Thursday, December 04, 2014

Islam Di UK Makin Menerjah. 1 Dari 10 Remaja, Pilih Islam.

Islam di Inggris makin eksis
Muslim UK. ©Reuters

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM 
 
Islam menjadi agama paling banyak diperbincangkan tahun ini. Secara kasar lebih banyak negatif berbanding positif lantaran tindakan segelintir penganutnya yang disebut-sebut merosakkan dengan keganasan kepada warga dunia.

Muslimin sejagat harus membayar mahal atas pelbagai tindakan kumpulan yang dikatakan pelampau itu. Hujatan dan makian dilontarkan banyak pihak pada pengikut Nabi Muhammad SAW hingga kepada penghinaan Al-Quran yang dituduh sebagai kitab mengajarkan kekerasan. Namun, mereka harus boleh menerima kenyataan dan fakta bahawa Islam terus menerjah dan makin berkembang.  

Bertambah pengikutnya walau tidak ketara, dan laporan pelbagai kajian menunjukkan agama samawi ini bakal menguasai dunia dua dekad ke depan. Sekurang-kurangnya hal ini pernah diteliti oleh Pejabat Statistik Nasional Inggeris (ONS). Dalam laporan mereka tahun lalu memperlihatkan warga Kristian mengalami penurunan dan penduduk muslim meletup naik

Satu dari sepuluh remaja di usia 25 tahun memeluk Islam dan agama ini bakal menjadi dominan di United Kingdom dalam satu dekad ke depan, demikian menurut makluman akhbar Russia Today (17/5/2013). Jumlah warga Kristian menurun secara drastik hingga 50 peratus dan sangat cepat daripada anggaran. Masjid-masjid di Inggeris menjadi lebih ramai dari biasa

Kebanyakan anak muda tertarik mempelajari Islam lebih jauh lagi. Bahkan ada ramalan menyebutkan, umat muslim Inggeris boleh lebih ramai dari negara Kuwait. Perkhidmatan masjid untuk awam telah menarik empat ribuan orang berbondong-bondong datang ke rumah ibadah umat muslim itu. Sebaliknya, hanya sedozen peserta ibadah minggu di gereja, seperti diberitakan langsung wartawan the Russia Today Polly Boiko.

Wakil Persatuan Masyarakat Inggeris Andrew Copson berkata penurunan peserta gereja di Negara Tiga Singa itu memang sangat ketara. Sekitar 95 peratus penduduk Kristian tidak menghadiri ibadah setiap minggu. Ibadah ini menjadi minoriti.

"Saya fikir tradisi yang berkaitan dengan Kristian akan hilang. Bukan hanya di Inggeris melainkan juga di banyak negara," ujar Copson.

Dr Muhammad Abdul Bari salah satu dewan kehormatan Masjid di Ibu Kota London bahagian timur yang terbesar mengatakan, anak muda banyak tertarik mempelajari Islam lantaran nilai-nilai baik. Banyak juga berpendapat Kristian tidak memberikan rasa aman sehingga kaum muda United itu tidak mampu bertahan dalam situasi keganasan di jalan-jalan Inggeris.

Kenyataannya, Inggeris mempunyai angka cukup tinggi pembunuhan pada 2007 berbanding negara Kesatuan Eropah lain. Negara ini jadi paling keras di benua itu. Sebagai perbandingan, di tahun sama kira-kira 2,000 kejahatan terjadi berbanding 100 ribu penduduk. Bandingkan dengan Amerika Syarikat hanya 466 kejahatan.

Pada kajian terbaru bahkan terjadi 8.6 juta kejahatan. Kepastian hukum dalam Islam juga membuat banyak orang menjadi taat. Seperti mengharamkan minuman, pornografi, judi, dan sebagainya. Lembaga Forum Think Tank Pew berkata jumlah muslim Inggeris akan membengkak dua kali ganda pada dua dekad ke depan dan pada 2030 jumlah umat Islam United Kingdom itu lebih dari Kuwait.

Selain itu yang mengejutkan ternyata di tahun ini, nama lelaki Inggeris paling popular yakni Muhammad, mengalahkan nama-nama berbau Eropah atau Nasrani seperti Oliver, Jack, Noah, dan Jacob. Padahal di tahun sebelumnya nama Rasulullah itu ada di urutan 28.

Sementara nama George yang dipakai untuk putera mahkota Inggeris, merosot ke urutan 13, keluar dari sepuluh besar, atau turun lima peringkat dari tahun sebelumnya. Nama bangsawan kerajaan seperti William dan Harry juga tahun ini kurang diminati sehingga peringkatnya terus menurun.

Perkembangan muslim memang tidak lepas dari peranan pendatang Timur Tengah yang populasinya cepat berkembang di Inggeris. Melalui pergaulan Islam merasuk ke tengah-tengah rakyat negara itu dan penerimaanya boleh meluas. Hanya perlukan beberapa tahun ke depan untuk membuktikan agama samawi ini memang luar biasa.


Bertuahlah kita menjadi orang Islam.

 
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
3 Dis 2014 KL 


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

Wednesday, December 03, 2014

Sedang Dibongkar Kampung Bogel Di UK.


SEKILAS pemandangan di kampung terpencil di Inggeris UK ini; tidak ada yang istimewa. Namun di balik itu semua ada sesuatu yang menarik perhatian di Desa Hertfordshire ini. Dalam kesehariannya penduduk kampung itu semuanya bogel.

Semua aktiviti mereka jalani sehari-hari dilakukan dalam keadaan tanpa benang sehelai pun. Mereka adalah tanah jajahan kaum naturalis paling tua di Inggeris.

Setelah selama 85 tahun kampung ini menyembunyikan peraturan unik di kampung mereka itu, bulan depan mereka akan mendedahkan semuanya buat pertama kali kepada orang ramai melalui tayangan dokumentari di stesen televisyen More4, seperti yang dilaporkan oleh tabloid Mirror, Sabtu (29/11).

"Tak ada bezanya antara kami, kaum naturalis, dengan orang-orang biasa di jalanan," kata warga bernama Iseult Richardson, 82 tahun. "Kami semua hidup normal dan cukup bertuah dapat tinggal di tempat yang unik ini. Rasanya seperti tinggal di negara kecil."



Desa bogel bernama Spielplatz itu dibuat oleh ayah Iseult, Charles Macaskie, yang membeli tanah seluas 4.8 hektar itu dengan harga RM3,000 pada 1929.

Kampung itu dihuni 34 keluarga yang tinggal di rumah kecil. Sedangkan 24 rumah lagi disewa bagi para pengunjung di musim semi.

Tempat warga berkumpul di kampung itu adalah sebuah kelab. Di sana mereka biasanya menari, menyanyi, bermain pool bersama. (IH)



BRIKET WOOD
BRIKET WOO Dalam kesehariannya penduduk kampung itu semuanya bogel.SEKILAS pemandangan kampung terpencil di Inggeris ini tidak ada yang istimewa. Namun di balik itu semua ada sesuatu yang menarik perhatian di Desa Hertfordshire ini. Dalam kesehariannya penduduk kampung itu semuanya bogel.

Semua aktiviti mereka jalani sehari-hari dilakukan dalam keadaan tanpa benang sehelai pun. Mereka adalah tanah jajahan kaum naturalis paling tua di Inggeris.

Setelah selama 85 tahun kampung ini menyembunyikan peraturan unik di kampung mereka itu, bulan depan mereka akan mendedahkan semuanya buat pertama kali kepada orang ramai melalui tayangan dokumentari di stesen televisyen More4, seperti yang dilaporkan oleh tabloid Mirror, Sabtu (29/11).

"Tak ada bezanya antara kami, kaum naturalis, dengan orang-orang biasa di jalanan," kata warga bernama Iseult Richardson, 82 tahun. "Kami semua hidup normal dan cukup bertuah dapat tinggal di tempat yang unik ini. Rasanya seperti tinggal di negara kecil."

Desa di Inggris ini semua penduduknya bugil  Desa bogel bernama Spielplatz itu dibuat oleh ayah Iseult, Charles Macaskie, yang membeli tanah seluas 4.8 hektar itu dengan harga kira-kira RM3,000 pada 1929.

Kampung itu dihuni 34 keluarga yang tinggal di rumah kecil. Sedangkan 24 rumah lagi disewa bagi para pengunjung di musim semi. Tempat warga berkumpul di kampung itu adalah sebuah kelab. Di sana mereka biasanya menari, menyanyi, bermain pool bersama.
[fas]

Bagaimana Gedung Pakaian Mewah Tipu Pengguna?


Timbalan Ketua Penguat Kuasa PPDNKK Kedah Ridzuan Mat Isa melihat iklan promosi oleh sebuah gedung pakaian di Alor Setar.


ALOR SETAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 sempena 'Ops Bongkar' terhadap sebuah gedung pakaian mewah di sini, Selasa.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa KPDNKK Kedah Ridzuan Mat Isa berkata kompaun itu dikeluarkan ekoran dua kesalahan yang dilakukan gedung pakaian tersebut iaitu penipuan harga dan menggunakan alat pengukur yang tamat tempoh.

Beliau berkata Ops Bongkar yang bermula semalam itu akan diteruskan sehingga 4 Jan depan bagi mengesan peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan jualan murah.

"Hasil tinjauan yang dijalankan pegawai KPDNKK mendapati gedung pakaian ini telah menawarkan harga palsu. Penipuan yang dilakukan ialah dengan meninggikan harga pakaian yang ditawarkan sebelum membuat potongan diskaun yang mencecah sehingga 90 peratus.
"Kita telah cuba dapatkan rekod sebelum harga jualan murah bagi tempoh sebulan yang lepas tetapi mereka gagal untuk menunjukkan bukti dan hasil siasatan kita juga mendapati harga yang dipamerkan ini adalah harga empat tahun lepas," katanya kepada pemberita di sini.

Ridzuan berkata gedung pakaian itu telah diberi amaran supaya menurunkan semua harga pakaian yang dijual dalam tempoh sehari dan sekiranya gagal untuk berbuat demikian tindakan akan diambil.

"Pemilik gedung pakaian itu mengaku bersalah dan telah membayar kompaun berjumlah RM1,000 bagi dua kesalahan yang telah dilakukan. Selain kompaun, kita turut merampas enam gelung kain yang bernilai RM1,000 sebagai bahan bukti selain alat pengukur yang sudah tamat tempoh.
"Kes disiasat di bawah kesalahan Peraturan-peraturan Perihal Dagangan (Harga Jualan Murah) (Pindaan 2010) dan Akta Perihal Dagangan 2011," katanya.
Beliau berkata KPDNKK akan menjalankan operasi di lima gedung pakaian di sekitar Alor Setar bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan sempena dengan jualan besar-besaran sempena akhir tahun.
"Ini lokasi pertama yang diperiksa di Kedah bagi Ops Bongkar dan kita akan melawat gedung-gedung pakaian lain yang menjalankan jualan murah," katanya. (mStar)

Pemuda Manja Pun Gabung ISIS, Minta Pulang Kerana IPod Rosak.

IPodnya rusak, pemuda manja India gabung ISIS minta pulang
Arib Majid pemuda manja gabung ISIS minta pulang. dailymail.co.uk 

SEORANG pemuda asal India gabung dengan kumpulan Negara Islam untuk Iraq dan Syam (ISIS) akhirnya memutuskan keluar dan kembali ke negaranya. Dia mengaku malas lantaran disuruh bekerja membersihkan jamban dan melakukan tugas-tugas bawahan. Dia juga dilarang perang serta mengangkat senjata.

Akhbar the Daily Mail melaporkan, Selasa (2/12), Arib Majid berangkat ke Iraq dengan tiga rakannya pada akhir Mei. Dia berfikir betapa perbuatannya menjadi jihadis. Memegang serangan senapang AK-47 dan berperang melawan Barat. Namun ternyata sesampainya di sana Majid justru diperintahkan 'ngosrek' tandas, nyapu jalan, nyuci baju ahli senior, dan sebagainya.

Malah pemain lagu tanda iPod milik Majid jadi tak berfungsi lantaran kena air. Akhirnya dengan merengek manja dia menelefon ibu bapanya minta pulang


"Saya muak jadi orang belakang. IPod saya tak bekerja di sini. Saya harus pulang," ujar Majid.

Tidak hanya Majid, sejumlah remaja muslim Perancis gabung dengan ISIS juga memberikan satu siri mesej manja ke rumahnya dan hal ini diungkap oleh akhbar Le Figaro. Ada yang mengatakan dia hanya bekerja membahagikan makanan dan pakaian. Ada pula yang kesal lantaran cuma mencuci pinggan. Mereka merasa tertipu oleh kumpulan pelampau itu.

Majid pun dibenarkan pulang namun sungguh nahas. Dia ditahan oleh Pasukan Elit India (NIA) dengan tuduhan terlibat tindakan keganasan. Tapi Majid menolak tuduhan ini. Dia bilang hanya mengerjakan tugas-tugas rumah tangga.  


"Bahkan semasa saya ditembak pun tidak segera diubati. Saya baru dibawa ke rumah sakit setelah memohon-mohon," kata Majid. (IH)

IS: Lagi 2 Kakitangan K'jaan Antara 3 Ditahan.

 INILAH tiga lelaki yang ditahan polis pada Khamis dan Jumaat lalu kerana dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas IS di Syria.

KL: Dua kakitangan kerajaan antara tiga ditahan dalam serbuan di Kedah dan Kuala Lumpur kerana dipercayai terlibat dalam kumpulan pengganas Islamic State (IS) di Syria termasuk menyalurkan dana kepada rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga rakyat tempatan berusia 23 hingga 36 tahun itu ditahan Bahagian Anti Keganasan, Cawa­ngan Khas Bukit Aman pada Khamis dan Jumaat lepas.

“Kedua-dua kakitangan kerajaan tersebut yang berusia 23 dan 28 tahun dan berkhidmat dalam satu jabatan kerajaan di Kuala Lumpur disyaki terlibat dalam menyalurkan dana kepada beberapa rakyat Malaysia yang ingin menyertai kumpulan IS di Syria.
“Seorang lagi suspek yang berusia 36 tahun pula dipercayai menyertai kumpulan militan di Syria sejak 26 Disember 2013 dan kembali ke Malaysia pada 8 April lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan selepas kes disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA atas kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Sejarah Bangsa Uighur?

  Peta Xinjiang (Uighur) 

BANGSA Uighur adalah keturunan puak-puak Turki yang hidup di Asia Tengah, terutama di wilayah China, Xinjiang. Namun, sejarah etnik Uighur menyebut daerahnya itu Uighuristan atau Turkestan Timur.  

Menurut sejarah, bangsa Uighur merdeka telah tinggal di Uighuristan lebih dari 2,000 tahun. Tapi China mendakwa daerah itu warisan sejarahnya, dan oleh sebab itu tidak dapat dipisahkan dari China. Orang Uighur percaya, fakta sejarah menunjukkan tuntutan China tidak berasas dan sengaja mentafsir sejarah secara salah, untuk kepentingan pengembangan wilayahnya. Uighuristan merupakan tanah subur 1,500 batu dari Beijing, dengan luas 1.6 juta km2, hampir 1/6 wilayah China.  


Xinjiang adalah wilayah terbesar di China. Di utara, tanah Uighur bersempadan dengan Kazakhstan; Mongolia di timur laut; Kirghiztan dan Tajikistan di barat laut; dan dengan Afghanistan-Pakistan di barat daya. Keturunan-keturunan puak Turki di Asia Tengah mempunyai asal, bahasa, tradisi dan kebudayaan dan agama yang sama.  

Tahun 1924, rejim Bolshevik Rusia, Joseph Stalin, membahagikan etnik ini menjadi Uighur, Kazakh, Lyrgyz, Ubzek, Turkmen, Bashkir dan Tatar, dalam persidangan etnik dan pembahagian negara di Tashkent, Uzbekistan. Tahun 1949, 96 peratus penduduk Xinjiang adalah puak-puak Turki. Namun, bancian China terakhir menyebutkan kini hanya ada 7.2 juta Uighur dari 15 juta warga Xinjiang.  

Selain itu ada etnik Kazakh (1 juta), Kyrgyz (150 ribu), dan Tatar (5 ribu). Para tokoh Uighur percaya jumlah mereka di sana 15 juta. Selain itu, kini di Xinjiang tinggal juga etnik bangsa Asia: Han-China, Manhcu, Huis, dan Mongol. Di luar Uighuristan diperkirakan ada 5 juta Uighur di Turkistan Barat, kini masuk negara-negara pecahan Kesatuan Soviet: Kazaktstan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Tajikistan


Selain itu, 75 ribu Uighur tinggal di Pakistan, Afgahnistan, Saudia Arabia, Turki, Eropah dan Amerika Syarikat. Orang Uighur berbeza bangsa dengan China-Han. Mereka lebih mirip orang Eropah Kaukasus, sedang Han mirip orang Asia. Bangsa Uighur mempunyai sejarah lebih dari 4,000 tahun. Sepanjang itu, mereka telah mengembangkan kebudayan uniknya, sistem masyarakat, dan banyak menyumbang dalam tamadun dunia.  

Di awal abad ke-20, melalui ekspedisi keilmuan dan arkelogis di wilayah Jalur Sutera, di Uighuristan dijumpai peninggalan kuno bangsa Uighur berupa kuil-kuil, runtuhan biara, lukisan dinding, dan barang-barang lain, juga buku dan dokumen. Peneroka Eropah, AS, walaupun Jepun sangat kagum terhadap kekayaan sejarah di daerah itu. Dan laporan-laporan merekalah yang mengundang kedatangan orang luar ke sana


Saat ini, peninggalan peradaban Uighur banyak tersimpan di muzium Berlin, London, Paris, Tokyo, Leningrad, dan Muzium Islam di New Delhi, India. Berabad-abad lalu, Uighur telah menggunakan skrip tulisan. Saat bersatu di bawah Kerajaan Uighur-Kok Turk abad ke-6 dan ke-7, mereka menggunakan tulisan Orkhun, yang lalu diadposi menjadi tulisan Uighur. Tulisan ini digunakan hampir 800 tahun, tidak hanya oleh bangsa Uighur tetapi juga oleh suku-suku puak Turki lain, oleh orang Mongol (saat empayar Genghis Khan), oleh orang Manchu (terutama pada masa awal Manchu mula menguasai China).  

Setelah memeluk Islam di abad ke-10, Uighur menyerap alpabet Arab. Sejak dulu, banyak orang Uighur menjadi pengajar di empayar China, menjadi duta besar di Rome, Istambul, Baghdad. Kebanyakan karya sastera awal kewujudan Uighur diterjemahkan ke teks agama Buddha dan Manichean. Namun ada juga karya naratif, puisi dan epik yang telah diterjemahkan ke bahasa Jerman, Inggeris dan Rusia.  


Walau telah memeluk Islam, dominasi kebudayan Uighur asli tetap berlangsung di Asia Tengah. Malah dengan kemasukan Islam, karya sastera dan ilmu Uighur semakin berkembang. Beberapa karya sastera yang terkenal misalnya Kutatku bilik karya Yusuf Has Najib (1069-1070), Divani Lugarit Turk oleh Mahmud Kashari, dan Atabetul Hakayik oleh Ahmet Yukneki. Bangsa Uighur juga dikenali ahli perubatan.  

Zaman Dinasti Sung (906-960), seorang ahli ubat-ubatan Uighur bernama Nanto mengembara ke China. Ia membawa pelbagai jenis ubat yang saat itu belum dikenal di China. Bangsa ini pada masa itu itu telah mengenal 103 Tumbuan ubat - dicatat dalam buku ubat-ubatan China oleh Shi-zhen Li (1518-1593). Bahkan sebahagian ahli barat percaya akupuntur bukan asal milik orang Cina, tapi awalnya dibangunkan Uighur
Lihat huruf Arab Uighur.

Orang Uighur juga mempunyai kemampuan seni bina, muzik, seni dan lukisan yang tinggi. Mereka bahkan telah boleh mencetak buku berabad-abad sebelum ditemui oleh Gutenberg. Pada abad pertengahan, karya sasta, teater, muzik dan lukisan sasterawan China juga sangat dipengaruhi Uighur. Yen-de Wang, seorang dutabesar China (981-984) untuk kerajaan Kharakhoja-Uighur menulis dalam biografinya

"Saya sangat terkesan dengan tinggi peradaban di kerajaan Uighur. Keindahan kuil-candinya, biara, lukisan dinding, patung, menara-menara, kebun, rumah-rumah dan istana-istana di seluruh negeri tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Bangsaa Uighur sangat ahli dalam kerajian emas dan perak, dan tembikar. Orang berkata Tuhan telah mewariskan keahlian-Nya hanya pada bangsa ini.  
"Sebelum kemasukan Islam, Uighur menganut Shamanian, Budha dan Manicheism.
 

Saat ini, boleh dikesan kuil yang dikenali sebagai Ming Oy (Seribu Buddha) di Ughuristan. Runtuhan ditemui di bandar Kucha, Turfan dan Dunhuang, dulunya tempat tinggal orang Kanchou-Uighur. Orang Uighur memeluk Islam sejak tahun 934, ketika pemerintahan Satuk Bughra Khan, pengusaha Kharanid. Saat itu, 300 masjid megah dibina di bandar Kashgar. Islam lalu berkembangan dan menjadi satu-satunya agama orang Uighur di Uighuristan.  

Masjid-masjid yang megah karya bangsa Uighur contohnya Azna (dibina abad ke-12), Idgah (abad ke-15) dan appak Khoja (abad ke-18). Pada masa kejayaan itu di Kashgar saja telah ada 18 madrasah besar dengan lebih 2,000 pelajar baru yang masuk pertahunnya. Selain agama, di madrasah-madrasah inilah anak Uighur belajar membaca, menulis, logik, aritmatik, geometri, etik, astronomy, tibb (perubatan), pertanian.  

Pada abad ke-15 di bandar ini telah ada perpustakaan dengan koleksi 200 ratus ribu buku. Orang Uighur juga telah mengenal pertanian semiintensif sejak 200 SM. Pada abat ke-7 pertanian mereka semakin berkembang dengan menaman jagung, bijirin, kentang, kacang tanah, anggut, tembikai dan kapas.  

Mereka juga telah membangunkan sistem pengairan (Kariz) untuk mengalirkan air dari sumber yang jauh dari tanah pertanian. Satu sistem pengairan kuno ini masih boleh dilihat di bandar Turfan. Boleh dikatakan, kebudayaan Uighur mendominasi Asia Tengah sepanjang 1,000 tahun sebelum bangsa ini ditakluk penguasa Manchu yang memerintah di China. (IH/REPUBLIKA)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat 

E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam 

China Hukum Rakyat Yang Beribadah Di Sekolah/Bangunan Umum



Muslim Xinjiang
 
Xinjiang China kembali melakukan tindakan represif kepada muslim Xinjiang. Dalam peraturan baru yang disahkan kerajaan China, kerajaan melarang amalan agama di bangunan-bangunan kerajaan, penggunaan internet dan hape untuk "merosakkan kestabilan negara."

Peraturan disahkan oleh jawatankuasa parlimen Xinjiang pada hari Jumaat lalu, menetapkan hukuman antara 5,000 hingga 30,000 yuan bagi individu yang menggunakan internet, telefon bimbit atau penerbitan digital untuk melemahkan perpaduan nasional, kestabilan sosial atau menghasut kebencian etnik.

Peralatan yang digunakan dalam pelanggaran juga boleh disita, Xinhua News Agency melaporkan pada hari Ahad.

Peraturan yang berkuatkuasa 1 Januari bulan depan, juga melarang pengedaran dan menonton video tentang "agama radikal", baik di dalam tempat ibadah atau di luar tempat ibadah. Warga tidak akan dibenarkan mempraktikkan agama di pejabat-pejabat kerajaan, sekolah-sekolah umum, perniagaan atau institusi.  


Ibnu Hasyim (kanan) semasa berada di bandar Urumqi beberapa tahun lalu. 
Bawah Ibnu Hasyim di pasar malam Urumqi.

Daging ternakan yang disembeleh, masih jelas kepalanya.. 

Kegiatan keagamaan harus dilaksanakan di beberapa tempat berdaftar. Mereka juga dilarang memakai atau memaksa orang lain untuk memakai pakaian atau logo yang berkaitan dengan agama, walaupun jenis pakaian dan logo yang tidak ditentukan, kata akhbar itu.

Xinjiang, rumah bagi orang-orang Muslim Uighur, telah dilanda kekerasan selama bertahun-tahun. Di di sempadan Pakistan, India, Afghanistan dan Asia Tengah yang strategik itu pula terdapat sumber-sumber alam yang luar biasa.

Kumpulan hak asasi manusia mengatakan masalahnya (bukan pada muslim Xinjiang) tapi lebih berkaitan dengan sekatan keras Beijing pada adat agama dan budaya orang-orang Uighur. (IH)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat  
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails