Wednesday, November 26, 2014
ISIS: M'sia Jangan Ikut Amerika, Syria, Nyatakan Pendirian.
KUALA LUMPUR:
PAS menggesa Kerajaan Malayisa tidak mengikut telunjuk kuasa besar
khususnya Amerika Syarikat dalam memperkenalkan apa sahaja undang-undang
baharu di negara ini.
Sebaliknya Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) berkata, kerajaan perlulah melihat kepada kepentingan dan kerangka negara kita sendiri sebelum satu-satu akta baharu diwujudkan.
"Kita mesti bertindak mengikut kepentingan negara kita sendiri bukan mengikut apa diarahkan oleh pihak lain seperti kuasa besar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kertas Putih berhubung menangani ancaman kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Dewan Rakyat hari ini.
Kertas Putih yang dibentang Perdana Menteri itu antara lain mencadangkan agar satu undang-undang baharu berhubung ancaman kumpulan militan diwujudkan.
Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berkata, PAS sejak awal menyatakan penolakan terhadap pendekatan yang digunakan ISIS itu termasuk penegasan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar ketika Muktamar PAS di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.
PAS juga katanya menolak campur tangan kuasa asing termasuk Amerika Syarikat dalam kemelut di kedua-dua negara itu.
"PAS berpendirian biarlah masa depan negara-negara tersebut ditentukan oleh rakyat mereka sendiri," kata Kamaruddin lagi.
Beliau memberi contoh Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel yang mengumumkan meletak jawatan dua hari lalu kerana mempunyai pendirian berbeza dengan Presiden Barack Obama berhubung kemelut di kedua-dua negara ummat Islam itu.
"Kita sedar Amerika Syarikat ada presiden Obama yang dipanggil lame duck president.
"Janganlah kita ikut lame duck president ini kecualilah kita mempunyai lame duck prime minister, katanya.
Beliau dalam pada itu mahu kerajaan menyatakan pendirian sama ada menyokong perjuangan rakyat Syria yang ingin membebaskan negara mereka daripada kerajaan regim kejam Bashar al Assad, atau sebaliknya. - HARAKAHDAILY 26/11/2014
Lihat..

Amelina Kembali Menyanyi, Setelah 3 Kali Solat Istikharah?
Amelina bakal kembali mewarnai industri muzik?
HALAMAN HIBURAN
PENYANYI dangdut Amelina mendedahkan dia telah membuat sebanyak tiga kali solat istikharah sebelum memutuskan untuk kembali ke dunia hiburan.
Amelina atau nama sebenarnya, Nurazlina Amir Sharifuddin, 40, berkata, dia yakin kemunculan semulanya di industri seni tanah air selepas 15 tahun menghilangkan diri adalah pada masa yang sesuai dan tepat.
"Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu.
"Sehingga saya buat tiga kali solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai," ujarnya kepada mStar Online.
Amelina ditemui pada satu sidang media kemunculan semulanya yang diadakan di Di Nartwork Studio, dekat sini, Isnin. Bagaimanapun, Amelina berkata, kemunculan kali ini membawa imej yang bersesuaian dengan umur dan statusnya sebagai seorang ibu.
"Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu.
"Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja," ujarnya, menurut mStar Online lagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Istikharah, maksudnya meminta pilihan daripada Allah. Solat Istikharah, solat meminta pilihan daripada Allah dan berserah kepada Allah. Banyak adab-adab dan kaedah melaksanakannya.
Antaranya, hendaklah bersolat istikharah kepada perkara-perkara yang dibenarkan syarak seperti kepada yang wajib, sunat dan harus. Tidak boleh istikharah kepada benda makruh dan haram. Perlu ada persediaan hati, tawakal, serah bulat kepada Allah. Memang betul-betul nak ikut petunjukNya. Kena ada kekuatan hati untuk ikut.
Soalnya sekarang, adakah yang di'istikharah'kan oleh bekas penyanyi dangdut itu, iaitu memutuskan untuk kembali ke dunia hiburan suatu kerjabuat yang baik?
Seorang wanita mahu kembali ke dunia hiburan dengan mempamerkan batang tubuhnya, suaranya di pentas, kepada orang ramai bukan muhrim seperti dulu, adakah bertepatan dengan syariat Islam? Memang salah dari segi hukum.
Walaupun berkali-kali solat istikharah, yang haram tetap dilarang. Ibarat mengambil seketul najis untuk dibersihkan, bolehkah bersih? Najis tetap najis.
Sama seperti orang yang mengatakan 'insya Allah' kepada harapan berlaku perkara yang buruk. Contohnya. "Aku akan jadi pelakon separuh seksi, insya Allah!" Adakah kata-kata ini mempermainkan agama?
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
Rusuhan Ketegangan Kaum Tercetus Seluruh AS.
Penduduk Ferguson bertindak ganas susulan keputusan mahkamah untuk tidak
mendakwa pegawai polis yang telah menembak mati remaja tidak bersenjata
pada 9 Ogos lalu. - Foto AP/The Seattle Times/Mark Harrison
FERGUSON, Amerika Syarikat – Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan raya di sini kelmarin bagi membantah keputusan jemaah juri membebaskan seorang anggota polis berkulit putih yang menembak mati seorang remaja kulit hitam dalam kejadian pada 9 Ogos lalu.
Jemaah juri membuat keputusan bahawa tiada sebab untuk mengenakan tuduhan jenayah terhadap seorang anggota polis, Darren Wilson yang menembak mati Michael Brown ketika remaja itu tidak bersenjata.
Pihak polis turut melaporkan beberapa das tembakan dari senjata automatik dilepaskan oleh kumpulan penunjuk perasaan dan pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan turut mengeluarkan larangan terbang sementara di bandar itu.
Tunjuk perasaan turut tercetus di New York, Chicago, Washington, Seattle dan Oakland bagi membantah kes berkenaan yang meningkatkan lagi ketegangan kaum di seluruh Amerika Syarikat (AS).
“Mereka (jemaah juri) mendapati tiada sebab kukuh untuk memfailkan tuduhan jenayah terhadap Wilson,” kata Pendakwa Raya Daerah St. Louis, Bob McCulloch.
Ujarnya, Wilson mungkin berdepan tuduhan termasuk membunuh tanpa niat atau tuduhan membunuh jika dia dikenakan dakwaan jenayah. Kumpulan penunjuk perasaan dilapor membakar beberapa bangunan di bandar ini dan beberapa kenderaan termasuk kereta peronda polis.
AFP - SEKUMPULAN anggota polis berkawal selepas tunjuk perasaan tercetus di Ferguson di negeri Missouri. Amerika Syarikat
Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata selepas beberapa das tembakan didengari dari kumpulan penunjuk perasaan. Presiden AS, Barack Obama menyeru kumpulan penunjuk perasaan supaya mengekalkan keamanan dan mahu pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan dalam menyuraikan keadaan.
“Negara ini didirikan berasaskan undang-undang dan kita mesti menerima keputusan yang dibuat oleh jemaah juri ini,” katanya dalam satu siaran televisyen. – Reuter
Najib Bentang Kertas Putih Tangani Militan IS Hari Ini
KUALA LUMPUR – Kertas
Putih Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan IS diedarkan kepada anggota
Parlimen di Dewan Rakyat dan dijadual dibentangkan hari ini.
Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul semalam menyebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mencadangkan bahawa pembentangan Kertas Putih itu perlu untuk memberi penjelasan mengenai ancaman kumpulan militan IS (kumpulan Negara Islam) terhadap keselamatan negara kepada semua lapisan rakyat Malaysia.
“Perdana Menteri akan mencadangkan bahawa Dewan ini menyedari akan perlunya bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu dalam semua usaha menangani ancaman kumpulan militan IS.
Selain itu, ia juga menyebut bahawa Dewan Rakyat menyeru semua lapisan rakyat Malaysia mempergiatkan usaha dan komitmen mereka untuk bersama-sama menyokong kerajaan menangani ancaman berkenaan.
Sejak operasi khas ke atas kegiatan militan dilancarkan Bahagian Counter Terrorism pada 28 April lepas sehingga setakat ini bulan ini, kira-kira 30 individu telah ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktivit militan itu.
Mereka yang ditahan antaranya atas kesalahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti pengumpulan dana bagi menghantar rakyat Malaysia ke negara tersebut selain meninggalkan Malaysia untuk menyertai kumpulan IS dengan mengahwini anggota militan di sana. Sebahagian yang ditahan telah didakwa.
Kelmarin di Baghdad, IS melancarkan serangan baharu ke atas bandar Ramadi di utara Iraq. Serangan itu merupakan cubaan kali ketiga oleh kumpulan militan itu untuk menawan Ramadi. IS sebelum ini telah menawan sebahagian besar kawasan di barat dan utara Iraq serta Syria.
Ideologi IS ialah bagi membentuk sebuah kerajaan khalifah di Iraq dan Syria. (Kosmo)

Gadis British Lari Rumah Sertai Kurdis Serang IS
Gadis terbabit merupakan warga British ketiga yang menyertai tentera Kurdis secara sukarela selepas dua lelaki. Sebelum ini, tentera veteran yang menyertai perang di Afghanistan iaitu, James Hughes dan Jamie Read turut ke Syria untuk membantu tentera Kurdis menentang IS. (mStar)
Hanya 8 Masjid Di Itali (1.5 Juta Muslim), Bagaimana Beribadah?
Umat muslim di Treviso, Itali menggunakan tanah letak sebagai tempat ibadah. Perlembagaan di Itali telah melindungi hak rakyat untuk beribadah tanpa diskriminasi. Namun, umat Islam di Itali yang jumlahnya sekitar 1.5 juta jiwa dengan tempat ibadah yang hanya ada 8 masjid rasmi, mereka perlu berupaya keras menjalankan ibadahnya di tempat-tempat yang kurang sesuai.
1.5 Juta Muslim di Itali. Terdapat hanya 8 Masjid, bagaimana mereka ibadah?
Mereka beribadah di parkiran, pasar raya, garaj, gimnasium, kedai hingga gudang.
Mereka terpaksa menggunakan ruang awam sebagai tempat sembahyang berjamaah seperti parkiran, pasar raya, garaj, gimnasium, kedai hingga gudang yang mereka bangun apa adanya menjadi masjid kecemasan.
Tempat ibadah yang mereka bangun diruang awam itu mereka dibina sendiri secara swadaya.
Fenomena ini merupakan mendokumentasikan dari seorang jurugambar Itali, Nicolo Degiorgis, dan kemudian dia muat ke dalam sebuah buku berjudul 'Hidden Islam'.
Umat muslim Itali menjalankan ibadah di sebuah gudang yang mereka ubah menjadi masjid sementara di Wilayah Verona.
Kekhusyukan umat muslim di Itali menjalankan ibadah di sebuah pasar raya di Wilayah Udine.
Kekhusyukan umat muslim di Itali menjalankan ibadah di sebuah pasar raya di Wilayah Trento.
Kekhusyukan umat muslim di Italia menjalankan ibadah di sebuah gudang di Provinsi Venesia.
(IH/M)
Subscribe to:
Posts (Atom)