Friday, September 12, 2014

Kisah Pilu Gadis Irak Jadi Hamba Seks ISIS.

Kisah memilukan gadis Irak jadi budak seks ISIS
Minoritas Yazidi mengungsi. ©Reuters

Seorang gadis Iraq berusia 17 tahun mengisahkan bagaimana dia ditangkap dan jadi hamba seks kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).

Dia dibolehkan berbicara kepada awam melalui akhbar Itali La Republica melalui telefon mudah alih mereka kerana para penangkapnya ingin kisah gadis itu diketahui duniaGadis malang itu merupakan salah satu dari 40 perempuan Yazidi ditangkap ISIS ketika kumpulan militan itu menyerbu bandar tempat tinggal mereka empat minggu lalu, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Selasa (9/9) dan dilaporkan the Daily Telegraph.

Dia mengatakan apa yang dialaminya sangat mengerikan sehingga dia berharap supaya dipukul sampai mati.

"Ada bahagian dari diri saya menyatakan ingin mati saja. Tapi di bahagian lain saya masih berharap dapat memeluk ibu bapa saya sekali lagi," kata dia.

Ibu bapa dia yang berjaya lari dari kem pelarian di Kurdistan memberikan nombor telefon bimbitnya kepada akhbar Itali itu.

"Buat menyakiti kami lebih dalam, mereka menyuruh kami menceritakan butiran kejadian yang mereka lakukan terhadap kami kepada ibu bapa."

Menurut gadis itu, para penangkapnya menganggap mereka orang  yang boleh dikalahkan.

"Kami meminta mereka menembak mati kami tapi kami terlalu berharga buat mereka."

Selain gadis itu ada gadis lain berusia 13 tahun yang mengalami trauma hingga tidak boleh bicara akibat mengalami penyiksaan dari militan ISIS. Menurut dia, para perempuan ditangkap ISIS itu ditahan di sebuah bangunan yang dijaga para militan di sebuah kampung di selatan Kota Mosul.

Semua kaum perempuan Yazidi itu ditangkap ketika ISIS menyerang Bandar Sinjar pada 3 Ogos lalu. Ribuan warga terpaksa mengungsi ke pergunungan Sinjar buat menyelamatkan diri 

   
Anda boleh percaya berita ini dan boleh tidak percaya.. (IH)

Personaiti Yang Dihadapkan Ke Mahkamah. -Malaysiakini.


Thursday, September 11, 2014

Ada 'Teksi Buku' Pula, Di Teheran.


Mehdi (kiri) dan isterinya, Sarvenaz di sebelah teksi buku yang semakin mendapat perhatian ramai. 

JOM KREATIF

TEHERAN: Saban hari pasangan suami isteri, Mehdi Yazdany dan Sarvenaz Heraner akan menelusuri jalan-jalan di ibu kota Iran untuk mencari sasaran yang berpotensi. Jika ada seseorang yang dilihat boleh didekati, mereka akan memberhentikan kereta dan menghampiri 'sasaran' itu.

"Anda banyak membaca?" tanya Sarvenaz kepada seorang wanita bertudung hitam yang sedang menunggu teksi di tepi jalan.

Samira Chigani, 26, mengangguk. Dia kemudian diperkenalkan kepada 'bilik baca bergerak' hasil ilham Mehdi dan isterinya itu. Selain dilengkapi banyak bahan bacaan, pengguna juga boleh mendapatkan khidmat pembantu merangkap pustakawan.


Ada bermacam-macam buku di dalam teksi itu.

Daripada "The Metamorphosis" karya Franz Kafka's hingga "Pulp" karangan Charles Bukowski. Tidak ketinggalan, bahan bacaan hasil tulisan seniman Iran sendiri, termasuk Nader Ebrahimi, Zoya Pirzad dan Sohrab Sepehri.

Lebih 40 judul dimuatkan dalam kereta itu dan semuanya disusun rapi pada rak di bahagian belakang kenderaan berkenaan. Disebabkan ruang terhad, Mehdi dan Sarvenaz, 41, memanfaatkan sepenuhnya kemudahan yang ada dalam kereta mereka.

Dapat dilihat pada papan pemuka, bonet dan poket pada pintu kereta, sejumlah buku juga disusun untuk dipilih pelanggan.



"Jika anda menaiki teksi kami, anda boleh membeli buku yang anda gemari," kata Sarvenaz.

Mehdi, 35, tersenyum lebar ketika ditanya jika teksinya dilengkapi penyaman udara yang mencukupi. Penumpang juga boleh menikmati alunan irama klasik, seperti Mozart serta gabungan lagu timur atau barat. Kata Mehdi, penumpang dapat melupakan seketika kesesakan lalu-lintas di Teheran ketika berada di dalam teksinya.

Samira adalah seorang daripada ribuan penumpang yang pernah menggunakan perkhidmatan teksi unik Mehdi sejak dia memperkenalkan kenderaan unik itu lima tahun lalu.


Kata Mehdi, projek itu bermula secara kebetulan.

"Ada dua penumpang menaiki teksinya pada suatu hari hujan.
"Untuk menghabiskan masa, mereka berbincang mengenai buku yang kebetulan ada dalam teksi saya, selain memuji muzik Mozart yang saya pasang," katanya.

Menurut Mehdi, isterinya penggemar buku kerana bekerja sebagai guru bahasa Inggeris, manakala dia pula tenang apabila mendengar lagu klasik. Apabila tiba di tempat yang dituju di pinggir Tehran, kedua-dua penumpang itu enggan turun. Ketika itu juga, kata Mehdi, dia tahu ada sesuatu yang boleh dilakukan pada teksinya.

Tehran didiami kira-kira 9 juta penduduk dan pada kebanyakan masa, trafiknya sesak. Warganya juga ramai tertekan dengan keadaan semasa, termasuk ekonomi yang kurang menyenangkan akibat sekatan antarabangsa. Kata Mehdi, dia dan Sarvenaz terfikir untuk memberikan sedikit kelegaaan kepada penduduk Tehran itu sepanjang tempoh berada dalam teksi mereka.

"Kami juga mahu generasi muda sedar bahawa apa saja yang kita impikan, boleh dicapai," katanya.  (mStar)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Husam Diseru Letak Jawatan? Jangan Seperti Anai-anai...

 
Pergolakan dalam PAS berkaitan krisis jawatan menteri besar Selangor berterusan apabila seorang ketua Pemuda PAS hari ini membidas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang didakwanya tidak sehaluan dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Pemuda PAS Sekijang, Shazni Munir Ithnin (kanan) mendakwa bahawa umummengetahui bahawa Husam dan rakan-rakannya dalam Jawatankuasa Pusat PAS tidak bersetuju dengan keputusan Hadi untuk meletakkan lebih daripada satu nama sebagai calon menteri besar Selangor

Oleh itu, beliau menggesa Husam agar tidak berkias-kias dalam membangkang keputusan presiden PAS itu.

"Husam perlu menyatakan protes terhadap keputusan tersebut secara terbuka," kata Shazni yang juga eksekutif komunikas menteri besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini.
"Ahli-ahli sudah sedia maklum pendirian presiden, dan tidak kurang yang menyokong," katanya sambil mendakwa hanya Husam dan rakan-rakannya masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik.

Menurut Shazni, budaya demikian tidak sihat kerana ia ibarat "anai-anai yang makan senyap-senyap".

Katanya, jika Husam merasakan presiden sudah tidak layak memimpin parti, maka beliau seharusnya mengusulkan undi tidak percaya terhadap presiden parti.

Tetapi jika Husam merasakan sokongannya tidak cukup, tegas Shazni LAGI, maka Husam dan rakan-rakannya perlu meletakkan jawatan sebagai isyarat menegakkan pendirian mereka yang dirasakan betul.

Menurutnya, jika Husam masih tetap tidak bersetuju, beliau hanya ada dua pilihan - melakukan usul undi tidak percaya atau meletak jawatan.

"Jika kedua-dua ini pun Husam dan rakan-rakan tidak lakukan, sebaliknya terus bersikap seperti anai-anai yang ‘makan senyap-senyap’, lebih baik beliau bersetuju sahaja dengan presiden parti," tegasnya lagi.(MK)

Ini Berduaan Bermaksiat Dalam Kereta, Ditangkap Polis Aceh...

Pasangan non-muhrim itu kini sedang diperiksa oleh polisi syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam mobil.
Wanita yang dsyaki melakukan perbuatan maksiat di dalam kereta, sedang memasuki ruang tahanan perempuan polis syariah Bandar Kota Bharu, Aceh, Rabu (10/9).  Dia ditangkap basah tengah berduaan di dalam kereta dengan pasangan non-muhrimnya yang lebih muda darinya.

Ini berduaan dalam kereta, pasangan disyaki buat maksiat ditangkap polis syariat Aceh.
Pasangan non-muhrim itu sedang diperiksa oleh polis syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam kereta

Pasangan non-muhrim itu kini sedang diperiksa oleh polisi syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam mobil. 
Tertuduh semasa menjalani pemeriksaan oleh polis syariah Kota Banda Aceh, Aceh, Rabu (10/9). 
Pasangan non-muhrim itu kini sedang diperiksa oleh polisi syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam mobil.
Juga semasa disoal-siasat.
Pasangan non-muhrim itu kini sedang diperiksa oleh polisi syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam mobil.
Tertuduh hanya mengaku duduk berdua , tetapi tidak melakukan perbuatan sumbang apa pun.
Pasangan non-muhrim itu kini sedang diperiksa oleh polisi syariah Aceh atas perbuatannya berduaan di dalam mobil.
Menurut maklumat warga sekitar, pasangan 'selingkuhan' tersebut, sama-sama sudah mempunyai suami dan isteri.
(IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia
E-Buku IH-61: P.Kebajikan B/Aceh M'sia

Hotel Bajet Tawar Seks Serendah RM50 Diserbu..

Sebahagian barangan yang dirampas daripada hotel bajet berkenaan.
Sebahagian barangan yang dirampas daripada hotel bajet berkenaan.

KAJANG - Sebuah hotel bajet yang menawarkan perkhidmatan seks diserbu polis Jalan Pasar Baru, Semenyih, kira-kira jam 3.30 petang, Ahad lalu.

Ketua Cawangan D7 Kajang, Inspektor Shahril Affendi Shahar berkata, dua wanita dipercayai GRO ditahan ketika sedang asyik melayan pelanggan.

Menurutnya, hotel yang mempunyai 15 buah bilik ini dipercayai menawarkan perkhidmatan seks hanya kepada warga asing sahaja.

“Ini berdasarkan tangkapan GRO tersebut yang juga merupakan warga India. Hotel tersebut menawarkan perkhidmatan sepanjang 24 jam dan hanya terbuka kepada pelanggan warga asing sahaja, warga tempatan tidak dibenarkan,” katanya.

Difahamkan, harga langganan adalah serendah RM50. Ini meliputi cas penginapan hotel dan harga perkhidmatan seks. Katanya, hasil risikan selama dua minggu ini mendapati gadis ini akan menanti pelanggan di luar premis.

Setelah mendapat tempahan daripada pelanggan yang hadir di hotel, gadis ini kemudian dihantar oleh ‘runner’.
“Bagaimanapun, kita percaya masih ada saki-baki gadis pelayan pelanggan yang terlibat dalam aktiviti ini. Seorang lelaki yang merupakan pemilik hotel bersama dua pekerjanya serta tiga pelanggan warga Nepal dan Bangladesh turut ditahan.

“Sebanyak 152 keping kondom belum digunakan berserta wang tunai RM1,619 dan sebungkus plastik kondom sudah digunakan dirampas. Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 30 hingga 40-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut,” katanya. (SH)

Wednesday, September 10, 2014

PKR Hentikan 'drama hindustan' . -Dr Zuhdi Marzuki


PAS meminta PKR supaya menghentikan 'drama hindustan' dengan meraih simpati rakyat seperti era Reformasi 1998, untuk melantik Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Ketua Pegawai Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki berkata teguran Abdul Hadi mengenai keupayaan Wan Azizah menerajui negeri itu dianggap "satu penghormatan" jika diteliti kemelut politik negeri itu termasuk sejak era Reformasi 1998.

Beliau mengumpamakan Wan Azizah seperti Abu Zar al-Ghifari yang ditegur tidak mampu menjadi pemimpin politik tetapi tetap dihormati apabila dianggap isteri mithali sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina pada 1998.

"Saya melihat teguran Abdul Hadi Awang itu bukan satu penghinaan, sebaliknya satu penghargaan malah satu penghormatan kepada Kak Wan yang telah melaksanakan peranannya sebagai seorang isteri mithali.

"Bagaimanapun, pada pandangan saya usaha untuk menobatkan Kak Wan sebagai MB akan menjadikan semua reputasinya sebagai isteri mithali sebelum ini tercemar.

"Tidak mustahil dia akan disebut selepas ini sebagai 'MB Boneka' atau lain-lain gelaran yang tidak manis. Lebih malang lagi, ia akan menjadi 'benchmark' kepada kepimpinan wanita dalam mengetuai teraju utama siyasah di Malaysia," katanya.

Menurut Dr Zuhdi lagi, ketika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim ditinggalkan oleh kawan rapatnya, tetapi Wan Azizah terus setia dan percaya dengan kesetiaan suaminya.

"Beliaulah kemudiannya menggalas harapan suaminya sebagai simbol golongan yang dizalimi, dengan memimpin Parti Keadilan Nasional (PKN) dan kemudiannya PKR.

"Meskipun demikian, mereka yang rapat dengan Kak Wan semasa dia memimpin PKN dan sekarang PKR mengetahui secara lebih mendalam keupayaannya dalam melaksanakan amanah kepimpinan.

"Kak Wan adalah seumpama Abu Zar al-Ghifari, seseorang yang ada kelebihan hebat di bidang selain daripada amanah kepimpinan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Zuhdi berkata harapan rakyat Selangor mahu melihat kehebatan, kecekapan dan kebijaksanaan seorang menteri besar Pakatan menerajui pentadbiran seperti yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

"Sekarang adalah masa untuk menunjukkan model kepimpinan yang unggul di negeri Selangor, yang akan menjadi contoh sebagai negeri termaju yang juga dikenali dengan 'mini Malaysia'," katanya.
 (MK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails