Thursday, September 25, 2014

‘4 exco PAS Pengkhianat’ Pendirian Rasmi DAP.

Pendirian DAP ialah empat ahli exco kerajaan negeri Selangor pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan dalam krisis menteri besar negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Gambar fail The Malaysian Insider.





Pendirian DAP ialah empat ahli exco kerajaan negeri Selangor pengkhianat kerana tidak meletakkan jawatan dalam krisis menteri besar negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Gambar fail The Malaysian Insider. DAP sekali lagi mengulangi pendirian 4 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor daripada PAS sebagai pengkhianat kerana enggan meletakkan jawatan selepas 6 exco PKR dan DAP dipecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa kemelut jawatan menteri besar di negeri terkaya itu.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata kenyataan pengkhianat itu merupakan pendirian bersama parti dan bukan pandangan peribadinya.

"Ia adalah usul tergempar yang diluluskan dalam mesyuarat jawatan kuasa eksekutif pusat (CEC). Ia bukan pandangan peribadi saya," katanya di Pulau Pinang hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Sallehin Mukhyi yang mengatakan dirinya mementingkan diri sendiri dan tidak memahami Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Sebelum ini, Lim pada Isnin mengeluarkan kenyataan tersebut setelah selesai mesyuarat CEC berkenaan jawatan menteri besar Selangor. Lim pada ketika itu berkata 4 ahli exco PAS, Sallehin, Iskandar Abdul Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Dr Halimah Ali secara jelas mengkhianati demokrasi dan solidariti terhadap 6 ahli exco lain yang dipecat bekas menteri besar Selangor.
Sallehin dalam reaksinya berkata, keputusan untuk tetap memegang jawatan exco adalah kerana khuatir sekiranya Khalid akan melantik exco baharu di kalangan ahli Umno.

"Jadi kami harap Lim akan menarik balik tuduhan menggelar kami pengkhianat," katanya.
 
Sementara itu, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatnya di Selangor dan berkata DAP akan memberi sokongan sepenuh kepada Azmin.

"Kami yakin beliau akan berkhidmat berdasarkan prinsip Pakatan Rakyat (PR), seperti mana dipersetujui PKR dan DAP. Kita mesti sentiasa menjadi kerajaan untuk berkhidmat demi kepentingan rakyat bukannya hanya untuk sesetengah pihak," katanya. – 24 September, 2014. (TMI)

Wednesday, September 24, 2014

Pas Bidas Tindakan Gantung Poster Pasma

Poster yang digantung memburukkan imej Pas. 
PENGKALAN KUBOR - Pas mengutuk tindakan pihak yang memasang poster ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sempena kempen PRK Pengkalan Kubor.

Timbalan Pengarah Jawatankuasa Operasi Pas PRK Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Pas tidak menjemput Pasma dan anggotanya mengadakan ceramah di Pengkalan Kubor.

“Poster kononnya (mengenai program) dianjurkan Pasma yang tertulis 'ceramah perdana' ini menjadi bahan kempen oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Hari-hari terakhir kempen digunakan pihak tertentu untuk memburuk-burukkan pimpinan Pas,” katanya pada sidang media di Markas Operasi Pas, semalam.

Katanya, poster berniat jahat itu bukan sahaja diletakkan dalam kawasan PRK malah di luar Dun Pengkalan Kubor.

“Poster ini turut digantung dalam kawasan Wakaf Bharu, Tumpat.
“Setakat ini, dua poster diturunkan pemantau Pas dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.

Menurutnya, selain daripada poster itu, terdapat juga mesej yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan program mengisi minyak secara percuma dari Pas.

“Jelas wujud cubaan memburuk-burukkan Pas dan saya lihat ini adalah taktik kempen kotor musuh Pas.
“Saya harap pihak lawan dapat menggunakan bahan kempen yang beretika supaya kita dapat kekalkan suasana harmoni,” katanya.--sinar harian. 


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?

Isteri Tok Guru Nik Aziz Turut Berkempen.. Undilah PAS!



TUMPAT: Bukan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang aktif berkempen dan berceramah, sebaliknya isteri beliau Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak juga berbuat demikian.

Hampir setiap hari, beliau turun bersama muslimat ke peringkat UPU, dari rumah ke rumah untuk bertemu pengundi dari dekat. Beliau berbuat demikian atas dasar tanggungjawabnya sebagai isteri pimpinan dan demi untuk kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Seawal jam 9.00 pagi, beliau yang ditemani beberapa pengiring, telah menghadiri program di Pengkalan Kubor, termasuk ke beberapa buah kampung yang berlainan setiap hari.

“Alhamdulillah, syukur dapat bersama muslimat dapat tunaikan tanggungjawab bersama,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Bendang Pak Yong semalam.

Para pengundi begitu teruja menerima kehadiran beliau yang mesra dengan panggilan Datin Che Yah dari dekat. - HARAKAHDAILY 24/9/2014
http://detikperubahan.files.wordpress.com/2012/10/sami2.jpg

Kempen PRK Pengkalan Kubor bakal tamat tengahmalam ini sebelum proses pengundian berlangsung Khamis.

Jaga! 'Pengkalan Kubor Kito' Tipu. Ada Berita Muktamar..


Pengkalan Kubor Kito yang diterbit PAS Kelantan.

TUMPAT: Jentera pilihan raya PAS mengesan risalah kempen palsu dengan menceduk “masshead” akhbar kempen milik Perhubungan PAS Kelantan iaitu Pengkalan Kubor Kito.

Risalah itu difahamkan diedar di muktamar PAS di Johor baru-baru ini sehingga mengelirukan ramai perwakilan. Risalah tersebut antara lain memuatkan tajuk “Kaji Semula Tahaluf Siyasi” dan “Krisis Selangor Bukan Masalah” yang membuatkan berita-berita sekitar muktamar.

Sedangkan akhbar Pengkalan Kubor Kito hanya memuatkan isu-isu tempatan sejak edisi pertama sehingga keluaran terakhir hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi PAS PRK Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, ada pihak tidak bertanggungjawab mencetak risalah Pengkalan Kubor Kito palsu menyerupai akhbar kempen diterbit Perhubungan PAS Kelantan.

“Tindakan itu menggambarkan Umno sangat terdesak sekarang. Tujuan mereka bagi  mengelirukan orang ramai terutamanya pengundi di saat menjelang hari mengundi  esok.
“Secara jelas risalah tersebut palsu kerana akhbar kempen kita langsung tidak memuatkan isu sekitar muktamar PAS yang berlangsung di Johor baru-baru ini,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap orang ramai tidak keliru dengan taktik jahat pihak lawan yang benar-benar terdesak setelah mereka melihat perubahan sikap pengundi Pengkalan Kubor.  – HARAKAHDAILY 24/9/2014

Fesyen Jilboobs Lawan Syariat, Menggelisahkan Muslimah...

Foto FESYEN semakin menjadi ikutan sesetengah golongan muda.

Gombak: Panel Isu-Isu Semasa Wanita Islam (PWISI) menyelar budaya songsang yang dicetuskan kumpulan tertentu dalam menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang boleh mengundang kekeliruan dan salah faham serta bercanggah dengan tuntutan syarak dalam kalangan wanita Islam.

Demikian lapor myMetro hari ini.

Menurutnya lagi, fesyen terbabit yang menjadi ikutan di Indonesia mula diharamkan di negara berkenaan selepas Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengeluarkan fatwa bahawa adalah haram bagi kaum wanita mengenakan pakaian Muslimah, tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat. Golongan itu mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala, tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.

Pengerusi Piswi, Prof Datuk Seri Dr Zaleha yang juga Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, biarpun perkembangan wanita berhijab di Malaysia ketika ini menunjukkan perubahan positif, namun ramai dalam kalangan wanita Muslimah terikut-ikut dengan kepelbagaian fesyen yang tidak mengikut etika berpakaian sebenar ditetapkan syariat Islam.

Katanya, keghairahan wanita muslimah berhijab mengikut trend semasa dilihat mudah diambil kesempatan oleh segelintir pihak yang tidak memahami cara berpakaian wanita Islam, sekali gus menghasilkan fesyen yang tidak kena untuk digayakan mereka.

"Nampaknya, fesyen jilboobs yang lawan syariat ini, mula menggelisahkan Muslimah di Malaysia." komen editor weblog Ibnu Hasyim.

"Perlukah pihak agama di Malaysia mengeluarkan fatwa melarang pemakaian tersebut, atau melancarkan kempen besar-besaran mengenai penjelasan hukum larangannya? Atau ia juga di bawah tanggung jawab kementerian wanita?"
(IH)


Lihat sebelum ini..

4 Exco PAS Inilah Yang Tolak Kerjasama Dengan Umno



KUALA LUMPUR: Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid Ibrahim, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak.

Begitupun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir.

"Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru," ujarnya dalam satu kenyataan seperti di bawah.

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir. Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lepas telah bersetuju untuk mencalonkan YAB Tuan Azmin sebagai salah seorang calon Menteri Besar Selangor. Oleh yang demikian, PAS Selangor yakin kami akan dapat sama-sama bekerja dengan beliau demi kebaikan dan kemajuan rakyat negeri Selangor.

Kami berharap di bawah pentadbiran beliau, prestasi cemerlang yang dicapai di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim akan dapat diteruskan. Semoga Allah SWT akan menganugerahkan beliau kekuatan dan petunjuk untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berat ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Khalid yang telah sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di tempat yang paling atas dan telah membawa banyak pembaharuan ke negeri ini. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal kepada beliau.

Kami juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana Pakatan Rakyat masih mentadbir Negeri Selangor. Terdapat saat dan ketika sepanjang satu setengah bulan yang lepas di mana kerajaan negeri hampir tumbang.

Tetapi 4 orang Exco PAS di atas arahan PAS Pusat telah terus bersama di dalam kerajaan dan sekaligus telah berjaya menyelamatkan kerajaan negeri. Pada hakikatnya 4 orang Exco ini telah menghalang dari berlakunya satu pilihan raya negeri.

Walaupun kesemua 4 Exco ini dari PAS tetapi mereka telah membawa semangat dan prinsip Pakatan Rakyat ke dalam kerajaan sepanjang tempoh tersebut. Mereka juga telah mempertahankan kepentingan-kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.

Contohnya mereka telah memastikan perkhidmatan Ahli-Ahli Majlis PKR dan DAP diteruskan dan semua program-program yang dirancang oleh Exco yang diberhentikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar. 4 orang Exco ini juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno apabila menyatakan akan meletakkan jawatan jika Umno dibawa masuk ke dalam kerajaan.

Walau bagaimanapun sekarang bukanlah masanya untuk memandang ke belakang tetapi untuk melangkah ke hadapan dan berusaha untuk mengembalikan keyakinan penuh rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Masanya untuk kembali meletakkan perjuangan memartabatkan rakyat di pentas utama.

Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak. - HARAKAHDAILY 23/9/2014

Pendatang Haram Manfaatkan Agama Lintas Ke Australia

http://www.radioaustralia.net.au/sites/default/files/images/2014/06/30/cattle%20import%20article.jpg
Route penerbangan kami dari KLIA ke MelbourneLetak geografi Indonesia yang strategik untuk melintas ke Australia serta lemahnya keselamatan dan pengawasan sempadan Indonesia menjadi faktor utama penarik pendatang haram ke Indonesia. Pendatang yang sebahagian besar berasal dari Iran, Iraq, Pakistan, dan India menetap sementara di Indonesia untuk kemudian mengajukan suaka ke Australia.

Kenyataan tersebut diungkapkan Ketua pejabat Imigresen Jakarta Barat Bambang Satrio dalam acara sosialisi pemilik dan pengurus hotel dalam pengawasan orang asing, khususnya di wilayah Jakarta Barat. Sosialisasi tersebut juga dihadiri wakil Polrestro Jakrta Barat dan Kejaksaan Negeri Jakarta Barat.

Selain itu, majoriti masyarakat Indonesia yang beragama Islam juga dimanfaatkan oleh pendatang tersebut. "Kultur masyarakat Indonesia terkesan boleh menerima pendatang baru yang majoriti pendatang tersebut adalah muslim," kata Bambang Satrio, di Hotel Ibis, Minggu (21/9).

Bambang menjelaskan, laluan yang digunakan pendatang haram yang datang dari Malaysia tersebut masuk ke Indonesia melalui Sumatera. Mereka kemudian memohon status pelarian ke UNHCR yang berada di Jakarta


Dia menambah, sesuai dengan Pasal 4 tentang Peraturan Ketua Pengarah Imigresen No. IMI-1489.UM.08.05 Tahun 2010 tentang Pengendalian Pendatang Haram berkata, pendatang haram yang ditolak permohonan suakanya oleh UNHCR wajib dilaporkan ke Dijenim.

Untuk menangangi kes pendatang gelap, lanjut Bambang, penyelesaian jangka pendek yang boleh dilakukan Imigresen dan UNHCR adalah memindahkan, memulangkan mereka ke negara asal. Sementara untuk penyelesaian jangka panjang Imigresen akan membentuk Tim Pengkaji Pengendalian Pendatang Haram.

"Tugas Tim Pengkaji Pengendalian Pendatang Haram salah satunya adalah menjalin koordinasi dengan instansi terkait seperti Kementerian Luar Negeri, Menko Polhukam, Depsos, Polri, BIN, TNI AL, UNHCR dan wakil negara asing," ujar Bambang.  


Jelas pendatang haram memanfaatkan  agama melintas ke Australia melalui Indonesia dan Malaysia. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails