Thursday, August 14, 2014

Salahuddin Ayub Menulis: Depani Krisis MB S'gor


Oleh SALAHUDDIN AYUB
Mendepani cabaran krisis MB SelangorPAS sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk mencapai keputusan di dalam isu penggantian Menteri Besar Negeri Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan Menteri Besar, jawatan nombor satu di dalam pentadbiran sesebuah negeri. Kita bukan mahu menukar seorang Ketua Kampung, ini urusan menukar seorang Menteri Besar.

Pada saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan. Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor. Justeru itu, 'we shouldn't rush in making decision but we should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity'.

Kita bercakap tentang meminta seseorang Menteri Besar meletak jawatan. Kita perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran (environment) negeri yang ditadbirnya? Kita perlu menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan yang adil dan yang baik bagi semua pihak, yakni, negeri, rakyat, Istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan PR mesti ditegakan.

Berkaitan dengan isu ini dan belajar daripada pengalaman PAS sendiri, saya ingat kembali kes Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menantunya. Apabila saya bersama Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS; Tuan Guru Dato' Dr Haron Din, Timbalan Muryidul Am PAS dan Dr Mohd Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat membawa mandat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkaitan isu perlantikan menantu beliau dalam Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan (PMBK).

Isu Nepotisma dan intergriti telah bermain di bibir rakyat pada waktu itu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak lagi, terus dipanggil menantunya dan diminta menandatangani surat perletakkan jawatan serta-merta! Mengapa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengambil sikap tersebut? Bagi saya Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat faham dengan konsep parti menguasai kerajaan, hidup berjamaah - keputusan jamaah, keputusan parti harus dipatuhi. Seperti kata,’the interest of the many, outweigh the interest of the few’.

Parti yang menguasai kerajaan, bukan kerajaan yang menguasai parti. Ini yang kita harus faham apabila kita memasuki gelanggang politik Malaysia. Tidak ada pemujaan individu dalam parti. Jawatan yang dipegang oleh seseorang di dalam kerajaan adalah disebabkan dicalonkan oleh parti. Jadi bila parti suruh pergi, ikutilah kehendak parti. Saya teringat sejarah Khalid Al Walid, Panglima yang 'dipecat' oleh Khalifah. Pemencatan daripada Khalifah. Mesti ada sebab-sebabnya, mesti ada 'kaulnya' dan mesti sudah dihalusi daripada segenap sudut oleh Umar Al Khatab. Adakah Khalid memberontak? Tidak! Panglima besar ini akur dengan keputusan Khalifah. Inilah hidup berjamaah...

Sebegitu juga kita dalam proses memilih Menteri Besar. Perlu dihalusi bersama, perlu diskusi bersama dan perlu persetujuan bersama. Janganlah ada dikalangan kita mengambil pendekatan ‘pushing down into our throats'! Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat kepada rakyat.

Untuk tatapan kita bersama daripada paparan sejarah PAS, isu kronisma, nepotisma dan sikap autokratik adalah faktor yang besar yang menjatuhkan PAS Negeri Kelantan dalam era Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Asri Haji Muda. PAS juga pernah mengalami krisis di Negeri Kedah sebelum Pilihan Raya Umum kali ke – 13 (PRU 13) yang akhirnya kita semua menerima akibatnya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama belajar daripada sejarah ini supaya kita pada hari ini terutama PR tidak mengulangi kesilapan yang sama agar memungkinkan kita hilang lagi sebuah kerajaan.

PAS perihatin di dalam hal ini, bersama PKR dan DAP kita berjuang menentang kezaliman, menentang rasuah dan menentang kronisma dan nepotisma. Kita menentang sekeras-kerasnya sehingga kita nobatkan dalam manifesto PR. Kalau tidak rakyat akan melihat kita yakni PR sebagai "harapkan pagar, pagar makan padi!"

Justeru itu, di dalam pencalonan bakal Menteri Besar baru ini harus PR menjauhi persepsi-persepsi negatif tersebut. Biarlah kita mengambil masa untuk mencari yang terbaik demi masa depan PR yang kita sama-sama sayangi.

Kepada rakan-rakan di dalam PKR dan DAP, usah gusar dengan komitmen PAS dalam perjuangan menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang, kronisma dan nepotisma. Sejak ditubuhkan, kami berjuang diatas landasan ini, malah bukan sahaja kami diremehkan, difitnahkan, dipenjarakan malah dalam Peristiwa Memali sahabat-sahabat kami dibunuh dengan kejam! Bukan sahaja masa, wang, keringat dan airmata yang kami curahkan, malah darah dan nyawa telah kami korbankan dalam perjuangan menentang kabatilan-kebatilan ini. ‘So, please, don't question our committments, we were there when you were sleeping...’

InsyaALLAH, ‘give us until 17th of August’ untuk membuat keputusan yang adil, berhemah dan berhikmah. Doakan agar PR tetap utuh dan bertambah kuat melalui dugaan-dugaan ini. Doakan agar jiwa dan raga kita, warga PR, sentiasa berkobar  untuk memerdekakan negara kita daripada UMNO / Barisan Nasional (BN), amin!
 Penulis adalah Naib Presiden PAS

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

2 ADUN Itu Cabar PAS, Sanggup Keluar Parti?


ADUN PAS dari Hulu Kelang, Saari Sungib bersedia untuk keluar parti jika PAS kekal menyokong Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos ini. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan wartawan selepas sidang media tengah hari tadi.

"Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia," katanya.

Beliau ditanya jika beliau sanggup berbuat demikian jika PAS kekal dengan pendirian mereka sekarang dalam krisis menteri besar Selangor. Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

Saari berkata, mereka berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama," katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.
"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya.

Hasnul pula berpendapat pentadbiran Khalid sekarang tidak lagi menjunjung semangat Pakatan selepas beliau mengumumkan kerajaan Pakatan tidak wujud lagi di Selangor.

"Saya sebagai YB Morib mengambil langkah yang sama dengan YB Hulu Kelang untuk menyokong kerajaan Pakatan di Selangor.
"Semangat dan roh Pakatan itu tak ada pada menteri besar dan saya bersama Pakatan untuk memerintah negeri Selangor sebenar-benarnya," katanya.

Beliau turut mengkritik Khalid yang menurutnya "merosakkan Selangor jam demi jam".

"Kerosakan yang dilakukan Khalid kepada Selangor bukan setakat minggu ke minggu tetapi on an hourly basis (jam demi jam)," katanya.(MK)
 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Benarkah 'Dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat'? Atau PAS gunakan taktik bersama-bersama Pakatan?

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

Seterusnya, Proses Undi Tak Percaya. Ini Jawab Khalid...



PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu melalui proses undi percaya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk diangkat sebagai menteri besar yang baharu.
Peringatan berkenaan dinyatakan penyandang kerusi panas itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat bagi mengulas kenyataan Dr Wan Azizah yang mendakwa telah memperolehi sokongan daripada 30 Adun pada Khamis.

"Saya maklum tentang pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.
"Sungguhpun begitu, dakwaan itu tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya (terhadap menteri besar) di Dewan Undangan Negeri Selangor," katanya menerusi laman sosial, https://twitter.com/Khalid_Ibrahim pada Khamis.

Respon itu segera dinyatakan Abdul Khalid menerusi  selepas Dr Wan Azizah mengumumkan telah mendapat kekuatan majoriti mudah 30 Adun Selangor yang menyokongnya untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.
Berikutan Abdul Khalid berkata, pentadbiran kerajaan Selangor pimpinannya akan terus berjalan seperti biasa sehingga proses undian tidak percaya dibuat di DUN. (IH)
 
Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

Terbaru, W/Azizah Menang! 2 Adun PAS Majoritikan DUN S'ngor.

 
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.
"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.


Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.
"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.
"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah. (MK)

Sila lihat..
E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

E-Buku IH-92: Selamatkah K'jaan PR S'gor?

Imej Bertudung, Tidak Halang Untuk Dia Tidak Bertudung..

Imej terkini Melly Goeslaw





Bawah : wajah 'musang asal?




HALAMAN HIBURAN
 
KL: Penyanyi dan komposer dari Indonesia, Melly Goeslaw menyifatkan penghijrahannya kepada imej bertudung sebagai seorang muslimah tidak menghalang untuk dia kekal berpenampilan unik seperti sebelum ini, termasuk tidak bertudung. 
 
Ertinya sekor musang menyamar berbulu ayam tidak menghalang dia membuang 'bulu ayam'nya dan kembali jadi musang semula.

Itu yang berlaku pada Melly atau nama sebenarnya Meliana Cessy Goeslaw, 40. Dia berkata, bagaimanapun gaya unik yang ditampilkannya itu akan terarah kepada imej yang lebih muslimah sikit dari sebelumnya..

"Ramai yang menganggap, saya sudah berubah sejak bertudung. Sehingga kini saya masih sama seperti dahulu, cuma jiwa saya lebih ke arah agama Islam." konon ceritanya dalam mStar hari ini.
 
Jenis muslimah apa seperti ini? Cara fikirnya tidak boleh dijadikan contoh oleh para remaja. Pepatah Melayu menyebutkan, 10 jong masuk anjing tetap bercawat ekor juga?

Na'auzubillahi minzalik. (IH)
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

I Love Israel Di Facebook, Disiasat Mengikut Akta Hasutan..


Pelajar lelaki dari sekolah Taman Tasek Mutiara, Simpang Ampat, berdepan kontroversi selepas menekan 'Suka' di laman peminat 'I Love Israel' di Facebook. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Ogos, 2014. Pelajar lelaki dari sekolah Taman Tasek Mutiara, Simpang Ampat, berdepan kontroversi selepas menekan 'Suka' di laman peminat 'I Love Israel' di Facebook. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Ogos, 2014.  



Seorang pelajar Tingkatan 5 di Pulau Pinang disiasat mengikut Akta Hasutan selepas menekan "Suka" di laman peminat "I Love Israel" di laman sosial Facebook. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4 (1) akta tersebut.

Pelajar lelaki dari sekolah Taman Tasek Mutiara, Simpang Ampat, berdepan kontroversi selepas gurunya mengetahui tindakannya menekan "Suka" di laman sosial itu. Guru tersebut berkongsi dalam akaunnya tentang tindakan pelajar itu, mengkritik tindakan tersebut hingga mengundang perhatian dan ancaman daripada pengguna Facebook lain.
 
Terdapat juga pengguna Facebook menggesa pelajar itu diboikot, malah ada juga yang menulis komen supaya pelajar itu dibakar.

"Pelajar itu sekarang dalam ketakutan selepas kontroversi itu. Beliau juga sudah menutup akaun Facebook miliknya dan membuat laporan polis semalam.
"Remaja dan guru tersebut juga sudah memberikan keterangan di ibu pejabat polis daerah Seberang Prai Selatan," kata Abdul Rahim yang ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya di Nibong Tebal semalam.
 
Abdul Rahim juga berkata beberapa individu lain juga dipanggil untuk membantu siasatan.
"Beberapa orang, termasuk guru dan pelajar daripada sekolah sama juga akan dipanggil untuk membantu siasatan," katanya.
 
Dikatakan pelajar lelaki itu mendakwa menekan "Suka" laman peminat pro-Israel itu secara tidak sengaja. Ketua Superintenden polis daerah Seberang Prai, Shafien Mamat berkata pihak polis akan menyiasat mengapa pelajar itu menekan "Suka" di laman peminat itu selain ancaman yang diterimanya.
 
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang Osman Hussain berkata guru yang bertanggungjawab mendedahkan tindakan pelajar tersebut juga diberikan peringatan supaya tidak membawa isu itu ke Facebook untuk membincangkan mengenai perilaku pelajarnya.

"Jika beliau buat lagi, beliau akan dipindahkan keluar dari Pulau Pinang," katanya hari ini, sambil menegaskan jabatannya tidak mempunyai kuasa kerana sudah menjadi kes polis. Osman juga memberi amaran kepada pelajar dan guru di negeri tersebut supaya tidak mengulangi insiden itu lagi.
 
"Kita perlu berfikir seperti seorang rakyat Malaysia. Kita bukan seperti negara Muslim lain atau negara kuasa besar, jadi kita mesti pemikiran kita mesti berbeza daripada yang lain.
"Pelajar mesti belajar untuk menghormati satu sama lain dan guru juga perlu ingat sejauh mana nakal pun pelajar mereka, mereka masih pelajarnya," kata Osman. 
 
Demikian lapor The Malaysian Insider.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Kita perlu berfikir seperti seorang rakyat Malaysia. Kita bukan seperti negara Muslim lain atau negara kuasa besar, jadi kita mesti pemikiran kita mesti berbeza daripada yang lain.'
 
'Pemikiran kita mesti berbeza daripada yang lain', macam mana itu??

Hari Ini, Genap Setahun Peristiwa Berdarah R/Adawiyah, Mesir.


Oleh MUSLIHAH MOHD AMIR 


KL: PAS turut bersama-sama melahirkan rasa kepiluan dan kesedihan dalam memperingati setahun peristiwa berdarah pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir oleh rejim As-Sisi di dataran Rabaah Adawiyyah tahun lalu.

Hari ini, 14 Ogos adalah genap setahun di mana ribuan penyokong Presiden sah yang diguling tentera, Dr Mohamad Morsi, dibunuh kerana berhimpun menuntut keadilan terhadap Morsi dan membantah penggulingan kuasa oleh tentera rejim.

Di dataran itulah, ratusan ribu penyokong Morsi berkampung dan berhimpun secara aman menyuarakan bantahan mereka.

Bagaimanapun, tentera rejim menggunakan pendekatan kejam menyuraikan mereka dengan membedil peluru hidup dan menggempur mereka dengan jentera berat seolah olah mereka ini penjenayah.

Dalam serangan berdarah itu, lebih 3,000 penyokong Morsi gugur syahid dan lebih 10,000 lagi cedera.

Mengulas perkara itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad berkata, seluruh ahli dan penyokong PAS serta seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan wajar untuk memperingati setahun peristiwa berdarah ini.

Menurutnya, PAS juga akan terus memberi sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir serta mendoakan agar mereka terus Istiqamah bagi meneruskan perjuangan dalam menghadapi ujian-ujian yang besar ini.

"Dalam kita membicarakan isu Gaza jangan pula kita melupai doa dan munajat kita bagi saudara kita di Mesir yang sehingga kini terus dizalimi oleh kerajaan rejim As-Sisi, " katanya kepada Harakahdaily.

Bersempena mengigagati peristiwa berdarah ini, PAS katanya mendesak As-Sisi untuk membebaskan seluruh tahanan politik bukan sahaja dari kalangan Al-Ikhawan muslimin bahkan juga dari parti dan NGO yang lain yang dianggarkan hampir 30,000 yang sedang ditahan.

"Kita juga mengesa agar diadakan pilihan raya yang bersih dan adil dengan mengembalikan mandat kepada rakyat untuk menentukan masa depan negara mereka.

"Mereka juga perlu membebaskan presiden Morsi dari tahanan penjara serta mengugurkan segala tuduhan ke atas beliau," tegasnya lagi.

Mesir sebagai mana yang diketahui umum kini berhadapan dengan krisis sama ada dari sudut politik, sosial dan ekonomi sepanjang tahun ini. Ketidakstabilan politik juga menyebabkan kekurangan pelancong asing yang datang ke negera itu sekaligus turut menjejaskan ekonomi negara itu.
HARAKAHDAILY 14/8/2014 
Penulis adalah pelajar KUIZM yang sedang menjalani latihan amali di Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails