SEBAHAGIAN daripada 136 wanita
Thailand yang dijadikan GRO berjaya diselamatkan di dua buah pusat
hiburan di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur kelmarin.
KUALA LUMPUR – Unit Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan
Migran (Atipsom) D7 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya menyelamatkan
136 wanita warga Thailand yang dijadikan pegawai perhubungan pelanggan
(GRO) di dua buah pusat hiburan di Desa Sri Hartamas di sini kelmarin.
Dalam serbuan pukul 10.45 malam itu, sebahagian besar daripada wanita
berusia antara 22 hingga 33 tahun itu sedang melayan pelanggan manakala
selebihnya diperagakan di atas pentas untuk dipilih pelanggan yang
berminat.
Ketua Operasi, Deputi Superintendan Kamal Khan Mohd. Shariff
memberitahu, serbuan hasil risikan selama seminggu itu dilakukan secara
serentak di dua buah pusat berkenaan yang terletak bersebelahan.
“Dalam serbuan tersebut, kita berjaya menyelamatkan 33 GRO di kelab pertama dan 103 GRO di kelab kedua.
“Kami percaya kesemua GRO dari kedua-dua buah kelab ini disediakan
oleh ejen yang sama dan polis akan menjalankan siasatan bagi memastikan
sindiket ini berjaya ditumpaskan,” katanya ketika ditemui di sini
kelmarin. (Kosmo !)
Wednesday, July 09, 2014
Usul Undi Tidak Percaya Untuk MB S'ngor..
Malah Menteri Besar itu tidak kisah jika dakwaan kononnya akan wujud usul undi tidak percaya terhadapnya oleh Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC).
"Jadi bila sudah ada dalam enakmen, apa pun boleh dibuat mengikut peruntukan," katanya ketika ditemui pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis berbuka puasa bersama media di sebuah hotel di sini. Ditanya sama ada usul undi tidak percaya terhadapnya akan mendapat sokongan daripada wakil rakyat sekiranya berjaya dibentangkan, beliau berkata:
"Saya tidak buat spekulasi dalam hal ini."
Awal hari ini (Selasa) timbul spekulasi berhubung mesyuarat khas BBC yang dipengerusikan musuh politik Abdul Khalid, Mohamed Azmin Ali bahawa satu usul undi tidak percaya akan dibuat terhadap Menteri Besar itu. Bagaimanapun Azmin ketika ditemui selepas mesyuarat itu menafikan isu berkenaan dan sebaliknya menggesa semua pihak menghentikan fitnah dan spekulasi terhadap Abdul Khalid. (mStar)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
Tinjauan Terakhir, Peluang Jokowi Jadi Presiden Cerah
AP: PRABOWO (kiri) dan Jokowi berjabat tangan selepas debat Presiden di Jakarta pada 5 Julai lalu.
JAKARTA - Calon Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih popular dengan gelaran Jokowi kembali mendapat momentum menjelang pilihan raya Presiden yang berlangsung pada hari ini.
Satu tinjauan pendapat terbaharu mendapati sokongan ke atas Jokowi, 53, meningkat selepas prestasinya menjunam baru-baru ini.
Menurut keputusan satu tinjauan pendapat yang disiarkan malam kelmarin, gabenor Jakarta itu mendapat 51 peratus sokongan rakyat Indonesia berbanding 43.4 peratus sokongan yang diperoleh saingannya, bekas jeneral Prabowo Subianto.
Pihak yang melakukan tinjauan pendapat tersebut ialah Sekolah Kerajaan Sugeng Sarjadi (SSSG).
Pada tinjauan itu, hampir enam peratus daripada 1,250 responden yang ditemui masih berdiri di atas pagar.
"Sokongan ke atas Jokowi meningkat semula ekoran persembahan kukuhnya pada siri debat Presiden," kata Pengarah Eksekutif SSSG, Fadjroel Rachman.
Satu lagi tinjauan pendapat yang disiarkan Kumpulan Kaji Selidik Indonesia menyatakan, Jokowi mencatat populariti 47.8 peratus berbanding 44.2 peratus yang diperoleh Prabowo.
AP BEBERAPA orang pekerja pilihan raya memeriksa peti-peti undi yang akan diedarkan ke pusat-pusat pengundian di Jakarta semalam.
Namun, tinjauan pendapat itu menunjukkan persaingan antara mereka adalah sengit. Sebelum ini, Jokowi mendahului Prabowo sebanyak 30 peratus dalam aspek populariti awal tahun ini. Namun, sokongan tersebut merudum selepas Prabowo, 62, melancarkan kempen yang licik dan agresif.
Dalam pada itu, Jokowi menggunakan tempoh bertenang selama tiga hari menjelang pilihan raya berkenaan untuk mengerjakan umrah di Mekah. Stesen televisyen Indonesia menyiarkan rakaman yang menunjukkan Jokowi bersolat berhampiran Kaabah bersama beribu-ribu orang penganut Islam di Mekah.
Lebih 190 juta rakyat layak untuk mengundi pada hari ini di negara demokrasi ketiga terbesar dunia itu selepas India dan Amerika Syarikat. - dpa
JAKARTA - Calon Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih popular dengan gelaran Jokowi kembali mendapat momentum menjelang pilihan raya Presiden yang berlangsung pada hari ini.
Satu tinjauan pendapat terbaharu mendapati sokongan ke atas Jokowi, 53, meningkat selepas prestasinya menjunam baru-baru ini.
Menurut keputusan satu tinjauan pendapat yang disiarkan malam kelmarin, gabenor Jakarta itu mendapat 51 peratus sokongan rakyat Indonesia berbanding 43.4 peratus sokongan yang diperoleh saingannya, bekas jeneral Prabowo Subianto.
Pihak yang melakukan tinjauan pendapat tersebut ialah Sekolah Kerajaan Sugeng Sarjadi (SSSG).
Pada tinjauan itu, hampir enam peratus daripada 1,250 responden yang ditemui masih berdiri di atas pagar.
"Sokongan ke atas Jokowi meningkat semula ekoran persembahan kukuhnya pada siri debat Presiden," kata Pengarah Eksekutif SSSG, Fadjroel Rachman.
Satu lagi tinjauan pendapat yang disiarkan Kumpulan Kaji Selidik Indonesia menyatakan, Jokowi mencatat populariti 47.8 peratus berbanding 44.2 peratus yang diperoleh Prabowo.
AP BEBERAPA orang pekerja pilihan raya memeriksa peti-peti undi yang akan diedarkan ke pusat-pusat pengundian di Jakarta semalam.
Namun, tinjauan pendapat itu menunjukkan persaingan antara mereka adalah sengit. Sebelum ini, Jokowi mendahului Prabowo sebanyak 30 peratus dalam aspek populariti awal tahun ini. Namun, sokongan tersebut merudum selepas Prabowo, 62, melancarkan kempen yang licik dan agresif.
Dalam pada itu, Jokowi menggunakan tempoh bertenang selama tiga hari menjelang pilihan raya berkenaan untuk mengerjakan umrah di Mekah. Stesen televisyen Indonesia menyiarkan rakaman yang menunjukkan Jokowi bersolat berhampiran Kaabah bersama beribu-ribu orang penganut Islam di Mekah.
Lebih 190 juta rakyat layak untuk mengundi pada hari ini di negara demokrasi ketiga terbesar dunia itu selepas India dan Amerika Syarikat. - dpa
Boleh Terjadi Di M'sia, Bufet Ramadhan Sajikan Arak.. Cis!!
Penguatkuasa Jakim dan PPDNKK melakukan pemeriksaan di sebuah restoran yang menyajikan arak dan mengajurkan bufet Ramadan di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur pada Isnin.
KUALA LUMPUR: Sebuah restoran yang menyajikan arak secara terbuka kepada pelanggan di Jalan Yap Kwan Seng di sini dikesan turut mengadakan promosi bufet Ramadan kepada masyarakat Islam.
Promosi restoran itu terbongkar selepas premis tersebut diserbu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kuala Lumpur dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Penolong Pengarah Hab Halal Jakim, Muhammad Khalid Osman berkata, ia merupakan operasi ‘Ops Bufet Ramadan’ mendapati restoran berkenaan yang menawarkan promosi bufet Ramadan itu tidak mempunyai sijil halal.
Operasi yang diketuai beliau di restoran di sekitar kawasan segi tiga emas ibu negara itu bermula pada pukul 11.30 pagi, berdasarkan maklumat daripada orang ramai.
“Kita dapati restoran ini tidak mempunyai sijil halal, tetapi menawarkan promosi bufet Ramadan kepada orang ramai. Kita turut merampas sejumlah minuman beralkohol yang diperolehi semasa operasi.
“Kita telah mengarahkan pihak restoran supaya menurunkan kain pemidang promosi bufet Ramadan itu diturunkan dan menghentikan promosi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan operasi di restoran berkenaan di sini, Isnin.
Restoran itu menawarkan promosi bufet Ramadan yang menyediakan masakan Melayu dan Arab pada harga RM75 untuk dewasa dan RM35 (kanak-kanak). Pegawai penguat kuasa menurunkan kain pemidang promosi bufet Ramadan di restoran berkenaan.
Ditanya mengenai tindakan terhadap restoran tersebut, Muhammad Khalid berkata, ia masih dalam siasatan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Dalam pada itu katanya, pemeriksaan akan diteruskan ke setiap premis makanan termasuk dapur hotel yang mempromosikan bufet Ramadan.
“Setakat ini, kita menerima aduan orang ramai terhadap lebih 10 premis yang menawarkan bufet Ramadan tanpa sijil halal atau menyediakan minuman beralkohol.
“Kita akan mempergiatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan selepas ini,” katanya yang mengetuai operasi bersepadu itu.
Ops Bufet Ramadan tersebut merupakan yang pertama tahun ini sejak umat Islam mula berpuasa pada 29 Jun lalu. Tambahnya, operasi berkenaan membabitkan tujuh pegawai Jakim, enam penguat kuasa PPDNKK Kuala Lumpur dan tiga anggota Jawi.
Selain dikesan tiada sijil halal dan mempunyai minuman beralkohol, operasi itu turut meneliti barangan asas yang digunakan dalam makanan bufet Ramadan. (mStar)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa hal-hal seperti ini berlaku setiap tahun menjelang Ramadhan dan hari raya? Bufet Ramadhan sajikan arak, pasaraya jual arak dan macam-macam. Seolah-olah agama Islam di negara ini sudah tidak berdaulat lagi? Kuasa agama di bawah Sultan dipermain-mainkan??
Menteri-menteri pun tak menghalang kaum keluarganya muntah ke darah kencing syaitan itu.. Cis!!
Tuesday, July 08, 2014
Timbul Tanda Tanya PAS Membisu Isu Khalid - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Tindakan PAS yang masih membisu berhubung isu kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan berlaku percanggahan pendapat di kalangan pimpinan pusat dan negeri dalam parti itu, menurut pendapat penganalisis politik.
Malah dalam satu pertemuan antara pemimpin PAS Pusat dan Selangor di ibu pejabat PAS di sini untuk membincangkan isu politik Selangor, semalam, dilihat tidak dapat mencapai keputusan berhubung tindakan beberapa pihak dalam PKR mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan Menteri Besar Selangor selepas kalah dalam pemilihan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor bulan lepas.
Bagi penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, tindakan PAS yang masih belum menyatakan pendirian berhubung kedudukan menteri besar itu memperlihatkan dua pihak dalam parti itu, satu menyokong Abdul Khalid digugurkan manakala satu pihak lagi mahu beliau mengekalkan jawatan itu.
"Pimpinan PAS juga dilihat tidak dapat mencapai kata sepakat untuk menyokong Abdul Khalid digugurkan atau sebaliknya kerana mereka bimbang jika pengganti menteri besar adalah bukan dari kalangan mereka selepas ini, beberapa masalah lain akan timbul," katanya kepada Bernama.
"Isu ini timbul apabila terdapat pemimpin PKR sendiri yang mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan sebagai menteri besar untuk memberi laluan kepada pemimpin pilihan mereka," katanya.
Bagaimanapun, Ahmad Atory berpendapat pimpinan PAS masih tidak memberi sebarang maklum balas mengenai pendirian mereka terhadap Khalid kerana memerlukan masa untuk meneliti dan mengkaji perkembangan terkini landskap politik Selangor kerana isu itu melibatkan banyak pihak.
Menyentuh ura-ura Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang yang baharu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara nama yang disebut-sebut bakal pengganti Khalid untuk jawatan Menteri Besar Selangor, Sivamurugan berpendapat perkara itu bergantung kepada keputusan pihak pembangkang.
"Jika mereka membuat keputusan untuk menggugurkan Abdul Khalid, adakah keputusan itu dibuat untuk kepentingan rakyat atau hanya bagi menyenangkan sesetengah pemimpin mereka?
"Jika rakyat sudah menyenangi kepimpinan Abdul Khalid, beliau patut terus saja mengendalikan Selangor sehingga habis penggal," katanya.
Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar adalah antara pemimpin PKR yang secara terbuka mendesak Abdul Khalid melepaskan jawatannya selepas tewas dalam pemilihan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor.
Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang daripada PKR mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.
Pada PRU13, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.
PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. BN memenangi 12 kerusi. (mStar)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
MB S'ngorLetak Jawatan Selewat Hari Raya Atau September.
Sah!! Khalid Ibrahim Akan Letak Jawatan MB Selangor
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
dikatakan tetap akan melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri
ini atau selewat-lewatnya September depan.
"Kita mahu proses jawatan ini berjalan dengan lancar dan tiada sebarang
kecelaruan pada beberapa program terdekat yang sudah dirancang,"
katanya.
Dalam pada itu sumber itu menambah, pada masa kini, dua nama daripada PKR bakal menjadi calon Menteri Besar yang baru. Ketika ditanya apakah timbul isu susulan daripada DAP dan PAS kerana pengganti Abdul Khalid tetap merupakan calon daripada PKR, ini katanya;
"DAP secara dasarnya bersetuju namun sedikit masalah timbul dari PAS
negeri. Bagaimanapun PAS Pusat sudah memberikan lampu hijau."
Pada Isnin, Abdul Khalid Ibrahim menafikan akan meletakkan jawatan dan
telah menyerahkan surat peletakan jawatan seperti yang disebarkan dalam
mesej aplikasi WhatsApp sejak malam Ahad. Abdul Khalid turut meminta mana-mana pihak yang menyebarkan khabar angin
tentang perletakan jawatannya supaya segera menghentikannya.
Menteri Besar ke-14 Selangor itu dikatakan bakal melepaskan jawatannya
dalam satu perbincangan di antara kepimpinan tertinggi PKR, DAP dan PAS
negeri. Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya
PKR Selangor Shuhaimi Shafie mengakui bahawa 'Langkah kajang' merupakan
usaha menggulingkan Khalid daripada takhta Menteri Besar Selangor.
Bagaimanapun strategi 'langkah Kajang' itu dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid.
MB S'ngor Umum Rombakan Anak Syarikat K'jaan Negeri.
Pertembungan dalaman di antara pemimpin parti yang memperjuangkan reformasi itu menyebabkan khabar angin tersebar semalam mengatakan Khalid akan meletakkan jawatan sehingga menyebabkan ramai wartawan berkumpul di Istana Selangor walaupun ia tidak berlaku.
Kelemahan PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terserlah dengan langkah terbaru Selangor ini walaupun Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) mengatakan rombakan ahli lembaga pengarah anak syarikat kerajaan negeri bertujuan untuk penambahbaikan.
"MBI akan melakukan kajian dan meneliti tahap pencapaian anak-anak syarikat di bawah pemerbadanan itu dengan tujuan membuat penambahbaikan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Faekah Husin dalam satu kenyataan hari ini.
Pengumuman ini dijangka mencetuskan sekali lagi kontroversi dalaman PKR pada ketika kedudukan Khalid sebagai menteri besar Selangor ditolak oleh sesetengah pihak dalam PKR. Menurut Faekah, kedudukan pengerusi syarikat dan ahli lembaga pengarah akan dikaji semula.
"Ini termasuk mengkaji semula kedudukan pengerusi syarikat dan ahli lembaga pengarah serta pengurusan tertinggi," katanya.
Pelaksanaan tersebut akan bermula dengan dua anak syarikat iaitu Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Terdapat 12 anak syarikat MBI. Menurut Faekah langkah tersebut selari dengan prinsip pentadbiran telus dan bertanggungjawab yang diamalkan Selangor sejak 2008.
"Langkah ini memperlihatkan kerajaan negeri berupaya meningkatkan tahap kecekapan dalam aspek perbelanjaan dan pengurusan," katanya.
Sumber dalaman Pejabat Menteri Besar Selangor memberitahu The Malaysian Insider, kebanyakan pemimpin PKR yang memegang jawatan dalam anak syarikat Selangor terdiri daripada sekutu Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.
Dipercayai apabila rombakan ini dilakukan, kebanyakan pemimpin PKR pro Azmin yang memegang jawatan akan disingkir dan digantikan dengan golongan lebih neutral. Rombakan ini bukan kali pertama berlaku di negeri terkaya itu, pada Februari lalu beberapa kakitangan PKNS termasuk Azmin disingkirkan daripada anak syarikat negeri.
Kontroversi pemecatan tersebut berlaku ketika kemelut politik dalaman PKR Selangor masih bergolak antara kem Khalid dan Azmin. Isu pemecatan tersebut mendapat perhatian banyak pihak termasuk khususnya pemimpin PKR sendiri.
Khalid dan Azmin juga ketika ini bersaing antara satu sama lain dalam perebutan jawatan timbalan presiden PKR yang dijangka akan diketahui keputusannya pada Ogos. – 8 Julai, 2014. (TMI)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
Subscribe to:
Posts (Atom)