaan di bangunan kediaman yang terletak di Vienna, Austria itu. Gregory Shakaki menyedari aksi selamba itu dan merakamkan gambar seorang wanita berbaring dengan kakinya menjulur ke luar tingkap di aras tiga bangunan itu.

"Saya terkejut apabila melihatnya," kata pelajar itu.

Ternyata Shakaki bukan satu-satunya saksi kejadian itu, sebaliknya ramai lagi pengguna jalan raya yang terkesan dengan perbuatan wanita berkenaan. Michael Kienast berkata, wanita itu terlalu inginkan sinaran matahari hingga melakukan sesuatu yang jarang dilakukan.

"Ketika ramai mendongak melihat wanita itu, saya terdengar ada yang menjerit kepada pemandu yang terlanggar kenderaan lain di hadapannya.
"Pemandu itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui tumpuannya terganggu berikutan tindakan wanita itu dan menunjuk ke arah tingkap di mana wanita itu sedang berbaring," katanya.

Menyedari punca pelanggaran yang tidak disengajakan itu, mangsa kemalangan kemudiannya berkata: "Oh, baru saya faham maksud awak."

Pada masa sama, beberapa kereta dilihat menghalang lalu lintas kerana pemandunya terlalu asyik melihat gelagat wanita itu hinggakan polis peronda terpaksa dipanggil untuk mengawal keadaan. Bagaimanapun, sebaik polis tiba, wanita itu sudah masuk ke kediamannya dan menutup tingkap. (Diangkat dari Mimpi Senja)

Komen Weblog Ibnu Hassyim:  Kalau Wanita itu berkata, "Aku nak bogel ke, aku nak buat apa ke, aku punya hal.. Lu peduli apa?

Tetapi naluri kemanusiaan dan akhlak yang baik tidak begitu. Di situlah pentingnya teguran dan dakwah. (IH)

Bagdad Diancam K/Negara Islam. Apa Sikap M'sia.

















KEDUDUKAN Baghdad, Ibu Kota Iraq, sedang terancam apabila bandar Baquba, 40 batu utara Baghdad telah jatuh ke tangan kumpulan militan - yang menggelar diri mereka Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria  atau ISIS - dalam pertempuran yang menewaskan tentera Iraq.

Kumpulan ISIS ini adalah pro-Sunni yang disokong oleh negara Arab Sunni dan Wahabi.

Sekiranya Baghdad jatuh, kesannya ialah bahawa kedudukan Baghdad terancam. Keadaan ini menyebabkan ramai penduduk Baghdad dan sekitarnya lari dari kota itu. Demikian menurut agensi berita luar negera.

Tetapi masalahnya, sudah lima bandar di Iraq telah jatuh ke tangan militan ISIS itu dan militan ini merancang bukan saja untuk membebaskan Iraq daripada pemerintahan Syiah Perdana Menteri Nouri al-Maliki, tetapi juga merancang untuk membebaskan Syria daripada pemerintahan Syiah Alawi, Bashar al-Assad.

Penganalisis antarabangsa berpendapat, jika kumpulan Sunni ini semakin banyak menawan wilayah Iraq, maka impikasinya ialah akan mengundang krisis sejagat, yang akan melibatkan kuasa besar dan Iran.

Rabu lalu, Presiden Barack Obama telah berbincang dengan pemimpin Kongres Amerika untuk memutuskan sama ada  Amerika akan campur tangan kansung di Iraq dan bagaimana caranya. Pentadbiran Amerika dikatakan berdepan dengan keputusan yang sukar. Bagaimanapun, Obama sudah menghantarkan ratusan tenteranya ke Iraq, tetapi belum memutuskan sama ada akan melakukan serangan udara ke atas wilayah yang telah ditawan oleh militan ISIS itu.

Sementara itu, ribuan penduduk – kebanyakannya Syiah – telah meninggalkan Baquba dan beberapa bandar yang telah ditawan oleh militan ISIS itu. Pelarian itu membawa apa saja yang sempat mereka bawa, termasuk daging dan makanan lain.

Sebelum ini militan Sunni ini telan menawan bandar Tal Afar, dua wilayah di daerah Diyala dan Mosul, bandar kedua terbesar selepas Baghdad.

Menurut laporan agensi berita luar negera, militan ISIS mendakwa telah membunuh sekurang-kurangnya 1,700 penduduk bermazhab Syiah sejak mereka melancarkan serangan untuk membebaskan Iraq daripada pemerintahan Syiah.

Kabinet Iraq kelmarin telah memberi bantuan USD850,000 kepada penduduk yang rumah mereka musnah di Nineveh, Salaheddin dan wilayah Diyala.

Sementara itu Iran, yang bersempadan dengan Iraq, kini sedang bersedia untuk campur tangan di Iraq. Baru-baru ini, agensi berita Iran, Irna melaporkan bahawa Presiden Hassan Rouhani memberitahu bahawa Iran akan melindungi beberapa tempat suci Syiah di Iraq daripada serangan ‘pembunuh dan teroris’.

Seorang pegawai tinggi Iraq di Baghdad memberitahu CNN minggu lalu bahawa Iran telah menghantar 500 Pengawal Revolusi untuk menentang militan ISIS. Tetapi Rouhani menafikan berita itu. Bagaimanapun, beliau berkata, Iran terbuka untuk membantu Iraq jika diminta. Iran mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Syiah Iraq.

Sementara itu, Amerika dan Iran telah mengadakan perbincangan serius di Vienna, Austria Isnin lalu mengenai ancaman militan ISIS.

Krisis yang berlaku di Iraq ini menimbulkan impikasi terburuk mengenai kestabilan di Semenanjung Arab itu. Pertentangan Sunni-Syiah di negara rantau Arab itu sudah lama membara, walaupun pemimpin negara Arab itu selama ini cuba tidak membesar-besarkannya.
Sementara itu, tentera Iraq yang sempat lari, menceritakan bahawa mereka sangat malu apabila ditewaskan oleh militan ISIS. Komander mereka tidak kelihatan di tempat pertempuran. Mereka meminta peluru untuk melawan, tetapi tiada jawapan, lalu mereka lari meninggalkan pusat-pusat kawalan dengan rasa amat malu.

Dalam hubungan ini dua komander tentera Iraq telah disoal-siasat kerana meninggalkan pusat kawalan. Dalam masa yang sama Perdana Menteri Nouri al-Maliki telah menuduh kaum Kurdis di utara Iraq mendorong kekalahan tentera Iraq supaya mereka dapat merebut wilayah utara itu serta senjata yang ditinggalkan oleh tentera Iraq. Tetapi tuduhan al-Maliki itu  tidak dapat dibuktikan.

Selasa lalu, al-Maliki telah memecat tiga orang jeneral yang ditempatkan di Mosul dan memerintahkan supaya mereka dibicarakan di mahkamah tentera.

Beliau juga telah memecat seorang brigadier jeneral dan memerintahkan supaya jeneral itu dibicarakan di mahkamah tentera. Al-Maiki juga bercadang untuk memecat beberapa lagi pegawai kanan tenteranya atau dihadapkan ke mahkamah tentera.

Menurut sumber, militan ISIS ini mendapat bantuan kewangan dan senjata yang banyak dari negara Teluk yang kaya dan dijangkakan krisis ini akan berlarutan. - HARAKAHDAILY 19/6/2014

Komen Weblog Ibnu Hasyum:  Apa sikap Malaysia, kerajaan kena jelaskan segera..

Siap Perang! Tutup Pusat Lacur Dolly S'baya, Sebelum Puasa.


Ketegangan Dolly dan Jarak pada detik-detik jelang penutupan  Aksi demo: Warga Dolly dan Jarak berkerumun siap perang

Siap Perang! Tutup Pusat Lacur Dolly S'baya, Sebelum Puasa.

Situasi kawasan Dolly, terutama di Jalan Jarak dan Dukuh Kupang, menjelang malam deklarasi penutupan lokalisasi yang konon terbesar di Asia Tenggara itu tegang. Penghuni lokalisasi Dolly dan Jarak tumpah di pinggir-pinggir jalan. Misalnya di pertigaan Jalan Jarak dan Jalan Dukuh Kupang.

Di pertigaan jalan itu, ratusan warga berkumpul di pertigaan yang menghubungkan ke wilayah prostitusi Gang Dolly dan Jarak. Mereka siap perang dan terlihat menghalau siapa saja yang berusaha melintas ke Jalan Jarak yang sudah diblokade dengan kursi dan seng penutup jalan.

Puluhan warga yang mengenakan kaos hitam dan memakai ikat kepala hitam bertuliskan Barisan Bintang Merah, itu juga terus berjaga-jaga di pertigaan. Mereka terlihat membawa pentungan kayu dan perkakas.


Ketegangan Dolly dan Jarak pada detik-detik jelang penutupan

Menjelang detik-detik penutupan, warga penghuni Gang Dolly dan Jarak juga terlibat aksi saling tolak menolak dengan polis di Jalan Dukuh Kupang yang sejak pagi diblokir warga. Bahkan, kedua kubu hampir saling serang. Warga marah kerana Jalan Dukuh Kupang yang sudah disterilkan dimasuki dua truk polis.

Waktu itu, orang ramai meminta polis untuk mundur, namun satu peleton polis bersenjata lengkap itu menolak pergi. Salah seorang warga lantas memanggil rakan-rakannya yang berjaga-jaga di sepanjang Jalan Jarak dan Gang Dolly untuk membantu mengusir pegawai polis tersebut.Orang ramai langsung bergerak membantu yang lain, yang sedang bertegang dengan polis. Kapolsek Sawahan, Kompol Manang Soebekti langsung menghalang situsi yang tidak menguntungkan itu, dan meminta polis segera menarik diri dari Jalan Dukuh Kupang dan masuk ke kantor Kelurahan Putat Jaya. Sementara dua truk kendaraan polis diminta menjauh dari jalan raya
.

Ketegangan Dolly dan Jarak pada detik-detik jelang penutupan

Islamic Center Dikawal Rapi.

Menjelang malam deklarasi penutupan Gang Dolly dan Jarak di Bangunan Islamic Center, Jalan Raya Dukuh Kupang, Surabaya, polis disiagakan ketat menjaga gedung tersebut. Ratusan pasukan polis dari Polrestabes Surabaya berjaga-jaga di sekitar wilayah gedung megah itu.

"Kita antisipasi saja. Malam ini kan ada agenda deklarasi, di satu sisi ada penolakan dari warga, makanya pengamanan diperketat," ujar salah satu panitia acara deklarasi yang enggan disebutkan namanya di Bangunan  Islamic Center, Rabu (18/6).

Menurut dia, panitia memang sudah lama berkoordinasi dengan pegawai keamanan. Ratusan polis pun sudah siaga sejak pagi tadi. "Belum ada rencana batal. Masih seperti kemarin, malam ini rencananya deklarasi penutupan," ujarnya.


Ketegangan Dolly dan Jarak pada detik-detik jelang penutupan

Menjelang malam deklarasi penutupan, beberapa gang di Jalan Jarak dan Dolly diblok oleh warga. Ada yang ditutup dengan pagar besi, sebahagian tetap dibuka. Sementara kaum lelaki, sebahagian juga membawa pentungan kayu.

Pun begitu, meski situasi tegang, para perempuan, entah pekerja seks komersial (PSK), mucikari (ibu/bapa ayam), mahupun ibu-bu rumah tangga juga berada di sepanjang pinggir jalan. Anak-anak kecil juga memanfaatkan situasi itu untuk bermain kejar-kejaran dengan rekan sebaya-nya.

Tak jarang, mereka mengikuti para orang tuanya yang mengecam rencana Wali Kota Surabaya Tri Rismaharini, menutup lokalisasi yang disebut-sebut terbesar di Asia Tenggara itu.


Ketegangan Dolly dan Jarak pada detik-detik jelang penutupan

Laskar Pembela Islam Kirim Tim Ke Dolly

Laskar Pembela Islam (LPI) Kabupaten Pamekasan, Pulau Madura, mengirimkan sebanyak 50 anggotanya ke Surabaya, guna mendukung rencana Pemkot dan Pemprov Jatim melakukan penutupan lokalisasi Dolly.

"Kami sengaja mengirim pasukan guna membantu pemerintah melakukan penutupan lokalisasi Dolly di Surabaya itu sebagai bentuk komitmen dan perjuangan kami dalam menegakkan amar makruf nahi munkar," kata Ketua LPI Pamekasan Abdul Aziz, sesaat sebelum berangkat ke Surabaya di area monumen Arek Lancor, seperti dikutip dari antara, Rabu (18/6).

Aziz yang juga pengasuh Pondok Pesantren Al-Inayah, Pegantenan, itu lebih lanjut mengatakan sebanyak 50 anggotanya yang dikirim ke Dolly Surabaya itu adalah tim yang sudah siap lahir batin demi menegakkan kebenaran sesuai dengan ajaran Islam.

Tim yang dipimpin langsung oleh kiai muda ini juga membawa spanduk bertuliskan "LPI Pamekasan Siap Perang Dalam Rangka Penutupan Lokalisasi Dolly".


Ketegangan Dolly dan Jarak pada detik-detik jelang penutupan

FPL (Front Pekerja Lokalisasi) Dan Barisan Bintang Merah?

Tersebar isu FPI ke Dolly, suasana di perempatan Pasar Kupang di Jalan Jarak terlihat mencekam. Puluhan warga yang menghalang jalan bersiap mempersenjatai diri dengan kayu dan pentungan. Dikhabarkan Front Pembela Islam (FPI) akan mendatangi Islamic Center melalui Jalan Jarak. Hal ini lah yang kemudian diantisipasi warga yang menolak penutupan.

Pada Rabu (18/6) malam, puluhan pemuda dan beberapa anak kecil menyekat Jalan Jarak menuju Jalan Dukuh Kupang. Mereka duduk di kursi panjang yang menyekat Jalan Jarak,
bersenjatakan diri dengan tongkat kayu dan pentungan. Mereka mengibarkan bendera merah bertuliskan FPL (Front Pekerja Lokalisasi). Beberapa di antara mereka juga mengenakan ikat kepala bertuliskan Barisan Bintang Merah.

Aksi PSK blokir jalan masuk Gang Dolly
Rabu, 18 Jun 2014 19:20:29 Para PSK ini dibantu warga untuk menutup jalan masuk ke kawasan Gang Dolly guna menghalangi rencana penutupan.
Situasi mencekam jelang penutupan Gang Dolly
Rabu, 18 Juni 2014 16:32:55 Warga berbondong keluar rumah hingga memenuhi sepanjang jalan Gang Dolly. 
Tolak penutupan Dolly, ribuan PSK dan mucikari turun ke jalan
Rabu, 18 Juni 2014 12:28:00 Dalam aksinya, mereka memblokade akses masuk ke kawasan lokalisasi terbesar se-Asia Tenggara itu.

Bersambung, insya Allah. 
(IH Jakarta)

Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails